25
Rancangan Pengajaran Harian Pertama Dunia Sains dan Teknologi Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : Tahun 2 Iman Tarikh : 13 Februari 2012 Masa : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit) Bilangan murid : 38 orang Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan Hasil pembelajaran : 2.1.1 : Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 : Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan keperluan asas haiwan 2. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan A.Menguasai isi kandungan : 1.Mengenalpasti keperluan asas haiwan iaitu makanan ,air ,udara dan tempat perlindungan .

RPH DST T2 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Like

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Pertama

Dunia Sains dan Teknologi

Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi

Kelas : Tahun 2 Iman

Tarikh : 13 Februari 2012

Masa : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit)

Bilangan murid : 38 orang

Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan

Hasil pembelajaran : 2.1.1 : Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

2.1.2 : Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Menyatakan keperluan asas haiwan

2. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan

A.Menguasai isi kandungan :

1.Mengenalpasti keperluan asas haiwan iaitu makanan ,air ,udara dan tempat perlindungan .

2.Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan .

3.Memberikan contoh keperluan asas haiwan .

B.Membina kemahiran saintifik

1.Memerhati .

2.Berkomunikasi

3.Meramal .

4.mengelaskan

5.Mensintesis

C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .

1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .

Bahan /peralatan /bahan sumber

1. Tayangan Video

2. Specimen sebenar (haiwan)

3.Tayangan Slaid MS Power Point

4.Kad Keperluan Asas

5.Lembaran kerja6.

Pengetahuan sedia ada :

Murid mengetahui tanpa makanan ,air ,udara ,haiwan tidak dapat hidup.Murid mungkin beranggapan bahawa haiwan tidak memerlukan tempat tinggal untuk hidup

FasaIsi kandunganPengetahuan sedia ada muridNota

Aktiviti guruAktviti murid

Set induksi

(5 minit )Haiwan memerlukan

,makanan ,air ,udara dan tempat perlindungan .1. Guru menayangkan video Bangau

Oh Bangau.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai haiwan- haiwan yang terdapat di dalam video.

SOALAN 1:Kenapa Bangau kurus? SOALAN 2: Apakah makanan kerbau? SOALAN 3: Apakah makanan ular?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran (haiwan dan keperluan asas) pada hari ini.1. Murid memerhatikan

tayangan tersebut.

2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

JAWAPAN 1: Tidak mendapat makanan.JAWAPAN 2 : Rumput.

JAWAPAN 3: KatakStrategi

1.kaedah penyoalan .

Kemahiran sainstifik1.Berkomunikasi

Penstrukturan

semula idea

(20 minit )Mengenapasti

keperluan asas haiwan terbahagi kepada makanan, air, udara dan tempat tinggal.1. Guru menunjukkan haiwan- haiwan

yang dibawa.

2. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh haiwan- haiwan tersebut

3. Guru menyoal murid tentang apa yang telah diperhatikan.

4. Selain haiwan- haiwan tersebut, apa lagi yang dapat murid lihat di dalam bekas- bekas tersebut?

5. Guru memberikan beberapa situasi supaya murid berfikir tentang kepentingan keperluan asas haiwan.

SOALAN : Apakah yang akan berlaku kepada anak ayam tersebut jika dilepaskan dari sangkarnya?1. Murid tertanya- tanya

apakah haiwan yang dibawa oleh guru.

2. Murid menyentuh dan memerhatikan haiwan- haiwan tersebut.

3. Murid menjawab mereka dapat melihat kura- kura dan anak ayam.

4. Murid dapat melihat makanan dan air untuk haiwan-haiwan tersebut.

5. Murid menjawab persoalan guru.

JAWAPAN : Dimakan oleh ular, biawak dan sebagainya.Strategi

1.Pemerhatian terhadap specimen sebenar.

Kemahiran sainstifik1.Berkomunikasi

2.Memerhati

3.Meramal

Aplikasi idea

(15 minit )

Mengelaskan keperluan asas haiwan kepada empat perkara iaitu makanan,air ,udara dan tempat perlindungan .6. Guru menerangkan tentang kepentingan makanan, air, udara dan tempat perlindungan kepada haiwan.

1. Guru meminta murid berada dalam kumpulan masing- masing.

2. Guru menyediakan slaid MS Power Point Haiwan dan Keperluan Asas dan memancarkannya di hadapan kelas.

Guru menyediakan kad keperluan- keperluan asas seperti berikut bagi setiap kumpulan :

Makanan

Air Udara

Tempat Perlindungan

6. Murid mendengar dengan teliti penerangan guru.

1. Murid bergerak ke dalam kumpulan masing- masing.

2. Wakil kumpulan mengambil kad- kad keperluan asas yang disediakan.

3. Selepas guru menunjukkan gambar haiwan bersama keperluan asasnya, wakil kumpulan bangun dan menunjukkan kad keperluan asas yang sesuai.

Strategi

1.Kuiz

Kemahiran sainstifik1.Berkomunikasi

2.Memerhati

3.Mengunakan perhubungan ruang dan masa.

Penilaian

(15 minit)

Memadankan gambar dengan keperluan asas yang sesuai dan murid perlu Gambar gambar pada slaid.

3. Guru menayangkan gambar pada slaid satu per satu. Guru menyoal murid tentang apa yang dilihat daripada gambar tersebut?

4. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan seorang wakil bangun menunjukkan kad keperluan asas yang sesuai dengan gambar

Pentaksiran

1. Guru mengedarkan lembaran kerja pertama kepada murid.

1. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Strategi

1.soal jawab

(lembaran kerja )

Penutup

/refleksi

(5 minit )memadankan haiwan

dengan makanan yang sesuai.

Keperluan asas haiwan adalah sama manusia iaitu perlukan makanan ,air ,udara dan tempat perlindungan .Pemulihan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kedua kepada murid.

Pengayaan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja ketiga kepada murid.

1. Guru bersama- sama dengan murid menyanyikan semula lagu Bangau Oh Bangau.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

3. Guru memberikan peneguhan kepada murid.

1. Murid menyanyikan kembali

lagu Bangau Oh Bangau.

2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.Kemahiran

sainstifik

1.Memerhati

2.Berkomunikasi

Refleksi :

Objektif pembelajaran pada hari ini tercapai. Murid dapat menyatakan keperluan- keperluan asas haiwan dan kepentingannya kepada haiwan. Sesi pengajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada pemerhatian saya, pembelajaran hari ini menjadi menarik kerana pada permulaannya murid ceria melihat tayangan video Bangau Oh Bangau. Murid lebih teruja apabila saya membawa specimen sebenar (haiwan-anak ayam dan kura-kura) ke dalam bilik darjah. Saya masih dapat mengawal kelas walaupun saya membenarkan murid bergerak untuk melihat dan menyentuh haiwan- haiwan tersebut. Berdasarkan pemikiran saya, terdapat sedikit kelemahan dalam pengajaran saya pada hari ini. Pada langkah aplikasi, saya perlu menyediakan aktiviti yang lebih mencabar dan memerlukan audio bagi setiap slaid yang ditunjukkan. Murid akan lebih tertarik jika paparan slaid diselitkan dengan audio. Pada pembelajaran seterusnya, murid akan diberi penekanan kepada kepada keperluan asas makanan

Rancangan Pengajaran Harian Kedua

Dunia Sains dan Teknologi

Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi

Kelas : Tahun 2 Iman

Tarikh : 15 Februari 2012

Masa : 11.30 pagi 12.30 tengahari (60 minit)

Bilangan murid : 38 orang

Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan

Hasil pembelajaran : 2.1.3 : Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.

2.1.4 : Mengkelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat

1. Menyatakan contoh haiwan dan makanan yang dimakan.

2. Menyatakan nama haiwan mengikut kumpulan yang makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja dan makan haiwan dan tumbuhan.

A.Menguasai isi kandungan :

1.Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan .

2. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja ,makan haiwan sahaja atau makan tumbuhan dan haiwan.

B.Membina kemahiran saintifik

1.Memerhati .

2.Berkomunikasi

3.Meramal .

4.mengelaskan

5.Mensintesiskan

C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .

1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .

D.Bahan /peralatan /bahan sumber

1.Tayangan video

2.Kad gambar haiwan

3.Specimen sebenar (arnab)

4.Carta Kumpulan Haiwan

5.Lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada :

Murid dapat mengelaskan jenis makanan haiwan serta dapat member contoh haiwan dan jenis makanannya

FasaIsi kandunganPengetahuan sedia adaNota

Aktiviti guruAktiviti murid

Set induksi(5 minit )

Haiwan mempunyai keperluan asas iaitu makanan

1. Guru menayangkan video Arnab

Putih Saya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut.

Soalan 1: Apakah yang dapat kamu lihat dalam video tersebut?

Soalan 2 : Apakah yang sedang dimakan oleh arnab tersebut?

Soalan 3 : Selain kangkung, apakah makanan yang dimakan oleh arnab?

Soalan 4 : Apakah haiwan lain yang makan sayur atau tumbuhan seperti arnab?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.

1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.

2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Jawapan 1 : Arnab sedang makan.

Jawapan 2: Kangkung.

Jawapan 3 : Lobak merah dan kacang panjang

Jawapan 4 : Kambing, lembu.

Strategi Tayangan video (you tube )

Kemahiran sainstifik1.berkomunikasi

2.memerhati

3.menaakul

Penstrukt uran semula idea (20minit )

Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan oleh haiwan iaitu makan tumbuhan sahaja,haiwan sahaja dan makan tumbuhan dan haiwan .

1. Guru bertanya kepada murid tentang pemakanan haiwan- haiwan lain. (singa,ular,kucing)

2. Guru memberikan kad gambar haiwan kepada setiap murid.

3. Murid perlu berdiri dan memberitahu rakan- rakan makanan haiwan tersebut.

4. Guru menerangkan kepada murid bahawa terdapat tiga kumpulan haiwan.

5. Guru melekatkan Carta Kumpulan Haiwan mengikut pemakanan haiwan pada papan putih.

6. Guru meminta murid melekatkan kad haiwan yang dipegang mengikut kumpulan pemkananannya.

7. Guru menilai hasil kerja murid

1. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

2. Setiap murid mengambil kad haiwan masing- masing.

3. Murid memberitahu rakan tentang makanan haiwan yang diperolehi.

4. Murid mendengar penerangan dari guru.

5. Murid melekatkan kad haiwan yang diperolehi tersebut mengikut kumpulan pemakanannya.

6. Murid mendengar penilaian guru.

Strategi

1.Permainan

Kemahiran sainstifik1.Mencirikan

2.Berkomunikasi

3.Memerhati

4.Mengelaskan

bersama- sama dengan murid.

Aplikasi idea (15minit )

Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan.

1. Guru mengeluarkan seekor arnab yang diletakkan di dalam sangkar untuk diuji.

2. Guru menyediakan sebatang lobak merah, kacang panjang dan kangkung untuk arnab tersebut. Guru juga menyediakan seekor ikan yang telah mati.

3. Guru memberikan makanan tersebut sedikit demi sedikit. Murid memerhatikan dari jauh.

4. Guru membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga kumpulan pemakanan haiwan.

1. Murid memerhati apa yang dilakukan oleh guru.

2. Murid memerhati guru menjalankan eksperimen terhadap arnab tersebut.

3. Murid mendengar penerangan guru.Strategi

1.Eksperimen

Kemahiran sainstifik1.pemerhatian

2.berkomunikasi

3.mengkelaskan

Penilaian

(15minit)

Pentaksiran

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang pertama.

Lembaran 1- Murid dikehendaki mewarnakan haiwan dan makanannya

Pemulihan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang kedua.

Pengayaan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang ketiga.dengan warna yang

sama.

Lembaran 2- Murid perlu memadankan haiwan dengan makanannya.

Lembaran 3 - Murid dikehendaki memilih haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan sahaja dan kedua- duanya, dan mengisi nama haiwan tersebut dalam ruang yang telah disediakan

Refleksi/ Penutup (5 minit )

Makanan haiwan boleh dikelaskan kepada makan tumbuhan sahaja ,makan haiwan sahaja dan makan tumbuhan dan haiwan .

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi pelajaran pada hari ini.

2. Guru memberikan peneguhan kepada murid.1. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

REFLEKSI : Objektif pembelajaran saya pada hari ini tercapai. murid- murid dapat menyebut haiwan beserta makanannya serta murid dapat mengkelaskan haiwan mengikut kumpulan pemakanannya. Terdapat beberapa kelemahan semasa saya mengendalikan eksperiman (aplikasi) dalam langkah kedua. Saya menyediakan arnab dan bahan makanan di hadapan kelas dan menyebabkan murid yang berada di belakang kelas tidak dapat melihat dengan jelas. Saya telah cuba memperbaiki keadaan tersebut dengan memanggil mereka ke hadapan, namun keadaan menjadi sesak. Saya perlu memikirkan kaedah yang lebih sesuai bagi menunjukkan eksperimen tersebut kepada murid.

Rancangan Pengajaran Harian Ketiga

Dunia Sanis dan Teknologi

Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi

Kelas : Tahun 2 Iman

Tarikh : 20 Februari 2012

Masa : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit)

Bilangan murid : 38 orang

Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan

Hasil pembelajaran : 2.1.5 : Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Menyebut nama haiwan dan tempat perlindungannya.

A.Menguasai isi kandungan :

1.Mengenalpasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang ,reban,lubang,atas pokok ,kandang ,gua ,di dalam air ,dalam tanah dan di

celah batu atau kayu .

2.Dapat memberi contoh haiwan dan tempat perlindungannya .

B.Membina kemahiran saintifik

1.Memerhati .

2.Berkomunikasi

3.Meramal .

4.mengelaskan

5.Menjana idea

6.Mereka cipta

C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .

1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .

D.Bahan /peralatan /bahan sumber

1.Tayangan video

2.Jadual Haiwan dan Tempat Perlindungan

3.Kad selit (haiwan dan tempat tinggal)

4.Kertas putih (A4)

Pengetahuan sedia ada : Murid dapat memberi contoh haiwan dan tempat tinggalnya .

FasaIsi kandunganPengetahuan sedia adaNota

Aktiviti guruAktiviti murid

Set induksi

(5 minit )

Haiwan mempunyai keperluan asas iaitu tempat tinggal.

1. Guru menayangkan video

Lawatan ke Zoo.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan yang dilihat dan tempat perlindungannya.

SOALAN : Haiwan apakah yang telah kamu lihat?

SOALAN : Burung tinggal di mana?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.

1. Murid melihat tayangan video lawatan ke Zoo.2. Murid menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh guru.

JAWAPAN : Burung

JAWAPAN : Atas pokok.

Strategi

1.Tayangan video.

Kemahiran sainstifik1.memerhati

2.berkomunikasi

3.mengklasifika si

Penstruktur an semula idea(25 minit )

Haiwan mempunyai tempat perlindungan.Tempat perlindungan merupakan salah satu keperluan asas haiwan .

1. Guru menyediakan jadual Haiwan dan Tempat Perlindungan.

Antara tempat perlindungan haiwan :

-sarang

-reban

-lubang

-atas pokok

-kandang

-gua

-di dalam air

-dalam tanah

-di celah batu atau kayu.

1. Guru hanya mengisi gambar tempat perlindungan dan mengosongkan bahagian haiwan.

2. Guru menyediakan kad selit

1. Murid mengambil kad selit yang disediakan oleh guru.

Strategi

Kerja individu

Kemahiran sainstifik1.mengklasifika si

Aplikasi idea(25 minit )

.

Tempat perlindungan haiwan berbeza beza.Tempat perlindungan haiwan merupakan salah satu keperluan asas haiwan .(gambar haiwan) untuk diselit pada

carta tersebut.

3. Guru memanggil beberapa orang murid untuk menyelit gambar haiwan pada tempat perlindungan yang sesuai.

1. Guru membahagikan murid kepada

5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi tugasan.

Murid perlu berbincang dalam kumpulan masing- masing.

Tugasan : Mencari nama haiwan bermula dengan huruf ahingga z serta menulisnya pada kertas yang disediakan. Mereka juga perlu menyatakan tempat perlindungan

2. Murid menyelit kad haiwan pada gambar tempat perlindungan yang sesuai.

1. Murid bergerak ke dalam kumpulan masing- masing.

2. Murid berbincang dengan ahli kumpulan masing- masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

3. Murid melihat guru menilai jawapan yang

Strategi

1.Kerja berkumpulan.

Kemahiran sainstifik1.Mencirikan

2.Berkomunikas i

bagi setiap haiwan tersebut.

Contoh: Ayam- reban Kambing- kandang Badak-dalam lumpur Cacing- dalam tanah3.Guru berbincang dengan murid tentang jawapan- jawapan yang diperolehi. Jawapan yang betul akan mendapat mata.

4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan diberikan hadiah oleh guru.diberikan oleh mereka.4.Mengelaskan

Refleksi

/penutup

(5 minit )Tinggal didalam tanah

,reban ,di atas pokok ,di dalam air ,kandang ,gua adalah contoh tempat perlindungan haiwan .1. Guru menunjukkan gambar tempat

perlindungan haiwan kepada murid- murid.

2. Guru menyoal murid tentang gambar- gambar yang ditunjukkan.

3. Guru membuat kesimpulan pengajaran pada hari ini.

4. Guru memberikan peneguhan kepada murid.1. Murid menjawab

soalan yang diberikan oleh guru.

REFLEKSI :

Objektif pembelajaran saya pada hari ini tercapai. Murid sudah dapat menguasai nama haiwan beserta tempat perlindungan dengan betul. Murid kelihatan ceria semasa saya menjalankan set induksi kerana mereka masing- masing mahu menceritakan pengalaman yang dilihat semasa mereka ke zoo. Saya telah memilih aktiviti yang sesuai bagi langkah aplikasi kerana pada langkah tersebut saya dapat mencungkil pengalaman mereka. Mereka juga dapat berkongsi dengan rakan- rakan tentang pengalaman tersebut kerana tugasan yang disediakan adalah secara berkumpulan. Murid- murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.