3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran :DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINS KELAS : 2 DELIMA Tema /Topik : Sains Hayat / Manusia Masa : 60 minit Standard Kandungan : 1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia. Standard Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat: 1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar darisegi pertambahan saiz, tinggi dan berat. 1.3.2 Membanding dan membezakan tumbesaran mereka dengan rakan dari segi saiz,tinggi dan berat dengan menjalankan aktiviti. Aktiviti P&P: 1) Guru menunjukkan beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur menggunakan MS Powerpoint. 2) Guru bersoal jawab dengan murid- murid mengenai perbezaan yang dapat diperhatikan pada gambar- gambar tersebut. 3) Murid menunjukkan gambar mereka sejak lahir hingga sekarang kepada kelas.

Rph Dunia Sns Thn 2 Frog Vle

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rph Dunia Sns Thn 2 Frog Vle

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran :DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINS

KELAS : 2 DELIMA

Tema /Topik : Sains Hayat / Manusia

Masa : 60 minit

Standard Kandungan : 1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia.

Standard Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat:

1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar darisegi pertambahan saiz, tinggi dan berat.

1.3.2 Membanding dan membezakan tumbesaran mereka dengan rakan dari segi saiz,tinggi dan berat dengan menjalankan aktiviti.

Aktiviti P&P: 1) Guru menunjukkan beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur menggunakan MS Powerpoint.

2) Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perbezaan yang dapat diperhatikan pada gambar-gambar tersebut.

3) Murid menunjukkan gambar mereka sejak lahir hingga sekarang kepada kelas.

4) Murid menceritakan tentang perubahan dari segi saiz mereka.

5) Guru meminta murid meramalkan apakah perubahan yang mereka alami selain dari pertambahan saiz.

6) Guru menunjukkan kasut bayi, kasut kanak-kanak dan kasut orang dewasa.

Page 2: Rph Dunia Sns Thn 2 Frog Vle

7) Guru meminta murid menyatakan peringkat yang sesuai (bayi / kanak-kanak/dewasa) untuk memakai kasut tersebut.

8) Guru meminta murid menyatakan apakah perubahan yang mereka alami berdasarkan kasut-kasut yang ditunjukkan.

9) Berdasarkan langkah 3 hingga 8, murid menjelaskan perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan hingga sekarang.

EMK : Bahasa, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan, TMK

KBKK – Membanding, membeza dan meramalkan

Bahan Bantu Belajar : -Beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur.

-Gambar murid dari lahir sehingga sekarang.

-Kasut yang mengikut peringkat umur.

- Persembahan MS PowerPoint

Penilaian P&P : Lembaran Kerja 1

Refleksi :

i) Seramai 33 orang murid boleh mengenalpasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan tinggi dan saiz.

ii) Seramai 3 orang murid boleh mengenalpasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan tinggi dan saiz tetapi dengan bimbingan guru.