37
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE Tarikh : 18 April 2011 Kelas : 2 Bestari Tempoh : 90 minit (1 jam 30 minit) Masa : 7.50 – 9.20 pagi Bilangan Pelajar : 30 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Makanan untuk kesihatan Tajuk : Makanan seimbang Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan. Objektif pengajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat: - Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul - Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda

Rph Model Assure

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MODEL ASSURE DALAM RPH. MENGGUNAKAN MODEL - MODEL ASSURE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Citation preview

Page 1: Rph Model Assure

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

Tarikh : 18 April 2011

Kelas : 2 Bestari

Tempoh : 90 minit (1 jam 30 minit)

Masa : 7.50 – 9.20 pagi

Bilangan Pelajar : 30 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Makanan untuk kesihatan

Tajuk : Makanan seimbang

Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui

pelbagai jenis makanan.

Objektif pengajaran :

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

- Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan

menggunakan ayat yang betul

- Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul

mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda

- Menggunting dan menampal gambar-gambar makanan dengan baik untuk

dijadikan buku skrap.

- Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan

dengan betul.

- Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul

berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Page 2: Rph Model Assure

Isi Pelajaran

Fokus utama

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

yang baik dan jelas.

Aras 1

i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang

betul.

Fokus sampingan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk.

Aras 1

i. Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang

betul dan tulisan cantik.

Nilai-nilai murni : Bekerjasama , menjaga kebersihan dan

bertanggungjawab

Alat bantu mengajar : Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM,

bahan-bahan maujud, seni kata lagu

Page 3: Rph Model Assure

Bahan rujukan : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2,

Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2,

Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2.

Langkah keselamatan : Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Induksi Set : Guru memainkan lagu ‘Makan’ yang

dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal

jawab dengan murid bagi mendekatkan

pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran

yang diajar.

Page 4: Rph Model Assure

Langkah Penyampaian:

Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan

Set

Induksi

7

minit

1.Nyanyian lagu

“Makan”

Senikata lagu

“Makan”

CD ROM lagu

“Makan”

2.Soal jawab antara

guru dan pelajar.

1.Guru memperdengarkan lagu dan

memperlihatkan senikata bertajuk

“Makan” dipopularkan oleh Jalil

Hamid melalui CD.

2. Pelajar mendengar lagu sambil

menyanyi bersama-sama guru

serta memegang senikata yang diberi.

3.Guru dan murid bersoal jawab

tentang makanan yang terdapat

di dalam lagu yang telah

diperdengarkan .

Contoh soalan:

A.Apakah cerita yang disampaikan

dalam lagu ini?

B.Sebutkan contoh-contoh makanan

yang dipaparkan melalui tayangan

CD.

C.Apakah gambaran yang

ditunjukkan melalui tayangan

tersebut sekiranya kita tidak cukup

makan?

Strategi P &P

Kaedah:

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Kecerdasan

pelbagai

Muzik

Penggunaan

media:

-CD ROM

-Seni kata

lagu

Nilai:

Keyakinan

Page 5: Rph Model Assure

Langkah

1

10 minit

1.Penerangan tentang

makanan dari segi

khasiat dan

kepentingan.

2.Penggunaan bahan

maujud.

3.Menyentuh dan

Menyebut bahan-

bahan maujud.

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan

tajuk yang akan diajar iatu

“Makanan Seimbang” sambil

mempamerkan contoh-contoh bahan

maujud (makanan sebenar) serta

menyebutkan khasiat dan

kepentingan makanan tersebut

kepada kesihatan manusia.

2.Guru juga bersoal jawab tentang

kepentingan pengambilan makanan

seimbang dalam menu seharian.

Contoh soalan:

Mengapakah kita perlu mengambil

makanan seimbang setiap hari?

3. Pelajar-pelajar melihat dan

menyentuh makanan yang

dipemerkan sambil menyebutkan

nama makanan tersebut secara

bergilir-gilir dengan kuat.

Strategi P &P

Kaedah:

Demontrasi

Teknik:

Soal jawab

Bahan:

Bahan-bahan

maujud:

ikan, sotong,

telur, bayam,

epal, roti,

majerin,

kelapa, betik,

daging

Nilai:

Bersyukur

Langkah

2

15

minit

1.Pelajar menonton

slaid powerpoint.

2.Pelajar mencatat

contoh makanan

yang dilihat melalui

slaid.

1.Pelajar-pelajar menonton slaid

powerpoint tentang makanan yang

mengandungi khasiat tertentu.

2.Guru meminta pelajar mencatat jenis

makanan yang ditayangkan untuk

tujuan perbincangan.

Page 6: Rph Model Assure

Contoh :

Catatkan jenis-jenis makanan yang

terdapat dalam slaid powerpoint yang

ditayangkan dalam lembaran kerja yang

disediakan.

Kumpulan gambar pertama:

Telur, ayam, susu, ikan

Kumpulan gambar kedua:

Mee hoon, kentang, nasi, roti

Kumpulan gambar ketiga:

Kerang, sotong, ketam, kepah

Kumpulan gambar keempat:

Sayur-sayuran, buah-buahan,

majerin, minyak masak.

3.Guru mengimbas kembali ingatan

murid tentang penerangan secara

lisan oleh guru di langkah 1.

- Pelajar memperihalkan

tentang makanan seimbang

berdasarkan gambar yang telah

ditayangkan.

Contoh :

Murid menceritakan dengan

permulaaan ayat seperti berikut:

Makanan seimbang mestilah

mengandungi karbohidrat seperti

nasi, roti, mee hoon, kentang.

Strategi P & P

Kaedah:

Bercerita

Teknik:

Soal jawab

Pengulangan

maklumat

Penggunaa

media:

-Slaid

powerpoint

-Komputer

-Lembaran

Kerja

Nilai:

usaha

Page 7: Rph Model Assure

Makanan seimbang mestilah

mengandungi protin seperti

telur, susu, ayam, ikan.

Langkah

3

15

minit

1.Penerangan guru

kepentingan khasiat

makanan kepada

kesihatan manusia.

2.Menulis maklumat

dalam bentuk peta

minda.

3.Murid menerangkan

hasil perbincangan

1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan

tentang jenis-jenis makanan dan

kepentingan khasiatnya kepada

kesihatan manusia.

Contoh:

a. Nasi, roti, mee hoon yang

mengandungi karbohidrat

memberikan tenaga kepada

tubuh badan manusia.

b. Telur, susu, ayam dan ikan yang

mengandungi protein

menggalakkan pertumbuhan

manusia.

c. Sayur-sayuran dan buah-buahan

yang mengandungi vitamin

dapat melindungi badan manusia

dari serangan penyakit.

d. Makanan laut seperti sotong dan

ketam yang mengandungi garam

mineral membantu pertumbuhan

tulang.

e. Marjerin dan minyak masak

memberikan lemak kepada

badan manusia.

Strategi P&P

Kaedah:

Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Penggunaan

Media :

Slaid power

point

Peta minda

Nilai:

Bekerjasama

Kemahiran

berfikir:

Kritis dan

kreatif

Page 8: Rph Model Assure

2.Pelajar dibahagikan kepada 5

kumpulan dan setiap kumpulan

dikehendaki melantik seorang ketua.

3.Guru menerangkan dan membimbing

murid membuat peta minda sambil

mengedarkan kertas dan pen marker.

4.Guru melukis contoh peta minda di

papan putih serta memberikan

pengkelasan makanan kepada setiap

kumpulan.

5.Murid menyiapkan peta minda iaitu

contoh-contoh makanan mengikut

khasiatnya dalam bentuk peta minda.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Page 9: Rph Model Assure

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Kumpulan 5

6. Setiap ketua kumpulan

mempamerkan dan menerangkan

hasil perbincangan.

Page 10: Rph Model Assure

Langkah

4

25 minit

1.Murid dibimbing

membuat buku

skrap.

2.Murid membina ayat

tunggal

berdasarkan gambar

dalam buku skrap.

3.Murid membaca

ayat yang ditulis

dalam buku skrap.

1.Guru membimbing murid cara-cara

untuk membuat buku skrap

berpandukan peta minda.

2. Guru mengedarkan kertas

warna , gam dan gambar- gambar

pelbagai jenis makanan kepada

setiap kumpulan.

3.Murid menggunting dan

mengkelas gambar mengikut

khasiatnya sambil dibimbing

oleh guru.

4.Murid menampal gambar untuk

dijadikan buku skrap.

5.Murid menamakan dan membina

ayat tunggal untuk setiap

gambar yang ditampal di dalam

buku skrap.

6. Murid membaca perkataan dan

ayat yang telah ditulis secara

bergilir-gilir dalam kumpulan

masing-masing.

Strategi P & P

Kaedah:

-Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Bimbingan

Penggunaan

Media:

Majalah,

Gambar-

gambar dari

internet.

Bahan:

Gam, gunting,

kertas putih

A4

Nilai:

Berhati-hati

(Keselamatan

ketika

menggunakan

gunting)

Bekerjasama

Page 11: Rph Model Assure

Langkah

5

10 minit

_______

Langkah

6

8 minit

1.Menyatakan satu

kepentingan makanan

seimbang.

2..Murid menjawab

menjawab soalan

dengan cepat dan

tepat.

___________________

1.Pelajar diberi pengukuhan.

2.Melihat penghasilan buku skrap murid.

1.Murid menjelaskan 1 kepentingan

makanan seimbang secara lisan

sebelum menjawab latihan yang diberi

2.Murid diedarkan lembaran kerja.

3.Murid diminta melengkapkan menu

makanan seimbang beserta dengan

contoh-contoh dengan cepat dan

tepat.

4.Contoh lembaran kerja seperti yang

dilampirkan.

__________________________________

1.Pelajar diberi pengukuhan positif

dengan cara guru memberi pujian

kepada kumpulan yang berjaya

menghasilkan buku skrap yang kemas

dan menarik.

2.Murid meletakkan buku skrap yang

telah dihasilkan di sudut pameran

untuk tujuan rujukan.

Strategi P&P

Kaedah:

Perbincangan

Teknik:

Menjawab

soalan

Bahan media:

Lembaran

kerja

_______

Strategi P &P

Kaedah:

Membuat

rumusan.

Nilai:

Menghargai

Penilaian : Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut

mengikut kumpulan makanan dengan betul.

Tugasan : Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.

Page 12: Rph Model Assure

1.0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka

bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan

pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru

menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus

kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada

setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan

penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam

proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.

Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu

membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami

bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran

dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar

dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama

iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media

Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan

Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan

Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Page 13: Rph Model Assure

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah

berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang

berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang

mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan

setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan

penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untuk

rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memiliki

seramai 30 orang pelajar.

2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.

Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita

dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar

Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif adalah Makanan

Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2.

Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan

yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis

dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada

penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan

menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah

Page 14: Rph Model Assure

kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka

memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 Kompetensi khusus peringkat masuk

Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,

selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun

pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras

kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek

pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-

penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya

pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.

Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi

mereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikan

tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahu

tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.

2.1.3 Stail / Gaya Pembelajaran

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya

pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung

kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun

pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran,

media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid

supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati

murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda

maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

Page 15: Rph Model Assure

2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah

pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik

dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu

dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil

kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) ,

peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat

prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara

penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana

objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang

berkesan sebagai contoh :-

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat :

1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan

seimbang dengan menggunakan ayat yang betul.

Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana

penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni

kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat

dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam

CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.

2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul

mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda.

Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan

contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut

kumpulan.

Page 16: Rph Model Assure

3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang

diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap.

Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting

dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang

diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan

seimbang ) dengan baik dan kemas.

4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan

makanan dengan betul.

Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu

kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang

ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba

membina ayat tunggal dengan betul.

5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan

betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1

penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara

lisan.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara

berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set

induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan

latih tubi.

Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran

Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen

marker serta kertas kepada setiap kumplan .

Page 17: Rph Model Assure

Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta

minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan

penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara

membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat

mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing.

Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan

sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan

tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan

aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan

yang mereka perlu lakukan.

2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi

pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini,

guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar

yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan

mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan

penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM

dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD

yang mengandungi lagu “Makan” dengan tujuan menarik minat

murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi

kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk

mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan

pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan

Seimbang.

2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan

slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar dan mereka dapat

melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.

Page 18: Rph Model Assure

Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh

makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar

makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan

sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin

melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut.

2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials)

2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai

Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan

bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah

bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah

pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga

membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan

memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti

gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu

murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan

menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting

itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar

merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya

pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material)

2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang

telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan

media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media

yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan

tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan

bagi member kefahaman kepada pelajar.

Page 19: Rph Model Assure

Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam

rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian

dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan

pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda

dan buku skrap.

Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan

dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam

rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan

interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah

dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan

isi pelajaran dengan tujuan :

i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar

iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir

iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir

Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dipilih ini.

Demonstrasi

Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan

sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar.

Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang

perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta

minda dan buku skrap.

Page 20: Rph Model Assure

Penggunaan CD dan slaid powerpoint

Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal

jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus

idea buat pelajar

2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu

dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan,

latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam

pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga

dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan

(reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar

memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan

sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses

pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam

kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat

tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.

2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara

berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat

untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang

dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat

memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan

rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan

Page 21: Rph Model Assure

pembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah seperti

berikut:

2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran.

Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi

pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru

dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar

dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara

lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut

melalui bahan maujud.

2.8.3 Penilaian semasa pembelajaran

Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2

pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan

pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang

dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam

matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi

respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu,

penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada

memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

2.8.4 Penilaian setelah pembelajaran

Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan

memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta

pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut

pemahaman murid.

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teacher’s

Page 22: Rph Model Assure

plan)

2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang

sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi

keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun

keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia

berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan

selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan

untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media

yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk

menuju ke garis penamat.

2.9.2 Menilai media dan kaedah

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan

keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan.

Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan :

a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ?

b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses

pengajaran dan pembelajaran ?

c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan

cara yang betul ?

d) Adakah suasana pembelajaran selesa ?

e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

2.9.3 Menilai pencapaian pelajar

Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran

kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah

disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir

pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir

pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk

Page 23: Rph Model Assure

mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah

yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.

Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan

bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses

pengajaran yang telah berlaku.

Page 24: Rph Model Assure

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran

yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan

penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih

yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat

memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah

kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti

pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan

media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses

pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih

efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan

dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model

SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi

pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan

penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam

model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapat

dimaksimumkan.

(3, 500 patah perkataan)

Page 25: Rph Model Assure

RUJUKAN / REFERENSI

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.

Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Page 26: Rph Model Assure