10
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 4 Rajin Hari/Tarikh : Selasa / 7 Oktober 2014 Masa : 10.15am – 11.15am Bilangan Murid : 25 Orang Bidang : Menggambar Aktiviti : Mozek Tema : Alam Semula Jadi Tajuk : Nemo Si Ikan Media : Alat : Gunting dan pembaris : Bahan : Kertas lukisan, pensel, kertas warna atau kertas majalah dan gam Bahan Bantu Mengajar : Kad Imbasan EMK : Kreativiti dan inovasi, nilai murni Standard Kandungan : Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya gambar teknik mozek.

RPH (Mozek)

Embed Size (px)

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : 4 RajinHari/Tarikh : Selasa / 7 Oktober 2014Masa : 10.15am 11.15amBilangan Murid : 25 Orang Bidang: MenggambarAktiviti: MozekTema : Alam Semula Jadi Tajuk: Nemo Si IkanMedia : Alat : Gunting dan pembaris: Bahan: Kertas lukisan, pensel, kertas warna atau kertas majalah dan gamBahan Bantu Mengajar: Kad Imbasan EMK : Kreativiti dan inovasi, nilai murni

Standard Kandungan :

Persepsi EstetikMembuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya gambar teknik mozek.

Aplikasi SeniMengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya gambar teknik mozek.

Ekspresi KreatifPenzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik mozek.

Apresiasi SeniApresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

Standard Pembelajaran1.1 Persepsi estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan Bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik mozek. 1.1.1Unsur seni 1.1.1.1 Rupa geometri atau organik1.1.1.2 Warna primer atau sekunder atau tertier1.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh1.1.2 Prinsip Rekaan1.1.2.1 Kontra warna1.1.2.2 Kepelbagaian bahan

1.2 Aplikasi seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti: 1.2.1.1 Alat gunting atau pembaris1.2.1.2 Bahan Kertas lukisan, kertas warna, gam dan bahan lain yangsesuai1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilankarya1.2.2.1 Teknik Mozek

1.3 Ekspresi kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara kreatif.1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan gambar karya teknik mozek.1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar karya teknik mozek.

1.4 Apresiasi seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran,murid dapat :1. Implisit Menguasai kemahiran menggunakan teknik mozek dengan menekankan bahasa seni visual.2. Eksplisit Menghasilkan gambar teknik mozek yang mempunyai ciri-ciri atau prinsip-prinsip rekaan yang kreatif.3. Estetika Menerapkan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan gambar teknik mozek.

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah melihat susunan mozek pada masjid, rumah atau bilik air.Kemahiran Berfikir Menjana idea, menghubung kaitPenerapan Nilai (PN)Tekun menyiapkan karya, menumpukan perhatian.Bahan Bantu Mengajar (BBM)Kad Imbasan, contoh hasil gambar teknik mozek.Kecerdasan Pelbagai (KP) Interpersonal, visual ruang, naturalistic.Kosa Kata Ikan, rumpai laut dan kuda lautPendekatan /Konsep Kolaboratif, konseptual.Teknik Demonstrasi mozek

PerkembanganLangkah/ Masa(Standart Pembelajaran)Isi Pelajaran(Ilustrasi Visual Aktiviti)Aktiviti Catatan

Set InduksiPersepsi Estetik(5 minit)

Aktiviti: 1. Guru melekatkan gambar ikan Nemo di hadapan kelas.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang ikan Nemo.

3. Guru bersoal jawab tentang mozek dengan murid.

4. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.1. Murid bersoal jawab tentang ikan Nemo dengan guru.

2. Murid bersoal jawab tentang mozek dengan guru.

BBM :Gambar Ikan

KB :Menghubungkait

Langkah 1Aplikasi Seni(10 minit)

Isi PelajaranAktiviti 1 :

1. Guru memperkenalkan definisi mozek dalam bidang menggambar, teknik mozek, dan bahan yang digunakan.

2. Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai pelbagai contoh hasil karya menggambar teknik mozek bagi meransang kreativiti murid.

3. Guru menunjukkan gambar-gambar hidupan laut kepada murid.

4. Guru menjelaskan teknik mozek kepada murid-murid.

5. Guru menunjukkan demonstrasi teknik mozek.1. Murid berinteraksi dengan guru tentang definisi mozek dalam bidang menggambar, teknik mozek, dan bahan yang digunakan.

2. Murid mengenali bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan gambar teknik mozek.

3. Murid melihat hasil karya gambar teknik mozek yang sebenar.

4. Murid memerhati dengan teliti demonstrasi yang dijalankan oleh guru.BBM :kad Imbasan, contoh gambar teknik mozek.

Pendekatan :Kontekstual

Langkah 2Ekspresi Kreatif(40 minit)Aktiviti 2 : Individu

Menghasilkan satu karya menggambar yang bertemakan Nemo Si Ikan menggunakan teknik mozek. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. Guru mengedarkan gambar Nemo kepada setiap murid.

Guru memastikan hasil akhir murid kemas.

Langkah 1Murid menyediakan media yang diperlukan iaitu gunting, pembaris, kertas majalah, kertas lukisan, kertas warna dan gam.

Langkah 2Murid menggunting kertas warna dan kertas majalah untuk tampalan.

Langkah 3Murid menggunakan gam untuk disapu pada kepingan kertas yang telah digunting.

Langkah 4Murid menampal kertas yang telah digam mengikut lakaran yang telah dihasilkan.

BBM :Kertas lukisan saiz A2, kertas warna, gunting dan gam.

Pendekatan :Kolaboratif

PN :TekunKerjasama

KP :Visual Ruang

PenutupApresiasi Seni(5 minit)1. Guru memberikan coklat kit-kat kepada murid-murid yang telah menceritakan pengalaman sendiri semasa menghasilkan gambar teknik mozek.

2. Guru membuat peneguhan, nasihat dan kata-kata semangat serta mengucapkan tahniah sebagai tanda penghargaan atas usaha murid-murid.1. Murid mempamerkan hasil gambar teknik mozek masing-masing.

2. Murid menghargai dan tampil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

3. Murid yang cemerlang diberikan hadiah.PN :Menghargai

KP :Interpersonal

Berani

Refleksi :