10
Tarikh : 3 April 2015 Hari : Jumaat Waktu / Masa : 10:35 pagi 11:35 pagi (60 minit) Tahun : 5 Jaya Bilangan Murid : / 33 Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi Tajuk : Bahagi hingga 1 000 000 Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: 5.2 Penyelesaian masalah Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: (i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan pembahagian dua nombor. Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, 1) murid berpencapaian sederhana dan tinggi dapat menjawab dengan tepat 3 daripada 4 soalan penyelesaian masalah harian melibatkan pembahagian sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit. 2) Murid berpencapaian rendah dapat menjawab dengan tepat 2 daripada 4 soalan penyelesaian masalah harian melibatkan pembahagian sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari; (i) Membahagi sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit, dua digit, 100 dan 1000. Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan, menganalisis, kreatif EMK : Keusahawanan Nilai : Adil, teliti, bekerjasama, bertanggung jawab, saling membantu, kreatif RANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK

RPH PENYELESAIAN MASALAH BAHAGI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CONTOH RPH KBATPENYOALAN BERFIKRAHPEMBELAJARAN ABAD KE 21AINUN BARIAH BINTI JAAFARIPGK PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Citation preview

Tarikh:3 April 2015

Hari:Jumaat

Waktu / Masa:10:35 pagi 11:35 pagi (60 minit)

Tahun:5 Jaya

Bilangan Murid: / 33

Bidang Pembelajaran:Nombor dan Operasi

Tajuk:Bahagi hingga 1 000 000

Standard Kandungan:Murid dibimbing untuk:5.2Penyelesaian masalah

Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan pembahagian dua nombor.

Hasil Pembelajaran:Di akhir pembelajaran, 1) murid berpencapaian sederhana dan tinggi dapat menjawab dengan tepat 3 daripada 4 soalan penyelesaian masalah harian melibatkan pembahagian sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit.

2) Murid berpencapaian rendah dapat menjawab dengan tepat 2 daripada 4 soalan penyelesaian masalah harian melibatkan pembahagian sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit.

Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mempelajari; (i) Membahagi sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit, dua digit, 100 dan 1000.

Kemahiran Berfikir:Membuat perkaitan, menganalisis, kreatif

EMK:Keusahawanan

Nilai: Adil, teliti, bekerjasama, bertanggung jawab, saling membantu, kreatif

RANCANGAN PENGAJARANMATEMATIK

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Persediaan

Pemerhatian dan Analisis

( 10 minit)

1) Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi pelakon dan pencerita.

2) Murid tersebut diberikan skrip lakonan dan dikehendaki melakonkan watak yang diberikan.

3) Murid melakonkan cerita Pada Zaman Dahulu...

1) Lakonkan watak ini.

2) Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita ini?

3) Apakah kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan berkongsi dengan adil.

4) Mengapa sikap tamak perlu dihindarkan daripada diri manusia?

5) Berapa biji pisang yang sepatutnya diterima oleh Sang Kancil, Kura-kura dan Monyet?

6) Bagaimana kamu mendapat jawapan tersebut?

7) Operasi apakah yang kamu gunakan?

8) Apakah perkaitan antara kongsi dan adil dengan bahagi.

Strategi:Berpusat kan murid dan bahan

KB:Membuat perkaitan

Nilai:Adil

Imaginasi

Penjanaan Idea

( 20 minit)

1) Setiap murid dibekalkan Chrome Book untuk diguna pakai.

2) Murid dikehendaki mencari laman sesawang www.google.com dan mencari penyelesaian masalah bahagi Tahun 5.

1) Sila layari laman sesawang www.google.com

2) Sila taip Penyelesaian masalah bahagi murid

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Sintesis Idea

3) Murid dikehendaki membuka laman sesawang Penyelesaian masalah bahagi (murid) SlideShare http://www.slideshare.net/ainun bariah/penyelesaian-masalah-bahagi-soalan-murid

4) Murid diingatkan mengenai strategi CUBES dalam penyelesaian masalah.

5) Murid dikehendaki mengaplikasi strategi CUBES dalam soalan penyelesaian masalah bahagi ini.

3) Buka laman sesawang SlideShare tersebut.

4) Masih ingatkah kamu dengan strategi penyelesaian masalah matematik CUBES.

5) Kamu perlu mengaplikasikan strategi CUBES dalam soalan ini.

Strategi:Berpusatkan murid dan bahan

KB:Menganalisis

Nilai: Saling membantu Yakin diri

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

6) Murid digalakkan berbincang secara berpasangan.

Soalan 1

7) Setelah murid mengeluarkan maklumat penting dengan menggunakan strategi CUBES, guru dan murid akan berbincang mengenai soalan tersebut.

8) Murid dipaparkan slide PowerPoint bagi menyemak jawapan murid.

9) Murid dibimbing untuk mengeluarkan maklumat apa yang mereka faham melalui pembacaan dan pengamatan mereka.

6) Kamu hanya perlu mengeluarkan maklumat soalan tersebut berdasarkan strategi CUBES.

7) C- Circle the key numbers(Bulatkan angka kunci)

8) U Underline the question(Gariskan soalan)

9) B - Box any Maths action words(kotak pada kata kerja Matemamatik)

10) E - Eliminates unnecessary information(Potong maklumat yang tidak diperlukan)

11) S - Solve and Check!(Selesaikan dan semak!)

12) Apa yang kamu faham berdasarkan soalan tadi?

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

10) Murid dibimbing dalam menyemak jawapan secara langkah demi langkah.

11) Langkah 5 hingga 10 diulang dengan soalan yang lain pula.

Soalan 2

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Soalan 3

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Soalan 4

Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

Perkemba -ngan

Penambah -baikan

( 15 minit)1) Murid akan bermain permainan berstesen dan tugasan Tangram yang akan membentuk tangram T.

2) Setiap kumpulan diedarkan satu sampul yang berisi templat tangram, kad arahan, kepingan tangram yang belum dicantumkan dan kertas pengiraan bagi membuat pengiraan di stesen masing-masing.

3) Murid dikehendaki membaca kad arahan yang diberikan

4) Ahli dalam setiap kumpulan dikehendaki ke stesen masing-masing.

5) Di setiap stesen, akan ada 8 orang daripada kumpulan yang berbeza. Mereka dikehendaki berbincang cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6) Murid digalakkan berkolaborasi antara satu sama lain dan saling membantu sewaktu menyiapkan tugasan.

7) Setelah murid mendapat jawapan, mereka dikehendaki pulang ke kumpulan masing-masing dan memilih kepingan kertas jawapan yang telah disediakan.

8) Dalam kumpulan, murid perlu menyusun tangram tersebut sehingga menjadi bentuk T.

Cadangan susunan

9) Murid perlu kreatif dalam menyusun kepingan tangram tersebut.

10) Murid perlu menampal jawapan jalan pengiraan dan kepingan tangram pada huruf T pada ruangan yang telah disediakan di atas kertas sebak.1) Hari ini kita akan bermain tangram T.

2) Baca kad arahan yang diberikan.

3) Pastikan kamu bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan ini.

4) Ketua kumpulan tentukan siapa yang akan menjawab soalan di stesen 1, 2, 3 dan 4.

5) Lakukan pengiraan atas helaian kertas yang disediakan.

6) Setelah selesai menjawab di stesen masing-masing, pulang ke kumpulan masing-masing.

7) Pilih jawapan kamu di kepingan tangram tersebut.

8) Susun kesemua kepingan jawapan tangram menjadi huruf T.

9) Kamu perlu kreatif dalam menyusun kepingan tangram tersebut.

10) Tampal jawapan jalan pengiraan kamu dan kepingan tangram pada huruf T pada kertas sebak yang telah disediakan.

11) Akhir sekali kamu akan mendapati, sebuah tangram huruf T yang berwarna warni.

Strategi:Berpusat kan murid

KB:Kreatif

EMK:Keusaha-wanan

BBB:Tangram, kertas sebak, gam

Nilai: Bekerja sama Bertanggung jawab Saling membantu kreatif

4) Tindakan

Pelaksanaan Amalan Berterusan

( 10 minit) 1) Murid dikehendaki melengkapkan soalan pada lembaran kerja.

2) Soalan lembaran kerja ialah berdasarkan soalan di stesen tadi.

3) Setiap ahli kumpulan akan mengajar ahli kumpulannya yang lain berdasarkan soalan yang telah mereka jawab di stesen tadi.

4) Kumpulan yang telah siap dibenarkan untuk menyemak jawapan di laman web.

5) Murid menaksir jawapan yang diberikan oleh mereka dengan cadangan jawapan guru.

6) Murid yang telah siap, guru akan memberikan lembaran kerja pengayaan.

1) Lengkapkan latihan ini dengan teliti.

2) Murid yang menjawab soalan di stesen 1 akan mengajar ahli kumpulannya untuk soalan 1.

3) Murid yang menjawab soalan di stesen 2 akan mengajar ahli kumpulannya untuk soalan 2 dan begitulah seterusnya.

4) Kumpulan yang telah siap, boleh layari http://www.slideshare.net/ainunbariah/penyelesaian-masalah-bahagi-semak-jawapan untuk menyemak jawapan.

5) Jawapan untuk soalan 3 dan 4 tidak di muat naik kerana cikgu mahu seorang murid tunjukkan bagaimana kamu mendapat jawapan tersebut.

BBB:Lembaran kerja murid

Nilai:- Teliti

Penutup

( 5 minit)

1) Murid dikehendaki menggunakan Chrome Book untuk maklumat berkenaan strategi lain selain daripada kaedah CUBES penyelesaian masalah bahagi ini.

2) Cari maklumat berkenaan langkah-langkah dalam Model Penyelesaian Masalah Polya (1945).

3) Murid dikehendaki menyatakan apakah langkah-langkah dalam Model Penyelesaian Masalah Polya.

4) Langkah penyelesaian masalah Polya tersebut akan dipelajari pada sesi P&P seterusnya.1) Selain daripada strategi CUBES yang telah kamu pelajari, terdapat pelbagai cara lain untuk menyelesaikan masalah.

2) Cari maklumat berkenaan langkah-langkah dalam Model Penyelesaian Masalah Polya (1945).

3) Cuba nyatakan apakah langkah-langkah dalam Model Penyelesaian Masalah Polya.

i) Memahami masalahii) Merangka strategiiii) Melaksanakan strategiiv) Menyemak jawapan

4) Kita akan menggunakan langkah-langkah penyelesaian Model Polya pada sesi P&P yang seterusnya.Strategi:Berpusat kan bahan

BBB:Chrome Book

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan lisan guru, menyelesaikan aktiviti berkumpulan serta berjaya menjawab soalan pada lembaran kerja dengan betul.