RPH Tahun 2 Minggu 4

  • View
    239

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

by Suraya Srah

Text of RPH Tahun 2 Minggu 4

Tarikh: 30 Mac 2015 / Isnin

Masa: 09:10-10:10 (60 minit)

Tahun: 2 Khalid Al-Walid

Tema: Semangat Perpaduan

Tajuk Pelajaran: Jiranku Mesra

Bilangan Murid: 30 orang

Standard Kandungan

1.5

2.4

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untukmemberi respon dengan betul.

Standard Pembelajaran

1.5.1

2.4.2

Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas,dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

Membaca dan memahami maklumat untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada :

1. Murid-murid ada pengalaman tinggal berjiran.

Objektif Eksplisit

:

Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. menaakul gambar dan bercerita.

2. memadankan ayat dengan gambar mengikut urutan.

3. menulis maklumat dalam perenggan.

4. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kebaikan hidup berjiran

Sistem Bahasa :

Kosa Kata : pasar mini,hamper

Tata bahasa : Ayat Majmuk

Pengisian Kurikulum :

Ilmu :

Pendidikan Islam,Pendidikan Moral

Nilai :

tolong-menolong

hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah

KP

Verbal Linguistik

KB

Konstruktivisme

Menjanakan Idea

Menaakul gambar

Membuat urutan

Mengenalpasti

Menghubungkaitkan

BCB

Bacaan Mekanis

Memproses maklumat

Bahan Bantu Mengajar :

1. Slaid

2. Buku Latihan dan Aktiviti m/s 42

3. Lembaran kerja

4. LCD, komputer riba

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 minit )

Didik Hibur

Nyanyian lagu , Pesan Datuk Nenek

Soal jawab

1. Apakah pesan datuk nenek?

2. Apakah maksud perkataan jiran ?

3. Mengapa kita perlu menghormati jiran ?

Soalan KBAT

1. Jika keluarga kamu ada menanam pokok rambutan, adakah kamu akan berkongsi buah rambutan itu kepada jiran kamu?

2.Jika YA mengapa?

Guru memaparkan slaid nyanyian.

Guru mengajak murid menyanyi lagu yang dipaparkan di slaid mengikut irama lagu Air Pasang Pagi

Guru bersoaljawab dengan murid mengenai senikata lagu.

Guru bertanyakan soalan KBAT kepada murid.

Guru mencungkil jawapan murid.

Guru mengaitakn set induksi dengan tajuk pelajaran.

.

BBM :

Paparan Slaid

Komputer Riba

LCD

KB

Menghubungkait

Menjana Idea

Perkembangan

Langkah 1

( 10 minit )

Menaakul gambar

Slaid 2

Guru memaparkan paparan gambar slaid.

Murid diminta untuk menaakul gambar.

Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan menceritakan situasi yang terdapat di dalam gambar mengikut pemahaman mereka sendiri.

.

KP:

Verbal Linguistik

KB :

Menaakul

Menjana Idea

Menghubungkait

BBM :

Slaid

Komputer riba

LCD

Objektif 1

Langkah 2

( 10 minit )

Memadan

kan gambar mengikut urutan.

Slaid 3

Guru mempamerkan slaid 3.

Murid diminta membaca ayat yang terdapat di dalam slaid tersebut.

Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid memadankan ayat dengan gambar mengikut urutan yang betul.

Murid-murid diminta membaca ayat-ayat mengikut urutan gambar secara kelas dan individu.

BCB :

Bacaan Mekanis

KB :

Mengenalpasti

Menjana Idea

Membuat urutan

Objektif 2

Langkah 3

( 20 minit )

Langkah 4

( 10 minit )

Penilaian bertulis

Buku Latihan dan Aktiviti muka surat 42

Menyenarai

kan kebaikan hidup berjiran.

.

Murid diminta membuat latihan bertulis di buku aktiviti pada muka surat 42.

Murid dikehendaki menyusun maklumat mengikut urutan gambar dan menulis maklumat tersebut dalam perenggan.

Murid dari kumpulan lemah diberi bimbingan.

Guru membuat perbincangan dan penyemakan jawapan bersama murid.

Guru meminta murid membuat pembetulan jika ada kesalahan dalam latihan tersebut.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diminta menyenaraikan lima kebaikan hidup berjiran.

Wakil kumpulan diminta membentangkan dapatan daripada hasilperbincangan.

Guru memberi penilaian dan menerapkan nilai-nilai murni.

KB ::

Menjana Idea

Menghubungkait

BBM:

Buku Aktiviti m;s 42

Objektif 3

Penerapan Nilai :

hormat menghormati

tolong-menolong

Penutup

(5 minit )

Rumusan Pelajaran

Murid merumuskan isi pelajaran hari ini.

Murid diminta menyanyikan semula lagu Pesan Datuk Nenek.

Refleksi :

Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya.. 85 % murid dapat membaca dan memahami petikan dengan baik. 80 % dapat membaca dan menulis ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.

Kekuatan :

Sessi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan benda maujud pada set induksi telah berjaya membangkitkan keinginan belajar murid. Murid murid berasa teruja apabila melihat bahan-bahan yang biasa mereka lihat seharian. Di samping itu, pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan Teknologi Maklumat seperti paparan slaid power point ternyata membantu saya di dalam PdP saya.

Kelemahan :

Walaupunng pengajaran pada hari ini telah saya rancang, namun terdapat kelemahan yang saya kenalpasti, Antaranya, murid-murid kumpulan lemah tidak dapat mengikut pengajaran yang dijalankan dengan baik. Pemahaman mereka terbatas ketika membuat latihan bertulis biarpun secara lisan mereka boleh melibatkan diri secara aktif.

Cara Mengatasi Kelemahan :

1. Menyediakan lembaran kerja yang lebih mudah dan bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.

Anak ikan kekek,

Ada di celah batu,

Pesan datuk nenek,

Hidup bersatu padu.

Anak ikan kekek,

Kena mata joran,

Pesan datuk nenek,

Hormat semua jiran.