9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 Tahun : 3 Rajin Tarikh : 24 September 2014 Masa : 9.10 – 10.10 pagi ( 60 minit) Bidang : Membentuk dan membuat binaan Aktiviti : Mobail Tema : Alam semulajadi Tajuk : Lingkaran ular Jenis-jenis media : Alat – gunting : Bahan – gam, tali benang, kad manila, oil pastel dan lidi sate Bahan bantu mengajar : Contoh mobail Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan inovasi Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk, ruang, kepelbagaian, imbangan, serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek alam semulajadi dan karya seni dalam penghasilan mobail. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan mobail. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan mobail. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

RPH TAHUN 3 KSSR BIDANG 3.docx

Embed Size (px)

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

Tahun : 3 RajinTarikh : 24 September 2014Masa : 9.10 10.10 pagi ( 60 minit)Bidang : Membentuk dan membuat binaanAktiviti : MobailTema : Alam semulajadiTajuk : Lingkaran ularJenis-jenis media : Alat gunting : Bahan gam, tali benang, kad manila, oil pastel dan lidi sateBahan bantu mengajar : Contoh mobailElemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan inovasiKemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk, ruang, kepelbagaian, imbangan, serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek alam semulajadi dan karya seni dalam penghasilan mobail.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan mobail. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan mobail.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada mobail.3.1.1 Unsur seni3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Ruang nyata 3.1.2 Prinsip rekaan3.1.2.1 Imbangan simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan3.1.2.2 Kepelbagaian bentuk3.1.2.3 Ritma dan pergerakan susun atur objek pada mobail3.2 Aplikasi seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan mobail.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alatan gunting3.2.1.2 Bahan gam, tali benang dan kad manila, oil pastel dan lidi sate3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.3.3 Ekspresi kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta kemahiran teknik dan proses dalam menghasilkan mobail.3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan mobail lingkaran ular.3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : bentuk, ruang, imbangan serta ritma dan pergerakan dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan hasil karya mobail yang dihasilkan.3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.3.4.3 Menggantungkan mobail yang dihasilkan.Objektif pembelajaran : 1. Murid dapat menyatakan dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat mobail lingkaran ular. 2. Murid dapat menghasilkan lingkaran ular menggunakan bahan yang diberi. 3. Murid dapat membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.

LANGKAH/MASASTANDARD PEMBELAJARANAKTIVITI/ILUSTRASI AKTIVITICATATAN

SET INDUKSI(5 minit) Guru memulakan pengajaran dengan satu peraturan iaitu grab the star. Guru bermula berinteraksi dengan murid mengenai haiwan yang paling ditakuti. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai haiwan yang dipilih.SOALAN1. Kenapa kamu takut dengan ular?JAWAPAN 1. Berbisa.

Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran iaitu Membuat mobail lingkaran ular

Grab the star Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mestilah berkerjasama sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Murid berinteraksi dengan guru dan menyatakan haiwan yang paling ditakuti. Murid menjawab soalan guru dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang pernah dilalui. Murid tahu apa yang dipelajari untuk hari ini.Teori : Teori konstuktivisme, teori behaviorisme

Pendekatan : Pendekatan deduktif

Strategi : Kemahiran berfikir, Kontruktivisme, Pembelajaran koperatif

Teknik : Bersoal jawab

Kaedah : Kaedah kumpulan

LANGKAH 1(10 minit)

Persepsi estetik Guru menunjukkan contoh mobail yang sebenar yang ada di dalam kelas. Guru menunjukkan mobail lingkaran ular yang telah siap. Guru menyatakan definisi mobail yang bersifat terapung dan boleh bergerak.

Guru berinteraksi dengan murid mengenai bahasa seni visual yang ada pada mobail. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bahasa seni visual yang telah dibincangkan tadi. SOALAN1. Unsur seni apa yang terdapat pada contoh mobail ini?2. Apa prinsip rekaan yang ada pada contoh mobail ini?3. Apakah corak yang ada pada badan ular ini?4. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menggantungkan objek?JANGKAAN JAWAPAN1. Unsur seniBentuk.Warna.2. Prinsip rekaanImbangan.Ritma dan pergerakan.3. Corak separuh bulatan.4. Tali, dawai dan benang.

Murid melihat contoh mobail yang ditunjukkan. Murid berinteraksi dengan guru mengenai asas seni reka yang terdapat pada mobail tersebut. Murid menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan

yang ada pada mobail tersebut.

BBM : Contoh mobail, mobail lingkaran ular

Kaedah : kaedah terus

Teknik : soal jawab, penerangan

Strategi : Kemahiran berfikir (asas seni reka)

Pendekatan : Pendekatan berpusatkan murid, pendekatan Chapman (pemerhatian)

LANGKAH 2(15 minit)

Aplikasi seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan mobail lingkaran ular. Guru melakukan demonstrasi cara menghasilkan mobail Lingkaran ular.

Langkah 11. Melakar lingkaran ular pada kertas lukisan / papan putih.Langkah 22. Mewarna atau menampal kertas warna untuk menghias lingkaran ular.3. Menggunting mengikut garisan lingkaran ular.Langkah 34. Mengikat tali pada bahagian ekor ular dan pada lidi sate untuk digantung sebagai mobail.

Murid mendengar penerangan oleh guru mengenai jenis media yang akan digunakan. Jenis media tersebut :Alat : guntingBahan : gam, tali, benang, kad manila, oil pastel dan lidi sate. Murid melihat demonstrasi oleh guru dalam menghasilkan lingkaran ular.

Teknik : Demonstrasi

Pendekatan : Berpusatkan bahan

Kaedah : Tunjuk cara

BBM : Alat : guntingBahan : gam, tali, benang, kad manila, oil pastel dan lidi sate.

LANGKAH 3(25 minit)

Ekspresi kreatif

Guru meminta murid memulakan aktiviti membuat lingkaran ular mengikut lima kumpulan kecil tadi. Guru memantau proses penghasilan murid. Guru membimbing murid. Guru memberi star mengikut tahap proses kerja murid secara berkumpulan.

Murid menghasilkan lingkaran ular dalam kumpulan kecil. Murid menghasilkan mobail lingkaran ular berpandukan cara yang ditunjukkan oleh guru dari langkah 1-3 secara berkumpulan. Murid menggunakan kreativiti dan meneroka sendiri idea dalam menghasilkan mobail.

Strategi : Konstruktivisme (pengalaman dan pengetahuan sedia ada), Pembelajaran koperatif

Kaedah : kaedah kumpulan

Pendekatan : Pendekatan chapman (Penerokaan, penghasilan)

Teori : Kecerdasan pelbagai (Visual ruang).

Nilai : Kesabaran, kerjasama

EMK : Kreativiti dan inovasi

PENUTUP (5 minit)

Apresiasi seni Guru membuat contoh apresiasi terhadap karya murid. Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan karya rakan.Aspek kognitif Guru membuat rumusan terhadap apa yang telah diajar untuk hari ini.Aspek sosial Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perasaan yang dirasai ketika melakukan aktiviti ini.REFLEKSI : Kesemua murid dapat mengikuti dan mencapai objektif pembelajaran 1 hingga 3 dengan baik. Peraturan grab point berjalan dengan berkesan sehingga tamat sesi pengajaran guru dan murid dapat dikawal dengan baik.

Murid mempamerkan mobail kumpulan masing-masing. Murid menceritakan pengalaman menghasilkan mobail. Murid menggantung mobail di dalam kelas. Murid menyatakan apa yang telah apa yang telah difahami sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti ini.

KBT : Kemahiran berfikir, Menilai perbandingan

Nilai : Menghargai keindahan, Membuat banding beza

Pendekatan : Pendekatan Chapman (apresiasi)

Teori : Kecerdasan pelbagai (Interpersonal)

Kaedah : Verbal-linguistik