28
1 [TERKINI : 2 OKTOBER 2012] Rancangan Pengajaran Harian [RPH] (Pengajaran Aspek Tatabahasa Tahun 1: Pendekatan Komunikatif) Tarikh /Hari : Tahun : 1 Kreatif Bil Murid :34 orang Masa : 8.10 9.10 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kesihatan danKebersihan Tajuk : Lagu ‘Bangun Pagi’ STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 5.1.1 Memahami dan menggunakankata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks. Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Mengecam sekurang-kurangnya lima daripada tujuh perkataan kata nama am konkrit yang terdapat dalam lirik lagu bertajuk Bangun Pagi dengan betul. ii. Menjawab sekurang-kurangnya tujuh daripada sembilan soalan kuiz teka teki tentang lirik lagu bertajuk Bangun Pagi dengan menggunakan kata nama am konkrit dengan betul. Sistem Bahasa Tatabahasa :morfologi - kata nama am konkrit Kosa kata : putik kapas Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) Ilmu : PJK, Sains Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , mencipta lirik lagu Elemen Keusahawanan EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea EK 1: 1.10 Berorientasikan pencapaian EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran Kepelbagaian Strategi KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman, sebab akibat menjaga kebersihan gigi dan muka KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd Hamid Jabatan Bahasa Melayu IPG KBM

RPH TATABAHASA KSSR

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RPH TATABAHASA KSSR

1

[TERKINI : 2 OKTOBER 2012]Rancangan Pengajaran Harian [RPH]

(Pengajaran Aspek Tatabahasa Tahun 1: Pendekatan Komunikatif)

Tarikh /Hari :Tahun : 1 KreatifBil Murid :34 orangMasa : 8.10 – 9.10 pagiMata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Kesihatan danKebersihanTajuk : Lagu ‘Bangun Pagi’

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN5.1Memahami dan menggunakan golongan

kata dengan betul mengikut konteks.5.1.1 Memahami dan menggunakankata nama am

yang mudah dengan betul mengikut konteks.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Mengecam sekurang-kurangnya lima daripada tujuh perkataan kata nama am konkrit yang terdapat dalam lirik lagu bertajuk Bangun Pagi dengan betul.

ii. Menjawab sekurang-kurangnya tujuh daripada sembilan soalan kuiz teka teki tentang lirik lagu bertajuk Bangun Pagi dengan menggunakan kata nama am konkrit dengan betul.

Sistem Bahasa Tatabahasa :morfologi - kata nama am konkrit Kosa kata : putik kapas

Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

Ilmu : PJK, Sains Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , mencipta lirik lagu Elemen Keusahawanan

EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea

EK 1: 1.10 Berorientasikan pencapaianEK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatuEK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran

Kepelbagaian Strategi

KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman, sebab akibat menjaga kebersihan gigi dan muka

KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait denganamalan kebersihan dalam kehidupan

seharian.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 2: RPH TATABAHASA KSSR

2

Pembelajaran konstruktivisme

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan1 Komputer riba 12 LCD 13 Lirik lagu :Bangun pagi 184 Grafik peta pemikiran : Carta pelbagai alir 15 Beg kertas 16 Model anak patung, kerusi dan meja 17 Gambar keadaan gigi yang rosak, muka yang comot 18 Lembaran kerja pemulihan 59 Borang rekod penilaian

i. Pemerhatian mengecam kata nama am konkritii. Kuiz kata nama am konkrit lagu bangun Pagi

11

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mengamalkan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.

Isi pelajaran Langkah dan Aktiviti / Aktiviti P dan P Catatan

Soalan

1. Namakan benda-benda yang dipegang dan dilihat di dalam beg kertas.

Jangkaan jawapan

o Anak patungo Model kerusio Model meja

Ciri Fizikal :Deria : boleh dipegang boleh dilihat

2. Isi pelajaran[Kata nama am konkrit]

Perkaitan objek dengan tajuk dan isi pelajaran.Nama-nama objek yang boleh disentuh dan dilihat.

Set Induksi (5 minit)

Beberapa orang murid diminta menyentuh dan meneka objek yang terdapat di dalam beg kertas.

Guru mengemukakan soalan untuk mencungkil ciri objek.

Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.

BBM Bahan maujud

KB Menghubung kaiit

BCB Memproses maklumat

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait kan

dengan pengalaman dalam kehidupan

Kata nama am konkrit Langkah 1 (10 minit)BBM Teks lagu – Bangun

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 3: RPH TATABAHASA KSSR

3

Lagu: Bangun Pagi

Bangun pagi,Gosok gigi,Cuci muka,Pakai baju,

Sikat rambut,Pakai kasut,Otak cergas,ke sekolah.

Anggota badan yang lainJangkaan jawapan

1. Telinga2. Mata3. Kuku4. Rambut5. Jari

Aktiviti 1

Murid diperdengarkan rakaman lagu Bangun Pagi

Murid-murid diminta menyanyikan lagu berdasarkan seni kata yang dipaparkan bersama-sama dengan guru.

Murid diminta melakukan gerak kreatifsambil bernyanyi.

Guru memaparkan peta carta alir pelbagai dipaparkan

Guru bersoal jawab tentang sebab akibat menjaga kebersihan gigi dan muka berdasarkan paparan gambar.

Murid dibimbing membuat kesimpulan akan kepentingan menjaga kebersihan.

Murid diminta menyatakan anggota badan yang lain yang perlu dijaga kebersihan.

Pagi Rakaman lagu LCD Peta carta alir pelbagai Gambar keadaan gigi

yang rosak dan muka yang kotor

KB sebab akibat

Teknik Pemerhatian Tunjuk cara Pergerakan kreatif

KP Intrapersonal Verbal linguistik Kinestatik

Nilai Murni Kebersihan

Pembelajaarn kontekstual Menghubungkaitkan

dengan kebersihan diri

EK EK 2: 2.2

Kata nama am konkrit

Lirik Lagu: Bangun Pagi

Bangun pagi,Gosok gigi,Cuci muka,Pakai baju.

Sikat rambut,Pakai kasut,

Badan bersih,

Langkah 2 ( 15 minit)

Aktiviti i Guru mengedarkan seni kata lagu

[berpasangan]

Murid-murid diminta menggarisi dan menyebut perkataan yang menunjukkan objek yang dapat disentuh atau dipegang dan dilihat berdasarkan lirik lagu.

BBB Lirik lagu

Pendekatan Induktif

Teknik Nyanyian Penyoalan

KP Intrapersonal

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Gosok gigi

Cuci muka

sebab akibat

Page 4: RPH TATABAHASA KSSR

4

ke sekolah.

Lirik lagu [mengandungi kata nama am konkrit]

Sapu lantai,Cuci tingkap,Susun meja,dan kerusi,Bilik bersih,Otak cergas,

Guru tiba,Baca buku.

Kata nama am konkrit : objek dalam kelas

Murid diminta memberikan contoh kata nama am konkrit berdasarkan objek yang ada di dalam kelas.

Aktiviti ii Guru memilih beberapa perkataan yang

disebut oleh murid.

Murid dibimbing untuk menyambung rangkap ketiga lirik lagu dengan cara memilih kata kerja yang sesuai untuk menjaga kebersihan setiap objek.

Guru memaparkan rangkap keempat.

Murid dan guru menyanyikan lagu sambil melakukan gerak kreatif yang sesuai dengan maksud lagu.

Verbal linguistik

Nilai Murni Kebersihan fizikal dan

mentalPAS Bertanggungjawab

EK EK1: 1.4 EK 5: 5.1

Penilaian objektif Pemerhatian

[lembaran kerja : kata nama ama konkrit yang digarisi dan disebut] dalam seni kata lagu.

Kata Nama Am Konkrit

Soalan kuiz Bangun PagiContoh:

1. Setiap hujung minggu saya mengetip anggota ini supaya kotoran tidak ada di bawahnya.Siapa saya?

2. Selepas bermain di luar kelas anggota badan yang perlu dibersihkan ialah ..... .

3. Putik kapas sesuai digunakan untuk membersihkan saya. Siapa saya?

4. Sapulah saya setiap pagi supaya kelas anda tidak berhabuk. Siapa saya?

Jangkaan jawapan kuiz

i. kakiii. kukuiii. tanganiv. rambutv. telingavi. kerusivii. mejaviii. tingkapix. lantai

Langkah 3 ( 25 minit)

Aktiviti i

1.Guru mempamerkan gambar tubuh kanak-kanak dan gambar bilik darjah

2. Guru mengadakan kuiz kata nama am konkrit mengikut kumpulan untuk tujuan penilaian.

Murid dikehendaki menjawab menggunakan kata nama am konkrit

Murid menjawab dalam tempoh 30 saat

Satu set kad perkataan anggota badan dan peralatan kelas diberikan kepada setiap kumpulan.

Setiap orang ahli mendapat satu kad perkataan.

Murid diminta menampal kad perkataan pada anggota badan dan peralatan kelas yang perlu dijaga kebersihan berdasarkan soalan kuiz.

Pemenang pertama, kedua dan ketiga

BBM Gambar kanak-kanak Gambar bahan

pembersih Kad perkataan anggota tubuh dan

peralatan/objek bilik darjah

Borang penilaian rakan sebaya.

KP Verbal Linguistik Intrapersonal

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 5: RPH TATABAHASA KSSR

5

Jangkaan jawapan pengayaan

i. kaki - sabun ii. rambut -syampuiii. gigi - ubat gigi iv. lantai - penyapuv. tingkap - kain

Jangkaan jawapan pemulihan

i. mataii. kakiiii. mejaiv. bukuv. gigivi. muka

ditentukan berdasarkan jumlah markah.

Aktiviti ii

Pengayaan1. Murid diminta menamakan bahan-bahan

yang digunakan untuk membersihkan anggota badan

2. Murid diminta menyesuaikan bahan yang digunakan membersihkan anggota badan dengan anggota badan berdasarkan gambar bahan pembersih dalam lembaran kerja.

3. Murid menulis nama bahan pembersih dalam lembaran kerja.

Pemulihan

Membaca dan mengeja kv + kv 1. Melengkapkan petak kosong untuk

membina kata nama am konkrit.

EK EK 1: 1.10

Penilaian objektifPemerhatian : Borang penilaian skor[kuiz]

Lembaran kerja aktiviti pemulihan

Kognitif

Rumusan isi pelajaranObjek yang boleh dilihat dan dipegang : di luar bilik darjah

Kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran [ bilik darjah]

Sosial : Pujian atas usaha dan kejayaan.

Penutup5 minit

Murid diminta menyebut kata nama am yang telah dipelajari dan ciri kata nama am konkrit.

Murid diminta memberi satu contoh kata nama am konkrit yang terdapat di dalam bag sekolah.

Guru memberi pujian atas sikap murid menjaga kebersihan diri dan persekitaran

BBB LCD Skrin Lirik lagu

KB Merumus

Nilai Kebersihan Kesyukuran

PAS bertanggungjawab

KP: Verbal linguistik Intrapersonal

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

m _ t _

k _ k _

m _ j _

b __ k __

k __ k __

Page 6: RPH TATABAHASA KSSR

6

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 7: RPH TATABAHASA KSSR

7

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Mengajarkan satu standard pembelajaran bagi setiap tempoh pembelajaran

[ kemahiran bahasa : kemahiran mendengar dan bertutur, keamhiran membaca dan kemahiran menulis]

[ aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa ]ContohIsnin : mendengar dan bertuturSelasa : membacaRabu : menulisKhamis : seni bahasaJumaat : tatabahasa Aktiviti pengayaan dan pemulihan tidak ada bagi p dan p aspek seni bahasa.

serapkan yang sesuai dengan isi pelajaran dan aktiviti bagi mencapai objektif pelajaran.

Page 8: RPH TATABAHASA KSSR

8

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Tidak perlu menyerapkan semua elemen EKM yang terkandung dalam pengisian kurikulum pada setiap tempoh pengajaran.

Ilmu dan nilai adalah dua EMK yang mesti diserapkan. Rujuk cara penyerapan berdasarkan panduan dalam slaid ppt yang terakhir.

Page 9: RPH TATABAHASA KSSR

9

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 10: RPH TATABAHASA KSSR

10

NILAI MURNI

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. Rendah diri

2. Bekerjasama

3. Menghormati alam/bumi

4. Kehidupan seimbang

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 11: RPH TATABAHASA KSSR

11

5. Mementingkan kemampanan ekosisitem

6. Mengekalkan kehidupan dan kepelbagaian hidup

7. Kerosakan minimum

8. Perubahan berterusan

9. Ekonomi bukanlah segalanya

10. Mengiktiraf hak mereka yang belum lahir/generasi akan datang

11. Tanggungjawab setiap individu

12. Kesederhanaan

13. Perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar

14. Etika melebihi hukum

15. Mengalami dan menghayati sendiri adalah lebih baik

16. Mencintai persekitaran

KONSEP TATABAHASA

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata

dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa

dalam pengajaran dan pembelajaran.

[ KBSR tatabahasa diajar secara penyerapan atau sisipan manakala KSSR pula tatabahasa diajar secara PER SE/ secara langsung ]

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan;

[ TAHAP 1]

i. memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup yang merujuk bukan manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks;

ii. memahami dan menggunakan kata ganti nama diri sebagai kata sapaan dengan betul mengikut konteks;

iii. memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif, pelbagai jenis kata adjektif, kata hubung gabungan, kata sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks;

iv. memahami dan menggunakan kata terbitan awalan beR-, meN-, peN-, teR- dan di- dengan betul mengikut situasi;

v. memahami dan menggunakan kata ganda penuh sebagai penanda nama haiwan, makna kesamaan atau keserupaan, dan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul dalam pelbagai konteks;

vi. memahami dan membina ayat tunggal susunan biasa dan ayat majmuk dengan betul dalam pelbagai situasi; dan

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 12: RPH TATABAHASA KSSR

12

vii. memahami dan membina ayat penyata, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya, ayat seru dan ayat perintah dengan betul dalam pelbagai situasi.

PENDEKATAN PENGAJARAN TATABAHASA

Pendekatan Komunikatif

i. Versi kukuh ( shallow- endCLT : tatabahasa komponen utama- Littlewood, 1992)

ii. Versi lemah (deep-endCLT : kelancaran berkomunikasi – fungsi komunikasi – task based –

Savingnon, Prabu)

Kontekstual ‘… degree to which meanings and situations from the world outside the classroom are

present in an instructional approach, method or classroom activity (Shrum & Glisan, 2005 p.41).

Komunikatif : memanipulasikan bentuk-bentuk linguistik secra gramatis dan menggunakan dalam konteks

bermakna bagi tujuan komunikasi autentik.

Peraturan untuk mengajarkan tatabahasa (Thornbury, 2000) : Pertama, peraturan konteks dan kedua,

peraturan makna. Walaupun sesuatu item linguistik dikeluarkan daripada konteks bagi tujuan menarik

perhatian/memberi kesedaran/pengetahuan kepada pelajar, item itu perlu diletakkan dalam situasi

konteksnya semula. Tatabahasa diajarkan kepada pelajar bagi membolehkan kefahaman dan

penghasilan bahasa autentik.

RUMUSAN

Cara terbaik untuk memberikan tumpuan pada bentuk-bentuk linguistik dan menggabungjalinkan bentuk-

bentuk lingustik secara berkesan dengan pendekatan komunikatif (Stern, 1987; Long, 1991; Huangjing

Zhao, 2011).

PRINSIP P &P ASPEK TATABAHASA

i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.

ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.

iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafaz rumus atau hukum bahasa.

iv. Diajarkan secara terancang dalam sesi pengajaran kemahiran bahasa.

v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.

vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar, bahan rangsangan yang menarik dan

berkesan.

vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara

berkesan.

viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.

ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.

x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 13: RPH TATABAHASA KSSR

13

xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.

(BPK , 2010 dan 2012)

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 14: RPH TATABAHASA KSSR

14

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 15: RPH TATABAHASA KSSR

15

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

[Rancangan sekolah]

Mata Pelajaran dan Kelas Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari

Tema/Tajuk Kebudayaan - Makanan Kita

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa

2. Tema/Tajuk

3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)

4. Objektif Pembelajaran

5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR.

EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P

7. Bahan Bantu Belajar

8. Penilaian P&P

9. Refleksi :

i. nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&Pii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

( JNJK, Jun 2010 )

Page 16: RPH TATABAHASA KSSR

16

Masa 7.30 – 8.30 pagi

Standard Pembelajaran(satu standard pembelajaran sahaja)

1.4.4/ Literasi 3.2

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

i. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul.

ii. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila.

iii. Literasi;

Menyebut dan memadankan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan gambar.

Aktiviti 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog.

2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. (Keusahawanan)

3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi dan menuturkannya semula.

4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja.

Aktiviti Literasi

1. Menyebut frasa menunjukkan permintaan dengan bimbingan guru.

2. Memadankan frasa menunjukkan permintaan dengan gambar yang sesuai.

EMK Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur

Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan

TMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar Radio/komputer, slaid powerpointgambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan.

Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.

Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.

Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [ contoh BPK]

Mata pelajaran :Dunia Sains dan Teknologi

Kelas : Tahun 2 Cemerlang

Tajuk : Sains Hayat/Haiwan

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 17: RPH TATABAHASA KSSR

17

Standard Kandungan: Memahami pergerakan haiwan

Standard Pembelajaran:

2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat

2.4.3 Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan

Objektif pembelajaran:

Diakhir pengajaran murid dapat:

1. Membuat pemerhatian cara bergerak 3 jenis haiwan seperti burung, katak dan ikan [ bgm mentaksir pencapain objektif?]

2. Memadankan nama haiwan dengan cara pergerakannya [2.4.1 – menjelaskan – bertutur, memadankan – bukan bertutur]

3. Melakonkan pergerakan haiwan iaitu terbang, melompat dan berenang4. Mengaitkan pergerakan haiwan dengan kehiupan seharian.[2.4.3]

Elemen merentas kurikulum:TMK: Tayangan Video dan komputerBahasa: Penggunaan ayat Bahasa Malaysia dengan betulEMK:EK 1: EK 1.2, EK 1.4,EK 1.6, EK 1.10 EK 2: EK 2.1,EK 2.2, EK 2.4, EK 2.7

Bahan Bantu Belajar:Kad perkataanHaiwan di sekitar sekolahGambar haiwanVideo pergerakan haiwanVideo pergerakan kenderaan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Fokus/Fasa Organisasi/Aktiviti Catatan/Komunikasi

Orientasi Murid menyanyikan lagu Katak Si Katak Lompat beramai-ramai

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 18: RPH TATABAHASA KSSR

18

Set Induksi

(5 minit)

Pencetusan Idea

(15 minit)

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan: A, B dan C

Murid keluar dari bilik darjah mengikut kumpulan untuk membuat pemerhatian tentang pergerakan haiwan yang terbang, melompat dan berenang di persekitaran sekolah dengan bimbingan guru

Murid memberi reaksi segera untuk menyebut nama haiwan yang ditemui dan menceritakan cara pergerakannya.

EMK: EK1- EK 1.2

EMK: EK2- EK 2.1

EMK: EK1- EK 1.6

Murid kumpulan A: Burung terbang

Murid kumpulan B: Katak melompat

Murid kumpulan C: Ikan berenang

Menjana Idea

(20 minit)

Guru menyediakan kad perkataan pergerakan haiwan seperti terbang, melompat dan berenang.

Murid dikehendaki memadankan kad perkataan pergerakan haiwan dengan gambar yang diberikanGuru menyoal murid tentang cara pergerakan haiwan.

EMK: EK2- EK 2.4

Contoh soalan:

Bagaimanakah burung bergerak?

Bagaimanakah katak bergerak?

Bagaimanakah ikan bergerak?

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 19: RPH TATABAHASA KSSR

19

Penstrukturan semula idea

(15 minit)

Murid melihat tayangan video sambil menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif

Video 1: pergerakan burung

Video 2: pergerakan katak

Video 3: pergerakan ikan

EMK: EK2- EK 2.2

Tayangan Video pergerakan haiwan ditayangkan.

Pentaksiran Murid menjawab lembaran kerja

Aktiviti Pemulihan Murid melakonkan pergerakan burung, katak dan ikan dalam kumpulan

EMK: EK1- EK1.10

Aktiviti Pengayaan Murid melihat video pergerakan kenderaan seperti kapal terbang, kapal selam.

Murid mengaitkan pergerakan burung, katak dan ikan dengan pergerakan kenderaan

EMK: EK1- EK1.4

EMK: EK2- EK2.7

Refleksi

(5 minit)

Semua murid dapat mengikuti setiap langkah pembelajaran yang diikuti

Murid sangat seronok dan kreatif ketika melakonkan pergerakan haiwan

NOTA:

Contoh Modul Dunia Sains dan Teknologi ini menerapkan elemen keusahawanan dengan

Pendekatan Penyebatian.Proses p&p yang dicadangkan adalah secara terus membincangkan hal-

hal yang berkaitan dengan elemen keusahawanan dari mula aktiviti-aktiviti p&psehingga ke akhir

proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aktiviti p&p 1: Elemen yang diterapkan ialah elemen keusahawanan EK1.2 (Peka kepada

peluang - suka mengambil tahu) dalam aktiviti p&p 2, murid diminta bersoal jawab untuk menyatakan

nama-nama haiwan yang dilihat semasa proses pemerhatian bersama-sama guru di sekitar sekolah.

Seterusnya, elemen keusahawanan EK 2.1 ( Memerhati persekitaran dengan sengaja dan

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 20: RPH TATABAHASA KSSR

20

bertujuan) dimana murid membuat pemerhatian sifat dan cara-cara haiwan bergerak.

Elemen EK 1.6 (Keinginan kepada maklumbalas segera) dimana murid memberi reaksi segera

apabila diminta menceritakan haiwan-haiwan dan cara pergerakan haiwan tersebut.

Elemen EK 2.4 ( Memilih idea terbaik daripada banyak idea) dimana murid berupaya membuat

penilaian terhadap idea semasa aktiviti memadankan haiwan dengan pergerakan haiwan dengan

betul.

Elemen EK 2.2 (Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif ) dimana murid boleh

menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu pergerakan dan boleh membuat penilaian semasa

menonton tayangan video yang ditunjukkan oleh guru

Elemen EK 1.10 ( Berorientasikan pencapaian) dimana murid berusaha mencapai objektif dan

menyiapkan tugasan melakonkan pergerakan haiwan dalam masa yang ditetapkan.

EK1.4 ( Daya kreativiti dan inovasi - boleh memberi banyak idea) dimana murid menonton

tayangan video pergerakan kenderaan dan mengaitkan dengan pergerakan haiwan yang telah

mereka perhatikan dan lakonkan.

EK 2.7 ( Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit) di mana murid

boleh mengaplikasi ilmu/teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih. Dalam aktiviti

mengaitkan tayangan video kenderaan dengan pergerakan haiwan , murid diberi peluang berfikir

secara kritis tentang cara pergerakan haiwan dengan pergerakan dan bentuk kenderaan-kenderaan

yang mereka tonton.

INDIKATOR PENERAPAN ELEMEN KEUAHAWANAN

Proses penerapan elemen keusahawanan merupakan satu proses yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Dalam tempoh-tempoh tertentu, perubahan tingkah laku dalam diri murid sudah boleh dilihat menggunakan indikator-indikator tertentu berdasarkan jenis elemen yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan ini menyenaraikan indikator yang boleh diguna pakai oleh guru sebagai alat penentu ukur keberkesanan penerapan elemen tersebut.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 21: RPH TATABAHASA KSSR

21

EK1- Mengamalkan sikap keusahawanan

EK Amalan yang diterapkan ialah: Indikator yang boleh diukur, murid…

1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan

- menepati masa yang ditetapkan.- menyiapkan tugasan sehingga selesai.

1.2 Peka kepada peluang - suka mengambil tahu.- mengambil berat terhadap perubahan persekitaran.- tahu menggunakan sumber/ruang.

1.3 Berani mengambil risiko - lebih berhati-hati untuk bertindak.- menyenaraikan kesan dan akibat.- sedia menerima teguran.

1.4 Daya kreativiti dan inovasi - suka memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan.

- boleh memberi banyak idea.- boleh menilai idea untuk memilih idea yang terbaik.- boleh mencipta/mereka cipta sesuatu.

1.5 Fleksibiliti - boleh menyesuaikan diri dalam apa juga situasi.- boleh mengadaptasi mengikut persekitaran.- boleh menimbang pandangan rakan.- bersedia mendengar dan didengar.

1.6 Keinginan kepada maklum balas segera

- Murid memberi reaksi segera apabila diminta.

1.7 Berorientasikan masa depan - boleh berimaginasi terhadap sesuatu yang belum berlaku.

- boleh menyenaraikan kesan dan akibat terhadap sesuatu tindakan.

- boleh menjangkakan sesuatu.- boleh membuat perancangan.

1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan

- bersedia menerima teguran/pandangan orang lain.- bersedia mengubah tindakan/keputusan yang silap.

1.9 Berkeupayaan memimpin - boleh bekerjasama dalam kumpulan.- boleh bertolak ansur.- boleh berkongsi pendapat.- boleh meneraju/memimpin.

1.10 Berorientasikan pencapaian - tahu matlamat/objektif tindakan.- berusaha untuk mencapai objektif.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 22: RPH TATABAHASA KSSR

22

- menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan.

1.11 Berdaya tahan - tidak mudah berputus asa.- sanggup menerima kritikan.- menyelesaikan tugasan walaupun terdapat

halangan.- sabar dengan tugasan yang berat.

1.12 Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi

- sentiasa bersedia untuk bertindak dengan apa juga perubahan.

- mengambil tindakan yang sesuai dengan keperluan persekitaran.

- sedia berunding dengan rakan-rakan pada bila-bila masa.

1.13 Daya ketabahan yang tinggi - menerima teguran/pandangan orang lain.- meneruskan sesuatu tindakan sehingga berjaya.

1.14 Boleh membina jaringan sosial - boleh berkomunikasi dengan baik.- mesra dengan semua orang.- boleh mengekalkan hubungan baik.

EK2- Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan

EK Amalan yang diterapkan ialah: Indikator yang boleh diukur, murid…

2.1 Memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan

- boleh menyenaraikan/mengumpul maklumat.- boleh mendapatkan maklumat daripada mana-

mana sumber.

2.2 Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif

- boleh menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu perkara.

- boleh membuat penilaian.

2.3 Menghasilkan idea dari pemerhatian

- boleh mengemukakan/mencadangkan idea baru/alternatif berasaskan maklumat.

2.4 Memilih idea terbaik daripada banyak idea

- boleh membuat penilaian terhadap idea

2.5 Menambahbaik idea yang dipilih (inovasi)

- boleh mencadangkan cara/teknik/strategi/ idea/kaedah yang lebih baik.

2.6 Menilai idea secara kritis dalam - boleh memodifikasi/mengubahsuai/ menambahbaik

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 23: RPH TATABAHASA KSSR

23

konteks idea mengikut situasi/ keperluan.

2.7 Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit

- boleh mengaplikasi ilmu/teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih.

2.8 Menyesuaikan idea baharu dengan keperluan masyarakat dan persekitaran

- boleh menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai.

- boleh memodifikasi idea untuk disesuaikan dengan keperluan/kehendak semasa.

2.9 Meneruskan peningkatan kualiti idea

- boleh membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap idea asal.

- berupaya mencari idea baharu.- berupaya membuat penyelidikan.

EK3- Mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah

EK Amalan yang diterapkan ialah: Indikator yang boleh diukur, murid…

3.1 Merancang sesuatu projek dengan teliti

- boleh mengumpulkan maklumat.- boleh menyenaraikan langkah-langkah kerja.

3.2 Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan

- berupaya menjalankan tugasan mengikut perancangan.

3.3 Memantau projek - akan memastikan kualiti tugasan/projek di tahap yang tinggi.

3.4 Menilai pelaksanaan projek - boleh menyenaraikan kesan/faedah/kelemahan/kekuatan projek.

- boleh membuat keputusan.- boleh mengambil tindakan susulan.

EK4- Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional

EK Amalan yang diterapkan ialah: Indikator yang boleh diukur, murid…

4.1 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional

- boleh menggunakan pengetahuan/teknologi yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu idea hingga terhasilnya sesuatu produk.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM

Page 24: RPH TATABAHASA KSSR

24

- boleh menghasilkan sesuatu produk berdasarkan kemahiran yang dimiliki.

- boleh merekacipta suatu produk.- boleh menukar idea asal kepada idea

komersial/mengkomersialkan idea.

4.2 Menggunakan teknologi berlainan untuk menghasilkan produk yang sama

- boleh mencadangkan teknologi lain untuk menghasilkan produk yang sama.

- boleh melakarkan reka bentuk proses penghasilan produk menggunakan teknologi yang berlainan.

4.3 Menggunakan sumber yang pelbagai/sumber alternatif/sumber kitar semula

- boleh mencadangkan sumber alternatif/bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk.

- boleh menggunakan sumber alternatif/bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk.

EK5- Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan

EK Amalan yang diterapkan ialah: Indikator yang boleh diukur, murid…

5.1 Prinsip Tanggungjawab sosial - menjaga kebersihan sekolah/bilik darjah.- menjaga kesejahteraan bilik darjah/sekolah.- mengelak perselisihan faham/salah sangka/buruk

sangka.

5.2 Prinsip Keadilan - mengikut giliran/beratur.- tidak mengambil hak/barang rakan.- membahagikan tugasan sama rata.

5.3 Prinsip Hak Manusia - menyayangi dan menjaga barang sendiri/rakan sekelas.

- tidak mengambil barang rakan lain tanpa izin.

5.4 Prinsip Autonomi - menghormati rakan berlainan bangsa dan agama.

5.5 Prinsip Ketelusan - menyatakan/menyampaikan maklumat dengan betul/jelas.

- tidak berselindung.

Zainiyah binti Md Zain/Hamidah binti Abd HamidJabatan Bahasa MelayuIPG KBM