Upload
zeeyan
View
215
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
gdfgdfg
Citation preview
RUMUSAN
Kesimpulannya , tugasan ini menekankan banyak aspek penting yang perlu diketahui
oleh seorang guru. Pelbagai konsep dan prinsip pengujian, penilaian dan pengukuran,
teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor, jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian,
pemerkahan dan markat telah didedahkan dalam tugasan projek ini. Tambahan pula,
tugasan ini turut membantu seorang guru dalam menjelaskan taksonomi Bloom, domain
Krathwohl, membina jadual spesifikasi ujian dan soalan peperiksaan Bahasa Melayu.
Justeru, dalam usaha menjadi guru yang cemerlang selain memenuhi kriteria
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari
segi JERIS, seseorang guru hendaklah mempunyai konten ilmu yang tinggi dalam
merancang dan membuat penilaian. Pengetahuan yang mendalam terhadap Taksonomi
Bloom dan Domain Krathwothl amat penting dalam membantu para guru menyediakan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang baik. Melalui JSU yang dihasilkan itu, jenis dan
kaedah penilaian Kemahiran Berbahasa akan dapat dirancang dengan efisien selaras
dengan saranan Taksonomi Bloom dan Domain Krathwothl.
Pendedahan berkaitan penilaian kemahiran bertutur ini secara tidak langsung
dapat membantu guru-guru dalam membina rubrik penilaian aktiviti bahasa seperti rubrik
untuk pertandingan pidato, sajak, pantun, syarahan dan lain-lain lagi. Pembinaan rubrik
yang tepat dan terancang dapat membantu meningkatkan lagi martabat bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu.
Tuntasnya, tugasan ini telah memberi banyak maslahat kepada bakal guru dalam
menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan juga dapat membantu
bakal guru menjadi cemerlang dalam pelbagai aspek serta mampu melonjakkan
profesion keguruan.