18
UNIT 5 MUZIK SINKRETIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir Unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan sejarah dan perkembangan Muzik Sinkretik di Malaysia 2. Menganalisis ciri-ciri muzik Muzik Sinkretik Malaysia 3. Membincangkan jenis-jenis Muzik Sinkretik yang dipersembahkan di Malaysia PENGENALAN Unit Pembelajaran 5 akan mengupas mengenai Muzik Sinkretik yang terdapat di Malaysia. Muzik ini juga dipanggil sebagai Muzik Idiosinkretik kerana ia terhasil dari campuran elemen-elemen muzik tempatan dengan muzik luar yang dibawa masuk oleh pelbagai pihak ke rantau ini. Berbeza dengan muzik rakyat dan muzik istana, muzik di dalam kategori ini lebih terbuka kepada perubahan dan pengaruh luar. Unit pembelajaran ini juga akan membincangkan tentang sejarah perkembangan, ciri-ciri muzik dan juga jenis-jenis muzik yang dikategorikan di dalam kumpulan ini. ISI KANDUNGAN Latar Belakang dan Perkembangan Muzik Sinkretik Semenanjung Tanah Melayu terletak di laluan perdagangan utama antara Barat dan Timur. Kedudukannya yang strategik yang membahagikan antara Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadinya tumpuan utama dan persinggahan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan ini. Melaka merupakan bandar pelabuhan yang sangat penting di rantau ini suatu masa dahulu memainkan peranan yang penting kepada pembentukan dan perkembangan budaya masyarakat setempat. Banyak pihak bukan sahaja dari Nusantara malah dari India, Arab, China dan Barat datang berniaga ke sini. Ramai juga peniaga- peniaga yang menetap di sini dan membawa bersama amalan dan cara hidup

S6 modul unit 5 muzik malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: S6  modul unit 5 muzik malaysia

UNIT 5

MUZIK SINKRETIK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan sejarah dan perkembangan Muzik Sinkretik di Malaysia 2. Menganalisis ciri-ciri muzik Muzik Sinkretik Malaysia 3. Membincangkan jenis-jenis Muzik Sinkretik yang dipersembahkan di

Malaysia

PENGENALAN

Unit Pembelajaran 5 akan mengupas mengenai Muzik Sinkretik yang terdapat di Malaysia. Muzik ini juga dipanggil sebagai Muzik Idiosinkretik kerana ia terhasil dari campuran elemen-elemen muzik tempatan dengan muzik luar yang dibawa masuk oleh pelbagai pihak ke rantau ini. Berbeza dengan muzik rakyat dan muzik istana, muzik di dalam kategori ini lebih terbuka kepada perubahan dan pengaruh luar. Unit pembelajaran ini juga akan membincangkan tentang sejarah perkembangan, ciri-ciri muzik dan juga jenis-jenis muzik yang dikategorikan di dalam kumpulan ini.

ISI KANDUNGAN

Latar Belakang dan Perkembangan Muzik Sinkretik

Semenanjung Tanah Melayu terletak di laluan perdagangan utama antara Barat dan Timur. Kedudukannya yang strategik yang membahagikan antara Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadinya tumpuan utama dan persinggahan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan ini. Melaka merupakan bandar pelabuhan yang sangat penting di rantau ini suatu masa dahulu memainkan peranan yang penting kepada pembentukan dan perkembangan budaya masyarakat setempat. Banyak pihak bukan sahaja dari Nusantara malah dari India, Arab, China dan Barat datang berniaga ke sini. Ramai juga peniaga-peniaga yang menetap di sini dan membawa bersama amalan dan cara hidup

Page 2: S6  modul unit 5 muzik malaysia

mereka. Perkahwinan campuran di antara penduduk setempat dengan pendatang menyemarakkan lagi pertukaran budaya. Begitu juga dengan kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris ke rantau ini bukan sahaja untuk berniaga malah telah menakluk seluruh rantau ini yang telah mendedahkan penduduk di sini dengan budaya mereka. Akhirnya banyaklah berlaku pertembungan dan percampuran budaya di antara budaya masyarakat setempat dengan budaya luar. Hal ini telah menghasilkan banyak amalan-amalan budaya baru termasuklah dalam bidang muzik. Hasil dari percampuran dan asimilasi budaya tersebut, maka banyak bentuk-bentuk muzik baru muncul seperti zapin, ghazal, joget, dondang saying, keroncong dan sebagainya. Kesemua bentuk-bentuk muzik yang terhasil ini dikenali sebagai Muzik Sinkretik.

Perkembangan alatan dan bentuk muzik di Malaysia yang mana telah banyak mempengaruhi budaya muzik di negara ini boleh dijelaskan dari dua perspektif iaitu adaptasi dan idiosinkratik. Di dalam perspektif adaptasi, unsur-unsur muzik serta alatan muzik dari luar diadaptasikan, diubahsuai dan dikembangkan mengikut budaya setempat. Hal ini jelas berlaku terutama dalam aspek vokal, mud, teknik permainan, nama alatan muzik, cara pembuatan, ornamentasi dan juga dekorasi alat. Bentuk dan alat muzik mungkin mengekalkan sebahagian bentuk asalnya tetapi lama-kelamaan berubah dari segi elemennya untuk sesuaikan dengan budaya setempat. Salah satu contohnya ialah serunai iaitu alat tiupan berpipit kembar (double-reed) yang digunakan dalam ensembel gendang silat dan wayang kulit di negeri Kelantan. Alat ini dikatakan berasal dari dunia Arab yang dikenali sebagai shawn atau surnay. Bentuk fizikal alat tiupan ini telah berubah terutama pipitnya, saiznya dan hiasan badan alat tersebut. Di Kelantan, badan alat ini diperbuat dari kayu tempatan seperti kayu nangka manakala pipitnya pula diperbuat dari daun tar. Serunai di Kelantan juga dihiasi dengan motif ukiran tempatan untuk memenuhi cita rasa tempatan.

Pemain Surnay Arab Pemain Serunai Melayu

Page 3: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Manakala dari perspektif idiosinkratik pula, unsur-unsur muzik atau alatan muzik yang dibawa masuk masih lagi mengekalkan keasliannya termasuklah dari segi modnya, teknik pembuatannya, sistem talaannya, teknik permainannya malah namanya juga masih dikekalkan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan hanyalah sedikit perubahan kecil pada alat atau nama alat tersebut. Alat muzik gambus dari keluarga lute yang digunakan di dalam ensembel Zapin dan Ghazal di negeri Johor adalah berasal dari Arab yang sering disebut sebagai Oud. Alat tersebut dipercayai telah dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab ke Kepulauan Melayu seawal abad ke 14 Masihi semasa berkembangnya Agama Islam di rantau ini. Gambus di Malaysia masih lagi sama seperti Oud yang dimainkan di Dunia Arab. Sistem talaannya (tuning system) masih lagi sama dengan Oud di Arab yang mana ditala dengan tali berkembar setiap satu sistem talinya. Hanya yang berubah ialah nama panggilannya sahaja iaitu gambus di Johor dan Oud di Arab.

Pemain Gambus Melayu Pemain Oud Arab

Kedua-dua kategori muzik ini yang juga dikenali sebagai acculturated music iaitu muzik terhasil dari percampuran budaya yang telah menghasilkan banyak bentuk-bentuk muzik yang telah diterima ramai sebagai muzik tradisional Malaysia. Uniknya, walaupun jenis-jenis muzik ini terhasil dari campuran budaya luar, namun kebanyakkan bentuk-bentuk muzik ini hanya dipersembahkan di rantau ini sahaja tetapi tidak dipersembahkan di tempat di mana budaya tersebut diambil. Contohnya muzik keroncong hanya dipersembahkan di rantau ini tetapi tidak dipersembahkan di Portugal walaupun unsur muzik keroncong banyak diadaptasi dari budaya Portugis. Contoh-contoh muzik hasil proses idiosinkratik yang menerima pengaruh India, Arab, Parsi, dan Barat ini ialah Zapin, Joget, Dondang Sayang, Keroncong dan Ghazal. Bentuk-bentuk muzik ini telah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu yang memperakukan bahawa ia adalah muzik tradisional Malaysia dan merupakan khazanah tradisi yang perlu diteruskan.

Page 4: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Seperti yang dibincangkan di atas, walaupun muzik sinkretik seperti joget, zapin dan ghazal yang terhasil dari adaptasi dan asimilasi budaya luar, namun ianya telah diterima dan dianggap sebagai muzik tradisional Malaysia. Bahaskan kenapa ianya boleh dianggap sebagai muzik tradisional Malaysia.

Kategori Muzik Sinkretik

Terdapat pelbagai genre muzik yang dipersembahkan di Malaysia yang boleh digolongkan di dalam kategori muzik sinkretik. Rajah di bawah menunjukkan kategori jenis-jenis muzik sinkretik berdasarkan bentuk muzik dan peranannya. Namun begitu, terdapat juga jenis –jenis muzik yang boleh dikategorikan di dalam dua atau lebih kategori. Contohnya muzik kompang juga dipersembahkan di majlis-majlis sosial tetapi ia juga dipersembahkan untuk mengiringi upacara keagamaan seperti mengiringi aktiviti berzanji. Jadi kategori yang dibuat hanyalah sebagai satu panduan sahaja untuk memudahkan perbincangan mengenai muzik ini.

Muzik

Sinkretik

Muzik

Tarian

Muzik

Teater

Ensembel Sosial Muzik

Keagamaan

Bangsawan

Boria

Joget

Zapin

Rodat

Dan lain-lain

Ghazal

Keroncong

Hadrah

Ghazal Parti

Kompang

Dan lain-lain

Kompang

Rebana Zikir

Kempelingan

Dan lain-lain

Page 5: S6  modul unit 5 muzik malaysia

1. Boria boleh dikategorikan sebagai muzik teater, namun demikian ia juga boleh dikategorikan sebagai muzik tarian dan juga ensembel sosial. Kenapa hal ini boleh berlaku?

Ciri-ciri Muzik Sinkretik

Muzik sinkretik mempunyai ciri-ciri yang khusus dan berbeza dengan muzik dari budaya istana dan muzik rakyat. Ia boleh dirumuskan seperti di dalam rajah di bawah.

Ciri-ciri Muzik

Sinkretik

Sistem pembelajaran

- Bercampur sama ada secara tidak formal dan secara formal. - sesetengah jenis

muzik

menggunakan

system notasi

tertentu.

Organisasi Kumpulan Muzik

- ada organisasi tersendiri. - dipimpin oleh seorang ketua -

Tujuan Persembahan

- Di persembahkan untuk masyarakat umum. - untuk pelbagai tujuan sama ada hiburan, perubatan, ritual dan sebagainya. - persembahan yang lebih terbuka dan tidak begitu terikat dengan peraturan.

Aspek Muzik - mudah berubah kepada pengaruh luar. - kepelbagaian dalam muzik. - banyak improvisasi. - jenis muziknya agak seragam dengan kumpulan muzik lain yang sama genre.

Tempat Persembahan

- Di dalam atau di luar bangunan. - Dipersembahkan secara duduk, berdiri atau berarak. - Tempat persembahan lebih khusus seperti pentas, khemah dan dewan.

Page 6: S6  modul unit 5 muzik malaysia

1. Berdasarkan rajah ciri-ciri muzik sinkretik di atas, terangkan setiap ciri-ciri tersebut dengan terperinci dan berikan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan penerangan anda.

Unsur-unsur Muzik Sinkretik

Seperti yang telah dibincangkan bahawa pembentukan muzik sinkretik adalah hasil dari adaptasi dan asimilasi unsur-unsur muzik dari luar dalam muzik tempatan. Oleh itu ianya mempunyai unsur-unsur muzik yang tersendiri yang berbeza dari muzik rakyat. Unsur-unsur muzik dalam muzik sinkretik boleh diringkaskan seperti berikut;

Unsur-unsur Muzik Sinkretik

Alat Muzik - Alat muzik tempatan - Alat muzik luar - Alat muzik yang

diubahsuai berdasarkan alat muzik luar

- Gong (tempatan) - Violin (luar) - Gambus Melayu

(ubahsuai)

Elemen Muzik - Adaptasi skel dan

mud luar seperti pentatonik dan maqam.

- Mengguna pakai rentak dan irama luar seperti joget.

- Menggunakan sistem harmoni luar seperti kord dan sebagainya.

- Tekstur, form dan orkestrasi luar

- Gaya nyayian tempatan seperti keroncong dan ghazal

Cara persembahan - Tempat khusus

seperti pentas. - Peraturan

persembahan tersendiri.

- Ada kostum khusus

Page 7: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Keroncong

Keroncong merupakan salah satu bentuk muzik sinkretik yang telah mendapat pengaruh Barat khususnya dari Portugal. Ia mula di perkenalkan di Betawi, Jawa dan seterusnya dibawa masuk ke Malaysia. Ia telah banyak melalui perubahan sehingga kini ia dipersembahkan secara tradisional dan juga menggunakan alat-alat muzik moden dan elektrik.

Persembahan keroncong oleh pelajar UPSI

Alat Muzik - Dabal bes, cello, cak,

ukulele, gitar, violin, flut.

- Dimasukkan juga alat-alat muzik lain seperti mandolin, banjo dan laian-lain.

Jenis Keroncong - Asli - Langgam

- Stambul 1 - Sambul 2

- Ekstra

Unsur muzik - Melodi yang berbunga

dan tril. - Tekstur heterofoni. - Improvisasi melodi

oleh flut - Skel diatonic, minor-

major dan ton kromatik

- Bentuk strofik

Perubahan Muzik Keroncong - Perubahan

berasaskan muzik popular semasa

- Keroncong Pop - Keroncong Klasik - Keroncong Dangkron - Keroncong Rock

Page 8: S6  modul unit 5 muzik malaysia

1. Senaraikan sekurang-kurangnya tiga repertoire keroncong mengikut jenis-jenis keroncong berikut;

a. Keroncong Asli

i. _____________________ ii. _____________________ iii. _____________________

b. Keroncong langgam

i. _____________________ ii. _____________________ iii. _____________________

c. Keroncong Stambul

i. _____________________ ii. _____________________ iii. _____________________

2. Anda dikehendaki mendengar rakaman persembahan pelbagai jenis keroncong yang dipersembahkan di Malaysia. Bincangkan aspek muzik Keroncong Pop, Keroncong dangkron dan Keroncong Rock.

Ghazal

Ghazal juga merupakan satu bentuk muzik sinkretik yang dipersembahkan dengan meluas di negeri Johor. Ghazal merupakan perkataan Arab yang bermaksud “puisi kasih” telah melalui banyak perubahan dari ghazal asal yang dipersembahkan di negara Arab. Kedatangan ghazal ke rantau ini dari Arab telah melalui benua India yang mana telah berasimilasi dengan budaya masyarakat India. Hasilnya Ghazal yang dipersembahkan di sini telah mendapat pengaruh Arab dan juga India. Ini boleh dikesan melalui penggunaan pelbagai alat muzik dari Arab seperti gambus dan dari India seperti tabla dan harmonium. Ghazal sering dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis sosial yang lain. Pak Lomak adalah antara tokoh Ghazal yang terkenal di negeri Johor.

Page 9: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Alat Muzik Ghazal - Gambus - Biola - Harmonium - Table - Gitar - Marakas/tamborin - Kadangkala

dimasukkan alat lain seperti akordian dan sebagainya

Unsur Muzik - Skel diatonic dengan

mud major-minor. - Rentak iringan dari

India. - Harmonium, gambus

dan biola memainkan melodi.

- Banyak ton kromatik - Nyanyian mengikut

lenggok Melayu asli

Perkembangan Ghazal - Abad ke 8

berkembang di Makkah, Madinah dan Iran

- Abad ke 18 terkenal di India.

- Di bawa ke Riau dan Johor Abad ke 19

- Perubahan kepada penggunaan alat muzik

Fakta mengenai Ghazal - Terkenal di Muar dan

Batu Pahat. - Kumpulan Sri Maharani - Major Lomak dan Fadzil

Ahmad. - Repertoire – Pak Ngah

balik, Gunong Ledang - Persembahan majlis

kahwin, extra turn bangsawan dan lain-lain.

Page 10: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Bangsawan

Bangsawan merupakan salah satu bentuk muzik sinkretik yang dipersembahkan umumnya untuk tujuan komersial. Ia dikatakan permulaan kepada kemasukkan muzik popular ke semenanjung Malaysia. Ia merupakan persembahan yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Bangsawan juga dikenali sebagai Opera Melayu yang mendapat pengaruh Parsi.

Pementasan Bangsawan

Perkembangan Bangsawan 1870 an Wayang Parsi datang ke Pulau Pinang. Berkembang ke bandar-bandar besar seperti Singapura, Kuala Lumpur,

Ipoh, Melaka Di Singapura mendapat pengaruh Cina melalui wayang mendu/Kong Fu. 1930 an merupakan kemuncak kegemilangan. Terdapat hampir 100 kumpulan bangsawan. Cerita dan lagu Arab, Melayu, Cina, India dan Barat dimainkan

Cerita bangsawan - Laksamana Bentan (Melayu) - Laila Majnun (Arab) - Sam Pek Eng Tai (Cina) - Hamlet (Barat/Klasik) - Puteri Bakawali (Hindustan)

Kumpulan Bangsawan Popular The New Jaya Opera of Muar The Malay Coy of Malacca Malay Opera of Selangor Star Opera Coy Nani Star Opera Dean Star Opera

Page 11: S6  modul unit 5 muzik malaysia

1. Oleh kerana persembahan bangsawan banyak dipengaruhi oleh budaya luar terutama dari Arab, Barat, Parsi, India dan China, apakah alat-alat muzik serta bentuk muzik yang dimainkan.

2. Siapakah antara pelakon-pelakon terkenal bangsawan yang telah menceburi bidang perfileman tanah air?

Muzik - menggabungkan unsur muzik Melayu, Barat, Cina, India dan Jawa mengikut cerita dan suasana.

- Repertoir lagu dikelaskan kepada tujuan tertentu seperti; - lagu nasib- penceraian, kemalangan atau kesedihan. - lagu taman- permaisuri/dayang bermain di taman. - lagu cakap- semasa raja, permaisuri,menteri bercakap. - lagu strit – watak berjalan di jalan raya. - lagu jin – mengiringi watak jin. - lagu perang – semasa berperang.

Rentak yang biasa digunakan. - lagu Melayu- Inang, Asli, joget. - lagu Padang Pasir– Masri, zapin atau gambos - Lagu Klasik – Waltz, Tango, Foxtrot - Lagu Hindustan – barshat - Lagu Jawa – keroncong - Lagu Cina - Ragtime

Extra Turn - Persembahan selingan di antara babak cerita. - Bertujuan memberi peluang kepada ahli wayang menyediakan pentas bagi

babak berikutnya. - Persembahan berbentuk nyanyian beramai-ramai, solo, tarian atau lawak

jenaka. - Penonton boleh membuat permintaan lagu dengan melemparkan wang.

Page 12: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Boria

Boria merupakan persembahan berbentuk teater, nyanyian dan tarian

yang popular di Pulalu Pinang. Ia terbahagi kepada dua bahagian persembahan

iaitu bahagian lakonan dan bahagian nyanyian. Ia dikatakan berasal dari

peristiwa Karbala iaitu penderitaan pengikut Saidina Hussain akibat di serang

oleh tentera Muawiyyah. Ia berkembang bersama fahaman syiah dan seterusnya

berkembang ke India sebelum dibawa oleh askar-askar Gurkha ke Pulau Pinang

di zaman penjajahan British. Ia terus berkembang dengan kemasukan pengaruh

Barat sehingga seperti yang dipersembahkan sekarang.

Lakonan Boria pada masa dahulu cerita berkisar mengenai kematian

Saidina Hussin.Temanya berubah kepada cerita Arab dari Hikayat 1001 malam.

Seterusnya mengikut arus peredaran masa kepada cerita sejarah, cerita Cina

dan India dan juga dari filem seperti Zorro danTarzan. Hari ini persembahan

boria lebih berkisar kepada isu semasa tempatan termasuklah patriotisme,

keagamaan, nilai-nilai, pelancongan dan sebagainya.

Sebuah pementasan Boria

Page 13: S6  modul unit 5 muzik malaysia

1. Seringkali kita dengar apabila dua orang atau lebih memakai pakaian yang serupa akan digelar sebagai boria. Kenapakah perkara ini berlaku?

2. Sekarang kebanyakan persembahan boria menggunakan alatan muzik moden seperti gitar, dram set dan kibod. Mengapakah hal ini berlaku?

Nyanyian Boria

- Tukang Karang biasanya mendahului Kelasi. - Ada sailor/kelasi yang membawa payung atau tongkat. - Lirik lagu berdasarkan lakonan yang dipentaskan. - Susunan lirik seperti syair - Di akhir persembahan, mengucapkan salam dan memohon maaf atas kesalahan.

Alatan Muzik - Tidak begitu khusus kepada alat-alat tertentu - Alat yang biasa digunakan- gendang violin, gambus, marakas, tabla, simbal, akordian, harmonika, dan alat muzik moden. Organisasi Kumpulan - 40-60 orang-- taukeh, tukang karang, kelasi dan pemuzik. - Semua lelaki, tapi sekarang dah campur. -Tukang karang penting dan mesti pandai karang pantun spontan.

Unsur Muzik - Biasanya nada minor - Berbentuk soal-jawab - Tekstur polifonik - Biasanya menggunakan kord asas I-V-I-IV-V-I - Irama yang agak mudah dan tetap.

Persembahan Boria - Lakonan adalah secara spontan. - Dialog penuh sindiran atau nasihat. - ada unsur humor - Kostum berdasarkan cerita dan beranika ragam. -Kostum berubah mengikut peredaran zaman dan biasanya seragam dan warna yang menarik.

Boria

Page 14: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Zapin

Tarian zapin berasal dari kebudayaan Arab yang dibawa ke negeri Johor pada abad ke 14. Ia ditarikan oleh oleh orang Arab dan juga Melayu keturunan Arab yang menetap di Johor. Terdapat dua jenis tarian zapin iaitu Zapin Arab dan Zapin Melayu. Hari ini tarian zapin telah berkembang luas dan ditarikan oleh semua golongan Melayu dan ia berubah kepada pelbagai ragam tari mengikut tempat di mana ia ditarikan. Gerak tari zapin adalah rancak dan bertenaga tetapi pada masa yang sama ia penuh dengan kelembutan dan tertib. Ada kalanya muzik zapin juga mengiringi nyanyian. Ia mula terkenal ddalam kalangan kaum Melayu umumnya apabila ia dipersembahkan di dalam persembahan bangsawan dan pentas joget pada tahun 1930an.

Tarian Zapin

Alat Muzik - Gambus, marwas, dok, violin, harmonium, akordian, - sekarang muzik zapin juga dimainkan dengan alat muzik barat yang lain.

Persembahan - Nyanyian tanpa tarian - Tarian tanpa nyanyian - Nyanyian dan tarian - Dipersembahkan di

majlis kahwin, dll

Jenis zapin - Zapin Arab - Zapin Melayu - Zapin Tenglu - Zapin Pekan - Zapin Pekajang - Zapin Lenga

Unsur Muzik - Taksim, lagu, kopak, wainab/tahtim. - Skel heksatonik dan heptatonik, diatonic major/minor - Dok dan marwas memainkan rentak

Page 15: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Joget

Joget telah diterima sebagai sebuah tarian tradisional masyarakat Melayu di negara ini. Ianya diasaskan dari tarian branyo masyarakat Portugis yang menjajah Melaka sejak abad ke 14 lagi. Unsur utama tarian ini ialah berasaskan pergerakkan kaki mengikut irama triplet yang dimainkan oleh gong dan rebana. Ia ditarikan secara berpasangan oleh lelaki dan wanita di dalam majlis-majlis sosial. Pada asalnya ia hanya diiringi dengan tiga jenis alat muzik sahaja iaitu sebuah gong, rebana dan biola. Namun hari ini pelbagai alat muzik telah digunakan di dalam muzik joget.

Joget Melayu

1. Anda dikehendaki mendengar rakaman pelbagai muzik joget. Senaraikan sepuluh lagu joget yang sering dipersembahkan masa kini.

2. Bincangkan unsur-unsur muzik yang terdapat di dalam muzik joget.

Page 16: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Kompang

Kompang merupakan satu ensembel yang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan. Disesetengah tempat, majlis perkahwinan dirasakan tidak sempurna tanpa kehadiran pasukan kompang. Kompang dikatakan berasal dari Timur Tengah iaitu kebudayaan orang-orang Arab. Ianya telah diperkenalkan ke rantau ini oleh pedagang-pedagang Arab sejak kurun ke 14 lagi. Permainan ini telah diterima dan diubahsuai oleh penduduk setempat sehingga menjadikannya begitu penting di dalam kehidupan mereka. Terdapat pelbagai jenis ensembel kompang di Malaysia. Ini bergantung kepada sesuatu kawasan dan juga pengaruh masyarakat tersebut.

1. Nyatakan nama-nama rentak atau pukulan di dalam ensembel kompang yang anda tahu.

2. Terangkan unsur-unsur muzik di dalam ensembel kompang.

Jenis-jenis permainan kompang (Kompang Johor, Kompang Jawa, Kompang Ezhar, Kompang Tiga, Kompang Tujuh, Kompang Kelalang, Kompang Selangor, Kompang Sabah, dll.)

• Repertoire Kompang Ezhar

– Pukulan Bertih – Pukulan Hadrah – Pukulan Hadrah Kepang – Pukulan Baru – Pukulan Rancak – Pukulan Silat – Pukulan Hadrah Pendek – Pukulan Inang – Pukulan Zapin – Pukulan Joget

• Fungsi Kompang – Sambut tetamu – Majlis keraian – Persembahan hiburan – Perkahwinan – Khatam Quran – Keagamaan – Zikir – Berzanji – Marhaban

Organologi Kompang - Baluh dari kayu keras dan

muka dari kulit kambing - Sedak untuk tegangkan

kulit - Diameter antara 12 – 15

inci. - Setengah kompang

dipasang genta.

Page 17: S6  modul unit 5 muzik malaysia

Rumusan

Muzik sinkretik banyak memainkan peranan dalam pembentukan budaya Malaysia. Ia menjadi penghubung di antara muzik tradisi masyarakat Melayu dengan muzik popular yang telah meresap ke dalam budaya masyarakat Malaysia. Walaupun muzik ini terbentuk hasil daripada proses adaptasi dan asimilasi budaya luar dalam budaya tempatan, tetapi ianya telah diterima ramai sebagai sebahagian dari muzik tradisional Malaysia. Muzik dalam kategori ini sangat terdedah kepada pengaruh popular dan begitu mudah untuk berubah mengikut arus perubahan masa. Maka tidak hairanlah kebanyakkan bentuk-bentuk muzik dalam kategori ini telah berubah dengan pesatnya sejak dari mula ia dibentuk suatu ketika dahulu. Perubahan ini mungkin akan terus berlaku dan mungkin suatu masa nanti muzik ini akan bertukar sama sekali mengikut arus muzik popular.

Kata Kunci

Muzik sinkretik

Idiosinkretik

Asimilasi

Adaptasi

PENILAIAN KENDIRI

Padankan alat-alat muzik berikut dengan ensembel muzik sinkretik yang disenaraikan. Padanan tersebut mungkin lebih dari satu.

Boria Zapin Joget Ghazal Keroncong

Page 18: S6  modul unit 5 muzik malaysia

RUJUKAN

Ang, (1998). Malaysian Music, A Comprehensive Discussion on the Different types of Music Found in the Country: Contemporary Art Music, Classical Music, Syncretic Music and Folk Music, Universiti Putra Malaysia: MusicMall Conservatoire Productions Sdn.Bhd.

Mohd Ghouse Nasuruddin, (1992).The Malay Traditional Music, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matusky, P. and Tan S.B., (2004). The Music of Malaysia: The Classical, Folk

and Syncretic Traditions, Kuala Lumpur: The Asian Centre.