Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
koridor pembangunan sabah _72
koridor pembangunan sabah _73
koridor pembangunan sabah _74
koridor pembangunan sabah _75
BAB 3
Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta
Meningkatkan Hasil Pertanian
Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat
kecemerlangan dan perdagangan produk pertanian di Asia menjelang 2025. Ini
termasuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian semasa sebanyak
empat kali ganda kepada lebih daripada RM17 bilion, purata pertumbuhan terkompaun
sebanyak 8% setahun dan mengurangkan import makanan bersih Sabah sebanyak 60%.
Minyak kelapa sawit akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ini dari segi peningkatan
hasil. Selain itu, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan memberikan tumpuan terhadap
mempelbagaikan kegiatan dengan menceburi produk pertanian bernilai tinggi seperti
hortikultur, produk asli berkaitan kesihatan dan jatrofa. Tanaman getah pula akan
dipromosikan untuk susu getah dan sebagai stok bahan mentah bagi industri berasaskan
kayu.
Dalam usaha untuk menempatkan Sabah sebagai pusat kecemerlangan, SDC akan terus
menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan bahan tanaman yang
mampu memberikan hasil yang tinggi, pelaksanaan amalan terbaik dalam kaedah penanaman
dan amalan lestari dalam usaha memulihara alam sekitar. SDC juga akan meneroka inisiatif
untuk menempatkan Sabah sebagai pusat perdagangan utama produk pertanian serantau,
dengan memanfaatkan lokasi geografinya.
Pertanian juga dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membantu penduduk luar bandar
keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Sabah sedang giat meneliti program
pengezonan tanah dan penyediaan infrastruktur sokongan untuk meningkatkan kecekapan
pengoperasian petani luar bandar. Bagi melengkapkannya, SDC akan meneliti program
pembangunan peladang dalam usaha merangsang daya pengeluaran pertanian berasaskan
makanan melalui peruntukan benih bermutu tinggi, peningkatan kaedah penanaman serta
peningkatan skala melalui pertanian berkelompok.
koridor pembangunan sabah _76
100% = RM4.1 billion100% = RM15.1 billion
81
10
2
5
11
28%
47%
7%5% 13%
Kelapa Sawit
Perikanan
TernakanKokoGetahLain-lain
Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah menurut Industri, 2005
KDNK Pertanian
Peratusan Peratusan
Perkhidmatan
Perhutanandan Pembalakan Perlombongan
dan Kuari
Pembuatan
Pertanian
3.1 Situasi Semasa
Pertanian adalah penyumbang kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan, menyumbang
sebanyak 28% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah atau RM4.1 bilion12 pada
tahun 2005. Sejak tahun 2001-2005, pertumbuhan KDNK pertanian kekal pada kadar 6%, iaitu
lebih tinggi sedikit daripada kadar pertumbuhan pertanian di Malaysia keseluruhannya, iaitu
pada kadar 5% setahun dalam tempoh yang sama.
12 Jabatan Statistik, Sabah
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
Rajah 3.1: Bahagian Pertanian dalam KDNK
koridor pembangunan sabah _77
2001 2002 2003 2004 2005
12,242 13,007 13,759 14,345 15,073
47%46%44%45%46%
28%26%26%26%27%
13%13%13%12%11%
7%10%12%12%13%5%
5%5%5%3%
3,280 3,375 3,592 3,766 4,164
Peratusan
Sektor
Perkhidmatan
Pertanian
PembuatanPerhutanan & Pembalakan
Perlombongan & Kuari
Jumlah Nilai KDNK(RM Juta)Nilai untuk Pertanian(RM Juta)
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
Rajah 3.2: Pecahan KDNK untuk Sabah, 2001-2005
(Pada Harga Kekal 1987)
Eksport pertanian bagi tahun 2005 bernilai lebih RM9 bilion13. Minyak kelapa sawit adalah
eksport pertanian terbesar dengan pendapatan mencakupi kira-kira 91% daripada jumlah
hasil eksport pertanian dan 33% daripada jumlah eksport Sabah. Eksport pertanian utama
yang lain termasuk getah, kelapa dan koko dengan nilai tergabung melebihi RM540 juta.
13 Jabatan Statistik, Sabah
koridor pembangunan sabah _78
14 Jabatan Pertanian, Sabah
Minyak
Kelapa Sawit
Koko Kelapa Getah Perikanandan Akuakultur
PertanianLain
Jumlah
8,310 129 132 283 199 67 9,123
RM juta
Eksport Pertanian 2005, Sabah
Nilai(RM Juta)
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
Rajah 3.3: Eksport Pertanian 2005, Sabah
Sejumlah 376,000 atau 33% daripada semua individu yang bekerja di Sabah terlibat dalam
pertanian, menjadikannya penyumbang kedua terbesar selepas perkhidmatan dari segi
pekerjaan merentas semua industri di Sabah.
Dari segi keluasan tanah, sejumlah 2.1 juta14 hektar telah dikenal pasti sebagai tanah yang
sesuai untuk pertanian, dan 1.4 juta hektar daripadanya telah pun diusahakan. Baki tanah
yang sesuai untuk pertanian di Sabah harus dirancang dengan teliti dalam format tersusun.
koridor pembangunan sabah _79
Jumlah tanah = 2,100100% = 7.2 juta hektar
270
430
1,400
29.2%71.8%
Tanah yang ada
Hutan simpan
Tanah dibangunkan untukpertanian
Kawasan Tanah Sabah Diguna oleh AktivitiPertanian, 2006
Tanah yang Sesuai untuk Pertanian
Peratusan ‘000 hektar
Tanah yang sesuai untukpertanian
Tanah tidak sesuai
‘000 hektar
1,231
66
40
18
14
26
Kelapa sawit
Getah
Padi
Kelapa
Koko
Lain-lain
Rajah 3.4: Tanah yang Sesuai untuk Pertanian Tanaman, 2006
Rajah 3.5: Penggunaan Tanah Pertanian yang Dibangunkan Mengikut Tanaman, 2005
Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah
Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah
koridor pembangunan sabah _80
Sub-sektor Pertanian Utama
i) Kelapa Sawit
Kelapa sawit ketika ini adalah tanaman pertanian utama di Sabah. Sumbangan
ekonomi kelapa sawit jika ditukar ke dalam bentuk sumbangan KDNK adalah hampir
RM3.4 bilion pada tahun 2005, dengan KPTK sebanyak 9% dari tahun 1998-2005.
Pertanian tersebar luas di seluruh negeri Sabah. Sub-Wilayah Timur merupakan kawasan
utama tanaman perindustrian, terutamanya kelapa sawit, getah dan koko, dan menjadi
lokasi bagi tapak perikanan dan akuakultur yang utama. Tumpuan Sub-Wilayah Tengah
adalah kepada penanaman padi, herba, sayur-sayuran, buah-buahan, produk asli istimewa
(SNP) dan perladangan ternak. Kegiatan pertanian di Sub-Wilayah Barat pula merangkumi
ternakan, perikanan, padi, buah-buahan, koko dan kelapa.
Rajah 3.6: Taburan Tanaman Perindustrian dan Jumlah Hektar menurut Daerah
Sumber: IDS
koridor pembangunan sabah _81
Sumber: IDS
Rajah 3.7: Kawasan Ladang Kelapa Sawit di Sabah
Keadaan tempatan yang sesuai dan pengurusan ladang yang baik di Sabah menjadi
pemangkin utama bagi hasil sawit yang tinggi. Seperti yang ternyata dalam Jadual 3.1,
Sabah ketika ini mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia.
koridor pembangunan sabah _82
Hasil
Purata
Year
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
19.84 21.04 20.57 21.32 21.40 22.99 23.10
18.33 19.14 17.97 18.99 18.60 18.88 19.60
3.91 4.33 4.45 4.56 4.56 4.91 4.88
3.46 3.66 3.59 3.75 3.73 3.80 3.93
BTB Sabah
BTB Malaysia
MSM Sabah
MSM Malaysia
Jadual 3.1: Hasil purata BTB dan MSM di Sabah lwn. purata Malaysia (2000-2006)
Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Luas tanah yang diusahakan dengan kelapa sawit ketika ini meliputi 1,231,584 hektar atau
hampir 90% daripada kesemua tanah pertanian negeri Sabah. Kebanyakannya tertumpu di
sekitar kawasan kelapa sawit yang mengunjur dari Sandakan ke Lahad Datu. Ini meletakkan
Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia
dengan 29.8% daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia, terletak di sini. Sabah
mengeluarkan 5.4 juta tan metrik15 Minyak Kelapa Sawit Mentah (MSM) pada tahun 2006
yang bersamaan 30% daripada pengeluaran MSM negara.
Meskipun pengeluaran MSM-nya tinggi, namun pada ketika ini terdapat kegiatan hiliran sawit
yang amat sedikit di negeri ini. Satu jumlah yang diuntukkan kepada permintaan peserta
hiliran tempatan bagi MSM perlu ditetapkan, yang akan diwujudkan oleh Kelompok Industri
Minyak Sawit (POIC) yang dilancarkan baru-baru ini. POIC bertujuan untuk menguasai aktiviti
hiliran nilai ditambah seperti oleo-kimia dan lemak khas (sila lihat bab Pembuatan untuk
butiran lanjut).
15 Buku Statistik MPOB 2006
Kelapa sawit merupakan penyumbang utama industri pertanian di Sabah.
koridor pembangunan sabah _83
SDC akan menitikberatkan aktiviti akuakultur.
ii) Tanaman Perindustrian Lain
Tanaman perindustrian penting lain termasuk getah, kelapa dan koko menyumbang
sejumlah RM545 juta kepada eksport Sabah, dengan getah menyumbang sebanyak
RM284 juta. Sabah menyumbang kepada lebih daripada 50% pengeluaran koko di
Malaysia.
Ketika ini, lebih 66,000 hektar tanah ditanam dengan getah, dengan 90% daripadanya
diusahakan oleh pekebun kecil yang terutamanya bertempat di Sub-Wilayah Barat dan
Tengah negeri ini. Kelapa ditanam di lebih 18,600 hektar tanah manakala koko meliputi
14,100 hektar.
Penyumbang lain bagi industri pertanian adalah getah dan kelapa.
iii) Perikanan dan Akuakultur
Industri perikanan dan akuakultur di Sabah, sebahagian besarnya dipacu oleh sektor
swasta. Pada tahun 2005, perikanan menyumbang sebanyak 10% daripada KDNK
pertanian bernilai RM411 juta. Perikanan laut dalam masih belum cukup maju dan
dengan itu mempunyai potensi yang amat besar.
koridor pembangunan sabah _84
Sumber: IDS
Rajah 3.8: Kawasan Perikanan dan Akuakultur di Sabah
Kegiatan utama dalam sektor perikanan adalah kegiatan menangkap udang dengan
pukat tunda dan akuakultur. Dari segi eksport, udang sejuk beku segar merupakan produk
perikanan utama yang dieksport dari SDC, menyumbang sejumlah kira-kira RM200
juta setahun kepada pendapatan eksport Negeri. Eksport utama lain termasuk udang
harimau yang jumlah eksportnya mencecah 3,000 tan metrik bernilai RM100 juta.
Ketika ini terdapat 2,073 kolam di Sabah yang melibatkan 82 pengendali, dengan
Tawau menjadi kawasan utama yang menyumbang lebih 2,000 tan metrik hasil keluaran.
Kawasan-kawasan lain termasuk Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.
Negeri Sabah telah menetapkan kawasan sekitar Sandakan, Lahad Datu, Tawau,
Beaufort dan Kuala Penyu sebagai Zon Industri Akuakultur (AIZ). Adalah dianggarkan
63,000 hektar tanah di kawasan ini sesuai digunakan untuk kegiatan akuakultur.
Usaha penanaman rumpai laut khususnya merupakan industri pertumbuhan tinggi
kebelakangan ini dengan kegiatan tertumpu di sekitar Semporna, Kota Belud dan Tuaran.
koridor pembangunan sabah _85
Ketika ini ia melibatkan lebih 600 peladang dan menghasilkan produk seberat
hampir 3,000 tan metrik. Terdapat potensi pemprosesan hiliran yang besar bagi rumpai laut,
yang buat masa ini dijalankan terutamanya di Selatan Filipina. Produk akuakultur bernilai
tinggi yang lain tertumpu pada penternakan ikan, udang, ketam, tiram dan abalon terpilih.
Lokasi Sabah adalah ideal untuk aktiviti perikanan dan akuakultur.
iv) Tanaman Lain
Kawasan yang diusahakan dengan produk hortikultur seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP) ketika ini meliputi kira-kira
23,000 hektar tanah di seluruh Sabah. Penanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil
tertumpu di kawasan seperti Ranau, Kudat, Penampang, Lahad Datu, Keningau,
Papar dan Tambunan. Bagi tahun 2005, nilai eksport gabungan bagi tanaman lain
berjumlah RM67 juta dengan pertumbuhan KDNK dari 1998-2005 sebanyak 4% setahun.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam termasuk jagung, ubi kayu, halia, durian,
pisang, langsat dan nanas. Produk SNP termasuk kacip fatimah, hempedu bumi,
cengkih, kulit kayu manis, pala, dan mengkudu tertumpu di kawasan Papar, Beaufort dan
Keningau, yang berhampiran dengan Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) di Kimanis.
Dari segi pengeluaran makanan, padi dan perladangan ternak adalah penting untuk
membantu Sabah mengurangkan defisit makanannya sebanyak RM900 juta. Pengeluaran
padi mampu diri hanya pada kadar 34% merupakan tanaman yang memberikan
pendapatan utama kepada petani luar bandar. Kawasan yang diusahakan dengan
padi meliputi 40,000 hektar dan terletak dalam kawasan seperti Papar, Tuaran,
Kota Belud, Tambunan dan Kota Marudu.
Tanah Sabah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman.
koridor pembangunan sabah _86
Aktiviti perladangan termasuk ayam itik dan ternakan.
3.2 Kekuatan Utama Pertanian di Sabah
v) Ayam Itik dan Ternakan
Pada tahun 2005, pengeluaran telur ternakan dan babi adalah pada tahap mampu diri
manakala pengeluaran daging ternakan dan susu tenusu adalah pada kadar 98%
daripada tahap mampu diri. Pada tahun 2005, daging lembu dihasilkan hanya pada kadar
20% daripada tahap mampu diri dan semakin berkurangan dari 1995 hingga 2005 pada
kadar KPTK sebanyak -9%. Penggunaan per kapita daging lembu bagaimanapun adalah
2.8 kg, dengan KPTK sebanyak 6% dalam tempoh yang sama.
Peladang ternakan di Sabah ketika ini menghasilkan produk lembu, kerbau, ayam, itik,
babi dan tenusu. Ia terletak terutamanya dalam kawasan sekitar Kota Belud, Kinarut,
Keningau, Sandakan dan Tawau. Penternakan lembu akan diusahakan untuk memenuhi
hasrat untuk mengeksport hasil ini, memandangkan Sabah telah disahkan bebas
daripada penyakit ternak kuku dan mulut oleh Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan
Haiwan (OIE). Selain itu, disebabkan oleh saiz ladang kelapa sawit yang besar di Sabah,
Perladangan Ternakan Bersepadu harus diberi perhatian yang sewajarnya.
i) Keadaan Semula Jadi yang Sesuai
Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas di samping cuaca dan keadaan tanah yang
sesuai untuk pertanian. Ladang kelapa sawit Sabah mempunyai hasil purata tertinggi
dalam negara. Keadaan tanah yang sesuai juga membolehkan pelbagai tanaman ditanam
- tanaman industri seperti getah dan koko, serta tanaman pertanian yang lain seperti
buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP).
ii) Bekalan Semula Jadi Hidupan Marin
Sabah mempunyai pinggir laut paling panjang di Malaysia dengan lebih daripada
tiga suku sempadannya dikelilingi laut sepanjang lebih 4,300 km. Negeri ini kaya
dengan produk laut kerana airnya yang cetek di sepanjang pinggir pantai
membolehkan cahaya matahari menembusi dasar untuk membolehkan fotosintesis
koridor pembangunan sabah _87
3.3 Cabaran Utama dan Isu yang Dihadapi dalam Pertanian
berlaku, menghasilkan bilangan fitoplankton besar. Ekosistem laut terbahagi kepada zon
muara dan zon lautan. Zon muara mewakili kurang daripada 10% daripada jumlah
kawasan lautan tetapi mengandungi 90% daripada kesemua hidupan laut.
iii) Ternakan yang Bebas daripada Penyakit Ternak Kuku dan Mulut
Sabah merupakan salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang diisytiharkan secara
rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD), dan dengan yang
demikian pengeksportan produk ternakan Sabah dibolehkan.
iv) Lokasi Strategik sebagai Pintu Masuk ke Pasaran Utama
Sabah terletak secara strategik berhampiran pasaran pertumbuhan tinggi seperti China
dan Taiwan. Terdapat potensi bagi syarikat yang beroperasi di sekitar SDC untuk
merangsang eksport hasil pertanian segar dan hiliran ke pasaran ini.
Sebahagian besar tanah pertanian diusahakan oleh syarikat-syarikat minyak kelapa sawit
yang menghasilkan perolehan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh keadaan dan amalan
penanaman yang sesuai. Namun begitu, potensi pengeluaran tidak dicapai sepenuhnya
berikutan terdapatnya perbezaan dalam kaedah penanaman dan penuaian.
Pekebun-pekebun kecil terutamanya, memerlukan bantuan asas berhubung amalan
pertanian yang baik, penggunaan teknologi yang bersesuaian, pencapaian ekonomi skala,
pemasaran dan pengedaran.
i) Penerapan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Penggunaan Teknologi yang Lemah oleh
Pekebun Kecil
Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kepada pekebun melalui insentif,
subsidi alat, pengalihan teknologi dan latihan. Walaupun terdapat kemajuan, masih
ada ruang untuk pekebun memperbaiki kemahiran dan kaedah mereka. Ini akan
memberikan pulangan hasil yang lebih tinggi dan keluaran yang berkualiti sebagaimana
yang dikehendaki oleh pembeli kuantiti besar seperti pasar raya besar. Pekebun kecil
secara amnya tidak menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) secara berterusan.
ii) Kurangnya Keluasan, Pemasaran dan Pengagihan
Perladangan skala kecil yang dijalankan pada waktu ini seperti penanaman padi,
penternakan, buah-buahan, sayuran, SNP dan herba telah menyebabkan kos pengeluaran
koridor pembangunan sabah _88
Pertanian memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Sabah. Strategi untuk
meningkatkan prestasi sektor tersebut akan ditumpukan, terutamanya kepada tiga perkara
utama:
• Pertumbuhan yang pesat bagi produk untuk eksport bernilai tinggi
• Peningkatan kualiti dan daya pengeluaran untuk pertanian berasaskan makanan
• Mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai teraju pusat kecemerlangan minyak sawit
Untuk menyokong strategi di atas, kerajaan (Persekutuan dan Negeri) perlu meningkatkan
usaha dalam penyelidikan dan pembangunan, penerapan kejenteraan dan GAP untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti. Hab Pendidikan Sandakan akan menunjangi satu
kelompok pusat penyelidikan dan pembangunan dan latihan kerajaan untuk tujuan ini.
Antara yang akan diletakkan di sini ialah Pusat Kecemerlangan Biodiversiti Tropika.
Stesen juga akan dibina di seluruh Sabah bersama-sama pusat pengumpulan untuk
memberikan panduan kepada pekebun, terutamanya pekebun kecil tentang bahan
penanaman, baja, alat kejenteraan dan penerangan, serta peragaan GAP.
3.4 Strategi Utama untuk Menggiatkan Semula Pertanian
yang tinggi, kualiti pengeluaran yang tidak tetap dan hasil yang rendah. Oleh sebab itu
pendapatan pekebun-pekebun ini rendah.
Isu keluasan dan ketidakmampuan untuk penghasilan berterusan, dalam kuantiti yang
besar, yang memenuhi piawaian kualiti, menyebabkan pemasaran hasil pertanian
menjadi sukar. Pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran serta penternak buat masa ini
tidak mempunyai keupayaan untuk memasarkan secara terus ke pasaran yang besar
kerana kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan yang berterusan. Mereka
menjual hasil di pasar tempatan atau melalui orang tengah yang menyebabkan mereka
tidak mendapat harga yang lebih baik bagi hasil mereka.
iii) Tanah Pertanian yang Semakin Menyusut
Sabah perlu memberikan tumpuan kepada teknologi untuk mendapatkan hasil
yang lebih baik kerana tanah yang sesuai untuk pertanian adalah terhad jika
dibandingkan dengan Indonesia. Harga produk komoditi utama seperti minyak
kelapa sawit akan terjejas teruk, apabila ladang kelapa sawit baru yang besar di
Indonesia, mencapai kematangan dalam tempoh lima ke tujuh tahun akan datang.
koridor pembangunan sabah _89
Salah satu daripada bahagian yang diberi tumpuan dalam pertanian ialah
usaha mempercepatkan pertumbuhan produk pertanian yang bernilai dan berpotensi
tinggi. Insentif dan penurunan kos perladangan akan menjadi alat pendesak penting dalam
menarik pengusaha agro dan IKS untuk membangunkan industri akuakultur, perikanan
laut dalam, produk hutan bukan balak dan hortikultur.
Pasaran akuakultur global sekarang bernilai lebih kurang ASD75 bilion dengan pertumbuhan
tahunan sebanyak 8.8% setahun sejak tahun 1971. Sabah kini mengeksport udang, ikan nilai
tinggi dan produk akuakultur utama, seperti rumpai laut, ke pasaran mewah seperti Jepun,
Taiwan dan China.
Sub-sektor utama lain termasuklah hortikultur yang nilai pasaran globalnya sebanyak ASD80
bilion pada tahun 2004. Ini termasuk florikultur yang pada masa ini, banyak dikeluarkan di
Sabah, contohnya orkid. Produk lain termasuklah herba dan SNP yang mempunyai nilai
pasaran global sebanyak ASD60 bilion dan kadar pertumbuhan sehingga 30% setahun, dan
produk baru seperti jatrofa, kenaf, rosella dan vanilla akan dipertimbangkan.
Jatrofa berpotensi sebagai sumber alternatif bagi bio bahan api, yang mempunyai nilai yang
menarik, memandangkan harga yang tinggi pada masa ini bagi bahan api fosil dan bahan
mentah bio bahan api daripada komoditi makanan seperti minyak sawit dan tebu. Tumbuhan
tersebut boleh tahan kemarau panjang dan dapat dituai dalam tempoh yang singkat, kurang
dari setahun. Oleh sebab itu ia sesuai untuk ditanam di kawasan yang curahan hujannya
rendah dan pengairan sukar dijalankan seperti Semenanjung Bengkoka, Kota Marudu,
Keningau dan Tenom yang berada dalam Sub-Wilayah Tengah. Pati buah jatrofa boleh
digunakan dalam industri kosmetik dan farmaseutikal.
Satu lagi tumpuan utama pertanian ialah usaha meningkatkan tahap kualiti dan daya
pengeluaran sub-sektor pertanian berasaskan makanan. Objektifnya termasuklah
mengurangkan defisit makanan untuk Sabah yang pada ketika ini berada pada paras RM900
juta, di samping meningkatkan pendapatan pekebun luar bandar. Ia juga dijangka akan
menjana pendapatan melalui eksport ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran.
Di bawah Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua, Kerajaan Negeri terutamanya, telah
menetapkan sasaran utama berhubung peningkatan tahap mampu diri untuk pengeluaran
3.4.1
3.4.2
Pertumbuhan yang Pesat bagi Produk untuk Eksport Bernilai Tinggi
Peningkatan Kualiti dan Daya Pengeluaran untuk Pertanian Berasaskan Makanan
koridor pembangunan sabah _90
3.4.3 Mengukuhkan Kedudukan Sabah sebagai Teraju Pusat Kecemerlangan
Minyak Sawit
padi daripada 30% kepada 60% dan lembu daripada 23% kepada 30% menjelang tahun
2010. Kerajaan negeri telah mengenal pasti Kota Belud sebagai kawasan ‘jelapang padi’
bagi negeri ini. Sebuah pusat pengeluaran benih padi dan penyelidikan dan pembangunan
sedang dibangunkan di sana. Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Taman Pengeluaran
Makanan Kekal (PFPP) di Tawau, Kinabatangan, Papar dan Beaufort dengan insentif bagi
pekebun untuk menanam tanaman tertentu seperti betik, nenas, avokado, mangga dan
pisang.
Penternakan haiwan juga menjadi tumpuan utama pengeluaran makanan di Sabah kerana
industri tersebut mempunyai potensi yang besar berikutan iklim yang sesuai dan juga telah
diisytiharkan secara rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD)
oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). Tanaman berasaskan makanan utama lain
adalah padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penerapan GAP oleh pekebun kecil akan menjadi faktor utama dalam memastikan hasil
yang tinggi dapat diperoleh daripada setiap hektar tanah. Ini penting terutamanya
bagi pekebun kecil yang tambahan peningkatan pengeluaran akan meningkatkan
jumlah pendapatan mereka. Ini boleh dicapai dengan meminimumkan pembaziran
dan mengawal peningkatan kos. Kualiti keluaran juga akan mampu menepati tahap
jualan dan eksport yang diperlukan.
Minyak sawit merupakan tanaman minyak makan yang paling tinggi hasilnya setiap hektar.
Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam penjanaan kerja bernilai tinggi dalam aktiviti
hiliran. Kesesuaian tanah dan keadaan di Sabah telah menyumbang kepada kejayaan
Sabah sebagai penghasil tertinggi di negara ini. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberikan
kepada usaha meningkatkan produktiviti dan hasil melalui kemajuan teknologi dan
peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi dan amalan agronomi.
Amalan Pertanian Baik diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengeluaran.
koridor pembangunan sabah _91
3.5 Program
Meletakkan asas untuk pertumbuhan
Mempercepatpenyelidikan pertanianmakanan dan penubuhanperniagaan
Menjadi wilayah pengeluaran makanan terkemuka di Asia
• Mengukuhkan infrastruktur pertanian Sabah
• Mewujudkan tumpuan terhadap subsektor pertumbuhan utama dan bernilai tinggi
• Mempertingkat keusahawanan luar bandar
• Menggalakkan penyertaan IKS dalam perniagaan pertanian
• Memperhebat penyelidikan dan pembangunan
• Menarik minat penyelidik terbaik dalam bidang tertentu
• Membangunkan bakat pengurusan dalam pertanian melalui kerjasama dengan Hab Pendidikan Sandakan
• Meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran pertanian terkemuka di Asia
Fasa 1: RMKe-9 2008-2010
Fasa 2: RMKe-102011-2015
Fasa 3: RMKe-11-122016-2025
Mempromosikan dan menguatkuasakan kemampanan minyak sawit dan kebolehjejakkan
(traceability) makanan perlu demi memastikan akses yang berterusan ke dalam pasaran
dunia. Oleh sebab itu, proses pensijilan dan penguatkuasaan perlu diperketat sebaik sahaja
standard diterbitkan oleh Meja Bulat berhubung Minyak Sawit Mampan.
Untuk mencapai objektif peningkatan pertumbuhan pertanian dan pendapatan luar bandar,
strategi umum yang diterangkan di atas akan disebarkan dan dilaksanakan melalui beberapa
program.
Pendekatan tiga fasa akan digunakan:
koridor pembangunan sabah _92
Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) menyediakan platform untuk membolehkan
pengetahuan dan bantuan disebarkan kepada pekebun kecil. Pelbagai pusat akan ditubuhkan
di kawasan pertanian utama di Sabah dalam program tersebut. Pekebun kecil akan mendapat
akses untuk:
• Latihanamalanpertanianyangbaik(GAP)
• Petakpenerangandanperagaanuntukpenerapanteknologi
• Khidmatnasihat
• Pembeliansumberyangbersubsidi(bajadanalatkejenteraan)
Di samping agensi yang telah menyediakan pembiayaan mikro di seluruh Malaysia, satu
skim pembiayaan mikro baru yang disasarkan khusus untuk Sabah dan tertumpu pada
pertanian akan dibentuk. Isu utama pada waktu ini ialah pekebun luar bandar tidak dapat
memanfaatkan kewujudan dana sebegini kerana tiada kesalinghubungan. Dana-dana ini
perlu disesuaikan, dipakejkan dan dibawa ke kampung-kampung tersebut supaya pekebun
faham terma dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul.
Inisiatif sokongan lain dalam program ini termasuk penempatan semula pekebun luar bandar
dan pekebun kecil berdasarkan kawasan yang dizon semula. Kawasan yang terbabit akan
ditentukan dengan memadankan kesesuaian tanah kepada tanaman yang difokuskan seperti
padi, getah, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejumlah 10,000 isi rumah dijangka
akan terlibat dalam projek ini. Proses penempatan semula, yang kebanyakannya melibatkan
pemindahan pekebun kecil dan pekebun luar bandar di dalam daerah yang sama, akan
membolehkan akses yang lebih mudah kepada sumber dan pengeluaran tanaman secara
besar-besaran.
Program Bantuan Cemerlang Tani (Agri-Excel) bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan
luar bandar yang amat diperlukan untuk dibantu dengan pendidikan, latihan, pembinaan
kesedaran dan pembiayaan mikro. Program ini dijangka akan memberikan kesan yang ketara
ke atas pembanterasan kemiskinan. Skim Penempatan Semula Getah Bengkoka mengikut
model agropolitan menyediakan contoh yang baik bagi model penempatan yang boleh
dibantu oleh Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel). Satu lagi program berkaitan
ialah program Jelapang Padi yang melibatkan 7,000 keluarga di daerah Kota Marudu-Kota
Belud dan cadangan Skim Jatrofa SLDB Keningau-Tenom.
3.5.1 Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel)
koridor pembangunan sabah _93
Penglibatan sektor swasta penting kepada pertumbuhan industri pertanian. Program
pencepat niaga tani direka bentuk untuk menarik IKS dan usahawan tani untuk menjalankan
aktiviti pertanian yang dipromosikan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Program
ini juga akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan IKS niaga tani dengan
penyertaan pekebun tempatan melalui usaha sama atau perladangan kontrak untuk
memastikan pendapatan yang berterusan.
Presint Agro-Industri Sabah (SAIP), yang sedang dibangunkan di Kimanis akan menjadi
kluster bersepadu agrotek yang akan membantu IKS dan perusahaan baru dalam industri
asas tani dengan komponen seperti:
• Pusatinkubator
• Ladangherba
• Tamanilmu
• TamanIKS
• Zonkomersialdankediaman
Program Pencepat Niaga Tani akan menggalakkan dan memberikan sokongan kepada peserta
melalui insentif, pembiayaan dan membuat sempadan tanah untuk kelompok pertanian.
Kelulusan permohonan untuk insentif akan diasaskan pada satu gugusan faktor yang telus
dan komprehensif, yang termasuk kebolehlaksanaan ekonomi projek yang dicadangkan serta
pengalaman bertani dan keusahawanan pemohon.
Insentif yang akan diberikan melalui program tersebut termasuk:
• Sumbanganpembiayaanbantumula
• Pinjamanuntukpembelianteknologi
• Geranuntukaplikasipemindahanteknologi
• Pemajakankapallautdalam,jenterapentingdankemudahan
• Insentiffiskal
• Nasihatperniagaandanbantuanpemasaran
• Kemudahan inkubator untuk menjalankan medan ujian bagi teknologi baru yang
diserapkan
3.5.2 Program Pencepat Niaga Tani
koridor pembangunan sabah _94
Inisiatif pembangunan sub-sektor pertumbuhan tinggi berpotensi yang disasarkan
termasuk:
i) Akuakultur
• Pembangunan Pusat Akuakultur Marin Kebangsaan untuk penyelidikan khusus
dalam akuakultur dan menggalakkan penggunaan teknik mampan dalam kalangan
nelayan tempatan
º Pembangunan inkubator dengan kemudahan loji perintis untuk menggalakkan
usahawan menerapkan teknologi
º Pusat penyelidikan tersebut akan bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia
Sabah dan juga mempunyai pautan dengan Jabatan Perikanan serta institusi biologi
marin dan akuakultur yang terkenal di dunia
• Mengimportteknologipembiakanuntukikanhiasan,udang,tiramdanudangkara.
• Pembangunanpusatpengumpulandanpemprosesanpenting
ii) Perikanan
• Memastikan pelesenan untuk syarikat penangkapan ikan laut dalam telus dan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
• Menubuhkansebuahsyarikatpemajakankapal lautdalamyangdilengkapidengan
pelbagai jenis kapal yang mencukupi untuk operasi penangkapan ikan laut. Kapal-
kapal ini akan dipajakkan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkan
• Penambahan infrastruktur pelabuhan untuk menyokong penangkapan ikan pinggir
laut dan laut dalam di pelabuhan utama yang pada waktu ini di Papar, Kudat, Kunak dan
Sandakan. Ini termasuklah kemudahan seperti bilik storan sejuk, platform kerja,
bangunan pejabat, kemudahan CIQ, kemudahan kesihatan, pejabat kawalan trafik,
bekalan elektrik dan air, perhubungan dan bekalan diesel
iii) Penternakan
• Peningkatankelompok ternakanNabawandanPantaiTimurdenganpembangunan
kemudahan am seperti rumah sembelihan, kemudahan simpanan dan pusat fidlot
• PembangunanPusatPenternakanBersepaduKeningauyangakanmemberitumpuan
kepada penambahbaikan dan pembiakan haiwan ternakan serta peningkatan
pengurusan memberikan makanan untuk ternakan daging dan tenusu
• Pembangunan inkubator dan projek perintis untuk menjadi medan ujian
bagi teknologi dan produk baru yang diambil dan diamalkan oleh usahawan seperti
perusahaan sarang burung, ternakan burung unta dan rusa
koridor pembangunan sabah _95
• Penggunaan tanah di sekitar untuk menanam jagung bagi mengurangkan
kebergantungan pada makanan ternakan yang diimport
iv) Hortikultur
• Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok – jalan raya,
bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya
• Peruntukan sistem hidroponik/aeroponik, ladang organik, perladangan kepersisan,
sokongan penyelidikan dan pembangunan agrobio dan pembinaan rumah hijau yang
merangkumi sistem penyiraman, sistem kawalan suhu dan kelembapan, pencahayaan,
pasu dan tanah dan sebagainya
• Pembangunaninkubatordenganlojiperintisbagimenyokongpembangunanproduk
baru secara percubaan, seperti minyak kelapa dara, produk berasaskan vanilla, dan
rozel dan sebagainya
v) Produk hutan bukan balak
• Pembangunan infrastrukturyangdikongsiuntukkawasankelompoktermasuk jalan
raya, bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya
• Pembangunankilangpenyariantumbuhan,kemudahanpengeringansemburandan
Pusat Perdagangan Herba Sabah
• TinjauanbiodanpembangunanprodukmelaluirangkaianSabahBio-X(rujukBab7)
Pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran akan ditempatkan di kawasan pumpun
pekebun kecil, kelompok penternakan dan tanaman makanan yang ditubuhkan oleh IKS
dan berhampiran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (PFPP). Sebuah Taman Halal yang
khusus akan dibina di lokasi yang sesuai di dalam Zon Agro-Makanan IKS supaya pensijilan
Halal, pemprosesan, perkhidmatan teknologi dan nasihat mudah dicapai. Taman Halal ini
akan bekerjasama dengan Hab Halal dan Pengedaran Labuan. Tujuan penubuhan pusat
pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran adalah untuk membolehkan IKS memenuhi
skala dan kualiti untuk pembeli seperti pusat pemprosesan dan pasar raya besar. Ini juga
akan membolehkan pekebun kecil dan usahawan tani mendapat harga yang lebih baik kerana
pusat-pusat ini menghapuskan orang tengah dan dikawal oleh undang-undang kerajaan.
Pusat-pusat pengumpulan ini, yang mempunyai kemudahan penyimpanan yang sempurna
dan kawalan kualiti, serta akses kepada perkhidmatan pensijilan Halal dan rangkaian rantaian
sejuk, perlu mempunyai sokongan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, tenaga dan
perhubungan. Ini akan memastikan kualiti dan kesegaran hasil tani tidak terjejas supaya ia
boleh dijual pada harga yang tinggi.
3.5.3 Memodenkan Pusat Pengumpulan, Pembungkusan dan Pengedaran
koridor pembangunan sabah _96
3.5.4 Membina Asas Pengetahuan Minyak Sawit
Kesalinghubungan pusat-pusat pengumpulan ini amat penting bagi memastikan produk
boleh sampai ke loji pembungkusan dan pemprosesan yang terletak di kawasan seperti Taman
Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Presint Agro – Industri Sabah (SAIP) di Kimanis.
Kenderaan pengangkutan untuk memungut hasil tani dari ladang pekebun kecil dan juga
untuk menghantar hasil tani ke pasaran sasaran juga akan disediakan untuk pajakan.
Penetapan harga bagi produk dicadangkan supaya dipantau secara harian oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan, dan FAMA untuk memastikan pekebun kecil dibayar
mengikut harga pasaran yang sesuai yang berdasarkan suatu harga minimum.
Penetapan harga minimum untuk pelbagai jenis hasil tani akan melindungi kepentingan
pekebun-pekebun kecil tersebut. Pengurusan pusat akan dibuka kepada pemilik syarikat
atau IKS. Pengendali yang dipilih akan bertanggungjawab ke atas pemasaran hasil tani yang
dikumpulkan di pusat-pusat ke pasaran utama.
Sabah menyumbang sejumlah 29.8% kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia dan
merupakan penghasil minyak sawit mentah (MSM) yang tertinggi. Untuk mengekalkan
Sabah sebagai peneraju dalam hal ini tumpuan perlu diberikan kepada penyelidikan dan
pembangunan, pembangunan modal insan dalam pengurusan ladang dan juga amalan
agronomi untuk meningkatkan tahap produktiviti, daya saing dan penyertaan penduduk
tempatan dalam industri kelapa sawit.
Hab Pendidikan Sandakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran asas
pengetahuan minyak sawit. Ia akan bekerjasama dengan pusat latihan minyak sawit
(PLASMA) MPOB. Institusi berkenaan akan bekerjasama dengan Persatuan Minyak Sawit
Malaysia (PMSM) untuk memahami keperluan pemilik ladang serta pengurus ladang.
Syarikat perladangan minyak sawit juga akan diminta untuk membantu dalam latihan fizikal
dan membenarkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti sabatikal bagi melanjutkan
pelajaran. Latihan juga akan dijalankan di luar negara melalui Dana Biasiswa Pendidikan
Pertanian yang akan diwujudkan untuk tujuan membiayai pelajar bagi mempelajari amalan
yang diperlukan di institusi terkenal di seluruh dunia.
Pusat penyelidikan dan pembangunan Bioteknologi Sawit Sandakan akan ditubuhkan untuk
memberi tumpuan terhadap peningkatan pengetahuan tentang minyak sawit iaitu bahan
penanaman, pengeluaran benih dan penjenteraan ladang. Pusat tersebut akan berkongsi
koridor pembangunan sabah _97
dengan pusat penyelidikan pertanian dan bioteknologi di seluruh dunia dan mengambil
saintis ternama tempatan dan luar untuk bekerja dengannya. Penyertaan pasukan penyelidik
antarabangsa yang berwibawa daripada The Royal Society dan Kew Gardens boleh
dimanfaatkan melalui Pusat Kecemerlangan untuk Penyelidikan Biodiversiti Tropika.
Pusat pemprosesan minyak sawit.