4
PENGENALAN Kemahiran berbahasa meliputi lima aspek iaitu kemahiran lisan, mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran bahasa merupakan teras Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Melalui 4 aspek kemahiran bahasa kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan.sesorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang ditutrkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.proses mendengar merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa.proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mantek seperti pengamatan, kecerdasan, dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan sesorang itu memahami apa yang didengarnya dan membuat tindak balas yang sesuai. PENDEKATAN MODULAR Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta 1

Saiment Bm Sem 7

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa meliputi lima aspek iaitu kemahiran lisan, mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran bahasa merupakan teras Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Melalui 4 aspek kemahiran bahasa kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca dan menulis.

Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan.sesorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang ditutrkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengarnya.

Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.proses mendengar merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa.proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mantek seperti pengamatan, kecerdasan, dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan sesorang itu memahami apa yang didengarnya dan membuat tindak balas yang sesuai.

PENDEKATAN MODULAR

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

MODUL KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

KONSEP BERTUTUR

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mantel yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, sesorang itu akan menggunakan unsur- unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan.Unsur prosodi ialah intonasi, nada tekanan , sebutan, dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan.

Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi- bunyi yang dilahirkan daripada alat- alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Oleh yang demikian, model model yang diperdengarkan haruslah model model yang baik yang membolehkan pelajar bertutur secara berkesan. Konsep bertutur ialah seperti gabungan bunyi- bunyi bahasa yang dilafazkan, pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Kemahiran bertutur boleh dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina. Selain itu, individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi , struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

PERINGKAT- PERINGKAT KEMAHIRAN LISAN - MENDENGAR DAN BERTUTUR

Peringkat penguasaan Lisan terdiri daripada dua peringkat iaitu

a) peringkat penerimaan ( mendengar dan memahami ). Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid- murid, latihan ini tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan yang diperdengarkan kepada murid hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid- murid berkenaan.

b) peringkat semula ( bertindak balas ) pada peringkat ini memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan . Semasa murid mula bertutur banyak aspek yang terlibat seperti intonasi frasa dan ayat , aspek sebutan , kelancaran , kefasihan tatabahasa , gaya dan isi penyampaian. Guru boleh mengesan semua aspek berikut dalam lisan dan mendengar tutur.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan

a) mendengar, memahami menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat

b) mendengar, memahami, menyebut dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan.

c) mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul;

d) berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang sesuai

dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam pelbagai situasi

secara bertatasusila.

PERINGKAT PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

Bagi mencapai objektif pengajaran bertutur , iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah ikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat- peringkat , yakni peringkat awalnya

3