Upload
jarrod-henderson
View
145
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Assgmnt
Citation preview
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
SEMESTER 1/ SEPTEMBER 2012
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESABXS1103
“KESAN REVOLUSI PERANCIS KE ATAS MASYARAKAT EROPAH DARI SEGI PEMIKIRAN SOSIAL”
DISEDIAKAN OLEH :
PROGRAM : BACHELOR OF PENGAJIAN ISLAM
(PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
NO. TELEFON :
E-MEL :
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 PENGENALAN 3
1
2.0 KESAN REVOLUSI PERTANIAN 5
3.0 KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 6
3.1 Kemajuan dalam Perindustrian dan Pengangkutan 6
3.2 Penghijrahan Penduduk 6
3.3 Pertambahan Penduduk 7
3.4 Perluasan Perdagangan Antarabangsa 8
3.5 Perubahan Gaya Hidup 9
3.6 Kemunculan Kelas Golongan Masyarakat 9
3.7 Pekerja dan keadaan Kerja di Kilang 10
3.8 Perluasan Revolusi Perindustrian 10
3.9 Perkembangan Idea Ekonomi Baru 11
3.10 Perubahan dalam Pemikiran Politik 1
4.0 KESAN REVOLUSI PERANCIS 12
4.1 Faktor tercetusnya Revolusi Perancis. 13
4.2 Kesan Revolusi Perancis Terhadap Pemikiran Masyarakat Eropah 13
5.0 KESIMPULAN 16
RUJUKAN 18
1.0 PENGENALAN
Sains sosial ialah salah satu disiplin ilmu yang mengkaji aspek kemanusiaan sedunia.
Ia berbeza daripada kesenian dan kemanusiaan. Sains sosial adalah lebih terfokus kepada
penggunaan kaedah saintifik dalam kajian kemanusiaan termasuk penggunaan kaedah
2
kuantitatif dan kualitatif. Perkataan "sains" secara asalnya merupakan singkatan bagi "sains
semulajadi". Berdasarkan sejarah, penggunaan perkataan "sains" untuk konteks selain sains
semulajadi adalah dibolehkan selagimana ia merujuk kepada bidang ilmu yang tersusun dan
dapat diajar secara objektif. Oleh kerana itu, perkataan "sains" tidak semestinya merujuk
kepada subjek yang berkaitan secara langsung dengan sains semulajadi.
Revolusi Pertanian bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. Revolusi
bermaksud perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh yang berlaku
dalam bidang politik, sosial ataupun ekonomi. Sesuatu revolusi yang berlaku itu boleh
memakan masa yang agak panjang dan akan meninggalkan kesan kepada bidang lain serta
kehidupan manusia. Sebagai contoh, sistem pemerintahan yang bertukar daripada sistem
kolonial kepada pemerintahan peribumi. Britain merupakan negara pertama di dunia yang
mengalami revolusi perindustrian; (Nik Hassan Sulaiman bin Nik Abdul Rahman et
al.:2002:226).
Revolusi Pertanian merupakan zaman di mana pertanian telah menjadi satu kegiatan
ekonomi yang paling utama di Eropah. Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan
dibantu oleh undang-undang yang berkesan dan juga bantuan alat yang canggih. Hasilnya,
satu industri makanan yang besar telah lahir di Eropah. Kebanyakan hasilnya telah dieksport
untuk pasaran anatarabangsa. Bagi peladang pula amat bangga dengan ternakan mereka yang
bersaiz besar dan sering mengabadikannya di dalam potret. Kehidupan masyarakat Eropah
ketika itu juga berada dalam keadaan yang senag dan lumayan. Revolusi Pertanian ini telah
menjadi asas kepada berlakunya Revolusi Perindustrian.
Pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi Perindustrian (1760- 1850) bermula di
England. Revolusi Perindustrian mempunyai banyak erti. Antaranya, ia adalah perubahan
pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain daripada pertanian. Perubahan ini
melibatkan penghasilan barangan daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin
dan proses kimia; (Garraty dan Gay.:1981:822). Satu pengertian lagi ialah ia bukan hanya
proses perubahan dalam industri tetapi juga dalam bidang sosial dan intelektual.
Revolusi Perindustrian juga bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang
mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Perubahan ini melibatkan proses transformasi
satu sistem ekonomi yang masih bergantung kepada kegiatan tradisi, khususnya pada sektor
pertanian. Ekonomi seperti ini biasanya dicirikan sebagai kadar produktiviti dan tahap
pertumbuhan ekonomi yang rendah dan lembap. Setelah ekonomi tersebut mengalami
transformasi, proses pertumbuhannya menjadi lebih cergas dan tahap produtivitinya menjadi
lebih tinggi daripada sebelumnya; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:155-156).
3
Selain itu, terdapat pengertian lain tentang Revolusi Perindustrian, iaitu perubahan
pada lewat abad ke- 18 dan awal abad ke-19 yang mengubah Great Britain dan negara-negara
pertanian dan ekonomi komersil kepada negara perindustrian. Ini menyebabkan peningkatan
yang mendadak pada kadar urbanisasi dan pertambahan penduduk. Kemudian diikuti dengan
pengenalan kepada kuasa jentera, sistem kilang dengan menghasilkan pengeluaran yang
berlipat ganda dan pengumpulan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan
menambahkan bilangan kelas pekerja dan golongan kelas pertengahan.
Revolusi perindustrian juga menyebabkan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertambahan penduduk yang tinggi. Ia diikuti dengan pengenalan jentera, sistem kilang
dengan pengeluaran yang berlipat ganda dan pengumpulan modal yang memesatkan
pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan modal yang memesatkan pertumbuhan
ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja dan kelas pertengahan; (Doty.:1996:1).
Pada awal abad ke-18, para pekerja membuat baju di rumah dengan menggunakan
mesin tangan yang mudah. Ini dikenali sebagai 'Cottage Industry". Bagaimanapun, industri
ini semakin merosot apabila pengenalan enjin berkuasa wap, satu ciptaan baru dalam
Revolusi Perindustrian. Pada tahun 1781, jurutera Scotland iaitu James Watt telah berjaya
memperkenalkan bahawa enjin berkuasa wap boleh menjana enjin-enjin lain seperti mesin
menenun. Barangan yang berasaskan kain dihasilkan dengan kos yang murah dan ini telah
merangsang perkembangan pesat kilang-kilang di Britain. Bekalan bahan-bahan mentah yang
mencukupi dapat menyokong industri perindustrian; (The Children's Atlas World
History.:1997:68).
Revolusi Perancis (1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial
dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan
sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik,
menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan
dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner
Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".
Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan
ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah.
Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang
Napoleon, dua pemulihan monarki, dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula
terbentuk. Dalam abad yang berikutnya, Perancis akan ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu
sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang
4
berbeza. Pengkaji sejarah pada amnya bersetuju bahawa sebab-sebab utama berlakunya
Revolusi Perancis adalah seperti berikut:
Pengaruh para pemikir Enlightment.
Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI.
2.0 KESAN-KESAN REVOLUSI PERTANIAN
Revolusi pertanian telah memberikan kesan yang baik. Satu daripadanya ialah
bilangan ladang bersaiz besar telah meningkat menyebabkan pengeluaran berskala besar telah
dapat dilakukan. Contohnya, dapat dilihat pada perubahan saiz ladang pertanian di sebuah
kawasan pertanian di England seperti dalam jadual berikut. Sewa tanah juga telah didapati
meningkat akibat permintaan terhadap tanah untuk pertanian.
Selain itu, lebih banyak kawasan pertanian telah dibuka untuk mengatasi kepesatan
revolusi pertanian ini. Pertanian tradisional pula semakin pupus akibat sistem pemagaran
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Britain. Wujudnya sistem pertanian tripatite iaitu
hubungan anara tuan tanah, pengusaha ladang dan buruh upahan. Penyelidikan yang telah
dijalankan oleh orang persendirian mahupun oleh institusi penyelidikan telah meningkatkan
kualiti dan kuantiti bahan makanan. Ini telah menyebabkan England telah mengeksport kira-
kira 13 peratus daripada hasil keluaran pertaniannya.
Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan yang begitu besar
telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut. Pertambahan kadar produktiviti
memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal ini juga
telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang kepada
pertumbuhan demografi dan ekonomi; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:123-
124).
3.0 KESAN-KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
3.1 Kemajuan dalam Perindustrian dan Pengangkutan
Perubahan juga terlibat dalam bidang perindustrian, seperti industri tekstil, arang dan
besi. Permintaan yang tinggi untuk barangan tekstil membawa kepada ciptaan mesin pemintal
yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Mesin pemintal ini dikenali sebagai
5
"Spinning Jenny" Pada tahun 1769, Richard Arkwright telah mencipta mesin tenun pertama
yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1796. Kemajuan dalam peleburan besi dengan
menggunakan arang menghasilkan besi tempa untuk membuat peralatan mesin.
Menjelang akhir abad ke-18, wap digunakan dalam industri untuk mengendalikan
jentera. Kaedah baru ditemui untuk membuat besi belum tempa. Siemens menemui kaedah
baru untuk menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa. Bessemer
pula menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli dari
besi belum tempa. Semua kemajuan ini memesatkan lagi kemajuan industri England.
Kemajuan dalam pengangkutan pula meliputi perkapalan, jalan raya, kereta api dan
terusan. Dalam bidang perkapalan, kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak dari
Baltik. Dalam pembinaan jalan pula, John Macadam telah memperkenalkan pembinaan
daripada batu dan minyak tar. Kemajuan dalam pembinaan jalan raya memudahkan
perhubungan antara kawasan yang jauh. Pada tahun 1761 pula, James Bridley telah membina
terusan pertama, iaitu Terusan Worsley yang digunakan untuk membawa arang batu ke
bandar perusahaan Manchester. Pada tahun 1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif
(jentera wap) untuk menarik gerabak. Lokomotif ini kemudiannya dikenali sebagai kepala
kereta api dan dipermajukan lagi oleh George Stephenson pada tahun 1825. (Mahdi Shuid
dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:124-125).
3.2 Penghijrahan Penduduk
Kemajuan infrastruktur juga memudahkan migrasi penduduk dari kawasan luar
bandar ke bandar dan ke kawasan yang maju untuk mencari peluang pekerjaan dan
menikmati taraf hidup yang lebih baik. Perkembangan ini secara tidak langsung telah
membantu dalam menambahkan penduduk. Kawasan yang mengalami pertambahan
penduduk yang pesat berbeza-beza antara satu kawasan yang lain. Kawasan Lancashire, West
Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire mengalami
peningkatan yang ketara; (Mathias.:1986:170).
Penghijrahan berlaku di Asia, Hindia Barat dan Afrika. Di Asia, berlaku penghijrahan
buruh dari India dan China. Dari Afrika berlaku penghijrahan ke Amerika Utara untuk
menghasilkan tanaman kapas. Penghijrahan penduduk juga berlaku di Amerika Syarikat,
Australia dan New Zealand. Pertambahan penduduk di koloni dan negara lain di dunia secara
tidak langsung menguntungkan kepesatan perdagangan England; (Porter.:1984:8).
6
3.3 Pertambahan Penduduk
Perubahan juga kelihatan di dalam bidang sosial. Antaranya ialah pertambahan
penduduk dengan kadar yang agak pesat. Pertambahan ini disebabkan oleh kemajuan
kesihatan dan pengurangan dalam kadar kematian. Di zaman itu juga berlaku penghijrahan
buruh. Penghijrahan buruh baik di dalam ataupun di luar negeri adalah satu fenomena baru.
Undang-undang 'Penempatan' di bawah sistem merkantilisme tidak membenarkan pekerja
meninggalkan sesuatu kawasan di bawah kelolaan Parish tanpa memenuhi syarat-syarat
tertentu. Revolusi Perindustrian sebaliknya mengetepikan sistem ini dan secara tidak
langsung menamatkan sistem feudalisme yang sekian lama mengongkong mesyarakat
Eropah. Pertambahan penduduk pada tahap itu bukan sahaja berlaku di Eropah tetapi juga di
negara-negara Asia. Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam ikatan
feudal yang sebelumnya tidak menggalakkan penghijrahan.
Pertambahan penduduk ini juga disebabkan oleh penghijrahan penduduk Ireland. Pada
tahun 1800, Ireland dan England disatukan di bawah Akta Kesatuan. Penguasaan Ireland
merupakan pusat tenunan kapas yang penting bagi menambahkan lagi kekayaan England.
Antara tahun 1800 dan 1850, penduduk Great Britain meningkat dua kali ganda. Daripada
jumlah kurang daripada 11 juta orang, telah meningkat kepada lebih daripada 21 juta orang.
Peningkatan ini disebabkan oleh migrasi dari daerah Scotland dan daerah lain England.
Pada tahun 1851, didapati lebih daripada separuh penduduk Manchester, Glasgow dan
Liverpool adalah dari Ireland. Golongan buruh ini memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan industri tekstil. Mereka bekerja di pelbagai bahagian dalam industri tersebut.
Tanpa mereka industri kapas mungkin akan terjejas. Penyatuan dengan Ireland telah
menambahkan lagi penduduk England dan menuntut penghijrahan secara besar-besaran.
Wilmot-Horton, setiausaha rendah untuk koloni menggalakkan penghijrahan dari Ireland ke
England pada tahun 1820-an untuk mengatasi kemurungan yang terdapat di dalam negara.
Permulaan penghijrahan ini menandakan bibit-bibit keruntuhan sistem merkantilisme dan
permulaan dasar perdagangan bebas. Ini kerana di bawah merkantilisme penghijrahan buruh
dan jentera tidak dibenarkan sama sekali.
3.4 Perluasan Perdagangan Antarabangsa
Seperti sektor pertanian, penghasilan barangan yang berlebihan dalam sektor
pembuatan juga telah membawa kepada keperluan ia dieksport ke luar negeri. Dalam tahun-
7
tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds menghasilkan tekstil dalam
kuantiti yang tidak dapat diserapkan dalam pasaran tempatan. Eksport kapas dan pakaian dari
England meningkat pada kadar 10 peratus setiap tahun antara tahun 1783-1792 dan melebihi
17 peratus antara tahun 1792-1802. Barangan ini mewakili tiga perempat daripada jumlah
eksport antara tahun 1795-1805 dan peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh
kemajuan dalam teknik pengeluaran; (Mathias.:1986:42).
Peningkatan dalam eksport barangan kapas juga meningkatkan import kapas mentah.
Sehingga tahun 1770, kadar import adalah 3 juta paun, tetapi menjelang tahun-tahun 1790-an
ia meningkat kepada 30 juta paun dan melebihi 50 juta paun pada dekad selepas 1800.
Pengeluaran hasil barangan kapas secara besar-besaran ini membawa kepada keperluan
mengadakan inovasi. Jika kos pengeluarannya dapat dikurangkan, maka barulah ia dapat
dijual dengan harga yang murah di pasaran asing. Kemampuan England untuk menjual
barangannya di luar juga bergantung kepada daya beli penduduk koloni dan negara asing.
Untuk itu England bertindak memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan
negara luar membeli barangan siapnya. Revolusi Perindustrian sesungguhnya telah
mendorong kerajaan England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal. Dalam
kesemua barangan yang dihasilkan di zaman revolusi Perindustrian, barangan kapas
mendapat perhatian yang khusus di Timur. Ini dapat dilihat dari peningkatan jumlah kain
kapas yang dieksport oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris, iaitu dari satu juta ela pada tahun
1814 kepada 56 juta ela pada tahun 1832; (Mathias.:1986:270).
Menjelang pertengahan pertama abad ke-19, perdagangan antarabangsa mula
meningkat 20 kali ganda dari segi nilai. Sehubungan dengan itu, penduduk dunia juga
bertambah dua kali ganda dan terdapat permintaan tinggi untuk barangan England di luar
negeri. Untuk menyaingi persaingan negara lain, England mengamalkan dasar ini adalah hasil
keunggulannya dalam revolusi Perindustrian dan kemampuannya menjual barangannya
dengan lebih murah berbanding dengan negara lain.
3.5 Perubahan Gaya Hidup
Di zaman sebelum Revolusi Perindustrian, kebanyakan penduduk England tinggal di
luar bandar dan ikatan tradisi kekeluargaan amat kuat. Gaya hidup mereka juga mudah dan
tidak ada usaha untuk mengubah cara hidup tersebut. Perkahwinan di kalangan muda-mudi
juga diatur oleh orang tua. Keadaan ini berubah apabila ramai yang mendapat pekerjaan di
bandar. Ikatan kekeluargaan mula menjadi longgar. Pekerjaan di Bandar melahirkan gaya
hidup yang penuh cabaran. Mereka kini lebih berdikari, sanggup menghadapi risiko dan
8
prestasi pekerjaan mereka mendapat penghargaan. Bakat dan kekayaan menjadi penentu
kejayaan dan bukan status keturunan.
3.6 Kemunculan Kelas Golongan Masyarakat
Revolusi Perindustrian juga menyaksikan kemunculan golongan baru. Masyarakat
petani tradisional terdiri daripada satu kumpulan kecil golongan bangsawan dan pemilik
tanah, sekumpulan kecil pedagang dan tukang dan sekumpulan besar petani. Selepas revolusi
Perindustrian, golongan kelas pekerja pertengahan dan individu tumbuh dengan pesat dari
segi saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan baru termasuk pemilik kilang,
peniaga, ahli-ahli bank, peguam dan jurutera. Golongan kaya memperolehi pendapatan
sebanyak yang dicipta oleh golongan bangsawan yang kaya. Dengan bertambahnya kekayaan
negara, pendapatan dan kedudukan sosial kelas pertengahan meningkat dan mereka lebih
yakin. Mereka berkeinginan mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan
perniagaan baru yang diceburi. Semangat inilah yang menjadikan bidang industri maju
dengan pesat.
Kemunculan golongan kelas pertengahan baru ini tidak disertai dengan kuasa politik.
Oleh itu, golongan ini mula berjuang untuk mengadakan perwakilan di Parlimen bagi
menyuarakan kepentingan mereka. Hasilnya menjelang pertengahan kedua abad ke-18.
Palimen Inggeris mempunyai 61 orang ahli Parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.
Mereka berjaya dalam perjuangan meluluskan akta-akta perdagangan dan ekonomi yang
memihak kepada kepentingan mereka. Sebagai contoh, pemansuhan monopoli Syarikat
Hindia Timur Inggeris pada 1813, pemansuhan Akta Perantis pada 1814 dan akta yang
mensyaratkan penggunaan kulit binatang dalam pembuatan kasut pada 1824. Revolusi
Perindustrian juga melahirkan kelas pekerja kilang dan lombong yang sering dikenali sebagai
proletariat. Mereka ini terdiri daripada penganggur, pemintal dan penenun. Mesin yang
dikerjakan oleh mereka dengan tangan mula diganti dengan mesin kuasa wap yang tidak lagi
memerlukan kemahiran. Golongan ini hanya dapat menawarkan tenaga buruh. Oleh itu, pada
penghujung abad ke-18 dan ke-19 mereka dibayar amat rendah kerana mesin boleh
menjalankan kebanyakan kerja yang sebelum ini dilakukan oleh manusia;
(Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan.:2001:338-339).
3.7 Pekerja dan keadaan Kerja di Kilang
9
Seorang pekerja kilang biasanya bekerja selama 12 jam sehari dan 6 ½ hari setiap
minggu. Upah yang dibayar hanya cukup untuk mengisi perut. Para pengusaha kilang lebih
suka menggajikan pekerja wanita dan kanak-kanak kerana mereka boleh diberi upah yang
rendah. Kanak-kanak biasanya mula bekerja pada usia lima atau enam tahun. Udara dalam
kilang dan lombong tercemar dan pekerja terpaksa bekerja mengikut kelancaran mesin.
Pekerja didenda dengan kadar yang tinggi jika berehat ataupun ke tandas. Kebanyakan
pekerja, khususnya kanak-kanak berasa amat letih dan ada yang terjatuh ke dalam mesin dan
terbunuh. Kanak-kanak juga bekerja dalam suasana yang gelap dan berbahaya dalam
lombong arang batu.
Golongan pekerja juga tinggal dalam keadaan yang amat teruk. Pengusaha kilang
membina sederet rumah kecil dan mengenakan sewa yang tinggi. Tidak ada tandas dan
bekalan air. Kawasan penempatan ini kotor, padat dengan penduduk dan penuh dengan
pelbagai penyakit seperti taun dan batuk kering. Oleh kerana ramai pekerja yang bekerja
lebih masa, lapar dan hidup dalam keadaan seburuk ini, ramai pula yang mati dalam usia
yang muda.
3.8 Perluasan Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian yang bermula di England kemudiannya tersebar ke negara lain
di Eropah. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 , iaitu sewaktu Britain mencapai
kemajuan ekonomi dan sosial, negara lain di Eropah tertinggal di belakang. Perancis pada
waktu itu terlibat dalam revolusi politik Jerman dan Itali belum bersatu dan tidak terdapat
satu kerajaan pusat untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk perkembangan
industri. Boleh dikatakan hampir semua negara dalam benua eropah terlibat dalan perang
Napolean. Tetapi, sebaik sahaja kestabilan diwujudkan di Eropah, negara-negara itu tidak
melepaskan peluang untuk turut sama dalam bidang industrialisasi.
Belgium adalah negara pertama menjalankan industrialisasi pada 1810. Ini diikuti
pula oleh Perancis pada tahun 1840-an dan Jerman pada 1870-an. Amerika Syarikat dan
Jerman melalui pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1870-an. Industrialisasi di
Rusia dipercepatkan pada lewat 1890-an.
3.9 Perkembangan Idea Ekonomi Baru
10
Pada zaman sebelum revolusi Perindustrian, khususnya pada abad ke-16 dan ke-17,
ukuran kekayaan bergantung kepada jumlah emas dan perak yang dimiliki oleh sesebuah
negara tetapi kini para pemikir ekonomi sedar kekayaan bergantung kepada jumlah barangan
dan perkhidmatan yang dapat disediakan. Pada waktu yang sama, disedari kerajaan tidak
harus campur tangan dalam perdagangan dan industri, tetapi ditentukan oleh hukum
permintaan dan penawaran. Inilah teori dasar perdagangan bebas. Ia juga dinamakan
liberalisme ekonomi atau ekonomi klasik. Pelopor dasar perdagangan bebas adalah Adam
Smith melalui bukunya "The Wealth of Nation" yang diterbitkan pada 1776. beliau
memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya
terhadap sistem Merkantilisme. Antara kritikannya adalah koloni akan hanya berkembang
pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Menurutnya,
tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan.
Hujah utama Smith adalah berasaskan teori faedah mutlak. Faedah mutlak boleh
didefinisikan sebagai situasi di mana sebuah negara dengan satu jumlah punca pengeluaran
boleh mengeluarkan jumlah barangan yang lebih daripada negara lain yang juga
menggunakan punca pengeluaran yang sama. Ada kalanya faedah mutlak juga boleh
disebabkan oleh faktor iklim dan juga tanah. Adalah tidak praktikal bagi sesebuah negara
menghasilkan sesuatu barangan atau komoditi apabila ia boleh didapati dengan murah di
tempat lain.
Bagi Smith, perdagangan bebas menambahkan pendapatan, mengurangkan kos
pengeluaran dan membolehkan modal mengalir ke sektor pengeluaran yang akan
meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan
barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang awal abad ke-19. daerah
Manchester mengkhusus dalam pengeluaran kapas dan menyediakan peluang pekerjaan
untuk penduduk Ireland.
3.10 Perubahan dalam Pemikiran Politik
Idea sosialisme pada peringkat awal dimajukan pada tahun-tahun 1830-an. Seorang
rakyat Perancis, Claude Henri de Saint-Simon adalah pemikir sosialis awal yang penting.
Beliau menyeru kerajaan untuk memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan
ekonomi dan memajukan kebajikan masyarakat. Robert Owen (1771-1858) pula adalah
pemikir terkenal British yang percaya bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan
11
dan mencari keuntungan. Beliau membayar upah yang tinggi untuk para pekerja,
menyediakan sistem perumahan yang baik untuk pekerja, pendidikan untuk kanak-kanak dan
masa kerja yang singkat (10 jam).
4.0 KESAN REVOLUSI PERANCIS
Revolusi Perancis 1789 merupakan titik tolak dimana ia merupakan satu sejarah
penting dalam masyarakat Eropah kerana ia dianggap sebagai garis pemisah antara peraturan
lama dengan peraturan baru. Revolusi ini berlangsung sepanjang enam tahun iaitu bermula
pada tahun 1789 dan berakhir pada tahun 1799. Selain itu, Revolusi Perancis juga dikatakan
antara terpenting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688). Melalui
peristiwa ini juga system masyarakat yang lama iaitu feudalisme dikatakan telah diganti
dengan system masyarakat terbuka. Ini dapat dilihat dalam system feudalisme, kedudukan
seseorang itu dilihat berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaanya yang diwarisi turun temurun
dalam masyarakatnya. Akan tetapi melalui system masyarakat terbuka yang diperjuangkan
dalam Revolusi Perancis ini dapat melumpuhkan system ini dengan menjadikan seseorang itu
tidak lagi dilihat dari segi hak,kuasa dan keistimewaanya akan tetapi seseorang itu akan
dilihat berdasarkan pada bakat dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Salah satu
faktor pencetus kepada berlakunya Revolusi Perancis ini ialah peranan golongan intelektual.
Mereka telah berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi
rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang membawa kepada berlakunya
revolusi ini dan kesan-kesan yang timbul akibat daripada tercetusnya Revolusi Perancis ini.
4.1 Faktor tercetusnya Revolusi Perancis.
Rakyat merupakan golongan yang paling banyak mengalami penindasan daripada
pemerintah akan tetapi belum ada reaksi lagi oleh mereka untuk menentang pemerintah. Hal
ini kerana rakyat terutamanya di Eropah kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dan juga
pengaruh agama yang mana mereka menghendaki rakyat mesti mentaati kepada pemerintah
ekoran daripada pengaruh gereja yang terlalu kuat. Seperti kata Raja, “Rakyat jelata
12
menerima sahaja kerendahan martabat mereka daripada pembesar dan para paderi kerana
tidak tahu cara lain untuk memperbaiki kehidupaan mereka ”.
Antara tokoh-tokoh intelektual yang mempelopori idea baru yang mana banyak
memberikan dan menyedarkan rakyat dengan menyebarkan idea-idea baru ialah Rene
Descartes (1596-1650), Charles De Secondat Mostesquieu (1689-1755),Voltaire, Dennis
Diderot (1713-1784) dan Rousseau di perancis, Joseph Hume (1777-1855), Edward Gibbon
(1737-1794) dan Thomas Hobbes (1588-1679) di England, Gothold Ephraim Lessing (1729-
1781), Baruch Spinoza (1632-1677) dan Immanuel Kant (1724-1804) di Jerman, Benjamin
Franklin (17061790) dan Thomas Jefferson (1743-1826) di Amerika dan termasuk tokoh lain
termasuk di Rusia dan Itali. Mereka juga dikenali sebagai Enlightenment atau Kesedaran
yang mana telah mempengaruhi rakyat ekoran daripada perasaan tidak puas hati terhadap
pemerintah atau pun golongan raja yang banyak menindas rakyat pada ketika itu.
4.2 Kesan Revolusi Perancis Terhadap Pemikiran Masyarakat Eropah
Revolusi Perancis 1789 sering dianggap sebagai satu garis sempadan yang
memisahkan Eropah lama dan moden. Ia juga dilihat sebagai titik kemuncak kepada
kesedaran nasionalisme, gerakan antipemerintahan beraja dan pencapaian gagasan kedaulatan
rakyat.
Dalam revolusi itu, para revolusioner telah membawa mesej persamaan, kebebasan
dan persaudaraan sebagai tuntutan terhadap cita-cita liberalisme dan demokrasi. Namun cita-
cita ke arah itu dipercayai telah ditanam sejak dari awal lagi oleh satu aliran pemikiran yang
sedang berkembang di Eropah pada masa itu, yang dikenali sebagai aliran Kesedaran
(Enlightenment). Di Perancis, idea Kesedaran yang dianggap radikal1 telah dikaitkan secara
langsung dengan pemikiran yang dibawa oleh golongan pemikir-penulis elit haute
philosophés, yang didakwa memainkan peranan utama dalam pencetusan Revolusi Perancis
1789.
Apakah kaitannya philosophés dengan revolusi 1789? Persoalan ini sering
menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengkaji. Sesetengah pihak mendakwa philosophés
telah memainkan peranan penting. Tanpa idea Kesedaran yang disumbangkan oleh golongan
itu, dakwa mereka, revolusi 1789 tidak mungkin menjadi kenyataan. Malah dikatakan melalui
peranan golongan men of letters itulah revolusi dapat direalisasikan dalam pemikiran
masyarakat Perancis lama sebelum berlakunya kebangkitan tahun 1789. Mornet misalnya
13
menjelaskan berbanding faktor politik, pemikiranlah yang mempengaruhi pencetusan
revolusi 1789 manakala Tocqueville pula menegaskan revolusi 1789 telah lama tercapai
sekalipun sebelum ia bermula. Ia telah digapai dalam pemikiran para philosophés lama
sebelum disempurnakan oleh tangan-tangan para revolusioner. Walaupun asas perkembangan
idea Kesedaran itu sendiri cuba disusurgalurkan wujud di beberapa negara Eropah sejak dari
kurun ke-17 lagi, iaitu dengan merebaknya pemikiran tentang teori-teori sains tulen sebagai
anjakan kepada perubahan paradigma dan revolusi intelektual, namun sebagai satu bentuk
ajaran dan gerakan baru aliran Kesedaran hanya muncul dengan jelas di Perancis sejak kurun
ke-18, apabila teori-teori sains tulen mula digunakan secara terbuka untuk menjelaskan
tentang hukum sains sosial atau kemasyarakatan pula. Dari sudut ini, peranan Perancis
sebagai pusat gerakan dan penyebarannya ke seluruh Eropah, yang melampaui fungsi serta
kepesatan negara-negara pelopor aliran Kesedaran yang lain seperti Jerman dan Britain,
adalah dipengaruhi oleh perkembangan luas penggunaan bahasa dan pengaruh kebudayaan
Perancis di serata Eropah pada masa itu.
Walau bagaimanapun, perlulah dijelaskan bahawa kelahiran idea-idea Kesedaran itu
bukanlah ditandakan berasaskan hasil-hasil penulisan dan perkembangan ideologi yang
tertentu, tetapi sering dikaitkan dengan pemikiran yang dibawa oleh beberapa orang tokohnya
yang terkenal, khususnya tiga pemikir utama iaitu Montesquieu, Voltaire dan Rousseau.
Ketiga-tiga tokoh ini telah diangkat sebagai pelopor agung aliran Kesedaran kerana mereka
didakwa memperjuangkan prinsip-prinsip kebebasan manusia baru yang amat bercanggah
dengan prinsip-prinsip pemerintahan beraja atau kebangsawanan yang dipegang oleh
masyarakat pada zaman mereka. Malah idea-idea yang dimuatkan dalam tulisan mereka
dikatakan telah diperguna dengan begitu berkesan khususnya oleh golongan berkesedaran
sebagai landasan bagi mencetuskan api perubahan dan akhirnya menjuruskan rakyat bawahan
kepada kebangkitan revolusioner.
Pada asasnya ahli sejarah sering menghujahkan bahawa pemikiran yang dibawa oleh
ketiga-tiga tokoh aliran Kesedaran tersebut adalah bersifat radikal atau revolusioner
berdasarkan tiga aspek.
Pertamanya, mereka menekankan prinsip manusia sebagai kuasa yang dapat menentu
serta mengawal hukum alam dan sebab akibat. Ini bermakna mereka tidak lagi percaya atau
bergantung hanya kepada nasib, takdir atau kuasa Tuhan. Sudah tentulah prinsip ini
bertentangan dengan prinsip sebelumnya yang cuba diterapkan khususnya oleh institusi
agama, yang menetapkan bahawa setiap manusia itu disusun dan dibahagikan mengikut
fungsi dan darjat keturunan yang ketat. Sebaliknya golongan Kesedaran percaya hanya
14
kebolehan dan keupayaan akal manusia itu sendirilah yang dapat menentukan status atau
kedudukan seseorang individu. Oleh itu, mereka menolak pembahagian masyarakat secara
tradisional yang berdasarkan kelas atau ukuran pangkat kebangsawanan, sebaliknya
menekankan perbezaan yang berdasarkan kepada kebolehan akal dan intelektualisme.
Kedua, mereka juga memperjuangkan prinsip kebebasan manusia dalam membuat
segala keputusan. Oleh kerana takdir manusia itu dikatakan hanya dapat ditentukan oleh
pilihan individu itu sendiri, maka mereka percaya setiap orang haruslah diberi kebebasan
untuk memilih apa jua yang sepatutnya bagi dirinya tanpa perlu diatur oleh orang lain. Malah
dalam hal ini, mereka percaya Tuhan sendiri pun tidak berkuasa atau berkelayakan bagi
menentukan suratan yang dipilih oleh seseorang manusia. Hal-hal di atas menjurus pula
kepada tumbuhnya prinsip ketiga, iaitu ketidakpercayaan kepada sebarang bentuk
kongkongan politik, agama mahupun nilai-nilai tradisi. Bagi golongan Kesedaran yang
memperjuangkan prinsip persamaan dan kebebasan, segala bentuk kongkongan terhadap
manusia akan dianggap satu bentuk diskriminasi atau ketidakadilan. Dari segi politik, aliran
Kesedaran memperjuangkan hak rakyat awam sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan
untuk memilih pemerintah, tetapi pada masa yang sama mereka juga haruslah dipimpin oleh
golongan berkesedaran yang memperjuangkan hak bersama atau Hasrat Umum.
Ketiga, idea-idea liberalisme dan demokrasi yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh
aliran Kesedaran itu bukanlah melalui jalan kekerasan tetapi dengan cara lembut dan
intelektual, namun pengaruhnya kepada kesedaran masyarakat didakwa amat tinggi, sehingga
dianggap mampu memuncakkan daya penentangan terhadap nilai-nilai tradisi seperti agama,
unsur kebangsawanan dan sistem pemerintahan beraja yang dinggap lapuk. Pendek kata,
berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap menongkah arus itulah yang mendorong golongan
Kesedaran bukan sahaja dianggap pembina kesedaran yang radikal dalam kalangan rakyat
bawahan bahkan mempengaruhi rakyat untuk mempersoalkan sistem pemerintahan lama
hingga menggerakkan kepada pencetusan Revolusi Perancis.
Persoalan tentang pengaruh dan peranan yang dimainkan oleh aliran Kesedaran
terhadap kebangkitan revolusi 1789 sering menimbulkan percanggahan pendapat. Di sebalik
hujahan yang menyokong, hujah-hujah sarjana yang menolak peranan dan kesan pemikiran
Kesedaran terhadap revolusi juga adalah kukuh dan munasabah hingga membibitkan rasa
keraguan yang sepatutnya terhadap rumusan-rumusan pengkaji sebelum ini. Bagi yang
menolaknya, mereka telah menyenaraikan pelbagai sebab serta bukti yang dapat menjawab
persoalan adakah idea-idea yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh aliran Kesedaran itu benar-
benar radikal dalam konteks masyarakat Perancis kurun ke-18 itu, dan apakah idea-idea
15
revolusioner itulah yang menjadi punca utama yang telah mempengaruhi penentangan rakyat
terhadap regim lama seterusnya kebangkitan rakyat dalam revolusi 1789.
5.0 KESIMPULAN
Bila disebutkan revolusi, bermakna ia adalah titik perubahan. Insan yang berjaya
melakukan revolusi akan berusaha untuk melakarkan kejayaan seterusnya. Begitulah juga
harapan penduduk di Perancis yang telah berjaya menumbangkan pemerintahan diktator di
negara mereka. "Revolusi Perancis", merupakan permulaan sejarah di Eropah yang mana
hasil revolusi tersebut berjaya mengubah nasib masyarakat di sana.
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tuntutan demi tuntutan dilakukan
oleh para pejuang revolusi menyebabkan keadaan di sana tidak begitu stabil. Setiap hari
kedengaran laungan tunjuk perasaan dilakukan menuntut perubahan. Berdasarkan sejarah
Eropah, tekanan pihak revolusi itu menyebabkan askar terpaksa melepaskan tembakan bagi
menyuraikan mereka, sehinggakan menyebabkan kes kematian berlaku. Apa yang jelas bagi
pejuang revolusi ialah revolusi ini akan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik,
revolusi ini juga telah berjaya mengubah takrif Eropah di mata dunia.
Kini orang Eropah tidak lagi boleh dilebelkan sebagai tidak melakukan apa-apa, orang
Eropah ketika itu sudah terbangun daripada tidur yang amat lena, mereka kini begitu
bertenaga untuk memulakan perjuangan baru menuntut hak-hak mereka. Apa yang kita lihat
pada hari ini ialah hasil daripada tindakan pejuang revolusi tersebut. Mereka Berjaya
mencorakkan perubahan alam ini ke arah yang lebih baik. Bak kata beberapa orang
pendokong revolusi ini: "kita tidak akan berpaling ke belakang lagi, kita akan berusaha agar
revolusi yang dilakukan akan berhasil dengan episod-episod kejayaan".
Perlu dijelaskan juga bahawa Contrat social Rousseau yang digunakan oleh para
revolusioner untuk menjustifikasikan perubahan-perubahan semasa revolusi juga turut
menjadi asas kepada perjuangan golongan konservatif dan antirevolusi untuk sebaliknya
menentang revolusi. Misalnya prinsip-prinsip yang dipegang oleh Rousseau jelas
diperjuangkan oleh golongan antirevolusi semasa timbulnya perdebatan dalam Perhimpunan
Kebangsaan tentang soal perlembagaan. Mereka telah memetik dan menggunakan idea-idea
Rousseau untuk menentang pembaharuan-pembaharuan dalam perlembagaan yang
dikemukakan oleh pihak revolusioner.
16
Begitu juga pada tahun 1789, semasa perdebatan hangat tentang isu perampasan harta
gereja, seorang tokoh bangsawan antirevolusi iaitu Abbe Maury telah mempertahankan hak-
hak istimewa kelasnya dengan merujuk kepada prinsip-prinsip yang telah diperjuangkan oleh
Rousseau. Malah idea-idea Rousseau telah digunakan secara meluas oleh para penentang
revolusi, antaranya termasuklah Comte Ferrand, Comte d‟Antraigues, La Harpe, Charles
François Lenormant dan ramai lagi, yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut dan
penyambung ajaran Rousseau. Lebih mengejutkan lagi ialah sesetengah tulisan tokoh
Kesedaran dan philosophés, misalnya Descartes, Fenelon, Buffon dan Mably, telah ditolak
oleh para revolusioner dalam Perhimpunan kebangsaan, kerana telah dianggap berpihak
kepada musuh revolusi. Oleh itu, adalah sukar untuk kita mengaitkan pencetusan mahupun
pencapaian Revolusi Perancis 1789 dengan idea-idea Kesedaran, seperti juga sukarnya untuk
kita mendakwa bahawa mereka yang membaca tulisan-tulisan para philosophés boleh
membentuk satu pemikiran atau ideologi yang sama.
Pada kacamata ramai sarjana, pencapaian revolusi 1789 sebenarnya boleh dianggap
telah menghancurkan matlamat dan impian golongan Kesedaran. Seperti dikatakan sebelum
ini, golongan Kesedaran merupakan pihak yang memperoleh manfaat besar daripada
kelangsungan institusi kebangsawanan dan pemerintahan beraja.
(4697 patah perkataan)
RUJUKAN
Zahid Emby, Sarjit Sigh, ABXS1103 Penghantar Sains Sosial, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. 2010.
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2003.
Cathchpole, B., A Map History of Teh British People Since 1700, London: Heinmann Educational Books, 1983.
Cesar Adib Majid (Terjemahan oleh Shamsuddin Jaafar), Islam di Filipina, Kuala Lumpur: DBP, 1988.
17
Doty, S.(ed), The Industrial Revolution, New York: Holt Rinehart and Winston Inc., 1969.
D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: DBP, 1979.
Ferguson, W.K., and Brunn, G., A Survey of Eropean Civilization, New York: Houghton Miffin Co., 1960.
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2003..
Ganeri, A. et.al, World History Encyclopedia, United Kingdom: Parragon, 2002.
Gay & Garranty, The Columbia History of The World, New York: Harper and Row, 1981.
Gibb & Christopher, Spotlight on The Reformation, England: Wayland Publisher Ltd., 1986.
Jayaudin Jamaudin, Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800, Kuala Lumpur: Longman Malaysia, 2002.
Joginder Singh Jessey, Sejarah Asia Tenggara 1500-1945, Petaling Jaya: Longman Malaysia, 1988.
Mahdi Shuid dan Maimon Ab. Kadir, Koleksi Laman Web Sejarah Tingkatan 1-6, Kuala Lumpur: MHF Publication, 2003.
Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus, Jaring Ilmu Teknik Sejarah Dunia, Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia, 2001.
Mahdi Shuid dan Saliza Saad, STPM Tamadun Dunia, Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia, 2002.
Parson, C & Wilson, L., Dark Ages To Discovery, Australia: Science Press, 1996.
Porter, B., The Lion's Share: A Short History of British Imperialism 1850-1893, London: Longman Inc., 1984.
Samri Sainuddin, Titas Tamadun Melayu, Tanjung Malim: Quantum Books, 2003.
Stamp, A.H., A Social and Economic History of England from 1700 to 1970, London: Research Publishing Co., 1979.
Sulaiman Noordin, Sejarah Pemikiran Sumber Ilmu, Perbandingan Idealogi dan Orde Baru Dunia, Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
Taylor, D., Mastering Economic and Social History, London: Macmillan Education Ltd., 1988.
Wan Abdul Rahman Latiff et al., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: DBP, 1996.
W. Williams, Malaysia in A Changing World, Pulau Pinang: United Publishers, 1967.
18
Zainal Abidin Abdul Wahid et al., Malaysia-Warisan dan Perkembangan-Edisi Kedua, Kuala Lumpur: DBP, 1996.
URL : http://www.learner.org/exhibits/middleages/feudal.html
URL : http://www.pipcom.com/~tempus/links/hi_ren.html
URL : http://www.mun.ca/rels/hrollmann/reform.html
URL : http://www.age-of-the-sage.org/cavour_garibaldi_italy.html
URL : http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/galeri.htm
URL : http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab-9-perkembangan-di-eropah/
19