67
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 3 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Sains Tingkatan 3

  • Upload
    rainday

  • View
    315

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sains Tingkatan 3

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS

TINGKATAN 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011

Page 2: Sains Tingkatan 3

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 3 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 3 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011 © Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Page 3: Sains Tingkatan 3

KANDUNGAN

Muka Surat

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii

Falsafah Sains Negara ix

Prakata xi

Pengenalan 1

Matlamat dan Objektif 2

Kemahiran Saintifik 3

Kemahiran Berfikir 5

Sikap Saintifik dan Nilai Murni 11

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13

Organisasi Kandungan 17

Tema

Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 18

Jirim dalam Alam 38

Tenaga dalam Kehidupan 42

Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas 54

Panel Penterjamah 58

Page 4: Sains Tingkatan 3
Page 5: Sains Tingkatan 3

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

• mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

• memelihara satu cara hidup demokratik;

• mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

• menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

• membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Page 6: Sains Tingkatan 3

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

vii

Page 7: Sains Tingkatan 3

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

ix

Page 8: Sains Tingkatan 3

xi

PRAKATA

Sains dan teknologi memainkan peranan yang kritikal dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh kerana sains merupakan antara penyumbang utama dalam perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, maka penyediaan pendidikan sains yang berkualiti dari peringkat awal proses pendidikan adalah sangat penting untuk menghasilkan bangsa yang berpengetahuan dan mampu berdaya saing di arena antarabangsa. Kurikulum sains sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan penguasaan ilmu sains dan kemahiran serta penerapan sikap saintifik terhadap sains di kalangan murid. Sains untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran saintifik dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain dalam kurikulum sekolah menengah, Sains bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya. Penggunaan teknologi ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Pengajaran dan pembelajaran sains digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan perisian dinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep sains yang dipelajari. Selain itu, penggunaan TMK menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara saintifik bukan sahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran sains lebih menarik dan menyeronokkan.

Murid juga diberi peluang yang lebih untuk terlibat dalam penyiasatan saintifik melalui aktiviti amali dan eksperimen. Pendekatan inkuiri, penerapan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan pembelajaran berfikrah perlu ditekankan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah dicadangkan kandungan dan konteks yang dipilih perlulah berdasarkan kesesuaian kepada murid agar minat kepada mata pelajaran ini meningkat. Bermula tahun 2012, Bahasa Malaysia boleh digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi murid Tingkatan 1. Penggunaan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di peringkat menengah atas boleh diteruskan sehingga tahun 2015, iaitu tahun akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia disediakan dalam dwibahasa. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan spesifikasi kurikulum terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(DATO’ IBRAHIM BIN MOHAMAD)

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 9: Sains Tingkatan 3

1

Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan,

pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains

sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk

menghasilkan insan yang dihasratkan.

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status

negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi

mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif

dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras

dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah

Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains

Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik,

Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah

direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid,

menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di

peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk

Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik

sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung

dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada

peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi

kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan

dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran

mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan

kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif

dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan

pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan

objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,

kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran

dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum

mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan

hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

PENGENALAN

Page 10: Sains Tingkatan 3

2

MATLAMAT

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan

untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains

dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan

sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan

memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak

rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang

bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam

menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains

serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian.

2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi.

6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak

dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian

sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan

kemampuan akal

11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang

kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

pemuliharaan dan pemeliharaannya

Page 11: Sains Tingkatan 3

3

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan

kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan

projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti

berikut:

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Melalui pemerhatian, mengumpulkan objek

atau fenomena berdasarkan persamaan dan

perbezaan.

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat

inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan

perhubungan

ruang dan masa

Mentafsir data

Mendefinasi

secara operasi

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat berunit

piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian

lebih jitu.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan

dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol

grafik seperti jadual, graf, rajah atau model

untuk menerangkan tindakan, objek atau

peristiwa

Memperihalkan perubahan parameter dengan

masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz ,

isipadu, berat dan jisim

Memberi penerangan yang rasional tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data yang

dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

dilakukan dan diperhatikan.

Page 12: Sains Tingkatan 3

4

Mengawal

pemboleh ubah

Membuat

hipotesis

Mengeksperimen

Mengenalpasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pembolehubah dimanipulasikan untuk

memerhatikan hubungannya dengan pemboleh

ubah yang bergerak balas. Pada masa yang

sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang

hubungan antara pemboleh ubah yang

dimanipulasi dan pemboleh ubah yang

bergerak balas untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini

boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid:

Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan

dengan betul.

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan

selamat.

Page 13: Sains Tingkatan 3

5

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu

menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada

pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam

sekeliling.

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk

mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh

dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir

dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil

minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat

mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan

pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa

menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.

Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi

yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta

boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah

melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi

berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses

berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mencirikan

Membandingkan

dan

membezakan

Mengumpulkan

dan

mengelaskan

Membuat urutan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing

berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri

atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya

seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Page 14: Sains Tingkatan 3

6

Menyusun

mengikut

keutamaan

Menganalisa

Mengesan

Kecondongan

Menilai

Membuat

kesimpulan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya

kepada bahagian yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta

mencari makna yang tersirat.

Mengesan pandangan atau pendapat yang

berpihak kepada atau menentang sesuatu.

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan

bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

hipotesis.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah

seperti yang berikut:

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Mengitlakkan

Membuat gambaran

mental

Menghasilkan idea yang berkaitan

dengan sesuatu perkara.

Membuat perkaitan dalam sesuatu

keadaan atau peristiwa untuk mencari

sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat

kesimpulan dan menerangkan sesuatu

peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap

sesuatu perkara untuk keselurahan

kumpulan berdasarkan pemerhatian ke

atas sampel atau beberapa maklumat

daripada kumpulan itu.

Membuat tanggapan atau

membayangkan sesuatu idea, konsep,

keadaan atau gagasan dalam minda atau

fikiran.

Page 15: Sains Tingkatan 3

7

Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta

Menggabungkan unsur yang berasingan

untuk menghasilkan satu gambaran

menyeluruh dalam bentuk seperti

pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang dimanipulasi dan pemboleh ubah

yang bergerak balas untuk menerangkan

sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Pernyataan ini boleh diuji untuk

membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep yang kompleks atau abstrak

secara mengaitkan konsep itu dengan

konsep yang mudah atau maujud yang

mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau

melakukan pengubahsuaian kepada

sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi

masalah secara terancang.

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mengkonsepsikan

Membuat

keputusan

Menyelesaikan

masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina

pengertian, konsep atau model

berdasarkan ciri spesifik sepunya yang

saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian

yang terbaik daripada beberapa alternatif

berdasarkan kriteria tertentu bagi

mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara

terancang terhadap situasi yang tidak

pasti atau mencabar ataupun kesulitan

yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan

saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta

Page 16: Sains Tingkatan 3

8

strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan

membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi

gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi

berfikir.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui

peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan

dengan bimbingan guru.

5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk

mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains

diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat

Pembangunan Kurikulum, 1999).

Rajah 1: Model KBSB dalam Sains

Strategi Berfikir Mengkonsepsikan

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir

Kritis Mencirikan

Membandingkan

& membezakan

Mengumpulkan &

mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun

mengikut

keutamaan

Menganalisa

Mengesan

kecondongan

Menilai

Membuat

kesimpulan

mmmm

Kreatif Menjana idea

Menghubungkait

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat

hipotesis

Mensintesiskan

Mengitlakkan

Membuat

gambaran mental

Menganalogikan

Mereka cipta

Menaakul

Page 17: Sains Tingkatan 3

9

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk

mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan

secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.

Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir

secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu

menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir

utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah

seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Berfikir

Memerhatikan

Mencirikan

Membandingkan dan

membezakan

Menghubungkaitkan

Mengelaskan

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan

perhubungan ruang

dan masa

Mentafsir data

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisa

Membuat inferes

Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisa

Mengesan kecondongan

Membuat kesimpulan

Mengitlakkan

Menilai

Page 18: Sains Tingkatan 3

10

Mendefini secara

operasi

Mengawal pemboleh

ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi

Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisa

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisa

Mencirikan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menjana idea

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran

Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang

berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara

mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan

kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan

kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping

penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan

bukan logam berdasarkan sifat fizik.

Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan

Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan

tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam

kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan

Page 19: Sains Tingkatan 3

11

membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan

membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat

fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai

positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah

seperti berikut :

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

• Rajin dan tabah.

• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

• Berhemah tinggi dan hormat – menghormati.

• Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

• Berfikiran kritikal dan analitis.

• Luwes dan berfikiran terbuka.

• Baik hati dan penyayang.

• Bersifat objektif.

• Sistematik.

• Bekerjasama.

• Adil dan saksama.

• Berani mencuba.

• Berfikir secara rasional.

• Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat berikut :

• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni.

• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

• Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik

dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai

contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu

sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan

eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Page 20: Sains Tingkatan 3

12

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.

Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang

pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang

penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun : Tingkatan Empat

Bidang Pembelajaran:

Objektit Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran:

1. Bahan Kimia Dalam

Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar dari pencemaran sisa

buangan industri untuk

kepentingan manusia sejagat.

Menerangkan kepentingan

mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan

industri.

Cadangan aktiviti

pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai

murni

Melihat tayangan video atau

simulasi komputer tentang

pencemaran sisa buangan industri

dan kesannya terhadap alam

sekitar. Membincangkan

kepentingan mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan industri

Menyayangi dan menghargai alam

sekitar.

Bertanggungjawab ke atas diri

sendiri, orang lain dan alam

sekitar.

Menghargai keseimbangan alam

sekitar

Bersikap sistematik

Bersikap bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme

Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme

di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses

pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan

belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan

menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara

dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

Page 21: Sains Tingkatan 3

13

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan

ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat

mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,

konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang

dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan

berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir

dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid

diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis

mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Penemuan Inkuiri

Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud

mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang

berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai

kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri

ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak

sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid

belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka

sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:

Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal

dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.

Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan

pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM)

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat

menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian

mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti

Page 22: Sains Tingkatan 3

14

pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan

Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan

dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran

sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains

dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta

implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar

secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan

pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan

kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat

seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan

semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid

mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid

untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan

perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan

secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’.

Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang

kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan

seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah

pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta

sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai

penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru

juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis

kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza

Page 23: Sains Tingkatan 3

15

perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan

kecerdasan yang berbeza.

Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah

pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam

pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan

untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah

seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Membuat hipotesis

Merancang eksperimen

Mengawal pembolehubah

Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan kaedah

mengumpulkan data dan menganalisis data

Menjalankan eksperimen

Mengumpulkan data

Menganalisis data

Mentafsirkan data

Membuat kesimpulan

Menulis laporan

Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain

daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang

merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara

eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil

eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak

sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan

soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh

simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan

model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan

secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.

Page 24: Sains Tingkatan 3

16

Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid

bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami

proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang

panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk

dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain

perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek

menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,

muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.

Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk

mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu

diadakan.

Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran

sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,

komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi

berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan

pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang

sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan

dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi

seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik (graphic

presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic

spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk

menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi

lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam

eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan

pembelajaran sains berkesan.

Page 25: Sains Tingkatan 3

17

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap

tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang

pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif

pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain

kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah

mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis

dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,

menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri,

mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif

adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.

Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam

setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan

nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran

dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh

diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif

pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada

yang lebih kompleks.

Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan

integrasi yang membolehkan pelbagai hasil pembelajaran di capai

mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi

pengajaran untuk cuba mencapai hasil pembelajaran secara

bersepadu mengikut susunan dalam huraian sukatan pelajaran.

Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman

pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu

hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk

membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi

mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh

mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan,

tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru

digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan

berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

sains.

Page 26: Sains Tingkatan 3

18

TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN : 1. RESPIRASI

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Menganalisa mekanisma pernafasan manusia.

Memerhatikan model atau perisian komputer untuk mengenalpasti struktur sistem respirasi manusia yang terdiri daripada rongga hidung, trakea, bronkus paru-paru, tulang rusuk, diafragma dan otot interkosta. Mengkaji model paru-paru bagi mengenal pasti bronkus, bronkiol dan alveolus. Membina model sistem respirasi manusia yang berfungsi untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas. Membincangkan mekanisma pernafasan.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur sistem respirasi manusia.

mengenal pasti struktur paru-paru.

memerihalkan proses menarik dan menghembus nafas.

menghubung kait perubahan tekanan udara dalam rongga toraks dengan tarikan dan hembusan nafas.

memerihalkan mekanisma pernafasan.

Pengecutan dan pengenduran otot interkosta dalam dan luar tidak perlu diterangkan.

breathing mechanism – mekanisme pernafasan exhalation – hembusan nafas inhalation – tarikan nafas intercostal muscle – otot interkosta nasal cavity – rongga nasal rib – tulang rusuk thoracic cavity – rongga toraks

Page 27: Sains Tingkatan 3

19

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami pengangkutan oksigen dalam badan manusia.

Menayangkan video atau perisian komputer dan mengumpul maklumat serta mentafsir data tentang perkara berikut: a) Resapan oksigen daripada

alveoli ke dalam kapilari darah dan daripada kapilari darah ke dalam sel.

b) Pengangkutan oksigen oleh sel darah merah dalam bentuk oksihemoglobin.

Murid boleh:

memerihalkan resapan oksigen daripada alveoli ke dalam kapilari darah.

memerihalkan pengangkutan oksigen oleh darah.

memerihalkan resapan oksigen daripada kapilari darah ke dalam sel.

diffusion – peresapan

1.3 Menyedari kepentingan sistem respirasi yang sihat.

Mengumpul dan mentafsir data tentang perkara berikut: a) Bahan yang memudaratkan

system respirasi seperti nikotin dan tar (daripada asap rokok), sulfur dioksida (daripada kilang), dan karbon monoksida (daripada asap kenderaan) serta jerebu.

b) Kesan pelbagai bahan yang memudaratkan sistem respirasi seperti toksin dan karsinogen.

c) Pelbagai penyakit sistem respirasi.

Murid boleh:

menyenaraikan pelbagai bahan yang memudaratkan sistem respirasi.

menerangkan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi.

menyenaraikan pelbagai penyakit yang mempengaruhi sistem respirasi.

mempraktikkan amalan baik untuk meningkatkan kualiti udara.

carcinogen – karsinogen toxin – bahan beracun

Page 28: Sains Tingkatan 3

20

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan aktiviti untuk menunjukan kesan merokok kepada paru-paru. Mengadakan atau membuat lawatan ke pameran tentang kesan merokok dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Sumbangsaran pelbagai ide tentang cara untuk menperbaiki kualiti udara dan mengamalkannya.

Page 29: Sains Tingkatan 3

21

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami sistem pengangkutan dalam manusia.

Memerhati dan mengkaji model, perisian komputer atau video tentang struktur jantung dan jenis salur darah (seperti: arteri, vena dan kapilari) dalam sistem peredaran darah.

Mengkaji satu spesimen hidup jantung untuk mengenal pasti strukturnya.

Membincangkan perkara berikut: a) fungsi jantung. b) ciri salur darah dan fungsinya.

Menjalankan aktiviti untuk membanding dan membezakan darah beroksigen dengan darah terdeoksigen.

Menjalankan simulasi pengaliran darah dalam sistem peredaran.

Membincangkan peranan sistem peredaran darah dalam pengangkutan bahan.

Menjemput pegawai perubatan untuk memberi ceramah tentang ‘Menjaga Kesihatan Jantung Anda’.

Murid boleh:

memerihalkan sistem peredaran sebagai satu sistem saluran yang mempunyai satu pam dan berinjap untuk memastikan pengaliran darah dalam satu arah.

menyatakan fungsi jantung.

mengenal pasti struktur jantung manusia.

membanding dan membezakan struktur arteri, vena dan kapilari.

menghubungkaitkan ciri salur darah dengan fungsinya.

membanding dan membezakan darah beroksigen dengan darah terdeoksigen.

mengilustrasikan laluan aliran darah dalam sistem peredaran.

memerihalkan peranan sistem peredaran darah dalam pengangkutan bahan.

menerangkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat.

blood vessel – salur darah

deoxygenated blood – darah terdeoksigen heart – jantung oxygenated blood – darah beroksigen vein – vena artery – arteri

Page 30: Sains Tingkatan 3

22

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Menganalisa darah manusia.

Menjemput seorang pegawai perubatan untuk memberi ceramah mengenai: a) komponen darah iaitu plasma

darah, sel darah merah, sel darah putih, platlet dan fungsinya.

b) Kumpulan darah iaitu A, B, AB and O.

c) Kesesuaian antara kumpulan darah penderma dengan penerima.

d) Kepentingan menderma darah. e) Penyimpanan dan

pengendalian darah yang didermakan.

Murid boleh:

menyatakan komponen darah dan fungsinya.

menyatakan kumpulan darah.

memadankan kumpulan darah penderma kepada penerima.

mewajarkan kepentingan menderma darah.

memerihalkan bagaimana darah yang didermakan disimpan dan dikendalikan.

.

Penderma universal dan penerima universal harus diperkenalkan.

blood donation – derma darah blood group – kumpulan darah physician – doktor

universal donor – penderma universal universal recipient- penerima universal

Page 31: Sains Tingkatan 3

23

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menganalisa sistem pengangkutan dalam tumbuhan.

Memerhatikan tumbuhan yang layu dan membincangkan bagaimana ia berlaku. Mengkaji epidermis sehelai daun di bawah mikroskop untuk mengenal pasti stomata dan membincangkan fungsinya. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji yang berikut: a) Pengangkutan bahan

makanan yang disintesiskan melalui floem.

b) Pengangkutan air dari akar ke daun melalui xilem.

Mengkaji keratan rentas akar, batang dan daun untuk mengesan lokasi xilem dan floem. Membincangkan peranan transpirasi dalam pengangkutan air dan mineral.

Murid boleh:

memerihalkan bagaimana tumbuhan menjadi layu.

memerihalkan transpirasi.

memerihalkan fungsi stomata.

mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi.

memerihalkan bagaimana faktor ini mempengaruhi kadar transpirasi.

memerihalkan peranan transpirasi.

mengkaji laluan air di dalam keratan batang menggunakan pewarna yang sesuai.

mengenal pasti lokasi xilem dan floem.

memerihalkan fungsi xilem dan floem.

Pengangkutan air dan mineral dalam transpirasi harus diberi penekanan.

transport – pengangkutan transpiration - transpirasi

Page 32: Sains Tingkatan 3

24

BIDANG PEMBELAJARAN : 3. PERKUMUHAN

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

3.1 Memahami perkumuhan manusia.

Membincangkan maksud perkumuhan. Mengkaji model, carta atau memerhati perisian komputer untuk mengenalpasti organ perkumuhan iaitu kulit, paru-paru dan ginjal. Membincangkan hasil perkumuhan bagi setiap organ perkumuhan seperti air, karbon dioksida, mineral, garam dan urea. Membincangkan kepentingan perkumuhan.

Murid boleh:

menerangkan maksud perkumuhan.

mengenal pasti organ perkumuhan manusia.

menyatakankan hasil perkumuhan bagi setiap organ perkumuhan.

menerangkan kepentingan perkumuhan.

excretion – perkumuhan

3.2 Menganalisa sistem urinari dalam manusia.

Mengkaji model, carta atau memerhati perisian komputer sistem urinari untuk mengenal pasti lokasi ginjal, ureter, pundi kencing dan uretra.

Murid boleh:

mengenal pasti lokasi ginjal dan bahagian sistem urinari yang lain.

memerihalkan bentuk ginjal,

mengenal pasti struktur ginjal.

Struktur dan fungsi nefron tidak perlu diberi penekanan.

kidney – ginjal urinary bladder – pundi kencing

Page 33: Sains Tingkatan 3

25

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Mengumpul dan mentafsir data tentang fungsi ginjal. Mengkaji spesimen hidup ginjal untuk: a) memerihalkan bentuk ginjal. b) mengenalpasti komponen ginjal

iaitu korteks, medula dan pelvis. Membincangkan perkara berikut: a) Kepentingan ginjal. b) Kehidupan dengan ginjal yang

rosak.

memerihalkan fungsi ginjal.

menerangkan kepentingan untuk mengekalkan kesihatan ginjal.

Fungsi mesin dialisis harus diperihalkan secara ringkas.

3.3 Menganalisa perkumuhan dalam tumbuhan.

Mengumpul dan mentafsir data berikut: a) Cara tumbuhan menyingkirkan

hasil perkumuhan. b) Hasil perkumuhan tumbuhan

ialah karbon dioksida, air dan hasil perkumuhan yang kompleks.

Murid boleh:

memerihalkan cara tumbuhan menyingkirkan hasil perkumuhan.

mengenal pasti hasil perkumuhan tumbuhan.

Page 34: Sains Tingkatan 3

26

BIDANG PEMBELAJARAN : 4. PEMBIAKAN

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.1 Memahami pembiakan seks dan aseks.

Membincangkan perkara berikut: a) Kepentingan dan jenis

pembiakan. b) Persamaan dan perbezaan

antara pembiakan seks dengan aseks

Menggunakan carta, gambar rajah, video atau perisian komputer untuk mengkaji perkara berikut: a) Persenyawaan. b) Persenyawaan dalam dan luar. c) Pelbagai cara pembiakan

aseks iaitu belahan dedua, penunasan, pembentukan spora dan pembiakan vegetatif serta penjanaan semula.

Membincang dan mengelaskan haiwan dan tumbuhan berdasarkan cara pembiakannya.

Murid boleh:

menyatakan kepentingan pembiakan.

menyatakan jenis pembiakan.

menyatakan maksud persenyawaan.

memerihalkan persenyawaan dalam dan luar.

membanding dan membezakan pembiakan seks dengan aseks.

mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut cara pembiakannya.

asexual reproduction – pembiakan aseks binary fission – belahan dedua budding – pertunasan external fertilisation – persenyawaan luar

internal fertilisation – persenyawaan dalam

sexual reproduction – pembiakan seks spore formation – pembentukan spora

vegetative reproduction – pembiakan vegetatif rejuvenation – penjanaan semula

seks

Pembiakan

aseks

Pembentukan spora

Belahan dedua

Penunasan

Vegetatif

Penjanaan semula

Page 35: Sains Tingkatan 3

27

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.2 Menganalisa sistem pembiakan lelaki.

Mengenal pasti bahagian sistem pembiakan lelaki dengan menggunakan carta, model, video atau perisian komputer: a) Organ seks iaitu testis dan

zakar. b) Bahagian lain yang berkaitan

iaitu skrotum, uretra, salur sperma dan kelenjar prostat.

Membincangkan perkara berikut: a) Fungsi setiap bahagian sistem

pembiakan lelaki. b) Peranan sperma dalam

pembiakan. c) Perubahan fizikal, fisiologi dan

emosi lelaki semasa baligh.

Murid boleh:

mengenal pasti bahagian sistem pembiakan lelaki.

memerihalkan fungsi setiap bahagian sistem pembiakan lelaki.

menyatakan peranan sperma dalam pembiakan.

memerihalkan perubahan yang berlaku pada lelaki semasa baligh.

emotional changes – perubahan emosi penis – zakar puberty – baligh sperm – sperma sperm duct – duktus sperma

Page 36: Sains Tingkatan 3

28

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.3 Menganalisa sistem pembiakan wanita.

Mengenal pasti bahagian sistem pembiakan wanita dengan menggunakan carta, model, video atau perisian komputer: a) Organ seks iaitu ovari dan

uterus. b) Bahagian lain yang berkaitan

iaitu salur falopia, faraj dan serviks.

Membincangkan perkara berikut: a) Fungsi setiap bahagian sistem

pembiakan wanita. b) Peranan ovum dalam

pembiakan. c) Perubahan fizikal, psikologi

dan emosi wanita semasa baligh.

Menjalankan simulasi untuk menunjukkan perbezaan antara gamet lelaki dengan wanita berdasarkan saiz, bilangan dan pergerakan.

Murid boleh:

mengenal pasti bahagian sistem pembiakan wanita.

memerihalkan fungsi setiap bahagian sistem pembiakan wanita.

menyatakan peranan ovum dalam pembiakan.

memerihalkan perubahan yang berlaku pada wanita semasa baligh.

membanding dan membezakan antara gamet lelaki dengan wanita berdasarkan saiz, bilangan dan pergerakan.

cervix - servik vagina – faraj

Page 37: Sains Tingkatan 3

29

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.4 Menganalisa kitar haid.

Membincangkan perkara berikut: a) Haid dan kitar haid. b) Perubahan dinding uterus

semasa kitar haid. c) Hubungan antara fasa subur

dalam kitar haid dengan persenyawaaan.

d) Kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid.

Murid boleh:

memerihalkan maksud haid.

memerihalkan maksud kitar haid.

memerihalkan perubahan dinding uterus semasa kitar haid.

menghubungkait fasa subur kitar haid dengan persenyawaan.

menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid.

Hormon tidak perlu diberi

penekanan semasa memberi penjelasan mengenai kitar haid.

fertile phase – fasa subur menstrual cycle – kitar haid personal hygiene – kebersihan diri

4.5 Menganalisa persenyawaan dan kehamilan.

Membincangkan perkara berikut dengan menggunakan gambar rajah, carta, model, video atau perisian komputer: a) Lokasi penempelan embrio. b) Perkembangan zigot kepada

embrio seterusnya menjadi fetus hingga kelahiran

Murid boleh:

memerihalkan persenyawaan dalam manusia.

mengenal pasti lokasi penempelan embrio.

memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio seterusnya menjadi fetus hingga kelahiran.

.

Konsep persenyawaan manusia perlu melibatkan laluan sperma dan ovum sehingga berlakunya pertemuan dan percantuman.

fertilisation – persenyawaan implantation – penempelan

Page 38: Sains Tingkatan 3

30

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.6 Memahami kepentingan penjagaan pra natal.

Mengaturkan pameran atau persembahan multimedia tentang perkara berikut: a) Kepentingan pengambilan

makanan yang berkhasiat semasa kehamilan.

b) Kesan merokok dan pengambilan bahan tertentu seperti dadah dan alkohol ke atas embrio dan fetus.

Murid boleh:

menghubungkait kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan.

menerangkan pentingnya mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus.

deformity – kecacatan nutritious food – makanan berkhasiat

Page 39: Sains Tingkatan 3

31

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.7 Menilai kepentingan penyelidikan dalam pembiakan manusia.

Mengumpul dan mentafsir data berikut: a) Maksud kemandulan. b) Cara mengatasi kemandulan

iaitu nutrisi, rawatan hormon, pembedahan, persenyawaan in vitro (IVF).

c) Kawalan kehamilan iaitu kaedah ritma, penggunaan kondom, pil perancang keluarga, intra-uterine contraceptive device (IUCD),

spermisid, vasektomi dan ligasi.

Membahaskan isu kawalan kehamilan dan kesannya pada masyarakat. Membincangkan kepentingan penyelidikan pembiakan manusia.

Murid boleh:

menyatakan maksud kemandulan.

memerihalkan cara mengatasi kemandulan.

memerihalkan kaedah kawalan kehamilan.

membahaskan salah guna kawalan kehamilan dan kesannya kepada masyarakat.

menerangkan kepentingan penyelidikan pembiakan manusia.

Kaedah kawalan kehamilan secara semula jadi, kimia, mekanikal, hormon dan pembedahan perlu diberi penekanan.

ligation – ligasi sterility – kemandulan vasectomy – vasektomi

Page 40: Sains Tingkatan 3

32

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.8 Menganalisa sistem pembiakan seks tumbuhan berbunga.

Meneliti bunga untuk mengenal pasti bahagian berikut: a) Ranggi dan sepal. b) Bahagian jantan iaitu stamen

yang terdiri daripada filamen, anter dan butir debunga.

c) Bahagian betina iaitu pistil yang terdiri daripada stigma, stil, ovari dan ovul.

Menggunakan mikroskop atau kanta tangan untuk memerhati berikut: a) Keratan rentas dan keratan

melintang ovari untuk mengenal pasti ovul.

b) Butir debunga. Membincangkan fungsi berikut: a) Bunga dalam pembiakan. b) Bahagian pembiakan jantan

bunga. c) Bahagian pembiakan betina

bunga.

Murid boleh:

mengenal pasti bahagian berlainan pada bunga.

mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan betina bunga.

mengenal pasti gamet jantan dan betina.

memerihalkan fungsi bahagian pembiakan jantan dan betina bunga dalam pembiakan seks.

petal – ranggi pollen grain – butir debunga

Page 41: Sains Tingkatan 3

33

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.9 Menganalisa pendebungaan.

Membincangkan perkara berikut dengan menggunakan carta, model, video atau perisian komputer: a) Pendebungaan. b) Jenis pendebungaan. c) Persamaan dan perbezaan

antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk.

d) Kelebihan pendebungaan kacuk.

e) Kegunaan pendebungaan kacuk dalam pertanian.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji pelbagai jenis bunga dan mengenal pasti agen pendebungaannya.

Murid boleh:

memerihalkan maksud pendebungaan.

menghubungkait ciri bunga dengan agen pendebungaannya.

menyatakan jenis pendebungaan.

membanding dan membezakan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk.

menerangkan kelebihan pendebungaan kacuk.

menerangkan melalui contoh kegunaan pendebungaan kacuk dalam pertanian.

agriculture – pertanian

cross-pollination – pendebungaan kacuk

self-pollination – pendebungaan sendiri

4.10 Memahami perkembangan buah dan biji benih pada tumbuhan.

Menggunakan mikroskop untuk memerhati perkembangan salur butir debunga dalam larutan sukrosa pada peratusan yang berbeza (5% - 10%).

Murid boleh:

mengenal pasti lokasi di mana berlakunya persenyawaan dalam bunga.

memerihalkan persenyawaan dalam tumbuhan.

memerihalkan pembentukan buah dan biji benih.

germination – percambahan sucrose solution – larutan sukrosa

Page 42: Sains Tingkatan 3

34

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Melukis gambar rajah berserta nota penerangannya mengenai perkara berikut: a) Proses persenyawaan pada

tumbuhan. b) Pembentukan buah dan biji

benih. Membincangkan perkara berikut: a) Tempat berlakunya

persenyawaan dalam bunga. b) Persenyawaan pada

tumbuhan. c) Pembentukan buah dan biji

benih.

Page 43: Sains Tingkatan 3

35

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.11 Mensintesis konsep percambahan biji benih.

Membelah biji benih secara memanjang dan mengenal pasti strukturnya dengan menggunakan kanta tangan atau mikroskop. Mengumpul dan mentafsir data tentang perkara berikut: a) Fungsi pelbagai bahagian biji

benih iaitu embrio (radikal, plumul dan kotiledon) dan testa yang dilindungi perikarpa (kulit buah).

b) Perubahan fizikal biji benih berdasarkan pembentukan radikal, plumul dan kotiledon.

Menjalankan perbincangan dalam kumpulan kecil untuk: a) mengenal pasti pemboleh

ubah yang berkaitan dengan percambahan biji benih.

b) membina hipotesis mengenai keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

Merekabentuk dan menjalankan eksperimen bagi menentukan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur biji benih.

menerangkan fungsi bahagian biji benih yang berbeza.

memerihalkan perubahan fizikal biji benih semasa percambahan.

membuat hipotesis tentang keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

merekabentuk eksperimen untuk mengkaji keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

menjalankan eksperimen untuk mengkaji keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

membuat kesimpulan tentang keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

cotyledon – kotiledon plumule – plumul radicle – radikel seedling – anak benih germination - percambahan

Page 44: Sains Tingkatan 3

36

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

4.12 Mengaplikasi pembiakan vegetatif dalam tumbuhan berbunga.

Menjalankan kajian pembiakan vegetatif pelbagai tumbuhan di tapak semaian untuk mengenal pasti jenis pembiakan vegetatif. Membincangkan maksud pembiakan vegetatif. Membincangkan aplikasi penyelidikan pembiakan vegetatif yang dijalankan dalam pertanian.

Murid boleh:

menerangkan melalui contoh maksud pembiakan vegetatif.

menyatakan bahagian tumbuhan yang boleh membiak secara vegetatif.

mengelaskan tumbuhan berbunga berdasarkan bahagian yang boleh membiak secara vegetatif.

memerihalkan aplikasi penyelidikan pembiakan vegetatif yang dijalankan dalam pertanian.

Bioteknologi boleh diperkenalkan. Contoh pembiakan vegetatif ialah pengkulturan tisu tumbuhan. Pengkulturan tisu tumbuhan tidak perlu diberi secara terperinci.

Page 45: Sains Tingkatan 3

37

BIDANG PEMBELAJARAN : 5. PERTUMBUHAN

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

5.1 Menganalisa pola pertumbuhan manusia.

Membincangkan perkara berikut: a) Ciri yang digunakan untuk

mengukur kadar pertumbuhan seperti tinggi dan berat.

b) Maksud pertumbuhan. c) Pola pertumbuhan bagi lelaki

dan wanita. d) Kesan pengambilan nutrisi

kepada perkembangan fizikal dan kesejahteraan mental kanak-kanak.

Menjalankan aktiviti untuk mentafsir lengkuk pertumbuhan lelaki dan wanita daripada bayi ke alam dewasa.

Murid boleh:

memerihalkan maksud pertumbuhan.

mengenal pasti ciri yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan.

menganalisa lengkuk pertumbuhan lelaki dan wanita.

membanding dan membezakan lengkuk pertumbuhan lelaki dengan wanita.

memerihalkan kesan pengambilan nutrisi ke atas pertumbuhan kanak-kanak.

growth - pertumbuhan

Page 46: Sains Tingkatan 3

38

TEMA : JIRIM DALAM ALAM BIDANG PEMBELAJARAN : 1. TANAH DAN SUMBERNYA

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Menganalisa kepelbagaian mineral dalam kerak Bumi.

Membincangkan maksud mineral. Mengumpul dan mentafsir data mengenai pelbagai jenis mineral yang wujud di dalam kerak Bumi: a) Unsur semula jadi iaitu emas

dan perak, b) Sebatian semula jadi iaitu

oksida, karbonat, sulfida dan silikat.

Membincang dan mengenal pasti unsur dalam beberapa sebatian semula jadi. Menjalankan aktiviti untuk mempelajari perkara berikut: a) Kekerasan mineral. b) Kelarutan mineral dalam air. c) Kesan haba ke atas beberapa

karbonat, oksida dan sulfida logam.

Murid boleh:

memerihalkan maksud mineral.

menerangkan melalui contoh mineral yang wujud dalam bentuk unsur semula jadi atau sebatian semula jadi.

mengenal pasti unsur dalam sebatian semula jadi.

memerihalkan sifat mineral.

menulis persamaan dalam perkataan untuk menunjukkan kesan haba ke atas mineral.

compound – sebatian earth crust – kerak bumi element – unsur gold – emas hardness – kekerasan silver (argentum) – perak

Page 47: Sains Tingkatan 3

39

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami tindak balas antara logam dengan bukan logam.

Menjalankan sumbangsaran dan membincangkan perkara berikut: a) contoh logam. b) contoh bukan logam.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji tindak balas antara beberapa logam iaitu magnesium, aluminium, zink dan besi dengan bukan logam berikut: a) oksigen. b) sulfur.

Murid boleh:

menyatakan contoh logam dan bukan logam.

memerihalkan tindak balas antara logan dan bukan logam.

menulis persamaan dalam perkataan bagi menunjukkan tindak balas antara logam dengan bukan logam.

menyatakan logam bertindak balas dengan bukan logam pada kadar yang berbeza.

Siri kereaktifan logam tidak perlu diperkenalkan.

non-metal – bukan logam metal – logam

1.3 Memahami sebatian silikon.

Mengumpul dan mentafsir data tentang sebatian silikon yang wujud dalam bentuk silika dan silikat.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji sifat silika dan silikat seperti berikut: a) Kelarutan dalam air. b) Tindak balas dengan asid

hidroklorik. c) Kesan haba.

Mengadakan lawatan ke kilang untuk mempelajari proses pembuatan kaca, seramik, cip elektronik dan gentian optik.

Membincangkan kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan harian.

Murid boleh:

menyatakan pelbagai bentuk sebatian silikon.

menyatakan contoh silica.

menyatakan contoh silikat.

menghubungkait sifat sebatian silikon dengan kestabilannya.

menerangkan melalui contoh kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan harian.

silicon compound – sebatian silikon

Page 48: Sains Tingkatan 3

40

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Menganalisa sebatian kalsium.

Mengumpul dan mentafsir data tentang kalsium karbonat. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji berikut: a) Sifat kalsium karbonat

berdasarkan tindak balasnya dengan asid, kelarutannya dalam air dan kesan haba.

b) Pembentukan kalsium oksida (kapur tohor) dan kalsium hidroksida (kapur mati).

Membincangkan perkara berikut: a) Penggunaan sebatian kalsium

iaitu kalsium karbonat, kalsium oksida dan kalsium hidroksida.

b) Sifat sebatian kalsium dengan merujuk kepada kegunaannya.

Murid boleh:

menyatakan unsur dalam kalsium karbonat.

mengenal pasti pelbagai bentuk kalsium karbonat.

memerihalkan sifat kalsium karbonat.

menulis persamaan dalam perkataan bagi tindak balas kalsium karbonat.

memerihalkan pembentukan kalsium oksida dan kalsium hidroksida.

menghubungkait sifat sebatian kalsium dengan kegunaannya.

calcium carbonate – kalsium karbonat slaked lime - kapur mati quicklime – kapur tohor solubility – kelarutan

Page 49: Sains Tingkatan 3

41

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5 Menganalisa sumber bahan api semula jadi dan kepentingannya

Melayari laman sesawang atau membuat lawatan ke PETROSAINS, Pusat Sains Negara atau logi penapisan minyak untuk mengumpul maklumat mengenai pembentukan sumber bahan api semula jadi di Malaysia. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji penyulingan berperingkat petroleum. Membincangkan perkara berikut: a) Sifat dan kegunaan pelbagai

pecahan petroleum. b) Sumbangan petroleum dan

gas asli kepada pembangunan ekonomi negara.

c) Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain.

Murid boleh:

menyenaraikan sumber bahan api semula jadi.

menerangkan pembentukan sumber bahan api semula jadi.

memerihalkan penyulingan berperingkat petroleum.

memerihalkan sifat pelbagai pecahan daripada penyulingan berperingkat petroleum.

memerihalkan kegunaan pelbagai pecahan petroleum.

menerangkan sumbangan petroleum dan industri gas asli kepada pembangunan ekonomi negara.

menjanakan ide tentang cara penggunaan secara cekap sumber bahan api semula jadi.

fraction – pecahan

fractional distillation – penyulingan berperingkat natural fuel resource – sumber bahan api semula jadi petroleum – minyak mentah

Page 50: Sains Tingkatan 3

42

TEMA : TENAGA DALAM KEHIDUPAN BIDANG PEMBELAJARAN : 1. KEELEKTRIKAN

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami elektrostatik

Menjalankan aktiviti berikut: a) Menghasilkan cas elektrik statik

dalam bahan melalui geseran. b) Mengesan cas elektrik statik

menggunakan elektroskop. c) Memerhati apa yang berlaku

apabila dua objek yang sama atau berlainan cas diletakkan berdekatan dan membuat kesimpulan mengenai cas elektrostatik.

Membincangkan perkara berikut: a) Maksud elektrostatik. b) Jenis cas elektrik statik. c) Sifat cas elektrik statik. d) Contoh bahan yang mudah dicas

iaitu asetat dan politena. e) Fenomena harian yang berkaitan

dengan cas elektrik statik seperti kilat.

f) Langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan cas elektrik seperti penggunaan pengalir kilat.

Murid boleh:

memerihalkan maksud elektostatik.

menyatakan jenis cas elektrik statik.

menyatakan sifat cas elektrik statik.

memerihalkan bagaimana cas elektrik statik dihasilkan dalam bahan tertentu.

memerihalkan cara mengesan cas elektrik statik.

memerihalkan fenomena harian yang disebabkan oleh cas elektrik statik.

menyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa pengendalian cas elektrik.

polythene – politena charge - cas

Page 51: Sains Tingkatan 3

43

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami keelektrikan

Mengumpul dan mentafsir data mengenai sumber tenaga elektrik yang digunakan dalam kehidupan harian Menjalankan aktiviti untuk memerhati pengaliran arus elektrik menggunakan janakuasa Van de Graff dan galvanometer

Membincangkan perkara berikut: a) Keelektrikan. b) Arus elektrik. c) Voltan. d) Rintangan. e) Arah arus dan pengaliran elektron

dalam litar elektrik.

Murid boleh:

memberikan contoh sumber tenaga elektrik dalam kehidupan harian.

menyatakan maksud keelektrikan.

menyatakan maksud voltan.

menyatakan maksud rintangan.

memerihalkan arah arus dan pengaliran elektron dalam litar elektrik.

current – arus resistance – rintangan voltage – voltan

1.3 Mengaplikasi kefahaman cara mengukur keelektrikan

Mengumpul maklumat dan menjalankan persembahan multimedia mengenai penemuan unit bagi: a) arus iaitu ampere. b) voltan iaitu volt. c) rintangan iaitu ohm. Memeriksa alat dan membincangkan kegunaanya dalam pengukuran: a) Arus. b) Voltan. Membina litar elektrik serta mengukur arus dan voltannya.

Murid boleh:

mengenal pasti alat pengukur arus.

mengenal pasti alat pengukur voltan.

menyatakan unit arus.

menyatakan unit voltan.

menyatakan unit rintangan.

mengukur arus dalam litar elektrik.

mengukur voltan dalam litar elektrik.

Page 52: Sains Tingkatan 3

44

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Mensintesis hubungan antara arus, voltan dan rintangan.

Merekabentuk dan menjalankan eksperimen untuk mengkaji perkara berikut: a) Kesan perubahan rintangan ke

atas arus. b) Kesan perubahan voltan ke atas

arus.

Membincangkan perkara berikut: a) Hubungan antara voltan, arus dan

rintangan. b) Hukum Ohm.

Murid boleh:

merekabentuk eksperiman untuk mengkaji hubungan antara rintangan dan arus.

menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara rintangan dan arus.

memerihalkan kesan perubahan rintangan ke atas arus.

merekabentuk eksperimen untuk mengkaji hubungan antara voltan dan arus.

menjalankan eksperiman untuk mengkaji hubungan antara voltan dan arus.

memerihalkan kesan perubahan voltan ke atas arus.

menyatakan Hukum Ohm.

Interpretasi graf perlu diberikan penekanan.

Page 53: Sains Tingkatan 3

45

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5 Mensintesis konsep litar selari dan litar bersiri

Memadankan simbol pada litar elektrik dengan komponennya. Melukis gambarajah dan membina litar berikut: a) Litar yang lengkap. b) Litar bersiri. c) Litar selari. Membincangkan persamaan dan perbezaan antara litar bersiri dan litar selari dengan ilustrasi.

Murid boleh:

mengenal pasti komponen litar elektrik dan simbolnya.

melukiskan satu gambar rajah litar yang lengkap.

membinakan satu litar yang lengkap.

membinakan satu litar bersiri.

membinakan satu litar selari.

membanding dan membezakan susunan komponen dalam litar bersiri dengan litar selari.

complete circuit – litar lengkap parallel circuit – litar selari series circuit – litar bersiri

1.6 Menganalisa arus, voltan dan rintangan dalam satu litar bersiri

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji arus, voltan dan rintangan dalam satu litar bersiri. Membincangkan kelebihan dan kelemahan litar bersiri.

Murid boleh:

memerihalkan pengaliran arus melalui komponen dalam litar bersiri.

memerihalkan voltan yang merentasi komponen dalam litar bersiri.

memerihalkan rintangan dalam litar bersiri.

menerangkan kelebihan dan kelemahan litar bersiri.

Pengiraan yang mudah boleh diperkenalkan

Page 54: Sains Tingkatan 3

46

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.7 Menganalisa arus, voltan dan rintangan dalam satu litar selari.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji arus, voltan dan rintangan dalam satu litar selari. Membincangkan perkara berikut: a) Kelebihan dan kelemahan litar

selari. b) Persamaan dan perbezaan antara

litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan.

Murid boleh:

memerihalkan pengaliran arus melalui komponen dalam litar selari.

memerihalkan voltan yang merentasi komponen dalam litar selari.

memerihalkan rintangan dalam litar selari.

menerangkan kelebihan dan kelemahan litar selari.

membanding dan membezakan antara litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan

Pengiraan yang mudah boleh diperkenalkan Perbezaan antara litar bersiri dengan litar selari harus ditunjukkan melalui penggunaan meter dan kecerahan mentol.

Page 55: Sains Tingkatan 3

47

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.8 Memahami kemagnetan.

Menjalankan aktiviti berikut: a) Menggunakan serbuk besi untuk

mengkaji medan magnet satu magnet bar.

b) Menggunakan kompas untuk menunjukan arah medan magnet.

Membincangkan perkara berikut: a) Medan magnet. b) Hubungkait antara garisan

medan magnet dan kekuatan medan magnet.

Mengkaji dan membincangkan kegunaan magnet dalam kompas.

Murid boleh:

memerihalkan maksud medan magnet.

melukiskan medan magnet satu magnet bar.

melukiskan arah medan magnet.

menghubungkaitkan garisan medan magnet dengan kekuatan medan magnet.

menerangkan kegunaan magnet dalam kompas.

magnetic field – medan magnet magnetism – kemagnetan

1.9 Memahami keelektro magnetan.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji medan magnet yang terhasil oleh arus elektrik yang mengalir melalui wayar lurus. Membincangkan maksud: a) Keelektromagnetan. b) Elektromagnet.

Murid boleh:

menghubungkaitkan arus elektrik yang mengalir melalui konduktor dengan kemagnetan.

memerihalkan maksud electromagnet.

electromagnetism – keelektromagnetan

Page 56: Sains Tingkatan 3

48

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PENJANAAN ELEKTRIK

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti

Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami penjanaan tenaga elektrik.

Meneroka laman sesawang atau mengadakan lawatan ke stesen jana kuasa untuk mengumpul dan mentafsir data berikut: a) Pelbagai jenis generator iaitu

termal, hidroelektrik,disel, nuklear dan turbin gas.

b) Penjanaan tenaga elektrik dalam pelbagai jenis stesen jana kuasa.

c) Sumber tenaga alternatif, contoh: tenaga solar dan biojisim.

Membincangkan persamaan dan perbezaan dalam penjanaan tenaga elektrik pelbagai jenis stesen jana kuasa.

Menjalankan aktiviti tentang penggunaan tenaga solar menggunakan alat seperti kotak solar atau sel solar (sel fotovolta).

Murid boleh:

menyenaraikan pelbagai jenis generator.

memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada pelbagai jenis stesen jana kuasa.

membanding dan membezakan penjanaan tenaga elektrik antara pelbagai jenis stesen jana kuasa.

memberi contoh sumber tenaga altenatif.

biomass – biojisim photovoltaic – fotovolta

Page 57: Sains Tingkatan 3

49

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Memahami transfomer.

Membina sebuah transfomer ringkas dan mengkaji struktur fizikalnya. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan fungsi transfomer ringkas.

Mengumpul dan mentafsir data mengenai prinsip kerja transfomer injak naik dan transfomer injak turun.

Membincangkan transfomer injak naik dan injak turun dari aspek: a) Persamaan dan perbezaan. b) Kegunaan dalam penghantaran

dan pengagihan elektrik.

Murid boleh:

mengenal pasti pelbagai bahagian transfomer.

memerihalkan bagaimana transfomer berkerja.

membanding dan membezakan transfomer injak naik dengan transfomer injak turun.

memerihalkan peranan transfomer dalam penghantaran dan pengagihan elektrik.

step-down transformer – transformer injak turun step-up transformer – transformer injak naik distribution - pengagihan

transmission - penghantaran

2.3 Menganalisa penghantaran elektrik dan sistem pengagihan.

Memerhati model atau carta dan membincangkan sistem penghantaran dan pengagihan elektrik termasuk Rangkaian Grid Nasional, stesen transformer, lapangan suis, pencawang masuk utama dan pencawang bahagian. Mengumpul dan mentafsir data tentang Rangkaian Grid Nasional Malaysia.

Murid boleh:

menyusun mengikut urutan komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.

memerihalkan fungsi komponen sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.

memerihalkan bagaimana tenaga elektrik dihantar dan diagihkan dari stesen jana kuasa kepada pengguna.

national grid network – rangkaian grid nasional switch zone –lapangan suis

Page 58: Sains Tingkatan 3

50

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.4 Memahami bekalan elektrik dan sistem pendawaian di rumah.

Mengumpul dan mentafsir data mengenai bekalan tenaga elektrik di rumah. Mengkaji dan membincangkan perkara berikut: a) Sistem pendawaian elektrik di

rumah termasuk kotak fius, suis utama, pemutus litar, wayar hidup, wayar neutral, wayar bumi dan meter elektrik.

b) Kod warna antarabangsa. Menjalankan aktiviti untuk: a) mengkaji struktur dan reka

bentuk plug 3 pin, b) melengkapkan pendawaian

plug 3-pin.

Murid boleh:

menyatakan nilai voltan utama.

menyatakan jenis arus elektrik.

mengenal pasti jenis arus elektrik yang dibekalkan ke rumah.

menyatakan jenis pendawaian elektrik.

mengenal pasti pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.

memerihalkan fungsi pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.

memerihalkan pendawaian plug 3-pin.

Jenis pendawaian termasuklah pendawaian fasa tunggal dan pendawaian tiga fasa. Pendawaian tiga fasa diterangkan secara ringkas.

circuit breaker – pemutus litar earth wire – dawai bumi mains switch – suis sesalur

Page 59: Sains Tingkatan 3

51

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.5 Menganalisa kos penggunaan tenaga elektrik.

Memeriksa pelbagai peralatan elektik rumah untuk mengumpul dan mentafsir data tentang kuasa, voltan dan kadar arus.

Mengira jumlah pengaliran arus yang mengalir melalui peralatan elektrik di rumah. Membincangkan hubung kait antara penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa. Menjalankan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah untuk mengenal pasti kos penggunaan tenaga elektrik dalam sebulan.

Murid boleh:

menyatakan kadar kuasa dan voltan peralatan elektrik di rumah.

mengirakan jumlah arus yang mengalir melalui peralatan elektrik.

mengingatkan kembali hubungan antara penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa.

menyelesaikan masalah dengan mengira kos penggunaan elektrik.

Formula berikut diperkenalkan: Kuasa= Voltan x Arus

P = V x I Tenaga (kWh) = Kuasa (kW) x Masa (j)

appliance – peralatan power – kuasa

2.6 Memahami fungsi fius dan wayar bumi.

Membincangkan perkara berikut: a) Jenis fius. b) Nilai fius. c) Fungsi fius dalam sistem pendawaian

elektrik. d) Peranan dawai bumi dalam sistem

pendawaian elektrik.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kejadian litar pintas.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza.

Murid boleh:

mengenal pasti pelbagai jenis fius.

menyatakan nilai fius.

memerihalkan fungsi fius dalam sistem pendawaian elektrik.

menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik.

memerihalkan peranan dawai bumi dalam sistem pendawaian elektrik

short circuit – litar pintas

Page 60: Sains Tingkatan 3

52

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.7 Menilai kepentingan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan elektrik.

Mengumpul dan mentafsir data tentang perkara berikut: a) Punca kemalangan elektrik. b) Langkah yang perlu diambil

sekiranya berlaku kemalangan elektrik.

c) Ciri keselamatan di rumah untuk mengelak berlakunya kemalangan elektrik.

Membincangkan keperluan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan elektrik.

Murid boleh:

menyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.

memerihalkan langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,

mewajarkan keperluan adanya langkah keselamatan dan ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik.

Ciri keselamatan berikut perlu dinyatakan: i. Miniature Circuit

Breaker (MCB), ii. Earth Leakage

Circuit Breaker

(ELCB).

safety precautions – langkah-langkah keselamatan

Page 61: Sains Tingkatan 3

53

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.8 Menilai kepentingan memulihara elektrik.

Mengumpul dan mentafsir data tentang aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik. Membincangkan cara memulihara elektrik. Menjalankan projek tentang kecekapan tenaga. Membincang dan mewajarkan keperluan memulihara elektrik. Menjalankan sumbangsaran mengenai masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik.

Murid boleh:

mengenal pasti aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.

memerihalkan cara memulihara elektrik.

mewajarkan keperluan memulihara elektrik.

meramalkan masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik.

Pelabelan jumlah penggunaan tenaga pada peralatan untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga secara cekap harus diperkenalkan.

wastage – pembaziran energy efficiency – kecekapan tenaga

Page 62: Sains Tingkatan 3

54

TEMA : ASTRONOMI DAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS BIDANG PEMBELAJARAN : 1. BINTANG DAN GALAKSI

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Menganalisa Matahari

Mengumpul dan mentafsir data tentang perkara berikut: a) Ciri Matahari iaitu saiz, jisim,

ketumpatan relatif dengan Bumi dan suhu permukaan.

b) Struktur Matahari iaitu korona, kromosfera dan fotosfera.

c) Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari iaitu prominen, nyala suria and tompok matahari.

d) Kesan fenomena di permukaan Matahari ke atas Bumi.

e) Penjanaan tenaga oleh Matahari.

Murid boleh:

memerihalkan ciri Matahari.

mengenal pasti struktur Matahari.

mengenal pasti fenomena yang berlaku di permukaan Matahari.

menerangkan kesan fenomena di permukaan Matahari ke atas Bumi.

menyatakan bagaimana tenaga dijanakan oleh Matahari.

Aurora yang sering dikaitkan dengan nyala suria harus diperkenalkan.

aurorae – aurora

chromosphere – kromosfera corona – korona density – ketumpatan flare – nyala photosphere – fotosfera prominence – prominen sunspot – tompok matahari

Page 63: Sains Tingkatan 3

55

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami bintang dan galaksi dalam alam semesta.

Membincangkan perkara berikut: a) Definisi bintang. b) Matahari sebagai bintang.

Melawat Planetarium Negara atau Pusat Sains Negara untuk mengumpul dan mentafsir data tentang berikut: a) Bintang cerah seperti Sirius

dan Rigel. b) Matahari sebagai satu

bintang. c) Pelbagai jenis bintang

berdasarkan suhu, saiz dan kecerahan.

d) Pembentukan bintang. e) Kematian bintang yang

meninggalkan kerdil putih, bintang neutron dan lohong hitam.

f) Jenis galaksi iaitu elips, berpilin dan tidak seragam.

g) Galaksi Bima Sakti. h) Alam semesta.

Mengambil bahagian dalam aktiviti memerhati bintang.

Menonton perisian komputer atau video untuk mengumpul maklumat mengenai topik dalam objektif pembelajaran ini

Murid boleh:

mendefinisikan bintang.

mengenal pasti Matahari sebagai suatu bintang.

mengenal pasti bintang-bintang cerah di langit.

membanding dan membezakan bintang berdasarkan kepada ciri tertentu.

memerihalkan pembentukan bintang.

memerihalkan kematian bintang.

menyatakan jenis galaksi.

memerihalkan Galaksi Bima Sakti.

memerihalkan alam semesta.

menyatakan kedudukan Sistem Suria dalam alam semesta.

black hole – lohong hitam brightness – kecerahan constellation – buruj star – bintang elliptical – bujur irregular – tak teratur light year – tahun cahaya Milky Way – Bima Sakti solar system – sistem suria spiral – lingkaran universe – alam semesta white dwarf – kerdil putih

Page 64: Sains Tingkatan 3

56

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.3 Mensyukuri kewujudan alam semesta sebagai anugerah Tuhan.

Menulis sajak or Haiku tentang

keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan. Membincangkan perkara berikut: a) Keluasan alam semesta. b) Semua yang wujud di alam

semesta adalah tidak kekal. c) Kepentingan Matahari dan

Bulan kepada hidupan di Bumi.

Murid boleh:

menghargai keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan.

memerihalkan luasnya alam semesta berbanding Bumi.

menyatakan semua yang wujud di alam semesta adalah tidak kekal.

menerangkan kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi.

Haiku ialah sajak

Jepun yang terdiri daripada tiga baris. Baris pertama dan ketiga terdiri daripada lima suku kata manakala baris kedua teridiri daripada tujuh suku kata. Tema dan mesej sajak selalunya berkaitan dengan alam semula jadi.

Contoh: Up the sky I stare, I look up and wish I’m there, Beautiful and rare. Objektif pembelajaran (1.3) sepatutnya disepadukan dengan objektif pembelajaran yang lain bila mana relevan.

Page 65: Sains Tingkatan 3

57

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami perkembangan dalam bidang astronomi dan penerokaan angkasa lepas.

Melayari internet, mengadakan lawatan ke Planetarium atau Pusat Sains Negara untuk mengumpul dan mentafsir data tentang berikut: a) Perkembangan dalam bidang

astronomi. b) Aplikasi teknologi berkaitan

penerokaan angkasa lepas dan astronomi, contohnya remote sensing.

c) Perkembangan dalam penerokaan angkasa lepas, contohnya pelancaran roket, satelit, prob termasuk pendaratan manusia di permukaan Bulan.

Membahaskan mengenai keperluan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas. Menjalankan persembahan multimedia tentang pembangunan dalam bidang astronomi dan penerokaan angkasa lepas.

Murid boleh:

memerihalkan perkembangan dalam bidang astronomi.

memerihalkan pembangunan dalam penerokaan angkasa lepas.

menerangkan dengan contoh aplikasi teknologi yang berkaitan penerokaan angkasa lepas dan astronomi.

mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas.

Aplikasi remote sensing perlu

dimasukkan, contohnya dalam geologi, pertanian, perhutanan, pengurusan bencana, pengurusan keselamatan nasional, dsb. Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES)

bertanggungjawab ke atas projek remote sensing

negara.

exploration – penerokaan space – angkasa lepas

Page 66: Sains Tingkatan 3

58

Penasihat Dato’ Ibrahim bin Mohamad

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Zanal bin Dirin

Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editorial

Zainon Abd. Majid Ketua Unit Sains Rendah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor

Aizatul Adzwa Mohd. Basri Ketua Unit Sains Menengah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penterjemah Burhanuddin Dahalan

SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak

Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak

Roslan Yusoff SMK Seri Perak Teluk Intan, Perak

Hafiz Zaki Hamdan

SMK Seri Perkasa Hutan Melintang, Perak

Norhaida Alias SMK Sultan Abdul Jalil Shah Seberang Perak, Teluk Intan, Perak

Nazirah Abdul Rahman

SMJK Hua Lian Taiping, Perak

Maslina Ayu Shaharuddin

SMK Convent Taiping, Perak

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

SAINS TINGKATAN 3

PANEL PENTERJEMAH

Page 67: Sains Tingkatan 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011