2
SEJADAH RINDU (Haikal Aminuddin) TEMA Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf. Contoh : (R1;B5;B6) Merekah keinsafan di hati yang beku Mengenang dosaku yang terdahulu. MAKSUD Rangkap 1 Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman gantung dijatuhkan. Rangkap 2 Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan. Rangkap 3 Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.

Sajak Sejadah Rindu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

c cbc v

Citation preview

Page 1: Sajak Sejadah Rindu

SEJADAH RINDU

(Haikal Aminuddin)

TEMA

Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon

diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak

sudah benar-benar insaf.

Contoh :

(R1;B5;B6)

Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang

telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman

gantung dijatuhkan.

Rangkap 2

Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu

memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar

segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah

ditetapkan.

Rangkap 3

Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan

sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.

Page 2: Sajak Sejadah Rindu

PERSOALAN

1. Persoalan keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman

Contoh:

(R1; B5;B6)

Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

2. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.

Contoh :

(R3;B6;B7)

lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.

3. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan

sebelum meninggal dunia.

Contoh :

(R2;B4;B5)

moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku di nisankan.

4. Persoalan ajal maut di tangan tuhan.

Contoh :

(R2;B5;B6)

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang kautetapkan.