19
SALASILAH SULTAN PERAK

Salasilah Sultan Perak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sila rujuk

Citation preview

Page 1: Salasilah Sultan Perak

SALASILAH SULTAN PERAK

Page 2: Salasilah Sultan Perak
Page 3: Salasilah Sultan Perak

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni

Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin

Shah[1] merupakan Yang di-Pertuan

Agong Malaysia yang kesembilan.

Baginda merupakan Sultan dari

negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

menjadi Yang di-Pertuan

Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25

April 1994

Baginda dilahirkan pada

tahun 1928 di Batu Gajah, Perak.

Baginda adalah anakanda kepada Al-

Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Yang di-Pertuan Agong

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf

Izzuddin Shah

Yang di-Pertuan Agong ke-

9

Raja Permaisuri Agong

Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali

Negeri Perak

Keputeraan19 April 1928Batu Gajah, Perak

Kemangkatan -

Mula jawatan 26 April 1989

Tamat jawatan 25 April 1994

Penyandang terdahulu

Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Johor)

Penyandang kemudian

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan)

Page 4: Salasilah Sultan Perak

Pertabalan Sultan

1 Julai  1983 Dewan Negara Perak memahkotakan

baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda

masih lagi memegang jawatan sebagaiKetua Hakim

Negara Malaysia.

3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua

Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan

Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.

3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-

34 . 9 Disember 1985ditabal sebagai Sultan Perak

secara rasmi.

Page 5: Salasilah Sultan Perak

Pendidikan

Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini

dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.

Kolej Melayu Kuala Kangsar  (MCKK)

Belajar bidang undang-undang di University of

Nottingham, United Kingdomdan mendapat Ijazah

Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.

23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The

English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.

Page 6: Salasilah Sultan Perak

Kerjaya

Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha

Kerajaan Negeri Perak.

Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan

Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai

Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah

Sesyen.

menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan

Pendakwa

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang

Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim

Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim

termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.

1973 Hakim Mahkamah Persekutuan

Page 7: Salasilah Sultan Perak

1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara

menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang

bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier

kehakiman.

Kurniaan Darjah Kebesaran

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati  (Perak)

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja

Malaysia (D.K.M)

Darjah Utama Seri Mahkota Negara  (D.M.N)

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi

(Kelantan)

Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia

(Terengganu)

Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (Perlis)

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor)

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati

(Selangor)

Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (Kedah)

Darjah Kerabat Mahkota Brunei  (D.K.M.B)

Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat

Dihormati (Pahang)

Page 8: Salasilah Sultan Perak

Darjah Kerabat (Negeri Sembilan)

Seri Setia Mahkota  (S.S.M)

Panglima Mangku Negara  (P.M.N)

Panglima Setia Mahkota  (P.S.M)

Orden Al-Merito De Chile  (Republik Chile)

Bintang ADI PURNA  (Republik Indonesia)

Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of

The Bath (United Kingdom)

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini  (S.P.C.M)

Darjah Seri Panglima Taming Sari  (S.P.T.S)

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak  (S.P.M.P)

Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P)  (Pahang)

The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn  (Thailand)

Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea)

Collar of The Japanese Order of The

Chrysanthemum (Jepun)

Grand Cordon of The Supreme Order of The

Chrysanthemum (Jepun)

Civil Order 1st Class  (Oman)

Page 9: Salasilah Sultan Perak

Sumbangan / Anugerah

Canselor  Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau

Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1

November 1974 hingga 31 Oktober 1976)

Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran

Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-

undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang

pada 28 Jun 1980.

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-

Undang oleh University of Nottingham pada 11

Julai1986.

Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London

pada 1988

Page 10: Salasilah Sultan Perak

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-

undang oleh Universitas Gadja

Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-

undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30

Oktober 1990.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti

Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember

1990

Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of

Physician of lreland pada 2 Oktober 1991

Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of

Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of

Surgeons of England pada 1999.

Sukan

Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman

persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia

Presiden Hoki Asia

Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Amat berminat dalam sukan golf.

Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan

Shah di lpoh pada 1983.Baginda hadir setiap kejohanan

Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima

penjuru peringkat antarabangsa.

Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang

Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates

Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia,

The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja

Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar,

Page 11: Salasilah Sultan Perak

Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki

Veteran Perak.

sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992

spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis

Sultan Azlan Shah’ .

Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia ,

spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi

Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania

Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania

borneensis n.sp.

Keluarga

Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera

dan 3 puteri.

1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja

Nazrin Shah ditabal sebagaiRaja Muda Perak.

Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang

Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University

dan Ijazah Sarjana Political Economy and

Government daripada Universiti Harvard, Amerika

Syarikat.

2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja

Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran

Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana

Pentadbiran Perniagaan daripada London Business

Page 12: Salasilah Sultan Perak

School, University of London, England.Raja Azureen

berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’

lsmail.

3. Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal

sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan

pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of

Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-

undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-

Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma

Undang-undang Perniagaan, University of London,

England. Raja Ashman Shah mangkat secara

mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat

asma.

4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah

Sarjana Muda Undang-undang daripada University of

London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn,

London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma

guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik

sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah

Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi

Malaysia.

5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong

Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran

daripada London’s lnternational University, England.

Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd.

Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel

Rijaludin pada 5 Disember1987.

Page 13: Salasilah Sultan Perak

Ketua Hakim NegaraPasda 12 November 1982 , Raja Tun Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff

Izzudin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negarake-5 selepas Tun Mohamad

Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah

perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum

Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana

Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda

menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Page 14: Salasilah Sultan Perak

Sultan PerakRaja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara

baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan

kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul AzizEnam bulan

kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan

Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 . Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan

Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah

ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala

Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Aliturut ditabalkan

sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan

hanya pulang ke Istana Iskandariah,Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.

Page 15: Salasilah Sultan Perak

Sambutan Jubli Perak

Baginda telah memperkenankan untuk diadakan sambutan jubli perak yang

menandakan 25 tahun baginda memerintah negeri. Sambutan ini dimulakan pada 3

Februari 2009 dan mengikut pada keadaan ekonomi semasa, baginda mahukan

sambutan ini dilakukan pada tahap yang sederhana.Sambutan ini lebih

menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat

baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat

kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara,

penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan

Pusat.Program yang telah diperkenankan ialah kenduri kesyukuran dan bacaan

tahlil di Masjid Ubudian, Kuala Kangsar pada 2 Februari dan istiadat perbarisan di

Istana Iskandariah pada keesokannya. Satu majlis istiadat penganugerahan pingat

khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 orang penerima dan pembacaan

watikah ikrar taat setia juga diadakan di Balairung Seri Istana Iskandariah. Pada

tengah harinya, pelancaran setem peringatan Jubli Perak diadakan di Majlis

Bandaraya Ipoh.Pada 10 Februari pula, Sultan dijadualkan bakal menghadiri

Program Bersama Rakyat di Batu Gajah, tempat baginda diputerakan dan

Page 16: Salasilah Sultan Perak

menerima pendidikan awal. Sultan Azlan Shah juga akan menghadiri Majlis

Penyampaian Hadiah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah lama

baginda.Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah

pada 14 Februari. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja

Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang DiPertua-Dipertua

Negeri dan Sultan Brunei Darussalam telah dijemput ke Santapan Diraja

tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri

beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga

dijemput.Demi tidak membebankan kerajaan, Sultan dengan murah hati akan

mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan kali ini. Baginda juga

merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun.

Sebelum baginda, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua yang

memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar

Shah, Sultan Perak ke-11 yang memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan

Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 yang

memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Yang di-Pertuan Agong IXPada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan

menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-

9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir

ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana

Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin

Mohamaddan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[4]

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh

Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-

Pertuan Agong ke-9.

Page 17: Salasilah Sultan Perak

Krisis Perlembagaan Negeri Perak

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan

baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Peraktelah dilanda krisis

politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan

kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak

mempunyai majoriti yang cukup.Baginda selaku ketua negeri telah memainkan

peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk

penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah

dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut

perlembagaan.Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri

Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan

membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda

mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas

mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan

perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat

sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga

orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam

Page 18: Salasilah Sultan Perak

kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal

(presign letter) tidak sah.  Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan

peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan :

1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti

ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak

dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah

yang wajib untuk menentukannya.

2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan

jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri

("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco

- Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang

mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian

dibenarkan.

3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran

DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada

proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam

Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar

memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang

kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan

sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang

mengatakan sultan wajib menerima permohonan

Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan

18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi

bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut

bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah

menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak

berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah

peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk

tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini

dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda

adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri

Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.