24
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kerja kursus WAJ 3161 Bahasa Melayu Komunikatif II ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan kerja kursus ini kami mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada pensyarah Bahasa Melayu Komunikatif II kami iaitu Puan Ratna Laila binti Shahidin kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa beliau kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus kami serta membantu kami dari permulaan hingga siap sepenuhnya kerja kursus ini. Jasa beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Kami berharap segala usaha yang telah kami berikan ini akan dijadikan pembelajaran pada masa hadapan dimana semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan. Kami juga mengharapkan kerja kursus ini dapat mengasas kemahiran pengajaran kami melalui kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Bantuan mereka dari segi informasi terkini mengenai projek kerja kursus ini amat kami hargai. Budi mereka yang sanggup meluangkan masa, dan tenaga untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan. Sekian, terima kasih.

santun bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kerja kursus WAJ 3161 Bahasa Melayu Komunikatif II ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan kerja kursus ini kami mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada pensyarah Bahasa Melayu Komunikatif II kami iaitu Puan Ratna Laila binti Shahidin kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa beliau kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus kami serta membantu kami dari permulaan hingga siap sepenuhnya kerja kursus ini. Jasa beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Kami berharap segala usaha yang telah kami berikan ini akan dijadikan pembelajaran pada masa hadapan dimana semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan. Kami juga mengharapkan kerja kursus ini dapat mengasas kemahiran pengajaran kami melalui kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Bantuan mereka dari segi informasi terkini mengenai projek kerja kursus ini amat kami hargai. Budi mereka yang sanggup meluangkan masa, dan tenaga untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.

Sekian, terima kasih.

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT1. PENGHARGAAN 2. SENARAI KANDUNGAN 3. PENGENALAN4. SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL SISTEM SAPAAN PROTOKOL5. BAHASA SAPAAN DI NEGERI SEMBILAN6. KONSEP PROTOKOL7. REFLEKSI8. RUJUKAN9. LAMPIRAN

1.0 Pengenalan Menurut S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983), komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi juga bermula apabila sesuatu mesej (maklumat) daripada pengirim dipindahkan menerusi mengunakan sesuatu alat kepada penerima yang kemudiannya memberi maklum balas selepas diterima maklumat tersebut. Proses pertukaran idea antara dua individu atau lebih boleh berlaku secara lisan dan tulisan ataupun dengan pelbagai deria yang ada pada manusia. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan bermaksudnya dengan menggunakan perkataan dan suara. Komunikasi bukan lisan berlaku tanpa menggunakan perkataan. Pergerakan mata, badan, dan muka adalah contoh-contoh komunikasi bukan lisan. Kemahiran komunikasi penting dalam kehidupan seharian seseorang kerana menggunakan kemahiran ini seseorang individu boleh mencapai objektif dalam sesuatu organisasi. Selain itu, komunikasi dapat mengelakkan diri daripada perasaan kesunyian. Akhirnya, sesiapa yang pandai berkomunikasi dengan orang lain dapat bekerjasama dalam menjalan tugasan seharian. Kesimpulannya komunikasi penting dalam dalam kehidupan seharian manusia untuk melaksanakan tugas yang ditentukan dengan mengekalkan persahabatan melalui komunikasi.

2.0 Sistem sapaan dan protokol Kata sapaan menggunakan untuk memanggil seseorang dengan budi pekerti ataupun cara-cara untik memilih bentuk panggilan. Kata sapaan ini berfungsi untuk memgenali kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Kata sapaan boleh menggunakan dalam situasi formal dan tidak formal.

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Secara umumnya, protokol lebih fokus kepada majllis dan acara rasmi yang melibatkan sector awam dan sektor swasta. Sistem protokol juga berkaitan dengan tatacara perkenalan, cita rasa berpakaian dan tatacara dalam sesuatu majlis rasmi mahupun formal dan tidak formal.

2.1 Sistem sapaan

Menurut Prasithrathsint dan Tingsbadh (1985) yang dipetikan oleh Sumalee Nimmanupap (1994), bahasa sapaan ialah penggunaan sesuatu perkataan yang merujuk pada orang yang disapa. Penggunaan kata sapaan adalah bergantung pada ikatan dan hubungan sosial penutur dengan pendengar. Manakala Sumalee Nimmanupap berpendapat bahawa bahasa sapaan atau panggilan adalah digunakan ketika menegur sapa dan cara-cara untuk memanggil seseorang dengan sopan dan menggunakan kata ganti nama diri dengan betul dan tepat. Pemilihan dan penggunaan kata sapaan bergantung pada hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Bahasa sapaan terdapat dalam semua lapisan masyarakat di Malaysia, kelompok etnik lain tetapi konsepnya yang sama. Bahasa sapaan yang digunakan mesti menonjolkan kesantunan bahasa semasa mengunakan dalam kalangan masyarakat. Bahasa Melayu mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya secara betul dalam konteks yang padat bagi mengelakkan perselisihan faham. Dalam situasi tidak formal, penutur boleh menggunakan sapaan tidak formal dan sapaan yang menunjukkan keakraban dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contohnya ialah Saudara/saudari sapaan digunakan kepada orang yang baru dikenali. Saya digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan seperti Puan Pengetua. Bukan itu sahaja, seorang adik tidak boleh memanggil abang dengan menggunakan bahasa sapaan yang sama dengan bahasa sapaan yang digunakan terhadap rakan-rakan. Demikian juga bahasa sapaan seseorang anak terhadap ibu, atau murid terhadap guru. Seseorang yang gagal menggunakan kata sapaan dengan betul, ia akan menjejaskan perhubungan antara hubungan dan ikatan sosial mereka.

2.2 Sistem protokol Perkataan protokol berasal dari bahasa Yunani yang bererti "daun pertaman", menunjuk ke catatan awal dari sebuah perjanjian. Protokol juga dikenali sebagai seseorang yang membimbing sesuatu aktiviti dengan penuh dedikasi dan sempurna. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan untuk menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis. Pemahaman yang jelas terhadap sistem protokol ini akan memudahkan pengendalian sesuatu majlis serta dapat melancarkan perjalanan majlis oleh pihak yang berkaitan.

Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh IstiadatContoh: Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.2. Majlis Rasmi dan FormalContoh: Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.3. Majlis Rasmi tetapi Tidak FormalMajlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.4. Majlis Tidak Rasmi tetapi FormalDianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak FormalSeperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

3.0 Bahasa Sapaan di Negeri Sembilan3.1 Sistem Sapaan Kekeluargaan Bahasa Minangkabau Di negeri Sembilan bahasa minangkabau adalah salah satu bahasa yang digunakan di wilayah Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai beberapa dialek. Dalam kalangan Minangkabau, ada beberapa panggilan ikut urutan dalam sesebuah keluarga. Ikatan sosial Minangkabau sangat erat. Mereka semua beranggap ikatannya seperti satu pertalian darah. Urutan tersebut berdasarkan peringkat dalam usia dalam keluarga. Kata sapaan kekeluargaan Minangkabau digunakan di keluarga dan kerabat sahaja. Contohnya, seseorang penyapa menyapa dengan seorang usia yang sama dengan ayahnya, penyapa berikut itu akan menggunakan kata sapaan yang sama kepadanya walaupun itu adalah kali pertama mereka menyapa.Kata sapaanFungsi

Tuo (tua)Seseorang yang paling tua dalam keluarga

GadangDigunakan untuk lelaki-lelaki dan perempuan seperti Mak Adang dan Pak Adang

TangahUrutan tengah dalam keluarga

KetekDigunakan untuk menyapa saudara perempuan sebelah ibu mahupun bapa.

AciakSapaan Ketek yang juga bermakna kecil

UncuUrutan terakhir dalam keluarga.

Berikut adalah urutan penamaan dalam Bahasa Minangkabau mengikut peringkat seseorang dalam keluarga.

Tuo

Gadang

Tangah

AciakUncuKetek

Penamaan dalam keluarga mengikut urutan kelahiran dalam keluarga Minangkabau.

Bahasa Melayu Negeri SembilanSistem sapaan bahasa melayu berdasarkan mengikut kelahiran dalam sesebuah keluarga. Berikut ini adalah sistem sapaan keluarga yang dipanggil untuk anak-anak.

Kata SapaanFungsi

SulongDigunakan untuk menyapa anak lelaki

NgahAnak yang kedua

AlangAnak yang ketiga

AnjangDigunakan untuk anak keempat, kelima atau keenam

PandakDigunakan untuk anak kelima dan keenam juga

MudaDigunakan untuk anak keenam

PutehTeh untuk anak perempuan dan uteh untuk anak lelaki

HitamDiberikan untuk anak ketujuh, dan kesepuluh

KechilBiasanya digunakan untuk anak paling kecil

AnchuAnak yang paling kecil sebagai bongsu

BongsuAnak yang lahir terakhir

3.2 Urusan Rasmi

Gelaran KehormatAnugerah

Lelaki/ Perempuan : Dato SeriIsteri : Datin SeriDarjah Seri Paduka Tuanku Jaafar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J)

Lelaki / Perempuan : Dato Seri UtamaIsteri : Datin Seri UtamaDarjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S)

Lelaki / Perempuan : DatoIsteri : DatinDarjah Dato Paduka Tuanku Jaafar ( D.P.T.J)

4.0 Konsep protokol

Terdapat pelbagai jenis majlis rasmi yang terdiri antaranya majlis penuh istiadat iaitu melibatkan Ketua Negara, jemputan terdiri daripada pembesar negara acara dibuat menzahirkan status tetamu kehormat dan majlis berkenaan. Terdapat ciri khas seperti kawalan kehormatan, tembakan meriam, pengawal tombak dan pakaian. Contoh-contoh majlis penuh istiadat iaitu istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri, majlis rasmi dan formal iaitu majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua Negara asing, majlis rasmi tetapi tidak formal iaitu majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan, majlis tidak rasmi tetapi formal iaitu dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri dan yang terakhir adalah majlis tidak rasmi dan tidak formal iaitu majlis-majlis seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan ataupun swasta. Majlis Tidak Rasmi bermaksud majlis sederhana dari segi persiapan, jemputan dan tertib protokol. Walaupun itu adalah majlis tidak rasmi ia masih mengikut tatacara sambutan, ucapan dan susunan tempat duduk. Pakaian sesuai yang boleh digunakan adalah pakaian kerja atau baju batik. Terdapat beberapa aspek yang penting bagi menguruskan majlis rasmi atau formal. Contohnya ialah kesesuaian pakaian dalam majlis bagi orang perempuan dan lelaki, senarai jemputan mengikut majlis, penetapan masa, pembahagian masa yang diperuntukkan, pembaca doa, cenderamata oleh tuan rumah dengan tertib, panggilan hormat, susunan tempat duduk, pengacaraan majlis formal, penyediaan aturcara pentadbiran, peranan penyambut tetamu serta raptai perlu dititikberatkan supaya dapat melancarkan sesuatu majils dengan penuh meriah dan jayanya. Perkara-perkara penting yang mesti diberikan perhatian adalah seperti mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi, mempunyai ruang legar yang luas, mempunyai kemudahan asas yang mencukupi dan sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan. Ada majlis yang dibuat di dalam dewan dan ada juga majlis yang di buatdi dewan terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan.

4.1 Contoh-contoh majlis rasmi

Majlis Konvokesyen IPGM kali ke 30/2014Senarai Kehadiran Tetamu Kehormat:-1. Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan2. Rektor IPGM3. Pengarah4. Timbalan Pengarah5. Doktor6. Ketua Jabatan7. Ketua Unit8. Pensyarah Kanan9. Pengerusi Majlis10. Ibu bapaGelaranPanggilan Hormat

Yang Dipertuan Besar Negeri SembilanDuli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Rektor IPGMYang Berbahagia

PengarahYang Berbahagia

Timbalan PengarahYang Berbahagia

ProfesorDoktor

Ketua JabatanYang Berusaha

Ketua UnitYang Berusaha

Pensyarah KananYang dihormati

Pengerusi MajlisYang dihormati

Ibu bapaYang dihormati

5.0 REFLEKSI

Saya Paviithira T.Sambanthan melalui kerja kursus ini saya dapat memahami fungsi bahasa melayu dengan tepat dan padat. Saya dapat mengetahui bahawa sebagai seorang bakal guru saya perlu fasih menggunakan bahasa melayu kerana Bahasa Melayu yang melambangkan identiti bangsa dan Negara. Sebagai seorang warga Malaysia, saya juga pandai menggunakan bahasa melayu kerana ia adalah sesuatu bahasa yang boleh melambangkan penyatuan. Contohnya, sekiranya saya ditempatkan ke sekolah kebangsaan, saya perlu menerangkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa sengan menggunakan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu. Dengan ini saya dapat memupuk perpaduan antara kaum. Seterusnya, melalui kursus ini saya juga dapat mempelajari tentang budi bahasa yang merupakan aspek penting untuk mencerminkan seseorang individu dalam cara yang positif. Sebagai seorang bakal guru, saya juga perlu mempunyai budi bahasa untuk mengajar kepada murid-murid. Saya perlu mengajar murid- murid dengan adab sopan, pekerti dan akhlak yang beradab dan berbudi bahasa kerana dengan ini saya boleh mezahirkan seseorang individu yang cemerlang, bersikap positif, sentiasa merendah diri dan bersifat sabar. Saya perlu mengikut semua konsep budi bahasa ini dengan sempurna. Saya perlu menyemaikan amalan budi bahasa dalam kalangan murid-murid Malaysia kerana dalam peringkat inilah mereka baru mengenal dunia dan dapat menghindari segala negatif buruk. Bah kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja, dengan mempelajari kesantunan bahasa Melayu untuk membuat kerja kursus saya, saya dapat mempelajari kesantunan verbal dan bukan verbal. Dengan mempelajari bab ini saya dapat mengetahui bahawa ketika menggunakan sesuatu bahasa kita perlulah menggunakannya dengan baik, sopan, beradab dan perlulah menunjukkan perhormatan semasa kepada pihak yang kita membicara. Dengan menggunakan kesantunan verbal saya dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar idea, dan perasaan. Sebagai contoh, semasa saya membuat perbincangan dengan kumpulan tentang kerja kursus, saya dan rakan-rakan akan membincang dan bertukar idea untuk maklumat yang selanjutnya. Tambahan pula, melalui kerja kursus ini saya dapat memahami bahasa sapaan dengan penuh tersohor. Bahasa sapaan bermaksud bahasa yang digunakan ketika bertegur sapa ataupun cara-cara untuk memilih bentuk panggilan dan kata ganti nama diri sendiri semasa memanggil sesorang. Contohnya, saya dapat mengenali bahasa sapaan Minangkabau dalam keluarga melalui kerja kursus ini. Ini merupakan sesuatu baru semasa saya belajar bahasa sapaan keluarga Minangkabau. Saya berasa kagum apabila mengetahui bahawa seorang penyapa akan memanggil seseorang itu yang berusia sama dengan ayahnya, penyapa tersebut itu akan memanggil orang itu sebagai ayah walaupun itu kali pertama mereka menyapa. Ini bermakna ikatan sosial di masyarakat Minangkabau sangat erat. Bukan itu sahaja saya juga dapat belajar sistem protokol. Protokol amat penting dalam sesuatu majilis. Ia bertujuan untuk bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan yang dihadiri. Di Malaysia sistem protokol boleh digunakan dalam majlis-majlis rasmi. Selain itu, mula-mula membelajar bab 5 iaitu gaya bahasa, kami sekelas tidak dapat mengenali maksud-maksud gaya bahasa. Kita berasa sangat sukar apabila mempelajari bab ini. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah melayu yang sanggup memberi tunjuk ajar dalam bab ini. Beliau menerangkan topik ini dengan teliti. Di dalam Bahasa Melayu terdapat banyak gaya bahasa tersendiri seperti diksi, metafora, simile dan lain-lain lagi. Penggunaan gaya bahasa yang tepat akan meningkatkan keberkesanan komunikasi. Sebagai seorang bakal guru, saya mesti menggunakan gaya bahasa yang tepat secara lisan dan bertulis. Seterusnya, di dalam bab 6 iaitu laras bahasa saya dapat mempelajari cara penggunaan sesuatu bahasa. Pembendaharaan kata, susunan ayat dan frasa adalah sangat penting dalam laras bahasa. Sesuatu laras tertentu perlulah digunakan situasi tertentu. Sebagai contoh, kita akan menggunakan bahasa yang berbeza dengan seorang guru dan seorang penjual sayur-sayuran. Kita tidak akan menggunakan bahasa yang formal dengan penjual sayur-sayuran. Sebagai seorang manusia, kita perlu menyubah suai bahasa kita dengan situasi yang berlainan. Akhirnya, dengan mempelajari wacana dalam bab 7, saya dapat memenuhi sesuatu ciri yang lengkap. Di dalam wacana, terdapat koheran dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Dengan mempelajari bab 7 saya dapat menulis karangan yang baik mengikut semua aspek yang ada dalam ciri wacana. Akhir sekali, saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya juga dapat mempelajari banyak topik yang akan membantu saya apabila saya menjadi seorang guru. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bahasa Melayu saya iaitu Pn. Faiziah dan rakan-rakan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.RUJUKAN

Adnani, Dahnil. 1971. Minangkabau Sentences and Their Constituens. Georgetown Khairuddin, Maridah. Faiziah. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Penerbitan Multimedia.Prasithrathsint, Tingsbadh. 1985. Bahasa Sapaan. etd.uum.edu.my/3599/7/s90539.pdfRosenblatt. 1983. Communication in Business. Englewood Cliffs, New Jersey.

1.0 PENGENALAN

2.0 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL

2.1 SISTEM SAPAAN 2.2 PROTOKOL

3.0 Bahasa Sapaan di Negeri Sembilan3.1 Sistem sapaan keluarga Minangkabau3.2 Urusan rasmi

4.0 KONSEP PROTOKOL 4.1 Contoh- Contoh Majlis Rasmi

5.0 REFLEKSI

6.0 RUJUKAN

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWARSEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

PISMP (TESL) SEMESTER 1BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF WAJ 3115

NAME: PAVIITHIRA A/P T.SAMBANTHANIC NUMBER: 940430-10-6586CLASS: PISMP TESL LECTURER: PN. FAIZIAH HJ.SHAMSUDIN