2
UJIAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2 (MEI 2012) Tarikh : 13 -18 Mei 2012 Hari : Ahad – Jumaat Masa : HASIL DAPATAN TAKLIMAT SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2 (MEI 2012) Perkara MAKLUMAT AM Tarikh Saringan : 13 – 18 Mei 2012 Tarikh Pengisian Data Linus : 21 mei – 1 Jun 2012 Perlu dijalankan mengikut jadual yg telah disediakan. Tidak perlu menunggu pegawai pengawas (PPD) datang. 2 orang saksi (guru) diperlukan untuk membuka kertas soalan saringan dan perlu turunkan tandatangan pada borang kawalan yang disediakan. Borang kawalan (asal) yang lengkap akan disimpan di dalam fail di sekolah selama 1 tahun. Semua murid Tahun 2 wajib duduki saringan ini kecuali murid yang mempunyai masalah pembelajaran (pendidikan khas) dan mendapat pengesahan daripada doktor. contoh : down sindrom dan sebagainya. Ditadbir dalam bentuk ujian formal dan tiada bimbingan guru. Boleh dijalankan di dewan atau kelas. Pengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru Tahun 2 (jadual ikut kelas biasa). Susunan meja seperti waktu ujian atau peperiksaan. Edarkan surat makluman kepada waris mengenai saringan khas linus ini bagi mengelakkan keciciran murid. Jalankan ujian secara telus dan jujur. Tujuan diadakan ujian adalah bagi mengenalpasti samada murid tersebut berada pada tahap literasi, numerasi atau arus perdana. Bagi murid yang tidak hadir pada hari saringan tersebut, boleh diberikan soalan saringan pada keesokkan harinya atau jika tidak hadir juga pada hari berikutnya, bolehlah diberikan soalan dalam tempoh ujian diadakan iaitu sehingga 17 Mei 2012 (khamis). Bagi murid yang tidak hadir sehingga habis tempoh tarikh ujian akan dianggap tidak hadir walaupun murid tersebut pandai dan mungkin terkena penyakit berjangkit seperti demam campak. Jadi tidak perlu diberikan soalan saringan. Statusnya Tidak Hadir. Guru yang mengajar BM dan Matematik bagi kelas tersebut yang akan memberi skor berdasarkan kepada skema yang disediakan. 16 betul daripada 20 soalan (literasi), 15 betul daripada 20 soalan (tidak literasi). Borang pencapaian saringan khas akan diserahkan kepada penyelaras linus dan guru kelas. Masa literasi : 30 minit Masa numerasi : 30 minit Buat literasi dahulu kemudian buat numerasi (tujuan untuk

Saringan Khas Linus Tahun 2 MEI 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Saringan Khas Linus Tahun 2 MEI 2012

UJIAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2 (MEI 2012)

Tarikh : 13 -18 Mei 2012Hari : Ahad – JumaatMasa :

HASIL DAPATAN TAKLIMAT SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2 (MEI 2012)

PerkaraMAKLUMAT AM

Tarikh Saringan : 13 – 18 Mei 2012 Tarikh Pengisian Data Linus : 21 mei – 1 Jun 2012 Perlu dijalankan mengikut jadual yg telah disediakan. Tidak perlu menunggu pegawai pengawas (PPD) datang. 2 orang saksi (guru) diperlukan untuk membuka kertas soalan saringan dan perlu turunkan

tandatangan pada borang kawalan yang disediakan. Borang kawalan (asal) yang lengkap akan disimpan di dalam fail di sekolah selama 1 tahun. Semua murid Tahun 2 wajib duduki saringan ini kecuali murid yang mempunyai masalah

pembelajaran (pendidikan khas) dan mendapat pengesahan daripada doktor.contoh : down sindrom dan sebagainya.

Ditadbir dalam bentuk ujian formal dan tiada bimbingan guru. Boleh dijalankan di dewan atau kelas. Pengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru Tahun 2 (jadual ikut kelas biasa). Susunan meja seperti waktu ujian atau peperiksaan. Edarkan surat makluman kepada waris mengenai saringan khas linus ini bagi mengelakkan

keciciran murid. Jalankan ujian secara telus dan jujur. Tujuan diadakan ujian adalah bagi mengenalpasti samada murid tersebut berada pada tahap

literasi, numerasi atau arus perdana. Bagi murid yang tidak hadir pada hari saringan tersebut, boleh diberikan soalan saringan pada

keesokkan harinya atau jika tidak hadir juga pada hari berikutnya, bolehlah diberikan soalan dalam tempoh ujian diadakan iaitu sehingga 17 Mei 2012 (khamis).

Bagi murid yang tidak hadir sehingga habis tempoh tarikh ujian akan dianggap tidak hadir walaupun murid tersebut pandai dan mungkin terkena penyakit berjangkit seperti demam campak. Jadi tidak perlu diberikan soalan saringan. Statusnya Tidak Hadir.

Guru yang mengajar BM dan Matematik bagi kelas tersebut yang akan memberi skor berdasarkan kepada skema yang disediakan.

16 betul daripada 20 soalan (literasi), 15 betul daripada 20 soalan (tidak literasi). Borang pencapaian saringan khas akan diserahkan kepada penyelaras linus dan guru kelas. Masa literasi : 30 minit Masa numerasi : 30 minit Buat literasi dahulu kemudian buat numerasi (tujuan untuk perkembangan minda murid).

Cara memberi skor literasi bahagian A : Untuk isi tempat kosong, ejaan harus betul walaupun huruf besar dan kecil bercampur.

Contoh : keReTa Guru boleh baca arahan soalan.

Bahagian B : Soalan 14 – 17 ( tiada gambar) Ejaan kena betul, kalau ejaan salah guru hanya boleh tegur ‘murid semak semula jawapan’.

Jangan ajar murid tersebut tentang ejaannya.

Page 2: Saringan Khas Linus Tahun 2 MEI 2012

Bahagian C : Ada gambar dan bina ayat berdasarkan gambar. Ayat mesti berdasarkan gambar. Ejaan kena betul. Binaan ayat mesti betul. Aspek tatabahasa dilonggarkan namun ayat tersebut mestilah yang bermakna. Ejaan tentang grafik mesti betul. Contoh gambar bunga ejaan bunga (betul), bunnnga (salah)

Numerasi: Guru boleh baca arahan sahaja. Soalan penyelesaian masalah, tidak perlu buat bentuk lazim. Kalau buat pun tidak apa. Janji

jawapan betul sudah memadai. Itu sudah dikira betul. Untuk nombor terbalik, boleh minta murid betulkan jika murid yakin itu jawapannya. Contoh

nombor ‘3’ ditulis seperti ‘ε’. Masuk skor dalam portal. Guru subjek yang akan isikan. Isi dalam portal linus pada 21 Mei – 1 Jun. Isi secepat mungkin sebelum portal ditutup. Lampu warna hijau untuk data yg telah diisi. Lampu warna merah dan kuning untuk data yg belum diisi. Pegawai PPD boleh mengenalpasti sekolah yang sudah mengisi atau belum melalui warna

lampu ini dan ia akan terpapar di PPD. Justeru isi secepat mungkin.