Upload
hanisarifah
View
258
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Kedatangan British ke India telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap
masyarakat India.1 Ketika British meluaskan pengaruh dan kekuasaannya di India, kemajuan
yang di bawa oleh peradaban Barat telah mula di rasakan oleh masyarakat India. Namun
begitu, rakyat India yang beragama Hindu lebih memberi tindak balas terhadap peradaban
Barat sehinggakan rakyat India yang beragama Hindu dikatakan mendapat peluang yang lebih
besar untuk bekerja di pejabat British di India.2 Hal ini secara tidak langsung telah merubah
pemikiran sesetengah masyarakat India yang beragama Islam dan muncul beberapa tokoh
Islam yang ingin membawa pembaharuan bagi memodenkan masyarakat Islam di India. Hal
ini demikian, telah memberi kesan kepada sebahagian tokoh untuk berjuang mengubah minda
masyarakat Muslim di India.
Sayyid Ahmad Khan merupakan salah seorang tokoh terulung yang melakarkan
sejarahnya di bumi India yang membawa kepada pembaharuan dan pemikiran moden Islam
di India. Beliau seorang pemimpin yang mempunyai daya pengaruh yang luas dalam
masyarakat Muslim India. Pemikiran idea beliau merupakan satu cetusan kepada kebangkitan
pemodenan dalam Islam. Imej masyarakat Islam di India tercalar akibat peristiwa Dahagi
yang berlaku pada 18573 dan umat Islam melalui fasa kritikal. Pada masa itu, umat Islam di
india telah menolak untuk mendapatkan pendidikan barat yang menyebabkan mereka tidak
seiring dengan zaman moden.
Sayyid Ahmad Khan ini juga merupakan salah seorang yang telah banyak diberi
perhatian di kalangan penulis sama ada di kalangan penulis Barat dan Timur. Pelbagai idea
pembaharuan yang diutarakan oleh Sayyid Ahmad Khan telah membawa banyak perubahan
1 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 259.2 Md. A Fandi Awang (2006). Komunalisme dan kesannya ke atas peradaban India. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 643 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Hlm. 283
1
dan perkembangan masyarakat Islam di India. Hal ini demikian terdapat banyak usaha yang
dilakukan oleh Sayyid Ahmad Khan dalam memodenkan masyarakat Islam di India. Usaha-
usaha beliau, boleh dilihat dalam aspek pendidikan, penulisan, keagamaan, pemikiran politik,
persamaan taraf dan juga sebagai pendamai antara pihak British dan India.
1.1 LATAR BELAKANG SAYYID AHMAD KHAN
Sayyid Ahmad Khan dilahirkan di Delhi pada 17 Oktober 1817 M dalam keluarga
yang rapat dengan kerajaan Mughal.4 Beliau adalah anak kedua daripada tiga orang adik
beradik, seorang daripadanya adalah perempuan.5 Bapanya bernama Syed Muhammad
Muttaqi yang sejak kecil lagi rapat dengan Maharaja Akbar II. Oleh itu, ayahnya mempunyai
pengaruh di Istana Diraja ketika itu.6 Manakala ibunya bernama Azizun Nisa Begum
merupakan anak perempuan sulung Khwajah Fareed-ud Din Ahmad, seorang Perdana Menteri
zaman Mughal.7 Ibunya mendapat pendidikan Barat dan taat kepada agama. Tambahan lagi,
beliau dikatakan berasal daripada keturunan Rasulullah s.a.w daripada sebelah ayahnya,
melalui anaknya Siti Fatimah al-Zahra dan menantunya Sayidina Ali Ibni Abi Talib, iaitu
generasi ke-36.8
Sayyid Ahmad Khan dikatakan tidak mendapat pendidikan formal kerana keadaan dan
situasi India pada ketika itu. Oleh sebab ayahnya sibuk dengan urusan di istana, tugas
mendidiknya diserahkan kepada ibunya. Ibunya memainkan peranan yang utama dalam
memperkenalkan bahasa Arab dan kesusasteraan Parsi kepada Sayyid Ahmad Khan.9 Bakat
politik yang dimiliki oleh Sayyid Ahmad Khan adalah diwarisi daripada sebelah emaknya
yang mempunyai latar belakang keluarga ahli perniagaan dan keluarga bangsawan Mughal.10
4 G. F. I Graham (1974). The Life and Work of Sir Syed Ahmad Khan. Karachi : Oxford University Press. Hlm.3. 5 Md. A Fandi Awang (2006). Komunalisme dan kesannya ke atas peradaban India. Hlm.266 Shan Muhammad (1969). Sir Syed Ahmad Khan a Political Biography. Meerut : Meenakshi Prakashan. Hlm.437 Ibid. Hlm. 44. 8 Md. A Fandi Awang (2006). Komunalisme dan kesannya ke atas peradaban India. Hlm.269 Ibid. Hlm. 27 10. Ibid. Hlm.24
2
Ibunya juga memberikan kesan yang besar dalam hidupnya kerana ibunya seorang yang
istimewa kerana kuat menjaga disiplin dalam mendidik Sayyid Ahmad Khan sehingga
menjadi sorang yang cukup hebat.11
Dalam aspek pendidikan yang dimiliki oleh Sayyid Ahmad Khan, beliau seorang
yang gemar mendalami dan mempelajari ilmu matematik, logik dan Urdu.12 Selain bidang
matematik, beliau juga mempelajari ilmu Geometrid dan terakhir beliau mendalami ilmu
perubatan daripada Hakim Ghulam Haider Khan, merupakan seorang doktor bagi
keluarganya. Beliau juga turut belajar membaca Al-Quran daripada seorang guru agama yang
terkenal dari Delhi iaitu Hazrat Shah Ghulam Ali Saheb. Selain dari mempelajari Al-Quran,
beliau juga mempelajari kitab Arab seperti Gulistan, Bustan, Sharah Mulla dan Syarah
Tahzib. Pada waktu malam, beliau akan mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari di
waktu siang di hadapan ibunya yang memaksanya berbuat demikian sehinggalah beliau
berumur 12 tahun. 13 Pada usia 18 tahun, setelah menamatkan pendidikan tradisional, beliau
berpeluang belajar dengan Mirza Asadullah Khan Ghalib dan Sheikh Ibrahim Zuaq, penyair
Urdu yang terkenal yang terkenal dan dikatakan banyak mempengaruhi stail dan kemahiran
penulisan beliau. 14 Walau bagaimanapun Beliau dikatakan tidak menerima pendidikan
Inggeris dan tidak sempat untuk mempelajari bahasa Inggeris. 15 Kecenderungannya untuk
belajar diteruskan walaupun pada masa itu beliau merupakan munsif (hakim bagi kes kecil) di
Delhi.
Kematian ayahnya memberikan kesan yang mendalam ke atas Sayiyd. Sayyid yang
ketika itu berumur 21 tahun memutuskan untuk memikul sebahagian daripada tanggungjawab
11 Ibid. Hlm 3712 Anil Chandra Banerjee (1981). Two Nations : The Philosophy of Muslim Nationalism. New Delhi : Concept Publishing Company. Hlm. 92. 13 Md. A Fandi Awang (2006). Komunalisme dan kesannya ke atas peradaban India. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 3714 Ibid. Hlm 3715 Ibid. Hlm 38
3
keluarga dan memasuki perkhidmatan sebagai Sirishtedar (Recorder) di Jabatan Jenayah,
pejabat Sadr Amin (Subjudge) di Delhi. 16 Namun, 8 tahun kemudian, abangnya yang dikasihi
pula meninggal dunia dan selepas itu, kehidupan beliau hanya berfokus pada kerjanya sahaja.
2.0 PENDIDIKAN
Sayyid Ahmad Khan telah mendapat keyakinan untuk melakukan pembaharuan dalam
bidang pendidikan sebelum pemberontakan (1857-1858) dan selepas pemberontakan
keyakinan tersebut semakin bertambah. Hal ini timbul kerana beliau melihat penduduk Islam
India masih lagi terpengaruh dengan ajaran lama yang bersifat konservatif sehingga
menyebabkan para masyarakat terpenjara oleh pemikiran kolot sendiri. Sayyid Ahmad Khan
mahu masyarakat Islam India menerima sistem pendidikan berasaskan Barat dan beliau
berpendapat bahawa usaha tersebut akan mengeluarkan mereka daripada kepompong
konservatif tersebut.17
Menurut beliau kemunduran umat Islam kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan
teknologi moden seperti dimiliki orang Eropah. Menurut beliau lagi, al-Quran sangat
menggalakkan umat Islam untuk menggunakan akal dalam bidang yang sangat luas, meskipun
menjangkaui batasan. Gabungan kemampuan akal, kebebasan manusia yang berkehendak dan
melakukan sesuatu yang baik menyebabkan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi di
Barat. Beliau mahu umat Islam berkembang maju seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan
dan teknologi moden. Dengan menganalisis sejarah masa lampau, beliau merumuskan bahawa
sifat tersebut jugalah menjadikan umat Islam mencapai kemuncak kemajuan pada masa lalu.
Tujuan Sayyid Ahmad Khan memperkenalkan pendidikan moden kepada masyarakat
Islam India adalah disebabkan oleh beliau melihat pendidikan yang diterima oleh masyarakat
Islam India seperti ilmu logik, falsafah, agama dan sastera Arab adalah tidak mencukupi bagi
16 Ibid .Hlm 3817 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya Ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 31.
4
para masyarakat Islam dalam menuntut ilmu.18 Mereka juga perlu mempelajari mata pelajaran
lain seperti geografi, sastera moden, sejarah dan ilmu sains sebagai sebahagian mata pelajaran
penting yang perlu diberikan perhatian oleh mereka.19 Pendapat Sayyid Ahmad Khan ada
kebenarannya kerana beliau sendiri pernah menyuarakan kepada pengarang biografinya iaitu
G.F.I Graham bahawa masalah sosiopolitik India hanya dapat diselesaikan melalui kaedah
pendidikan. Beliau juga dikatakan mempunyai moto yang memberangsangkan iaitu
“mendidik, mendidik, dan mendidik”.20
Umat Islam di India membenci bahasa Inggeris dan budayanya. Mereka tidak
membenarkan anak-anak mereka pergi ke sekolah dan kolej. Hal ini demikian, menyebabkan
mereka tidak sedar bahawa cara ini hanya merosakkan kepentingan masyarakat Islam.
Kejahilan mereka dalam bahasa Inggeris dan kekurangan pendidikan moden menyebabkan
mereka tidak dapat menjawati jawatan kerajaan. Sebaliknya orang-orang Hindu yang
mempunyai pendidikan moden telah menguasai pekerjaan kerajaan. Syed Ahmad Khan
merupakan pemimpin Islam pertama yang menyedari keadaan tersebut. Beliau memutuskan
untuk menumpukan usaha sepenuhnya untuk kebajikan umat Islam kerana tidak sanggup
melihat penderitaan umat Islam di India.
Beliau juga pernah menyatakan bahawa sikap masyarakat yang terlalu fanatik kepada
ilmu sains, falsafah dan sastera yang lama menyebabkan mereka ketinggalan dengan perkara-
perkara yang berkaitan dengan ilmu moden. Masyarakat Islam mungkin tidak dapat
memahami bahasa Perancis dan Jerman namun masyarakat Islam perlu mengambil
kesempatan untuk menuntut ilmu setelah melihat banyak karya agung yang telah pun
18 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 3219 Ibid. Hlm. 3220Ibid. Hlm. 32
5
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.21 Beliau percaya teguh bahawa pengajian ilmu-ilmu
sains Barat adalah amat perlu untuk kemajuan orang-orang Islam.22
Sayyid Ahmad Khan menjalankan dasar berbaik-baik dengan pentadbiran British di
India23 dengan menjalankan kempen untuk meyakinkan British bahawa Muslim setia kepada
mereka dan mengumumkan India sebagai darul Islam dan meyakinkan orang-orang Muslim
tentang kepentingan mendapat pendidikan moden bagi memastikan penerapan sistem
pendidikan Barat dapat dilaksanakan.24 Tambahan pula, beliau mengatakan bahawa, tanpa
pendidikan dan sokongan daripada British, masyarakat Islam India akan didominasi oleh
masyarakat Hindu yang merupakan penduduk majoriti India.25 Hal ini kerana Sayyid Ahmad
Khan amat bimbang sekiranya masyarakat Hindu akan menentang masyarakat Islam India
memandangkan jumlah mereka yang lebih ramai.26
Kesannya, Gulshan School yang dikhususkan untuk mempelajari sejarah moden telah
diwujudkan di Moradabad.27 Usaha tersebut adalah satu langkah awal bagi memastikan
masyarakat Islam India dapat melepaskan diri daripada kemunduran. Namun, masalah yang
dihadapi ketika itu adalah masalah kekurangan buku dalam bidang berkaitan lantas diatasi
melalui idea Sayyid Ahmad Khan sendiri agar ditubuhkan persatuan penterjemahan pada
tahun 1864.28 Kemudian, tertubuhnya sebuah persatuan yang dikenali sebagai The Scientific
Society di Ghazipur yang mempunyai dua objektif utama iaitu menterjemahkan hasil karya
sastera dan sains dalam bahasa Inggeris dan bahasa Eropah kepada bahasa utama India,
khususnya bahasa Urdu dan mencari serta menerbitkan hasil karya Timur yang terkenal ketika
21 Ibid. Hlm. 3222 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Tengah. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) LTD. Hlm. 1198.23 Ibid. hlm. 49.24 R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 144.25 Ibid . Hlm. 144 26 V. D. Mahajan (1983). History of Modern India (1919-1982). New Delhi: S. Chand & Company LTD. Hlm. 256.27 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 3328 Ibid. Hlm.33
6
itu. Antara buku yang diterjemahkan dalam bahasa Urdu ialah History of India karya
Elphinstone dan Political Economy karya Mills. Harapan beliau adalah untuk menyediakan
rujukan yang penting untuk pelajar Muslim yang mengikuti pendidikan moden melalui
penterjemahan tersebut. Selain itu, Sayyid Ahmad Khan turut menubuhkan Victoria School di
Ghazipur.29
Walau bagaimanapun, pada tahun 1864 pula, The Scientific Society yang ditubuhkan di
Ghazipur telah berpindah ke Alligarh apabila Sayyid Ahmad Khan dipindahkan ke sana
setelah beliau dipilih sebagai ahli kehormat Royal Asiatic Society of Great Britain. Beliau
diberikan sebidang tanah oleh kerajaan yang kemudiannya dijadikan sebagai kawasan
perkebunan eksperimen oleh Sayyid Ahmad Khan. Persatuan tersebut kemudian telah berjaya
menanam dan menuai gandum serta barli berdasarkan kaedah moden.30
Sayyid Ahmad Khan juga pernah bercadang untuk menubuhkan sebuah universiti
negeri bagi wilayah Barat Laut namun idea tersebut tidak mendapat sokongan daripada
beberapa buah pihak yang inginkan universiti tersebut menggunakan bahasa pengantarnya
Hindi dan bukannya Urdu.31 Selepas kembali daripada London, beliau telah mewujudkan
Panitia Peningkatan Pendidikan Umat Islam bagi mengkaji faktor yang menghalang umat
Islam memasuki sekolah pemerintah asing. Kemudiannya, ditubuhkan pula Panitia Dana
Pembentukan Perguruan Tinggi Islam. Kedua-duanya adalah untuk kepentingan masyarakat
Islam India.
Beliau menubuhkan pula sebuah institusi pengajian tinggi yang khusus untuk orang
Muslim India iaitu Muhammad Anglo-Oriental College (MAOC) yang merupakan Maktab
Islam Inggeris-Muslim yang kemudiannya ditukarkan kepada Universiti Islam Aligarh
(Aligarh Muslim University)32 pada tahun 1920. Idea untuk menubuhkan MAOC ini wujud
29 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 33.30 Ibid. Hlm.33. 31 Ibid. Hlm.33.32 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Tengah. Hlm. 1198.
7
setelah beliau bersama dua orang anaknya pernah melawat London selama tujuh belas bulan
dan semasa berada di sana beliau telah melawat dua buah universiti terkenal di Britain iaitu
Universiti Oxford dan Cambridge dan beberapa buah kolej swasta termasuk Eaton dan
Harrow.33 Menurut I.H. Qureshi, MAOC memainkan peranan penting kepada penduduk Islam
India kerana tanpa sekolah tersebut, masyarakat Pakistan ketika ini pasti lebih jauh mundur
berbanding umat-umat Islam yang lain.34
Pada 1 Januari 1878, bermulanya kelas pertama Muhammadan Anglo-Oriental College
(MAOC) yang telah disempurnakan oleh Lord Lytton. Institusi ini mempunyai kerjasama
dengan Calcutta University.35 MAOC dibentuk berasaskan sekolah Inggeris, menggunakan
bahasa Inggeris, guru-guru dan para pekerjanya berbangsa Inggeris dan menyediakan pelbagai
mata pelajaran moden. Sayyid Ahmad Khan amat bernasib baik kerana mendapat bantuan staf
Eropah untuk mengendalikan “Universiti Cambridge of India” itu. Antara sarjana yang turut
mewarnai kegemilangan Universiti Aligarh ialah Theodore Beck, Thomas Arnold dan Sir
Walter Raleigh.36 Walau bagaimanapun, pendidikan agama tidak dipinggirkan. Pendidikan
Islam sangat ditekankan dan tenaga pengajarnya hanya terdiri daripada sarjana-sarjana Islam
yang berkelayakan sahaja walaupun sekolah tersebut turut terbuka kepada pelajar lain yang
beragama Hindu, Parsi dan Kristian.37
Setelah Universiti Aligarh sudah berdiri megah, Sayyid Ahmad Khan mencari idea
untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Islam di India. Beliau sedar bahawa
universiti itu tidak cukup untuk menampung lebih 70 juta orang ketika itu. Pada tahun 1886
pula, Sayyid Ahmad Khan telah menubuhkan Muhammedan Educational Conference (MEC)
bagi mewujudkan pendidikan kebangsaan dan seragam untuk masyarakat Islam India.
Program daripada MEC ini telah menjadi asas kepada perkembangan pendidikan Barat dalam 33 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme : Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 33.34 R.C. Maumdar (1962). History of The Freedom Movement in India. Calcutta: Firma K.L. Mukhopadhyay. Hlm. 48235 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme : Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 34.36 R.C. Maumdar (1962). History of The Freedom Movement in India. Hlm. 48337 Ibid. Hlm 34.
8
kalangan umat Islam, mengkaji tahap pendidikan agama yang diberikan di sekolah-sekolah
Inggeris yang ditubuhkan oleh golongan Islam serta bertunjangkan pendidikan agama yang
diberikan di sekolah-sekolah swasta.38
Universiti ini telah berjaya melahirkan graduan-graduan Muslim yang berpendidikan
tinggi dalam pelbagai bidang dan kepakaran yang dapat diserapkan dalam pentadbiran awam,
atau menjadi guru, peguam atau wartawan.39 Sayyid Ahmad Khan turut menolak kenyataan
bahawa penubuhan sekolah berkenaan hanya untuk orang Islam sahaja dan bertujuan untuk
mengasingkan kaum sebaliknya beliau menyatakan bahawa penubuhan sekolah berkenaan
turut mendapat sokongan daripada masyarakat Hindu. Jawatankuasa Pengurusan Kolej juga
turut mempunyai tiga orang pekerja beragama Hindu pada tahun 1887.40
Idea memberikan pendidikan moden kepada masyarakat India bukan sesuatu yang
mudah kerana bukan semua pihak dapat menerima pembaharuan yang cuba diperkenalkan
oleh Sayyid Ahmad Khan, terutamanya golongan para ulama. Golongan tersebut menganggap
pendidikan Inggeris mempunyai agenda untuk mendorong dan menukarkan agama mereka
kepada agama Kristian. Selain itu, terdapat juga pengkritik yang menganggap pembaharuan
dalam kesusasteraan dan sains Barat bertentangan dengan agama dan akidah Islam yang akan
melemahkan lagi keimanan orang Islam. Hal tersebut telah diterangkan oleh Sayyid Ahmad
Khan dalam karangannya ‘Ilm al-Kalam’ yang berpendapat adalah mustahil agama Islam dan
ilmu sains bercanggah antara satu sama lain. Belaiu juga menerangkan bahawa para pakar
sains akan menggunakan akal fikiran dalam memajukan ilmu berdasarkan lunas-lunas yang
sah dan betul. Beliau turut yakin bahawa perkembangan pengetahuan sekular itu akan lebih
menunjukkan kebenaran Islam itu sendiri.41
38 Shamsur Rahman Faruqi. From Antiquary to Social Revolutionary : Syed Ahmad Khan and The Colonial Experience. Diperoleh pada 1 November 2013. Daripada http://www.columbia. edu/itc/mealac/Pritchett /00fwp/srf/srf_sirsayyid.pdf. Hlm. 6 39 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme : Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 35.40 Ibid. Hlm. 61.41 Ibid. Hlm. 85.
9
Menyedari hal itu, Sayyid Ahmad Khan begitu optimis untuk memberikan pendidikan
moden kepada masyarakat Islam India kerana beliau melihat terdapat sistem lain yang wujud
di Barat iaitu sistem yang memberikan kebebasan dalam penggunaan akal dan mengkaji
sesuatu penemuan secara berautoriti.42 Penggunaan akal dan sains yang merupakan satu
transformasi kepada pemikiran saintifik akan mewujudkan teknik yang cekap dan progresif
bagi keperluan industri yang dapat memberikan pulangan material. Usaha tersebut juga akan
menggalakkan perubahan tingkah laku pada masyarakat yang kemudiannya akan
menghasilkan pula kecekapan dalam aspek sosial, politik dan pentadbiran.43 Atas faktor itu
Sayyid Ahmad Khan melarang masyarakat Islam India daripada terlibat dengan politik kerana
beliau beranggapan hanya melalui pendidikan merupakan jalan kepada umat Islam untuk
menggapai kejayaan.
Kewujudan sistem pendidikan moden bukan hanya mengubah cara pemikiran
masyarakat Muslim India dan kurikulum yang diperkenalkan mengikut cara Barat malah
sistem pendidikan Barat turut mewujudkan satu budaya yang membolehkan para penuntut
MAOC khususnya bersosial seperti tinggal di dalam asrama, mempunyai uniform yang
seragam, mempunyai persatuan dan membolehkan para pelajar terlibat dengan aktiviti sukan
seperti hoki dan kriket.44 Selain itu, kewujudan MAOC turut melatih para penuntut agar
sentiasa berdisiplin. Mereka tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perkara lain yang
tidak berkaitan sepanjang tempoh belajar. Pelajar yang berambut panjang dan menghisap
rokok akan dikenakan tindakan. Bagi pelajar yang kurang sihat pula akan dibawa berjumpa
doktor untuk mendapatkan rawatan.45 Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan MAOC bukan
hanya terhad untuk memberikan pendidikan moden semata-mata kepada masyarakat Muslim
42 Ibid. Hlm. 60.43 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. hlm. 60.44 Johannes Marinus Simon Baljon (1964). The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid Ahmad Khan. Lahore: SH. Muhammad Ashraf. Hlm. 65.45 Meenakshi Prakashan (1969). Sir Syed Ahmad Khan: A Political Biography. Meerut: Begum Bridge. Hlm. 68.
10
India dan penduduk Hindu sebaliknya turut melatih para penuntut agar berdisiplin, patuh
kepada peraturan dan sentiasa berhubungan sesama sendiri.
Oleh itu, melalui pendidikan ini, masyarakat India lebih terbuka minda dan
pengetahuan mereka tentang ilmu itu sendiri. Sayyid menyedari bahawa terdapat sistem lain
wujud di barat. Sisitem itu memberikan kebebasan dalam penggunaan akal, mengkaji sesuatu
penemuan yang berautoriti - hal keagamaan, kebudayaan, sosial dan melihat masa depan
dengan penuh keyakinan.46 Asanya ialah penggunaan akal dan sains yang merupakan suatu
revolusi pemikiran saintifik yang menghasilkan teknik yang cekap dan progresif bagi
keperluan industri yang dapat memberikan pulangan material. Ini juga mengalakan perubahan
sikap pada individu dan masyarakat seterusnya meningkatkan kecekpan sosial, politik dan
pentadbiran.47Pendidikan Barat yang dijalankan bukan sahaja mempunyai nilai-nilai yang
berguna bahkan turut menaikkan semangat yang berkobar-kobar dalam kalangan orang-orang
Islam untuk menaikkan taraf masyarakat mereka setanding dengan masyarakat-masyarakat
lain di negara itu melalui kemajuan dan pembangunan.48
3.0 PENULISAN
Diantara ciri yang dikagumi tntang diri Sayyd Ahmad Khan ialah sifat prolifik dalam
penulisannya. Walaupun beliau tidak berpendidikan fomal dan meninggalkan pelajarannya
seusia 19 tahun, beliau merupakan seorang yang kritikal dan produktif dalam penulisannya.
Beliau menulis dalam pelbagai bidang seperti keagamaan termasuk mengulas kitab Bible,
sejarah dan lain-lain. Tulisan pertama beliau berjudul Jam-i-Jam yang merupakan penerangan
ringkas tentang keluarga diraja empayar Munghal dan diterbitkan pada tahun 1840. Sayyid
Ahmad Khan turut menggunakan penulisan sebagai wadah perjuangannya. Beliau
menghasilkan 37 buah buku agama, 21 buah buku sejarah dan 10 buah buku umum.49 46 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm.6047 Ibid. Hlm 6048 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Tengah. Hlm. 119849 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 34
11
Sayyid Ahmad Khan salah seorang tokoh yang mahir dalam berkarya sehinggakan
dapat mempengaruhi masyarakat tempatan dan pihak British melalui hasil-hasil karyanya. Hal
ini dapat dilihat berdasarkan peristiwa pemberontakan Dahagi yang berlaku di India, di mana
masyarakat Islam mengalami kerugian yang besar dan beliau seperti hilang harapan untuk
membangunkan masyarakat Islam.50 Oleh hal yang demikian beliau menganalisis sebab-sebab
berlakunya pemberontakan dan menghasilkan sebuah risalah yang bertajuk “Asbb-e-
Baghavat-e-Hind” dalam bahasa Urdu dan penulisannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris yang bertajuk “The Causes of The Indian Revolt” iaitu Punca Pemberontakan Orang
India.51
Melalui penulisannnya ini dapat memperjelaskan berkaitan punca-punca berlakunya
Dahagi 1857 itu. Seterusnya, dapat menyelesaikan tanggapan buruk British terhadap
masyarakat tempatan iaitu pemberontakan 1857 itu berlaku adalah disebabkan kelemahan
British sendiri dan bukannya disebabkan pertelagahan umat agama Islam dan Hindu dengan
penganut Kristian.52 Secara khususnya beliau telah membentangkan punca berlakunya
peristiwa tersebut antaranya menurut Sayyid punca tercetusnya pemberontakan bukanlah
kerana konspirasi dengan Persia dan Rusia dan percantuman Oudh, atau jihad menentang
kafir. Tetapi sebab sebenarnya kerana kerajaan British tidak melantik orang India dalam
Majlis Perundangan. Kemudian pandangan Sayyid Ahmad Khan disokong oleh seorang
penulis British. Sir W.W.Hunter yang mengatakan bahawa “The chronic peril which
environed the British power in India was the gap between the ruler and the ruled”.53
Sayyid Ahmad Khan memperluaskan lagi bidang penulisannnya dengan menerbitkan
risalahnya yang bertajuk “The Loyal Mohammedans of India” yang bermaksud Orang-orang
50 Ibid.Hlm. 29 51 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Tengah. Hlm. 30.52 Burton Jlien (1998). A History of India. USA : Blackwell Publishers Inc. Hlm. 263.53 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 30
12
Islam India Yang Setia.54 Malah, dalam penulisan ini beliau turut membetulkan bahawa
Pemberontakan 1857 bukanlah pemberontakan orang Muslim. Tujuan sebenar beliau menulis
risalah ini adalah untuk merekodkan secara rasmi individu Muslim yang berjuang bermati-
matian mempertahankan pentadbiran British semasa pemberontakkan.55 Hal ini juga sebagai
menjawab kritikan dan tohmahan terhadap masyarakat Islam yang dibuat oleh pihak tertentu
yang tidak berasas. Secara tidak langsung, risalah tersebut membuka minda British untuk
tidak terus menghukum orang Islam yang dituduh sebagai pencetus kepada Pemberontakan
1857.
Seterusnya, sekitar tahun 1870 beliau menghasilkan majalah Tahdzibul Akhlak (Social
Reform) yang bertujuan untuk memperlihatkan bahawa masyarakat India Muslim merupakan
masyarakat yang dikagumi dan ianya dapat mendidik serta mentamadunkan masyarakat India.
Dalam majalah ini, beliau turut mengkritik budaya hidup tradisional yang diamalkan oleh
orang India Muslim di mana ianya dianggap sebagai penyekat kemajuan ekonomi, sosial, dan
intelektual mereka. Beliau juga mengatakan bahawa Islam sebagai kuasa yang membuat
budaya, sekiranya budaya dihina maka Islam akan dihina.56 Malah, beliau turut
membandingkan budaya hidup India Muslim dengan masyarakat Barat dari segi kebersihan,
cara bekerja, ketepatan dan keteraturan cara hidup. Pada masa yang sama, beliau
menyuarakan harapan agar masyarakat India Muslim terbuka minda mereka untuk menerima
budaya yang ingin dibawa olehnya.57 Oleh yang demikian, jelas membuktikan bahawa
penulisan Sayyid Ahmad Khan ini memberi pengaruh yang kuat dalam memodenkan
masyarakat tempatan di India.
4.0 KEAGAMAAN
54 P. Hardy (1972). The Muslims of British India. London : Cambridge University Press. Hlm. 6755 Md. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 3156 Hafeez Malik (1970). Sir Sayid Ahmad Khan’s Cntribution to the Development of Muslim Bationalism in India. Cambridge University Press. Hlm. 13257 M. Hadi Hussain (1970). Pioneer of Muslim Resurgence. Lahore : Institute of Islamic Culture. Hlm. 169
13
Sayyid Ahmad Khan berpendapat bahawa al-Quran merupakan sumber yang paling
penting yang boleh dipercayai dan dijadikan sebagai dasar untuk memahami Islam. Beliau
juga berkeyakinan bahawa umat Islam sekarang sudah mampu mentafsirkan al-Quran sesuai
dengan keadaan sekarang dan tidak harus berpegang teguh kepada pentafsiran ulama yang
terdahulu. Oleh itu, Sayyid Ahmad Khan telah melakukan pentafsiran al-Quran. Usahanya
dalam menulis tafsir al-Quran tersebut adalah dalam cara yang lebih rasional,58 iaitu dengan
cara menyesuaikan tafsiran dengan keadaan semasa supaya perkara yang tidak rasional dalam
Islam dapat dihapuskan.
Hal ini kerana dengan kemajuan sains dan teknologi pada abad ke-19, beliau
berpendapat bahawa seseorang Muslim itu harus dapat memahami pesanan al-Quran itu baik
secara kiasan mahupun dalam bentuk yang tersurat. Kesannya, kelahiran masyarakat Islam
moden di benua India dikatakan bermula dengan teori tafsir al-Quran yang ditulis oleh beliau
pada tahun 1880-1895.
Di samping pegangan ajaran Islam melalui al-Quran, Sayyid juga berpendapat bahawa
sumber ajaran Islam turut berlandaskan hadis. Oleh itu, beliau telah menolak taklid.59 Beliau
juga tidak sewenang-wenangnya menerima semua hadis kerana beliau berpendapat ada di
antara hadis itu merupakan hadis yang ditokok tambah dan diubah suai kandungan asalnya
melalui orang-orang yang mendengar cerita-cerita kesaktian tentang diri nabi dan orang-orang
yang gemar menambah apa yang diucap oleh para nabi.60 Kesannya, beliau menyatakan
bahawa perkara-perkara agama adalah bersifat tetap sedangkan perkara-perkara dunia boleh
burubah-ubah.
58Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. Hlm. 119859Taklid merupakan pegangan pada pendapat ahli hukum yang sebelumya.60Malik, M. Rab (1968). The Development of Muslim Educational Thought (700-900). Kansas: University of Kansas. Hlm. 17
14
Selain itu, Sayyid Ahmad Khan sangat memberi penghargaan yang tinggi kepada
‘akal’. Akan tetapi sebagai umat Islam yang percaya kepada wahyu, dia berpendapat bahawa
kekuatan akal bukan tidak terbatas.61 Sayyid juga berpendapat pentafsiran ajaran Islam itu
sangat berkait dengan waktu dan tempat oleh yang demikian ia dapat berubah sesuai dengan
tuntutan waktu dan tempat.62 Disebabkan beliau berpegang kepada prinsip tersebut maka
beliau hanya menerima sistem perkahwinan dalam Islam yang bersifat monogami sahaja.
Beliau menolak sistem poligami sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama pada masa
tersebut.
Perkahwinan monogami ini dilihat sebagai satu sistem perkahwinan yang benar-benar
kukuh yang dianjurkan dalam kalangan orang Muslim.63 Hal ini selaras dengan ajaran al-
Quran yang menyatakan jika terdapat keadaan yang mustahil untuk menunjukkan kesamaan
dan keadilan dalam pembahagian harta perkahwinan monogami merupakan pilihan yang
tepat. Hujahnya ditambah pula dengan pendapat beliau bahawa adalah sukar bagi lelaki itu
untuk berlaku adil dan melayan para isterinya seramai empat orang secara sama rata seperti
yang dianjurkan dalam al-Quran. Beliau turut menyatakan bahawa poligami merupakan
pengecualian dalam sistem monogami kerana poligami sememangnya tidak digalakkan tetapi
boleh dilaksanakan dalam kes-kes yang tertentu. Contohnya, apabila seseorang isteri itu tidak
dapat memberikan zuriat kepada si suami maka sistem poligami boleh digunakan. Tindakan
Sayyid boleh dikatakan sebagai salah satu cara bagaimana beliau berusaha untuk
memodenkan masyarakat Islam itu sendiri terutamanya bagi golongan wanita yang sering
dipinggirkan.
Seterusnya, Sayyid turut memberi pandangan dalam aspek hukum Islam. Di mana
beliau menolak hukum Islam yang dianggap tidak sesuai lagi dijalankan pada zaman moden
61Ibid. Hlm. 1762Ibid. Hlm. 1963Hafeez Malik. (1980). Sir Sayyid Ahmad Khan and Muslim Modernization in India and Pakistan. New York : Columbia University Press. Hlm.264
15
seperti hukum hudud. 64 Dalam hal potong tangan bagi pencuri beliau berpendapat ia bukanlah
satu hukuman yang wajib dijalankan pada ketika itu. Menurutnya hukuman seperti ini hanya
sesuai kepada masyarakat primitif yang belum mengenali atau kekurangan penjara.65Hal ini
mungkin disebabkan hukuman hudud ini akan memberi kemudaratan kepada fizikal serta
menjejaskan emosi pesalah hingga secara tidak langsung menyebabkan Islam dipandang
sebagai satu agama yang kejam pada pandangan masyarakat luar pada waktu tersebut. Oleh
itu, Sayyid menolak untuk melaksanakan hukuman ini bagi umat Islam di India.
Di samping itu, beliau turut memberi pandangan mengenai amalan berdoa. Bagi beliau
amalan berdoa adalah untuk merasai kewujudan tuhan. Hal ini kerana beliau percaya
hubungan antara manusia dan tuhan.66 Namun baginya, doa itu hanyalah sebagai satu medium
untuk memberikan ketenteraman jiwa kepada seseorang Muslim, tetapi bukannya untuk
memakbulkan permintaan. Hal ini sesuailah dengan pendapat beliau yang menyatakan
bahawa doa itu tidak pernah dikabulkan oleh tuhan. Pendapat ini secara tidak langsung telah
memperlihatkan fahaman liberal yang dianutinya.
Walaupun kehadirannya disanjung dalam kalangan intelektual India namun
sebenarnya ulama Islam menentang sekeras-kerasnya fahaman liberal beliau. Kesimpulan
kecil yang dapat dinyatakan di sini, usaha-usaha yang dilakukan oleh Sayyid dalam aspek
agama secara langsung telah memberikan pemodenan dalam pemikiran agama bagi
masyarakat Islam di India itu sendiri.
5.0 PEMIKIR POLITIK
64Hukuman yang dijalankan berdasarkan Undang-undang Syariah Islam yang melibatkan kesalahan mencuri dan berzina.Hukuman potong tangan untuk mencuri dan direjam dengan batu untuk kesalahan berzina.65Abdul Rahman Haji Abdullah (1987). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 116-11766Shan Muhammad (1969). Sir Syed Ahmad Khan : A Political Biography. Meerut : Prakash Printing Press. Hlm.135
16
Seterusnya Sayyid Ahmad Khan juga berpendapat bahawa dengan bekerjasama
dengan pihak British, peningkatan kedudukan dan kemajuan umat Islam dapat dicapai.67 Hal
ini demikian kerana, kuasa British pada waktu tersebut adalah kuasa yang sangat kuat maka
seberang penentang terhadap kekuasaan mereka itu tidak memberikan apa-apa keuntungan.
Maka Sayyid Ahmad Khan berpendapat bahawa untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat
Islam, beliau perlu menentang sebarang bentuk pertubuhan politik termasuk pertubuhan
National Muhammadan Association yang ditubuhkan oleh Hakim Ameer ali di Calcuta pada
tahun 1877.68 Bagi menyatakan pandanganya yang tidak bersetuju terhadap persatuan
tersebut, beliau mengutus sepucuk surat kepada sahabatnya Moulvi Niaz Muhammad Khan
dengan menyatakan bahawa tidak sesuai bagi orang Islam untuk menganjurkan pertubuhan
penentangan politik, pada masa mereka masih berada didalam keadaan lemah yang tidak
memberi apa-apa faedah kepada mereka.69 Oleh itu, melalui kesedaran dalam aspek ini maka
beliau telah mengabdikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang setia kepada British agar
usaha beliau untuk mengekalkan kepentingan dan pelaksanaan pemodenan terhadap
masyarakat Muslim India di bawah jajahan British dapat dicapai.70
Untuk mendapatkan kemajuan umat Islam harus menguasai ilmu pengetahuan dan
teknologi moden Barat. Perkara tersebut akan tercapai jika mereka tidak bekerjasama dengan
Hindu dalam menentang Inggeris, tetapi membaiki dan menjalinkan hubungan baik dengan
pihak Inggeris. Beliau juga berusaha untuk menjaga nama baik masyarakat Muslim India
dengan menafikan masyarakat Muslim tidak terlibat dalam pemberontakan 1857.71 Usahanya
yang berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila pihak British merubah pandangannya
terhadap umat Islam India. Sayyid Ahmad Khan menasihati masyarakat Muslim India agar
67 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Tengah. Hlm. 119868 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 6569 Ibid. Hlm. 6670 Ibid. Hlm. 119871Anil Seal (1987). Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.. Hlm. 316.
17
tidak melawan dan bersahabat baik dengan pihak Inggeris. Di samping itu, keadaan politik di
India pada waktu tersebut memerlukan Muslim India mempunyai persatuannya tersendiri.
Oleh yang demikian, beliau menubuhkan The Aligar Indian Association. Ahli persatuannya
terdiri daripada ahli Scientific Society, tuan-tuan tanah tempatan dan segelintir pegawai
Eropah. Pergerakan ini mempunyai kesan yang kuat terhadap Muslim India kerana
pergerakan ini telah memberi peluang kepada masyarakat Muslim India menanamkan hasrat
yang tinggi untuk menaik taraf masyarakat mereka setanding dengan masyarakat-masyarakat
lain di negara itu dengan menukarkan tumpuan mereka terhadap faedah-faedah dan
kemajuan.72 Namun demikian persatuan ini terpaksa dibubarkan kerana objektif persatuannya
gagal dicapai. Pembubaran ini turut disokong oleh faktor kegagalan dalam mencapai hasil
yang membanggakan dalam kerajaan.73
Seterusnya, disebabkan Sayyid merupakan seorang pemikir politik yang hebat maka
awal-awal lagi beliau tidak menggalakkan umat Muslim India bergerak aktif dalam politik di
India, terutamanya dalam Kongres Kebangsaan India. Hal ini kerana beliau tidak percaya
bahawa Kongres tersebut mewakili masyarakat India sepenuhnya. Bukan itu sahaja matlamat
penubuhan Kongres tersebut ialah untuk menubuhkan parlimen yang berbentuk demokrasi
iaitu mahukan Majlis Perundangan yang terpilih. Dalam parlimen tersebut Sayyid Ahmad
menyedari bahawa Muslim India akan tetap menjadi minoriti yang kekal, dan undi mereka
akan selalu dikalahkan seperti orang Ireland di Westminster.74 Di samping itu, beliau turut
merasakan umat Islam wajar menyerahkan kesetiaan kepada kerajaan British dan mereka
tidak sesuai menyertai Kongres Kebangsaan India.75 Beliau bersetuju untuk memerdekakan
India tetapi beliau tidak bersetuju dengan cara Kongres Kebangsaan India kerana baginya
72Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm. 119873Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm.7374Anil Seal (1987). Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Hlm. 385.75Mohammad Mujee. (1968). Social Reforms among Indian Muslims. Delhi : University of Delhi. Hlm.23
18
Kongres tersebut tidak memberi perhatian terhadap golongan minoriti iaitu kepentingan
terhadap orang bukan Hindu. Apabila sistem demokrasi diperkenalkan golongan Muslim akan
menjadi minoriti iaitu kira-kira 1:4. Hal yang demikian menyebabkan orang Hindu akan
melebihi orang Islam, maka parlimen juga akan dikuasai oleh orang Hindu. Masyarakat
Muslim India akan terus terpinggir dalam sistem pentadbiran dan pada masa yang sama
mereka tidak mampu untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Beliau tidak yakin seluruh India akan mendapat manfaat daripada kongres kecuali
orang Bangali dan segelintir yang lain yang mempunyai kepentingan tertentu. Di Bengal,
Bombay dan Madras, pusat perniagaan British, golongan pertengahan ahli perniagaan
(bourgeoisie) berkembang dengan cepat manakala di Utara India kelas ini belum muncul lagi.
Orang Islam yang tinggal disekitar Bengal, Bombay dan Madras telah menyertai kongres,
berbanding masyarakat Islam di Utara India yang tidak memberi tindak balas kepada kongres
kerana mereka belum lagi membentuk golongan Bourgeoisie dikalangan mereka.76 Mereka
masih lagi berada dalam sistem feudal dan memegang ideologi antidemokrasi, manakala kelas
pertengahan dikalangan orang Hindu telah mula berfikiran ke arah liberalisme Eropah. Oleh
itu, Sayyid Ahmad Khan berpendapat tuntutan kongres untuk mengadakan peperiksaan secara
berasingan di India dan pengenalan kepada perwakilan institusi, tidak menepati kepentingan
minoriti.77 Beliau merasakan masyarakat Bengal yang mempunyai pendidikan Inggeris cuba
menyusup ke barat laut India yang akan mengakibatkan kedudukan ekonomi yang parah bagi
kedua-dua pihak iailtu Hindu dan Muslim.78
Antara sebab lain penentangannya terhadap kongres ialah beliau tidak percaya bahawa
kongres merupakan badan perwakilan seluruh masyarakat India. Pandangan beliau juga
disokong oleh beberapa tokoh masyarakat India yang lain seperti Raja Oday Pertap Singh dan
76 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm. 6577 Ibid. Hlm. 6478 Ibid. Hlm. 64
19
Sir Salar Jung.79 Pada 1897, Sayyid Ahmad Khan mengatakan bahawa orang Islam tidak ada
kepentingan untuk menyertai perjuangan kongres. Walaupun ada perbezaan dalam pandangan
politik mereka, kedua-dua masyarakat ini mestilah hidup dalam keadaan aman dan damai. Hal
ini demikian menjelaskan bahawa beliau menentang penyertaan masyarakat Islam dalam
kongres tetapi tidak menentang masyarakat Hindu. Malah Sayyid ingin melihat kedua-dua
masyarakat ini hidup harmoni dan saling hormat menghormati.
6.0 PERSAMAAN TARAF
Seterusnya, pemodenan Sayyid Ahmad Khan dalam aspek persamaan taraf pula dapat
dilihat melalui perjuangan beliau dalam membela nasib masyarakat Islam, di samping tidak
meminggirkan masyarakat Hindu.80 Beliau tidak pernah mendakwa wujudnya jurang di antara
masyarakat Islam dan masyarakat Hindu. Sebaliknya Sayyid menganggap masyarakat Hindu
dan Islam sebagai ‘dua mata’ daripada satu induk negara iaitu India. Perkara ini dapat dilihat
daripada pernyataan beliau iaitu:
“ I have said it many times and I say it again that India is like a beautiful
bride blessed by two attractive eyes – the Hindus and the Muslims. If they
maintain enmity or hypocritical (nifaq) relations with each other, then this
beautiful bride will look cross-eyed, and if one destroys the other, [the
bride] will look one-eyed. So! Inhabitants of India, do as you will-make this
bride cross-eyed or one-eyed [or preserve both her eyes].”81
Melalui pernyataan tersebut kita dapat lihat Sayyid Ahmad Khan amat menitikberatkan
hubungan antara masyarakat Islam dan masyarakat Hindu sebagai satu bangsa yang berada di
bawah sebuah negara yang sama, walaupun menganuti agama yang berbeza. Bukan itu sahaja,
79 Ibid. hlm. 6680 Ibid. Hlm.7281Hafeez Malik (1970). Sir Sayid Ahmad Khan’s Contribution to the Development of Muslim Nationalism in India. Dalam Modern Asian Studies, 4(2).Hlm. 138.
20
dalam memperkatakan tentang masyarakat India Sayyid Ahmad Khan selalu menggunakan
perkataan qawm (nation) yang merujuk kepada masyarakat Hindu ataupun Muslim.82
Perkataan qawm ini sering kali digunakan untuk merujuk kepada penduduk sesebuah negara
walaupun mereka mempunyai ciri-ciri atau identiti tersendiri.
Di samping itu, bukti lain yang jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang
bapa pemodenan masyarakat Islam di India apabila beliau telah mengetengahkan teori satu
negara (One Nation Theory). Melalui teori ini, didalam kuliahnya, beliau memberikan
pandangan bahawa mana-mana agama iaitu ‘Hindu’ dan ‘Islam’ seharusnya tidak
memperkecilkan kepentingan perpaduan manusia. Sebaliknya ia merupakan satu pengenalan
terhadap agama mengikut kepercayaan masing-masing. Beliau juga berpendapat perbezaan
agama yang wujud antara orang Islam dan Hindu tidak boleh dijadikan halangan dalam
pergaulan sesama mereka.83 Begitu juga perbezaan fahaman politik tidak boleh dijadikan
halangan dalam mengekalkan hubungan akrab di antara keduanya.84 Kesannya, walaupun
Sayyid merupakan seorang yang beragama Islam namun beliau tetap menganggap India
sebagai tanah airnya dan tidak pernah membezakan taraf sama ada masyarakat Hindu ataupun
Muslim.
Berdasarkan prinsip di atas, Sayyid telah memberi peluang kepada sesiapa sahaja
termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk memasuki Anglo Oriental Collage
(MAOC) di Aligarh yang ditubuhkan oleh beliau. Buktinya sekali lagi tidak meletakkan quota
kemasukan atau cara-cara tertentu bagi menghalang kemasukan orang Hindu.85 Mereka bebas
untuk memohon bagi memasuki MAOC tanpa adanya apa-apa sekatan jika memenuhi syarat
yang ditetapkan. Kriteria kelayakan kemasukannya pula tidaklah terhad kepada sesuatu kaum 82Ibid.Hlm. 13783 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm.8884M. Rajantheran dan Md. Afandi (2004). Nasionalis atau Komunalis: SirSyed Ahmad Khan dan Mahatma Ghandi dalam Sejarah Moden India. Dalam JATI, bilangan 9. Hlm. 97
85 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm.59
21
atau pun agama, tetapi ia memberi peluang kepada semua kaum tanpa mengira agama, dan
kepercayaan yang dianutinya.
Kegiatan Sayyid Ahmad Khan meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam di India,
tidak menunjukkan beliau bersikap mengutamakan masyarakat Islam atau berbentuk ekslusif.
Beliau berkawan rapat dengan masyarakat Hindu selama hidupnya. Nama orang Hindu yang
turut memberi sumbangan terhadap penubuhan Kolej MAOC terpahat pada plak marmar di
Strachery Hall A.M.U.86 Beliau beberapa kali menyatakan beliau akan berasa sedih jika orang
berfikir kolej tersebut hanya diperuntukan kepada masyarakat Islam sahaja atau bertujuan
untuk mewujudkan perasaan pengasingan antara dua masyarakat.87 Malahan, penubuhan kolej
ini mendapat kerjasama yang baik daripada sebahagian besar msyarakat Hindu, tidak hanya
sokongan moral malahan material. Pada tahun 1886, kakitangan kolej terdiri daripada enam
orang guru, empat daripadanya Hindu.88 Jawatan kuasa pengurus Kolej pada tahun 1887,
terdiri daripada sebelas orang dengan tiga orang daripadanya beragama Hindu.89 Manakala
pada tahun 1894 dua orang Hindu daripada tujuh guru India.90
7.0 SAYID AHMAD KHAN SEBAGAI PENDAMAI ANTARA PIHAK BRITISH
DAN INDIA.
Peristiwa Dahagi 1857 telah mencetuskan penentangan oleh masyarakat Islam dan
Hindu terhadap pihak British. Namun, pihak British berjaya menyekat penentangan yang
berlaku melalui kekuatan yang dimiliki sebagai sebuah kuasa imperialisme sehingga
membawa kepada kejatuhan empayar Mughal. Keadaan yang berlaku ini mewujudkan
hubungan yang tidak baik antara masyarakat tempatan dengan pihak British.91 Hal ini disedari
86 Ibid. Hlm.7287 Ibid. Hlm. 6188 Ibid. Hlm.6789 Ibid. Hlm. 6190 Ibid. Hlm. 6791 Bipan Chandra (1989). India struggle for independence 1857-1947. New York: Penguin Books. Hlm. 31
22
oleh Sayyid Ahmad Khan yang mengatakan bahawa keretakan hubungan ini akan memberi
kesan yang negatif kepada masyarakat tempatan India khususnya kesan terhadap politik
disebabkan mereka ketinggalan dalam pendidikan.92 Tambahan pula, beliau adalah manusia
pertama di india yang menyedari keperluan untuk tafsiran baru berkaitan Islam adalah bersifat
liberal, moden dan progresif.93 Keadaan ini amat membimbangkan beliau yang amat
menitikberatkan pendidikan Barat bagi mengubah kehidupan masyarakat tempatan. Malah,
beliau sendiri digelar sebagai ‘Renaissance Muslim Leader’ kerana menyokong idea
modenisasi dan pro-barat tanpa meminggirkan ajaran Islam.94
Beliau juga berusaha dalam mengeratkan hubungan antara British dengan masyarakat
tempatan dengan menyakinkan British bahawa masyarakat Islam tidak sesekali mengancam
kekuasaan British di India. Malah, bagi meneruskan perjuangannya dalam memodenkan
orang Islan di India beliau sanggup mengunjungi dan menetap selama 17 bulan di England
sehinggakan beliau amat mengagumi tamadun Barat dan menyeru masyarakat Islam India
menerima segala ilmu tamadun tersebut.95 Walau bagaimanapun, usaha yang dibuat oleh
Sayyid Ahmad Khan dalam memajukan orang Islam ini mendapat tentangan daripada
golongan ulama kerana khuatir idea-idea beliau itu menyimpang dari ajaran Islam yang
sebenar.
Di samping itu, Sayyid Ahmad Khan juga dikatakan sebagai pegawai pengadilan di mana
beliau telah memberi perlindungan kepada British semasa berlakunya Dahagi 1857 yang turut
mengancam nyawanya sendiri. 96 Hal ini menunjukkan bahawa beliau amat menitikberatkan
hubungan antara British dengan masyarakat tempatan demi kebaikan bersama. Malah, beliau
92 Mohd. Afandi Awang (2006). Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. Hlm.3293 Bashir Ahmad Dar (1971). Religious Thought of Sayyid Ahmad Khan. Lahore : Institute of Lahore Islamic Culture Club Road. Hlm.26894 Robert D. Campbell (1963). Pakistan Emerging Democracy. New York : D. Van Nostrand Company. Hlm.1295 Abdul Rahman Haji Abdullah (1987). Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 114-11596 M. Rajantheran & Md. Afandi Hj. Awang (2004). “Nasionalis Atau Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India” dalam Jurnal Jati, 9, Hlm. 90-91
23
turut memujuk seorang ketua pemberontak India yang bernama Nawab Mahmod Khan untuk
berbincang di meja rundingan bagi membolehkan orang-orang Eropah keluar dari Bijnore
dengan selamat.97 Usaha lain yang dibuat oleh beliau ialah dengan menghantar sebanyak 500
buah naskah buku “ The Causes of The Indian Revolt ” yang mengandungi sebab-sebab
berlakunya pemberontakan India kepada kerajaan British di England pada tahun 1873.98
Dalam penulisan beliau itu turut menyatakan kepada British bahawa orang-orang Islam masih
patuh kepada ketua iaitu Queen Victoria dan keadaan ini memberi kesedaran kepada British
berkaitan pemberontakan Dahagi 1857 yang berlaku adalah disebabkan kelemahan mereka
sendiri. Berdasarkan apa yang dinyatakan ini jelas memperlihatkan bahawa Sayyid Ahmad
Khan ini adalah bapa pemodenan masyarakat Islam di India kerana pelbagai usaha telah
dibuat bagi mewujudkan hubungan baik antara orang Islam dengan pihak British. Hal ini
kerana, beliau sedar bahawa hubungan baik antara kedua-dua belah pihak akan memberi
keuntungan kepada masyarakat India sendiri untuk mancapai kemajuan.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha pembaharuan yang dilaksanakan oleh Sayyid
Ahmad Khan untuk memodenkan masyarakat Islam di India. Oleh hal yang demikian, usaha-
usaha ini boleh dilihat dalam aspek pendidikan, penulisan, keagamaan, pemikiran politik,
persamaan taraf dan juga sebagai pendamai antara pihak British dan India. Sayyid Ahmad
Khan juga boleh digambarkan sebagai seorang yang cekal dalam menjalankan pembaharuan
masyarakat Islam di India. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun berhadapan dengan
kekecewaan dan halangan yang besar, beliau terus berjuang dengan bersemangat. Perjuangan
yang dilakukan beliau tidaklah sia-sia sehinggakan beliau digelar sebagai bapa pemodenan
97 S.M. Ikram. (1970). Modern Muslim India and The Birth of Pakistan (1858-1951). Lahore : Sh. Muhammad Ashraf. Hlm. 22.98 M. Rajantheran & Md. Afandi Hj. Awang (2004). “Nasionalis Atau Komunalis : Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India” dalam Jurnal Jati, 9, Hlm. 91.
24
masyarakat Islam di India. Pembaharuan yang dijalankan Sayid Ahmad Khan yang memberi
kesan yang besar dan mendalam boleh dilihat dalam aspek pendidikan yang mana daripada
pendidikan masyarakat Islam di India mendapat ilmu pengetahuan dan mendapat peluang
pekerjaan yang lebih baik. Walaupun mendapat pelbagai tohmahan, beliau tetap gigih bagi
memodenkan masyarakat Islam di India. Semangat seperti inilah sewajarnya dimiliki oleh
generasi hari ini agar terbinanya sebuah masyarakat Islam yang kuat dan harmoni.
25