3
NAMA : AZLIMATON ABAS UNIT : SAINS 1 AMBILAN JUN 2011 SOALAN 1. Apakah masalah yang paling ingin anda selesaikan dalam PdP Sains? Murid Tahun 5 tidak mengusai kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah yang menyebabkan banyak soalan Bahagian B tidak dapat dijawab. Murid tidak dapat membezakan diantara pembolehubah bergerakblas, dimanipulasikan dan malar.Jawapan yang diberi lebih kepada meneka serta menggunakan laras bahasa yang tidak bersesuaian bagi memperolehi markah yang sepatutnya. Ada juga dikalangan murid saya yang menjawab seperti menjawab soalan Bahasa Melayu serta ada yang tidak mahu mencuba untuk menjawab soalan. Ada kalanya mereka hanya menunggu rakan-rakan yang lain memberikan jawapan atau guru. Ianya amat merisaukan saya, memandangkan pada tahun hadapan mereka akan menghadapi UPSR. 2. Mengapa ianya merupakan masalah dan apakah puncanya? Oleh kerana mereka tidak menguasai kemahiran proses sains dengan baik proses PdP tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Disamping itu juga kedaaan ini memberi impak yang besar dalam keputusan ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun pelajar.Ini ekoran dari murid yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, jawapan tidak

SCE3133 Jawab Soalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

Page 1: SCE3133 Jawab Soalan

NAMA : AZLIMATON ABAS

UNIT : SAINS 1 AMBILAN JUN 2011

SOALAN

1. Apakah masalah yang paling ingin anda selesaikan dalam PdP Sains?

Murid Tahun 5 tidak mengusai kemahiran proses sains iaitu kemahiran

mengawal pembolehubah yang menyebabkan banyak soalan Bahagian B tidak

dapat dijawab. Murid tidak dapat membezakan diantara pembolehubah

bergerakblas, dimanipulasikan dan malar.Jawapan yang diberi lebih kepada

meneka serta menggunakan laras bahasa yang tidak bersesuaian bagi

memperolehi markah yang sepatutnya. Ada juga dikalangan murid saya yang

menjawab seperti menjawab soalan Bahasa Melayu serta ada yang tidak mahu

mencuba untuk menjawab soalan. Ada kalanya mereka hanya menunggu rakan-

rakan yang lain memberikan jawapan atau guru. Ianya amat merisaukan saya,

memandangkan pada tahun hadapan mereka akan menghadapi UPSR.

2. Mengapa ianya merupakan masalah dan apakah puncanya?

Oleh kerana mereka tidak menguasai kemahiran proses sains dengan baik

proses PdP tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Disamping itu juga kedaaan

ini memberi impak yang besar dalam keputusan ujian bulanan dan peperiksaan

pertengahan tahun pelajar.Ini ekoran dari murid yang tidak dapat menjawab

soalan yang dikemukakan, jawapan tidak lengkap, tertinggal kata kunci, tidak

menggunakan parameter yang sesuai dan tidak memahami kehendak soalan.

3. Bagaimana anda boleh berubah mengatasinya?

Menjalankan penyiasatan yang melibatkan kemahiran proses sains

seterusnya memberi dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan.

Murid –murid menjalankan penyiasatan secara “hands-on” dan “heart-on”

berkaitan dengan soalan ujian dan peperiksaan

Memberi dan memperkenalkan satu kaedah yang dapat membantu

mereka menjawab soalan bahagian B secara masteri

Mengubah pendekatan dan kaedah pengajaran saya

Memberi bimbingan secara individu dan bimbingan rakan sebaya

Page 2: SCE3133 Jawab Soalan

4. Apakah tindakan anda?

Sebenarnya soalan-soalan bahagian B merupakan soalan yang mudah. Murid

mudah untuk mendapat markah jika tahu teknik dan memahami kehendak

soalan. Oleh itu saya perlu memberi pendedahan kepada para pelajar teknik

menjawab soalan yang betul dengan menjalankan bengkel Teknik Menjawab

Soalan UPSR menggunakan perisian “ Microsoft PowerPoint”. Murid juga boleh

dibimbing dengan cara berfokus dengan menumpukan kepada pendekatan

masteri. Di samping itu juga para pelajar diberi bimbingan secara individu dan

rakan sebaya. Murid-murid juga boleh diberikan modul latihan menjawab soalan

KPS dan latih tubi. Seterusnya murid juga boleh diminta agar membina peta

minda bagi memudahkan mereka untuk mengingat maklumat yang diberikan.