9
1.0 PENDAHULUAN Konsep ekologi mengikut tafsiran Kamus Dewan Edisi Keempat (2002) ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya ataupun hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran. Biologi pula bermaksud sains yg berkaitan dengan struktur, fungsi, perkembangan, taburan, dan proses hidup pada benda hidup. Saban hari, pembangunan yang kian pesat berlaku di negara kita pada era globalisasi ini menyebabkan masyarakat dibanjiri dengan isu-isu alam sekitar yang membimbangkan semua pihak. Bukan itu sahaja, Mohd Nasir Zakaria (2015) menyatakan bahawa kemajuan dalam sektor perindustrian memberi impak kepada alam sekitar akibat daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara kegiatan yang merosakkan alam sekitar ialah aktiviti pembinaan, perlombongan, pembalakan dan sebagainya. Dalam usaha mengenalpastikan isu alam sekitar dalam ekosistem, satu kajian lapangan telah dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang punca, kesan serta langkah menangani isu tersebut. 1.1 Tujuan kajian Lokasi kajian yang terpilih ialah hutan kecil yang berdekatan dengan kawasan perumahan dan berada di Seremban pada Jalan Sikamat, Taman Tuah (rujuk rajah 1.1).Tempat ini berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato' Haji Mohd Redza . Keluasan kawasan hutan yang dikaji ialah 8.5 hektar manakala keluasan tanah yang pokoknya ditebang adalah sebanyak 2.4 hektar. Kajian ini telah memberi penekanan dalam aktiviti penebangan pokok. Oleh itu, pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual beberapa penduduk taman untuk mendapatkan punca aktiviti penebangan pokok serta kesan dan langkah penyelesaiannya (rujuk rajah 1.2,1.3). 1

SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Konsep ekologi ,PUNCA AKTIVITI PENEBANGAN POKOK,KESAN AKTIVITI PENEBANGAN POKOK,LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Citation preview

Page 1: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

1.0 PENDAHULUAN

Konsep ekologi mengikut tafsiran Kamus Dewan Edisi Keempat (2002) ialah kajian tentang

hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya ataupun hubungan antara

tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran. Biologi pula bermaksud sains yg

berkaitan dengan struktur, fungsi, perkembangan, taburan, dan proses hidup pada benda

hidup.

Saban hari, pembangunan yang kian pesat berlaku di negara kita pada era

globalisasi ini menyebabkan masyarakat dibanjiri dengan isu-isu alam sekitar yang

membimbangkan semua pihak. Bukan itu sahaja, Mohd Nasir Zakaria (2015) menyatakan

bahawa kemajuan dalam sektor perindustrian memberi impak kepada alam sekitar akibat

daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara kegiatan yang merosakkan

alam sekitar ialah aktiviti pembinaan, perlombongan, pembalakan dan sebagainya. Dalam

usaha mengenalpastikan isu alam sekitar dalam ekosistem, satu kajian lapangan telah

dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang punca, kesan serta langkah menangani isu

tersebut.

1.1 Tujuan kajian

Lokasi kajian yang terpilih ialah hutan kecil yang berdekatan dengan kawasan perumahan

dan berada di Seremban pada Jalan Sikamat, Taman Tuah (rujuk rajah 1.1).Tempat ini

berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato' Haji Mohd Redza. Keluasan

kawasan hutan yang dikaji ialah 8.5 hektar manakala keluasan tanah yang pokoknya

ditebang adalah sebanyak 2.4 hektar. Kajian ini telah memberi penekanan dalam aktiviti

penebangan pokok. Oleh itu, pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual

beberapa penduduk taman untuk mendapatkan punca aktiviti penebangan pokok serta

kesan dan langkah penyelesaiannya (rujuk rajah 1.2,1.3).

2.0 PUNCA AKTIVITI PENEBANGAN POKOK

Antara punca utama aktiviti penebangan pokok dilakukan di kawasan dikaji ialah aktiviti

pembinaan kawasan perumahan. Menurut salah satu responden, tanah tersebut akan

dibina empat buah banglo untuk penduduk Seremban. Kegiatan pembangunan yang kian

pesat merupakan satu faktor penyumbang kepada kemusnahan hutan. Contohnya

pembinaan kawasan perumahan, bangunan dan kawasan perindustrian yang baru.

Punca kedua ialah pemilik tanah tidak membuat pertimbangan secara holistik

tentang kesan menebang pokok terhadap alam sekitar serta penduduk tempatan. Hal ini

1

Page 2: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

demikian kerana projek pembinaan tersebut telah berhenti dan tanah dibiarkan kosong

selama enam tahun. Beberapa responden juga mengadu bahawa cuaca berubah menjadi

lebih panas selepas pokok-pokok di situ ditebangkan. Disebabkan kekurangan perancangan

yang berkesan, tanah tersebut telah dikosongkan tanpa mewujudkan langkah memulihara

alam sekitar di situ.

Punca yang lain ialah projek pembinaan jalan raya. Jalan raya penting sebagai

laluan pengangkutan dan perhubungan bagi kawasan perindustrian dan perumahan. Tanah

yang dikaji tersebut dibersihkan juga untuk membina jalan yang luas sempena dengan

pembinaan banglo. Menurut laporan penyelidikan Australia dalam Sinar Harian, 80 peratus

daripada hutan belantara di Sabah dan Sarawak terjejas teruk akibat pembalakan kerana

pembinaan jalan raya sepanjang 226,000 batu (364,000 km).

3.0 KESAN AKTIVITI PENEBANGAN POKOK

Menurut salah satu responden, aktiviti penebangan pokok ini telah mengakibatkan

peningkatan suhu dan pemanasan setempat. Kekurangan perlindungan daripada pokok

memudahkan pancaran matahari secara terus ke kawasan rumah. Cuaca sekitar menjadi

kering dan panas kerana kekurangan pokok membebaskan wap-wap air ke udara melalui

proses transpirasi. Jika melibatkan kawasan hutan yang lebih luas, ia mampu

mengurangkan jumlah hujan sehingga mewujudkan fenomena kemarau, pemanasan global

dan kesan rumah hijau. (Mohd Hatta Amri, 2010).

Menurut Ron Pickering (2006), aktiviti penebangan pokok juga mengakibatkan

kemusnahan kawasan tadahan air. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan, air

yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol lalu membawa hakisan

tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian tanah runtuh juga berlaku kerana struktur tanah

yang longgar ekoran daripada kehilangan cengkaman pokok untuk menstabilkan struktur

tanah di kawasan tanah tinggi. Walaupun kawasan yang dikaji tidak setinggi tanah bukit, ia

juga menyumbang kepada masalah ini dengan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber

air sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, banjir kilat turut berlaku. Hal ini demikian kerana mendapan yang

terbentuk akibat daripada hakisan tanah memasuki sungai dan menyebabkan dasar sungai

menjadi cetek. Keadaan ini memudahkan paras air naik dengan cepat dan mempengaruhi

kawasan perumahan kerana bencana banjir (Ron Pickering, 2006). Menurut responden,

kawasan tersebut akan dibanjiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

2

Page 3: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

Kekerapan lori berat yang keluar dan masuk ke kawasan dikaji untuk melakukan

kerja-kerja pembinaan rumah turut mengancam keselamatan penduduk. Ia juga

mengakibatkan kerosakan jalan raya (rujuk rajah 3.1). Sebagai kesannya, nilai estetika kawasan tersebut merosot dan pemandangan yang terjejas menyebabkan tempat itu

kurang menarik perhatian orang lain.

Bukan itu sahaja, aktiviti penebangan pokok ini memusnahkan habitat hidupan dan

tumbuh-tumbuhan liar. Walaupun kawasan yang dikaji bersaiz kecil, ia juga menyumbang

kepada masalah-masalah yang serius. Haiwan-haiwan herbivor terpaksa berpindah ke

tempat lain kerana kehilangan sumber makanan. Keadaan ini menyebabkan ekosistem terjejas seperti kemusnahan rantaian makanan yang menganggu keseimbangan ekologi

setempat. Gangguan ekologi ini akan memusnahkan ekosistem dan biodiversiti kawasan

tersebut (Mohd Hatta Amri, 2010).

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

4.1 Secara Perundangan

Kerajaan negeri Sembilan boleh bertindak menyaman pemilik tanah tersebut kerana

melakukan aktiviti penebangan pokok yang menjejaskan kehidupan penduduk taman.

Pemilik itu harus merancang projek pembinaan perumahan dengan cermat dan cara

penyelesaian kepada masalah ini. Kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dengan menjatuhkan hukuman berat kepada individu yang merosakan

keseimbangan ekosistem sesuatu kawasan.

Selain itu, kerajaan hendaklah mewartakan beberapa hutan simpan kekal jika

pembalakan dilakukan dengan tujuan memajukan sesuatu kawasan. Hutan simpanan ini

penting untuk memastikan kawasan hutan sentiasa dipelihara dan dipuliharakan.

Penguatkuasaan akta perhutanan negara seperti Akta Kualiti Alam sekitar 1974 amat

diperlukan terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan. Contohnya, kawasan

tanah simpanan seperti Taman Negara di Pahang telah dikuatkuasakan di bawah Akta

Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974 (The Malaysian Insider, 4 Jan

2015)

4.2 Secara Bukan Perundangan

Menurut responden, masalah penebangan pokok untuk membina perumahan dapat diatasi

dengan menanam semula pokok-pokok atau tumbuhan yang sesuai. Kawasan pokok yang

telah ditebang dan dibiarkan itu sahaja akan mengakibatkan tanah menjadi kurang subur.

3

Page 4: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

Oleh itu, spesis-spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai sesuai untuk

ditanam semula kerana kadar tumbesaran yang cepat (Ron Pickering, 2006)

Cara yang seterusnya ialah pendedahan media massa tentang masalah

penebangan pokok ini. Penduduk kawasan tersebut digalakkan untuk melaporkan isu ini

melalui media massa seperti majalah dan surat khabar. Hal ini demikian kerana ia mampu

menjadi satu pengingatan kepada pemilik tanah atau kontraktor untuk mempertimbangkan

keadaan setempat dan ekosistem sebelum memulakan suatu projek pembinaan perumahan.

Di samping itu, pihak berkenaan digalakkan mengadakan kempen kesedaran alam

sekitar di kawasan tersebut. Menurut Yeo (2010), pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-

pokok bunga perlu dijalankan untuk mencantikkan pemandangan kawasan tersebut. Melalui

kempen ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kepentingan persekitaran. 

Bukan itu sahaja, program pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui mata

pelajaran geografi dan alam sekitar juga harus dijalankan di peringkat sekolah. Guru-guru

sekolah dan murid amat digalakkan melakukan aktiviti bersama komuniti setempat yang

dianjurkan kelab Rukun Tetangga. Usaha ini mampu meningkatkan tahap kesedaran awam

tentang keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar (Md Izwan, 2012).

5.0 RUMUSAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah

negara tidak dapat dielakkan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Sebagai gantian,

beberapa kawasan tanah seperti hutan perlu dimusnahkan supaya kerja-kerja pembinaan

dapat dilaksanakan (Sinar Harian, 17). Walau bagaimanapun, kajian lapangan ini

menunjukkan bahawa aktiviti penebangan pokok di kawasan yang dikaji telah

mempengaruhi hidup penduduk. Ia mampu membawa kesan yang lebih buruk lagi seperti

kepupusan flora dan fauna jika melibatkan keluasan penebangan pokok yang besar.

Menurut M. B. V. Roberts dan T. J. King (1987), kegiatan pembangunan dan penerokaan

hutan akan mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.

Dalam usaha menangani masalah tersebut, kerjasama erat antara pihak kerajaan

negeri Sembilan dan individu mesti diwujudkan untuk mengurangkan aktiviti pembalakan ini.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, sesuatu projek yang berkemungkinan

merosakkan ekosistem perlu dirancangkan dengan cermat untuk mengelakkan terjejasnya

keseimbangan hubungan antara organisma hidup dan persekitaran (Md Izwan, 2012).

Selain itu, kerajaan perlu mengambil tindakan menguatkuasakan undang-undang dan

memperbanyakkan pegawai Jabatan Alam Sekitar yang membuat rondaan agar dapat

membanteras segala kegiatan yang memusnahkan ekosistem ini. Dengan itu, masyarakat

4

Page 5: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni tanpa menganggu antara satu sama

lain.

6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. B. V. Roberts&T. J. King. (1987). Biology: A Functional Approach. Students' Manual.

London: Thomas Nelson and Sons Ltd 1974.

Md Izwan. (2012). Punca dan kesan pembalakan haram serta kepentingan hutan. Diakses

pada 12 Julai 2015, daripada http://88karangan.com/punca-dan-kesan-pembalakan-

haram-serta-kepentingan-hutan/.

Mohd Hatta Amri. (2010). Akibat Pembalakan Tidak Terkawal. Diakses pada 18 Julai 2015,

daripada http://bmg36.blogspot.com/2010/10/pembalakan_04.html.

Mohd Nasir Zakaria & Muhd Nuruddin Bashah. (10 April, 2015). Laporan: Aktiviti

Pembalakan yang Hampir Kawasan Tadahan Air Empangan Ahning. Sinar Harian,

17.

Ron Pickering. (2006). Complete Biology for IGCSE. New York: Oxford University Press.

The Malaysian Insider. (2015, Jan 4). Pembalakan haram tidak terkawal punca utama banjir

di Kelantan, 5.

Yeo Zhee Shern, et. al. (2010). Kesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar.

Diakses pada 15 Julai 2015, daripada http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.

com/2010/08/kesan-kesan-aktiviti-manusia-terhadap.html.

5

Page 6: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

7.0 LAMPIRAN

Rajah 1.1 Lokasi kajian di Seremban

Rajah 1.2 Rajah 1.3

Rajah 1.2, 1.3 Sesi temu bual dengan beberapa penduduk di tempat kajian.

6

Page 7: SCES3183 Biologi Am-penebangan pokok

Rajah 3.1 Keadaan jalan raya yang rosak

7