49
Sebab-Sebab Yang Menggugurkan Hukuman Qisas WALAUPUN hakim mahkamah telah menjatuhkan hukuman qisas kepada penjenayah bunuh, tetapi hukuman tersebut boleh digugurkan dengan sebab-sebab berikut : 1. Kematian Pembunuh 2. Pengampunan 3. Pendamaian

Sebab qisas gugur

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugurSebab qisas gugur

Citation preview

Page 1: Sebab qisas gugur

Sebab-Sebab Yang Menggugurkan Hukuman Qisas 

 

WALAUPUN  hakim mahkamah telah menjatuhkan hukuman qisas  kepada penjenayah bunuh, tetapi hukuman tersebut boleh digugurkan dengan sebab-sebab berikut :

 

1.      Kematian Pembunuh

2.      Pengampunan

3.      Pendamaian

4.      Pewarisan Tuntutan Qisas (irth al-dam)

 

 

Kematian Pembunuh

Page 2: Sebab qisas gugur

 

Hukuman qisas  akan gugur dengan sendirinya jika pembunuh yang telah disabitkan kesalahannya itu meninggal dunia.  Lantaran orang  yang sudah mati itu tidak perlu dikenakan hukuman mati lagi.

 

            Setelah hukuman qisas  itu digugurkan daripada penjenayah yang telah mati, timbul persoalan sama ada wajib  atau tidak hukuman diyat  diambil daripada harta  pembunuh yang telah mati  itu. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat   bahawa dengan  kematian pembunuh itu, gugurlah kedua-dua hukuman  qisas  dan diyat  kerana hukuman yang telah ditetapkan kepada penjenayah bunuh hanya qisas  sahaja.  Oleh itu tidak  boleh ditukakan dengan  hukuman diyat.  Tidak ada perbezaan sama ada kematian pembunuh itu disebabkan sakit atau dibunuh orang dan sama ada dibunuh dengan hak seperti dihukum bunuh atau dibunuh tanpa hak.

 

Page 3: Sebab qisas gugur

            Imam Shafie dan Ahmad pula berpendapat bahawa dengan kematian pembunuh itu maka gugurlah hukuman qisas  kepadanya.  Akan tetapi diwajibkan diyat  dari harta peninggalannya, kerana  menurut pendapat  mereka, hukuman yang wajib dalam kes  bunuh ialah salah satu  daripada hukuman qisas  atau diyat.  Jadi  apabila hukuman qisas  telah digugurkan kerana kematian penjenayah, maka diwajibkan hukuman yang satu lagi iaitu hukuman diyat   sebagai gantinya.

 

 

            Pengampunan

 

            Semua fuqaha’  sependapat  bahawa jika pembunuh itu dimaafkan oleh wali al-dam  maka gugurlah hukuman qisas  bunuh dari penjenayah  tersebut, kerana hukuman qisas bukanlah suatu  perkara yang wajib dituntuta oleh wali al-dam, malahan lebih baik bagi wali al-dam  jika mereka mahu boleh memaafkan pejenayah

Page 4: Sebab qisas gugur

berkenaan.  Ini berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’.

 

            Antaranya firman Allah Taala :

 

            Maksudnya :  

                  “Barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada  yang memberi  maaf  dengan cara yang baik pula.  Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu kerahmatan”

 

 

         Firman –Nya lagi :

 

         Maksudnya :

            “Dan telah Kami tetapkan terhadap mereka di dalamnya (al-

Page 5: Sebab qisas gugur

Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, dan mata dibalas dengan  mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas  dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas dengan seimbang.  Barangsiapa  yang melepaskan (hak qisas)nya, maka melepaskan hak jitu menjadi penebus dosa baginya”.

 

 

         Firman-Nya lagi :

 

         Maksudnya :

            “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (kehendak) Allah.”

 

 

Page 6: Sebab qisas gugur

            Nas-nas al-Quran di atas diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w. antaranya :

 

a.       Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. berkata :

 

            Maksudnya :

                  “Aku tidak  melihat Rasulullah s.a.w. apabila  dikemukakan sesuatu yang mengenai qisas, melainkan dia menyuruh suapay diampunkan”.

 

            b.   Daripada Abu al-Darda dia  berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda :

 

            Maksudnya :

                  “Mana-mana orang yang ditimpa sesuatu di badannya lalu dia bersedeqah dengannya, nescaya Allah meningkatkan darjatnya dan dihapuskan dosa daripadanya”.

Page 7: Sebab qisas gugur

 

 

 

            Menurut Imam Syafie dan Hanbali apabila wali al-dam  telah memaafkan penjenayah, ertinya dia telah menarik  balik dari menuntut hukuman qisas  atau diganti dengan hukumandiyat.  Orang yang tidak mahu menuntut qisas  kerana dia telah memaafkan  dan  orang yang meminta ditukar qisas  kepada diyat  juga  kerana dia telah memaafkan.  Oleh itu pertukaran hukuman daripada qisas  kepada diyat  tidak perlu persetujuan penjenayah.

 

            Manakala Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat jika hukuman qisas  diganti dengan hukuman diyat  ianya tidak dianggap  sebagai suatu pengampunan, tetapi dianggap sebagai sulh  atau  berdamai.  Oleh sebab itulah jika tuntutan qisas  itu ditukar kepada  tuntutan diyat  maka perlu kepada

Page 8: Sebab qisas gugur

persetujuan penjenayah untuk membayar diyat.

 

            Untuk menjelaskan lagi kedudukan pengampunan elok juga dibincangkan perkara-perkara berikut :

 

1.      Syarat-syarat pengampunan

2.      Orang yang berhak mengampunkan

 

 

            Syarat-syarat Pengampunan

 

            Memberi maaf kepada penjenayah adalah diharuskan dengan apa juga bentuk yang memberi  makna kemaafan.  Sungguhpun demikian, kemaafan yang boleh  menggugurkan hukuman qisas  hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

 

Page 9: Sebab qisas gugur

            (a)        Orang yang memberi maaf itu adalah orang  yang baligh  dan waras akal fikirannya.  Ertinya jika dia  masih kanan-kanak maka tidak boleh diterima kemaafannya.  Begitu juga jika dia seorang  yang gila tidak boleh diterima kemaafannya, berasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w. :

 

            Maksudnya :

                        “Diangkat qalam daripada tiga orang; daripada orang yang tidur hingga dia terjaga; daripada  kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang gila sehingga dia sembuh”.

 

 

            (b)        Orang yang memaafkan itu memberikannya dengan  kerelaannya sendiri  dan bukan kerana dipaksa, sama ada paksaan itu dibuat dengan cara  mengugut, memukul atau merampas  hartanya dan sebagainya, asalkan orang yang dipaksa itu tidak dapat melawannya.

 

Page 10: Sebab qisas gugur

 

 

 

 

            Sabda Rasulullah s.a.w. :

 

            Maksudnya :

                        “Sesungguhnya Allah melepaskan kepada umatku kerana tersalah, terlupa dan suatu yang dipaksakan ke atasnya.”

 

 

            (c)        Kemaafan itu diberi oleh orang yang mempunyai hak, ertinya jika ianya diberi  oleh orang yang tidak berhak memaafkan  maka tidak ada apa-apa  kesan dari pengampunannya kerana  memberi kemaafan ertinya  menggugurkan haknya dan tidak ada  siapa yang boleh menggugurkan haknya melainkan orang yang  mempunyai hak.  Orang yang berhak dalam kes kecederaan anggota tubuh badan

Page 11: Sebab qisas gugur

ialah orang yang dicederakan tubuh badannya.  Tetapi orang yang berhak memaafkan dalam kes pembunuhan tidak disepakati oleh ulamak (yang akan dibincang kemudian).

 

            (d)        Pengampunan itu diberi oleh semua wali ad-dam.  Oleh itu jika hanya sebahagian wali sahaja yang memaafkan penjenayah maka hukuman qisasi tidak boleh  digugurkan daripadanya menurut pendapat Imam Malik.  Akan tetapi mengikut pendapat majoriti ulamak pengampunan oleh salah seorang wali al-dam  boleh menggugurkan qisas berdasarkan kepada riwayat yang mengatakan  bahawa seorang pembunuh telah dibawa ke hadapan Sayyidina Umar.  Kemudian  anak-anak mangsa bunuh datang, sebahagiannya  mengampunkan penjenayah tersebut.  Lalu Umar bertanya pendapat Ibn Mas’ud, beliau menjawab, “pembunuh itu terlepas daripada hukuman bunuh”.

 

            Ibn Mas’ud menerima pengampunan dari sebahagian anak

Page 12: Sebab qisas gugur

mangsa jenayah itu, boleh  menggugurkan hukuman qisas  tanpa mengambil kira pendapat  waris-waris yang lain. Pendapat ini  dikuatkan lagi  dengan ayat  178 Surah al-Baqarah yang mana perkataan “                                                                                                     ”  itu adalah umum  sama ada bermakna sedikit atau banyak.  Dan juga  sabda Nabi s.a.w. maksudnya “Kepada keluarga mangsa bunuh hendaklah menahan daripada  qisas jika salah seorang keluarganya memaafkannya maka kemaafan adalah diharuskan”. Selain dari itu kerana dengan pengampunan oleh setengah ahli waris itu boleh menimbulkan  kesamaran  dan ketidak-jelasan. Sedangkan  syubhah   atau kesamaran itu boleh melepaskan hukuman qisas.

 

 

            Orang Yang Berhak Mengampunkan

 

            Ulamak tidak sependapat mengenai orang yang berhak memberi pengampunan.  Menurut Imam Abu

Page 13: Sebab qisas gugur

Hanifah, al-Shafie dan satu riwayat  dari Imam Ahmad menyatakan bahawa orang yang berhak  menuntut qisas itulah juga yang berhak  mengampunkan iaitu semua  waris, sama ada lelaki atau perempuan dan sama ada  mereka menerima pusaka melalui pembahagian pusaka atau  ‘asabah’.  Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :

 

 

 

            Maksudnya :

                        “Barangsiapa yang (waris) baginya dibunuh maka ahlinya diberi pilihan antara  dua”

 

 

            Perkataan :ahl”  yang disebutkan dalam hadis di atas adalah umum, sama ada lelaki atau perempuan.  Begitu juga  menurut satu riwayat bahawa ada seorang lelaki yang membunuh dengan sengaja, tetapi sebahagian  wali  kepada mangsa bunuh itu memaafkan  penjenayah

Page 14: Sebab qisas gugur

tersebut.  Apabila kes itu dikemukakan kepada Sayyidina Umar yang menjadi khalifah pada masa itu, diapun  bertanya  kepada  Ibn Mas’ud.

 

            Ibn Mas’ud menjawab :

 

            Maksudnya :

                        “Jika sebahagian  wali memaafkan penjenayah maka tidak wajib qisas ke atasnya”.

 

 

            Sayyidina Umar menyetujui pendapat Ibn Mas’ud di atas.  Dalam riwayat ini Ibn Mas’ud tidak membezakan antara setengah  wali dengan wali yang lain.  Oleh itu hak memberi ampun adalah semua wali waris.

 

            Begitu menurut satu riwayat bahawa seorang pembunuh telah dibawa ke hadapan Umar r.a., tiba-tiba wali-wali

Page 15: Sebab qisas gugur

mangsa  bunuh datang ke situ untuk membunuh si pembunuh.  Lalu saudara  perempuan kepada pembunuh yang juga isteri  mangsa bunuh berkata, “aku ampunkan bahagianku dari (orang yang membunuh) suamiku”.   ‘Umar r.a. telah menerima pengampunan dari isteri mangsa sebagai alasan yang menggugurkan hukuman qisas.

 

            Selain dari itu jika tiap-tiap waris boleh memiliki hak pengampunan dari bahagian diyat  dalam kes membunuh secara  tersalah atau tidak sengaja, maka lebih baik lagi dalam kes membunuh dengan sengaja sepatutnya semua waris berhak  memberi pengampunan kepada penjenayah.

 

            Manakala menurut Imam Malik dari satu riwayat dari Imam  Ahmad menyatakan bahawa hak pengampunan hanya diberi kepada ahli ‘asabah  yang lelaki dan tidak kepada  ahli‘asabah wanita’.  Ini kerana  pada pandangan mereka kaum wanita dalam  banyak perkara  tidak mempunyai

Page 16: Sebab qisas gugur

kekuasaan (wilayah)  seperti dalam urusan perkahwinan dan kehakiman. Maka mereka juga tidak mempunyai kuasa pengampunan dalam masalah qisas.  Selain  dari itu hak menuntut qisas  diberikan kepada wali ad-dam  kerana  mereka mempunyai daya pertolongan dan bantuan, sedangkan  kaum wanita  bukan dari jenis  yang boleh memberi bantuan dan  pertolongan.  Oleh itu maka munasabahkah kaum wanita tidak ada hak untuk mengampunkan penjenayah.

 

            Setelah menelita pendapat-pendapat  di atas, maka pendapat kebanyakkan ulamak adalah lebih munasabah kerana alasan-alasan yang diberikan lebih kuat.  Lebih-lebih lagi kerana tidak ada dalil  yang kuat yang mengecualikan sebahagian ahli waris dari memiliki hak pengampunan.  Malahan banyak ayat-ayat al-Quran yang menyarankan supaya memberi kemaafan kepada penjenayah.

 

 

           

Page 17: Sebab qisas gugur

            Masa Pengampunan

 

            Wali al-dam   boleh mengampunkan penjenayah itu sama ada sebelum atau  sesudah  matinya mangsa jenayah.  Jika wali al-dam  itu mengampunkan penjenayah selepas  matinya mangsa berkenaan,  maka gugurlah hukuma qisas  dari pada penjenayah itu, sama ada  pengampunan itu diberikan  secara umum ataupun pengampunan  itu bermaksud dimaafkan dari hukuman qisas  tetapi diganti dengan hukuman diyat, dan sama ada penjenayah itu bersetuju atau tidak dengan bayaran diyat.  Ini adalah pendapat kebanyakkan ulamak .  Kecuali Imam Malik yang berpendapat bahawa hak tuntutan qisas tidak gugur kecuali jika penjenayah itu sendiri bersetuju membayar  diyat  jika pengampunan daripada  hukuman qisas  itu ditukar dengan bayaran diyat.

 

            Perselisihan ulamak itu adalah berpunca dari pandangan mereka  mengenai hukuman qisas   yang telah diampunkan kepada penjenayah  itu

Page 18: Sebab qisas gugur

sama ada secara atomatis boleh diganti dengan hukuman diyat  tanpa persetujuan dan kerelaan penjenayah atau tidak boleh  diganti dengan diyat  kecuali dengan persetujuan penjenayah, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

 

            Sebaliknya jika pengampunan wali itu diberikan kepada penjenayah, sebelum  mangsanya meninggal dunia, walaupun dalam keadaan luka parah, maka menurut Imam al-Shafie , dan Zahari  pengampunan seperti ini tidak sah dan tidak  memberi kesan  untuk membebaskan dari hukuman qisas  kerana wali  al-am  itu  mengampunkan kepada orang yang belum diwajibkan kepada penjenayah selepas mati mangsanya.  Begitu  juga menggugurkan dari hukuman  bunuh memerlukan kepada adanya pembunuhan, sedangkan kematian belum  berlaku lagi.  Jadi, oleh kerana belum sampai masanya untuk memberikan kemaafan, maka kemaafan seperti itu tidak sah.

 

            Setengah ulamak pula berpendapat bahawa pengampunan yang diberikan

Page 19: Sebab qisas gugur

kepada penjenayah itu selepas  mangsa itu luka parah, tetapi sebelum  ia mati, adalah sah kerana luka yang parah itu menunjukkan akan berlaku kematian.  Oleh itu pengampunan yang dibuat pada masa itu adalah sah kerana walaupun tidak berlaku lagi kematian pada masa itu, tetapi telah wujud sebab-sebabnya iaitu  luka yang boleh membawa maut.  Oleh itu maka pengampunan yang  diberikan kepada penjenayah selepas mangsa luka parah yang  mungkin boleh membawa maut adalah sah dan mempunyai kesan dalam menggugurkan hukuman qisas.

 

           

Page 20: Sebab qisas gugur

 

            Pengampunan Dari Pemerintah

 

            Apa yang dibincangkan di atas ialah mengenai pengampunan kepada penjenayah dari waris  mangsa bunuh  yang mempunyai wali  atau waris.  Bagi mangsa bunuh yang tidak mempunyai  wali lagi maka siapakah yang berhak menuntut haknya kepada penjenayah.

 

            Semua ulamak sependapat bahawa jika mangsa bunuh itu tidak mempunyai waris  yang menuntut qisas  maka sultan atau pemerintah yang menjadi walinya dan berhak menuntut hukuman qisas   berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. :

 

            Maksudnya :

                        “Sultan menjadi wali bagi orang yang tidak ada wali”.

Page 21: Sebab qisas gugur

 

Ini kerana kuasa pemerintah adalah menyeluruh termasuk perkara yang berkaitan dnegan qisas  sebagai kekuasaan yang khas.  Oleh itu jika mangsa pembunuhan itu tidak diketahui ibu bapanya  dan kaum kerabatnya maka pemerintah (wali al-amr)   yang berhak untuk menuntut hukuman qisas  terhadap pembunuhnya.

 

            Ada sedikit perselisihan pendapat ulamak mengenai kuasa pengampunan sultan atau wali al-amr  terhadap qisas  atau diyat.  Ulamak mazhab Hanafi , Shafie dan Hanbali berpendapat bahawa terpulang kepada wali al-amr sama ada hendak mengampunkan daripada qisas  ataupun mengampunkan hukuman qisas  dengan diganti kepada hukuman diyat. Manakala ulamak mazhab Maliki dan setengah mazhab Hanbali berpendapat bahawa sultan hanya berhak untuk mengampunkan hukuman qisas  dan tidak berhak untuk mengampunkan yang lain daripadanya sama ada hukuman berupa harta atau bukan, kerana  jika sultan diberi kuasa untuk mengampunkan apa juga hukuman maka ini akan memberi

Page 22: Sebab qisas gugur

galakan  untuk membunuh orang yang tidak ada waris dan hal ini adalah bertentangan dengan tujuan disyariatkan qisas.

 

            Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa sultan itu diberi hak mengampunkan seperti  mana hak yang dipunyai oleh wali, iaitu  dia boleh mengampunkan kepada penjenayah daripada apa juga  hukuman, sama ada qisas, diyat atau lain-lain hukuman.

 

            Walau bagaimanapun pendapat kebanyakkan ulamak adalah yang paling tepat kerana sultan  dalam kes qisas  adalah mengambil  tempat wali al-dam.  Mengikut kebiasaanya sesiapa yang menggantikan tempat  seseorang maka dia  berhak  seperti mana hak  orang yang digantikannya.  Cuma sultan tidak berhak untuk mengampunkan semua hukuman; kerana jika demikian akan  menghapuskan kepentingan umat Muslimin.  Hal ini berbeza  dengan  kedudukan wali al-dam   yang boleh mengampun apa juga  hukuman kerana adanya kebaikan

Page 23: Sebab qisas gugur

dari pengampunan itu iaitu untuk mengharapkan balasan pahala di akhirat.

 

 

 

 

            Perdamaian (Sulh)

 

            Semua ulamak sependapat bahawa  perdamaian (sulh)  yang dibuat antara wali al-dam   dengan penjenayah adalah dibenarkan dalam Islam.

 

            Persetujuan yang dicapai antara kedua belah pihak untuk menukarkan hukuman qisas  dengan hukuman diyat  sama ada  dengan kadar yang lebih tinggi atau yang serupa atau yang lebih rendah adalah sah dan diterima.  Dengan perdamaian dan persetujuan kedua-dua belah pihak maka hukuman qisas  boleh digugurkan daripada penjenayah berdasarkan kepada al-Sunnah dan Ijma’.

Page 24: Sebab qisas gugur

 

            Rasulullah s.a.w. :

 

            Maksudnya :

                        “Barangsiapa yang membunuh secara sengaja hendaklah diserahkan kepada wali-wali mangsa jenayah bunuh, jika mereka mahu mereka  bolehlah menuntut  hukuman bunuh dan jika mereka mahu mereka boleh mengambil diyat iaitu 30 ekor huqqah, 30 ekoar  jaza’ah dan 40 ekor hifah dan apa-apa dipersetujui oleh mereka adalah untuk mereka”.

 

            Selain  dari itu oleh kerana qisas adalah hak bagi waris mangsa jenayah, maka sesiapa sahaja yang mempunyai hak boleh menguruskan haknya mengikut  kehendaknya, seperti mana wali mempunyak hak untuk menggugurkan hukuman qisas  tanpa diganti  dengan hukuman  lain seperti dalam kes pengampunan.  Maka  begitulah juga wali berhak untuk menggugurkan hukuman qisas   tetapi menuntut ganti

Page 25: Sebab qisas gugur

hukuman diyat .  Begitu juga oleh kerana  tujuan disyariatkan qisas  ialah untuk menjaga dan melindungi nyawa orang ramai daripada ancaman dan permusuhan.  Jadi  dengan adanya perdamaian antara penjenayah dengan wali mangsa jenayah akan mententeramkan keadaan dan akan menghapuskan  perasaan balas dendam.  Lebih-lebih lagi kerana perdamaian tidak boleh dicapai  melainkan dengan persetujuan kedua-dua belah  pihak.

 

 

            Perbezaan Antara Pengampunan Dan Perdamaian

 

            Pengampunan dalam konteks hukuman qisas  bererti menggugurkan tuntutan qisas   tanpa menuntut hukuman ganti.  Manakala berdamai pula ertinya persetujuan untuk menggugurkan hukuman yang asal dengan hukuman lain sebagai ganti.  Oleh itu menurut Imam Malik dan Abu Hanifah bahawa pengampunan daripada  hukuman   qisas  kepada hukuman diyat  dikira sebagai persetujuan

Page 26: Sebab qisas gugur

damai (sulh)  dan bukan  sebagai pengampunan.  Justeru  menurut kedua-dua mazhab  di atas bahawa hukuman yang telah ditetapkan  kerana kesalahan membunuh dengan  sengaja ialah qisas,  sedangkan diyat  tidak dibolehkan  kecuali dengan persetujuan penjenayah.  Oleh itu bertukarnya daripada hukuman qisas kepada diyat perlu kepada persetujuan penjenayah.

 

            Manakala Imam Shafie  dan Ahmad berpendapat bahawa   pengampunan daripada hukuman qisas  kepada hukuman diyat tetap sebagai pengampunan dan bukannya sebagai sulh (berdamai), kerana  hukuman yang telah ditetapkan kepada pesalah bunuh dengan sengaja menurut  mazhab ini ialah salah satu daripada  dua  hukuman, sama ada hukuman qisas  ataudiyat.

 

            Oleh itu terpulanglah kepada wali untuk memilih mana-mana satu antara dua hukuman di atas tanpa persetujuan penjenayah berkenaan.

Page 27: Sebab qisas gugur

 

 

            Orang Yang Berhak Untuk Berdamai

 

            Orang jyang berhak untuk menuntut qisas dan yang berhak  memberi  kemaafan itulah  juga orang yang berhak untuk berdamai (sulh).  Oleh itu hukum-hukum mengenai perdamaian  (sulh)   mengikut pendapat ulamak adalah sama seperti hukum-hukum mengenai hak qisas  dan pengampunan, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

 

            Hukuman qisas  boleh digugurkan dengan adanya persetujuan semua wali ataupun dengan persetujuan sebahagian mereka, kerana qisas  adalah menjadi hak setiap wali al-dam . Oleh itu  mereka semua berhak untuk berdamai seperti mana kedudukan perkara-perkara yang dimiliki bersama.  Begitu juga jika salah  seorang daripada wali-wali itu menggugurkan tunttuan qisas  maka  akan gugur juga

Page 28: Sebab qisas gugur

tuntutan orang lain kerana hukuman qisas  tidak boleh dibahagikan.  Oleh itu wali yang tidak berdamai  untuk  melepaskan hukuman qisas  boleh menuntut  hukuman diyat untuk  bahagiannya, disebabkan mereka tidak dapat  melaksanakan hukuman qisas  kerana perdamaian dan persetujuan sebahagian dari  wali.  Oleh yang demikian maka berpindahlah hak orang yang tidak mahu berdamai kepada hukuman diyat.

 

 

            Syarat-syarat Sulh (Berdamai)

 

            Ulamak menggariskan beberapa syarat bagi menentukan suatu sulh  atau perdamaian itu sah, antaranya :

 

            (i)         Hukuman ganti yang dipersetujui itu hendaklah suatuyang dihalalkan dalam Islam.  Oleh itu sekiranya perkara yang menjadi  ganti kepada hukuman qisas  itu diharamkan seperti

Page 29: Sebab qisas gugur

arak, judi,  berzina, maka perdamaian dengan cara yang  diharamkan itu tidak sah.  Timbul persoalan sama ada perdamaian seperti ini boleh menggugurkan hukuman qisas  atau tidak ?

 

            Menurut Mazhab Shafie dan Hanbali berdamai dengan cara seperti ini tetap menggugurkan hukuman qisas,  tetapi hendaklah ditukar dengan hukuman diyat.  Manakala mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa berdamai dengan cara ini boleh menggugurkan  qisas  dengan tidak payah diganti diyat, sedangkan  mazhab Maliki pula  berpendapat bahawa berdamai dengan menggunakan  cara yang haram tidak melepaskan hukuman qisas  kerana seolah-olah tidak berlaku perdamaian.

 

            (ii)        Barang yang dipersetujui sebagai ganti kepada hukuman qisas  hendaklah diketahui oleh kedua-dua belah pihak.

 

Page 30: Sebab qisas gugur

            (iii)       Perjanjian damai itu hendaklah tidak mengandungi  perkara-perkara untuk menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan suatu yang halal, sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Berdamai itu diharuskan antara sesama  Muslimin, kecuali persetujuan untuk menghalalkan perkara yang  diharamkan ataupun mengharamkan suatu yang dihalalkan”.

 

            (iv)       Orang yang berdamai itu hendaklah terdiri dari orang yang berwibawa dan mampu menjalankan tugasnya dengan baik seperti orang dewasa, waras akalnya dan bertindak dengan kehendaknya sendiri, bukan paksaan.

 

 

 

            Pembunuh itu sendiri mewarisi hak menuntut qisas (irth al-dam)

 

Page 31: Sebab qisas gugur

            Satu lagi sebab yang boleh menggugurkan hukuman qisas  ialah jika pembunuh itu sendiri yang berhak menuntut hukuman qisas.   Sepertimana telah dinyatakan sebelum ini bahawa hukuman qisas  bunuh wajib dijatuhkan ke atas pembunuh jika ada tuntutan dari waris mangsa jenayah yang berhak.  Ertinya  jika tidak ada tuntutan  dari waris mangsa jenayah itu, maka gugurlah hukuman qisas.

 

            Begitu juga jika orang yang berhak menuntut hukuman qisas  itu adalah penjenayah itu sendiri, maka gugurlah hukuman qisas bunuh.  Sebagai contoh, katakanlah seorang lelaki bernama Zaid, tidak mempunyai waris  kecuali dua orang anak lelaki yang seorang  bernama Baha dan yang seorang bernama Zaki.  Tiba-tiba si anak yang bernama Baha membunuh bapanya sendiri, selepas itu pula didapati si Zaki  telah meninggal  dunia.  Sedangkan  sepatutnya  oleh kerana Zaki tidak membunuh bapanya, maka dialah  yang berhak menuntut qisas kepada Baha.  Akan tetapi apabila Zaki  telah meninggal dunia lebih dahulu, maka hak tuntutan qisas itu berpindah kepada Baha, iaitu anak yang membunuh bapanya  sendiri.  Oleh itu

Page 32: Sebab qisas gugur

andainya hukuman qisas  itu diwajibkan  kepada orang yang berhak menuntut qisasi, seolah-olah dia menuntut  supaya  hukuman qisas dijalankan ke atas dirinya sendiri, hal  seperti ini tidak dapat dibayangkan boleh berlaku.  Oleh itu maka gugurlah hukuman qisas  jika pembunuhnya itu sendiri adalah waris orang yang mewarisi hak qisas.

 

            Satu  lagi contoh umpamanya seorang yang bernama Haris membunuh emak mertuanya (emak kepada isteri).  Kemudian isterinya yang sepatutnya berhak menuntut qisas  kepada suaminya   kerana membunuh emak mertua telah meninggal dunia sebelum  dijalankan hukuman qisas, maka berpindahlah hak tuntutan qisas itu kepada suaminya (pembunuh emak isterinya) sendiri.  Oleh itu  maka gugurlah hukuman qisas  kepada pembunuh berkenaan kerana kalaulah diwajibkan qisas  kepadanya maka seolah-olah diwajibkan qisas  kepada diri orang yang berhak menuntut qisas sedangkan keadaan seperti ini tidak mungkin boleh berlaku.

Page 33: Sebab qisas gugur

 

            Begitu juga hukuman qisas  boleh digugurkan jika yang menuntut hukuman tersebut tidak mempunyai hak untuk menuntut  hukuman qisas  ke atas pembunuhnya seperti  seorang anak yang menuntut  hukuman qisas  ke atas bapanya sendiri; sedangkan  seorang bapa  yang membunuh anaknya sendiri tidak boleh  dihukum qisas mengikut pendapat kebanyakan ulamak.  Contohnya seperti  seorang suami membunuh isterinya.  Kedua-duanya mempunyai seorang anak lelaki yang sepatutnya berhak menuntut  qisas ke atas orang  yang membunuh emaknya.  Tetapi oleh kerana  yang membunuh  emaknya itu adalah bapanya sendiri, maka anak itu tidak mempunyai hak untuk menuntut qisas  terhadap  bapanya sendiri.  Oleh itu maka gugurlah hukum qisas  daripada pembunuh kerana orang yang menuntut hukuman qisas   itu tidak mempunyai hak untuk menuntutnya.  Ini  adalah kerana  jika bapa membunuh anaknya tidak diwajibkan hukuman qisas  mengikut kebanyakkan ulamak, maka lebih-lebih lagi jika anaknya sendiri yang menuntut hukuman qisas  ke atas bapanya sudah tentu digugurkan hukuman qisas daripadanya.

Page 34: Sebab qisas gugur

 

Wallahu a’lam.