33
1.0 PENGENALAN Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998). Oleh sebab itu, pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997). 1.1 Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

1.0 PENGENALANPendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998).Oleh sebab itu, pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997).1.1 Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.

Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai nilai tambah lain turut diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah:

Nilai Tambah Alaf Baru

Kemahiran Berfikir; Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;Kemahiran Kajian Masa Hadapan;Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pemupukan Nilai

Nilai-nilai Murni;Semangat Patriotisme;Elemen Kewarganegaraan;Nilai Sivik.

Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.

1. Sejarah Awal Negara2. Kedaulatan Negara3. Kemakmuran Negara

KEMAHIRANPENGETAHUANAsas Kemahiran Pemikiran Sejarah

SEJARAH KSSR

ELEMEN KEWARGANEGARAANDAN NILAI SIVIK

1. Perkongsian Sejarah2. Perkongsian Nilai3. Perkongsian Masa Hadapan4. Perasaan Kekitaan5. Komitmen6. Kesetiaan7. Keterikatan Emosi kepada NegaraTUJUH DIMENSIKEWARGANEGARAAN

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran Sejarah KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun) termasuklah melalui:

1. Kemahiran berfikir secara Kreatif;2. Kritis;3. Inovatif;4. Aktiviti Inkuiri;5. Penerokaan;6. Aplikasi Elemen Didik Hibur.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang boleh diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah KSSR termasuklah elemen:ELEMEN EMKCONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH

Bahasa Kemahiran berbahasa dalam proses PdP; Aktiviti bahasa seperti pidato, debat, deklamasi sajak dsb; Kemahiran menyebut dan memahami makna istilah-istilah tertentu dalam Sejarah.

Pendidikan Alam Sekitar Kepentingan menghayati alam sekitar; Penghargaan ke atas alam sekitar; Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun Empat)

Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni melalui penghayatan peristiwa sejarah; Penekanan terhadap nilai-nilai bersama dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia; Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan

Sains dan Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan elemen teknologi dalam proses PdP; Inkuiri dan penerokaan maklumat menggunakan TMK

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK); Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Patriotisme

Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR; Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan; Penghayatan terhadap kandungan kurikulum Sejarah dalam menanam semangat patriotisme; Ditekankan secara langsung dan tidak langsung

Kepimpinan Murid diberi peluang memimpin dalam melaksanakan aktiviti PdP; Murid mengkagumi tokoh-tokoh terbilang dalam sejarah negara.

Kemahiran Belajar Cara Belajar Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) menjadi satu alat berfikir dan alat belajar kepada murid dalam meneroka dan menghayati setiap peristiwa di sekeliling mereka dari konteks sejarah.

Kajian Masa Depan Menjadikan pengetahuan sejarah sebagai asas dalam menentukan masa hadapan; Berfikir tentang masa hadapan melalui iktibar sejarah masa lalu; Mengaitkan kegemilangan masa lalu dalam usaha memajukan masa hadapan.

Kreativiti dan Inovasi Murid menghayati kreativiti masyarakat terdahulu (Zaman Prasejarah); Murid diberi peluang mereka cipta alat-alat zaman batu yang mudah; Murid diberi peluang mempersembahkan kandungan sejarah mengikut kreativiti masing-masing.

Keusahawanan Murid diajak berfikir mengenai faktor-faktor dan tindakan-tindakan para pemimpin zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga mampu mewujudkan empayar perdagangan terkemuka di dunia.

2.0 KONSEP PEMIKIRAN SEJARAHMarzano (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985).Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti enam elemen spesifik dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

3.0 Kaedah Pengajaran Dan PembelajaranAbu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dlam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja cara dan tindakan serta aktiviti yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran termasuklah pendekatan berpusatkan murid dan kepelbagaian teknik dalam pengajaran. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusatkan kepada murid adalah mengadakan teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Dalam proses pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada pembelajaran berpusatkan murid mengambil masa.Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial. Menurut Mok Soon Sang (2002) kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan. Selain daripada itu, kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah ini menjadi essence dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains social untik mengembangkan kemahiran belajaryang bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan ikepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Cara ini memberatkan penyiasatan-penyiasatan, ekspositori dan penemuan. Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya, kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan secara sistematik oleh guru. Kaedah ini dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada pelajar. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara sendiri. Hal ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri dapat membentuk sikap keterbukaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan pelajar lebih berdikari dan mampu untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru sahaja untuk memberikan maklumat kepada mereka.Pengajaran sejarah KSSR perlu menitikberatkan perubahan sikap pelajar-pelajar untuk menegtahui bukan setakat apa yang orang lain fakir dan diminta percaya apa yang diketahui, tetapi menggalakkan mereka menyoal, mengkaji, menilai, menyangkal pendapat-pendapat berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti sejarah. Pentingnya strategi inkuiri ini ialah untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah-masalahatau pengetahuan-pengetahuandan mengaplikasi pengetahuan sejarah dengan keadaan masa kini. Seseorang bukan sahaja dapat memahami isi kandung sejarah tetapi dapat mengaitkan dengan situasi lain (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999). Daripada pengalaman-penglaman penyelidikan, kaedah inkuiri dapat memberikan kemahiran yang penting kepada proses pengembangan kemahiran intelek.

4.0 Konsep Kaedah Pengajaran InkuiriKaedah inkuiri atau tinjau siasat atau pertemuan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran sejarah. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial, kaedah ini menjadi penting bagi mengembangkan kemahiran kemahiran belajar yang bermakna kepada murid. Ia menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan. Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003). Kaedah ini dapat membentuk sikap suka meneroka dan menyelidik dalam kalangan pelajar. Melalui kaedah inkuiri, guru bukan memberikan murid-murid, sebaliknya mengemukakan persoalan atau permasalahan yang memerlukan pelajar mendapatkan data dan melakukan penyelidikan serta mengemukakan penjelasan bagi menilai andaian-andaian yang sudah mereka bina. Oleh itu, kaedah ini menggalakkan murid menggunakan akal fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan sejarah dengan keadaan masa kini. Kaedah inkuiri adalah berdasarkan falsafah John Dewey yang menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan. Guru akan membentuk dan menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, murid dapat memahami dan menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah dengan membuat penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata. Murid belajar sejarah melalui pemahaman dan bukan penghafalan semata-mata.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid memainkan peranan penting dalam aktiviti gerak kerja seperti bertanya, membaca, berbincang, mencatat, meneliti, dan menganalisis data atau maklumat, menghujah, melaporkan, menulis esei dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Interaksi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kaedah ini juga dapat merangsang murid mengkaji dam mengetahui sesuatu peristiwa secara dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan naluri ingin tahu dalam kalangan murid. Kaedah inkuiri melibatkan proses mental yang sentiasa berkembang. Semasa mengamati sesuatu masalah, mengklasfikasikan masalah tersebut, seterusnya membuat andaian atau membina hipotesis, menguji hipotesis dan akhirnya membuat kesimpulan. Ini adalah cara mendapatkan penemuan dan membuat kesimpulan berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan melalui pemerhatian, pengumpulan data dan sebagainya.Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk mengapa dan bagaimana memerluka murid membuat huraian. Ini menghasilkan tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas bagi tujuan yang lebih bermakna.Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktif dan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):1. Cadangkan masalah yang mencabar2. Bantu murid-murid menganalisis masalah3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh dipertimbangkan4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya. 7. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri.8. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah. Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan deduktif, murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan proses mencari maklumat atau fakta sejarah itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulan sesuatu peristiwa sejarah yang telah diketahui dan diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang diberikan.Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada data-data yang terkumpul kepada generalisasi. Pendekatan ini memerlukan kita membuat sesuatu generalisasi daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara yang berbeza. Pendekatan induktif adalah selaras dengan pemikiran sejarah yang terdapatnya suatu covering laws yang berupaya menerangkan fenomena yang berupaya seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza.Langkah-langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi berikut :1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan 2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian 3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik. 5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama.

Pada awal kajian, murid dikehendaki membuat hipotesis. Selepas mengumpul data - data yang sah, menilai hipotesis dengan menggunakan data dan maklumat yang diperoleh, murid dikendaki pula membuat generalisasi berdasarkan bukti-bukti yang terkumpul tadi. Akhir sekali mengaplikasikan generalisasi tersebut kepada situasi yang sama. 4.1 Aspek-aspek Pengajaran InkuiriBanyak isu dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan dalam pengajaran terutamanya berkaitan dengan konsep-konsep dan kebolehan-kebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kaedah ini bertujuan mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan menyusun data serta menganalisis data (maklumat). Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran Sejarah ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan, bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebab-munasab dan sebagainya (Abd Rahim Abd Rashid, 1989:149).Melalui proses inkuiri, satu generalisasi daripada bidang sejarah boleh dikaji atau atau diuji sebagai suatu kemungkinan hipotesis. Penekanan terhadap aspek ini akan membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan kebolehan menilai pelbagai corak generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-masalah serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Dalam merancang tajuk-tajuk sejarah, guru boleh membuat keputusan-keputusan yang rasional dan terancang mengenai bahan-bahan, aktiviti pembelajaran dan strategi-strategi pengajaran untuk memendu dan menentukan tercapainya matlamat pengajaran inkuiri.Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka peroleh daripada sumber rujukan yang sahih.

Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat penaakulan aktif. Apabila murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih supaya menentukan sesuatu masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan. Kaedah inkuiri dalam subjek Sejarah memerlukan proses penyiasatan. Murid akan diminta menyiasat dan mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau jawapan mengenai sesuatu persoalan yang dikemukakan. Melalui pengalaman murid dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat dan murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka melakukan proses pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau peristiwa sejarah. Pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri ini akan membantu murid melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini juga dapat mengembangkan bakat dan kebolehan murid untuk merancang dan mengelolakan sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap berani, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan membuktikan pendapat atau hipotesis yang mereka kemukakan.

Contoh Kaedah Inkuiri dalam Pengajaran Sejarah Langkah 1 : (Menentukan tujuan pembelajaran atau menetukan masalah)Guru membimbing murid mengenal pasti tujuan pembelajaran iaitu sebab untuk mencari jawapan bagi sesuatu soalan ataupun penyelesaian bagai sesuatu masalah. Guru harus membimbing murid supaya dapat merangsang sikap ingin tahu dalam kalangan murid dengan mengaitkan kepentingan perkaitan masalah tersebut kepada diri murid. Teknik menyoal akan membantu murid melihat perkaitan dan kepentingan mengenai tajuk yang diajar dengan diri mereka. Maka rasa ingin tahu mereka akan timbul. Alat bantu mengajar (ABM) seperti potongan akhbar, gambar, karikatur, petikan kata atau rakaman audio atau video boleh juga digunakan. Langkah 2 : (Membina hipotesis)Selepas murid mengenal pasti tujuan pembelajaran dan mengenal pasti masalah, guru harus membimbing pelajar membuat hipotesis. Hipotesis hanyalah jangkaan atau andaian sementara yang sedia ada dalam pemikiran atau ingatan, atau pengetahuan sedia ada pada murid. Ia boleh dihasilkan secara spontan oleh murid atau secara analitikal selepas menilai bahan-bahan yang sedia ada. Ia adalah panduan dalam proses pengkajian dan tanda had kepada pengkajian. Selagi tidak dibuktikan salah ia tidak boleh dikatakan salah atau diketepikan. Guru harus mengawal pembinaan hipotesis pelajar dengan menyediakan data yang terkawal dan spesifik kerana berkemungkinan murid akan membina hipotesis yang tiada kaitan dengan tajuk pembelajaran.Langkah 3 : (Menguji hipotesis)Langkah seterusnya ialah meninjau, mengatur dan menganalisis data dan maklumat bagi menguji kebenaran hipotesis. Pada peringkat awal, guru perlu membimbing murid untuk mengetahui sumber-sumber maklumat. Sumber maklumat boleh diperoleh daripada gambar, statistik, audio, bahan bertulis seperti peta, carta, surat khabar, surat, diari, dokumen, monograf, dan buku teks sumber lain seperti ucapan, kuliah, temu ramah, cerita rakyat dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid murid untuk merujuk buku teks, salinan dokumen yang dibekalkan oleh guru atau pun murid boleh menemu ramah datuk dan nenek atau masyarakat setempat berkaitan tajuk yang diberikan oleh guru. Melalui kaedah inkuiri, ini dapat melatih dan merangsang minda pelajar dalam berfikir secara kritikal critical thinking.

Langkah 4 : (Membuat kesimpulan) Sekirannya penyataan kesimpulan tidak setara dengan penyataan hipotesis dan memerlukan pengubahsuaian, ini bermakna ia membawa suatu idea baharu yang dapat menjelaskan hipotesis tersebut dengan lebih mendalam dan teliti. Langkah 5 : (Menggeneralisasikan ataupun mengaplikasikan kesimpulan)Selepas membuat kesimpulan, murid terpaksa menggeneralisasikan dengan menguji kesimpulan dengan setiap data. Walau bagaimanapun, guru perlulah sentiasa membimbing murid bersifat terbuka sekiranya menerima data baru yang bercanggah dengan generalisasi dan cuba menguji dan mengubah generalisasi jika perlu.Penggunaan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dengan Kaedah InkuiriKebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash. Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik. Kaedah inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat memberi kesan yang positif dalam pengajaran.Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami keperluan asas keadah inkuiri pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti demokrasi, bantuan , dan bangsa, ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat (Joke van der Leeuw-Roord 1998). Dengan kaedah inluiri yang diselitkan dalam pengajaran sejarah dapat membantu murid-meneroka sesuatu sumber sejarah dengan sendiri. Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan ICT akan memberi impak kepada pengajaran mata pelajaran sejarah. Misalnya kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan membawa pelajar untuk bekerja secara kendiri. Untuk itu mereka memerlukan kemahiran inkuiri, menganalisis dan membina argument. Untuk mencapai matlamat ini kita harus memberi peluang untuk pelajar membuat analisis tentang masa lalu secara bebas dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word atau Text) untuk menuli semula jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan. Pembelajaran berbentuk inkuiri melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Ini menyokong pembelajaran kaedah kooperatif dilakukan di dalam kelas.5.0 Kaedah SimulasiModel pembelajaran Simulasi dapat digunakan sebagai bahan mengajar dengan andaian tidak semua proses pembelajaran dapat dilakukan secara langsung pada objek yang sebenarnya. Lakonan atau sesi drama merupakan salah satu contoh simulasi, yakni memperagakan proses terjadinya suatu upacara tertentu sebagai latihan untuk upacara sebenarnya supaya tidak gagal dalam waktunya nanti. Demikian juga untuk mengembangkan pemahaman dan penghayatan terhadap suatu peristiwa yang lebih banyak mengarah kepada psikomotor, maka penggunaan model pembelajaran simulasi akan sangat bermanfaat.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar (Kementerian Palajaran Malaysia 2002). Perubahan yang dapat membawa kepada pencapaian standard yang diharapkan dalam mata pelajaran Sejarah dapat dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu pelaksanaan model pengajaran simulasi (Suhaimi, 2007).Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) mengariskan di antara teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menyenaraikan, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan sumber yang diperolehi. Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses Cybernetics. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.Kaedah pembelajaran simulasi bertujuan untuk: (1) melatih keterampilan tertentu samaada bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian (2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip, (3) melatih memecahkan masalah, (4) meningkatkan keaktifan belajar, (5) memberikan motivasi belajar kepada pelajar (6) melatih pelajar untuk mewujudkan kerjasama dalam situasi berkelompok atau (7) menumbuhkan daya kreatif pelajar, dan (8) melatih pelajar untuk mengembangkan sikap toleransi.Teknologi Maklumat boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sejarah tentang tajuk Kegemilangan Melaka, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan Sejarah Kegemilangan Melaka. Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu bahan untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet.Memandangkan penggunaan komputer adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.Guru-guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran. Dengan ini, guru-guru dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ia sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan negara. 6.0 Penerapan Nilai Kewarganegaraan Dan Sivik

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut diharapkan agar dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan intergrasi nasional.Dengan kaedah inkuiri muri murid dapat penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah ini dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik kerana murid murid meneroka dengan sendiri dan boleh faham dengan lebih mendalam.

Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan sebagai penanda aras untuk menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah. Dimensi kewarganegaraan yang pertama ialah melalui perkongsian sejarah. Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan negara. Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid (1999), mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata pelajaran Sejarah akan melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.Seterusnya, dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian nilai. Dalam dimensi ini, tiga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip Rukun Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya serta berbangga dengan lambang dan simbol negara. Menurut Nazaruddin (2000), Rukun Negara adalah satu susunan cara (prinsip) hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang digunakan ialah perasaan kekitaan. Dalam dimensi ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan hari kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga dengan pencapaian negara. Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan setiap warganegara. Sesungguhnya, melalui penerapan elemen dan nilai sivik seperti ini, mata pelajaran Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.Begitu juga, melalui dimensi kewarganegaraan seterusnya, iaitu perkongsian masa depan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai kaum, memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan negara dapat diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, popurisasi kaum dan kontrak sosial. Oleh yang demikian, penerapan elemen dan nilai sivik khasnya melalui mata pelajarah Sejarah, masyarakat di negara ini mampu untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam melonjakkan ekonomi negara. Begitu juga, kita mampu membina keyakinan dan tanggungjawab warganegara Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa depan.Di samping itu, melalui dimensi kewarganegaraan yang seterusnya iaitu kesetiaan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Oleh yang demikian, dengan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, ia dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan mempunyai perasaan taat dan setia kepada negara.Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah diterapkan melalui dimensi kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara. Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan diterapkan ialah mempertahankan identiti negara, mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan kaum, budaya dan agama. Hal ini turut dinyatakan oleh Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah dapat membantu mengembang dan membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi warganegara. Ini sekaligus membuktikan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.Dimensi kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam dimensi kewarganegaraan ini, antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul negara, menghargai warisan negara dan identiti negara, menghayati prinsip Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian dan kemajuan ekonomi serta berbangga dengan pencapaian negara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik ini, mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong oleh Sheela Abraham (1994), di mana beliau mengatakan bahawa sudah menjadi satu tradisi bahawa sejarah diberi tanggungjawab untuk menanam nilai-nilai seperti moral, budaya dan patriotik dalam kalangan generasi muda.Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.7.0 KesimpulanSecara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai sejauh manakah kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan dan diajar di peringkat sekolah rendah (Tahap 2). Fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Manakala, organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah yang sesuai.Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik tersebut diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan secara sistematik melalui dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, kewarganegaraan serta keterikatan emosi kepada negara.Sesungguhnya, melalui penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, kita mampu melahirkan warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari peringkat awal lagi, khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri seorang warganegara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu, banyak faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak sepatutnya mempunyai anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah. Minat tersebut harus dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hanya mendatangkan kerugian sebaliknya peribahasa bukit sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan panduan.

Rujukan1. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008). ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia

3. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2008. Sukatan Pelajaran KSSR SejarahPusat Perkembangan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka.