24
NAMA : AMIRUL MUHAMMAD BIN OMAR TINGKATAN : 1 ZAMRUD TAHUN : 2016 TAJUK : SALASILAH KELUARGA NAMA GURU : NURUL FARHANA SHIDA BTE HAMDAN BUKU SKRAP SEJARAH

Sejarah Buku Skrap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

come on

Citation preview

Page 1: Sejarah Buku Skrap

NAMA : AMIRUL MUHAMMAD BIN OMARTINGKATAN : 1 ZAMRUDTAHUN : 2016TAJUK : SALASILAH KELUARGANAMA GURU : NURUL FARHANA SHIDA BTE

HAMDAN

BUKU SKRAP SEJARAH

Page 2: Sejarah Buku Skrap

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1OBJEKTIF KAJIAN 2KAEDAH KAJIAN 3HASIL KAJIAN 4

ASAL USUL /LATAR BELAKANG KELUARGA 4CARTA SALASILAH KELUARGA 5LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 6TOKOH DALAM KELUARGA 7NASIHAT/SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT 8PERISTIWA BERSEJARAH DALAM KELUARGA 9

RUMUSAN 10LAMPIRAN 11BIBLIOGRAFI /RUJUKAN 12

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan, dorongan

PENGHARGAAN

Page 3: Sejarah Buku Skrap

dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran sejarah saya, Puan Nurul Farhana Shida Binti Hamdan kerana telah memberikan saya tunjuk ajar dan panduan sewaktu saya melaksanakan buku skrap ini.

Selain itu, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada kakak saya, Nurul Amira Binti Omar dan abang saya, Amirul Hafiz Bin Omar kerana telah memberikan serba sedikit maklumat kepada saya dalam melaksanakan buku skrap ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan serta responden yang memberikan kerjasama yang tidak terhingga sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.

Kajian yang dibuat oleh saya mempunyai beberapa objektif.

Di antaranya ialah:

1. Saya dapat mengetahui salasilah asas keluarga saya dan keluarga kembangan saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 4: Sejarah Buku Skrap

2. Saya dapat mengtahui asal keturunan saya.

3. Hubungan kekeluargaan saya bertambah erat.

4. Saya dapat mengenali saudara mara saya dengan lebih akrab lagi.

5. Perasaan bangga dan bersyukur menjadi salah satu anggota keluarga saya.

6. Menjadi pendorong untuk saya berusaha dengan lebih gigih setelah melihat kejayaan ahli keluarga saya.

7. Saya dapat menyimpan maklumat yang saya memperolehi dan menceritakan kepada generasi yang akan datang.

8. Saya berasa lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat.

9. Saya dapat menggunakan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat berkaitan dengan keluarga saya.

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Kaedah Lisan Saya menemuramah orang sumber iaitu kedua ibubapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka

KAEDAH KAJIAN

Page 5: Sejarah Buku Skrap

secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

2. Kaedah Pemerhatian Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibubapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi, dan tingkah laku mereka.

3. Kaedah Rujukan Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album gambar keluarga saya.

HASIL KAJIANASAL-USUL / LATAR BELAKANG KELUARGA

Page 6: Sejarah Buku Skrap

Hjh Aishah Bte Ali Mohamad

Hj Alivi Bin Pokku

Meninggal dunia

CARTA SALASILAH KELUARGA AYAH

Page 7: Sejarah Buku Skrap

Hj Basir Bin AliviHj Omar Bin AliviHj Hamzah Bin Alivi

Hjh Rokiah Bte Alivi

Hjh Yacha Bte Sedali Hj Saidalvi Bin Hydros

Meninggal dunia

CARTA SALASILAH KELUARGA IBU

Page 8: Sejarah Buku Skrap

Hjh Aminabibi Bte Hj Saidalvi

Hjh Jamilah Bte Hj Saidalvi

Hydrus Bin Hj Saidalvi

Said Omar Bin Hj Saidalvi

Said Mohamad Bin

Hj Saidalvi

CARTA SALASILAH KELUARGA SAYA

Hj Omar Bin Alivi Hjh Aminabibi Bte Saidalvi

Page 9: Sejarah Buku Skrap

Pendidikan amat penting dalam kehidupan setiap orang. Orang yang bertanggungjawab memberi saya pendidikan hingga ke tahap sekarang ialah kedua ibubapa saya.

Pendidikan saya bermula sejak dari saya kecil lagi. Saya dilahirkan di Hospital Pakar Johor pada 4 September 2003. Tahun ini genaplah umur saya 13 tahun dan berada di Tingkatan 1 Zamrud di SMKK Dato’ Penggawa Timur, Masai.

Saya mula menjejaki kaki saya di alam persekolah semasa di usia 5 tahun. Pada tahun 2008 saya di daftarkan ke sekolah Tadika Matahari, Bandar Seri Alam. Saya berjaya

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Nurul Amira Bte Omar Amirul Muhammad Bin

OmarAmirul Hafiz Bin Omar

Page 10: Sejarah Buku Skrap

menamatkan dua tahun persekolahan saya di sekolah tadika tersebut.

Kemudian saya memasuki Sek. Rendah Kebangsaan Masai dalam darjah satu hingga saya menamatkan tahun 6 di sekolah yang sama. Di sepanjang saya berada di sekolah rendah tersebut, saya sering memasuki pelbagai bentuk aktiviti dan pertandingan yang di jalankan di sekolah dan luar sekolah. Diantaranya adalah seperti pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pertandingan azan, pertandingan musabaqah al-qur’an, pertandingan catur serta kuiz matematik dan sains. Di antara aktiviti kokurikulum pula, saya aktif dalam kadet remaja sekolah serta memegang jawatan ketua pengawas sekolah.

Di akhir persekolahan rendah, saya telah berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah iaitu 5A. Kisah kejayaan saya telah saya rekodkan di bahagian peristiwa yang bersejarah dalam keluarga saya.

Page 11: Sejarah Buku Skrap

TOKOH DALAM KELUARGA

Page 12: Sejarah Buku Skrap

Saya telah memilih ayah saya sebagai tokoh dalam keluarga. Ayah saya bernama Tn. Hj. Omar Bin Hj. Alivi. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1968 di Hospital Tangkak, Muar, Johor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di S.K.Puteri Gunung Ledang dari tahun 1975 – 1980. Setelah tamat darjah enam, beliau menyambung pelajaran di S.M.K. Tun Mamat Tangkak, Johor dari tahun 1981 – 1987. Kemudian, setelah tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru dari tahun 1990 – 1992. Pada tahun 1993, ayah saya telah berkahwin dengan ibu saya, Puan Aminabibi binti Saidalvi. Setelah itu pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam bidang Ijazah Pengurusan Perniagaan. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 2001. urusan perniagaan.

Bapa saya boleh dikatakan sebagai seorang yang serba boleh. Banyak sungguh kelebihan dan pencapaian bel iau. Menurut bel iau, t iada apa pun yang mustahi l dalam hidup ini j ika kita mempunyai keyakinan pada Allah swt dan keyakinan pada diri sendiri. Beliau juga berkata bahawa kejayaan itu tidak senang untuk dicapai. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa pun demi masa depan kita.

Page 13: Sejarah Buku Skrap

Walaupun ayah saya telah kehilangan datuk saya semasa beliau berumur 10 tahun, dia tetap tabah dalam pelajaran dan berjaya menjadi seorang guru yang sangat berdedikasi dan disenangi oleh murid-murid beliau sehingga beliau pernah di anugerahkan sebagai anugerah cemerlang sebanyak dua kali (tahun 2004 dan 2013) dalam tempoh perkhidmatan beliau selama 24 tahun. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku Bahasa Melayu untuk kegunaan para pelajar di Malaysia.

Selain daripada itu, sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri saya disebabkan beliau juga gemar membaca. Bapa saya akan membawa saya, kakak serta abang saya ke perpustakaan awam sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan. Beliau selalu berpesan kepada saya bahawa membaca itu ialah jambatan ilmu. Memang benar kata-kata beliau itu, kemahiran membaca bukan sahaja membantu saya Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan malah membantu proses perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Sehingga sekarang, saya gemar membaca buku pada masa lapang dan sebelum saya tidur.

Bapa saya juga tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada adik-beradik saya khasnya pendidkan agama. Saya telah di ajar hal-hal keagamaan sejak dari kecil lagi sehingga saya berjaya

Page 14: Sejarah Buku Skrap

memasuki pelbagai pertandingan keagamaan seperti azan, syarahan dan musabaqah. Bapa saya sering memberi nasihat dan dorongan kepada kami supaya kami dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa dapan kami.

Akhir kata saya sangat mengkagumi dan menyayangi ayah saya. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana dikurniakan oleh Al lah swt seorang bapa yang cemerlang sepertinya. Sememangnya, beliau amat layak untuk menjadi tokoh keluarga saya

Page 15: Sejarah Buku Skrap

Peristiwa yang bersejarah dalam keluarga ialah disaat saya mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah Sekolah (UPSR) tahun 2015. Ini adalah merupakan satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Saya juga tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur saya kepada Allah swt di atas kejayaan tersebut. Saya gembira apabila melihat wajah kedua ibu bapa saya yang sangat gembira pada saat itu.

Kegembiraan itu ditambah apabila saya juga telah dianugerahkan 3 anugerah tertinggi di sekolah saya. Saya dinobatkan sebagai Tokoh Pengawas, Tokoh Ko-Kurikulum dan Tokoh Pelajar pada tahun 2015. Saya telah berusaha dengan gigih untuk kejayaan tersebut dan berkat doa dari seluruh ahli keluarga saya termasuk nenek, mak saudara, bapa saudara serta semua sepupu saya yang sentiasa mendoakan kejayaan saya telah membawa kenangan yang paling bermakna dalan kehidupan saya.

Saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya dalam kehidupan saya. In sha Allah.

PERISTIWA BERSEJARAH DALAM KELUARGA

Page 16: Sejarah Buku Skrap

RUMUSAN

Page 17: Sejarah Buku Skrap

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah mendapat pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya serta mengetahui sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas membuat kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan ahli keluarga antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang berguna seperti kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Akhir kata saya berharap agar rakan-rakan yang lain dapat memanafaatkan kebaikan-kebaikan yang saya rekodkan disini dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

LAMPIRAN

Page 18: Sejarah Buku Skrap

Temubual – ahli keluarga

BIBL IOGRAFI DAN RUJUKAN

Page 19: Sejarah Buku Skrap

Tn Hj Omar Bin Al ivi . No. 33 Jalan Rimba 50, Park View, Bandar Seri Alam, Masai, 20 Mac 2016. 8.00 p.m.

Pn Hjh Yacha Bte Sedali. No 177 Jalan Besar Masai, Bandar Masai. 23 Mac 2016. 8.00 p.m.

Pn Hjh Aishah Bte Ali Mohamad. No 11 Jalan Rimbun, Bandar Seri Alam, Masai. 25Mac 2016. 10.00 a.m.

Internet

http://www.scribd.com/doc/36290009/Contoh-folio-sejarah-tngkatan-1-salasilah-keluarga

Buku

Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Album

Koleksi gambar-gambar keluarga