Sejarah Mock Test 1 Dalam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah soalan Mock Test

Citation preview

SULIT11249/2Bahagian A[20 markah]Jawab semua soalan.

1. Menurut ajaran Islam, peperangan tidak dibenarkan, namun orang Islam masih dibolehkan berperang. Ini terbukti apabila antara tahun 622 M hingga 630M, terdapat beberapa siri peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam contohnya Perang Badar (624M), Perang Uhud (625M), Perang Khandak (627M) dan Perang Tabuk (630M)

(a) Mengapakah peperangan dibenarkan di dalam Islam ?

.. [2 markah]

(b) Jelaskan garis panduan peperangan dalam Islam.

[2 markah]

(c) Peperangan banyak membawa kemusnahan dan kesengsaraan dalam kehidupan manusia. Buktikan

.

.[2 markah]

(d) Sebagai seorang pemimpin sebuah negara, apakah langkah yang akan anda ambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan?

.[2 markah]

(e) Dewasa ini ramai anak muda terpengaruh dengan gerakan militan untuk berjihad bersama ISIS dalam peperangan di Syria dan Iraq. Sebagai generasi muda yang taat kepada negara, bagaimanakah anda dapat mengelak diri anda agar tidak terjebak dalam gerakan tersebut ?

...

[2 markah]

2. Jadual berikut menerangkan perkembangan gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand .

Gerakan Nasionalisme di Thailand

Tahap PertamaTahap Kedua

Berlaku Revolusi Thai 1932Nama Siam ditukar kepada Thailand

(a) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand dianggap unik berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara ?

. [ 1 markah ] (b) Nyatakan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan tahap kedua di Thailand.

[ 2 markah ] (c) Sistem pemerintahan di Thailand mempunyai beberapa persamaan dengan negara kita. Buktikan.

.

.

.

. [ 3 markah ]

(d) Jika anda menjadi pemimpin sebuah negara, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk mengekalkan kemerdekaan dan kestabilan negara.

.

..

.

..

. [4 markah ]

Bahagian B[20 markah] Jawab Satu soalan sahaja

3. Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Makkah ke Madinah. Sehingga kini peristiwa hijrah masih berlaku dalam kehidupan manusia.

( a ) Apakah perbezaan penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah dengan penghijrahan yang berlaku pada hari ini ?[4 markah]

( b) Pada pandangan anda, mengapakah pandangan orientalis Barat yang mentafsirkan peristiwa hijrah sebagai satu pelarian perlu ditolak ? [4 markah]

( c ) iPada pendapat anda, apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah merupakan satu langkah yang wajar. Berikan alasan anda [ 6 markah] ii Berdasarkan pemahaman anda mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah, bagaimanakah anda mengaplikasikan konsep hijrah sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kelak. Huraikan. [6 markah]

4. Gambar berikut menunjukkan akhbar dan majalah yang terdapat di Malaysia dari sebelum merdeka hingga kini

.

Terbit sebelum merdekaTerbit selepas merdekaMedia massa seperti akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam masyarakat. Sebelum merdeka pengaruh akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Majalah Guru dan Pengasuh berperanan menyemarakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kerana berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis serta menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat.

( a ) Nyatakan isu-isu yang dibawa oleh akhbar bagi membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat sebelum merdeka.[4 markah]

( b ) Huraikan peranan media massa kini dalam kehidupan. [4 markah]

( c ) i. Bandingkan kemajuan teknologi media massa sebelum merdeka dengan era globalisasi. [6 markah]

ii. Sejak kebelakangan ini, kemajuan teknologi semakin pesat berkembang mengikut peredaran zaman. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penyalahgunaan teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia? [6 markah]

5. Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara moden pada hari ini.

(a) Terangkan empat ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. [8 markah]

(b) Bagaimanakah undang-undang dalam Kesultanan Melayu Melaka berjaya menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang gemilang ? [4 markah]

(c) i. Pada pendapat anda, apakah syarat penting mewujudkan negara dan bangsa yang makmur? [4 markah] ii.Negara dan bangsa Malaysia dianggap unik. Berikan alasan anda. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelahSULIT