16
SEJARAH OLAHRAGA Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. SEJARAH OLAHRAGA MALAYSIA Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang

Sejarah Olahraga Malaysia

  • Upload
    fatin

  • View
    354

  • Download
    22

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah olahraga

Citation preview

SEJARAH OLAHRAGA

Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. SEJARAH OLAHRAGA MALAYSIA Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya. Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962. Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding. Di peringkat sekolah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.

ACARA-ACARA PADANGSeperti yang dinyatakan terdahulu, olahraga sebagai sukan dibahagikan kepada dua bahagian yang berlainan, iaitu bahagian balapan atau trek dan bahagian padang. Kita telah bincangkan dengan meluas bahagian balapan yang merangkumi semua acara larian, sama ada larian pecut, larian jarak sederhana, larian jarak jauh, larian berpagar ataupun larian berganti-ganti.Ini bermakna semua acara ini dijalankan di dalam balapan. Ada acara yang disertai khusus oleh lelaki dan tidak kurang pula acara yang tunt disertai oleh wanita. Dalam bahagian padang pula, umumnya terdapat dua jenis acara yang dipertandingkan menerusi sukan olahraga, iaitu lompatan, Iontaran atau balingan. Kebanyakan acara yang terdapat dalam bahagian padang disertai oleh lelaki dan wanita walaupun ada juga yang hanya melibatkan lelaki. Semua acara ini diadakan dalam kawasan padang, atau kawasan selain daripada balapan. Pihak penganjur hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk semua acara ini diadakan sebelum rnemulakan sesuatu pertandingan. Acara-acara yang tergolong dalam bahagian padang adalah Ianjutan daripada cogan kata awal Sukan Olimpik iaitu lebih pantas, lebih tinggi dan lebih kuat. Sejak zaman kuno lagi kegiatan berlari, melontar dan melompat adalah aktiviti utama yang dilakukan manusia dalam usaha meneruskan penghidupan mereka. Ketiga-tiga aktiviti ini merupakan seni yang terdapat pada setiap manusia yang sihat. Sama ada disedari ataupun tidak semua manusia yang sempurna fizikalnva melakukan aktiviti ini dan perlakuan mereka adalah mengikut keupayaan dan keholehan masing-masing, sama ada laju, tinggi, jauh ataupun kuat. Aktiviti yang kemudiannya menjadi acara sukan yang diminati menerusi olahraga ialah lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan Iompat bergalah dalam bahagian lompatan dan lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing serta baling tukul besi dalam bahagian lontaran. Semua acara ini turut disertai oleh wanita kecuali lompat bergalah, lontar tukul besi dan lompat kijang (kini lompat kijang sudah dibuka penyertaan untuk wanita, termasuk dalam kejohanan peringkat kebangsaan di negara kita).Jenis-jenis Acara balapanPelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fktor-faktor seperti bilangan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kakitangan pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wariita.ACARA-ACARA KHASSelain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang jiga turut dipertandingkan sebagai acaraolahraga.Olehsebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri) agak sukar untuk dikategorikan sebagai acara rbalapan,atauacarapadang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcileh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton dan lumba jalan kaki.Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.MarathonAcara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :Bil.KategoriAcaraPeserta

1.Lari Jarak dekat100 m200 m400 mLelaki / WanitaLelaki / WanitaLelaki / Wanita

2.Lari Jarak Sederhana800 m1500 mLelaki / WanitaLelaki / Wanita

3.Lari Jarak Jauh3000 m5000 m10,000 mWanitaLelaki / WanitaLelaki

4.Lari berhalangan3000 mLelaki

5.Lari berpagar100 m110 m400 mWanitaLelakiLelaki / Wanita

6.Lari berganti-ganti4 x 100 m4 x 400 mLelaki / WanitaLelaki / Wanita

7.MarathonLelaki / Wanita

8.Heptatlon7 acaraWanita

9.Dekathlon10 acaraLelaki

10.Berjalan kaki5000 m10,000 m20,000 m50,000 mWanitaLelaki / WanitaLelaki

CONTOH ACARA BALAPAN DAN ACARA PADANG

DekathIonDekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.Hari pertamaHari kedua

100 mLompat jauhLontar peluruLompat tinggi400 m110 m lari berpagarLempar cakeraLompat bergalahRejam lembing1500 m

HeptathlonHeptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:Hari pertamaHari kedua

100 m berpagarLompat tinggiLontar peluru200 mLompat jauhRejam lembing800 m