Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

SEJARAH DAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI

Sejarah Suruhanjaya Brundtland1) Suruhanjaya Brundtland/ Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (WCED), dikenali dengan nama pengerusinya Gro Harlem Brundtland2) Ianya diadakan oleh PBB pada tahun 1983.

3) Ditubuhkan untuk mengatasi kebimbangan "tentang kerosakan persekitaran manusia dan sumber alam serta kemerosotan bagi pembangunan ekonomi dan sosial.

4) Perhimpunan Agung PBB mengakui bahawa masalah persekitaran adalah global dan pihak PBB menentukan bahawa semua negara perlulah membuat dasar untuk pembangunan berterusan untuk kepentingan bersama.

BRUNDTLAND REPORT 1987 (WORLD COMMMISSION ON ENVIRONMENT AND DEVELOPMENT WCED) Brutland Report 1987: Pembangunan Lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.

Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengangihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.

BRUNDTLAND REPORT 1987 (WORLD COMMMISSION ON ENVIRONMENT AND DEVELOPMENT WCED) Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan lestari adalah melalui kesihatan ekonomi bandar.

Oleh itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdangangan skala kecil menjadi penting.

IMPLIKASI LAPORAN BRUNDTLANDMengambilkira hubungan antara penggunaan sumber alam, pertumbuhan penduduk dunia dan pembangunan teknologi

Mengambil kira faktor pembangunan yang tidak sekata di kalangan negara maju dan sedang membangun.

Mengambilkira faktor kemusnahan alam dan mala petaka alam yang disebabkan oleh tindakan manusia.

KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkrompomikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka (manusia).

PEMBANGUNAN DIKATAKAN LESTARI APABILA :ada imbangan antara sumber yang digunakan dengan sumber yang boleh diregenerasi/dihasilkan semula.

sumber dalam keadaan baik sebelum dan selepas digunakan

integriti dan diversiti sistem semula jadi dikekalkan atau dipulihkan

dapat memelihara alam dan mewujudkan komuniti yang berbudaya

setiap generasi dapat memberi atau mengekalkan hak generasi yang akan datang.

AKTA-AKTA BERKAITAN PEMBANGUNAN LESTARI Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Akta perhutan negara 1984- seksyen 81 melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan. Akta kerajaan tempatan 1976-seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan mengganggu kesihatan serta alam sekitar. Akta taman negara 1980 menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan. Akta perikanan 1985

MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARIPemuliharaan sumber

Kualiti alam sekitar Pembangunan Lestari

Pembangunan fizikal

Penyertaan politik

Kesaksamaan sosial

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB seterusnya mengadakan laporan khusus/tahunan tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.

AGENDA 21 DALAM PERSIDANGAN PBB (SIDANG KEMUNCAK BUMI RIO DEJANEIRO 1992)

PROFIL NEGARA Pada tahun 1993, beberapa buah negara mula menghantar laporan Agenda 21 kepada CSD. Selepas dua tahun pelaksanaannya, pihak CSD sangat berpuas hati dengan sambutan dan mutu laporan yang dipersembahkan, lalu telah menerbitkan Profil Negara pada 1997 sebagai rujukan paling lengkap selepas 5 tahun pelaksanaan Agenda 21. Profil tersebut menghimpunkan laporan negaranegara antara tahun 1994 hingga 1996.

Profil Negara ini bertujuan: Membantu negara-negara memantau pelaksanaan inti pati Agenda 21. Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan negara-negara lain; dan merekodkan usaha-usaha dan pencapaian negara-negara untuk merealisasikan idea Agenda 21 Siri kedua Profil Negara telah dibentangkan semasa Sidang Kemuncak Bumi tentang Pembangunan Lestari yang diadakan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Setiap profail mengandungi 40 hasrat Agenda 21, termasuklah isu-isu yang menjadi keutamaan CSD sejak 1997, termasuklah perdagangan, tenaga, pengangkutan, perindustrian mapan, dan pelancongan mapan. Profil Negara 2002 ini menjadi rujukan paling berguna sekarang tentang pelaksanaan Agenda 21 pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menyediakan laporan Agenda 21 bukanlah satu tugas yang mudah kerana menuntut kerjasama yang menyeluruh dan berterusan. Tetapi menerusi pemahaman, hubungan dan koordinasi yang baik antara agensi kerajaan, institusi, dan pertubuhan berkenaan, usaha-usaha untuk mencapai hasrat pembangunan mapan tentunya akan lebih mudah dan berkesan, pada peringkat negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

STRUKTUR DAN KANDUNGANTerdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada empat bahagian. Semuanya tercatat dalam dokumen melebih 900 muka surat: Bahagian I: Simensi Sosial dan Ekonomi termasuklah memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat keputusan. Bahagian II: Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk Pembangunan termasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran. Bahagian III: Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar termasuklah peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pekerja. Bahagian IV: Menekankan Perlaksanaan termasuklah sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme antarabangsa dan mekanisme kewangan.

TUMPUAN AGENDA 21 DAN KAITAN PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Penambahbaik an pendidikan asas

Mengorientasi program pendidikan untuk pembangunan lestari

Kesedaran orang awam.

Pengwujudan peluang latihan untuk kesedaran dan amalan.

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI Pendidikan untuk Pembangunan Mapan (Bahasa Inggeris:Education for Sustainable Development (ESD)) merupakan satu wawasan pendidikan yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk memegang tanggungjawab dalam mencipta masa depan yang mapan. Pusat kepada ESD adalah konsep budaya sebagai tema asas. Telah diketahui bahawa tiada "jalan tunggal" untuk pembangunan mapan. Malah, amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adala berbeza bagi setiap orang dan kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan (seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dll).

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI Setiap satu sektor ini mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembangunan lestari dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Sebagai tambahan, bagaimana setiap negara, kumpulan masyarakat dan individu melihat pembangunan lestari adalah bergantung kepada nilai. Nilai bagi sesuatu masyarakat membantu dalam bagaimana keputusan seseorang dibuat dan bagaimana perundangan negara ditulis. Cabarannya ialah bagaimana untuk membawa mereka ini bersama untuk bekerjasama dalam mencari keseimbangan dalam kepentingan dan keutamaan mereka. Pelbagai pendekatan bagi ESD untuk menggalakkan orang ramai memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal dalam konteks lestari.

KESEDARAN AWAMSambutan Hari Alam Sekitar/Hari Bumi Amalan 5R Jualbeli barangan terpakai Perisian komputer utk hasilkan grafik dan poster yang menarik Sekolah Lestari/ Penghijauan Sekolah/ Sekolah dalam Taman/Taman dalam sekolah Jaga Kebersihan dan Keindahan Bandaraya Hari Tak Mau Tapau (Kalau nak tapau, guna tupperware)