22
18 3. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 3.1 Tulisan Jawi Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. 3.2 Sejarah Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Assingment

Embed Size (px)

Citation preview

3. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 3.1 Tulisan JawiTulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.3.2 SejarahTulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

Rajah 1 :Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

3.3. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut. Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa. Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti: batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan seumpamanya ukiran-ukiran pada masjid, istana azimat dan tangkal Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

4. SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI DI MALAYSIA

4.1 PENGENALAN Apakah yang anda faham tentang tulisan dan sistem tulisan? Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat, sama seperti bahasa itu sendiri. Tanda merupakan sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, iaitu maknanya. Kajian ke atas sistem tanda ini dinamakan semiotik atau semiologi. Kajian ke atas sistem tulisan ini dinamakan epigrafi atau palaeografi. Epigrafi mengkhusus kepada tulisan yang dicatat dengan dakwat, manakala palaeografi mengkhusus kepada tulisan yang dipahat, diukir atau ditoreh di atas permukaan yang keras. Tulisan merupakan lambang yang berbentuk coretan/loretan bagi bahasa. Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.

Rajah 2: Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba

Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

4.2 PENEMUAN BATU BERSURAT

Rajah 3: Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.

Batu bersurat (Rajah1) memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ), Nga ( ), Pa ( ), Ga ( ), dan Nya ( ). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

4.3 AbjadBerikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. . (Wikipedia, 2008)

Jadual 1 : Jadual Huruf dalam Tulisan Jawi

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal.Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

4.4 SISTEM EJAAN JAWIOleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :a) Ejaan Tradisi Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ), pada ( ), dan kepada ( ).b) Ejaan LazimEjaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada( ), pasu( ), suka( ), barang( ), bulan( ),nangka( ), dan bantal( ).C) Ejaan Mengikut HukumDalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum. 4.5 PENILAIAN SEMULA SISTEM EJAAN JAWISecara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka buta dalam pembacaan tulisan Jawi. Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Rajah 4: Utusan Melayu menggunakan tulisan JawiAntara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama. 4.6 KESIMPULANSistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup.Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan. Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif ( )mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( ) mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( ) mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya.Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah - ); ejaan tua (itu - ); ejaan baharu ( billik - ); ejaan Arab (wajib - ); ejaan kemelayuan ( peduli - ); dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal ).Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Zaaba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada sistem baru.Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang diusahakan daripada buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939). Kedua-dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan .Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi . Pelajar diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari al - Quran dengan lancar . Sistem ejaan Jawi terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengajaran suku kata . Oleh sebab itu , sistem ejaan Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran .Secara tegasnya semua pihak hendaklah memainkan peranan dan mengambil langkah yang drastik untuk menghidupkan semula tulisan Jawi . Sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan persepsi yang positif terhadap tulisan Jawi sebagai seni yang luhur dalam masyarakat Melayu dan mempunyai rasa tanggungjawab agar terus dipertahankan dan terakam dalam sistem pendidikan Negara tanpa perlu mengabaikan kepentingan tulisan Jawi .Sebagai masyarakat pendidik , guru-guru Pendidikan Islam semestinya memainkan peranan bagi mendidik pelajar supaya dapat menguasai tulisan jawi dan bacaanya . Guru - guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Islam . Untuk kembali kepada kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil pada peringkat menengah akan tetapi kemahiran tersebut perlu diperkemaskan semasa berada di peringkat rendah lagi .