4
Sejarah Pusat Kegiatan Guru Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) berlaku secara beransur-ansur iaitu bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan (PST) pada tahun 1978 dan digantikan namanya kepada Pusat Media Daerah (PMD) pada tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) pada tahun 1981-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara pada tahun 1983, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) pada tahun 1986. Sebanyak 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Media Daerah (PMD) yang kemudiannya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD akan memberi khidmat secara amnya kepada sejumlah 15 hingga 20 buah sekolah di dalam kawasannya. Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Khidmat asalnya pada waktu itu hanyalah untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran dengan kos rendah. Melalui kegiatan-kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat memperluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan teknologi pendidikan. Pada tahun-tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan pada penggunaan perkataan 'Daerah' pada nama PSPD yang sebenarnya tidak menggambarkan satu daerah pentadbiran atau pengurusan kerana di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Dalam pada itu telah berlaku beberapa perkembangan dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesionalisma guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) serta diberikan peranan yang lebih luas. Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG diberi peranan sebagai pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat meliputi isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.

Sejarah Pusat Kegiatan Guru 2013.pdf

  • Upload
    zack

  • View
    21

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Pusat Kegiatan Guru 2013.pdf

Sejarah Pusat Kegiatan Guru

Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) berlaku secara beransur-ansur iaitu bermula dengan penubuhan

Pusat Sumber Tempatan (PST) pada tahun 1978 dan digantikan namanya kepada Pusat Media Daerah

(PMD) pada tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan

Negeri (PSPN) pada tahun 1981-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara pada tahun 1983,

Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) pada

tahun 1986.

Sebanyak 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Media Daerah (PMD) yang

kemudiannya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD akan memberi

khidmat secara amnya kepada sejumlah 15 hingga 20 buah sekolah di dalam kawasannya.

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian

pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Khidmat asalnya pada waktu itu hanyalah untuk memberi

perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan

pembelajaran dengan kos rendah.

Melalui kegiatan-kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat memperluaskan

penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan

pembelajaran. Dengan itu PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar

bandar dengan teknologi pendidikan.

Pada tahun-tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan pada

penggunaan perkataan 'Daerah' pada nama PSPD yang sebenarnya tidak menggambarkan satu daerah

pentadbiran atau pengurusan kerana di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya

terdapat lebih daripada sebuah PSPD.

Dalam pada itu telah berlaku beberapa perkembangan dalam bidang pendidikan hasil daripada

meningkatnya keperluan profesionalisma guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan

Guru (PKG) serta diberikan peranan yang lebih luas. Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu

gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini.

Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan

kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG diberi peranan sebagai pusat logistik bagi hal-hal

pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di

kalangan guru-guru setempat meliputi isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.

Page 2: Sejarah Pusat Kegiatan Guru 2013.pdf

Perjawatan

1. Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DGA32 - PTP1 (Ketua PKG)

2. Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DGA29 - PTP2

3. Juruteknik Komputer Gred FT17

4. Pembantu Tadbir Gred N17

Aktiviti

1. Membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat

untuk pelaporan.

2. Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah.

3. Memberi khidmat sokongan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah mengikut

kelompok.

4. Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber.

5. Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan.

6. Membantu proses pengauditan penggunaan teknologi dalam pengajaran, pembelajaran dan

pengurusan sekolah.

7. Membantu memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah.

Visi

Membantu guru dan sekolah ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan terkini

di setiap sekolah dalam kelompok.

Misi

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan media dan teknologi pendidikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif serta memberi perkhidmatan kepada

guru untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dalam melaksanakan kurikulum melalui pengajaran

media dan methodologi bagi mempertingkat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 3: Sejarah Pusat Kegiatan Guru 2013.pdf

Fungsi

Fungsi 1 - Dasar : Membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan

mengumpul maklumat untuk pelaporan.

Fungsi 2 - Inisiatif ICT : Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah.

Fungsi 3 - Pembestarian Sekolah : Memberi khidmat sokongan pelaksanaan Sekolah Bestari dan

pembestarian sekolah mengikut kelompok.

Fungsi 4 - Penerbitan Bahan : Tidak berkaitan

Fungsi 5 - PSS/Pembudayaan Literasi Maklumat : Memantau dan memberi khidmat sokongan

pembangunan pusat sumber.

Fungsi 6 - Penyebaran : Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan.

Fungsi 7 - Pemantauan dan Penilaian : Membantu proses pengauditan penggunaan

teknologi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.

Fungsi 8 - Khidmat Kepakaran dan Nasihat : Membantu memberi khidmat kepakaran teknologi

pendidikan di sekolah.

Piagam Pelanggan

1. Memberikan layanan yang mesra.

2. Memberikan khidmat bantu, nasihat kepakaran, tunjuk ajar, galakan dan sebagainya terutama

dalam pengurusan Pusat Sumber dan ICT sekolah.

3. Menyebarkan bahan-bahan pendidikan sebagai motivasi, ilham, contoh dan pemindahan

kepakaran kepada guru dan murid.

4. Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart Qualification

Standard dalam tempoh setahun.

5. Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan ICT di sekolah dalam tempoh dua (2)

hari bekerja.

Objektif

Melalui program dan aktiviti yang bersistematik, Pusat Kegiatan Guru diharap akan dapat :

Page 4: Sejarah Pusat Kegiatan Guru 2013.pdf

1. Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang

terancang.

2. Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan akan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran.

3. Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru

secara usahasama.

4. Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.

5. Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru.

6. Mempertingkatkan ketrampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan sejajar

dengan perkembangan kurikulum.

7. Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.

8. Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan

pendidikan.

9. Menyediakan kemudahan untuk guru-guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.

10. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

11. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya murid-murid dan pelajar-pelajar

mendapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan

masyarakat.