40
MENGENALI TASAWUF T ASAWUF, sebagaimana disiplin ilmu tinggi yang lain, mempunyai senarai ta’arif demi membawa penjelasan yang bening lagi sempurna. Bahagian muqadimah ini hanyalah pengenalan ringkas demi memesrakan kita dengan tasauf bak pepatah — tak kenal, maka tak cinta. Sering ada anggapan bahawa apa jua ilmu, ia mesti dikaitkan dengan asal-usul bahasa asal atau dinisbahkan kepada bahasa. Memandangkan Islam berteraskan bahasa Arab, maka sering kata dasar tasawuf dikaitkan ‘suf’ atau bulu domba/kambing biri-biri yang menjadi pakaian perintis tasawuf. Setakat manakah benarnya dakwaan ini ? Tentulah paling utama dalam membuat perincian definasi ialah mendapatkannya daripada ulama muktabar (berwenang/ authoriti) yang memberikan huraian ringkas seperti berikut: Abu Muhammad al-Jurairi: ‘‘Tasawuf itu adalah memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.’’ Abul Hassan al-Nuri: ‘‘Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji (mahmudah).’’ As-Syadzili: ‘‘Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah (sifat ketuhanan).’’ 1 Bab 1 Kandungan Kandungan

sejarah tariqah dan perkembangannya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: sejarah tariqah dan perkembangannya

1Mengenali Tasawuf

MENGENALI TASAWUF

TASAWUF, sebagaimana disiplin ilmu tinggi yang lain,mempunyai senarai ta’arif demi membawa penjelasan yang

bening lagi sempurna. Bahagian muqadimah ini hanyalahpengenalan ringkas demi memesrakan kita dengan tasauf bakpepatah — tak kenal, maka tak cinta.

Sering ada anggapan bahawa apa jua ilmu, ia mesti dikaitkandengan asal-usul bahasa asal atau dinisbahkan kepada bahasa.Memandangkan Islam berteraskan bahasa Arab, maka sering katadasar tasawuf dikaitkan ‘suf’ atau bulu domba/kambing biri-biriyang menjadi pakaian perintis tasawuf. Setakat manakahbenarnya dakwaan ini ?

Tentulah paling utama dalam membuat perincian definasiialah mendapatkannya daripada ulama muktabar (berwenang/authoriti) yang memberikan huraian ringkas seperti berikut:

Abu Muhammad al-Jurairi: ‘‘Tasawuf itu adalahmemasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diridaripada akhlak buruk.’’

Abul Hassan al-Nuri: ‘‘Tasawuf ialah meninggalkansemua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawanafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji(mahmudah).’’As-Syadzili: ‘‘Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah(sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukumrubbubiyah (sifat ketuhanan).’’

1

Bab 1Kandungan

Kandungan

Page 2: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2

At-Tusturi: ‘‘Seorang pengamal tasauf atau sufi adalahorang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahirdan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diridengan Allah SWT dan memutuskan hubungan tidakbermanfaat dengan manusia.’’

Daripada empat definisi tadi, jelaslah tasauf berkisar kepadatiga peringkat atau marhalah:

1. Bidayah 2. Mujahadah 3. Mazaqat

Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke jalan Allah SWT.Iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepadaAllah SWT. Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atauberkenalan dengan Allah SWT. Contoh: Pertalian amal/perbuatanpada zahir dan jiwa dalam bidayah.

Perbuatan Zahir Batin/Jiwa

Makan Sedap Mensyukuri nikmatpemberian-Nya sehinggakita membacakan doa“Allahuma bariklana fimarozaqtana wa kina ‘adzabannar.’’

Melihat alam Indah Kagum akan kuasa-Nyadan menyebut ‘Subhanallah’’

Menerima rezeki Gembira Terharu oleh pemberian-Nya sehingga menyebut“Alhamdulillah wasSyukru lillah.’’

Kuat bekerja Sihat Bersyukur dan menujukanperbuatan untuk mencapaikeredhaan-Nya “Radhitubillahi ra’abaa.”

Kandungan

Page 3: sejarah tariqah dan perkembangannya

3Mengenali Tasawuf

PERINGKAT AMALAN

Seorang pemimpin yang benar-benar mengamalkan tasawuf,walaupun pada peringkat/marhalah bidayah, akan senantiasamemastikan kuasanya tidak menjadi suatu penindasan ke atasorang bawahan. Sesuai dengan firman Allah swt dalam Al-Quran:

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendakidan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki, dan Engkauhinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulahsegala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atassegala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang danEngkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkanyang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang matidari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkaukehendaki tanpa hisab.”

BidayahMatlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa sehingga

terserlah kepuasan rohani dalam hubungan kepada Allah SWT(HabluminAllah) dan hubungan dengan manusia (HablumminanNas). Caranya ialah dengan senantiasa beribadah zahir yang

Kandungan

Page 4: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat4

dihubungkan secara ikhlas demi Allah SWT semata. Kepuasanrohani akan terbina secara beransur-ansur selagi ia dilakukandengan tetap/tekal (istiqamah).

MujahadahSetiap manusia diamanahkan oleh Allah swt untuk berjuang

di jalan-Nya. Inilah maksud jihad dan proses berjuang tadidipanggil ‘mujahadah’.

Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang saja.Melaksanakan amar ma’aruf nahi munkar sudah merupakanperjuangan. Mengekang hawa nafsu terutama dalam bulanRamadan merupakan perjuangan.

Tetapi apa jua amalan membersihkan rohani hendaklahberteraskan syariat; tiada pengecualian dalam hal ini. Tanpasyariat, tasawuf tidak bermakna.

Sekadar contoh, orang yang baik perilaku atau jiwanya yangsuka menderma dan sebagainya tetapi enggan solat, zakat,berpuasa dan menunaikan haji, maka ia bukanlah lengkap sebagaiseorang Muslim dalam erti kata sebenar.

Ada juga orang yang mengaku pengamal tasawuf atau sufitetapi menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dansebagainya yang ditetapkan oleh syariat. Orang beginimembahayakan kerana ia sudah sesat dan bolehmenyesatkan orang lain.

Al mazaqat atau hasil yang diharapkan daripada me-ngamalkan tasawuf. Antara matlamat utama tasawuf dalamrangka ini ialah:

1. mencapai ma’rifatun nafs iaitu kenal diri atau jiwa. Aspek iniperlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah swt. Kitaharus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batassusila diri sendiri. Sesungguhnya ramai orang yang kenal akanorang lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidaktahu dirinya.

Kandungan

Page 5: sejarah tariqah dan perkembangannya

5Mengenali Tasawuf

2. Tasfiah/tazkiah ialah aspek pensucian hati daripada sifat-sifatcela atau mazmudah. Sifat takbur, marah, hasad dan zalimdibersihkan.

3. Tahalli iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan dan sifatmulia atau mahmumah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmudalam diri.

4. Tarraqi bermakna naik kedudukan atau maqam sehinggakanhati sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah swtwalaupun hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah akantaqdir Allah selepas puas berikhtiar.

Jelas matlamat tasawuf, menurut ulama sufi yang muktabar,adalah mendapatkan keredhaan-Nya dengan membina adabdalam jiwa dan zahir.

NISBAH TASAWUF

Asal-usul tasawuf sering diperkatakan dalam rangka luas. Namunpokok perbicaraan hendaklah menjurus kepada unsur membinaatau positif.

Suffah ialah gelar orang ramai terhadap seorang lelakisering beribadah di Masjid Haram. Namanya Al-Ghut binMunir. Beliau muncul sebelum kedatangan Islam dandipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as. Orangnyapendiam dan lebih cenderung berbuat halnya sendiri. Halsebenarnya masih misteri. Jadi, apakah istilah tasawufbermula daripadanya?

Suf ialah bulu domba/biri-biri yang dijadikan pakaianpara nabi dan orang warak. Demikian menurut IbnTaimiyah (dalam bukunya Tasawuf) dan sejarawan IbnKhaldun (dalam buku Muqaddimah). Malah pakciktermuda Nabi Muhammad saw, Ibn Abbas menyatakan:

‘‘Sesungguhnya 70 orang nabi telah berlalu di gurun Rauhahdalam rangka perjalanan untuk menunaikan haji.

Kandungan

Page 6: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat6

Kesemuanya berpakaian bulu domba. Mereka bersalat diMasjid Khair di Mina.’’

Kebanyakan pakaian sahabat dan pengikut sahabat(tabi’ien) berupa bulu domba. Menurut salah seorang ahlitasawuf perintis, Hassan al-Basri:

“Aku telah berjumpa dengan 70 orang perajuritperang Badr. Kebanyakan mereka itu berpakaian buludomba.’’

Jelaslah suf adalah pakaian tawadduk ataumerendahkan diri. Ia kasar tetapi cukup sesuai untukkeperluan musim sejuk dan perlindungan daripadahempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabiadalah penggembala, maka secara logik pakaian merekaadalah daripada bulu domba.Ahlus-suffah ialah gelar bagi para sahabat seperti AbuHurairah dan Salman al-Farisi yang mendiami serambiMasjid Nabawi. Hidup mereka miskin dan kebanyakanmereka bujang. Mereka gigih beribadah.Saf bererti baris dalam solat jemaah. Lazimnya orangsuka beribadah itu cuba mendapatkan tempat di barisandepan jemaah.Suffiyah (suffistiyah) diambil dari kekata Yunani sophistyang merujuk kepada golongan manusia yang cubamencari kebenaran, bermula dengan ajaran Socratessehinggalah Aristotle. Pemikir besar Islam, Al-Baruniyang juga seorang sejarawan, telah memberikan kaitan iniwalaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yangberpendapat tasawuf tidak meminjam mana-manaamalan, kecuali daripada Islam sendiri.Safa bermakna kebersihan, ini juga dikaitkan dengansalah satu usaha pemurnian sufi yang dipanggil tasfiyah.

Jadi mana satukah istilah sebenar asal-muasal tasawuf masihlagi suatu misteri. Pokoknya segala definisi hendaklah

Kandungan

Page 7: sejarah tariqah dan perkembangannya

7Mengenali Tasawuf

memberikan gambaran membina atau membawa kebaikan danbukan meremeh atau menghina tasawuf.

PERMULAAN

Bilakah tasawuf dimulakan?

Tidak syak tasawuf dimulakan sejak Rasulullah sawmenyebarkan Islam. Sari pekerti Nabi saw itu merupakanmatlamat tasawuf – bersih rohani, senantiasa memikirkan urusankemanusiaan yang diredhai Allah, senantiasa mendekati Allahsecara bersendiri-sendirian atau khalwat.

[Sayang sekali istilah khalwat sudah disalahgunakan hinggabermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan di dunia sebelahsini.]

Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikaldalam menjernihkan fikiran dan rohani.1. Nabi saw mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira

sehingga mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufiterutama yang dapat pergi ke gunung atau hutan. Namun iatidak boleh dimaknakan sebagai bertapa iaitu amalan yangdikaitkan dengan agama terdahulu, Hindu dan Buddha.

2. Solat juga merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpukepada Allah dan kita mengasingkan dunia.

3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kitamengasingkan dunia daripada makan minum, seks dan apajua tuntutan nafsu.

Puasa terbahagi kepada tiga iaitu awwam (sekadar lapar dandahaga), khawaz (menahan nafsu sambil beribadat) dankhawazzul khawaz (puasa seluruhnya dengan menahanpancaindera dan hati daripada godaan nafsu, beribadat danmeningkatkan penghayatan Islam). Dalam ibadah puasaRamadan, 10 hari terakhir diluangkan untuk beriktikaf(berada di masjid untuk beribadah semata) dan meninggalkanurusan dunia.

Kandungan

Page 8: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat8

4. Haji merupakan khalwat terbesar kerana apabila beradadalam ihram, kita tunduk zahir dan batin atas segala syaratyang dikenakan Allah swt Ketika wuquf (berihram dan beradadi Arafah), haji itu adalah lambang kematian dan kebangkitanserta perhimpunan agung di Padang Mahsyar.

Kain ihram putih itu ibarat kain kapan. Apabila haji selesaidilaksanakan dengan sempurna, seseorang itu mencapaimabrur iaitu bak bayi bersih yang baru dilahirkan.

Nabi saw telah mengajarkan kita agar membersihkan diridaripada sifat syaitan dan haiwan. Daripada syaitan, timbul sifattakabur sehingga membawa hasad dan kezaliman. Daripada sifatbinatang, timbul sifat kebinatangan nafsu dan buas.

Proses pembersihan diri itu terpapar dalam salat yang didalamnya terkandung rukun sujud – saat seseorang pasrahsepasrahnya kepada Ilahi.

Dalam tasawuf, kehebatan dunia tiada bererti kecuali untukmembela kemanusiaan agar menjalani hidup mulia. Inilah yangdilakukan oleh Rasulullah yang dikelilingi oleh orang kaya danmalah ditawarkan oleh Allah swt akan emas sebesar Gunung Uhud.

Tasawuf tidak lain ialah segala amalan yang disuruh Allah swtagar kita mengingati-Nya sebagaimana terpapar dalam maksudsurah An-Nur: 37:

‘‘Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan (urusan) dantidak pula oleh jual-beli (perdagangan) daripada mengingatiAllah; mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka takutpada suatu hari (Kiamat) ketika hati dan penglihatan merekamenjadi tergoncang.’’

Kandungan

Page 9: sejarah tariqah dan perkembangannya

9Mengenali Tasawuf

Dengan amalan tasawuf, maka terpupuklah manusia menjadipara wali (orang soleh yang amat menjaga agama) sebagaimanamaksud surah Yunus: 62:

‘‘Sesungguhnya para wali Allah tiada kekhuatiran dan merekatidak pula berdukacita.’’

Wali tidak semesti ada keramat yang kita dapat rasakan.Orang soleh biasa juga boleh bertaraf wali jika Allah swtmemperkenankannya. Sekadar contoh mudah, seorang ayahmendapat bayi pertama yang cacat. Daripada meratapi hidupnya,beliau menerima dengan redha dan senantiasa beribadah, sabardan menyatakan kesyukuran. Anaknya dibela hingga menjadimanusia yang dapat mengatasi kecacatannya. Ayah beginimerupakan seorang wali.

Seorang suami yang kematian isteri yang dicintai, tidak harusmeninggalkan solat dan terus menangis. Ia harus menerima takdirdan gigih melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim sertamendoakan isterinya.

Memang sukar mengetepikan perasaan yang kuat men-cengkam fikiran. Sekadar contoh, sahabat Nabi, Umar al-Khattabtidak dapat menerima hakikat bahawa baginda telah wafat. Umarmengancam untuk memancung sesiapa yang menyatakan Nabiwafat. Namun apabila Abu Bakar ra membacakan sepotong ayatbahawa seluruh Nabi akan mati, termasuk Muhammad, makasedarlah Umar akan kesilapannya sehingga ia beristigfar.

Jelaslah kehidupan Rasulullah saw merupakan cerminantasawuf. Namun dalam zaman baginda, tidak timbul pembahagianilmu seperti tauhid, fiqh dan tasawuf. Menurut Ibn Khaldun,perkembangan Islam begitu pesat sehingga timbul pelbagaicabang ilmu selepas 200 tahun Nabi saw wafat, misalnya timbulHassan al-Basri (wafat 110 H), Sofyan as-Tsauri (wafat 161 H,dan juga guru kepada wanita sufi, Rabiah al-Adawiyah).

Kandungan

Page 10: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat1 0

PENGAJIAN TASAWUF

Ilmu tasawuf berkembang pesat menerusi sistem persekolahanatau madrasah sejak 200 H. Umumnya terdapat lima jenismadrasah:

1. Muhasabiyah (pengetuanya dipanggil muhasibi) yang banyakmengajarkan pelbagai aspek redha.

2. Khusairiyah yang dirintis oleh Syeikh Salleh Hamdun yangterasnya ialah membasmi kemungkaran atau sifatmazmumah.

3. Taifuriyah dirintis oleh Abu Yazid al-Bustami yangmenegaskan konsep mabuk dalam cinta kepada Allah.

4. Junaidiyah dipelopori oleh Abul Qassim al-Junaid al-Baghdadi yang menegarkan konsep kesedaran.

5. Sahliyah dikemukakan oleh Sahal bin Abdullah at-Tsuri yangmenitik beratkan riadah dan mujahadah.

Jelaslah tasawuf mendahuli pengajian tauhid dan fiqh. Tidakhairanlah para iman empat mazhab juga merupakan ahli tasawuf.Lama-kelamaan pengajian tasauf mewujudkan gaya pendekatanyang dikaitkan oleh guru atau syeikhnya. Inilah yang dipanggiltariqah (tariq = jalan).

Namun tasawuf boleh dipelajar tanpa tarikat, tetapi tarikattidak dapat dipelari tanpa tasauf.

Tariqah memerlukan empat teras:

i. Guru atau syeikh/mursyid

ii. Zikir(riadah) dan mujahadah

iii. Muridiv. Silsilah atau urutan guru utama demi memastikan ia

tidak melencong atau sesat.

Kandungan

Page 11: sejarah tariqah dan perkembangannya

1 1Mengenali Tasawuf

Dari zikir yang disusun menjadi wiridan, dibaie atau ratibsehinggalah hizib. Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatanatau kaifiah. Semuanya berteraskan ayat-ayat Quran dan Hadis(amalan dan doa Nabi saw).

Kandungan

Page 12: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat1 2

TASAWUF ISLAMYANG BENAR

PERMULAAN TASAWUF ISLAM

Para ulama berbeza pendapat tentang mulaannya muncul definasitasawuf:

Abu Nashr As Sarraj berkata, “Sesungguhnya asal mulatumbuhnya tasawuf adalah pada zaman sebelum Islam.”1

Ibnu Khaldun berpendapat, “Munculnya adalah pada abadkedua, setelah manusia berlumba-lumba mengejar dunia danmenyibukkan diri di dalamnya, maka mereka yang tetap tekun beribadahseperti sediakala disebut asy syuufiyyah.”2

Sedangkan Ibnul Jauzi3 cenderung berpendapat bahawatimbulnya tasawuf adalah sebelum tahun 200 Hijriyyah, ertinya,pada akhir abad kedua Hijriyyah.

Adapun Ibnu Taimiyah4 berpandangan bahawa timbulnyatasawuf adalah pada awal abad kedua, dan tidak dikenali secarameluas kecuali setelah abad ketiga Hijriyyah. Katanya, “Tasawufuntuk pertama kalinya muncul di Bashrah. Sedangkan orang pertamayang membentuk rangkaian sufi adalah ‘Abdul Wahid bin Yazid darisahabat Al Hasan di Basrah. Namun sikap berlebihan dalam zuhud,ibadah, rasa takut, dan semacamnya itu tidak berlaku di seluruh daerah.

1 Abu Nashr As Sarraj, Al Luma’, hal. 42.2 Ibnu Khaldun, Muqaddimah Ibnu Khaldun, hal. 417.3 Abu’l Faraj Ibnu’l Jauzi, Talbis Iblis, hal. 163.4 Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Al Fatawa, vol. 11 hal. 6-7.

Kandungan

Page 13: sejarah tariqah dan perkembangannya

1 3Mengenali Tasawuf

Pada masa itu hanya dikenali dengan : Ahli Fiqeh dari Kuffah danAhli Ibadah dari Basra.”5

Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Taimiyah bahawa,pembahasan tentang tasawuf diambil dari Al Hasan Al Basriyang wafat pada tahun 110 Hijriyyah, dan dari Sufyan Ats Tsauriyang wafat pada tahun 161 Hijriyyah.

Pada permulaan gerakan, sufi diungkapkan dengan sikapzuhud terhadap dunia, sibuk dengan ibadah dan mujahadahterhadap nafsu dan membimbingnya dengan akhlak yang mulia.Maka mereka adalah golongan yang bersungguh-sungguh dalamketaatan kepada Allah. Ibnu Taimiyah telah menjelaskanpandangannya tentang keutamaan golongan sufi dengan lebihlanjut: “Yang benar adalah bahawa mereka merupakan golongan yangbersungguh-sungguh dalam ketaatan kepada Allah sebagaimana ijtihadmentaati Allah oleh orang-orang lain. Ada yang tergolong secarapertengahan dan ada pula yang sebaliknya. Dan tiap-tiap satu golonganitu, kadangkala berijtihad tetapi keliru. Dan ada pula yang berdosa,langsung bertaubat dan ada pula yang tidak. Dan sudah tentumenyandar kepada yang salah itu, sekaligus menzalimkan dirinya danmelakukan maksiat kepada Allah.”6

Yang benar di dalam masalah ini adalah, bahawa tasawuf ituialah mengikuti perilaku kehidupan Rasulullah saw. BagindaRasulullah saw mengarahkan diri kepada Allah dengan melihat,merenungkan, menyepi, berlatih, bermujahadah dalam perkataanmahupun perbuatan sehingga rohnya bersih, perasaan melunak,cermin kalbunya bersinar cemerlang dan bersedia untukmenerima Nur dari Allah. Maka beliau menjadi orang yang jujurlaksana pancaran subuh, sehingga muncullah cahaya hakikat yangmenerangi lubuk hatinya dengan kebenaran dan keyakinan.

Nabi Muhammad saw menghabiskan siang dan malamnyaseorang diri, jauh dari kesibukan umum dengan menyendiri di

5 Ibnu Taimiyyah, Ibid., vol 11 hal 6.6 Ibnu Taimiyyah, Ibid., vol. 11 hal. 18.

Kandungan

Page 14: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat1 4

dalam gua Hira’ sebelum turunnya wahyu itu. Begitu menerima‘bi’tsah’ (perutusan kenabian), maka syariat pun turun berturut-turutke atas dirinya, sesuai dengan keadaan yang dihadapinya. Beliaujuga tidak pernah ada sifat keangkuhan walaupun beliau yangterpilih untuk mengembangkan risalah dari Allah.

Sahabat-sahabatnya turut mengikutinya. Mereka tidak meng-hafalkan ayat-ayat Al Qur’an kecuali setelah mengamalkannya,dan tidak menghafalkan yang lain kecuali sesudah melaksanakansecara nyata apa yang mereka hafalkan terlebih dahulu.

Kezuhudan dan kesucian telah termasyhur dengan banyaksekali dari kalangan sahabat sepanjang kehidupan Rasulullah sawdan setelah wafatnya. Telah turun banyak ayat-ayat yang penuhmengandung makna tasawuf, walaupun tidak menamakannyademikian.

Allah berfirman kepada NabiNya, Muhammad saw:

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orangyang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari denganmengharap keridhaan-Nya...

(Al Kahfi: 28)

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak(pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, mendirikansembahyang, dan membayarkan zakat. Mereka takut kepadasuatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadigoncang.

(An Nuur: 37)

Kandungan

Page 15: sejarah tariqah dan perkembangannya

1 5Mengenali Tasawuf

Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamuselalu mengajarkan Al Kitab dan kerana kamu tetapmempelajarinya.

(Ali ‘Imran: 79)

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah, tidak adakekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedihhati.

(Yunus: 62)

Telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah ra dari Nabi saw : “Nabi sawselalu melakukan solat malam hingga bengkak kakinya. Maka akuberkata kepadanya, “Mengapa Anda melakukan hal itu, wahaiRasulullah, sedangkan Allah telah memberi ampunan atas dosa-dosaAnda yang dahulu mahupun yang akan datang?” Beliau menjawab,“Tidakkah sebaiknya aku menjadi hamba yang suka bersyukur?”(HR. Asy Syaikhani, An Nasa-i, At Tirmidzi).

Dari sini kelihatan bahawa muslimin itu berjenjang tingkatanakhlak, ibadah, dan akidahnya. Ada muslim yang biasa, ada yangsederhana, dan ada yang melebihi keduanya.

Kandungan

Page 16: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat1 6

Allah berfirman:

Lalu di antara mereka ada yang menganiaya dirinya sendiridan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antaramereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan.

(Faathir: 32)Sedangkan tasawuf Islam yang hakiki adalah Islam teladan,

dan mutashawwif merupakan muslim teladan.

Apabila ada yang bertanya:

“Mengapa seruan untuk mengikuti tasawuf tidak kelihatan padamasa Nabi saw. dan sahabat-sahabatnya, melainkan baru munculsetelah itu?”

Jawapan bagi pertanyaan ini:

“Adalah orang-orang Islam pada zaman Nabi, mereka hidup muliadalam jalinan persahabatan dengan Rasulullah saw. Para pengikut-pengikut ini merupakan orang-orang yang zuhud, mulia, gemarbermujahadah, dan ‘fana’ dalam mencintai Allah dan RasulNya.Mereka mendapat kehormatan dengan kesempatan untuk bersahabatdengan beliau, dan mendapatkan kemuliaan tertinggi dari yang dapatdiungkapkan.”

Kaum muslimin selepas wafatnya Rasulullah saw tidakdiberikan sesuatu gelaran kepada seseorang yang dimuliakan.Hanya mereka itu adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw. Olehkerana itu, mereka dikenali sebagai ‘sahabat’. Dalam pada masayang sama, mereka dari generasi selanjutnya yang bersahabatdengan para sahabat disebut ‘tabi’in’, iaitu merupakan sebutanyang paling terhormat. Mereka yang selanjutnya puladinamakan dengan ‘tabi’it tabi’in’ (pengikut para ‘tabi’in’).

Kandungan

Page 17: sejarah tariqah dan perkembangannya

1 7Mengenali Tasawuf

Setelah tiga golongan ini, muncullah perbezaan pendapattentang tingkatan martabat di antara muslimin. Selanjutnya,mereka yang mengkhususkan diri dan memiliki perhatian besarterhadap perintah-perintah agama disebut sebagai ‘zuhhad’ dan‘ubbad’. Namun, selepas itu, timbullah bid’ah di antara berbagaikelompok muslimin, kerana masing-masing mendakwa bahawadi antara mereka terdapat golongan itu tadi. Akhirnya, para ahlussunnah menyingkir dan menyerahkan diri mereka kepada Allahserta menjaga hati mereka dari berlakunya sesuatu yang sia-sia.Kelompok ini menyatukan diri dengan nama tasawuf, dan namaini telah terkenal sebagai tokoh-tokoh Islam yang termasyhursebelum tahun 200 Hijriyyah.7

Berdasarkan hal ini, maka sesungguhnya para sahabattermasuk golongan sufi, walaupun mereka tidak menggunakannama itu.

Jika ada yang berpendapat bahawa ‘tasawuf’ adalah sebutanyang diadakan oleh orang-orang Baghdad pada abad keduaHijriyyah dan sebelumnya, sebutan itu tidak dikenali, makajawapan kepada pendapat ini adalah seperti berikut:

Abu Nashr As Sarraj Ath Thusi8 berkata, “Orang yangpertama kali menyebut ‘ash shuufiyah’ adalah Al Hasan Al Bashri, danAl Hasan pernah menjumpai sekelompok sahabat Rasulullah SAW.Diriwayatkan bahawa beliau berkata, “Aku melihat seorang sufimelakukan tawaf. Aku memberinya sesuatu, tetapi dia tidak mahumengambilnya dan berkata, “Aku masih mempunyai empat ‘daniq’,danitu cukup bagiku.”

Diriwayatkan dari Sufyan Ats Tsauri, katanya, “Seandainyatidak karena Abu Hasyim As Sufi, tidaklah aku mengetahui tentangsedalam-dalamnya makna ‘riya’. Beliau telah mengatakan terdapat didalam kitab yang melaporkan berita-berita berkenaan Makkah, tentang

7 Abu’l Qasim Al Qusyairi, Ar Risalah Al Qusyairiyyah, vol. 1 hal.52, dan Abu NashrAs Sarraj, Al Luma’, hal. 42.

8 Abu Nashr As Sarraj, Ibid., hal. 42.

Kandungan

Page 18: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat1 8

Muhammad bin Ishaq bin Yasar dan lain-lainnya, yang mengatakanbahawa pada masa sebelum Islam, kota Makkah pernah kosongsehingga tidak seorang pun yang melakukan tawaf ke Baitullah.Kemudian datanglah seorang sufi dari kota yang jauh, melakukantawaf di Baitullah dan menyucikan dirinya.”

Dan sekiranya berita ini benar, ia menunjukkan bahawasebelum Islam, nama Sufi itu telah diketahui, dan disandarkankepada orang-orang yang gemar melakukan kebaikan dankeislahan.

Pengamalan tasawuf bukanlah hal yang baru di dalam Islam,bahkan ia merupakan Islam yang hakiki, yang timbul danberkembang seiring dengan kemunculan Islam itu sendiri,walaupun tidak dikenali dengan sebutan ini pada abad keduaHijriyyah. Sedangkan perilaku, perasaan, dan keadaan jiwamuncul dalam tahap terakhir pada masa penerapan ilmu-ilmuseperti fiqeh, tauhid, tafsir, dan lain-lain.

Dan sekiranya nama tasawuf ini tidak disenangi olehsebahagian mereka, maka namakanlah dengan apa sahaja namayang disukai, yang penting, fahaman dan pengamalan ini adalahdari Islam dan tetap diambil dari golongan ini.

Kandungan

Page 19: sejarah tariqah dan perkembangannya

1 9Mengenali Tasawuf

PERI PENTINGTASAWUF

ISTILAH atau nama ilmu tidak pernah menjadi persoalan padazaman Nabi Muhammad saw mahu pun Khulafa’ur Rasyidin.

Namun dalam jangka waktu 23 tahun kenabian, Baginda saw telahmembentang keseluruhan teras ilmu yang merupakan suatusegmen utama dari rangkuman Ar Risalah .

Pelbagai istilah ilmu mula timbul selepas zaman mereka, iaitusetelah segala teras ilmu yang diajar Rasulullah saw dan parasahabat berkembang luas. Justeru, selepas puluhan tahun danmengalami evolusi yang agak teruja, barulah timbul pembahagianilmu mengikut susunan yang kita kenal hari ini. Tujuan asalpenyusunan kategori dan istilah ilmu itu sebenarnya adalah untukmemenuhi keperluan umat Islam yang semakin ramai jumlahnyadan memudahcarakan proses pembelajaran mereka. Usahacendikiawan Islam ke arah pembinaan klasifikasi ilmu itu lebihdidasari oleh keperluan dakwah dan kesesuaian permintaanzaman. Dari gembelingan tenaga dan daya para alim kita itutercetuslah pelbagai bidang ilmu yang antaranya dinamakanTauhid, Fiqh dan Tasawuf, Tafsir, Hadis, Falak, Nahu, Mantiq, Adab,Iqtisad, Qawaid Fiqhiyyah, Zira’i dan lain-lain.

Sebagai manusia Islam kita mungkin begitu akrab denganbidang ilmu Tauhid dan Fikh. Ini berpunca dari pendedahan danpenekanan dasar dalam usaha membentuk keperibadianMuslimin. Pengolahan dan perbahasan ilmu-ilmu tersebut olehpara alim terkemuka seperti Imam Malik, Imam Syafie, ImamHanafi dan Imam Hambali pula memang telah terkenal dan

Kandungan

Page 20: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2 0

meluas. Jasa dan keberkahan mereka telah dan akan terusmembantu umat Islam mencari dan mencetak keperibadianMuslim yang berwibawa. Keperibadian seseorang Muslimsebenarnya terletak pada keteguhan iman dan ketinggian ilmuyang dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah swt.

Hal ini dapat dilihat pada firman Allah swt di Surah Al-Mujadalah ayat 11:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antarakamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

Dari sudut keutamaan dan pendedahan mungkin kitamendapatkan suatu pendekatan yang diselimuti suasana kurangkesungguhan dalam mempelajari ilmu Tasawuf. Ia ada kaitanrapat dengan sejarah perkembangan ilmu dalam dunia Islam yangdiselangi berbagai cita rasa dan pengaruh kepimpinan, dan pilihanmereka sendiri.

Nabi Muhammad saw berperanan penting dalam pelbagaibidang kehidupan umat Islam. Selain tugas kerasulannya, Bagindasaw juga seorang pemimpin negara dan reformer sosial. Antarayang paling menonjol, Baginda saw adalah seorang sufi ataupengamal Tasawuf. Amalan Baginda saw sebagai ahli sufisebenarnya telah disampaikan kepada para Sahabatnya (berertiMuslim yang ditemui Nabi saw atau melihat Baginda). Sejarahtelah banyak merakam kehidupan zuhud para Sahabat ra yangpenuh hikmah, dan manifestasi cinta mereka kepada Allah swtyang sukar ditandingi.

Amalan sufi Baginda itu terpapar pada akhlaknya yang tinggiatau Al-Akhlaqul Karimah seperti zuhud. Pengiktirafan Allah swtakan ketinggian akhlaknya Nabi saw jelas terpapar pada firmanAllah swt di Surah Al-Qalam ayat 4:

Kandungan

Page 21: sejarah tariqah dan perkembangannya

2 1Mengenali Tasawuf

“Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) mempunyai budipekerti yang teragung”.

Allah swt memuji Nabi saw kerana memiliki akhlak mulia danmenyeru manusia menuruti jejak langkah Baginda. Rasulullah sawsendiri sentiasa berpeluang memiliki kekayaan tetapi Bagindamemilih suatu kehidupan yang didasari kemurahan hati dan sifatpenyayang terhadap fakir miskin. Sifat mulia ini yang dimilikioleh Nabi saw harus dijadikan contoh sesuai dengan firman Allahswt di Surah Al-Baqarah ayat 143:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam,umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatanmanusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatanmu”.

Kebanyakan para sahabat juga mengamalkan zuhud iaituhidup dalam keadaan serba sederhana dan membelanjakan hartauntuk anak yatim, orang miskin dan sebagainya demi kebajikanummah. Istilah zuhud ini tidak seharusnya disalahertikan sebagaipengenepian atau tidak berperanan dalam soal keduniaan. Islamtidak sekali-kali melarang Muslimin mecari kekayaan. Malahania merupakan suruhan Allah swt yang terdapat di Surah Al-Qasasayat 77, “ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allahkepadamu untuk kebahagiaan di akhirat, dan janganlah kamumelupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia dan berbuat baiklahkepada orang sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu.”

Para Sahabat seperti Saidinah Abu Bakar Ash Shiddiq,Saidinah Usman bin Affan dan Saidinah Abdul Rahman bin Aufmerupakan niagawan yang berjaya dan kaya. Begitu pula

Kandungan

Page 22: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2 2

Saidatinah Siti Khadijah, isteri Rasulullah saw. Apa yang dituntutadalah memperlakukan harta itu untuk kemashlahatan peribadi,keluarga, dan ummah sehingga membantu tercapainya keadilansosial.

UJIAN KEBENDAAN

Sayang sekali, hari ini kita hidup dikelilingi oleh semangatkebendaan. Malahan yang lebih menyedihkan, ramai juga merekayang mengutamakan kebendaan sedangkan mereka dalamkeadaan lemah atau tanpa kemampuan. Sifat cinta kepadakebendaan ini memang telah dihiaskan dalam diri setiap anakAdam sebagaiman firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat14, “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan pada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita , anak-anak, harta yang banyakdari jenis emas, perak kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dansawah ladang”.

Hidup berhutang demi mengecap kemewahan kononnyatelah menarik mereka ke jurang kemiskinan. Ilmu akhlak atauTasawuf tidak diperbesarkan berbanding dengan ilmu Tauhid danFikh. Pada hal, Rasulullah saw telah mengajarkan ilmu akhlak initerlebih dulu iaitu selama 11 tahun, sebelum para sahabatmempelajari perihal solat (selepas peristiwa Isra’ Mi’raj), puasadan sebagainya.

Akibatnya banyak sifat cela yang ditimbulkan dan diperbesarseolah-olah inilah yang menjadi ukuran manusia yang berjaya.

Sekadar contoh, kita berjumpa manusia yang bercakapdengan penuh kuasa (authoritative) atau menonjolkan pangkatnya.Contoh-contoh ini menunjukkan sifat riya’ dan takkabur (berasaldari bahasa Arab). Dalam Quran, dua sifat cela itu dipuncakandaripada Iblis. Jadi sifat-sifat ini juga disebut sifat syaitan.

Sesungguhnya sifat buruk sama sekali tidak kekal. Misalnya,sejarah tanpa henti memaparkan bukti-bukti jelas mengenaikebangkitan dan kejatuhan para pemimpin dunia yang tegar,

Kandungan

Page 23: sejarah tariqah dan perkembangannya

2 3Mengenali Tasawuf

serakah dan gersang adab. Sehingga kejatuhan mereka ada yangboleh dikatakan dalam keadaan yang aib atau menghancurkan.Jadi sifat cela akan membawa keadaan sebaliknya iaitu apabila kuatpada permulaannya, orang itu akan lemah akhirnya.

Jadi bagaimanakah ilmu akhlak dapat menyelamatkan orangyang berkuasa?

Orang yang berkuasa dapat diselamatkan oleh ilmuTasawuf apabila ia merasa ada pertimbangan wajar yang perludilaksanakannya terhadap golongan-golongan yang dikuasai. Halini senantiasa diperingatkan oleh Allah swt sebagaimana dalamSurah Ad-Dhuha ayat 11, “Apabila diberi nikmat Allah, makahendaklah kau bersyukur”.

Riya’ dan takkabur telah menjatuhkan Iblis ke lembah yangterhina ( ia adalah jin yang telah mendapat nikmat dalam bentukpenghormatan Allah swt sehingga dapat bersama para malaikat.Nama Iblis ketika itu ialah Azazil). Allah swt hendak mengujisetiap hambanya, iaitu mereka harus buktikan ketaatan melaluiperlakuan bukan sekadar ungkapan manis dari hati yang berbolak-balik. Jadi, ketika Allah swt menyuruh para malaikat dan Iblis agarmenyembah (memberi penghormatan) kepada Adam as, hanyaIblis saja yang enggan. Peristiwa ini dapat disingkap kembali padafirman Allah swt di Surah Al-Baqarah ayat 34, “Dan ingatlahketika Kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepadaAdam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabbur danadalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”

Allah swt mengetahui isi hati hambanya. Namun, dalamperistiwa Iblis yang ingkar tadi, Allah swt bertanya mengapa Iblistidak menyembah Adam. Hal ini demi disaksikan oleh paramalaikat dan Nabi Adam. Jawab Iblis ialah dia lagi mulia keranadijadikan daripada api sedang Adam hanya berasal daripadatanah. Jawapan Iblis yang bongkak ini telah dirakamkan dalamSurah Al-’Araf ayat 12 ketika Allah swt bertanyakan kepada Iblis,“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada Adam di waktu

Kandungan

Page 24: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2 4

Aku menyuruhmu ? Iblis menjawab : Saya lebih baik daripadanya.Engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia Engkau ciptakan daritanah .”

Jawapan Iblis itu menunjukkan dia takkabur iaitu berbanggapada dirinya sendiri, dan bersifat riya’ iaitu inginkan orang lain(Adam) menyanjungnya dan bukan sebaliknya. Lantaran itu,Allah swt telah mengenyahkan Iblis dari syurga. Jelaslah di siniIblis merupakan makhluk yang tidak sedar diri iaitu tidakmensyukuri pemberian dan ciptaan Allah swt.

Sepanjang kehidupan manusia dari zaman Adam as, manusiadiuji secara berterusan. Ujian Adam as mengingatkan kita kepadasatu daripada dua sifat asal manusia, iaitu lupa. Hal ini berlakuapabila Adam as lupa dengan larangan Allah swt agar janganmemakan buah dari sebuah pohon. Lupanya Adam as itu adalahberpunca dari rayuan Hawa, isterinya yang menerima bujukanIblis, yang memberitahu bahawa dengan memakan buah tadi akankekallah mereka hidup di syurga.

Satu lagi sifat asal kelemahan manusia ialah mengantuk ataukalah tidur.

Allah swt telah menjadikan Nabi Sulaiman as sebagaimanusia paling perkasa kerana dapat menguasai angin, jin,mengetahui bahasa binatang (termasuk serangga) dan memilikikekayaan yang tiada terkira. Tetapi bagaimanakah Sulaiman asmenanggapi segala keistimewaan itu? Beliau menyatakan bahawa“Ini adalah kurnia daripada Tuhanku sebagai dugaan sama ada akubersyukur atau kufur…’’

Maksud kufur dalam konteks ini bukanlah menafikan Allahswt, tetapi menidakkan nikmat atau anugerah Ilahi.

ILMU BATIN

Dua lagi sifat Iblis ialah hasad (menaruh perasaan iri dan benci)dan dengki (tergamak mengenakan). Jadi dapatkah sifat-sifat

Kandungan Kandungan

Page 25: sejarah tariqah dan perkembangannya

2 5Mengenali Tasawuf

syaitaniah ini dibasmi? Jawapannya ialah tentu saja boleh. Iaboleh dilakukan dengan menguasai ilmu Tasawuf atau ilmu batinyang bertujuan membersihkan jiwa (nafi’a).

Sering kita tidak menyedari bahawa perlakuan kita adakalanyamenyerupai syaitan. Contohnya, ketika bercermin, kita merasadiri kita kacak dan wajah orang lain juga merasa demikian.Merasa kacak dan berbangga itu dipanggil takkabur. Manakalamengharapkan orang lain mengiktiraf kehebatan itu puladipanggil riya’.

Satu lagi contoh ialah, ketika bersolat sendirian, sering kitalalai dari segi ketertiban. Tetapi apabila kita bersolat di masjid ataudi khalayak ramai, kita bersungguh-sungguh melakukannya keranamerasa banyak mata melihat kita – iaitu sifat riya’.

Mengapakah ini terjadi?

Seyogia diingat, sebelum dinyahkan dari syurga, Iblismendapat izin Allah swt bagi dua perkara:

Pertama, untuk terus menduga Adam as dan keturunannya(manusia) dari semua sudut;

Kedua, diizinkan hidup sampai akhir zaman (akhirat).Tujuannya semata-mata untuk menghalangi manusia darimengikuti jalan yang lurus. Iblis terus berkata sebagaimanatercatit pada ayat 17 Surah Al-‘Araf, “Kemudian saya akanmendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanandan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakanmereka bersyukur”

Bagi perkara pertama, Allah swt berkata Iblis dan pasukannyatidak akan dapat mempengaruhi hambanya yang ikhlas beriman.Ini jelas dinyatakan oleh Allah swt dalam Surah Saad ayat 82ketika Iblis menjawab, “Demi kekuasaanMu aku akan meyesatkanmereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antaramereka.”

Kandungan

Page 26: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2 6

Oleh itu, jika kita melakukan sesuatu demi orang lain danbukan kerana Allah, maka kita dikatakan tidak ikhlas.

Secara mudah, Tasawuf ialah mengenai keikhlasan ataumelakukan sesuatu kerana hendak mendapatkan keridhaan AllahSWT. Dari segi formulanya, kita dapat merumuskan sepertiberikut:

T (tasawuf) = f (pembersihan sifat cela, ikhlas)

Berbalik kepada soal solat dan riya’ tadi, hal ini ada dijelaskandalam peringatan Allah swt pada keseluruhan surah Al-Ma’un yangbermaksud, “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ? Itulahorang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberimakan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang salat, iaituorang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya dan engganmemngeluarkan zakat.”

Antara lain mengingatkan orang Islam agar jangan jadipendusta agama (munafik) kerana sekurang-kurangnya tigaperkara berikut:

mengasari anak yatim;enggan memberi makan/menanggung orang miskin;

lalai dalam bersolat, dan

orang yang riya’

Maksud ‘lalai’ (Arab: sahun) amat luas, termasuklah tidakkhusyuk ketika bersolat dan lupa mengenai apa yang dibaca dalamsolatnya kerana fikirannya menerawang.

MAKSUD IHSAN DAN SEMPURNA

Ikhlas juga dimaksudkan sebagai ihsan. Makna ‘ihsan’ terpapardalam sebuah hadis yang amat terkenal, iaitu ketika Jibril as yangmenyamar sebagai seorang lelaki datang dan duduk bertemu lututdi depan Nabi saw dalam suatu majlis yang disaksikan para

Kandungan

Page 27: sejarah tariqah dan perkembangannya

2 7Mengenali Tasawuf

sahabat. Jibril as bertanyakan apakah makna Islam, Iman danIhsan.

Mengenai ‘ihsan’, Nabi saw menyatakan ialah apabila seorangMuslim beribadat ia seolah-olah melihat Allah swt dan jika ia tidakdapat melihatnya, ia mengetahui bahawa Allah swt melihatnya.

Maksud ‘melihat’ ialah satu persaksian iaitu apa jua urusankita hendaklah ditujukan kepada Allah swt. Demi mendapatkankeridhaan atau disukai Allah swt, maka segala kerja yang kita buathendaklah memenuhi suruhannya dan menjauhi larangannya.Amalan inilah yang menjadikan kita melakukan sesuatupekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga ia mencapai tarafsempurna (bahasa Arabnya, kamil).

Bagaimanakah kita melihat sesuatu itu ‘kamil’?

Satu-satunya makhluk yang telah mencapai darjat ataumaqam kamil adalah Rasulullah saw. Segala ilmu dan peristiwa didunia dan keseluruhan alam telah dilihatkan (dipersaksi) Allah swtkepada Baginda. Misalnya, Nabi saw merupakan manusiapertama yang dibedah secara cahaya, diangkat ke langit, dilihatkanperistiwa terdahulu dan pada hari kemudian.

Tugas umat Islam ialah meraih apa jua usaha secarasempurna. Di sinilah terbentang erti gemilang atau kecemer-langan. Kalau bekerja, orang Islam mestilah yang terbaik. Inidapat difahami dengan firman Allah swt di Surah Al-Isra’ ayat 7,“Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri,sebaliknya jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu adalah bagidirimu jua”.

Konsep sempurna dan ihsan ini berkait rapat kerana katadasar bahasa Arab, hasanah (yang baik) adalah ihsan. Kekata ituterhimpun dalam doa yang sangat terkenal – Rabbana athina fiddunnya hassanatan wal fin akhirati hassanatan waqinna ‘azabbannar.(Ertinya: Ya Allah kurniakanlah aku kehidupan sempurna danbaik di dunia dan juga di akhirat dan jauhkan daku dari seksa apineraka).

Kandungan

Page 28: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat2 8

Jelaslah apabila hati kita ikhlas/ihsan, maka kita tidak mudahdigoda oleh pesona zahir seperti harta atau kekayaan, seks atauwanita dan pangkat atau takhta. Hal ini menjelaskan betaparelevannya Tasawuf dalam melengkapkan seseorang – dariseorang pekerja biasa sehingga pemimpin agung – dalammenghadapi dugaan dunia yang dicetuskan oleh Iblis danpasukannya. Apabila hati telah disucikan dengan ikhlas dan ihsan,segala tindak-tanduk kita akan membawa kebaikan di dunia danmendapat balasan baik di akhirat.

Tasawuf adalah ilmu batin kerana ia mengenai dalam dirimanusia yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Aspek batinatau ruh ini juga disebut ruh Islam. Kelemahan umat Islamdewasa ini ialah kerana kekurangan pada ruh Islam.

Sering kita tidak menyedari DIRI KITA sendiri sudahmelakukan syirik atau menyekutukan Tuhan walaupun kitabersolat dan menjalankan pelbagai ibadah. Ini berlaku denganpelbagai keadaan, misalnya seseorang itu senantiasamengharapkan kerja atau usahanya dengan ganjaran dalambentuk harta dan pangkat dan bukan keridhaan Allah swt. Syiriksedemikian disebut syirik khafi (syirik yang tidak disedari/tidakketara). Tetapi syirik yang lebih besar atau syirik jali/kabir ialahbertindak menyekutukan Allah swt secara terang-terangan sepertimengamalkan fahaman komunis, menyembah berhala,menyatakan Tuhan ada ibu bapa dan anak.

AKAL DAN TAQWA

Antara peringatan Allah swt kepada kita ialah semua manusiaadalah sama tetapi yang membezakan darjat/kedudukan ataumaqamnya di sisi-Nya ialah aspek taqwa. Firman Allah swt dalamSurah Al-Hujuraat ayat 13, “Sesungguhnya orang yang paling muliadi antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di sisikamu”.

Kandungan

Page 29: sejarah tariqah dan perkembangannya

2 9Mengenali Tasawuf

Erti taqwa ialah mengikuti suruhan Allah swt dan takutmelanggar perintah-Nya. Sering taqwa dianggap sebagai ‘takut’.Misalnya, kita berhentikan kereta ketika lampu trafik merah keranatakut disaman. Tetapi ‘takut’ kita kepada Allah swt tentulah jauhlebih hebat lagi – takut kerana tidak mendapat keberkahan-Nya didunia, atau takut kerana mendapat seksa neraka. Jadi apa juaperbuatan kita hendaklah kerana-Nya atau lillahi ta’ala.

Dalam kehidupan murni atau sempurna seorang Muslim,sifat ikhlasnya akan mendorongnya untuk melakukan apa juakerana-Nya – dari perkara yang kecil seperti beristinjak,mengangkat wuduk, solat sehingga perkara yang besar sepertimembela diri ketika diserang. Bagaimanakah kesedaran ini dapatditancapkan dalam akal manusia?

Sebelum itu, apa itu akal?

Sebenarnya sukar untuk membezakan apa itu ‘hati’ dan ‘akal’.Sering ulama menganggap kedua-duanya sama saja. Otak yangada di kepala itu bukanlah akal. Tetapi otak adalah organ untukmemproses data wadah daya peringatan.

Ada hadis terkenal menyebut bahawa dalam tubuh manusiaada seketul daging.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw pernah menyatakan“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal darah, apabila ianya baikmaka baiklah seluruh anggotanya. Apabila ia rusak, maka akanrusaklah seluruh anggotanya. Itulah dia hati.

Daging itu adalah hati? Apakah maksud hati ini dalam ertilangsung iaitu ‘hati’ (liver) manusia ? Hal ini akan kita bincangkankelak.

Pokoknya, tanpa akal, tidak sah ibadah seorang Muslim.Salah satu syarat pokok ibadat ialah berakal. Jika orang itu gila,maka ibadah tidak sah. Bahkan jika dia membunuh kerana tidakberakal, perbuatannya boleh dikira tidak berjenayah.

Kandungan

Page 30: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat3 0

Yang membezakan manusia dengan haiwan yang lain ialahkerana manusia berakal. Haiwan pula bernaluri seperti makan,minum, kahwin dan sebagainya. Sekiranya manusia tidakmampu memanfaatkan akalnya, maka ia diibaratkan Allah swtsebagai haiwan, bahkan lebih buruk lagi darinya.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-‘Araf ayat 179, “Merekamempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannyauntuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyaitelinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Taqwa tidak akan teguh jika akal tidak disucikan atau tasfiahdaripada sifat-sifat cela yang terdapat pada syaitan dan jugabinatang (buas dan tidak mengenal hubungan kelamin).

Contohnya: Seorang hartawan dikatakan bijak kerana berjayamengumpul harta walaupun dalam keadaan kemelesetan. Darisegi Tasawuf, kebijaksanaan orang ini hanya bersifat zahir. Ia tidakmelambangkan taqwa.

Untuk meraih taqwa, hartawan itu hendaklah menyalurkanhartanya sebagai sedekah dan zakat. Terlebih dulu, hartanya pulahendaklah diperolehi dengan jalan yang halal.

SEMPURNA MENYELURUH

Manusia Islam adalah insan yang menyeluruh atau kaffah. Ertinyaberkaitan rapat dengan konsep insan kamil atau manusiasempurna yang telah dicapai oleh Rasulullah saw. Istilah kaffahatau keseluruhan dalam mempraktikkan Islam telahdiperintahkan oleh Allah swt dalam firmannya Surah Al-Baqarahayat 208, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turutilangkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yangnyata.”

Kandungan

Page 31: sejarah tariqah dan perkembangannya

3 1Mengenali Tasawuf

Kaffah atau total person ini melihat segala usahanya untukkebaikan sejati seluruh alam. Kehadirannya menguntungkansemua pihak, termasuk sekitaran. Dalam tindak tanduknya sebagaipemimpin negara, panglima perang, bapa, suami, sahabat danmanusia biasa, Rasulullah saw memberikan contoh bagaimanasetiap usaha dilakukan untuk kebaikan menyeluruh. Oleh itu,seseorang itu perlu menguasai ilmu dunia dan juga memiliki sifat-sifat mulia secara batiniah dalam melakukan setiap pekerjaan agarmencapai hasil yang sempurna.

Sebelum memperkenalkan sahabat kepada aspek solatsehingga haji, urusan perang, urusan mentadbir negara,mengadakan hubungan diplomatik, bercucuk tanam, amalanberdagang dan sebagainya, Nabi saw terlebih dulu menampilkansifat-sifat terpuji dalam batin para pengikutnya.

Sifat-sifat batin ini merupakan amalan Tasawuf. Jadi, Tasawufbak kunci hati atau jiwa (Arab: miftahus sudur). Allah swtmengingatkan manusia bahawa hati manusia lebih keras daripadabatu. Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 74,“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebihkeras lagi”. Jadi apabila kunci jiwa dapat dimanfaatkan, hati akanlembut, tunduk kepada Khalik-nya dan mencapai darjat atautaqwa.

Dalam peristiwa Isra’ Mi’raj, aspek pembersihan hati yangdilalui oleh Rasulullah saw iaitu hatinya dibedah dan dibersihkandengan air zamzam oleh Jibril as, kemudian diperkuat denganilmu, iman, kelembutan, makrifah. Kesucian hati Baginda telahmembawanya berjumpa dan berdialog dengan Allah swt. Pada halketika Musa as minta untuk melihat Allah swt, hanya dengansuara yang memuji Allah swt yang menghancurkan sebahagiangunung Tursina itu sahaja telah mengakibatkan Musa as pengsan.

Sesungguhnya Tasawuf adalah disiplin untuk hati tempatterletak ruh Islam. Kelemahan umat Islam kerana ruhnya dan kitaberkewajipan untuk membersihkan ruh tadi untuk kembalisemula ke jalan fitrah, jalan menuju kepada Allah swt.

Kandungan

Page 32: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat3 2

TERAS PERTALIAN IHSAN

IHSAN merupakan satu konsep yang dapat disusur daripadasalah satu hadis yang masyhur. Ketika dikelilingi oleh para

sahabatnya, Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh seoranglelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapitidak dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibril asdalam penampilannya sebagai ‘manusia’. Lelaki itu bertanyakepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakahmakna Islam, Iman dan Ihsan.

Nabi saw menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukunyang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat,menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan danmengerjakan haji. Kemudian Nabi saw menerangkan erti imaniaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi, kitab-kitabAllah, hari akhirat serta qada’ dan qadar. Mengenai ihsan pula,Nabi saw mendefinasikan dengan maksud bahawa seseoranghendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia melihat Allah, danjika ia tidak merasa dapat melihat Allah SWT, ia hendaklahmenyedari bahawa Allah melihatnya.

Apakah kaitan Islam, Iman dan Ihsan? Ketiga-tiganya baktiga unsur dalam satu yang mesti ada dalam diri seorang mukminiaitu orang yang beriman kepada Allah.

Iman dapat digolongkan kepada lima kedudukan ataumaqam:

Pertama, iman matbu’ iaitu iman yang sudah diacuankandalam diri para malaikat sehingga mereka taat

Kandungan

Page 33: sejarah tariqah dan perkembangannya

3 3Mengenali Tasawuf

sepenuhnya kepada Allah swt. Malaikat dicipta tanpanafsu dan senantiasa melaksanakan perintah Allah SWT.Iman malaikat tanpa cacat (zero defects).

Kedua, iman ma’sum iaitu iman yang terdapat pada pararasul dan nabi. Rasul dan nabi adalah manusia, makhlukyang mempunyai nafsu. Tetapi iman mereka senantiasa‘dipelihara’ Allah swt daripada terkena noda dunia.

Contohnya, Nabi Lut berada di kota Gomorah danSodomah yang penuh dengan perbuatan seks songsang.Kecuali Nabi Lut dan anak-anaknya, tiada yangterpelihara daripada noda dua kota itu termasuk isteribeliau sendiri, yang kemudiannya dimusnahkan olehAllah swt. Iman para nabi dipelihara sehingga tidaktimbul tiga jenis keraguan iaitu syak, zahn dan waham.Oleh itu, para nabi juga disebut mempunyai kedudukanatau maqam kamalul yaqin – percaya sepenuhnya kepadaAllah SWT dan 100 peratus pasrah kepada-Nya.Ketiga, iman maqbul iaitu iman yang dimiliki olehmukmin yang bukan terdiri daripada nabi dan rasul.Maqbul bererti diterima Allah swt. Mukmin adalah or-ang yang melaksanakan segala perintah Allah swt danmenjauhi larangan-Nya. Nafsu mereka senantiasa terujidan ada kala mereka nyaris dikalahkan oleh nafsu, tetapiAllah swt melindungi mereka pada saat penuh debar ini.

Selepas para nabi dan rasul, manusia yang dipandangmulia di sisi Allah swt adalah wali (jamak: aulia). Terasiman mereka juga dipanggil mahfudz iaitu iman yangsenantiasa diuji nafsu tetapi dapat diselamatkan keranarahmat Allah swt.

Keempat, iman mauquf iaitu iman milik golonganpembuat bid’ah (istilah Arab: ahlul bid’ah) – mengada-adakan hal yang menghampiri syirik (menyekutukanAllah swt) seperti percaya kepada jin, roh atau kuasa-

Kandungan

Page 34: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat3 4

kuasa lain yang dianggap mempunyai kesaktian; amalankhurafat dan sebagainya.Kelima, iman mardud iaitu iman orang munafik(berpura-pura) – pada kenal dirinya orang ini Islam, tetapisebenarnya ia melakukan hal yang bertentangan ataumemusuhi Islam, termasuk menyekutukan Allah swt.Iman ini ditolak Allah swt dan balasannya adalah neraka.

KAITAN IHSAN

Daripada maksud hadis tadi, jelas Nabi saw memberikan takrifihsan yang khususnya berbeza dengan Islam dan Iman. Ihsanmenegaskan kehadiran kita di depan Ilahi – seolah-olah kitamelihat dan dekat kepadanya.

Erti lihat atau musyahadah, dan dekat atau muraqabahmerupakan teras hubungan antara manusia dengan Penciptanya.

Allah swt menegaskan hal ini dalam firmannya yangbermaksud, “Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasikamu.” (An –Nisaa ayat 1)

Apabila dua konsep ini ditancapkan sepenuhnya dengan sedardalam jiwa (hati atau qalb), maka apa yang kita lakukan adalahkerana Allah (lillahi ta’ala) .

Musyahadah dan muraqabah juga menjurus kepada ertiikhlas. Di sinilah tepapar persamaan antara ihsan dan ikhlas.Keujudan manusia di muka bumi ini adalah semata-matabertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurnaterhadap Allah swt.

Kenyataan ini jelas terkandung dalam firman Allah swt surahAz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, “Dan tidaklah akumenciptakan jin dan manusia melainkan supaya merekamenyembahKu.”

Kandungan

Page 35: sejarah tariqah dan perkembangannya

3 5Mengenali Tasawuf

Pada urutan usaha awalnya, manusia itu harus berjalan di atastuntutan Syariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya,menyerahkan diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadapAllah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri denganAllah swt, atau mendayakan kesampaian persembahanpengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan daridasar ikhlas. Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskanpengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruhkehidupannya dalam lingkaran penghambaan yang jujur, danmengujudkan pengertian seperti yang ia sebut setiap hari: Hanyakepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kamimemohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitantidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.

Malah ada sesetengah ulama menganggapkan kedua-duaistilah itu sama atau boleh digunakan silih berganti.

Ikutilah kisah berikut:

Seorang penuntut tasauf bernama Abul Qassim Aljunaid AlBaghdadi telah ditalqinkan (diajarkan) oleh gurunya, As-Sirr as-Saqati agar sering mengucapkan tiga kalimah sebelum tidurselama sebulan:

Allahu Ma’i (Allah bersamaku)Allahu Nazirun Ilaiya (Allah melihat kepadaku)

Allahu Syahidun ‘Alaiya (Allah melihat atasku)

Tiga kalimah tadi sebenarnya bak ikrar mengenai perihalhadir, dekat dan melihat Allah swt. Guru tadi bertanya muridnyaapakah kesan tiga kalimat tadi kepada dirinya. Aljunaid berkata,beliau merasa amat waspada sebelum melakukan sesuatu perkarayang mendekati maksiat. Malah, beliau terhindar dari perlakuanmaksiat setelah menerima dan mengamal talqin gurunya.

Rasa kewaspadaan daripada berbuat maksiat ini tentulahmemelihara iman seorang mukmin agar terus tergolong dalam

Kandungan

Page 36: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat3 6

maqam ma’sum. Jadi kita juga harus amalkan apa yang dilakukanoleh Aljunid dalam langkah kita mendalami tasawuf.

Konsep musyahadah membawa maksud melihat (basariah)tetapi ia bukanlah melihat dengan mata kita. Hanya NabiMuhammad saw yang dapat melihat Allah swt ketika mikraj. Paranabi lain juga meminta untuk melihat Allah swt, seperti dalam halNabi Musa di Gunung Tursina. Namun Allah swt tidakmengizinkan kerana mereka tidak akan berupaya melihat-Nyadalam keberadaan mereka di dunia ini. Bahkan sebahagianGunung Tursina hancur ketika baru saja tanda kebesaran Allah swtditunjukkan. Menurut Rasulullah saw, cahaya Allah swt diliputioleh 72 hijab (perintang) dan belum pun terbuka satu hijab saja,akan luluhlah isi alam ini.

Jadi bagaimanakah kita melihat?

Dalam pengertian tasawuf, kita melihat melalui kemampuanmata hati. Sehubungan ini, Imam Malik ra, ditanya mengapakahkita tidak dapat melihat Allah swt. Dengan halus dan mudahImam Malik menjawab, bermaksud: “Yang fana’ tidak dapatmelihat Yang Baqa’. Hanya yang kekal dapat melihat YangKekal.’’

Apa jua yang wujud di alam ini, termasuk manusia, adalahdalam keadaan sementara atau tidak kekal. Kehidupan kekalhanya diperolehi di akhirat dan ketika itulah manusia akan dapatmelihat Allah SWT berdasarkan kurnia-Nya.

Jelaslah apabila seorang insan memahami ihsan, maka ia akanmerasa seperti melihat Allah dalam hatinya. Kesannya akanmembawa ketenteraman dalam jiwa – suatu yang tidak ternilaiharganya.

CARA MEMAHAMI IHSAN

Mestilah seseorang itu berilmu demi menggarap pengertian ihsanakan tertancap dalam kalbu atau hatinya. Proses ini tidak mudah.

Kandungan

Page 37: sejarah tariqah dan perkembangannya

3 7Mengenali Tasawuf

Sumber ilmu terbahagi dua: pertama yang dipelajari dan kedua,yang dianugerahkan oleh Allah swt.

Dalam Islam, ilmu terbahagi kepada tiga iaitu tauhid, fiqhdan tasawuf. Ia melibatkan peraturan hubungan manusia denganPenciptanya, hubungan manusia sesama manusia, dan hubunganmanusia dalam jiwanya atau secara introspektif.

Hari ini sering ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaituhubungan dengan Tuhan dan jiwa manusia. Inilah puncakepincangan dalam mencari ilmu dan membawa kesan yangmerugikan manusia.

Daripada tiga aspek tadi, kita menemui pengertian: syariah(perihal undang-undang manusia), tariqah (perjalanan jiwa),haqiqat (kebenaran yang tersimpan jauh di lubuk jiwa atau jugadisebut rahsia jiwa – sirr) .

Perbuatan seperti taubat (kembali ke jalan Allah), taqwa(takut kepada Allah), dan istiqamah (konsisten atau tekalmelaksanakan perintah Allah) merupakan sebahagian dariperlakuan syariah atau dipaparkan secara zahir.

Misalnya, untuk bertaubat: seseorang itu mestilah menunjuk-kan rasa sesal atau nadam, beristighfar (meminta ampun kepadaAllah swt), dan meninggalkan maksiat.

Taubat harus di ikuti dengan istighfar sebagaimana yang telahdi firmankan oleh Allah Jalla Jalaaluh dari surah Al Maidah ayat74 : “Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohonampun (beristigfar) kepadaNya? Dan Allah maha pengampun lagiMaha Penyayang.”

Tidak betul jika seseorang itu sudah bertaubat hanya sekadarmenyebutnya dalam hatinya, sedangkan dari segi perbuatan diamasih melakukan perkara sumbang. Awasi juga orang yangmengaku sudah insaf dan meniggalkan perbuatan buruk yanglama tetapi melaku perbuatan baru yang tidak kurang celanya.

Kandungan

Page 38: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat3 8

Untuk kembali ke jalan Allah swt, selain menimba ilmu,seseorang itu hendaklah melakukan pembaikan atau islah.

Islah atau pembaikan ini memang sangat dianjurkan olehIslam. Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan “Maka barangsiapa yang bertaqwa dan membuat pembaikan, tidaklah adakekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedihhati.” (Surah Al A’raf ayat 35)

Konsep islah amat luas kerana boleh diibaratkan sebagaipemulihan tabiat, peningkatan ilmu, memulakan kehidupanbaru atau berhijrah (berpindah) dari satu keadaan (negeri atautempat) ke keadaan yang lain. Jelasnya, islah mengkehendakiperlucutan sifat cela atau mazmumah kepada sifat terpuji ataumahmudah.

Untuk menjayakan islah, tiga perkara asas diperlukan iaitu:

ikhlassiddiq (benar)

tuma’ninah (tenteram).

Jelaslah dalam hal ini, perbuatan islah itu melibatkanpensucian diri dari segi fikh atau melaksanakan rukun Islam danrukun Iman yang dilihat dari segi zahir, dan juga dari sudutpembersihan batin dan rahsia hati (sirr).

Sekadar contoh, A marah kepada seorang kawannya, B, yangsekian lama dipercayai dan kemudian terbukti mengkhianatinya.A menunjukkan muka (zahir) yang berang, hatinya (batin) perihdan dalam rahsia hatinya (sirr) tersimpan dendam.

Untuk berislah, maka A terlebih dulu perlu bertaubat. Islahyang dilakukannya akan bersifat bathin atau dhamir. Dia perlu:

membuang (takhliah) sifat cela/mazmumah dan,memasukkan (tahliah) sifat terpuji/mahmudah.

Kandungan

Page 39: sejarah tariqah dan perkembangannya

3 9Mengenali Tasawuf

ADIB DAN GANJARANNYA

Islah membawa pembentukan insan beradab atau adib yang darisegi zahir dan bathin suci daripada sifat cela, tetapi gemilangdengan sifat terpuji. Insan ini merasa tenteram (tuma’ninah).Hatinya senantiasa tunduk kepada Allah swt atau disebut tawadhu’.

Sebuah hadis qudsi (firman Allah yang disampaikan kepadaNabi Muhammad saw untuk keperluannya dan kemudiandisampaikan pula oleh Nabi saw dengan kefahaman dan bahasanyauntuk dimanfaatkan oleh para sahabat) yang diriwayatkan olehImam Bukhari, antara lain bermaksud demikian:

Barangsiapa yang menyakiti waliku, Aku memaklumkan perangkepadanya, dan tiada mendekati hamba-Ku kepadaKu dengan suatupekerjaan yang lebih Aku sukai daripada mengerjakan apa yang telahAku fardukan ke atasnya. Dan sentiasa hamba-Ku mendekati dirinyakepadaKu dengan melakukan segala yang sunnat. Apabila Aku telahmencintainya, maka Akulah yang menjadi pendengaran yang iamendengar melaluinya, dan penglihatan yang ia melihat menerusinya,dan tangannya yang ia gunakan dan tamparkan dengannya, dankakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia mintakepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya. Dan demi jika ia mintaperlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya.

Pembahasan hadis qudsi ini amat luas, mungkin satu bukutebal. Tetapi sekadar memahaminya secara ringkas, iamenunjukkan betapa insan yang sudah berislah menerusi prosesIslam, Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala sifat keji danterterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai Allah swt.Memasuki kedudukan atau maqam ‘mahabatullah’ (dikasihiAllah) merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada hamba-Nya.Inilah matlamat ajaran Islam, khususnya yang seringdiperjuangkan oleh tasawuf. Sebenarnya, ajaran tasauf boleh jugadikatakan sebagai sesuatu yang melengkap atau menyempurna-kan ikhtiar insan untuk kembali ke hadrat Allah swt dalamkeadaan ‘ahsani taqwim’. Untuk menjalani proses pensucian jiwa

Kandungan

Page 40: sejarah tariqah dan perkembangannya

Mengenal Tasawuf dan Tarekat4 0

sehingga mencapai peringkat sebaik-baik insan, manusia harusmelibatkan seluruh anggotanya, diteguhkan pula dengan gerakanjiwanya sehingga ia bebas dari segala kekotoran yang menutupmata hati dirinya. Apabila keadaan ini berhasil, maka dirinya itusentiasa tidak terlepas dari mengingati Allah swt, serta jiwa danhatinya mengekalkan pendiriannya terhadap Allah swt.

Maksud ‘perang’ ialah dibenci Allah swt. Bermakna wali ataumukmin yang menjadi kekasih Allah akan terpelihara sehinggaorang yang cuba mengkhianatinya akan gagal dengan sendirinya.

Dalam perkara ini Allah swt menerangkan bahawa para waliitu sentiasa tidak mengalami kesedihan dan kebimbangan. Dalamsurah Yunos ayat 62, Allah Rabbul ‘Izzah mengatakan “Ingatlah,sesungguhnya para wali-wali Allah tidak ada kekhuatiran terhadapmereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu bukan sajamelakukan yang fardu (solat, zakat, puasa dan haji) tetapimelakukan juga yang sunnah (solat sunnah seperti tahajud, rajinbersedekah dan sebagainya).

Lama-kelamaan orang yang menjadi kekasih Allah akanmerasa apa yang dilihat, dihidu, dirasakan, dilakukan atau setiappengendaliannya senantiasa mendapat ‘pedoman’ atau petunjukIlahi.

Inilah jalan yang harus diperjuangkan dalam kita mencarikeredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul Arbab. Firman Allahswt dalam surah Al Ankaabut ayat 69, “Dan orang-orang yangberjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan kamitunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allahbenar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Betapa sentosa dan damai orang sedemikian. Semoga kitamencapai matlamat ini.

Kandungan