28
SEJARAH - TINGKATAN 1 JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Usaha-usaha Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka Oleh Sultan Mahmud Shah

Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Page 1: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH - TINGKATAN 1

JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Usaha-usaha Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka Oleh Sultan Mahmud Shah

Page 2: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

1. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis,Sultan Mahmud Shah, pembesar-pembesar serta     pengikutnya termasuk Orang Laut, telah melarikan diri ke Pagoh dan kemudian membina        kubu pertahanan di Bentayan, Muar.

2. Tidak lama kemudian, baginda berpindah pula ke Pahang ke Bentan atau dikenali sebagai        Pulau Riau.

3. Di Bentan, baginda telah mengukuhkan kedudukan dan kekuatan tentera untuk menyerang     Portugis yang bertapak di Melaka.

4. Maharaja Lingga, Raja Inderagiri, Raja Siak dan Sultan Aru(Deli) telah menghadap Sultan     Mahmud Shah di Bentan.

5. Taat setia telah dinyatakan oleh wakil dari kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah     Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong kepada baginda.

6. Pada tahun 1521, Bentan telah diserang oleh Portugis. 

7. Sultan Mahmud Shah telah mengatur serangan balas terhadap Portugis di Melaka.

8. Baginda telah berusaha sebanyak lima kali untuk menawan semula Melaka tetapi usaha     baginda tidak berjaya.

9. Serangan antara kedua-dua kuasa ini berlarutan hingga tahun 1526. 

10. Pada tahun 1526, Portugis bertindak balas menyerang Bentan dengan bantuan dari Goa.

11. Serangan tersebut telah berjaya memusnahkan Bentan dan Sultan Mahmud Shah        kemudian berundur ke Kampar sebuah jajahan Melaka. Baginda mangkat di Kampar,        Sumatera pada tahun 1528.

Pengasasan Kerajaan Johor

1. Putera bongsu Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai sultan yang baru dengan     gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564).

2. Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan.

3. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor.

Penerusan Warisan Melaka

Page 3: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

1. Sultan Alauddin Riayat Shah II ialah pengasas kerajaan Johor pada tahun 1528.

2. Bendahara dan Seri Nara Diraja telah ditugaskan untuk membangunkan pusat pentadbiran     Kerajaan Johor di Pekan Tua.

3. Sebuah kota pertahanan telah dibina dan dikenali sebagai Kota Kara bagi menjaga     keselamatan ibu negeri Johor itu.

4. Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian mengukuhkan kuasanya iaitu dengan menguasai     semula semua jajahan takluk Melaka dan menjadikannya sebagai jajahan takluk Johor.

5. Johor menguasai semula hal ehwal Pahang dan menentukan  Sultan Pahang yang baru.

6. Pada tahun 1540, Johor telah meluaskan  kuasanya dengan menakluki  Aru.

7. Penguasaan Johor tehadap tanah jajahan takluknya berterusan pada abad ke-17 oleh     Laksamana Tun Abdul Jamil.

8. Wakil Johor telah ditempatkan  di Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan.

9. Tanah jajahan takluk Johor juga memberi bantuan kepada Johor dengan menghantar askar     mereka untuk menyertai angkatan perang Johor apabila diminta.

10. Selain itu, negeri-negeri yang dikawal oleh Johor juga membekalkan barangan eksport       kepada Johor, sebagai contoh Klang membekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading       gajah.

11. Walau bagaimanapun pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berpindah dari satu       tempat ke satu tempat di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga kerana        sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.

12. Perpindahan ini sebagai satu muslihat untuk mempertahankan diri.

Sultan Alauddin Riayat Shah II memperkukuhkan kuasa.

Page 4: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

 Pusat-pusat pemerintahan Johor

Usaha Johor menguasai Melaka 

1. Hasrat Johor untuk menguasai Melaka semula tidak pernah padam.

Page 5: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

2. Pemerintah Johor, para pembesar dan rakyat tidak mudah berputus asa walaupun setiap     percubaan menemui kegagalan.

3. Pada bulan Jun 1551, Johor telah melakukan usaha yang besar iaitu bergabung dengan     angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.

4. Angkatan tersebut mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi kekebalan kota A Famosa     dan peralatan senjata pihak Portugis yang jauh lebih baik menyebabkan usaha tersebut     gagal.

Kota A Famosa

5. Serangan angkatan Johor berterusan sehingga tahun 1564.

6. Dua orang pembesar Johor yang terlibat dalam peperangan ini ialah Tun Sri Lanang dan     Laksamana Tun Abdul Jamil.

7. Pada tahun 1608, angkatan perang Johor telah bergabung dengan askar Belanda dan     akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.

8. Angkatan perang Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengepung     Melaka dari darat dan Belanda pula menyerang dan mengepung dari laut.

9. Walaupun Portugis telah dapat dikalahkan, Johor masih tidak dapat menguasai Melaka,     sebaliknya Belanda yang menduduki Melaka.

10. Akan tetapi ketabahan, kegigihan dan keberanian Johor untuk merampas semula Melaka       daripada tangan Portugis perlu kita hormati dan sanjungi.

Page 6: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Kejatuhan Portugis akibat serangan gabungan angkatan perang Johor dan Belanda.

Kebangkitan Acheh

1. Pada tahun 1520-an, Acheh telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan     selepas kejatuhan Melaka.

2. Pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki telah beralih ke Acheh setelah Portugis     mengenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat serta cukai yang tinggi.

3. Portugis berbuat sedemikian kerana mahu menghapuskan monopoli perdagangan di     kalangan pedagang asing.

4. Selain itu, Acheh juga berkembang sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting di     Gugusan Kepulauan Melayu.

5. Acheh berjaya menjadi kuasa yang kuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda     Mahkota Alam (1607-1636).

6. Selain mahu menguasai perdagangan Selat Melaka, baginda juga berazam untuk menguasai

Page 7: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

    Semenanjung Tanah Melayu.

7. Acheh muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat kerana kemajuan      perdagangan antarabangsanya.

8. Acheh menyerang Perak pada tahun 1575 dan tahun 1620.

9. Pahang diserang pada tahun 1617 dan Kedah pada tahun 1619.

10. Acheh menguasai Pahang dan berkuasa menentukan bakal sultan Johor setelah menawan      Johor.

11. Acheh juga berjaya menakluki Pedir dan Pasai dan menguasai perdagangan lada hitam       yang amat diperlukan oleh pedagang asing.

 Faktor-faktor Perang Tiga Segi

Page 8: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Persaingan Johor dengan Acheh dan Portugis 

1. Perang Tiga Segi melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Portugis di Melaka dan Acheh.

2. Peperangan ini adalah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dan berlarutan      hampir selama 100 tahun(1536-1636).

3. Kadangkala ketiga-tiga kuasa tersebut berperang secara bersendirian tetapi terdapat juga     dua buah kuasa telah bergabung untuk menentang kuasa yang lain.

4. Kedua-dua kuasa Acheh dan Johor ingin mengusir Portugis dari Melaka kerana:     (a) Kerajaan Acheh- Portugis bertujuan mahu menghalang perdagangan Acheh.     (b) Kerajaan Johor- bertujuan untuk merampas semula Melaka dari Portugis.

5. Kerajaan Acheh juga menyerang Johor kerana:    (a) Kerajaan Acheh menyerang Johor- kerana Johor merupakan ancaman bagi kerajaan              Acheh kerana perdagangan Johor yang berkembang maju.

6. Pihak Portugis menyerang Johor kerana:    (a) Portugis menyerang Johor- kerana beranggapan Johor bersatu dan berpakat dengan           Acheh untuk menyerang Melaka.

Kegemilangan Kerajaan Johor

Kebangkitan Semula Johor

1. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas meliputi wilayah pantai 

Page 9: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

    barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga ke Singapura, Bentan dan Lingga.

2. Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar dan Pahang.

3. Faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah:    (a) Kecekapan Sultan dan Pembesar Johor mentadbir negeri.    (b) Kemajuan dalam kegiatan perdagangan.    (c) Perkembangan bidang persuratan.

Jajahan takluk Johor

Johor Sebagai Pusat Perdagangan

1. Johor telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu kerana dapat      mengumpul pelbagai hasil dagangan dari jajahan takluknya yang luas.

2. Kapal dagangan Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar pada tahun 1623. 

3. Pedagang-pedagang asing juga singgah dipelabuhan Johor terutamanya pedagang China     dari Canton(Guangzao) dan Amoy.

4. Belanda dan Inggeris juga berdagang di pelabuhan Johor.

5. Pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau semasa        pemerintahan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1685 hingga tahun 1699.

6. Terdapat pelbagai barangan tempatan dan luar negeri yang diperdagangkan di

Page 10: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

pelabuhan     Johor.    (a) Barangan Tempatan:          Seperti damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam,               kayu gaharu dan beras.

     (b) Barangan Luar Negeri:           Seperti benang emas, kain sutera putih, teh, barangan tembikar dan tembaga (dari

           China).

7. Johor juga terkenal sebagai pembekal kain corak baru.

8. Pelbagai kemudahan pelabuhan seperti gudang serta khidmat membaiki kapal di pelabuhan    boleh didapati.

9. Perdagangan juga dijalankan melalui dua cara iaitu:    (a) Secara tukar barang.    (b) Menggunakan mata wang.

10.  Sistem pentadbiran pelabuhan yang cekap seperti sistem cukai yang berpatutan juga         menyebabkan pelabuhan Johor mendapat sambutan pedagang.       (a) Setiap bahara lada hitan-dikenakan cukai sebanyak 6 keping emas.       (b) Setiap bahara timah- 10 keping emas.

11. Selain cukai, Johor juga mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan        pedagang asing.

Page 11: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

12. Melalui sistem ini, setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu,       Temenggung dan Laksamana.

13. Demi menjaga keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh seperti kerajaan Melaka,       Kerajaan Johor juga menyerahkan tugas tersebut kepada Orang Laut.

14. Orang Laut ditugaskan menjadi pengawal pelabuhan, pegawai perairan Johor, penunda       dan penunjuk arah.

15. Kedudukan pelabuhan yang strategik juga dari segi geografi menjadikan pelabuhan Johor       terlindung daripada tiupan angin monsun.

16. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka dan dengan itu Johor dapat       mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.

17. Johor menjadi pusat pembuat kapal persisiran pantai iaitu seperti banteng,baluk, kolek,       pencalang dan pencacap.

Page 12: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Pelabuhan Batu Sawar

Pelabuhan Batu Sawar

1. Pelabuhan Batu Sawar berada di kedudukan yang strategik, iaitu berhampiran dengan 

Page 13: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

     muara Sungai Johor.

2. Pelabuhan ini berjaya menarik pedagang-pedagang dari China, India dan Kepulauan      Melayu.

3. Sultan Abdul Jalil Shah II telah memastikan semua kemudahan seperti gudang dan     kemudahan membaiki kapal tersedia.

4. Pegawai yang cekap juga dilantik untuk menguruskan perdagangan di pelabuhan.

Pelabuhan Riau

Pelabuhan Riau

1. Pelabuhan Riau terletak di Pulau Bentan.

2. Sultan Mahmud yang memerintah Johor dari tahun 1685 hingga 1699 telah memajukan lagi      pelabuhan ini.

3. Pelabuhan Riau telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.

4. Kesibukan pelabuhan Riau telah diakui benar oleh Gabenor Thomas Silcher iaitu Gabenor     Belanda di Melaka.

5. Beliau menyatakan bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga sungai itu     sukar dilalui.

Perkembangan Persuratan Melayu di Johor

1. Kerajaan Melayu Johor juga terkenal sebagai pusat kegiatan persuratan sejak abad ke-18.

Page 14: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

2. Banyak karya telah dihasilkan tetapi penulisnya tidak dapat dikenal pasti.

3. Antara karya yang terkenal pada zaman ini ialah:    (a) Sejarah Melayu yang ditulis oleh Bendahara Johor, Tun Muhammad atau lebih dikenali               sebagai Tun Sri Lanang pada tahun 1612.    (b) Hikayat Hang Tuah iaitu tentang kisah seorang pahlawan Melayu yang handal serta           sangat taat kepada pemerintah. Hikayat ini juga telah mengagungkan nama Kesultanan           Melayu Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang agung.

4. Riau yang menjadi pusat kerajaan Johor telah menghasilkan banyak kerja sejarah, bahasa     dan buku agama pada abad ke-18.

5. Pengarang yang terkenal pada masa itu ialah Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji.

6. Naskah asal hasil penulisan beliau adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.

7. Pada abad ke-19, naskah tersebut dicetak dengan menggunakan kaedah 'cap batu'. 

8. Sejak abad ke-17 lagi, Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam,      terutamanya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.

9. Pada abad berikutnya, Riau mengambil alih sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam dan     pusat perkembangan persuratan Melayu.

Page 15: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Kemerosotan Kerajaan Johor

1. Persengketaan di kalangan pembesar dan sultan menyebabkan kegemilangan kerajaan     Johor mulai merosot.

2. Terdapat empat faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut iaitu:    (a) Perang Johor-Jambi.    (b) Perebutan Kuasa.    (c) Penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor.    (d) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C).

Perang antara Johor dengan Jambi

1. Johor terikat dalam peperangan dengan Jambi pada penghujung abad ke-17 yang      mengambil masa hampir 9 tahun, iaitu antara tahun 1670 sehingga 1679.

2. Peperangan ini berpunca apabila Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor mahu bebas     daripada Johor.

3. Malah, Jambi mula menyaingi kerajaan Johor dalam kegiatan perdagangan. Pada     pertengahan abad ke-17, Jambi mula muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru      di Selat Melaka.

Page 16: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Kedudukan Jambi

 4. Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor dan peperangan telah     bermula pada tahun 1670.

5. Batu Sawar dan Johor Lama telah diserang oleh Jambi pada tahun 1673. Akibat serangan     Jambi, perdagangan di Johor telah terjejas.

6. Keadaan Johor semakin tidak selamat untuk diduduki oleh itu, pada tahun 1677, Sultan      Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang.

7. Terdapat beberapa jajahan takluk Johor telah berusaha untuk membebaskan diri dari Johor    ketika peperangan ini berlaku.

8. Namun demikian, kekuatan kerajaan Johor pulih kembali di bawah Laksamana Tun Abdul     Jamil.

9. Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya mengembalikan kegemilangan Johor dengan     mengalahkan Jambi pada tahun 1679 dengan bantuan Orang Bugis.

10. Beliau kemudian dianugerahkan gelaran Paduka Raja sebagai mengenang jasa beliau.

11. Laksamana Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik memegang       jawatan kanan dalam kerajaan Johor seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar       Diraja.

Page 17: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Perang Johor - Jambi

Perebutan Kuasa

1. Laksamana Tun Abdul Jamil ialah pembesar yang berpengaruh di Johor.

2. Beliau juga seorang panglima perang yang gagah dan berani.

3. Laksamana telah mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja      pada tahun 1623.

4. Pada tahun 1677, Laksamana telah melantik menantunya menjadi Sultan Johor

Page 18: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

dengan     gelaran Sultan Ibrahim Shah.

5. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap sebagai pembesar negeri yang tertekan     tidak menyenangi arahan dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil.

6. Laksamana juga telah mengenepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid semasa melantik     Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi Sultan Johor pada tahun 1685.

7. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai     pemangku raja.

8. Sekali lagi Bendahara Tun Habib Abdul Majid tidak puas hati kerana beliau sepatutnya     menjalankan tugas sultan sebelum sultan dewasa.

9. Perebutan kuasa di kalangan pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri     Johor.

10. Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688, barulah Bendahara       Tun Abdul Majid mendapat semula kuasanya.

11. Beliau berusaha menyatukan semula pembesar Johor yang bersengketa.

12. Setelah Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil       dilantik menjadi Bendahara Johor.

Perebutan Takhta

1. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II  telah dibunuh oleh seorang pembesar. Baginda     tidak meninggalkan seorang waris.

2. Baginda dibunuh ketika dijunjung untuk pergi bersembahyang Jumaat di masjid. Peristiwa      ini dikenali sebagai 'Sultan Mahmud mangkat dijulang'.

3. Selepas kemangkatan baginda, pembesar-pembesar telah melantik Bendahara Tun Abdul     Jalil Shah menjadi Sultan Johor  yang menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah     IV(1699-1718).

4.Perlantikan tersebut menandakan berakhirlah pengaruh pemerintahan Keturunan    Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan bermulalah pemerintahan Bendahara yang bukan    berasal dari keturunan Raja Melaka.

5. Raja Kechil iaitu seorang putera raja dari Siak telah mendakwa diri baginda sebagai

Page 19: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

putera       Sultan Mahmud Shah II.

6. Raja Kechil telah menuntut takhta Johor, dengan memerangi Sultan Abdul Jalil Riayat Shah     IV.

7. Raja Kechil telah menyerang Johor pada tahun 1717 dengan bantuan angkatan perang      Minangkabau.

8. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan mereka menyokong Raja Kecil sebagai     bukti taat setia mereka pada Kesultanan Johor, daripada Kesultanan Melaka.

9. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Abdul Jalil     Rahmat Syah, setelah berjaya menguasai Johor.

Perebutan takhta kerajaan Johor.

Page 20: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Penglibatan Bugis di Johor

Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu

1. Orang Bugis berasal dari Makasar di Sulawesi Selatan.

2. Mereka terkenal sebagai pelaut, lanun, pedagang dan askar upahan yang cekap serta      mahir.

3. Pelabuhan Makasar terkenal dengan perdagangan rempah dan pelabuhan ini telah ditawan      oleh Belanda pada tahun 1667.

Page 21: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

4. Akibat penawanan tersebut, perdagangan orang Bugis tergugat dan mereka mula berhijrah     ke Kepulauan Melayu.

5. Petempatan awal orang Bugis di Tanah Melayu ialah di Kuala Linggi dan Kuala Selangor.

6. Orang Bugis ini dipimpin oleh anak Raja Bugis iaitu:     (a) Daeng Perani     (b) Daeng Merewah     (c) Daeng Chelak     (d) Daeng Menambun     (e) Daeng Kemasi

Campur tangan Bugis di Johor

1.Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah merancang pekatan dengan    anak Raja Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil dari Johor.

2. Pada tahun 1722, Raja Kechil telah dikalahkan dan disingkirkan dari Johor.

3. Raja Sulaiman ditabal sebagai Sultan Johor dan kedudukan Bugis kukuh di Johor.

4. Sultan Sulaiman kemudian telah melantik Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda Riau     sebagai ganjaran daripada pertolongan tersebut dengan gelaran sebagai Kelana Jaya     Putera dan Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.

5. Dengan perlantikan tersebut, bermulalah pertapakan kuasa Bugis di Johor.

Penyingkiran Raja Kechil

Page 22: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Pertikaian antara Orang Melayu Johor dengan Orang Bugis

1. Orang Bugis terus memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka melalui      perkahwinan di antara pembesar-pembesar Bugis dengan keluarga diraja Johor.      Anak-anak mereka menggunakan gelaran raja pada awal nama seperti Raja Haji, Raja Ali      dan Raja Jaafar.

2. Pakatan antara orang Melayu Johor dengan Bugsi tidak bertahan lama.

3. Orang Melayu mula berasa kuasa mereka semakin kurang dan kedudukan Bugis bertambah     kuat.

4. Yamtuan Muda Bugis tetap mempertahankan haknya untuk melantik Sultan Johor mengikut       pilihannya.

5. Orang Melayu Johor mula merasakan kuasa Sultan semakin lemah dan pembesar Melayu      semakin hilang kuasa.

6. Pertikaian Orang Melayu Johor dengan Bugis untuk melantik sultan yang baru telah      melemahkan pentadbiran Kerajaan Johor.

7. Akhirnya pembesar Melayu Johor telah meminta bantuan Belanda untuk mengusir Orang     Bugis dari Riau pada tahun 1784.

8. Apabila Bugis diusir, pembesar Melayu menguasai semula tampuk pemerintahan Johor.

Page 23: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

9. Tetapi, pada tahun 1802, Orang Bugis kembali semula ke Riau.

10. Sekali lagi persaingan berlaku antara orang Melayu dengan orang Bugis.

11. Pembesar Johor terus berusaha mengekalkan kuasa dan pengaruh di kawasan       masing-masing.:

12. Riau terus dikuasai oleh Orang Bugis.

13. Orang Laut pula berpecah mengikut pembesar Melayu.

14. Ramai di antara mereka merajuk dan menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.

15. Keadaan ini menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam kerajaan Johor amat serius.

Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C)

1. Dengan bantuan Johor, Belanda telah berjaya mengusir Portugis dari Melaka dan     menduduki Melaka pada tahun 1641.

2. Penguasaan Belanda ke atas Melaka bertujuan menguasai perdagangan rempah di Timur     daripada Portugis.

3. Pada tahun 1602, Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau      Vereenigde Oost-Indische Compagnie(V.O.C) dan bertapak di Betawi.

4. V.O.C memulakan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar. 

5.V.O.C merasakan bahawa penguasaan Bugis dalam pemerintahan Johor merupakan satu    ancaman.

6. Belanda telah melakukan beberapa serangan ke atas  pihak Bugis di Teluk Ketapang dan      Riau.

7. Belanda telah melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau. Oleh yang demikian,     V.O.C dapat menawan dan mengusir Orang Bugis. Ini menyebabkan Orang Bugis memusuhi     Belanda.

Page 24: Sejarah Tingkatan 1-Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

8. Belanda akhirnya dapat meluaskan pengaruh di Johor  dan juga di Tanah Melayu apabila      kekuasaan Orang Bugis dapat dilumpuhkan.

9. Permusuhan dan persengketaan antara V.O.C dengan orang Bugis sejak tahun 1667      memberi kesan buruk kepada perkembangan Johor.

10.Belanda yang bertapak di Betawi dan Melaka berusaha untuk menguasai Johor.

11. Apabila Belanda menguasai Riau, jawatan Yamtuan Muda dan Sultan dihapuskan.