22
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Teknologi Maklumat dan Aplikasi Multimedia MBE10104 Ahli kumpulan 1) Adib Farhan Bin Zaime | GB130100 2) Avlyin Jay Bt Sumayong | GB130159 3) Magdelyne Ansik Anak Liman | GB130107 4) Nazirah Binti Kamal Ruzaman | GB130098 5) Seri Syahliliana Binti Sakka | GB130062 Seksyen 1 Tugasan Proposal projek CD Interaktif “Sejarah Tingkatan Dua (Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa)” Penasihat Pn Marlina Bt Mohamad En Usuloudin bin Hamzah

Sejarah tingkatan 2 : Proposal & Story Board

  • Upload
    se-ri

  • View
    188

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah tingkatan 2 : Proposal & Story Board

Citation preview

  • FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

    DAN

    VOKASIONAL

    Teknologi Maklumat dan Aplikasi Multimedia

    MBE10104

    Ahli

    kumpulan

    1) Adib Farhan Bin Zaime | GB130100

    2) Avlyin Jay Bt Sumayong | GB130159

    3) Magdelyne Ansik Anak Liman | GB130107

    4) Nazirah Binti Kamal Ruzaman | GB130098

    5) Seri Syahliliana Binti Sakka | GB130062

    Seksyen 1

    Tugasan Proposal projek CD Interaktif Sejarah Tingkatan Dua (Perjuangan Rakyat

    Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa)

    Penasihat Pn Marlina Bt Mohamad

    En Usuloudin bin Hamzah

  • 1.0 PENGENALAN

    1.1 Tajuk CD Interaktif

    CD Interaktif Sejarah Tingkatan Dua (Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan

    Kedaulatan Bangsa)

    1.2 Sinopsis

    Kementerian Pendidikan akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

    bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang digunakan

    sekarang.

    KSSM akan dilaksanakan pada 2017 bagi murid tingkatan 1 bagi mengimbangi set

    ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian

    masalah dan kepemimpinan pelajar. Ia juga bakal melahirkan pelajar seimbang dan berdaya

    saing, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, mempunyai

    kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan secara berkesan.

    Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih

    bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana attractive dalam

    pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar.

    Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan

    Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum

    Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru

    seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia

    Selari dengan silabus yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

    CD interaktif ini dihasilkan untuk membantu pelajar tingkatan dua memahami topik

    Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa yang merupakan tajuk

    bagi Bab 7 matapelajaran Sejarah dengan lebih mudah dan jelas.

  • Berdasarkan kepada sukatan pelajaran tingkatan dua, pelajar diajar topik Perjuangan

    Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa yang terdiri daripada 11 subtopik

    seperti Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah, Dol Said Pahlawan Naning,

    Rentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngelaban, Sharif Masahor Wira Sarawak, Dato

    Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak, Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan

    Seri Menanti, Dato Bahaman Pahlawan Pahang, Mat Salleh Menyanggah SBUB,

    Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar, Tok Janggut Pejuang Jihad, dan Haji

    Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani. Topik ini banyak membincangkan tentang peristiwa

    penentangan dan faktor penentangan pahlawan Melayu. Ramai pelajar tidak dapat memahami

    topik ini kerana kurangnya minat terhadap matapelajaran ini dan merupakan salah satu sebab

    mereka tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Oleh itu animasi berkomputer adalah

    peralatan yang paling penting dan sangat berguna untuk menerangkan topik ini dengan lebih

    jelas. Penggunaan elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video membolehkan

    seseorang pelajar mendapat gambaran tiga dimensi penuh peristiwa penentangan terhadap

    penjajah oleh pahlawan Melayu ini.

    2.0 OBJEKTIF

    Kertas kerja ini mencadangkan beberapa objektif ke arah penghasilan CD interaktif Sejarah

    Bab Tujuh Tingkatan Dua (Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan

    Bangsa) :

    a) Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu guru dalam

    pengajaran di sekolah.

    b) Menghasilkan bahan interaktif kepada pelajar ke arah membantu pelajar dalam gaya

    pembelajaran konstruktivisme

    c) Memberi penerangan secara visual, seterusnya meningkatkan kefahaman dan daya

    ingatan pelajar.

  • 3.0 KAJIAN LITERATUR

    Mata pelajaran sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala

    sukar difahami disebabkan oleh penggunaan teks yang terlalu banyak. Fakta mempunyai

    kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu

    membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000).

    Memandangkan pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting

    dalam proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar

    menguasai konsep dalam mata pelajaran sejarah akan diaplikasikan dalam CD interaktif yang

    akan dibangunkan.

    Melalui perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran multimedia, kadar kefahaman

    pelajar akan lebih cepat dan pantas. Cara ini membantu menarik minat pelajar bagi sesuatu

    pengajaran dan pembelajaran. Kosentrasi pelajar terhadap bahan yang disampaikan mungkin

    lebih baik kerana ulangan dapat dilakukan bergantung kepada kemampuan pelajar itu sendiri.

    Sesuai sekali dilaksanakan apabila pembelajaran yang berlaku dalam keadaan pelajar bersedia

    untuk menerima pengajaran. Kaedah ini mengubah peranan guru daripada penyampai ilmu

    sepenuhnya kepada fasilitator yang menggerakkan minat pelajar (Sarah, 2005).

    Multimedia boleh digunakan sebagai pendidikan yang berkesan untuk

    menggabungkan potensi pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran

    yang berbeza-beza (Sarah, 2005). Kelebihan multimedia berbanding dengan media-media lain

    adalah jelas. Multimedia mampu merangkumi pelbagai media iaitu teks, suara, imej, grafik

    dan animasi dalam suatu persekitaran digital. Multimedia juga membolehkan interaktiviti

    dengan pengguna. Kewujudan multimedia mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih

    berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran bahkan jika ingin menarik minat

    pelajar, perlulah menggunakan strategi penyepaduan komputer dalam kurikulum pendidikan

    (Munir dan Halimah 1998).

  • 4.0 METODOLOGI

    4.1 Analisis Keperluan

    Rajah 1: Aliran Kerja berasaskan Model ADDIE

    Melalui aliran kerja model di atas, berikut merupakan rangka kerja yang perlu diikuti semasa

    pembangunan perisian tersebut.

    i. Proses merancang dan menganalisis keperluan perisian kursus, iaitu pembinaan

    konsep perisian dan pengumpulan data yang berkaitan sukatan subjek nahu. Termasuk

    dalam kategori ini juga ialah penyediaan keperluan sistem komputer dan perisian-

    perisian yang berkaitan.

    ii. Proses mereka bentuk perisian kursus, iaitu menentukan cara perlaksanaan, strategi P

    & P, struktur keseluruhan dan menghasilkan papan cerita.

    iii. Proses pembangunan, iaitu peringkat pembinaan perisian kursus berdasarkan struktur

    keseluruhan dan papan cerita (storyboard).

    iv. Proses implimentasi, iaitu menguji lari (test run) perisian kursus yang terhasil dan

    menilai kelancarannya agar menepati spesifikasi sebagai aplikasi multimedia

    berasaskan web.

    Implementation (Implementasi)

    Evaluation (Penilaian)

    Analysis (Analisis)

    Design (Reka bentuk)

    Development (Pembangunan)

  • 4.2 Jadual Perancangan Projek

    Rujuk Lampiran A

    4.3 Keperluan Perkakasan Dan Perisian

    4.3.1 Keperluan Perkakasan

    i. Laptop Asus A55V

    ii. Pemproses 2.5 GHz

    iii. 2 GB RAM

    iv. 500GB cakera keras

    v. Pencetak

    4.3.2 Keperluan Perisian

    Adobe Flash CS4 Perisian ini digunakan bagi menghasilkan grafik dan

    pelbagaia animasi.

    Adobe Photoshop CS4 Perisian yang digunakan semasa proses menyunting

    gambar.

    Audacity Perisian yang akan digunakan untuk menyunting audio

    bagi menambahkan efek bunyi

    Microsoft Word 2010 Perisian ini digunakan untuk menyediakan laporan

    dalam perlaksanaan pembangunan CD interaktif

    Sistem Pengoperasian

    Windows 8

    Sistem pengoperasian sebagai platform asas untuk

    membangunkan CD interaktif

  • 5.0 KESIMPULAN

    Pembinaan modul pembelajaran CD interaktif ini adalah satu proses yang memerlukan

    kemahiran, kefahaman dan pengetahuan dalam bidang grafik di samping kreativiti serta

    inisiatif yang tinggi untuk menghasilkan suatu modul yang bermutu. Pembinaan modul

    multimedia ini adalah berpandukan kepada teori- teori pembelajaran yang sebenar supaya ia

    dapat menyumbang kepada kesan pembelajaran yang positif dan berkesan kepada pelajar

    tingkatan dua khususnya mata pelajaran sejarah (Perjuangan Rakyat Tempatan

    Mengembalikan Kedaulatan Bangsa). Pendekatan pembelajaran yang inovatif ini dipercayai

    mampu mewujudkan suasana yang menarik dan berkesan berbanding dengan apa yang

    dipaparkan dalam kebanyakan buku teks sebagai topik yang pasif dan membosankan. Lebih

    lagi matapelajaran sejarah yang kebanyakkannya fakta dan tulisan, maka pelajar akan mudah

    bosan dalam pembelajaran subjek tersebut.

    Dengan terhasilnya modul Cd interaktif sejarah (Perjuangan Rakyat Tempatan

    Mengembalikan Kedaulatan Bangsa ) ini, dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah mahupun di institusi-institusi pendidikan yang lain. Diharapkan

    modul ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pembinaan modul multimedia yang

    lain. Selain itu juga, ia dapat membantu guru mengajar dengan berkesan dan pelajar berasa

    seronok untuk belajar mata pelajaran sejarah. Ini adalah selaras dengan dunia pendidikan

    yang semakin luas dan mencabar, maka pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran

    harus selaras dengan perkembangan semasa.

    Adanya CD interaktif ini, memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di

    dalam bilik darjah. Malahan penggunaan CD interaktif ini memudahkan pelajar untuk

    mengulangkaji pelajaran yang dipelajari didalam kelas.

  • 6.0 RUJUKAN

    Jamalludin Harun and Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala

    Lumpur :Venton Publishing.

    Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp and Rose Alinda Alias (1996), Pengajaran Bantuan

    Komputer. Dewan Bahasa dan Pustaka & Penerbitan UTM.

    Sarah, S. S. (2005). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pelajaran Struktur Atom: Kimia

    Tingkatan 4 Di Dua Buah Sekolah Di Daerah Bachok.

    Wan Salihin Wong Abdullah, Mohamad Bilal Ali dan Rio Sumarni Shariffuddin

    (1998),Pengenalan Multimedia Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

  • LAMPIRAN A

    CARTA GANTT CD INTERAKTIF

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN APLIKASI MULTIMEDIA

    (MBC 10104)

    Bil Aktiviti Projek

    Minggu

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

    1 Pendaftaran Subjek

    2 Penerangan Pensyarah Pembimbing

    3 Pencarian Tajuk Cd Interaktif

    4 Pembinaan Porposal

    5 Pembinaan Story Board

    6 Pembentangan Kepada pensyarah

    7 Pembinaan CD Interaktif dalam Adobe Flash

    8 Report CD Interaktif

    9 Penghantaran CD Interaktif

    PETUNJUK:

    Perancangan Selesai

  • Antaramuka 1 (Loading)

    G1

    A1

    BUTANG PENERANGAN

    G1 Gambar pahlawan untuk menggambarkan topik sejarah - (Perjuangan

    Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa)

    A1 Animasi loading sebagai montaj sebelum ke laman pengenalan CD

    interaktif

    Halaman pertama ini akan membawa pengguna ke halaman seterusnya iaitu halaman

    Pengenalan secara automatik.

  • Antaramuka 2 (Pengenalan)

    T1

    B1

    BUTANG PENERANGAN

    T1 Tajuk kepada halaman yang dipaparkan iaitu halaman Pengenalan

    T2 Pengenalan kepada CD interaktif dan isi kandungan keseluruhan CD

    interaktif secara ringkas

    B1 Butang untuk ke halaman seterusnya iaitu ke Halaman utama

    M1 Butang untuk mematikan audio/muzik

    PENGENALAN

    ..

    SETERUSNYA

    T2

    M1

  • Antaramuka 3 (Halaman Utama)

    BUTANG PENERANGAN

    T3 Tajuk CD interaktif

    G2 Gambar mengenai pahlawan

    B2 Butang untuk ke halaman seterusnya iaitu ke halaman PAHLAWAN

    B3 Info mengenai pembangun CD interaktif

    M1 Butang untuk mematikan audio/muzik

    CD INTERAKTIF SEJARAH

    TINGKATAN 2 (Perjuangan Rakyat Tempatan

    Mengembalikan Kedaulatan Bangsa)

    M1

    G2

    B3

    B2 SETERUSNYA

    T3

  • Antaramuka 4 (Halaman Utama)

    BUTANG PENERANGAN

    B4 B11 Butang untuk ke halaman setiap Pahlawan mengikut negeri

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    B4

    B5

    B8

    B9

    B6

    B7

    B11 B10

    Dol Said

    Rentap Sharif Masahor

    Dato Maharaja Lela

    Yamtuan Antah Dato Bahaman

    Antanom Mat Salleh

    Tok Janggut

    Haji Abdul Rahman Limbong

    B12 B13 B14 B15 B16

    M1

  • Antaramuka 5 (Pahlawan)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    B17 Butang untuk ke halaman Antanom (pahlawan yang dipilih)

    B18 Butang untuk ke halaman Mat Salleh (pahlawan yang dipilih)

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    T4 Teks menunjukkan negeri yang dipilih dihalaman terdahulu Pahlawan

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    T4

    B12 B13 B14 B15 B16

    M1

    SABAH

    Antanom

    Mat Salleh B18

    B17

  • Antaramuka 6 (Pahlawan)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    T5 Teks menunjukkan pahawan yang dipilih dihalaman terdahulu

    Pahlawan

    T6 Teks menunjukkan faktor penentangan

    T7 Teks menunjukkan latar belakang

    T8 Teks menunjukkan peristiwa penentangan

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    M1

    T8

    B12 B13 B14 B15 B16

    Mat Salleh

    T7

    T6

    T5

    Latar Belakang Faktor

    Penentangan

    Peristiwa Penentangan

  • Antaramuka 7 (Animasi Perjuangan)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    B19 Butang pilihan untuk Pahlawan

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    V1 Animasi perjuangan pahlawan

    Butang Berhenti

    Butang Mula

    Butang Berhenti Seketika

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    Dol Said

    Rentap

    Sharif Masahor

    Dato Maharaja

    Lela

    Yamtuan Antah

    Dato Bahaman

    Mat Salleh

    Antanom

    Tok Janggut

    Haji Abdul

    Rahman Limbong

    B12 B13 B14 B15 B16

    M1

    V1

    B19 B19

  • Antaramuka 8 (Kuiz)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    B20 Butang Mula untuk memulakan kuiz

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    T9 Teks menunjukkan dalam halaman Kuiz

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    B12 B13 B14 B15 B16

    B20

    T9 KUIZ

    MULA

    M1

  • Antaramuka 9 (Kuiz)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    J1 Aneka jawapan untuk dipilih A, B, C & D

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    S1 Soalan Pengukuhan

    T9 Teks menunjukkan dalam halaman Kuiz

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    M1

    B12 B13 B14 B15 B16

    T9 KUIZ

    1) Mengapakah Rentap memilih kayu Jenis belian untuk

    memagari kubu beliau?

    A) Kayu yang sangat kuat

    B) Mudah didapati di negeri Sarawak

    C) Harganya murah

    D) Dapat menahan tembakan senapang

    S1

    J1

    M1

  • Antaramuka 10 (Kuiz)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    M2 Jumlah markah yang diperolehi

    T10 Teks menunjukkan dalam halaman Markah

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    M2

    B12 B13 B14 B15 B16

    M2

    M1

    T10 MARKAH

    30

    30

  • Antaramuka 11 (Permainan)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    B21 B26 Butang untuk ke halaman permainan Puzzle

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    T11 Teks menunjukkan dalam halaman Permainan

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    B12 B13 B14 B15 B16

    M1

    B22

    B21

    T11

    B23

    PERMAINAN

    B24

    B25 B26

  • Antaramuka 12 (Permainan)

    BUTANG PENERANGAN

    B12 Butang untuk ke Halaman Utama (Mempunyai warna yang berlainan

    dengan butang lain menunjuk pengguna berada di Halaman Utama)

    B13 Butang untuk ke halaman Pahlawan

    B14 Butang untuk ke halaman Animasi Perjuangan

    B15 Butang untuk ke halaman Kuiz

    B16 Butang untuk ke halaman Permainan

    G3 Gambar sebagai rujukan untuk permainan Puzzle

    M1 Butang seterusnya untuk ke halaman Pahlawan

    P1 Puzzle

    T12 Teks menunjukkan dalam halaman Permainan (Dato Bahaman)

    Laman Utama Pahlawan

    Animasi Perjuangan

    Kuiz Permainan

    B12 B13 B14 B15 B16

    P1

    T12 Dato Bahaman

    M1

    G3

  • FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

    Teknologi Maklumat dan Aplikasi Multimedia

    MBE10104

    Ahli kumpulan

    1) Adib Farhan Bin Zaime | GB130100 2) Avlyin Jay Bt Sumayong | GB130159 3) Magdelyne Ansik Anak Liman | GB130107 4) Nazirah Binti Kamal Ruzaman | GB130098 5) Seri Syahliliana Binti Sakka | GB130062

    Seksyen 1

    Tugasan Story Board

    Penasihat

    Pn Marlina Bt Mohamad En Usuloudin bin Hamzah