11
Edisi April 2019 Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali terhadap khidmat bakti selama berkhidmat di JPM YBHG. DATO’ HJ. HASNOL ZAM ZAM BIN HJ. AHMAD Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Baharu Tahniah Dan Selamat Datang SELAMAT MAJU JAYA DATUK SERI!

Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

Edisi April 2019

Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali

terhadap khidmat bakti selama berkhidmat di JPM

YBHG. DATO’ HJ. HASNOL ZAM ZAM BIN HJ. AHMADTimbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Baharu

Tahniah Dan Selamat Datang

SELAMAT MAJU JAYA DATUK SERI!

Page 2: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan April 2019 di Dataran Perdana, Kompleks A, Putrajaya pada 2 April 2019. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YAB Dato’ Sri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri; YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama); YB Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama); YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial); YBhg. Datuk Seri Dr Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM.

Dalam amanat YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menasihatkan semua warga JPM agar menjalankan tugas sepenuhnya dengan rajin, beramanah, berdisiplin dan bertanggungjawab. Beliau menyatakan bahawa jika empat nilai hidup ini diamalkan, kita dan negara kita akan berjaya dan sekaligus akan dihormati oleh dunia.

“RAJIN, AMANAH, BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB ANTARA NILAI HIDUP UNTUK NEGARA BERJAYA DAN DIHORMATI”

Page 3: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

i. 5 April 2019 – Sesi Sidang Media Berkaitan Isu Statut Rom

ii. 15 Aril 2019 – Sesi Sidang Media Berkaitan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

SESI SIDANG MEDIA YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Page 4: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

5 April 2019 - YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima kunjungan hormat dari Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa beserta Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Presiden FAM, YBhg. Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin dan Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kohzo Tashima di Pejabat YAB Perdana Menteri, Putrajaya.

Kunjungan hormat itu disusuli dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara FAM dan JFA bertujuan mewujudkan rangka kerja bagi mengukuhkan kerjasama teknikal dan belia serta menggalakkan pertukaran pengetahuan dalam pendidikan kejurulatihan dan pentadbiran.

PRESIDEN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA (FIFA) DAN PRESIDEN KONFEDERASI BOLA SEPAK ASIA (AFC)

Page 5: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

9 April 2019 - YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad and H.E Lee Hsien Loong telah mengadakan pertemua dan sejurus itu diikuti dengan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Kedua-dua Perdana Menteri tersebut mempunyai perbincangan yang sangat produktif di mana agenda utama adalah untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan dua hala yang sedia ada antara Malaysia dan Singapura. Perbincangan juga merangkumi prospek untuk memperkuat hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Manakala, semasa sidang media bersama rakan sejawatannya itu sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura Ke-9 berkata, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu Perjanjian Air 1962, termasuk penyelesaian menerusi arbitrasi secara persetujuan bersama Malaysia juga berhasrat mengambil semula ruang udara di sebelah selatan Johor yang diletakkan di bawah jagaan Singapura sejak 1974 dan berharap usaha itu dapat dilaksanakan dalam tempoh masa antara akhir 2019 sehingga 2023. Selain itu, isu kesesakan yang dihadapi setiap hari di pintu masuk Malaysia-Singapura juga menjadi keutamaan untuk ditangani dan seterusnya diselesaikan.

YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MENGADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PERDANA MENTERI SINGAPURA, LEE HSEIN LOONG

Page 6: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

Majlis Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Warga JPM Bagi Bulan April 2019 ini juga merupakan perhimpunan bulanan di JPM yang pertama kali untuk YBhg. Dato’ Haji Hasznol Zam Zam bin Haji Ahmad semenjak dilantik sebagai TKSUK JPM mulai 17 April 2019 yang lepas.

Di dalam ucapannya, beliau mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali atas perkhidmatan beliau sebagai TKSUK JPM sebelum ini dan berharap agar kecemerlangan JPM dapat digalas oleh beliau dengan kerjasama dan sumbangan bakti dari seluruh warga JPM.

Selain itu, beliau berharap agar warga JPM perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan dan dalam masa sama melaksanakan program dengan cekap, efisien dan integriti supaya segala yang hendak dilaksanakan itu dapat disampaikan manfaatnya kepada rakyat.

PERJUMPAAN PERTAMA YBHG. DATO’ HAJI HASNOL ZAM ZAM BIN HAJI AHMAD SEBAGAI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN, JPM BERSAMA WARGA JPM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN APRIL 2019

Majlis perhimpunan bulanan pada kali ini yang dianjurkan oleh Bahagian Kewangan dengan tema “#RinggitKasorga” telah dihiasi dengan program ceramah dari penceramah jemputan iaitu Saudara Imam Muda Fakhrul yang mengupas isu-isu berkaitan dengan tema perhimpunan bulanan pada kali ini iaitu integriti dan bahaya rasuah.

Page 7: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

Page 8: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

KUNJUNGAN HORMATa. 29 April 2019 - YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menerima kunjungan hormat perpisahan dari YBhg. Tan Sri Fuzi Harun, Ketua Polis Negara yang akan menamatkan perkhidmatan pada 4 Mei 2019

b. 30 April 2019 – YM Sheikha Moza Bint Nasser, Pengasas Bersama dan Pengerusi Yayasan Qatar Bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti Qatar (QF) mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya

Page 9: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

c. 25 April 2019 - Kunjungan Hormat YBhg Dato’ Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM kepada YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial)

d. 29 April 2019 - YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Anita binti Hj. Harun Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di Pejabat YBhg. TKSUK, JPM di Blok B8,Kompleks JPM

Page 10: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

Di majlis tersebut, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya berkata, pegawai-pegawai kerajaan hari ini telah banyak menguasai kemahiran yang dapat mentadbir negara demi pembangunan. Beliau menyeru agar Pegawai kerajaan harus berbangga dan dapat menolak kepercayaan kerajaan penjajah British yang mendakwa rakyat tempatan tidak mampu untuk mentadbir negara.

Pada masa ini, kerajaan perlu bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat dan kerajaan yang baik bermula dengan memahami kehendak rakyat. Halatuju pemerintahan kerajaan dahulu berjuang untuk menuntut kemerdekaan namun selepas lama memerintah, para pemerintah memimpin negara untuk agenda tersendiri. Dengan ini akan berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa.

Kerajaan baharu sekarang ini berusaha untuk membersihkan salah laku seperti rasuah dan usaha ini masih terus dijalankan untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah. Gejala rasuah akan memberi impak negatif yang besar seperti kos sara hidup rakyat meningkat mendadak dan menjatuhkan maruah bangsa.

MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (GRED JUSA C/54/52) DENGAN YAB PERDANA MENTERI

“Pegawai-pegawai kerajaan memainkan

peranan penting sebelum negara kita

mendapat kemerdekaan. Kita amat beruntung dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai sejak

merdeka sehingga ke hari ini merekalah yang membangun dan

mentadbir negara.”Antara petikan ucapan YAB Tun Dr Mahathir

Mohamad pada Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Pegawai-Pegawai

Kerajaan pada 30 April 2019 di Dewan Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.

Page 11: Sekalung Penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Zuki Ali … JPM... · 2019-05-27 · e-Buletin JPM Edisi April 2019 Warga Jabatan Perdana Menteri berhimpun bagi mendengar amanat YAB

e-B

ulet

in J

PMEd

isi A

pril 2

019

YAB Perdana Menteri menyeru agar jentera kerajaan untuk menolak segala bentuk rasuah seperti menerima hadiah kerana beliau yakin sekiranya amalan rasuah ditolak, negara akan maju dan akan dihormati oleh negara luar. Pada masa ini, kerajaan perlu bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat dan Kerajaan yang baik bermula dengan memahami kehendak rakyat.

Katanya lagi, banyak negara yang mempunyai tempoh pemerintahan yang lama telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Halatuju pemerintahan kerajaan dahulu berjuang untuk menuntut kemerdekaan namun selepas lama memerintah, para pemerintah memimpin negara untuk agenda tersendiri. Dengan ini akan berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa.

Kerajaan baharu sekarang ini berusaha untuk membersihkan salah laku seperti rasuah dan usaha ini masih terus dijalankan untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah.

Gejala rasuah akan memberi impak negatif yang besar seperti kos sara hidup rakyat meningkat mendadak, menjatuhkan maruah bangsa.

Beliau berkata, rasuah perlu dihapuskan untuk melicinkan pentadbiran negara dan penjawat awam diminta untuk mengandaikan perkara rasuah ini sebagai haram dan menjijikkan. Sehubungan itu, beliau menyeru agar jentera kerajaan menolak segala bentuk rasuah seperti menerima hadiah. Beliau yakin sekiranya amalan rasuah ini ditolak, negara akan maju dan akan dihormati oleh negara luar.