49
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203 Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat pensyarah yang mengajar saya iaitu Pn. Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

  • Upload
    riderfrs

  • View
    18.739

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan sekolah bestari, ciri-ciri sekolah dan pelajar termasuk rancangan pengajaran harian berdasarkan model bestari

Citation preview

Page 1: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat

pensyarah yang mengajar saya iaitu Pn. Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala

tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM

Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam

menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan

dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.

Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Soalan Tugasan

Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu

“Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan

pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman

maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya belajar sepanjang hayat kerana

maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka sekolah Bestari di

Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik

daripada segi amalan pembelajaran dan pengajaran dan pengurusan sekolah dengan

tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan

dua perkara, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta

kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).”

1. Sediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pakej tersebut hendaklah

disediakan dalam bentuk portfolio.

2. Berdasarkan pakej aktiviti yang telah disediakan di atas anda dikehendaki

menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian yang lengkap untuk

dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam di

dalam bilik darjah. Pendekatan perlu dilaksanakan dengan mengintegrasikan

pengajaran dan pembelajaran elemen-elemen bestari dam ruangan prosedur.

Bagi melaksanakan projek ini, anda dikehendaki menyediakan nota ringkas

sekurang-kurangnya merujuk

i. Ciri-ciri sekolah bestari dan pelajar bestari

ii. Prosedur dan pengendalian Pembelajaran Bestari

iii. Merancang. Membina dan mentadbir pakej aktiviti p&p Bestari

iv. Merancang dan menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian

Gaya Pembelajaran Model Bestari

Page 3: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan

Inggeris. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolahtanggungan kerajaan,

sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi

sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam

kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,

sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan

ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

Prasekolah

Pendidikan rendah

Pendidikan menengah

Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu,

pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-

undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan

oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak

tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains.

Page 4: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Pendidikan Prasekolah

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun.

Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.

Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini,

sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun

kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan Rendah

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan

kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem

Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis,

iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua

jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa

pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di

Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa

pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai

prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat

menengah.

Pendidikan Menengah

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa

Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains

(Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar

perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap

Page 5: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga

(digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan

kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari

Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera

tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang

memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah

teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu

menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran

di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School

Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General

Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General

Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun

2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain

kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah

penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas

Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan

Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan

ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran

mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM

kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik

tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya

mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan

berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya

tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira

sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang

baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan

Pengakap."

Page 6: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar

dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar

menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama

(Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut

menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong Jiao

Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC)

dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi

kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa

Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi,

Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah

hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior)

sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu

tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal

dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke

tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan

disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih

daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian

Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML.

Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah

daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi

persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran

Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar

menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM.

Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3,

mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara

seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak

diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti

Page 7: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei

2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan

kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM.

Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie

Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Pendidikan Pra-Universiti

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6

atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka

akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6

yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa

selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi

skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka

yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat

antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi

yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu,

matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30%

daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama

dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera.

Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana

jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di

universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti

awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal

seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi.

Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang

diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa

Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program

matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan

kemasukan universiti).

Page 8: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka

mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama

dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi

tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang

boleh dibandingkan.

Pengajian Tinggi

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-

universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan

yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria

pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas

diwujudkan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk

mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa

Mohamed.

Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada

tahun 2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes

pelajar bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki

kursus tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu

memiliki ijazah sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan.

Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat

menambah nilai kursus dapat memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai

ijazah sarjana atau doktor. Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan

kekurangan pensyarah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak

kekurangan pensyarah. Tindakan ini akan menambah nilai kepada kursus dan

meningkatkan nama universiti-universiti kita. Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg

yang terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah

Page 9: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

tentu berasa gembira untuk mengupah mereka." Beliau seterusnya memberi contoh

arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak memiliki ijazah sarjana.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri

Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri,

Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan

peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut

atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka

cawangan di Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri

pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik

mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik

5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi

dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94

ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi

semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini

diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga institut perguruan dan politeknik bagi yang berminat.

Page 10: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Jenis Sekolah

Sekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis

Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000,

pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah

Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4%

daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada

pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah

yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk

menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang

Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa

Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

Sekolah agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah

asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan

sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan

luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di

Page 11: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan

pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

Sekolah bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah

pembelajaran.

Sekolah berasrama penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang

mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Page 12: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran

sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi

maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses

Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam

bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh

mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-

directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak

semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf

baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya

masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan

menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya

pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan

bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta

pengurusan sekolah yang efektif.

Page 13: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuingeducation throughout  their lives

(Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996)The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.       

(Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The

Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004 )

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran

Malaysia, 7 Mei 2005)

Ciri-ciri Sekolah Bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan

membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya

Page 14: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar

- kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang

paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi

komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan

menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk

perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian

Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di

sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan,

khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui

penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga

pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari

di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan

pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah

Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila

menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

Sekolah bestari merupakan penaja serta peneraju kepada perubahan kesemua aspek

pendidikan seperti cara pengurusan sekolah, organisasi bilik darjah, penggunaan masa,

pengukuran pencapaian, tugasan pelajar, tanggungjawab, hubungan sekolah dengan

masyarakat setempat dan persekitaran. Sekolah bestari akan menampilkan ciri-ciri

yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada. Antaranya ialah :

Page 15: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

1. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk

berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.

2. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah

lain, organisasi daerah, negara serta dunia.

3. Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar

dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

Perkins, menjelaskan perlu wujud tiga ciri utama dalam sesebuah sekolah bestari. Ciri-

ciri ini harus diberikan keutamaan dan penekanan kepada pengajaran dan

pembelajaran. Ciri-ciri yang dicadangkan oleh Perkins ialah:

1. Berilmu

Pentadbir sekolah, guru dan pelajar mempunyai maklumat yang banyak mengenai

pemikiran dan pembelajaran serta bagaimana menggunakan maklumat tersebut sebaik-

baiknya. Mereka juga mengetahui tentang struktur sekolah dan corak kerjasama yang

wujud serta bagaimana melaksanakannya dengan baik.

2. Bertenaga

Selain ilmu pengetahuan, sekolah bestari sangat memerlukan semangat dan keyakinan

agar sekolah bestari lebih bertenaga berbanding sekolah biasa. Sekolah bestari perlu

mengambil langkah-langkah untuk memupuk tenaga positif dalam struktur sekolah,

gaya pentadbiran dan layanan yang diberikan kepada guru dan pelajar.

3. Berpemikiran

Sekolah bestari akan memberi penekanan kepada peningkatan daya pemikiran

pelajar agar mereka menjadi manusia yang mempunyai ilmu dan tenaga maklumat

yang boleh diolah oleh pemikiran. Sekolah bestari juga menjadi tempat berpemikiran

Page 16: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

dalam erti kata sentiasa mengambil berat dan penyayang. Setiap orang peka akan

keperluan orang lain dan melayaninya dengan baik. Proses pengajaran dan

pembelajaran serta proses membuat keputusan adalah berpusatkan pemikiran.

Ketiga-tiga ciri sekolah bestari ini bertujuan untuk mencapai satu matlamat

utama iaitu pengembangan ilmu. Seseorang yang berilmu, bertenaga dan berpemikiran

tidak seharusnya terus memendamkan ilmunya tanpa berfungsi apa-apa sebaliknya

berupaya mengembangkan ilmu bagi menerokai pelbagai ilmu yang lain untuk

mengatasi pelbagai persoalan hidup. Ilmu juga merupakan asas terpenting untuk

mengenal diri dan persoalan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan alam

persekolahan mahupun kemasyarakatan. Ilmu juga akan menentukan tingkat keyakinan

seseorang kepada agama yang dianuti bagi menjernihkan lagi amalan-amalan yang

dapat meningkatkan keimanan. Untuk tujuan tersebut, pengembangan ilmu meliputi

proses penyimpanan, pemahaman dan penggunaan aktif ilmu.

Skop Pembestarian Sekolah

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT

yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan

Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan

Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan

semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf

sekongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah

dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;

i. projek makmal Komputer Sekolah

Page 17: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI)

iii. rangkaian SchoolNet

iv. rancangan TV pendidikan

v. projek Rintis Sekolah Bestari

vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

ix. latihan ICT Guru

x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut

keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Dasar dan Matlamat

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

i. ICT untuk semua pelajar

ii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan

komponen mata pelajaran

iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem

pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua

sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran

dan pembelajaran.

Ciri-cir Pelajar Bestari

Terdapat tiga ciri pelajar bestari iaitu :

1. Gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn , Model VAK)

Page 18: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

2. Kecerdasan pelbagai pelajar

3. Kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.

 

1. Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang

apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.

2. Dua model gaya pembelajaran ialah :

i) Model Dunn dan Dunn

ii) Model VAK

3. Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar

bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:

Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)

Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab

(dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual

waktu).

Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai

cara.

Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan,

waktu, gerakan.

4. Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan-

suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive-

bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)

5. Model VAK:

Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.

Audio:  belajar lebih baik dengan mendengar.

Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara

fizikal/ hands-on.

KECERDASAN PELBAGAI PELAJAR

 

Page 19: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

1. Kecerdasan  pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa

manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.

2. Ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai:

Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa

Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan

Visual-ruang  -  berkaitan dengan ruang + visualisasi

Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan

Muzik  - berkaitan dengan ritma dan melodi

Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang

lain

Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam

   dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri

sendiri.

Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam

semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

 

3. Kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar dapat dienalpasti melalui :

i) Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar

ii) Aktiviti murid semasa lapang

iii) Laporan prestasi murid

iv) Profil Kecerdasan Murid

v) Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults- MICA)

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY)  

Page 20: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

1. Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang

lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi

sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.

2. EIC menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi

Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)

Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)

Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)

3. Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi

Sosial

4. Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang

lain)

5. Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada

orang lain)

Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ atau kecerdasan emosi ini adalah satu

konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap

emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan

kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang

adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma

lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya.

Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya

memerlukan lebih daripada kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam

hidup – seseorang mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan

berhubung dan berkomunikasi dengan sihat dengan orang lain.

 

Seperti yang telah disebutkan lebih awal dalam modul ini, sekiranya dilihat dari

konteks yang lebih syumul, Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dengan jelas

bahawa;

 

Dalam badan manusia itu ada seketul daging,

Page 21: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Sekiranya baik daging itu,

Maka baiklah badan itu,

Sekiranya busuk daging itu,

Maka busuklah badan itu.

Dan daging itu adalah hati.

 

Dapat dilihat bahawa peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan

emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang bagitu rapat dengan kejayaan manusia

dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ

dalam menjana kejayaan seseorang dalam hidup ini adalah tidak dapat dinafikan.

 

Menurut Mayer dan Salovey (1993), pelopor yang mula-mula memperkenalkan

konsep EQ ini;

“Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use

our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably

overlaps to some extent with general intelligence”

Mayer dan Salovey seterusnya menyatakan bahawa;

“The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying

emotions, using emotions, understanding emotions, and regulating

emotions.

Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang yang berupaya menjelaskan atau

menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya,

dan mengawal emosinya dalah dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

 

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau

menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami emosi sendiri

(knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one’s

Page 22: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain

(recognizing emotions in others), dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan

orang lain (handling relationships).

 

Dari interpretasi penyataan di atas berhubung dengan EQ, dapatlah difahamkan

bahawa kecerdasan emosi “is a type of social intelligence that involves the ability to

monitor one’s own and others’ emotions, to discriminate among them, and to use the

information to guide one’s thinking and actions”.(Mayer & Salovey, 1993). Mayer dan

Salovey menkategorikan EQ kepada enam domains:

  Kesedaran kendiri (self-awareness)

Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari

satu-satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini

juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran,

perasaan, dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa)

yang meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah

perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan itu.

 

Mengendalikan emosi (managing emotions)

Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik

satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan

mempunyai satu kesan yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak

dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara

berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh fahaman negatif. Harapan dan

rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta yang amat berguna dalam

menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan

perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa

yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak bila tidak dapat

dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan buruknya satu perkataan

yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan

Page 23: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada

kecemerlangan sikap.

 

Timbangrasa (empathy)

Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak

memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat

sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau ‘empathy’ yang

membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita

terlalu emosi (emotional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa

yang dikatakan oleh orang lain dari tindakan dan penilaian yang bersifat

personal adalah amat penting.

 

Berhubung (communicating)

Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyai kesan

positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan

yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan

pengharapan adalah kait-berkait sama juga halnya dengan ‘pessimism’

dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat

tanpa melahirkan kemarahan atau kedongkolan adalah kunci kepada

sesuatu kejayaan.

Kerjasama (cooperation)

Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau

pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada

konsep kerjasama (cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan

terletak kepada paksaan atau kuasa tetapi lahir dari kebolehan

menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu

dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan bersama. Menyedari

tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil

bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan dalam

menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau

Page 24: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

mengkritik. Pada ketika yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan

tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau

akibat dari keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak

berbelah bagi.

 

Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)

Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang

hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya

dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan

mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara

lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik boleh dicapai dengan

menggunakan kebolehan emosi (emotional skills) seperti apa yang telah

kita bincangkan di atas.

 

Kesimpulan

Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan mengukur konsep-

konsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan bersosial (social skills),

kecemerlangan perhubungan inter-personal(interpersonal competence),kematangan

psikologi (psychological maturity) dan kesedaran emosi (emotional awareness) –

Page 25: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

lama sebelum konsep kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan.

Kajian-kajian ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena

mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan

interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak didedahkan

dengan konsep EQ ini. Kajian juga telah melihat bagaimana kaitan positif antara EQ

dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu,

perhubungan sosial, perubahan dalam pengurusan, di samping menyediakan alat

pengukur kepada kejayaan tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional

intelligence, the skills that help people harmonize, should become increasingly

valued as a workplace asset in the years to come.”

Page 26: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN

(RPH)

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 5 Seroja

Bilangan Murid : 30 orang ( 11 Lelaki dan 19 Perempuan)

Page 27: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Masa : 8.15 - 9.15 pagi (60 minit)

Tarikh : 25 April 2009

Tajuk : Permainan Tradisional

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

1. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul2. Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan 3. Menyusun isi-isi penting dalam bentuk grafik4. Menggariskan 5 kata nama am dan 3 kata nama khas dalam petikan5. Membina ayat tunggal daripada kata nama

Fokus Utama:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (i): Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan:

9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 3 (i): menterjemah maklumat yang terdapat dalam bentuk teks prosa ke dalam lakar grafik.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Kata nama am dan kata nama khas

Ayat tunggal

Page 28: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Ilmu : Kebudayaan Melayu, Kajian Tempatan

Nilai : Menghargai, keyakinan diri, menghormati, kerjasama, optimis, tolong-menolong, jati diri

Kemahiran generik: Kemahiran berfikir, Kemahiran belajar,

Kemahiran fasilitator, Kemahiran mentaksir dan menilai

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah dibawa melawat ke Muzium Negeri dan menyaksikan pameran jenis-jenis permainan tradisional.

Bahan Sumber P&P : Petikan Permainan Tradisional, Borang Grafik KWLH, Borang Penilaian, kad manila, kad manjung,kad tugasan, laptop, dan LCD

LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Page 29: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Set Induksi(± 5 minit)

Gambar-gambar Permainan Tradisional

gasing

Congkak

Rebana

Wau

Sepak takraw

Guru memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas.

Guru bertanya khabar murid.

Guru menayangkan slaid gambar permainan wau, gasing, rebana, congkak dan sepak takraw kepada murid.

Guru bersoal jawab dengan murid

- Apakah jenis permainan yang ditunjukkan tadi?

- Di mana permainan ini didapati?

- Pernahkan kamu bermain permainan ini?

- Adakah permainan ini sesuai pada zaman moden ini?

- Bilakah permainan ini diadakan?

Jawapan murid dikaitakn dengan tajuk pengajaran untuk hari ini

BBM:-Laptop-MS Power Point

Nilai:-Menghargai

Kemahiran Belajar:-menyoal

Kemahiran Berfikir:-menghubung kait

Langkah 1(± 15 minit)

Petikan –“Permainan Tradisional“

Bacaan secara mentalis

Borang “KWLH”

K-Apa yang telah diketahui iaitu

Murid dibahagikan kepada lima orang satu kumpulan dan diedarkan petikan bertajuk “Permainan Tradisional”

Muird diminta membaca secara senyap

Murid berbincang berdasarkan petikan tersebut

Guru bersoal jawab dengan murid

Guru menerang cara mengisi borang KWLH

Murid mengisi borang KWLH

BBM:-Petikan “Permainan Tradisional”-Borang “KWLH”

Kemahiran Belajar:-Membaca dan mencatat-menyoal

Kemahiran Berfikir:-Pengurusan Grafik

Page 30: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

pengetahuan sedia ada murid.

W-apa yang ingin diketahui iaitu apa yang murid ingin tahu

L-apa yang telah dipelajari iaitu apa yang murid telah belajar setelah membaca petikan.

HBagaiamana ingin mendapatkan sumber tambahan iaitu bagaimana murid mahu mendapatkan sumber tambahan baerdasarkan petikan tersebut. -internet-buku-buku-perpustakaan

Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “K”

Guru meminta murid mengisi ruangan “K”, iaitu apa yang anda ketahui

Guru berbincang dengan murid tentang isi ruangan “K”

Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “W”

Guru meminta murid melengkapkan ruangan “W”, iaitu apa yang ingin tahu.

Guru berbincang dengan murid tentang isi ruangan “W”

Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “L”

Murid diminta mengisi ruangan “L”, iaitu apa yang telah anda pelajari berdasarkan petikan

Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “H”

Guru meminta murid melengkapkan ruangan “H”, iaitu apa yang anda ingin tahu.

Guru berbincang dan meminta murid mengenal pasti perkara-perkara dalam ruangan “W” dan bandingkan dengan “H”

Kemahiran Fasilitator:-Membimbing dan memerhati

Nilai :-Kerjasama-Hormat-menghormati

Kemahiran berfikir: -banding beza

Langkah 2(± 15 minit)

Pembentangan hasil daripadaPerbincangan

Ketua kumpulan akan mengagihkan tugas kepada setiap ahli untuk mengisi borang KWLH di

BBM:-kertas manjung-borang penilaian

Page 31: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

melalui Borang KWLH

Membuat penilaian oleh murid melalui borang penilaian yang diberikan oleh guru

Isi : 20mBahasa : 20mKesesuaian soalan : 20mKolaborasi : 20m

kertas manjung. Wakil kumpulan akan

membentangkan hasil perbincangan mengisi ruangan “K”,”W”,”L”, dan ”H”

Semasa sesi pembentangan dijalankan, kumpulan lain akan membuat penilaian di dalam borang penilaian yang disediakan oleh guru.

Guru membuat pemantauan

Kemahiran Belajar:-Pembentang hasil tugasan

Kemahiran mentaksir dan menilai:-mengisi borang penilaian

Kemahiran fasilitator:-pemantauan

Langkah 3(± 15 minit)

Sistem bahasa

Kata nama am

-Wau-Sepak takraw-Gasing-Congkak

Kata nama khas

-Malaysia -Pantai Timur-Kelantan-ASEAN

Guru meminta beberapa murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

Murid dikehendaki menggaris kata nama yang terdapat dalam petikan

Murid diminta mengumpul dan mengkelaskan kata nama yang terdapat dalam petikan dalam borang grafik

Muird diminta membina ayat tunggal daripada kata nama am yang berikut :

- Wau- Congkak- Sepak takraw- Gasing

BBM:-Borang grafik kata nama

Kemahiran belajar:-membaca

Kemahiran berfikir:-mengkelaskan

Kad tugasan

-Kelebihan permainan komputer berbanding

Wakil diminta memilih kad tugasan

Ketua kumpulan mengagihkan tugas, setiap ahli mengumpul maklumat berkaitan

BBM:-kad tugasan-kad manila

Kemahiran Berfikir:-membuat rumusan

Page 32: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Langkah 4(±5 minit)

permainan lain

-permainan yang telah mengharumkan nama Malaysia di serata dunia

-keburukan permainan komputer kepada pelajar

-nyatakan permainan tradisional yang lain selain dalam petikan

-bagaimana hendak mengekalkan permainan tradisional kepada pelajar pada zaman moden

-pilih satu permainan tardisional dan kemudian terangkan langkah-langkah untuk bermain.

dengan tajuk tugasan Setiap kumpulan diminta

menghasilkan satu peta minda di atas kertas manila

Guru akan membuat penilaian terhadap peta minda yang dihasilkan

Penilaian berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

-Isi yang tepat-Bahasa-Persembahan

Peta minda akan dilekatkan di belakang kelas di sudut subjek bahasa Melayu

-memilih maklumat mengikut keutamaan-pengurusan grafik

Kemahiran belajar:-mengumpul maklumat-memproses maklumat-menyusun maklumat

Kemahiran fasilitator :Membimbing dan memerhati

Nilai:-Tolong- menolong-Kerjasama

Penutup(± 5 minit)

Rumusan Murid membuat rumusan

tentang tajuk pembelajaran dengan bantuan guru

Guru membuat rumusan kepentingan tradisional dalam memumpuk jati diri bangsa Malaysia.

Nilai:Jati diri

Bibliografi

Tuan Jah Tuan Yusof (2008). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran

Page 33: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Bahasa Melayu. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor : Dwama

Sdn. Bhd.

Mohamad Fauzi Yunus (1996). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Kuala Lumpur :

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Malaysia

http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari/skop

http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari

http://www.wikipedia/taksonomi/bloom.html

http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/04/trend-menghantar-ibu-bapa-yang-telah.html

http://modulbestari.tripod.com/links.htm

http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm

Page 34: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

LAMPIRAN

CD BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 35: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Lampiran

Page 36: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagaian daripada khazanah dan warisan yang menjadi kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan negara semakin maju, permainan tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan itu ialah wau. Permainan wau biasanya dimainkan di Pantai Timur khususnya negeri Kelatan Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan wau turut dijadikan aktiviti pertandingan.

Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan ini juga biasanya dimainkan untuk mengisi masa lapang. Alat yang digunakan ialah lubang congkak yang diperbuat daripada kayu atau papn tebal dan buah guli atau biji getah.

Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan yang melibatkan negara-negara ASEAN. Permainan ini popular dalam kalangan istana zaman dahulu.

Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur. Gasing direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga merupakan permainan tardisional yang sering dipertandingkan.

Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini.

Sebagai generasi muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.

Borang “KWLH”

Page 37: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

KApa yang telah

anda ketahui

WApa yang hendak

diketahui

LApa yang telah

anda pelajari

HBagaimana

maklumat tambahan

hendak diperoleh

Borang Penilaian

Page 38: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Nama Kumpulan :

Tarikh :

ISI

(20M)

BAHASA

(20M)

KELANCARAN

(20M)

KUALITI

(20M)

KOLABORASI

(20M)

Ulasan guru :

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Borang Grafik

Page 39: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Kata nama am

Bina ayat tunggal berdasarkan kata nama am

Kata Nama Am

Page 40: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

1

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------

2.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------

3.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------

4.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------

5.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------

Wau

Congkak

Sepak takraw

Gasing

Rebana

Page 41: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Kad Tugasan

Kelebihan permainan komputer berbanding permainan lain

Permainan yang telah mengharumkan nama Malaysia di

serata dunia

Keburukan permainan komputer kepada pelajar

Page 42: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

Bagaimana hendak mengekalkan permainan tradisional kepada pelajar

pada zaman moden

Pilih satu permainan tardisional dan kemudian terangkan langkah-langkah

untuk bermain.

Page 43: Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML2203

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 1

Soalan Tugasan 2

Pengenalan 3

Jenis Sekolah 10

Pembestarian Sekolah 12

Konsep Pembestarian 13

Ciri-ciri Sekolah Bestari 14

Ciri-ciri Pelajar Bestari 18

Rancangan Pengajaran Harian 26

Bibliografi 33

Lampiran 34