19
1 ( THE JOY OF ORIGINATING ) Dalam Nikmat Mencipta, kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai. Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu dihasilkan secara baik dan indah, bukan sahaja elok dipakai bahkan indah dipandang. Inilah manusia yang sebenarnya seorang seniman. Menurut Sir Wilfred Grenfell, “ Real Joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something worthwhile”. SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1445/12 NIKMAT MENCIPTA... · mulanya diragui dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara

  • Upload
    hahanh

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

( THE JOY OF ORIGINATING )

Dalam Nikmat Mencipta, kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha

manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang

terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan

yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.

Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan

kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa

bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai. Apatah lagi jikalau bahan

ciptaan itu dihasilkan secara baik dan indah, bukan sahaja elok dipakai

bahkan indah dipandang. Inilah manusia yang sebenarnya seorang seniman.

Menurut Sir Wilfred Grenfell, “ Real Joy comes not from ease or riches or

from the praise of men, but from doing something worthwhile”.

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

2

TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 12 : Nikmat Mencipta

Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Merasa puas kerana sesuatu idea

atau cadangan dapat dilaksanakan

dan dimanfaatkan

o Sentiasa berada dalam cabaran

intelektual

o Sentiasa mencari idea dan kaedah

baru dalam menyelesaikan

masalah

o “Over-Jealous” dengan pekerjaan

o Gembira melihat wujudnya idea

dan kaedah baru dalam

pentadbiran

o Senang “bermain” dengan idea dan

berani mencuba

o Berpuas hati dengan kedudukan

yang sedia ada

o Takut menemui kegagalan

o Memandang remeh usaha orang

lain

o Pemikiran tidak dinamik

oMempertahankan “status quo”

secara membuta tuli

o Tidak suka pembaharuan

oTidak sabar dalam penciptaan baru

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

I never did anything worth doing by accident, nor

did any of my inventions come by accident; they

came by work. Plato

3

CONTOH BAGI AMALAN POSITIF

1. Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat

dilaksanakan dan dimanfaatkan.

Idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada

mulanya diragui dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang

biasa. Apabila dilaksanakan, cara ini didapati sangat baik, memudahkan

orang ramai membuat bayaran dan pungutan hasil. Jalinan usaha

tersebut adalah suatu sumbangan yang besar kepada Kerajaan kerana

ianya memudahkan komunikasi antara rakyat dengan Kerajaan, pejabat

pos berfungsi sebagai pemudahcara yang berkesan”.

2. Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam

pentadbiran.

Pejabat kerajaan telah dan sedang membuat perancangan bagi

mempertingkatkan prasarananya untuk memberi lebih kemudahan dan

keselesaan kepada pelanggan. Kalau dulu suasana di dalam pejabat adalah

panas untuk dikunjungi, kini banyak pejabat kerajaan yang dibina sudah

dipasangkan dengan alat pendingin hawa, disediakan kerusi menunggu,

tiket untuk berurusan (QMS) juga set televisyen untuk tontonan pelanggan

sambil menunggu mendapatkan perkhidmatan.

4

3. Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

Penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin

meningkat. Kesedaran terhadap kepentingan ICT, mewujudkan

banyak peluang dan ruang komunikasi yang lebih cepat dan mudah di

samping membantu meningkatkan prestasi kerja individu mahupun

sesebuah organisasi. Laman sesawang atau WEB, Blog, makmal

komputer, kemudahan „wireless’ dan pelbagai lagi kemudahan ICT

diberi perhatian sewajarnya.

4. Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam

menyelesaikan masalah.

Pembinaan projek “tunnel” yang dilengkapi dengan laluan kenderaan

dan saluran air untuk menangani masalah banjir dan untuk

mengurangkan kesesakan lalulintas.

5

CONTOH BAGI AMALAN NEGATIF

1. Memandang remeh usaha orang lain.

Sifat memandang remeh usaha orang lain timbul kerana perasaan

hasad dengki dan rendah budi pekerti. Pemimpin sesebuah organisasi

yang kurang memberi penghargaan kepada pekerja bawahan malah

meremehkan usaha yang dilakukan oleh mereka, mengakibatkan

produktiviti dan perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan.

2. Takut menemui kegagalan.

Sifat takut menemui kegagalan akan melemahkan organisasi,

menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti. Sesebuah organisasi

tidak akan berkembang maju dengan memiliki ahli yang bersifat

sebegini iaitu sentiasa takut untuk mencuba sesuatu tugasan apatah

lagi untuk menerima agenda pembaharuan. Mereka sering

menyalahkan orang lain dan tidak berusaha menyiapkan tugasan yang

diberikan. Akhirnya, sikap ini akan menghancurkan sesebuah

organisasi yang pada dasarnya mampu berdaya saing seiring dengan

organisasi lain.

6

3. Pemikiran tidak dinamik

Tidak menerima cadangan atau pemikiran baru sebelum diteliti

dengan sebaik-baiknya. Pemikiran seperti ini juga salah satu

penyumbang kepada kemunduran sesebuah organisasi. Ahli atau

pemimpin tidak mahu menerima cadangan atau idea perubahan yang

baru malah bertindak mengambil satu cadangan yang disangka

terbaik tanpa melalui proses permuafakatan yang betul.

4. Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada.

Seseorang yang sudah selesa dengan kedudukan yang ada, tidak mahu

menerima pembaharuan yang dilakukan. Sikap ini seolah-olah

menutup pintu perubahan dan kemajuan diri mahupun organisasi.

Pembelajaran sepanjang hayat oleh semua ahli, mestilah difahami dan

mengambil langkah melengkapkan diri dengan ilmu semasa dan menjadi

panduan hidup. Sentiasa melapangkan dada dan berfikiran terbuka

terhadap sesuatu dan mengubah sikap ke arah yang lebih baik dan

meyakinkan. Kenikmatan dalam mencipta merupakan kenikmatan dalam

kehidupan yang membawa kepada sebuah tamadun manusia yang tinggi.

7

“Bahan utama yang diperlukan

untuk mencipta ialah KREATIVITI.”

DEFINISI KREATIVITI

# Menurut kamus Webster‟s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to

bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu

adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Apabila direnung dan

difikirkan secara mendalam, manusia yang mempunyai sifat yang lemah

mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada sukar

kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku

dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang

diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat

membuktikan kemampuannya.

# Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan

(kebolehan) mencipta daya kreatif atau kekreatifan.

8

PENGENALAN KRITIVITI

# Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan

produktif. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran,

pengalaman dan keinginan seseorang.

# Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang

kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu

prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau

belajar bagi mewujudkan idea.

9

# Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara

langsung tentang apa yang di lihat atau dialaminya. Ia mungkin

menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman untuk

dilahirkan ke dalam bentuk yang baru.

# Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak

mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta.

Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan

fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak

kanan) yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan

daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti

pendidikan seni adalah diperlukan.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN:

1. Pemikiran Lateral

( MENDATAR)

2. Pemikiran Kritis

3. Pemikiran Reflektif

4. Pemikiran Kreatif

10

Pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar

berhubung kreativiti.

Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct)

semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah

faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan

tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong

seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan

keinginan, manusia tidak akan bertindak.

# Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons

tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti

adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh

menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan

pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat

sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat

atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga

terhasilnya suatu produk.

11

PEMIKIRAN KREATIF

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu

berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas

sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang

berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan

manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi

pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan

berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan

dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik

daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity

involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Based on hearing from readers of Pocket Changed, one of the

biggest fears people have in their lives is failure.

Afraid they won‟t succeed if they try something new

Fear that they might never “make it” doing what they are passionate

about

Fear that keeps them from following their heart

12

KREATIVITI DAN INOVASI DALAM

PENDIDIKAN SENI

Kemampuan akal manusia untuk membentuk konsep dan kemampuannya

untuk berfantasi adalah penting bagi makhluk manusia.Inovasi dan evolusi

pada dasarnya adalah penemuan baru. Penemuan baru biasanya berupa

suatu rangkaian panjang bermula dengan penemuan kecil atau secara

bertimbun menjadi banyak, yang diciptakan oleh sederet pencipta. Proses

kreatif adalah proses menghasilkan karya kreatif. Proses bermula dengan

mengenalpasti masalah yang merangsang pemikiran seorang pemikir dan

berakhir dengan menghasilkan karya kreatif.

Donald W.Mac Kinnon, mengatakan individu kreatif boleh menyatakan

tentang dirinya. Mempunyai aras intelektual yang tinggi dan berfikiran

terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik. Kreativiti

adalah berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak.

13

kesimpulannya, kreativiti dalam pendidikan seni mempunyai hubungan

dengan pemikiran pengalaman, idea, perasaan, dan keinginan seseorang

dalam penerokaannya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan

melalui penerokaan dan memanipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu

yang baru.

The principle goal of education in the

schools should be creating men and women

who are capable of doing new things, not

simply repeating what other generations

have done. Jean Piaget

14

Hidup Mesti Berani Mencuba Kisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang

dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000

kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang

seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” jam tetap

ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?”

“Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh keyakinan.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa

terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana

ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu

bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita

rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita

ternyata mampu. Sungguhpun kita anggap impossible untuk dilakukan

sekalipun.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda mencubanya.

15

BERANI MENCUBA, SIKAP YANG TERPUJI

“ Orang yang cemerlang sebenarnya bukanlah orang yang melakukan

sesuatu perkara berlainan daripada orang lain, tetapi melakukan sesuatu

perkara itu dengan cara yang berlainan daripada orang lain”

Orang yang berani mencuba ialah orang yang mengamalkan sikap menjaga

maruah diri, tidak suka meminta-minta, dan berusaha sendiri untuk

mencapai matlamat yang diingini. Keinginan untuk mencuba bukanlah

bererti seseorang itu ingin membuat sesuatu yang lebih baik daripada orang

lain tetapi sebenarnya beliau ingin mencuba menghasilkan sesuatu yang

terbaik mengikut kemampuan yang ada pada dirinya, dengan dibimbing

dan didorong oleh rakan-rakan sekeliling. Sifat ini perlu ada dalam diri kita.

Kejayaan dari hasil percubaannya itu boleh meningkatkan keyakinan

dirinya dan seterusnya boleh memberi sumbangan ke arah peningkatan

kemahiran.

“Our greatest glory is not in

never falling, but in rising

every time we fall.” Confucius

16

Mari kita renungkan cerita ini….ceritanya begini:

Setelah selesai Columbus meneroka benua Amerika, beliau belayar pulang

ke negaranya dan menceritakan pengalaman serta kejayaannya itu kepada

masyarakat Eropah. Walaupun ramai yang kagum dan berasa bangga

dengan kejayaannya itu, namun terdapat sekumpulan orang ternama yang

tidak mengiktiraf kejayaan beliau. Mereka mengatakan bahawa penemuan

Columbus itu itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan malah…semua

orang boleh melakukannya.

Columbus tidak berkecil hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh

golongan tersebut. Beliau sedar bahawa terdapat segelintir manusia di

dunia ini yang mempunyai perasaan hasad dengki apabila melihat

kemajuan dan kejayaan orang lain. Untuk meraikan kejayaannya itu,

Columbus mengadakan satu majlis makan malam dan turut menjemput

golongan ternama. Dalam majlis itu, Columbus berkata: “Adakah ada di

antara tuan-tuan dan puan-puan yang dapat menegakkan telur ayam ini di

atas meja?” Namun, tiada seorang pun di kalangan hadirin yang hadir itu

sanggup melakukannya.

17

Memandangkan tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran itu,

Columbus pun berkata: “Baiklah, saya dapat melakukannya.” Kemudian,

beliau memecahkan sedikit pada hujung telur itu dan meletakkannya di

atas meja pada hujung telur yang pecah itu.Telur itu pun berdiri dengan

tegak dan tidak bergolek.

Melihat betapa senangnya Columbus menyelesaikan masalah tersebut,

salah seorang daripada golongan ternama yang tidak mengiktiraf kejayaan

Columbus itu pun berkata: “Ahh, kalau cuma begitu saja caranya, semua

orang disini pun boleh buat juga.” Columbus tersenyum mendengar

sindiran orang ternama tersebut, lalu beliau pun berkata: “ Demikianlah

juga apabila saya menjadi orang Eropah pertama yang berjaya meneroka

Benua Amerika, sebelum ini tiada sesiapa pun yang berani melakukannya,

pelbagai alasan diberikan, malah ada yang menghina dan menggertak saya,

akan tetapi apabila saya berjaya melakukannya, ramai pula yang

mengatakan bahawa sesiapa pun boleh melakukannya” Kata-kata

Columbus itu menyebabkan para hadirin terdiam seketika, namun selepas

itu, majlis itu menjadi bertambah meriah dengan sokongan dan

pengiktirafan daripada mereka.

18

Kesimpulannya ialah….sikap yang ada pada diri Columbus, ialah

mempunyai harga diri, membuat perancangan dan menyusun matlamat

tersebut mengikut keutamaan serta sanggup berusaha untuk mendapatkan

sesuatu sehingga berjaya. Manakala bagi golongan ternama pula, sikap

mereka ini tidak ubah seperti masyarakat kita, maksud kawan…ahli

masyarakat kita, dimana ada segelintir daripada mereka ini mempunyai

perasaan dengki apabila melihat kemajuan orang lain. Mereka ini juga

sentiasa memperkecilkan pencapaian orang lain, sedangkan mereka sendiri

pula tidak berusaha untuk meningkatkan prestasi diri mereka.

Jadi kecemerlangan dan kejayaan adalah sesuatu yang boleh dicapai oleh

semua orang. Untuk mencapainya, seseorang itu perlu berani mencuba

sesuatu yang baru, membuat perancangan dan menyusun matlamat itu

mengikut keutamaan, serta melakukannya dengan cara yang paling baik,

yakin dan kreatif.

Impossible is a word only to be found in the

dictionary of fools.

Napoleon Bonaparte

19

Jika ada kesilapan bahasa atau

kata-kata yang menyinggung perasaan.

Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,

mohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila

hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

No. Telefon : 05-5015258

No. Fax : 05-5267945

e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe