19
1 ( THE WORTH OF CHARACTER ) Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN KEIKHLASAN DAN TIDAK ANGKUH

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

1

( THE WORTH OF CHARACTER )

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk

adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata

memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia

menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak

angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa

dipelihara.

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN KEIKHLASAN DAN TIDAK ANGKUH

Page 2: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

2

Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Anak yang lahir kembar

“identical” pun pasti memiliki sifat dan “character” yang tidak sama.

Walaupun dengan keperibadian, sikap dan watak berbeza, kita dituntut

menghiasi diri dengan sifat serta keperibadian terpuji agar dengan itu kita

dapat bergaul dengan orang lain dalam pelbagai situasi.

“Your beliefs become your thoughts,

Your thoughts become your words,

Your words become your actions,

Your actions become your habits,

Your habits become your values,

Your values become your destiny.”

Mahatma Gandhi

Page 3: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

3

TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 5 : KETINGGIAN PERIBADI

Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap

tindakan

o Menyempurnakan tugas dengan amanah

o Bersifat ikhlas dalam menjalankan

tanggungjawab

o Berilmu dan berpengetahuan luas

o Mengutamakan keadilan dalam setiap

perbuatan

o Sedia berkorban

o Berlumba-lumba membuat kebajikan

o Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan

o Bersifat penyayang

o Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran

o Bertimbang rasa tetapi tegas

o Bersopan santun serta sederhana dalam

kelakuan

o Taat setia dan patuh kepada arahan

o Bersyukur dan menghargai kebaikan

o Bersih daripada sifat dengki

o Berani dan berpendirian teguh

o Bertanggungjawab dan sedia berbakti

o Jimat cermat dalam segala aspek

o Tertib dan baik budi bicara

o Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas

o Cekal menghadapi cabaran

o Bekerjasama dan saling hormat-menghormati

o Selalu berpura-pura dalam tindakan

o Bersikap sombong dan suka menunjuk-tunjuk

o Sukar untuk membuat kebajikan

o Suka mengumpat dan menfitnah rakan sejawat

o Tamak dalam mengejar pangkat dan

kedudukan

o Gopoh dalam setiap tindakan

o Mengampu untuk mendapat pujian

o Mungkir janji

o Suka menghina dan meremehkan usaha orang

lain

o Pemarah dan tidak sabar

o Khianat dalam menjalankan tugas

o Berdendam serta hasad dengki

o Bersungguh-sungguh mempertahankan

kelemahan dan keburukan diri

o Suka membangkang tanpa cadangan untuk

memperbaikinya

o Mementingkan diri sendiri

o Lembab dan malas berusaha

o Pengotor dan selekeh dalam kehidupan

o Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah

o Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri

o Suka membuat janji palsu

o Bersikap birokratik dan autokratik dalam

membuat keputusan

o Percaya pada perkara tidak masuk akal

o Menfitnah orang lain

o Suka mengintip salah silap orang

o Tidak ada pendirian tetap

o Tidak berdisiplin

Page 4: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

4

SIFAT KETINGGIAN PERIBADI

Antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:

(i) Bersopan santun

(ii) Amanah

(iii) Saling hormat-menghormati

(iv) Sedia membantu.

Sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, dari

perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,

menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala

tindak-tanduknya.

Values aren't buses... They're not supposed to get

you anywhere. They're supposed

to define who you are.

Jennifer Crusie

Page 5: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

5

Peribadi seseorang ialah “the total personility” – wataknya, sikapnya,

perilakunya dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia,

baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat

umum.

Pengalaman hidup biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak

cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan

terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang

lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut

mewarnakan peribadi.

Page 6: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

6

Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan lagi hiasan

luaran peribadi. Sifat dalaman seseorang itu perlu tenang, bercakap belas

kasihan tetapi tegas beramah mesra, berdisiplin dan pemaaf terhadap

kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh

seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.

Extend to each person, no matter how trivial the

contact, all the care and kindness and

understanding and love that you can muster, and do

it with no thought of any reward. Your life will

never be the same again.

Og Mandino (1923-1996); Essayist, Psychologist

Page 7: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

7

TIGA PERKARA YANG PERLU DITINGKATKAN

UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERIBADI

1. Selalu berusaha meningkatkan pengetahuan, kecerdasan, kecerdikan,

dan akal sihat, serta tidak lupa selalu berusaha mengembangkan daya

analisis yang teliti.

2. Selalu berusaha menjaga dan meningkatkan kematangan emosi dan

selalu mampu untuk bersikap bijaksana.

3. Selalu berusaha meningkatkan moral, dan mental yang lebih baik.

Langkah peningkatkan tiga hal tersebut, maka harus banyak membaca

buku-buku yang bermanfaat, berdiskusi dengan menggunakan pemikiran

buruk atau baik sesuatu dan memiliki akal sihat, perlu setiap saat selalu

berusaha menambah pengetahuan yang dimiliki.

Page 8: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

8

LANGKAH SEDERHANA UNTUK MENINGKATKAN

KUALITI PERIBADI

1. MEMBACA

Membaca adalah sesuatu yang sangat sederhana, tetapi dalam

pelaksanaannya tidaklah mudah. Membaca merupakan perbuatan yang

memerlukan konsentrasi tinggi. Namun dengan membaca banyak kita

memperolehi manfaat darinya. Membaca adalah proses input data yang

tepat. Dengan membaca, banyak informasi kita perolehi. Dari membacalah

seorang ahli fikir biasa mengatakan sebuah teori dengan jelas. Membaca

harus dibiasakan sejak kanak-kanak lagi. Tanpa membaca, otak kita akan

kering, sempit dan tidak memiliki gambaran tentang dunia sebenar.

Membaca akan melengkapi data kita. Otak akan lebih kreatif dalam

menyikapi segala situasi.

Page 9: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

9

2. MENDENGAR

Mendengar juga adalah pekerjaan yang sangat memerlukan konsentrasi

yang tinggi. Namun mendengar banyak sekali manfaat yang biasa kita

perolehi. Terbiasa mendengar, banyak informasi yang kita dapat, yang

mungkin, kita tidak perolehi pada buku-buku bacaan kita. Mendengar akan

melatih kesabaran, ketelitian dan konsentrasi. Kesannya, jika kita

mendengarkan huraian seseorang, maka orang tersebut akan lebih hormat

kepada kita. Ingat! Orang berpengaruh lebih banyak mendengar daripada

berbicara.

Page 10: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

10

3. MENULIS

Kegiatan menulis, akan menguji kemampuan kita dalam menyerap ilmu

dan informasi dari kegiatan membaca dan mendengar. Menulis akan

melatih kita menerapkan pola fikir yang kritis, dan kaya akan ilmu

pengetahuan. Walaupun terasa berat, namun menulis sangat bermanfaat.

Melalui tulisanlah kita biasa meluangkan “idea-idea” kita. Menulis

menjadikan kita saranan untuk membentuk karakter, publikasi atau

merupakan kesenangan tersendiri. Bahkan biasa dijadikan alternatif mata

pencarian.

Page 11: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

11

4. BERTINDAK (“Action”)

Kita cuba melihat “kegiatan menulis” sebagai salah satu langkah

peningkatan diri. Inilah tips yang paling penting. Melakukan Sesuatu!

Kerana ia berkaitan dengan bukti. Walau seseorang telah melakukan

kegiatan baca dan dengar, sebagai sarana menimbah ilmu pengetahuan.

Namun tanpa mencuba untuk menulis sesuatu yang diyakininya. Sesuatu

yang menurutnya mampu membawanya pada gerbang kejayaan. Maka

ilmu pengetahuan yang diperolehnya, akan mengalami kegagalan. Tidak

terbiasa melakukan atau bertindak maka ilmu yang diperolehinya akan

membazir. Lambat laun akan jadi lemah dan lumpuh.

Page 12: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

12

5. MENGHAYATI

Menghayati adalah proses perenungan dari apa yeng telah dilakukan

selama ini. Biasakan aktiviti menghayati setiap kegiatan, melakukan

pembetulan diri dan peluang dalam setiap kesempatan.

Sebagai manusia biasa, tentunya kita tidak luput dari segala kesalahan.

Kadang-kadang kita melangkah dengan penuh semangat, namun lupa akan

penghayatan dari apa yang kita lakukan. Sehingga kita tidak mampu

melihat, bidang-bidang yang mungkin akan memberikan peluang yang luar

biasa bagi kemajuan kualiti diri kita yang lengkap.

Dengan menerapkan kelima perkara di atas, pastilah kita akan dapat

manfaat dalam meningkatkan kualiti peribadi kita.

I am thankful for nights that

turned into mornings, friends

that turned into family, and

dream that turned into

reality.

Page 13: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

13

10 KUALITI PERIBADI YANG HARUS KITA MILIKI

1. KETULUSAN

- Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang disukai

semua orang.

- Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai, kerana

yakin bahawa dia tidak akan dibodohi dan dibohongi,

- Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-

ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar balikkan fakta,

prinsipnya ya di atas ya, dan tidak di atas tidak.

- Tentu akan lebih “ideal” bila ketulusan yang selembut merpati itu

diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan

tidak menjadi sikap bersahaja yang biasa merugikan diri sendiri.

Page 14: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

14

2. RENDAH HATI

- Beza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendahan

hatinya justeru mengeluarkan perasaan kekuatan.

- Hanya orang yang kuat jiwanya yang biasa bersikap rendah hati. Dia

seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.

- Orang yang rendah hati biasa mengakui dan menghargai keunggulan

orang lain. Dia biasa membuat orang yang diatasnya merasa OK dan

membuat orang yang di bawahnya tidak merasa KO.

3. KESETIAAN

Kesetiaan sudah menjadi sesuatu yang jarang berlaku dan sangat tinggi

harganya. Orang yang setia selalu biasa dipercaya dan boleh dipercayai. Dia

selalu menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak

suka berkhianat.

Page 15: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

15

4. BERSIKAP POSITIF

- Orang yang bersikap positif selalu berusaha melihat segala dari kaca

mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun.

- Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang

lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada putus asa, lebih

suka mencari “solution” dari “frustration”, lebih suka memuji dari

mengkritik.

5. KECERIAAN

- Kerana tidak semua orang dikurniakan “temperament”, maka

keceriaan tidak harus diertikan sebagai “expression” wajah dan tubuh

tetapi adalah sikap hati.

- Orang yang ceria adalah orang yang biasa menikmati hidup, tidak

suka sedih dan selalu berusaha meraikan kegembiraan. Dia biasa

mentertawakan situasi orang lain dan juga dirinya sendiri. Dia punya

potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain

Page 16: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

16

6. BERTANGGUNGJAWAB

- Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya

dengan bersungguh-sungguh.

- Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika

mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk

disalahkan.

- Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan

menyalahkan sesiapa pun. Dia menyedari bahawa dirinya yang

bertanggung jawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya

7. KEPERCAYAAN DIRI

- Rasa kepercayaan diri memungkinkan seseorang menerima dirinya

sebagaimana menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

- Orang yang mempercayakan diri mudah menyesuaikan diri dengan

lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus

dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

You’ll never believe in yourself, if you keep

comparing yourself to others.

Page 17: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

17

8. KEBESARAN JIWA

- Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan

orang lain.

- Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh

rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia

tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan

keputusasaan

9. “EASY GOING”

- Orang yang “easy going” menganggap hidup adalah ringan.

- Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Tetapi berusaha

mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkitkan

masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu

ambil tahu dan “stress” dengan masalah-masalah yang berada di luar

kawalannya.

Page 18: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

18

10. “EMPATHY”

- “Empathy” adalah sifat yang sangat mengkagumkan.

- Orang yang “empathy” bukan saja pendengar yang baik tapi juga

biasa menempatkan diri pada tempat orang lain. Ketika terjadi konflik,

dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak

suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu

berusaha memahami dan mengerti keadaan orang lain.

TREAT PEOPLE AS IF THEY WERE

WHAT THEY OUGHT TO BE AND

YOU HELP THEM TO BECOME

WHAT THEY ARE CAPABLE OF

BECOMING.

GOETHE

Page 19: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza

19

Jika ada kesilapan bahasa atau

kata-kata yang menyinggung perasaan.

Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,

mohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila

hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

No. Telefon : 05-5015258

No. Fax : 05-5267945

e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe