Sel Sebagai Unit Asas Hidupan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS Sains Tingkatan 1Nur Syahirah AqilahSMK Dato' Penggawa Timur

Citation preview

  • Sains Tingkatan 1Sel Sebagai Unit Asas HidupanDisediakan Oleh :Nur Syahirah Aqilah Muhammad Faiz ClementTingkatan 1 NilamSMK Dato' Penggawa Timur

    Tajuk-tajuk :1) Memahami Sel2) Memahami Organisme Unisel & Multisel3) Memahami Sel Membentuk Tisu Organ & Sistem Di Dalam Badan Manusia4) Menyedari Manusia Merupakan Organisme Yang Kompleks

  • Apa Itu Sel?Sel merupakan unit asas bagi semua organisma. Sel juga boleh wujud dalam bentuk dan saiz yang berbeza. Oleh sebab saiz sel yang sangat kecil, jadi sel hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sel boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu SEL HAIWAN dan SEL TUMBUHAN.Unit AsasOrganismaBentuk &Saiz BerbezaHanyaDilihatMelaluiMikroskopTerbahagi 2Sel HaiwanSel Tumbuhan

  • Struktur Sel Haiwan & Sel Tumbuhan Sel HaiwanTerdiri daripada :nukleus, sitoplasma dan membran selMempunyai bentuk yang tidak tetapSaiz yang lebih kecilContoh sel : Sel pipi manusiaSel TumbuhanTerdiri daripada :nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, vakuol, kloroplasMempunyai bentuk yang tetapSaiz yang lebih besarContoh sel : Sel Bawang

  • Perbandingan Antara Sel Haiwan & Sel Tumbuhan

  • Organisma Unisel dan Multisel

    Terdapat 2 jenis organisma iaitu organisma unisel (SATU) dan organisma multisel (BANYAK).Walaupun organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.MIKROORGANISMA UNISEL- Hanya satu sel sahaja- Selalunya hidup dalam air dan tempat yang lembapMIKROORGANISMA MULTISEL- Banyak sel & fungsi berbeza- Kebanyakkan hidup dalam air, sesetengahnya boleh hidup di atas roti lembap

  • Organisasi Sel Dalam Tubuh ManusiaSEL BADAN MANUSIAManusia ialah organisma multisel yang sangat kompleks.

    Badan manusia terbina daripada berjuta-juta sel yang berlainan jenis.

    Sel-sel ini wujud dalam pelbagai saiz dan bentuk.

    Kepelbagaian sel badan manusia membolehkan sel-sel melakukan fungsi yang tertentu sahaja. Sel ini disebut sel khusus.

    Sel soma ialah semua sel dalam badan kecuali sel pembiakan.

  • Jenis-jenis Sel

  • SEL DALAM BADAN MANUSIA

    JENIS SELFUNGSI SEL PIPI

    Sel pipi berfungsi melindungi permukaan dalam pipiSEL DARAH MERAH

    Sel darah merah mengandungi pigmen merah yang dikenali sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.

  • JENIS SELFUNGSI SEL SARAF

    Sel saraf membawa maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan.SEL OTOT

    Sel otot berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan

  • JENIS SELFUNGSI SEL DARAH PUTIH

    Sel darah putih melindungi badan daripada serangan penyakit dengan menghapuskan bakteria dan virus dalam badan.SEL PEMBIAKAN sperma

    Ovum

    Sel pembiakan yang terlibat dalam proses pembiakan manusia

  • ORGANISASI SEL BADAN MANUSIASel-sel yang sama jenis dalam badan manusia bergabung membentuk tisu.Tisu-tisu yang berlainan jenis pula bergabung membentuk organ.Organ yang saling berkaitan fungsinya pula membentuk sistemAkhirnya, sistem yang berbeza bergabung untuk membentuk organisma iaitu manusia.

  • TISU Sekumpulan sel yang serupa bekerjasama untuk menjalankan fungsi khusus yang sama.

    Tisu dalam badan :

  • ORGANSekumpulan tisu yang berlainan bekerjasama untuk menjalankan sesuatu fungsi tertentu.

  • 2. Jenis jenis organ

  • SISTEM Sekumpulan organ yang bekerjasama untuk menjalankan proses proses kehidupan dikenali sebagai sistem.

    2. Sistem sistem utama dalam badan manusia :

  • ORGANISMA Semua sistem akan berfungsi bersama-sama secara serentak di dalam badan organisma multisel.

    Secara ringkasnya, organisasi sel bagi organisma multisel ialah seperti berikut :

  • Organisasi sel adalah penting kepada organisma kerana :

    pelbagai proses hidup dapat dilakukan secara serentak, cekap dan lancar.

    Meringankan beban sel kerana melalui pengkhususan sel, pembahagian tugas antara sel badan dapat dilakukan.

    Membolehkan organisma multisel menyesuaikan diri terhadap persekitaran.

  • PENGENALANManusia dikelaskan sebagai homo sapiens(bahasa latin untuk manusia bijak), sebuah spesis primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.Manusia mempunyai dua jantina: Lelaki dan perempuan

  • ORGANISASI SEL DALAM TUBUH MANUSIAManusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel.

    Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugas-tugas tertentu.

    Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel.

  • SEBAB-SEBAB MENGAPA MANUSIA DIKATAKAN ORGANISMA YANG KOMPLEKS

  • SEBAB PERTAMATubuh manusia adalah kompleks dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.

  • SEBAB KEDUASetiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.

  • SEBAB KETIGASetiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.

  • SEBAB KEEMPATMelalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.

  • SEBAB KELIMAFungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.

  • SEBAB KEENAMDalam tubuh manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel. Setiap jenis sel mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

  • SEBAB KETUJUHSetiap sel dalam tubuh manusia tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan multi fungsi. Jadi setiap organ dalam tubuh manusia berperanan sesuai dengan jenis dan fungsi nya.

  • TAMAT