10
1. PENDAHULUAN Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Kempson (1991) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu-satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang- kurangnya tiga syarat, iaitu : i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada perkataan atau ayat. iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, pentabiran, pertentangan dan sebagainya. Menurut Kempson (1991), mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, samada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu. Teori kajian semantik mempunyai empat cabang kesemuanya. Antaranya ialah Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen, Teori Imej dan Teori Logik Simbolik. Teori-teori ini digunakan dalam mengkaji makna atau subskategori yang lain dalam kajian tersebut. Dalam menganalisis komponen makna, berdasarkan Teori Analisis Komponen, kita perlu mengetahui konsep dan makna sebenar analisis komponen. FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat 1

SEM 4 - Assgmnt Semantik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: SEM 4 - Assgmnt Semantik

1. PENDAHULUAN

            Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan

sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori

linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data

bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap

perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

            Kempson (1991) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan

sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori

Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik.

Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu-satu teori semantik itu mestilah

memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :

i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan

menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.

ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada

perkataan atau ayat.

iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara

ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas

hubungan sinonim, perangkuman logik, pentabiran, pertentangan dan sebagainya. 

            Menurut Kempson (1991), mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga

syarat di atas, samada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada

dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu.

Teori kajian semantik mempunyai empat cabang kesemuanya. Antaranya ialah

Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen, Teori Imej dan Teori Logik Simbolik. Teori-

teori ini digunakan dalam mengkaji makna atau subskategori yang lain dalam kajian

tersebut. Dalam  menganalisis komponen makna, berdasarkan Teori Analisis Komponen,

kita perlu mengetahui konsep dan makna sebenar analisis komponen.

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

1

Page 2: SEM 4 - Assgmnt Semantik

2. DEFINISI SEMANTIK.

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata

merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat

menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani

“semantikos”  yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh

tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna

(J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang

objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan

penambahan makna sesuatu kata.Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau

perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-

lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna

lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Selain semantik berhubungan erat dengan kehidupan sosial yang dapat dikaji

dalam kaitan hubungan antara semantik dengan sosiologi, semantik juga mempunyai

hubungan yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan ilmu bahasa secara khusus

mahu pun perkembangan ilmu pengetahuan pada umumnya.

3. KONSEP SEMANTIK.

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos yang

bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan

sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).

Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Menurut Ferdinand de Saussure,

semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky

berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur

permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk

kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah”

(M.Breal, 1893).

Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden

dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

2

Page 3: SEM 4 - Assgmnt Semantik

intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna

mempunyai makna yang ruwet.

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai

makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam

konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk

makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai

makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal),

antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang

maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang

mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan

yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang

mempunyai satu makna).

4. PERTALIAN SEMANTIK DALAM DISIPLIN ILMU LAIN.

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam

setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian

sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

4.1. Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah

adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa

sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir

yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara

berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut.

Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah

‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’

membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar

mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

3

Page 4: SEM 4 - Assgmnt Semantik

4.2. Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini

bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah

tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’

berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan

tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi

yang berbeza.

Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya.

Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud

berdasarkan rangsangan atau tindak balas.

4.3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang

homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang

mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial

yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang

menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang.

Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang

membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi

bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami

adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).

4.4. Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya

ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya

diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi

makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak

pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna

peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja).

Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi

pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

4

Page 5: SEM 4 - Assgmnt Semantik

difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap

akan baik juga.

4.5. Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan

sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin

berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang

bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan

maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”.

Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah

dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu

direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam

setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

4.6. Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan

melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang

menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara

struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para

penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang

sesuai dalam konteks struktural ayat.

Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan

terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk

memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat.

Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan

supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

4.7. Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas

mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim,

pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

5

Page 6: SEM 4 - Assgmnt Semantik

daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud

tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang

mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya

membuat kebun atau bekerja di kebun.”

Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang

bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan

pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata

majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan

organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.

5. PENGERTIAN SEMANTIK DARI SARJANA DALAM DAN LUAR NEGARA

Menurut Ferdinand de Saussure ( 1966 ), semantik merupakan bahasa yang

diucapkan untuk menyampaikan makna. iaitu yang terdiri daripada dua komponen iaitu

komponen yang mengertikan, yang wujud bunyi-bunyi bahasa dan komponen yang

diertikan atau makna dari komponen yang pertama itu. Kedua-dua komponen ini adalah

merupakan tanda atau lambang, sedangkan yang ditanai atau dilambangkan itu adalah

sesuatu yang berada di luar bahasa yang lazim atau hal yang di tunjuk.

            Kata semantik ini kemudian dijadikan sebagai istilah yang digunakan untuk bidang

linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang

ditandainya. Atau denga kata lain, bidang linguistik yang mempelajari makna atau erti

dalam bahasa. Oleh kerana itu, kata sematik dapat diertikan sebagai ilmu tentang makna

atau tentang erti, iaitu salah satu daripada tiga tataran analisis bahasa termasuklah

fonologi, gramatik dan semantik.

Menurut Avram Noam Choamsky Beliau  ialah seorang ahli linguistik , pendidik ,

aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di

Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan

pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania.berpendapat bahawa

semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila

ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga

kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” .

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

6

Page 7: SEM 4 - Assgmnt Semantik

Menurut Ogden dan Richard (1956) dalam buku The Meaning of Meaning (1956) 

memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok,

kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna

yang ruwet. makna dilihat sebagai ’pengaruh bahasa terhadap pemikiran’. Bagaimana

penutur dan penerima menggunakan pemikiran mentafsir makna. Kepelbagaian takrifan di

atas berlaku kerana para sarjana akan membuat interpretasi menurut fahaman dan latihan

yang mereka perolehi dan selalunya dipengaruhi dengan bidang yang mereka ceburi. 

Menurut Karz dan Fodor. Menyebut semantik sebagai kajian tentang makna

linguistik yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat.Teori analisis

komponen makna ini mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu

dengan yang lain.

Analisis komponen makna adalah sutu rujukan tatacara yang terarah dalam keadah

kajian. Idea dan ini merupakan usaha pertama menerapkan kaedah analisis komponen

makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Idea ini dipelopori oleh Katz dan

Fodor dan diperluas oleh Kackson (1988) dan John Lyons ( 1995).

  Analisis menurut komponen ini ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian

yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna bagi sesuatu

perkataan bukan dianalisis secara unitari atau sebagai satu unit tetapi sebagai komponen-

komponen yang kompleks. Misalnya makna datuk, bapa, dan anak dapat dijelaskan

dengan menganalisisbeberapa komponen, umpamanya:.

i.`datuk’ adalah lelaki, bapa kepada ....... dan juga anak kepada....

ii.`bapa’ adalah lelaki ,anak kepada ....... dan ibu kepada........

iii.`anak’ adalah lelaki / perempuan, bayi/ kanak-kanak/ dewasa,

anak kepada ......

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), istilah semantik berasal daripada perkataan

Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya, daripada perkataan inilah

terbit istilah semantik bagi menamakan satu bidang ilmu yang mengkaji makna.sematik

ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

7

Page 8: SEM 4 - Assgmnt Semantik

sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik.

Menurut beliau lagi,semantik ialah kata – kata yang mengandungi makna dan

bagaimana kata – kata itu berhubung sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna

sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapanyang

berbentuk kata – kata.

Setiap perkataan dalam satu bahasa dikatakan mempunyai hubungan yang erat diantara

satu sama lain.Banyak faktor yang melibatkan interpretasi makna dan amat sukar

memastikan ketepatan makna.Hubungan makna antara perkataan berdasarkan ;

a) Kata Sinonom ( kesamaan makna )

b) Kata Antonim ( perbezaan makna , berlawanan , bertentangan )

c) Kata Homonim ( kesamaan ejaan dan sebutan )

d) Kata Polisim ( banyak makna )

e) Kata Hiponim ( struktur makna )

Menurut Ruth Kempson (1991:22), analisis komponen makna atau fitur

semantik merupakan cara untuk menzahirkan sejelas mungkin hubungan sistemis

antara perkataan. Berdasarkan pandangan ini, makna perkataan dikaji bukan sebagai

himpunan yang terdiri daripada komponen makna tetapi komponen - komponen itu

sendirinya merupakan inti makna.Berdasarkan penjelasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa

setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh

disenaraikan untuk dihuraikannya.

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

8

Page 9: SEM 4 - Assgmnt Semantik

6. PENUTUP

            

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai

makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam

konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk

makna daripada hubungan semantik.

           Semantik telah lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi

terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan, jelas

menunjukkan bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dan semantik

tidak dapat dipisahkan.

Satu teori yang mencirikan kenalaran bahasa termasuk dalam teori kecekapan

berbahasa manakala teori yang memberikan interaksi antara perincian bahasa itu dengan

faktor lain yang menentukan keseluruhan ehwal kenalaran perhubungan itu pula termasuk

dalam teori pelakuan bahasa. Kita menjelaskan pelakuan berbahasa dari segi tatabahasa

kecekapan berbahasa yang menjanakan ayat dan maknanya tetapi kita juga menjelaskan

makna tersebut dari segi syarat kegunaannya iaitu pelakuan berbahasanya. Sekiranya kita

mengekalkan pendekatan pelakuan pertuturan dalam semantik maka kita mestilah

sekurang-kurangnya menilai kembali andaian-andaian yang mendasari perbezaan

kecekapan berbahasa.

Selari dengan itu, dalam komunikasi bahasa digunakan oleh penutur atau

pendengar untuk menyatakan atau menghuraikan sesuatu perkara. Di samping itu,

bahasa juga merupakn cara kita untuk mempersembahkan lakuan pertuturan yang terdiri

daripada lakuan pengucapan, lakuan niat pengucapan dan juga lakuan tindak balas

pengucapan.

            Selain itu, teori lakuan pertuturan mempunyai empat syarat iaitu syarat kandungan

proposisi, syarat persediaan, syarat keikhlasan dan syarat tujuan.

       

    

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

9

Page 10: SEM 4 - Assgmnt Semantik

7. BIBLIOGRAFI.

Aziz, S. H. (2009). Pengenalan Semantik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jalaluddin., N. H. (1992). Semantik Dan Pragmatik : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kempson, R. M. (1991). Terjemahan : Zaiton Ab. Rahman.' Teori Semantik '. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

Omar, A. H. (1978). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yusof, A. (2009). Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

FCE 3500 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK Muka surat

10