14
1 “ AGIHAN AIR DAN INJAP“ © SEPTEMBER 2009 Hak Cipta Terpelihara RICKY MARDEN C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa Politeknik Kota Kinabalu © September 2009 Hak Cipta Terpelihara

SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

  • Upload
    openman

  • View
    7.179

  • Download
    31

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

1

“ AGIHAN AIR DAN INJAP“

© SEPTEMBER 2009

Hak Cipta Terpelihara

RICKY MARDEN

C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa

Politeknik Kota Kinabalu

© September 2009

Hak Cipta Terpelihara

Page 2: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

2

Isi kandungan

Perkara m/s

Pernyataan tajuk 1

A. Agihan air 3

B. Gambar rajah kaedah air 5

C. Injap 7

D. Jenis-jenis 8

E. Rujukan 10

Page 3: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

3

A. Agihan Air

Selepas melepasi proses olahan, air yang disimpan di dalam tangki simpanan

diagihkan melalui sistem agihan. Agihan air boleh dilakukan dengan kaedah :

A. Graviti

B. Pam

C. Pam dan takungan

Ciri umum yang ada pada sistem agihan air adalah :

i. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi

ii. Sistem agihan hendaklah berkesan.

iii. Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan dengan

penyenggaraan yang minimum.

iv. Bahan yang digunakan untuk paip agihan hendaklah tahan lasak dan tidak

mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepad pengguna.

v. Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi reka bentuk, susun atur dan

pembinaan.

Page 4: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

4

Kaedah Ciri Kelebihan Kekurangan Graviti Sistem ini digunakan

apa bila loji rawatan air terletak pada aras yang lebih tinggi.

Tidak menggunakan pam, maka ia menjimatkan kos operasi dari segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan pam.

Jika kawasan bekalan terletak terlalu rendah berbanding loji rawatan air, tekanan di dalam paip menjadi telalu tinggi dan mudah merosakkan paip dan sistem agihan.

Pam Sistem ini digunakan apabila kawasan bekalan berada sama aras tangki atau lebih tinggi dari aras tangki simpanan. Air dipamkan terus ke kawasan agihan

Boleh membekalkan air ke kawasan yang lebih tinggi.

i. Bekalan air akan terputus apabila bekalan elektrik terputus.

ii. Tekanan di dalam paip akan menjadi tinggi pada masa permintaan (waktu malam) dan akan menyebabkan kerosakan paip.

iii. Sistem ini memerlukan kawalan dan khidmat senggaraan yang kerap bagi memastikan bekalan air sentiasa berada pada tahap optimum.

iv. Kos operasi tinggi untuk penyenggaraan pam dan sistem agihan

Pam dan Takungan (Gabungan)

Sebahagian air dipam ke kawasan agihan dan sebahagiannya ke tangki perkhidmatan yang diletakkan di kawasan yang lebih tinggi dari kawasan bekalan. Air yang disimpan di tangki perkhidmatan akan diagihkan semasa perkhidmatan akan diagihkan semasa permintaan tinggi pada waktu puncak. Pada masa permintaan rendah (waktu malam), air disimpan di dalam tangki perkhidmatan untuk diagihkan pada waktu puncak keesokan harinya.

Sangat ekonomik kerana proses pengepaman beroperasi pada kadar yang tetap. Pam yang beroperasi pada kadar yang tetap akan menghasilkan kecekapan yang tinggi serta kurang kos penyenggaraan. Kerosakan pada paip dan sistem agihan juga dapat dikurangkan.

Tiada kekurangan yang ketara.

Page 5: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

5

B. Gambar Rajah Kaedah Agihan Air

Rajah 1. Kaedah Pam

Rajah 2. Kaedah Graviti

Page 6: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

6

Rajah 3.Kaedah Pam dan Takungan

(kaedah gabungan)

Page 7: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

7

C. Injap

Pemasangan injap adalah untuk kedua-dua sistem paip dan sistem paip

dalaman. Injap biasanya adalah untuk mengawal pengaliran air sepanjang paip. Paip

adalah biasanya dikaitkan dengan pemasangan dalam sistem paip dalaman. Ianya

bertujuan untuk megawal pengeluaran air di penghujung paip. Kedua-dua injap dan pili

adalah alat yang dikawal dengan menggunakan tangan dan biasanya diperbuat

daripada gangsa, tembaga, gunmetal, keluli, plastik atau campuran bahan-bahan

ini.Fungsi-fungsi injap adalah seperti berikut:-

i. Mengawal kadar aliran air

ii. Memberhentikan pengaliran air

iii. Mengubah hala aliran air

iv. Melepaskan udara dari dalam paip dan membolehkan udara masuk ke

dalam paip apabila paip kosong.

v. Melegakan tekanan dari dalam paip.

vi. Mengurangkan tekanan air

vii. Membuang kotoran dari dalam paip air.

Page 8: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

8

D. Jenis jenis Injap

Ada terdapat beberapa jenis injap dan berikut merupakan antara jenis injap;

i. Injap berhenti

a) Berfungsi untuk menutup sebahagian atau kesemuanya aliran bendalir

ii. Injap kupu-kupu

a) Injap ini terdiri dari badan, disk, shaft dan pepasangan bush.

b) Ia boleh didapati dari saiz 25 hingga 3800mm dengan suhu dan tekanan hingga

13800 kpa dan 1100° C.

c) Ia selalu digunakan dalam stesen janakuasa, stesen hidroelektrik, industri

minyak dan gas dan sambungan pembentungan.

d) Kelebihan injap ini ialah ia ringan, mudah dikendalikan, bersih sendiri dan kadar

kehilangan tekanan aliran yang rendah.

Page 9: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

9

iii. Injap keruk

a) Digunakan apabila memerlukan aliran bendalir yang lurus tanpa meminimumkan

rintangan

b) Pintu selalunya berbentuk sesendal/cakera tegak

c) Kelebihan : tiada rintangan

d) Kekurangan : lemah dalam pendikitan

iv. Injap udara

a) Injap udara memberikan dua kelebihan yang penting dalam sistem perpaipan.

b) Injap udara mengekalkan rekabentuk sistem dengan efisien dan memberikan

perlindungan.

Page 10: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

10

c) Sistem yang efisien dengan menggunakan injap ini boleh menyalurkan dan

menggurangkan udara yang boleh menyekat aliran dan dalam paip.

v. Injap sehala

a) Injap sehala ataupun lebih dikenali sebagai injap cegah balik berfungsi untuk membenarkan mengalir dalam satu jurusan sahaja maka mencegah air dari mengalir balik

b) Jenis injap ini ialah: -piringan (disc) -Bola -Buaian (swing

vi. Injap bebola(ball valves)

Page 11: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

11

a) Dalam sistem pemasangan paip dalaman, injap bebola digunakan pada

tangki simpanan, tangki simbahan, tangki pengurang tekanan dan tangki

sedutan.

b) Fungsinya adalah untuk mengawal pengaliran air masuk ke dalam tangki-

tangki berkenaan.

vii. Injap altitud

a) Injap altitud merupakan injap yang sangat teliti dan salah satu injap kawalan aras yang automatik.

b) injap ini tidak menggunakan apa-apa penggera atau apa juga jenis pelampung

Page 12: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

12

viii. Injap pengurang tekanan

a) Digunakan secara automatik untuk menghasilkan tekanan yang stabil dan

rendah kepada sistem daripada punca tekanan yang tinggi.

b) Digunakan di sistem perpaipan udara, air laut, minyak pelinciran dan

sebagainya.

ix. Injap tekanan menanggung

Page 13: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

13

a) Digunakan untuk melindungi sistem perpaipan dari tekanan berlebihan.

b) Ianya akan terbuka secara automatik apabila tekanan menjadi terlalu tinggi (

tekanan sebenar melawan tekanan spring )

c) Tekanan yang dilepaskan dapat dikawal dengan melaraskan skru.

x. Injap tekanan malar

a) Injap direkabentuk untuk menahan kekentalan seumpamanya pada air.

b) Menetapkan kadaralir air

Page 14: SEM 6 - Agihan Air Dan Injap - C5305 - Tugasan 3

14

E. Rujukan

1. http://www.lianqi-trade.com/gate_valve1.html 2. http://www.lianqi-trade.com/check_valve4.html 3. http://www.controlvalves.com/series/3330/3330.html 4. http://uitmbuilding.blogspot.com/2008/02/building-services-injap-dan-paip.html 5. Buku teks tingkatan 5 ; Pengajian Kejuruteraan awam ; Abdul aziz b.Abdul

Latif,Ismail latif dan Abdul Aziz b.Bakar. cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka