21
Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN SEJARAH, SUMBER-SUMBER SEJARAH DAN BIDANG- BIDANG DI DALAM KAJIAN SEJARAH Mardiana Nordin Jabatan Sejarah Universiti Malaya Pengenalan ‘Sejarah’ sebagai salah satu disiplin ilmu adalah satu cabang yang penting. Istilah sejarah membawa kepada beberapa pengertian dan makna. Sejarah dalam pengertian umum boleh dilihat daripada definisi-definisi berikut. Prof. Khoo Kay Kim mendefinisikan sejarah itu sebagai satu hakikat yang merujuk kepada masa. Beliau juga menyatakan, yang sudah lepas itu adalah sejarah. 1 Kamus Dewan pula mendefinisikan sejarah itu sebagai asal-usul (keturunan), salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau; kisah, riwayat, tambo (cerita yang disangka dongeng itu menjadi fakta) sesudah dijumpai bukti- bukti yang mengesahkannya, atau ilmu kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa- peristiwa yang telah lalu. 2 Dilihat dari aspek bahasa, istilah sejarah itu dikatakan berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘penyelidikan’. Definisi ini juga memberi makna yang, peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku pada masa yang lalu dan juga ingatan-ingatan yang tercatit mengenai masa lalu. 3 Manakala R. G. Collingwood di dalam bukunya Idea Sejarah pula menyebut bahawa 1 Khoo Kay Kim, Panji-Panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1979, hlm. 1. 2 Kamus Dewan, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 1411-1412. 3 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 4.

Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015

PENYELIDIKAN SEJARAH, SUMBER-SUMBER SEJARAH DAN BIDANG-

BIDANG DI DALAM KAJIAN SEJARAH

Mardiana Nordin

Jabatan Sejarah

Universiti Malaya

Pengenalan

‘Sejarah’ sebagai salah satu disiplin ilmu adalah satu cabang yang penting. Istilah sejarah

membawa kepada beberapa pengertian dan makna. Sejarah dalam pengertian umum boleh

dilihat daripada definisi-definisi berikut. Prof. Khoo Kay Kim mendefinisikan sejarah itu

sebagai satu hakikat yang merujuk kepada masa. Beliau juga menyatakan, yang sudah lepas

itu adalah sejarah.1 Kamus Dewan pula mendefinisikan sejarah itu sebagai asal-usul

(keturunan), salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau; kisah,

riwayat, tambo (cerita yang disangka dongeng itu menjadi fakta) – sesudah dijumpai bukti-

bukti yang mengesahkannya, atau ilmu – kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-

peristiwa yang telah lalu.2

Dilihat dari aspek bahasa, istilah sejarah itu dikatakan berasal dari bahasa Yunani yang

bermaksud ‘penyelidikan’. Definisi ini juga memberi makna yang, peristiwa-peristiwa yang

pernah berlaku pada masa yang lalu dan juga ingatan-ingatan yang tercatit mengenai masa

lalu.3 Manakala R. G. Collingwood di dalam bukunya Idea Sejarah pula menyebut bahawa

1 Khoo Kay Kim, Panji-Panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti

Malaya, 1979, hlm. 1. 2 Kamus Dewan, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 1411-1412. 3 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 4.

Page 2: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

1

sejarah itu adalah satu bentuk pemikiran yang khusus.4 Justeru itu beliau bersetuju yang sejarah

itu juga satu bentuk penyelidikan atau penyiasatan.5 Collingwood juga berpendapat, kebolehan

sejarah itu untuk berkembang adalah dengan penafsiran bahan bukti atau sumber. Daripada

keseluruhan pendefinisan sejarah yang diberikan, maka boleh disimpulkan keupayaan sejarah

itu berkembang adalah dengan adanya penyelidikan dan penafsiran sumber. Maka itulah

perlunya beberapa pendekatan penyelidikan di dalam bidang sejarah.

Pendekatan Penyelidikan Sejarah

Penyelidikan sejarah secara umumnya melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif,

biasanya. Kaedah kualitatif lazimnya lebih dominan kerana penyelidikan sejarah berkembang

atas kajian fenomena, konsep, gagasan, perkembangan, implikasi dan yang seumpamanya.

Situasi ini bersesuaian dengan takrif kualitatif itu sendiri iaitu, kajian tingkah laku manusia

berkait proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana yang dikaji.

Kaedah kualitatif ini juga akan memfokus pada proses dan hasil. Biarpun begitu, ia tidaklah

bermaksud penyelidikan sejarah tidak boleh atau tidak sesuai langsung dengan pendekatan

kuantitatif. Sebenarnya dalam banyak keadaan, hasil dari penyelidikan kuantitatif dapat

melengkapkan dapatan sumber. Ini kerana kaedah kuantitatif biasanya akan menghasilkan

data-data bernombor atau statistik yang boleh dijadikan bukti untuk mengukuhkan hujah dan

interpretasi. Contohnya dalam kajian keberkesanan Dasar Ekonomi Baru atau Potensi

Pelancongan negara. Data-data kuantitatif amat membantu memantapkan kajian. Justeru,

4 R. G. Collingwood, The Idea of History, London: Oxford University Press, 1967, hlm. xxxi. 5 Apabila ilmu ini menuntut penyelidikan, maka sejarah juga boleh digolongkan kedalam bidang sains kerana

sesuatu penyelidikan itu akan membawa kepada persoalan-persoalan dan usaha untuk menjawab dan

menyelesaikan persoalan tersebut. Lihat, Ibid., hlm. xlii.

Page 3: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

2

gabungan kedua-dua pendekatan ini dalam penyelidikan sejarah akan menghasilkan penulisan

yang lebih berautoriti dan autentik.

Kaedah Penyelidikan Yang Boleh Diaplikasikan Dalam Bidang Sejarah

Di dalam perolehan bukti, penyelidik-penyelidik sejarah tidak akan lari dari

menggunakan kaedah kepustakaan. Kaedah ini memberi makna, seseorang penyelidik itu

berusaha mendapatkan dan mengumpul bukti-bukti atau lebih selesa disebut sebagai sumber

di institusi-insitusi penyelidikan yang berkenaan dengan bidang penyelidikan masing-masing.

Sumber yang diperolehi daripada kaedah keperpustakaan ini penting di dalam bidang sejarah

kerana ia boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan.6 Sumber itu

berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber

boleh dirujuk secara ilmiah apabila diperlukan.7

Di dalam penyelidikan bidang sejarah, penyelidik-penyelidik biasanya tidak akan dapat

menjauhkan diri dari insitusi tertentu yang amat sinonim dalam tanggung jawab mereka

menyimpan, memelihara sekaligus mengkatalogkan sumber-sumber sejarah. Kaedah

Kepustakaan yang datang dari kata asal ‘pustaka’ itu merujuk kepada peranan institusi terbabit

yang menjadi ‘pustaka’ atau pusat sumber ilmu. Institusi yang dimaksudkan misalnya yang

terutama adalah Arkib Negara. Malahan penyelidik perlu mengenal pasti lokasi sumber yang

diingini di arkib-arkib tertentu kerana di Malaysia ini terdapat sebelas buah arkib yang

bertanggungjawab dalam penyimpanan dokumen khazanah negara ini. Arkib-arkib yang

dimaksudkan adalah Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta di Kuala Lumpur, Arkib Negara

6 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, hlm. 7. 7 Badriyah Hj. Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1996, hlm. 155.

Page 4: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

3

Malaysia Cawangan Johor Bahru, Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka, Arkib Negara

Malaysia Cawangan Sarawak, Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah, Arkib Negara

Malaysia Cawangan Terengganu, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang, Arkib Negara

Malaysia Cawangan Kelantan, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah-Perlis, Arkib Negara

Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak.8 Penyelidikan

di arkib-arkib ini pastinya amat bermanfaat kerana setiap satu ia menyimpan khazanah sumber

negara sama ada bersifat persekutuan mahupun negeri masing-masing sejak dari era penjajahan

sehinggalah selepas negara mengecap kemerdekaan.

Selain itu, penyelidik sejarah juga lazimnya akan berkunjung ke muzium-muzium bagi

tujuan penyelidikan sama ada untuk mendapatkan dokumen mahupun melihat artifak dan

diorama yang dipamerkan sekaligus mengumpul fakta yang dipamer bersama pameran

tersebut. Muzium yang dimaksudkan adalah muzium negara, muzium-muzium negeri dan

muzium-muzium khas yang lain seperti Muzium Polis, Muzium Seni Islam, Muzium Seni

Asia, Muzium Wilayah Persekutuan, Muzium Sejarah Nasional, Muzium Nelayan, Muzium

Bugis, muzium di daerah-daerah seperti Muzium Lukut, Muzium Jugra dan sebagainya.

Seterusnya, bersesuaian dengan nama kaedah itu sendiri, adalah tidak lengkap

seseorang peneliti sejarah itu tidak melakukan penelitian ke perpustakaan-perpustakaan

tertentu. Walaupun bahan yang dapat dikumpulkan lebih berupa sumber yang bersifat sekunder

namun terdapat juga sesetengah perpustakaan yang menyimpan bahan primer. Perpustakaan

Umum Universiti Malaya misalnya penyimpan sumber primer yang banyak terutama di dalam

bentuk mikrofilem. Selain itu, Perpustakaan Za’ba, Universiti Malaya juga ada menyimpan

manuskrip-manuskrip Melayu salinan yang asal bertulisan jawi, selain koleksi akhbar dan

8 Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1989, hlm. 25.

Page 5: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

4

majalah lama yang amat bermanfaat untuk diteliti oleh penyelidik sejarah. Perpustakaan

Negara juga wajar dimanfaatkan terutama misalnya wujud satu jabatan dipanggil Pusat

Manuskrip Melayu yang menyimpan banyak sekali naskhah-naskhah lama dalam pelbagai

bidang sama ada sejarah, ketatanegaraan, undang-undang, kitab agama malahan perubatan

yang semuanya boleh dimanfaatkan oleh penyelidik sejarah.

Kajian keperpustakaan juga seharusnya tidak ketinggalan untuk terus mendapatkan

bahan ke badan-badan tertentu yang menjadi fokus dalam sesuatu penyelidikan. Misalnya jika

sesebuah kajian itu berhubung kait dengan sesuatu pertubuhan, sesebuah institusi ataupun

badan-badan kerajaan / berkanun / swasta, maka menjadi suatu kaedah yang paling wajar untuk

peneliti tersebut berkunjung terus ke pejabat, urusetia ataupun sekretariat pihak terbabit untuk

mendapatkan sumber yang terhampir dengan bidang kajiannya.

Perlu juga diingatkan bahawa sumber-sumber sejarah biarpun berkait dengan

maklumat sejarah dalam negara sebenarnya juga banyak tersimpan di luar negara. Ramai

penyelidik sejarah yang mengambil peluang membuat kajian hingga ke National Archieve di

Kew Garden, London kerana banyaknya dokumen negara tersimpan di sana. Di London juga

beberapa institusi seperti British Library, Royal Asiatic Society, Perpustakaan School of

Oriental and African Studies (SOAS), University of London dan beberapa institusi lain turut

menyimpan khazanah negara yang masih boleh diterokai. Selain United Kingdom, banyak lagi

‘pustaka-pustaka’ di luar negara yang menjadi tumpuan penyelidik sejarah seperti Belanda,

India, Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain.

Selain Kaedah Kepustakaan, kaedah lain yang bersesuaian dengan penyelidikan sejarah

adalah seperti wawancara. Proses mendapatkan sumber melalui wawancara boleh dilakukan

sama ada secara individu mahupun berkelompok. Sumber yang diperoleh dari wawancara

Page 6: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

5

dianggap sebagai utama. Responden yang boleh diwawancara pula, mungkin berupa saksi

utama atau saksi mata, orang ketiga mahupun para penyelidik/sarjana yang mahir dengan

bidang kajian tersebut. Penyelidik sejarah yang berkomitmen tinggi juga wajar melakukan

kaedah pemerhatian supaya dapat melakukan tafisran yang lebih tepat. Ianya bermaksud,

penyelidik ‘turun padang’ atau membuat lawatan ke sesebuah lokasi yang berkait dengan

bidang kajian sejarahnya. Contohnya, mengunjungi tapak-tapak ibu kota kerajaan Melayu,

makam diraja, tapak pelabuhan dan sebagainya. Sebagai melengkapi kajian, sebarang dapatan

yang memerlukan data sebagai pengukuhan tafsiran, penyelidik boleh menyediakan borang

soal-selidik atau survei untuk mendapatkan sumber kuantitatif.

Sumber-Sumber Utama Dalam Kaedah Keperpustakaan

Menurut Kamus Dewan, sumber didefinisikan sebagai, ‘asal, mula atau punca’. Oleh

itu, jika direlatifkan dengan sejarah, sumber sejarah boleh diertikan dengan beberapa takrif

iaitu; 1) Sesuatu punca, dokumen atau rekod. 2) Sebuah karya yang menyediakan maklumat

atau bukti berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau hal-hal lain. 3) Keterangan yang bertulis atau

bercetak yang boleh dijadikan bukti. 4) Sesuatu yang boleh menjadi punca kepada sesuatu

lahiran pemikiran dan penulisan. 5) Sekumpulan bahan-bahan yang khusus seperti terdapat di

arkib-arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana, rumah perseorangan

yang mempunyai minat menyimpannya dan sebagainya. Keseluruhannya, sumber itu boleh

diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dan mana-mana bidang

keilmuan.9

9 Lihat tulisan-tulisan berikut; Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd., 2004, hlm. 8, John Tosh, The Pursuit of History: Aims, Methods and New

Direction in the Study of Modern History, England: Longman, 2000, hlm. 30, R.G. Collingwood, Idea of History,

Page 7: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

6

Sumber sejarah boleh dikategorikan kepada dua iaitu sumber primer dan sumber

sekunder. Sumber Primer membawa pengertian, sekumpulan sumber (bahan rujukan) yang

keadaannya masih asli, belum ditafsirkan dan diperlengkapkan. Sumber primer adalah sumber

yang bukan hasil kajian seseorang. Ianya masih mentah dan belum dikupas oleh mana-mana

sarjana atau penulis. (Sejarawan cenderung untuk menggunakan sumber primer kerana ia

merupakan maklumat first hand dan peneliti mempunyai hak dan bebas untuk membuat

tafsiran – yang munasabah ke atas sumber tersebut).10 Manakala Sumber Sekunder pula

membawa pengeritan, hasil kajian atau penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang

mahupun kumpulan tentang sesuatu peristiwa, tokoh dan sebagainya. Sumber sekunder adalah

kajian yang ditulis hasil dari pemerosesan dan penggunaan dari sumber primer tadi. Oleh itu

sumber sekunder boleh berbentuk propaganda, komunikasi, peribadi, reaksi, kreativiti ataupun

hanya maklumat umum. Sumber sekunder yang boleh dirujuk adalah berupa buku, makalah,

majalah, akhbar, tesis, jurnal dan yang seumpama dengannya.11

Penyelidikan sejarah yang akan membawa kepada pengumpulan sumber-sumber

primer yang bersifat dokumen iaitu sumber bertulis termasuklah ilustrasi, peta, gambar dan

yang seumpamanya12 dan juga sumber sekunder. Antara sumber-sumber yang dimaksudkan

adalah;

1. Naskhah Melayu (di Malaysia contohnya, banyak tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu,

Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Dewan Bahasa Pustaka, Unit Mikrofilem

hlm. … dan Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, hlm.

72. 10 Lihat Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1998, hlm. 90 dan Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2002, hlm. 51. 11 Lihat Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, hlm. 91 dan Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu

Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 51. 12 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, hlm. 123.

Page 8: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

7

Perpustakaan Universiti Malaya, Arkib Negara dan Cawangannya).13 Namun telah banyak

juga naskhah Melayu ini yang telah diterbitkan tetapi masih boleh digunakan walaupun

tidak lagi bersifat sumber utama; Contoh: Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis,

Silsilah Melayu dan Bugis, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang 99 Perak, Bustanus

Salatin dan lain-lain.)14

Contoh;

Tuhfat al-Nafis

13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam; G.H. Werndly,

Malaesche Spraakkunst, Batavia: Ter lands drukkeriji, 1823; A.T. Gallop, Malay Manuscript Collections in

Malaysia, Singapore and Brunei, 1988; J.H. Howard, Malay Manuscripts: A Bibliographical Guide, Kuala

Lumpur: University of Malaya Press, 1966; A.K. Rony, Malay Manuscripts and Early Printed Books at the

Library of Congress, 1991; Katalogus Koleksi Naskhah Melayu Museum Pusat Dep. P.K., Jakarta: Proyek

Inventarisasi dan Dokumentasi Kebudayaan Nasional, Direktorat Jendral Kebudayaan, 1972, dan lain-lain. 14 Sila rujuk tulisan sarjana-sarjana yang telah meninjau sepintas lalu dan menyenaraikan kewujudan teks-teks

seumpama ini seperti, R.O. Winstedt, A History of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: MBRAS, 1996,

Virginia Matheson, “Concepts of Malay Ethos in Indigenous Malay Writings”, Journal of Southeast Asian

Studies, vol. 10, no. 2, Liaw Yock Fang, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapura: Pustaka Nasional,

1975 dan Mohd. Taib Osman, Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur: Penerbit Federal, 1974.

Page 9: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

8

Hikayat Hang Tuah Misa Melayu

Naskhah Melayu bersifat salasilah

Naskhah-naskhah Melayu ini juga masih banyak tersimpan di luar negara seperti di

Belanda dan United Kindom.

2. Catatan pelayar atau kerajaan asing – Sejarah awal negara ini banyak sekali terkandung di

dalam catatan-catatan asing misalnya catatan China, (I-Tsing, Laksamana Cheng Ho dan

Page 10: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

9

catatan Dinasti Ming), Portugis (Tome Pires dan Eredia), Arab (Ibnu Batuta), Jawa

(Prapanca) dan sebagainya.15

Contoh;

Catatan oleh Godihno de Eredia

15 Sila lihat buku-buku yang telahpun diterbitkan ekoran dari penterjemahan mahupun penggunaan catatan-catatan

ini secara menyeluruh seperti, A. Cortesao, The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East from the

Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515, vol. 2, London: Printed for the Hankluyt Society,

1944, Godinho de Eredia Manuel, Eredia’s Description of Malaca, Merdional India and Cathay, Kuala Lumpur:

MBRAS, 1997, Liang Liji, Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-

15, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996, Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam

Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000; Alfonso de Albuquerque, Albuquerque: Caesar

Timur: Teks-teks Pilihan oleh Alfonso de Albuquerque dan Anaknya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,

1995 dan banyak lagi.

Page 11: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

10

Catatan Pelayaran Laksamana Cheng Ho

3. Rekod-Rekod Kerajaan (Terkini atau Zaman Jajahan)

i. Kerajaan Negeri

ii. Kerajaan Persekutuan

iii. Jabatan-Jabatan Tertentu

4. Rekod Badan Berkanun

5. Rekod Syarikat (Swasta)

(Di dalam perkara 3, 4 dan 5: pelbagai bentuk sumber primer boleh diperolehi misalnya,

Laporan Tahunan, Laporan-laporan lain, Minit Mesyuarat/prosiding, Dasar, Belanjawan,

Perjanjian/Persetian/Triti,16 Surat-Menyurat, Risalah, Warta Kerajaan, Gazzete, Rekod

Badan Agama, Pengisytiharan/Pemberitahuan dan surat-menyurat)

Contoh-contoh;

Laporan Tahunan Surat-menyurat

16 Sila lihat usaha pihak-pihak tertentu yang telah mengkompilasikan perjanjian-perjanjian tersebut di dalam

beberapa buah penerbitan misalnya Muhammad Said Haji Sulaiman, Treaties and Agreements Affecting the State

and Territory of Johore, Johor Bahru: The Government Printing Office, 1925; Surat-Surat Perdjandjian antara

Kesultanan Riau dengan Pemerintah2 V.O.C. dan Hindia Belanda, 1784-1909, Djakarta: Arsip Nasional

Republik Indonesia, 1970 dan J.de Allen, A.J. Stockwell, L.R. Wright, A Collection of Treaties and Other

Documents Affecting the State of Malaysia 1761-1963, London: Oceana Publications Inc., 1981.

Page 12: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

11

Perjanjian/Triti Pengisytiharan

6. Surat-surat Persendirian

7. Titah Perintah

8. Akhbar / Majalah17

Contoh,

Akhbar Majlis Akhbar Al-Ikhwan

17 Antara majalah dan akhbar yang boleh dimanfaatkan adalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara, Neracha,

Bulan Melayu, Majallah Guru, Panduan Guru, Jawi Peranakan, Pelita, Majlis, Utusan Melayu, Warta Malaya,

Lembaga Melayu dan banyak lagi. Sila lihat usaha sarjana yang mengupas isi kandungan setiap majalah tersebut

dan membuat penyenaraian termasuk lokasi simpanan seperti di dalam Khoo Kay Kim, Majalah dan Akhbar

Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya, 1984; Khoo Kay Kim, English

Newspapers as Sources of Malaysian History, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya, 1985; Ahmat

Adam, Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Awal Abad ke Sembilan Belas, Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992; Iskandar Haji Ahmad, Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980; W.R. Roff, Bibliography of Malay and Arabic Periodicals: Published

in the Straits Settlements and Peninsular Malay States 1876-1941, London: Oxford University Press, 1972.

Page 13: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

12

9. Rakaman Audio Visual

10. Diari / Catatan Peribadi

11. Gambar/peta/ilustrasi/lakaran

Di dalam penerokaan sumber-sumber sejarah seperti di atas, peneliti akan sering menggunakan

fail-fail atau katalog penyimpanan dokumen seperti CO (Colonial Office Record), SSR (Strait

Settlement Record), SFR (Sumatra Factory Record), FMSR (Federated Malay State Record),

UMFS (Unfederated Malay State Record), FO (Foreign Office Record), FCO (Foreign and

Commonwealth Office Record), DO (Dominions Office Records), Annual Report/Laporan

Tahunan, bagi negeri-negeri atau persekutuan atau badan-badan yang diteliti, SUK (Fail

Setiausaha Kerajaan Negeri) dan banyak lagi fail-fail yang terbabit.18

18 Lihat sebuah buku hasil usaha C.M. Turnbull berjudul The Straits Settlement, 1826-67, yang telah

menyenaraikan sebelas jenis fail/rekod kerajaan meliputi rekod Kerajaan Negeri-Negeri Selat (yang tersimpan di

National Library, Singapura), rekod Pejabat Tanah Jajahan British, rekod Pejabat Perang British dan rekod

Pejabat Luar Negeri yang kesemuanya tersimpan di PRO (Public Record Office) di London. Di dalamnya banyak

terkandung surat-menyurat Majlis Negeri dengan negeri Selat, laporan-laporan rasmi juga surat-menyurat lain

kerajaan yang bercetak.

Page 14: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

13

Lain-lain contoh sumber;

12. Sumber sekunder - buku, makalah, majalah, akhbar, tesis, jurnal dan yang seumpama

dengannya

Kepentingan Penggunaan Sumber Primer

1. Memberi hak kepada mana-mana penyelidik memberikan penafsiran. Dalam penulisan

sejarah, daya kreatif masih lagi diberi perhatian. Oleh itu, walaupun sesebuah sumber primer

itu berulang kali digunakan oleh penyelidik yang berbeza namun setiap individu itu berhak

memberikan intepretasi, pandangan dan tafsiran masing-masing berlandaskan sumber tersebut,

mengikut pemahaman masing-masing tetapi secara ilmiah.19 Dengan ini, pelbagai bentuk

penulisan sejarah dapat dihasilkan, perdebatan dapat dibangkitkan sekaligus menyumbang

memperkayakan khazanah pensejarahan negara.

19 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, hlm. 22.

Page 15: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

14

2. Memastikan penggunaan fakta, data dan statistik yang tepat dan sahih di dalam penulisan.

Sebagai sumber yang mentah dan bersifat asli, fakta-fakta yang terkandung di dalamnya adalah

yang paling diyakini ketepatan dan kebenarannya. Ini kerana lazimnya dokumen tersebut

ditulis pada sesuatu zaman yang berkenaan, hasil kajian yang menyeluruh, hasil laporan saksi

mata dan berbagai situasi lain yang seumpama dengannya. Selain itu, penggunaan terus kepada

sumber primer dapat mengelakkan kesilapan mengambil fakta yang mungkin dilakukan oleh

penulis sumber sekunder sekiranya hanya sumber sekunder yang dirujuk.

3. Mengesahkan fakta sedia ada yang dimiliki atau diketahui daripada sumber sekunder.

Justeru, kesahihan fakta tersebut sukar diragukan.

4. Menghasilkan penulisan sejarah yang lebih berkualiti dan bersifat baru (terutama bagi

sumber primer yang belum pernah digunakan atau penafsiran yang belum pernah diutarakan

sebelum ini). Penulisan yang merujuk kepada sumber sekunder semata-mata hanya

memberikan satu hasil yang mengulangi tulisan sedia ada.

5. Penyelidik juga dapat memberikan satu penafisran dan penjelasan kepada fakta-fakta bisu

yang terkandung di dalam sumber primer. Huraian ini adalah merujuk kepada data-data yang

bersifat tidak menonjolkan diri seperti data yang mengandungi angka. Melalui analisis data ini

suatu gambaran yang lebih subjektif boleh diberikan oleh penulis.

Kelemahan Penggunaan Sumber Primer

Seperkara yang boleh dijelaskan, di dalam penggunaaan sumber-sumber primer ini,

lazimnya penyelidik akan menghadapi beberapa kesukaran. Misalnya, bagi sejarah negara ini

di zaman penjajahan masih terlalu banya sumber tersebut yang tersimpan di luar negara seperti

di England, Belanda, India, Indonesia dan sebagainya. Selain itu banyak juga sumber yang

Page 16: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

15

tidak dipelihara dengan baik. Oleh itu sumber-sumber tersebut sudah begitu uzur, rosak dan

tidak boleh digunakan lagi. Sumber-sumber yang terhasil di zaman penjajahan juga ditulis di

dalam bahasa penjajah, contohnya Portugis dan Belanda.20 Oleh itu, penyelidik memerlukan

kepakaran bahasa tersebut untuk memahami sumber yang ingin digunakan. Masalah teknikal

seperti tulisan yang sukar difahami juga memberi cabaran kepada penyelidik. Tulisan tangan

dalam bentuk rumi dan jawi kadang kala sukar difahami lebih-lebih lagi ditulis di dalam bahasa

lama. Selain itu, status sesetengah sumber seperti di Arkib Negara yang masih belum boleh

dibuka (sulit/rahsia) membataskan ruang penyelidikan.

Contoh sumber yang sukar dibaca

Halaman koyak dokumen dari skrin mikrofilem

20 Sumber-sumber Belanda ini misalnya banyak sekali yang boleh digunakan kerana ia mengandungi maklumat

sejarah negara. Antaranya adalah seperti koleksi BKI (Bidragen tot de Taal, land-en Volkenkunde Van

Nedertandsch-Indie), BUB (Bataviaasche Uitgaande Briefboecken), Dagh Register, KA (Koloniaal Archief), KT

(Koloniaal Tijdschrift), KS (Koloniaal Studien) dan lain-lain . Namun begitu telah ada juga sejarawan asing yang

memanfaatkan sumber ini untuk menulis sejarah Malaysia seperti Andaya dalam menghasilkan bukunya yang

berjudul History of Malaysia, London: Palgrave, 2001 dan The Kingdom of Johor, 1641-1728, Kuala Lumpur:

Oxford University Press, 1975, demikian juga Diane Lewis untuk bukunya, Jan Compagnie in the Straits of

Malacca, 1641-1795, Athens: Ohio University Centre for International Studies, 1995.

Page 17: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

16

Dakwat tulisan yang kembang dan tulisan tangan yang sukar dibaca

tembus dari halaman belakang

Biarpun wujud masalah-masalah di atas, kesesuaian sumber dan kaedah ini masih lagi

relevan dengan bidang sejarah. Ini kerana dalam memastikan kaedah dan sumber ini boleh

terus disesuaikan dengan penyelidikan, penyelidik seharusnya boleh mengaplikasikan

beberapa teknik dalam kaedah keperpustakaannya. Pertamanya penyelidik seharusnya

membuat kaji banding antara sumber-sumber yang diperolehi untuk memastikan kesahihan

fakta atau mendapatkan fakta yang paling dominan berbanding yang lain. Sumber dari naskhah

Melayu misalnya boleh dibanding dengan sumber catatan pelayar asing atau juga dengan

dapatan dari kajian arkeologi. Selain itu, penyelidik tidak seharusnya menilai sesuatu sumber

itu dari kaca mata zaman diri penyelidik. Oleh itu penyelidik juga boleh menyesuaikan ilmu-

ilmu seperti antropoligi dan budaya dalam memahami kebudayaan dan pemikiran masyarakat

bagi zaman yang dikajinya. Mendalami ilmu filologi dan memahami bahasa bagi tempoh

tertentu juga amat membantu.

Page 18: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

17

Bidang-Bidang Kajian Sejarah

1. Peristiwa – boleh meliputi episod yang berlaku dalam sejarah seperti pengasasan

kesultanan/kerajaan, peperangan, pendudukan jepun, kegemilangan sesebuah kerajaan,

kejatuhan, darurat, pendudukan kuasa asing dan sebagainya.

2. Tokoh – membicarakan tokoh yang yang memberi impak terhadap perkembangan sejarah

sama ada yang beraliran positif mahupun negatif dalam pelbagai bidang politik, ekonomi

dan sosial.

3. Pemikiran – kajian yang sering juga dikaitkan dengan tokoh tertentu dalam menjalankan

dasar, pentadbiran, pemerintahan atau kepimpinan. Namun unsur pemikiran juga boleh

dilihat terhadap ideologi, falsafah dan sudut pandangan khususnya para cendikiawan yang

melahirkan aliran pemikiran baru atau berbeza.

4. Institusi/Pertubuhan/Agensi/Jabatan – kajian lazimnya meliputi aspek faktor dan idea

penubuhan, proses penubuhan, organisasi, perjalanan pengurusan, masalah, kesan dan lain-

lain aspek yang berhubung dengan perkembangannya.

5. Naskhah – naskhah boleh lahir dalam pelbagai genre. Selain genre sejarah yang sering

menjadi tumpuan, kajian juga boleh ditumpukan kepada genre undang-undang, tatanegara,

Bahasa, perubatan, kemahiran, nasihat, agama dan sebagainya. Naskhah boleh digunakan

sebagai sumber dan pada masa yang sama boleh dijadikan ‘alat’ utama kajian sejarah.

6. Sukan

7. Dasar/polisi

8. Masyarakat

Page 19: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

18

Kesimpulan

Penyelidikan dalam bidang sejarah sebenarnya merupakan suatu proses yang luas. Pelbagai

kaedah boleh dimanfaatkan terutamanya kaedah penyelidikan kepustakaan. Ini kerana kaedah

ini merupakan cara paling tepat dalam pengumpulan sumber yang menjadi sandaran kepada

sejarawan untuk memperoleh bukti sebelum membuat pentafsiran. Kaedah kepustakaan ini

juga kaedah yang paling sesuai dalam menggali sumber-sumber primer. Sesebuah penulisan

sejarah itu boleh dianggap berkualiti dan menyumbang dalam mengkayakan khazanah

pensejarahan negara sekiranya menggunakan sumber-sumber primer ini dengan berkesan.

Justeru, sekiranya timbul sebarang kesulitan dalam kaedah ini, penyelidik masih mempunyai

ruang untuk menanganinya dengan saling dilengkapi dari cabang-cabang ilmu yang lain. Pada

masa yang sama, seorang penyelidik sejarah juga wajar menggunakan kaedah lain seperti

wawancara dan pemerhatian untuk melahirkan tafsiran yang lebih tepat dan boleh

dipertanggungjawabkan. Seorang pengkaji sejarah juga seharusnya lebih kreatif dalam

meneroka bidang-bidang baru yang boleh dicungkil dan ditonjolkan. Oleh itu, sejarah akan

sentiasa hidup, bersifat dinamik dan menjadi satu cabang ilmu yang menarik sekaligus

bermanfaat kepada seluruh masyarakat

Senarai Rujukan

Ahmat Adam, Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Awal Abad ke Sembilan

Belas, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992.

Albuquerque, Alfonso de, Albuquerque: Caesar Timur: Teks-teks Pilihan oleh Alfonso de

Albuquerque dan Anaknya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1995.

Allen, J.de, Stockwell, A.J., Wright, L.R., A Collection of Treaties and Other Documents

Affecting the State of Malaysia 1761-1963, London: Oceana Publications Inc., 1981.

Andaya, L.Y., History of Malaysia, London: Palgrave, 2001.

Page 20: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

19

Andaya, L.Y., The Kingdom of Johor, 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press,

1975.

Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2002.

Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1989.

Badriyah Hj. Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1996.

Collingwood, R. G., The Idea of History, London: Oxford University Press, 1967.

Cortesao, A.,The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East from the Red Sea to

Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515, vol. 2, London: Printed for the

Hankluyt Society, 1944.

Eredia Manuel, Godinho de, Eredia’s Description of Malaca, Merdional India and Cathay,

Kuala Lumpur: MBRAS, 1997.

Gallop, A.T., Malay Manuscript Collections in Malaysia, Singapore and Brunei, 1988.

Howard, J.H., Malay Manuscripts: A Bibliographical Guide, Kuala Lumpur: University of

Malaya Press, 1966.

Iskandar Haji Ahmad, Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1980.

Kamus Dewan, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Katalogus Koleksi Naskhah Melayu Museum Pusat Dep. P.K., Jakarta: Proyek Inventarisasi

dan Dokumentasi Kebudayaan Nasional, Direktorat Jendral Kebudayaan, 1972.

Khoo Kay Kim, English Newspapers as Sources of Malaysian History, Kuala Lumpur:

Perpustakaan Universiti Malaya, 1985.

Khoo Kay Kim, Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur:

Perpustakaan Universiti Malaya, 1984.

Khoo Kay Kim, Panji-Panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu, Kuala

Lumpur: Universiti Malaya, 1979.

Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2000.

Lewis, Dianne, Jan Compagnie in the Straits of Malacca, 1641-1795, Athens: Ohio University

Centre for International Studies, 1995.

Liang Liji, Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-

15, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996.

Liaw Yock Fang, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapura: Pustaka Nasional, 1975.

Matheson, Virginia, “Concepts of Malay Ethos in Indigenous Malay Writings”, Journal of

Southeast Asian Studies, vol. 10, no. 2.

Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1998.

Page 21: Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah 2015 PENYELIDIKAN … · 2019. 4. 2. · Tuhfat al-Nafis 13 Sila rujuk senarai penyimpanan atau daftar manuskirp Melayu yang terkandung di dalam;

20

Mohd. Taib Osman, Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur: Penerbit Federal, 1974.

Muhammad Said Haji Sulaiman, Treaties and Agreements Affecting the State and Territory of

Johore, Johor Bahru: The Government Printing Office, 1925.

Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan

Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

Roff, W.R., Bibliography of Malay and Arabic Periodicals: Published in the Straits

Settlements and Peninsular Malay States 1876-1941, London: Oxford University

Press, 1972.

Rony, A.K., Malay Manuscripts and Early Printed Books at the Library of Congress, 1991.

Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd., 2004.

Surat-Surat Perdjandjian antara Kesultanan Riau dengan Pemerintah2 V.O.C. dan Hindia

Belanda, 1784-1909, Djakarta: Arsip Nasional Republik Indonesia, 1970.

Tosh, John, The Pursuit of History: Aims, Methods and New Direction in the Study of Modern

History, England: Longman, 2000.

Turnbull C.M., The Straits Settlement, 1826-6: Indian Presidency to Crown Colony,

Singapura: Oxford University Press, 1972.

Werndly, G.H., Malaesche Spraakkunst, Batavia: Ter lands drukkeriji, 1823.

Winstedt, R.O., A History of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: MBRAS, 1996.