6

Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

  • Upload
    lamtruc

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Page 2: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2017 :

Isu dan Cabaran

Tarikh : 3 Disember 2017/13 Rabiul Awwal 1439

Masa : 8.00 am – 5.00 pm

Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Pengenalan

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang wujud di dunia dan merupakan bahasa yang paling tua.

Perkembangan bahasa Arab sentiasa meningkat mengikut arus pemodenan masa. Kemajuan bahasa ini telah

meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab di seluruh dunia telah lama wujud termasuklah di Malaysia . Malah, Malaysia telah mengorak langkah

memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pengajian. Lebih dari itu, bahasa Arab telah

dijadikan salah satu subjek elektif universiti di samping sebagai subjek wajib di beberapa fakulti.

Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Malah

ramai pendidik telah membincangkan metode pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan. Namun,

penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih menjadi isu yang hangat dibincangkan, banyak kajian

menunjukkan kemerosotan pencapaian bahasa Arab dikalangan pelajar peringkat menengah dan institusi pengajian

tinggi. Justeru, seminar ini akan membuka ruang perbincangan kepada para penyelidik, pendidik dan pengajar

bahasa Arab di negara ini khasnya bagi mengenal pasti metode yang boleh diketengahkan sebagai metode

pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan berdasarkan pengalaman ahli-ahli akademik dan pendidik. Di

samping itu juga, seminar ini turut mengemukakan penambahbaikan terhadap metode sedia ada supaya

pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab akan menjadi lebih tersusun dan berfokus, seterusnya menjadi panduan

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di masa hadapan.

Seminar ini diharapkan menjadi salah satu platform untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab yang lebih berkesan disamping mencadangkan beberapa kaedah dan pendekatan untuk membantu

dalam mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan budaya.

Page 3: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Objektif Program :

1. Menyediakan ruang untuk para ahli akademik berkongsi pengalaman tentang pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab.

2. Membincangkan masalah yang dihadapi oleh para pelajar tentang pembelajaran Bahasa Arab serta

,emcadangkan solusi yang berkaitan.

3. Memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan metode pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

serta keberkesanannya.

4. Mengemukakan pendekatan pengajaran Bahasa Arab yang berkesan dan sejajar dengan arus semasa.

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

Profesor Dr Abdul Aziz Bin Mohd Zin

Penasihat

Prof Madya Dr Yeop Hussin Bin Bidin

Pengerusi

Dr Linamalini Binti Mat Nafi

Timbalan Pengerusi

Rohaidi Bin Habil

Ahli

Hisyamuddin Bin Mohd Yusof

Page 4: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah

Hisyamuddin Bin Mohd Yusof

Setiausaha

Muhamad Shahrul Izham Bin Mat Nawi

Bendahari

Mohd Rofizi Bin Dollah

Jawatankuasa Persiapan Dan Teknikal

Mahmoud Abdel Sattar

Jawatankuasa Komunikasi Dan Publisiti

Azmin Bin Daud

Mohd Maruzuki Bin Zakaria

Jawatankuasa Persegaran

Nora @ Nurizan Binti Suhaimi

Jawatankuasa Perhubungan Dan Protokol

Nasimah Binti Wan Harun

Mujiburrahman Bin Muhammad Saleh

Nur Farahdiana binti Awang

Jawatankuasa Kertas Kerja Dan Prosiding

Abdullah Tahmin Bin Abdul Latif

Marina binti Muhammad Razaki

Jawatankuasa Buku Program Dan Cenderahati

Bouzid Dohu

Page 5: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas

Ahmad Mujahideen Bin Yusof

TEMA, ABSTRAK & KERTAS KERJA

TEMA:

MEMPERKASA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN.

SUB-TEMA

• Pendidikan Bahasa Arab

• Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

• Kurikulum Bahasa Arab Pengukuran Dan Penilaian

• Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

• Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

• Balaghah al-Quran dan Hadis

• Kesusasteraan Arab Klasik dan Moden

• Kesusasteraan Bandingan

• Pengajaran Kesusasteraan Arab

• Bahasa Arab dan Teknologi

• Sintaksis dan Morfologi Bahasa Arab

• Penterjemahan Bahasa Arab

Panduan Penulisan Abstrak

1. Tajuk kertas kerja

2. Nama penulis serta maklumat institusi yang berkaitan

3. Emel penulis

4. Kata kunci

Panjang abstrak hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan dan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Page 6: Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ...kiasedu.hex.my/images/2slideshow/2017/SEMINARKEBANGSAAN3DIS2017_1.pdf · • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

1. Masalah kajian

2. Objektif

3. Metodologi

4. Hasil kajian

Panduan Penulisan Kertas Kerja :

1. Kertas kerja mestilah mempunyai hubung kait dengan tema atau mana-mana sub-tema seminar.

2. Penulisan kertas kerja menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Arab.

3. Halaman kertas kerja bergantung kepada keperlan isi kandungan kertas kerja.

4. Format asas kertas kerja adalah sepertimana berikut: Kertas kerja hendaklah disediakan dalam bentuk

Microsof Word (97-2003 / 2010).

o Tulisan Latin:

o Jenis Huruf: Times New Roman; Saiz Huruf: 12 pt. single spacing

o Tulisan Arab:

o Jenis Huruf: Traditional Arabic; Saiz Huruf: 16pt. Double spacing

5. Rujukan hendaklah dalam bentuk sistem pengarang-tarikh (auto date system).

Semua abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar ke alamat emel berikut :

[email protected]