20
www.ukm.edu.my/alumni ISSN 1985-9392 BIL. 16 NOV 2018 The National University of Malaysia BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

www.ukm.edu.my/alumni

ISSN 1985-9392

BIL. 16

NOV 2018

The National Universityof Malaysia

BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Sidang Redaksi

senadiBULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung

Penasihat

Ketua Editor

Editor

Editor Teknikal

Editor Pengurusan

Pembantu Editor

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali

Prof. Madya Dr. Hj. Roslee Rajikan

Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan

Dr. Lai Wei Sieng

Puan Farah Farzana Rasol

En. Farhan Ishak

Puan Norazlin Syahidah Ali Puan Rosnita Manap Puan Mimi Sharina Ash’ari

Juru Gambar

En.Wan Nursyaffiq Wan Mahamood

IR. DR. NAZRUL ANUAR NAYANPengarahPusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM)

Cik Nur Aqilah Mohd Roseli

En. Mohammad Hafiz Mohd Ali

En.Wan Nursyaffiq Wan Mahamood

En. Mohammad Hafiz Mohd Ali

Assalamualaikum dan salam sejahtera alumni hebat dan

seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah

diucapkan kerana dengan izinNya Majalah SENADI bilangan

ke-16 berjaya diterbitkan dengan bantuan daripada semua pihak

terutamanya para alumni, fakulti dan kolej kediaman. Pusat

Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah distruktur semula

pada 16 Julai 2018 dan diberi tanggungjawab sepenuhnya

berkenaan hal-ehwal perhubungan alumni. Dengan satu pasukan

yang kukuh, kami berusaha untuk terus bergerak bagi

memastikan hubungan antara UKM dan alumni sentiasa kukuh.

Banyak aktiviti bersama alumni telah disusun agar hubungan

baik tersebut dapat dicapai dan dimanfaatkan kedua-dua pihak

iaitu alumni dan universiti. Antara program yang terkini adalah

Program Larian Nostalgia Alumni 2018. Program ini telah

mendapat sambutan yang baik daripada alumni dan hasil

daripada program ini, ALUMNI-UKM telah berjaya mengumpul

dan mengesan lebih ramai alumni untuk mendapatkan maklumat

terkini mereka serta berjaya mengumpul dana bagi Tabung

Kebajikan Pelajar.

SENADI mengambil peluang untuk memaparkan kisah-kisah

kejayaan alumninya dan kali ini, SENADI telah memilih tokoh

alumni seperti Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng dan

Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria yang sudi berkongsi pengalaman

kejayaan sepanjang karier mereka yang boleh memberikan

inspirasi kepada para pelajar. Selain itu, majalah ini turut

memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun-

jukkan kejayaan serta kehidupan alumni UKM.

Akhir kata, saya berharap agar para alumni terus bersemangat

untuk bersama-sama barisan pentadbiran UKM dalam usaha

memastikan UKM sederap terkehadapan. UKM dan alumni

berpisah tiada!

Cik Nur Fadzrin Tarmizi

Page 3: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Prof. Madya Dr. Hj. Roslee RajikanTimbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Siswa & Alumni)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana UKM masih utuh berdiri

dan terus terkehadapan melangkaui jangkaan. Bagi

menggerakkan program-program alumni yang dirancang

agar lebih efektif dan tersusun, saya menyeru agar para

alumni dapat mengemaskini data peribadi melalui Sistem

Maklumat Alumni UKM. Ini akan membolehkan kami

menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua

alumni yang dihormati. Pihak universiti juga mengalu-

alukan kerjasama, sokongan dan keterlibatan para Alumni

dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh

UKM.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Pengarah

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) yang

baharu iaitu Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan. Saya yakin dan

percaya dengan penstrukturan semula ALUMNI-UKM

pada 16 Julai 2018, usaha menjejaki para alumni secara

aktif akan diteruskan sehingga semua alumni UKM

berjaya dijejaki, inshaAllah.

Jutaan terima kasih juga kepada alumni-alumni UKM

yang sudi membantu mahasiswa baharu menyelesaikan

tugasan penghasilan ‘Video Bersama Alumni’ untuk

memenuhi syarat kemasukkan ke UKM pada sesi 2018-

2019. Cetusan idea YBhg. Tan Sri Naib Canselor

merupakan satu perkara diluar kebiasaan dan mencabar

kelaziman kerana ianya yang pertama di Malaysia.

Alumni-alumni UKM secara tidak langsung dapat

berkongsi cerita dan memberikan nasihat kepada

mahasiswa baharu. Maklumat dan keberadaan alumni

dapat diperolehi menerusi carian berdasarkan

#masukukm2018 dan #sayaalumniukm. Terima kasih

sekali lagi kepada semua alumni yang terlibat kerana telah

membantu dan memberikan semangat kepada mahasiswa

baharu UKM.

Peranan alumni di luar sana memberikan impak yang

penting iaitu sebagai Duta UKM di dalam menzahirkan

dan juga memperlihatkan kehebatan dan keunggulan

UKM bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan

dipersada antarabangsa. Pihak Universiti amat berharap

agar alumni-alumi UKM dapat kembali ke kampus untuk

mencurahkan bakti dalam pelbagai bentuk termasuklah

daripada segi kepakaran, perkongsian pengalaman,

bantuan kewangan dan sebagainya. Segala usaha

memaksimakan peranan alumni kepada universiti ini

bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan yang erat

dikalangan alumni tetapi memantapkan hubungan

bersama pihak universiti.

UKM mendoakan agar alumni-alumni UKM akan terus

menempa lebih banyak kejayaan di dalam bidang

masing-masing dan secara tidak langsung akan

mengharumkan nama universiti serta membakar

semangat mahasiswa baharu untuk berjaya seperti

alumni mereka.

UKM Menjuarai!

Salam Alumni Hebat!

Sekian.

PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN

Timbalan Naib Canselor

(Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)

Alumni FST (FSH) 1994

Page 4: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

CERITA

ALUMNI

Dr. Chen Pelf Nyok

(FST 2018)

Dr. Chen Pelf Nyok, 37, merupakan individu pertama

yang melanjutkan pengajian dalam bidang

penyelidikan tuntung dan kura-kura di Malaysia.

Pengajiannya di peringkat ijazah Doktor Falsafah

(Phd) dalam bidang Zoologi di UKM telah mendapat

biasiswa daripada CIMB Foundation Regional

Scholarship pada tahun 2011.

Dr. Chen telah menerima Anugerah Commonwealth

Point of Light daripada Ratu Elizabeth II pada 2 Julai

lalu hasil usahanya melindungi spesis tuntung dengan

kerjasama kerajaan dan masyarakat tempatan.

Anugerah berkenaan diberikan kepada seorang

penerima daripada 53 negara anggota Komanwel

sebagai menghargai kerja sukarela yang dilakukan di

mana alumni UKM ini merupakan rakyat Malaysia

kedua yang menerima pengiktirafan ini.

Alumni UKM hebat ini juga merupakan pengasas

bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura

dan Penyu Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan

semata-mata untuk memulihara tuntung, kura-kura dan

penyu daripada diancam kepupusan dan memastikan

generasi akan datang dapat melihat sendiri spesis ini.

Usaha Dr. Chen ini mendapat sokongan daripada

penduduk kampung yang terlibat di sekitar daerah

Kemaman, Terangganu. Kehadiran alumni UKM ini

yang telah mendidik penduduk setempat berkenaan

perlunya usaha menyelamatkan spesis tuntung telah

menyebabkan beliau mendapat gelaran Mek Tuntung.

Gelaran Mek Tuntung yang diberikan kepada alumni

UKM ini telah membuatkan beliau lebih dekat dengan

penduduk kampung setempat dan lebih memudahkan

beliau untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka

terutamanya dalam misi memelihara spesis tuntung ini.

Semoga usaha beliau akan menjadi inspirasi kepada

warga UKM untuk bersama-sama memelihara flora dan

fauna di Malaysia.

Senyuman Mek Tuntung Alumni UKM

Page 5: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Nur Hikmah Zainal

Abidin (FSK 2002)

Nur Hikmah Zainal Abidin merupakan alumni UKM

dalam bidang Sains Bioperubatan. Selepas bergraduasi

pada tahun 2002, Nur Hikmah telah mengikuti Kursus

Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Perlis

pada tahun 2003 dalam bidang Sains Sekolah Rendah.

Alumni UKM hebat ini sangat optimis dalam

menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang 15

tahun menjadi pendidik. Beliau kini merupakan guru

mata pelajaran Sains di Sekolah Berprestasi Tinggi

iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, Kota Bharu,

Kelantan untuk pelajar Tahun 5 dan 6.

Alumni UKM ini bukan sahaja komited dalam

menjalankan amanah sebagai guru dan mempunyai

kaedah yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu

kepada pelajar, malah dalam masa yang sama beliau

turut berusaha menjaga hubungan baik bersama para

pelajarnya. Hal ini penting untuk memastikan ilmu

yang diberikan dapat diterima dan diserap dengan baik

bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT).

Hasil kesungguhan mendidik anak bangsa, Nur

Hikmah telah berjaya merangkul Pingat Emas di

Kolokium Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi

di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland

pada tahun 2015. Alumni hebat UKM yang kini

bergelar guru cemerlang juga sudah tiga kali menerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu pada

tahun 2006 (SK Convent), 2011 (SK Peringat) dan

2017 (SK Zainab). Tahun 2016 melakar satu lagi

sejarah dalam kehidupan alumni UKM ini apabila

beliau turut menerima Anugerah Guru Berinovatif

Peringkat Sekolah Rendah ketika sambutan perayaan

Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan.

Cikgu Nur Hikmah menasihati seorang guru harus

menjadi contoh yang terpuji, ikhlas, jujur dan amanah.

Guru yang berkualiti juga harus memainkan peranan

sebagai pelindung emosi, penyemarak potensi dan idea

pelajar. Tambahnya lagi, tidak semua pelajar sentiasa

positif dan dalam keadaan yang stabil. Dalam situasi

ini guru hendaklah dapat menghilangkan perasaan

negatif agar pelajar merasa gembira dan ceria untuk

menerima ilmu yang bakal diberikan.

Alumni Hebat UKM : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

CERITA

ALUMNI

Page 6: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

ALUMNI

TEMUBUAL

Dato’ Ir. Muhamad

Guntor Mansor Tobeng

(FKAB 1987)

YBhg. Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem tahun 1987. Beliau

merupakan kumpulan graduan pertama Fakulti Kejuruteraan UKM dan kini beliau merupakan

Ketua Pegawai Eksekutif, Gading Kencana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan bidang

penjanaan tenaga suria (sel solar). Gading Kencana Sdn Bhd telah menerima banyak anugerah

dan pengiktirafan antaranya adalah Anugerah Enterpris 50 2016 oleh Perbadanan Perusahaan

Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Tokoh Usahawan Anugerah

Usahawan MARA. Ikuti hasil temu bual eksklusif Alumni-UKM bersama alumni hebat ini yang

mampu memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjaya.

Page 7: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

-

-

-

-

-

-

-

Aktif Berpersatuan Melatih Diri Menjadi

Pemimpin

Pengalaman yang terbaik beliau ketika berada di

UKM adalah berpeluang melibatkan diri dengan

persatuan-persatuan pelajar. Beliau berpendapat, ia

merupakan satu platform untuk mengembangkan

ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan pengurusan.

Para pelajar perlu bijak menguruskan masa dalam

menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah

dan juga masa berpersatuan. Latihan menguruskan

masa ini amat berguna bagi alam pekerjaan kelak

di mana tugasan perlu disiapkan dalam masa yang

singkat. Antara pengalaman lain beliau yang turut

berharga di UKM adalah mendapat peluang

mempelajari perkara-perkara baharu secara terus

dari pihak luar seperti pihak industri, kementerian

dan banyak lagi. Ujar beliau lagi, Pusat Hal Ehwal

Pelajar UKM banyak membantu persatuan-

persatuan pelajar di UKM dalam penganjuran

program dan aktiviti. Sebagai contoh, beliau

dan rakan-rakan pernah menganjurkan program

penggunaan komputer untuk sekolah-sekolah

luar bandar.

Sarjanamuda merupakan langkah pertama dalam

kehidupan dan masa hadapan seterusnya terletak di

tangan diri sendiri untuk menentukan hala tuju

kehidupan. Beliau merasakan bahawa UKM

banyak membantu membentuk pelajar menjadi

seorang pemimpin yang mampu menyelesaikan

masalah dengan baik. Itulah kelebihan menjadi

seorang mahasiswa di UKM.

Pengalaman Menempuhi Alam Pekerjaan dan

Perniagaan

Beliau tamat pengajian di UKM ketika Malaysia

menghadapi kemelesatan ekonomi pada tahun

1987. Ketika itu, ramai graduan ingin bekerja

dalam sektor kerajaan dan beliau turut bercita-cita

untuk menjadi seorang polis.

Oleh kerana beliau yang mendapat tajaan

biasiswa syarikat Philips dan sering diberi peluang

bekerja di kilang Philips setiap cuti semester, minat

untuk terus bekerja di sektor perkilangan muncul.

Selesai pengajian, beliau telah menghadiri temu-

duga di Syarikat Philips dan ditawarkan bekerja di

ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur di Bahagian

Pemasaran. Beliau berkhidmat dengan syarikat

Philips selama 10 tahun. Selepas 10 tahun dan

ekonomi negara semakin baik, beliau mengambil

keputusan untuk meletakkan jawatan dan

membangunkan syarikat bersama rakan kongsi.

Cabaran yang dihadapi pada masa tersebut

adalah kejatuhan nilai mata wang dan banyak

kerugian yang berlaku. Walau bagaimanapun,

beliau tetap nekad untuk membangunkan syarikat

sendiri yang diberi nama Gading Kencana pada

tahun 1998 dengan memfokus kepada pembeka-

lan peralatan solar.

Cabaran untuk menguruskan sesebuah syarikat

adalah sangat tinggi dan beliau bertuah mendapat

sokongan kuat dari isteri beliau. Justeru, beliau

menjadikan isteri beliau sebagai rakan kongsi

syarikat. Kebanyakan urusan berkaitan akaun dan

pengurusan syarikat, diuruskan oleh isteri beliau

iaitu Datin Hasnah Awang yang juga merupakan

alumni UKM Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

tahun 1985. Beliau dan isteri beliau merupakan

tunjang pembangunan Gading Kencana sehingga

kini.

Kunci Kejayaan

Disiplin adalah perkara yang penting dipupuk

dalam diri. Disiplin pada diri beliau banyak diben-

tuk melalui penglibatan beliau dalam persatuan

semasa pengajian di UKM. Setiap tugasan yang

diamanahkan perlu dibuat dengan betul dan

disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Kedua, bagi beliau adalah pendedahan. Pengala-

man ketika beliau bekerja dengan syarikat Philips

amat bermakna. Beliau mempelajari cara bekerja

dan bagaimana berurusan dengan pelbagai jenis

sikap manusia dan seterusnya mempersiapkan diri

beliau untuk membangunkan syarikat sendiri.

Apabila bekerja sendiri, beliau dapati kesempur-

naan dan kemahiran penyelesaian masalah amat

penting. Ketika beliau berkhidmat di syarikat

Philips, beliau ditugaskan di bahagian berkaitan

electro acoustic sound system. Perniagaan syari-

kat beliau sekarang adalah berkaitan tenaga solar.

Pengalaman bekerja di syarikat lama, beliau

gunakan sepenuhnya untuk membangunkan syari-

kat sendiri. Syarikat beliau kini mempunyai 70

orang pekerja dan disiplin merupakan kunci

utama yang beliau tekankan bagi memastikan

prestasi syarikat berada di tahap terbaik.

Page 8: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

ALUMNITEMUBUAL

Dr. Haji Ahmad Kamal

Zakaria (FEP 1987)

Kecekalan Alumni UKM Meniti Tangga Kejayaan

Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria merupakan graduan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

UKM tahun 1987 dari Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan. Beliau kini adalah Ketua Pegawai

Eksekutif, Tele-Flow Corporation Sdn Bhd yang

terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan

menara telekomunikasi. Syarikat beliau juga telah

disenaraikan di dalam Program Syarikat Bumiputera

Berprestasi Tinggi (TeraS) oleh pihak TERAJU.

Latar Belakang Keluarga dan Pendidikan

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang agak besar

yang terdiri daripada 6 orang adik-beradik dan meru-

pakan anak bongsu. Bapa beliau adalah seorang

anggota polis dan ibu pula seorang suri rumah.

Dengan berkat didikan ibu bapa beliau yang amat

mementingkan pendidikan, kesemua adik-beradik Dr.

Haji Ahmad Kamal merupakan graduan universiti.

Pendedahan Dr. Haji Ahmad Kamal dalam bidang

perniagaan bermula sejak kecil. Ibu beliau membuat

dan menjual makanan kudapan sagon dan beliau

menjualnya kepada rakan-rakan di sekolah. “Setiap

hari saya akan membawa 20 bungkus sagon.

Satu bungkus sagon berharga 5 sen. Setiap hari saya

akan pulang dengan RM1 hasil jualan sagon tersebut”

kata beliau. Itulah titik permulaan bagaimana beliau

mula minat dalam menceburi bidang perniagaan. Kini

beliau mempunyai 5 orang anak dan salah seorang

anak beliau juga merupakan pelajar UKM yang

sedang mengikuti jurusan Perakaunan di Fakulti

Ekonomi dan Pengurusan. Anak beliau yang kini

sedang menjalani latihan industri di syarikat beliau

sendiri berminat mengikuti jejak langkahnya menjadi

seorang usahawan.

Pengalaman Suka Duka Ketika Belajar di UKM

Sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara yang

telah mempunyai pengalaman tinggal di asrama,

beliau mendapati pengalaman mengikuti pengajian di

UKM merupakan pengalaman yang amat menyero-

nokkan. Terutamanya apabila beliau sudah mempun-

yai ramai kenalan walaupun di hari pertama berada di

kampus. Beliau ditempatkan di Kampung Siswa

(Kamsis) A semasa di UKM dan kemudian berpindah

ke Pangsapuri UKM. Beliau juga pernah tinggal di

Kamsis E pada tahun akhir pengajian.

Page 9: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Tempat paling dirindui

Tempat yang paling saya suka dan meluangkan

banyak masa ialah Masjid UKM.

Idea untuk memulakan perniagaan dan cabaran

yang dihadapi

Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat di

Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tempoh

satu tahun lebih. Kemudian beliau mendapat tawaran

bekerja di (Arab-Malaysian Development Bank

Berhad (AMDB) sebagai Pengurus Kewangan Kor-

porat. Beliau menjadikan Tan Sri Dato' Azman bin

Hashim sebagai ikon beliau dan ketika itulah minat

untuk membangunkan perniagaan sendiri timbul.

Setelah bekerja AMDB selama hampir 2 tahun, beliau

tekad untuk menceburi sektor perniagaan pembuatan.

Beliau bermula dengan menyewa sebuah kilang di

bandar Sunway dan memberi peluang pekerjaan

kepada pelajar-pelajar dari Institusi Kemahiran

MARA.

Pada permulaan operasi syarikat, beliau hanya

mengambil seramai 7 orang pekerja sahaja. Syarikat

beliau tersebut menjalankan operasi pembuatan jigs

dan fixture dan perniagaan tersebut telah memberi

keuntungan yang memberangsangkan. Walau

bagaimanapun, selepas 5 tahun, beliau mengambil

keputusan untuk menghentikan operasi kerana

persaingan terlalu sengit dan menyebabkan kejatuhan

harga produk yang sangat teruk. Beliau kemudian

mendapat kontrak pembinaan pondok telefon awam

di Malaysia dan juga di Makati City, Filipina. Walau

bagaimanapun, perniagaan tersebut sekali lagi jatuh

pada tahun 1998 disebabkan perkembangan

teknologi.

Penggunaan telefon bimbit ketika itu semakin

meluas dan mengakibatkan pengurangan penggunaan

telefon awam. Beliau kemudian menyusun semula

strategi dan memulakan semula perniagaan pada

tahun 2001 dalam bidang perniagaan berkaitan pem-

binaan dan penyelenggaraan menara telekomunikasi.

Beliau bermula dengan memiliki menara telekomuni-

kasi sendiri dan menyewakan pada syarikat-syarikat

pengendali telekomunikasi. Pada awalnya, banyak

pihak yang kurang yakin akan perniagaan ini

memandangkan ianya memerlukan pelaburan kos

yang terlalu tinggi. Tetapi dengan keyakinan dan

kepercayaan terhadap perniagaan ini, beliau terus

mara ke hadapan. Kini, beberapa menara

telekomunikasi yang beliau miliki telah pun penuh

disewa oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis,

Digi, Celcom, UMobile, YTL dan Sapura. Selain

perniagaan telekomunikasi, beliau turut

meluaskan sayap perniagaan beliau dalam bidang

pengurusan aset, penternakan kambing Boer dan

sektor pemakanan.

Nasihat untuk Graduan yang Ingin Menceburi

Bidang Perniagaan.

Beliau menasihati graduan UKM yang berminat dan

ingin membangunkan perniagaan sendiri agar perlu

berusaha ke arah skala besar tetapi kekal fokus,

berani serta mempunyai jaringan yang baik. Graduan

perlu berusaha sebaik yang mungkin dan perlu

bersedia dari segi mental untuk menghadapi sebarang

cabaran yang mendatang serta sentiasa redha kepada

Allah. Dari pengalaman beliau, jatuh bangun

sesebuah perniagaan adalah lumrah tetapi seseorang

usahawan perlu sentiasa terbuka dan sentiasa berfikir

ke hadapan.

Page 10: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

UKM@

Page 11: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Media

Page 12: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

CERITA

ALUMNI

Dr. Chen Pelf Nyok

(FST 2018)

Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Bin Mahmood

merupakan Graduan Fakulti Kejuruteraan dan Alam

Bina. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem pada

tahun 1999. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah

Sarjana Kejuruteraan Elektrik dari Universiti

Teknologi Malaysia (2001) dan Doktor Falsafah dari

University of Warwick, United Kingdom (2009).

Hari ini, beliau merupakan seorang Prof. Madya di

Bahagian Kejuruteraan Elektronik dan Komputer,

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM). Dari segi akademik, beliau mempunyai

kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan,

Pemprosesan Imej, Elektronik dan Kejuruteraan

Rehabilitasi. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua

Jabatan Bioinstrumentasi dan Pemprosesan isyarat dan

terkini, beliau merupakan Pengarah Bahagian

Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.

Selain akademik, beliau sangat aktif dalam sukan

catur. Beliau merupakan Jurulatih pasukan catur negara

pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 yang

berlangsung di Kuala Lumpur dan Sukan Para Asia

2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. Pasukan

catur Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat

Emas, 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa pada Sukan

Para ASEAN 2017. Di peringkat negeri, beliau adalah

Presiden Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri

Johor (PCOKUNJ).

Alumni UKM Kebanggaan Negara

Prof. Madya Dr.

Nasrul Humaimi Bin

Mahmood (FKAB

Page 13: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

LARIAN

NOSTALGIAALUMNI

BerlariSambil

mengimbas memori....

-

AKTIVITIALUMNI

Larian Nostalgia Alumni UKM 2018 telah berlangsung

pada 25 Ogos 2018 di Dataran Panggung Seni, UKM.

Hampir 300 orang alumni telah terlibat dalam program

larian tersebut yang meliputi jarak sejauh 10 km dan 5 km

di dalam kawasan kampus UKM. Alumni dapat

mengimbas kembali kenangan mereka semasa di zaman

kampus kerana meraka akan melalui kawasan fakulti dan

kolej kediaman di sepanjang laluan larian.

Program ini juga telah dihadiri oleh Naib Canselor

UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan

Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan

Alumni), Prof Madya Dr Roslee Rajikan dan Timbalan

Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan

Masyarakat), Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah.

Page 14: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Universiti,

Dato’ Dr Ahmad Tasir Lope Pihie, Timbalan Naib

Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa),

Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa dan

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ir Dr Nazrul

Anuar Nayan.

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan

Ghazali dalam ucapan aluannya berkata, beliau

teruja dengan kehadiran para alumni yang kembali

ke kampus UKM dalam mengimbau kembali

peristiwa suka duka, pahit manis suatu ketika dahulu

sewaktu menyambung pengajian di universiti ini.

Katanya, UKM tidak pernah melupakan para

alumni yang telah mengharumkan nama universiti

ini walau di mana mereka bertugas kerana UKM

sentiasa menyokong para alumninya meningkatkan

kecemerlangan dalam bidang masing-masing yang

diceburi.

Program Larian Nostalgia Alumni UKM akan

dijadikan acara tahunan dan dalam masa yang sama

Alumni-UKM sedang merancang program larian

yang lebih menarik sempena 50 tahun penubuhan

UKM.

ALUMNI-UKM mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para penyumbang yang telah memberikan

sumbangan bagi menjayakan Larian Nostalgia

Alumni UKM 2018 dan berharap para alumni dapat

terus menyumbang untuk pembangunan universiti

pada masa hadapan.

Page 15: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

SEKITAR LARIAN

NOSTALGIAALUMNI

BerlariSambil

mengimbas memori....

Page 16: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

BICARAALUMNI

YBhg. Prof. Datuk Dr. Che Muhaya Mohamad (Fakulti

Perubatan 1991), merupakan alumni hebat UKM yang

telah dijemput ke program Bicara Alumni pada 14 Mei

2018 di Bilik Seminar, UKM-Karier. Alumni hebat ini

merupakan seorang doktor pakar mata dan pakar

motivasi yang terkenal dan sering keluar di kaca

televisyen. Di Bicara Alumni ini, alumni hebat UKM ini

sempat berkongsi kisah kejayaan beliau, memberi

kata-kata motivasi dan tips untuk diaplikasikan dalam

kehidupan seharian agar menjadi manusia kelas

pertama. Beliau sangat menekankan kepada aspek

kerohanian dan kepercayaan kepada Allah SWT

dalam setiap tindakan yang dilakukan. Beliau juga

berharap agar mahasiswa UKM dapat menggunakan

sebaiknya ilmu yang telah diberikan supaya menjadi

pemangkin kepada kejayaan masa akan datang.

Program Bicara Alumni ini telah berlangsung pada 16

April 2018 di Dewan Sarjana, Fakulti Pengajian Islam,

UKM. Alumni hebat yang sudi memberi ceramah dan

berkongsi pengalaman kepada pelajar UKM pada kali

ini ialah Tuan Hj. Annas Ahmad (Fakulti

Undang-Undang 1996). Alumni hebat ini merupakan

Ketua Pegawai Eksekutif di My-Sutera Sdn Bhd

(Canggih). Beliau telah berkongsi berkenaan

pengalaman peribadi dan memberi tips-tips berguna

kepada mahasiswa UKM untuk menjadi seorang

usahawan yang berjaya. Beliau telah membuktikan

bahawa dengan merentas disiplin ilmu daripada

bidang guaman kepada keusahawanan juga

membolehkan seseorang mencapai kejayaan dengan

syarat mestilah sentiasa yakin dan kreatif dalam

mencipta peluang perniagaan. Dalam sesi ini, alumni

hebat UKM ini juga mengingatkan mahasiswa UKM

agar memperkasakan diri untuk persediaan alam

pekerjaan kelak. Beliau menekankan kepada tiga

aspek penting iaitu kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran komunikasi dan kebijaksanaan dalam

menghadapi birokrasi agar mahasiswa tidak mudah

berputus asa apabila berhadapan dengan dunia

sebenar selepas bergraduasi kelak. Turut hadir

semasa program ini ialah Prof. Madya Dr. Hj. Roslee

Rajikan, Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar

dan Alumni (HEPA).

Prof. Datuk Dr. Che Muhaya

Mohamad (FPER 1991)

Doktor Pakar Mata dan Pakar

Motivasi

Tuan Hj. Annas Ahmad (FUU 1996)

Ketua Pegawai Eksekutif

My-Sutera Sdn Bhd (Canggih)

Page 17: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

BICARAALUMNI MEDIA

Page 18: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

Program Bicara Alumni ini telah berlangsung pada 18 September 2018 di Auditorium Siswa

UKM. Alumni hebat yang telah dijemput ialah Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab,

Ketua Pegawai Eksekutif, Cyber Security Malaysia. Beliau merupakan alumni UKM daripada

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang telah bergraduasi pada tahun 1999. Alumni Hebat

UKM ini menyatakan bahawa beliau juga tidak menjangkakan akan mampu menamatkan

pengajian di UKM kerana pada ketika itu beliau masih bekerja sepenuh masa. Dalam masa yang

sama, selain menyambung pengajian dalam bidang teknologi maklumat di peringkat Ijazah

Sarjana di UKM, beliau juga mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di

Amerika Syarikat secara serentak. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin menasihati mahasiswa UKM supaya

sentiasa bersikap positif dan terbuka dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab (FTSM 1999)

Ketua Pegawai Eksekutif, Cyber Security Malaysia

BICARAALUMNI

Page 19: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

BICARAALUMNI

MEDIA

Page 20: SENADI NOV 2018 NEWWW - ukm.my · memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun- jukkan kejayaan serta kehidupan

The National Universityof Malaysia