Upload
others
View
5
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Tujuan Kajian 01
2.0 Nama Kajian 01
3.0 Latar Belakang 02
3.1 Dasar Perancang Fizikal Desa Negara
(DPF Desa Negara) 03
3.2 Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 10
3.3 Kajian Persempadanan Kampung 2006-2009 11
4.0 Matlamat Kajian 13
5.0 Objektif Kajian 13
6.0 Skop Kajian 13
6.1 Kawasan Kajian 14
6.2 Pengumpulan Data dan Penyiasatan Tapak 14
6.2.1 Pengumpulan data 14
6.2.2 Penyiasatan Tapak 14
6.3 Struktur Kajian 15
6.3.1 Pasukan Teras 15
6.3.2 Jawatankuasa Teknikal 17
6.3.3 Jawatankuasa PEMANDU 18
6.3.4 Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) 18
6.3.5 Pasukan Perunding 20
ii
6.4 Hasil/Output Kajian 21
6.4.1 Pengemaskinian Maklumat POI Dan
Plot Data Sempadan Kampung 21
6.4.2 Penentuan Sempadan Pentadbiran
Kampung (Mengikut Sempadan) 22
6.4.3 Penyimpanan Data Geospatial
Sempadan Kampung 23
6.4.4 Laporan-laporan yang akan dihasilkan 24
7.0 Tempoh Kajian 31
iii
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Jumlah Kampung Mengikut Daerah 09
Jadual 3.2 Jumlah Kampung Bagi Persempadanan
Dari Tahun 2006 - 2009 11
Jadual 6.1 Medan Atribut Data Sempadan Kampung 21
Jadual 6.2 Cadangan Kod Unik Kampung 24
SENARAI RAJAH
Rajah 6.1 Pelan Sempadan Kampung Daerah
Seberang Perai Utara 26
Rajah 6.2 Pelan Sempadan Kampung Daerah
Seberang Perai Tengah 27
Rajah 6.3 Pelan Sempadan Kampung Daerah
Seberang Perai Selatan 28
Rajah 6.4 Pelan Sempadan Kampung Daerah
Timor Laut 29
Rajah 6.5 Pelan Sempadan Kampung Daerah
Barat Daya
1
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
1.0 TUJUAN KAJIAN
Terma Rujukan (Term of Reference) ini disediakan adalah sebagai
satu rangka kerja dalam mengemaskinikan maklumat kampung
berdasarkan maklumat Kajian Persempadan Kampung yang
terdahulu (2006 – 2009), proses ini akan menghasilkan satu profil
kampung dan pangkalan data spatial kampung berdasarkan
persempadanan kampung-kampung di Negeri Pulau Pinang yang
terkini, lebih jelas, praktikal dan menyeluruh mengikut kategori
kampung seperti yang terkandung di dalam Dasar Perancangan
Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) 2030. Penyediaan terma
rujukan ini adalah sebagai panduan kepada pasukan kajian
khususnya PLANMalaysia@Pulau Pinang (Jabatan Perancang
Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang) dan perunding dalam
penyediaan Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung
merangkumi sempadan, POI (Point of Interest), kategori,
mengenalpasti kampung yang mempunyai ciri kampung warisan
seterusnya dapat membantu merangka penyataan dasar
kampung di dalam Rancangan Pemajuan seperti Rancangan
Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP), Rancangan Tempatan
Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di negeri Pulau
Pinang.
2.0 NAMA KAJIAN
PENGEMASKINIAN PERSEMPADANAN KAMPUNG-KAMPUNG
NEGERI PULAU PINANG.
2
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
3.0 LATAR BELAKANG
Kajian persempadanan kampung telah dijalankan pada tahun
2006 sehingga 2009 meliputi semua lima daerah di Negeri Pulau
Pinang iaitu Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya, Seberang Perai
Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
disebabkan keperluan untuk mematuhi dasar dan langkah yang
digariskan di dalam RSNPP 2020 (Warta Julai 2007). Namun dalam
tempoh selepas pewartaan RSNPP 2020, terdapat beberapa
perubahan pada sempadan kampung-kampung yang disebabkan
oleh pembangunan dan juga struktur data serta pertambahan POI
dan maklumat baharu yang menjadi keperluan di dalam analisis
penentuan dasar. Dasar berkenaan pembangunan kampung dan
pengekalan warisan kampung telah menjadi perbahasan dan juga
menjadi antara isu yang dibincangkan di Persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada tahun 2017.
Selain itu juga, jumlah kampung yang disenaraikan didalam RSNPP
2020 adalah berbeza dengan Kajian Persempadanan Kampung
2006-2009 dan DPF Desa Negara 2030. RSNPP 2020
menyatakan bahawa terdapat 67 buah kampung yang terdiri
daripada kampung tradisi dan dalam bandar. Apabila Kajian
Persempadanan Kampung dilakukan pada tahun 2006-2009,
didapati bahawa jumlah kampung adalah 631 buah kampung
yang terdapat di Negeri Pulau Pinang manakala Dasar
Perancangan Fizikal Desa Negara menyatakan bahawa terdapat
547 buah kampung di Negeri Pulau Pinang.
Walaupun kajian persempadanan kampung ini telah memberikan
hasil/output yang memberangsangkan tetapi tiada kategori
3
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
kampung yang dinyatakan secara jelas bagi kajian yang
dilaksanakan.
Oleh yang demikian, maklumat berkenaan kampung amat
diperlukan untuk menghasilkan satu kajian pengemaskinian
persempadanan kampung yang lebih komprehensif, tepat serta
mempunyai satu piawaian yang selaras untuk satu negeri yang
akan digunapakai oleh semua agensi negeri mengikut keperluan
masing-masing.
Pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan kepada strategi,
tindakan dan langkah yang telah digariskan dalam dokumen-
dokumen yang dihasilkan oleh PLANMalaysia (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa) dan PLANMalaysia@Pulau Pinang
(Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang) seperti
berikut:
3.1 Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara)
2030
DPF Desa Negara 2030 telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal
Negara (MPFN) pada 26 April 2017 dan telah dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia pada 8 Jun 2017 bersama dengan
Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN Ke-3) dan Dasar Perbandaran
Negara Ke-dua (DPN2) di Putrajaya International Convention
Centre (PICC), Putrajaya. DPF Desa Negara 2030 merupakan dasar
pembangunan desa yang pertama di Malaysia berbentuk 'Spatial
and Operational Plan' yang merangkumi aspek-aspek sosial,
ekonomi, alam sekitar, pengangkutan, infrastruktur, utiliti, warisan,
pengurusan dan mekanisma pemantauan. DPF Desa Negara 2030
4
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
juga telah dibentangkan dan diterimapakai dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Pulau Pinang (Khas) Bil
7.2017 pada 20.07.2017.
Berikut merupakan kategori kampung yang telah ditetapkan di
dalam dokumen DPF Desa Negara 2030. Kategori-kategori
kampung ini akan menjadi asas dan panduan kepada Kajian
Persempadanan Kampung-Kampung Di Negeri Pulau Pinang
dalam mengkategorikan kampung-kampung tersebut.
KAMPUNG TRADISIONAL
• Wujud secara tidak dirancang atau organik
• Kampung tradisional di bandar menampung bilangan
penduduk yang tinggi dan majoriti terlibat dengan aktiviti
perbandaran. Keadaan fizikal kampung kurang teratur
dan sesak
• Kampung tradisional di desa berdensiti rendah. Taburan
petempatan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi setempat
seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya.
Corak adalah berjajar atau berkelompok
• kampung tradisional juga boleh terdapat di pulau-pulau
• Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina
5
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
KAMPUNG NELAYAN
• Petempatan kampung yang terletak di kuala atau
sepanjang sungai, di tepi-tepi pantai dan di pulau-pulau.
• Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina
• Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu
dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan
sungai.
• Corak fizikal perkampungan nelayan dipengaruhi oleh
faktor semula jadi seperti sungai, muara dan pantai.
• Keadaan kampung adalah padat
KAMPUNG TERSUSUN
• Kampung yang dirancang berasaskan beberapa sebab
seperti penempatan semula kampung, pemberian
tanah dan bencana alam.
• Susunatur kampung yang tersusun
• Densiti rendah dan sederhana
• Penduduk terlibat dalam pelbagai ekonomi
6
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
KAMPUNG ATAS AIR
• Terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut dan
rumah-rumah dibina secara bertiang di atas air
• Dihubungi oleh jeti atau jambatan kayu
• Pelbagai densiti mengikut lokasi
• Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina
• Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan
menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan sungai
KAMPUNG ORANG ASLI
• Merupakan petempatan yang wujud secara tidak terancang
dan mempunyai identiti tersendiri
• Kebiasannya jauh di kawasan pedalaman dan berdekatan
sungai.
• Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku kaum
• Aktiviti perkerjaan sara diri seperti pertanian, mencari hasil
hutan, memburu dan menangkap ikan
7
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
FELDA / FELCRA / RISDA
• Petempatan kampung terancang berikutan dari
pembangunan tanah secara besar-besaran
• Majoriti penduduk adalah kaum Melayu
• Konsep asas adalah untuk mewujudkan suatu petempatan
yang 'self-contained' bertujuan membasmi kemiskinan dan
memberi hak milik tanah di kalangan penduduk di kawasan
desa.
• Corak petempatan berbentuk berpusat (concentrated) atau
berkelompok
• Kepadatan penduduk sederhana tinggi
KAMPUNG BARU CINA
• Merupakan petempatan kampung yang wujud pada masa
darurat (1948 - 1960) bagi mengatasi masalah ancaman
komunis
• Majoriti penduduk kaum Cina
8
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
• Terletak di ladang-ladang getah, kawasan perlombongan
bijih timah dan di sekitar bandar-bandar sedia ada
• Corak petempatam adalah berpusat dan berbentuk 'grid
iron'
PETEMPATAN ESTET
• Rumah pekerja ladang yang disediakan oleh majikan
pengurusan ladang
• Corak petempatan adalah berkelompok
• Majoriti penduduk adalah kaum India
• Aktiviti utama sebagai peladang kelapa sawit dan getah
Antara dasar, strategi dan langkah yang berkaitan dengan kajian ini
ialah:
Strategi DD 1.1
Menentukan Sempadan Kampung
Pembentukan sempadan kampung yang jelas adalah penting untuk:
• Mengawal rebakan kawasan bandar ke desa
• mengawal pembangunan dan isu-isu berkaitan kampung
• Memudahkan urusan pentadbiran kampung
• Memudahkan urusan agihan peruntukan di masa hadapan
Sehingga kini, hanya kampung-kampung di Negeri Pulau Pinang,
9
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
WP Labuan, Melaka dan Perak sahaja yang telah mempunyai
sempadan kampung.
Mengenalpasti sempadan kampung berdasarkan ciri-ciri fizikal
• Pejabat Daerah dan Tanah bersama Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan kampung (JKKK) sebagai pihak yang
mempunyai maklumat terperinci mengenai kampung masing-
masing harus bekerjasama menentukan sempadan kampung.
Bagi kampung-kampung yang terletak bersebelahan, proses
pengenalpastian sempadan harus dilakukan secara bersama
bagi mengelakkan konflik.
Jadual 3.1:Jumlah Kampung Mengikut Daerah
DAERAH JUMLAH KAMPUNG
(Persempadanan
Semula)
JUMLAH KAMPUNG
(DPF Desa)
Seberang Perai Utara 225 220
Seberang Perai
Tengah
141 132
Seberang Perai
Selatan
115 112
Timur Laut 83 83
Barat Daya 67 Belum dikenalpasti
lokasi
JUMLAH 631 547
Sumber: DPF Desa, Negara,2014-2016
10
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Dasar Sektoral 33 - Perkampungan Tradisional dan Perkampungan
Dalam Bandar Akan Dikekalkan Dan Prasarana
Dinaiktaraf
Membangunkan perkampungan dalam bandar
secara bersepadu dan meningkatkan kualiti
prasarana
48 buah
kampung +
kampung
nelayan
18 buah
kampung +
lain-lain
kampung
dalam RT
dan RKK
3.2 Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020
RSNPP 2020 memberi pernyataan dasar mengenai kampung di Negeri
Pulau Pinang seperti berikut:
Mengenalpasti perkampungan- perkampungan
sedia ada yang akan dikekalkan sebagai
perkampungan tradisional
11
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
3.3 Kajian Persempadanan Kampung 2006 -2009
PLANMalaysia@Pulau Pinang melalui Pusat Sistem Maklumat Geografi
Pulau Pinang (PEGIS) telah menjalankan kajian sempadan kampung
pada tahun 2006 dengan mengambil masa selama tiga (3) tahun
untuk menyiapkan sempadan kampung bagi lima (5) daerah di Pulau
Pinang.
Jadual 3.2: Jumlah Kampung Bagi Persempadanan Dari Tahun
2006 - 2009
DAERAH
SPU SPT SPS DTL DBD
225 141 115 84 67
JUMLAH : 632
Sumber: Kajian Persempadanan Kampung 2006-2009
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan dan
kegunaan pihak yang terbabit dalam menguruskan pentadbiran
masing-masing. Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan
sempadan kawasan JKKK bagi seluruh Negeri Pulau Pinang untuk
memudahkan pentadbiran dan perancangan pembangunan oleh
Pejabat Daerah dan Tanah.
Namun demikian, dalam melaksanakan kajian tersebut, terdapat
beberapa isu dan cabaran yang dikenalpasti iaitu:
12
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
4.0 MATLAMAT KAJIAN
A. Takrifan / Definisi
kampung Yang
Berbeza-beza
B. Ketepatan
Maklumat Asas-
Orthophoto Dan
Imej Satelit
C. Sempadan Yang
Tidak Berpandukan
Sempadan /
Maklumat Sedia
Ada
D. Kampung Induk
Dan kampung
Rangkaian
Takrifan atau definisi sebenar kampung agak mengelirukan dan
berbeza-beza mengikut daerah. Terdapat daerah yang cenderung
untuk memasukkan kawasan pertanian sebagai sebahagian daripada
sempadan kampung manakala daerah lain hanya menandakan
sempadan di sekitar kawasan petempatan sahaja.
Maklumat asas yang tepat seperti sempadan daerah, mukim, pilihan
raya, jalan raya, sungai dan sebagainya amat diperlukan dalam
penetapan sempadan. Selain itu, dengan menggunakan kaedah
'Light Detection and Ranging' data (LIDAR) ianya boleh membantu
dalam usaha mendapatkan sempadan yang tepat.
Terdapat sempadan yang tidak berpandukan mana-mana sempadan
atau maklumat sediada seperti sempadan daerah, mukim,
pilihanraya, jalan raya, sungai dan sebagainya. Kebiasaanya berlaku
kes ini adalah di kawasan-kawasan bukan petempatan seperti
kawasan pertanian, bukit dan hutan.
Kampung-kampung di peringkat Negeri Pulau Pinang terdiri daripada
kampung induk dan kampung rangkaian. Ada di antara kampung
induk adalah kawasan JKKK manakala ada juga bukan kawasan JKKK.
E. Kampung
Merentasi
Beberapa Kawasan
JKKK
Terdapat beberapa kes di mana satu kampung dibahagikan kepada
beberapa kawasan JKKK yang berbeza
F. Sempadan
Kawasan JKKK
Berubah
Berdasarkan
Senario Politik
Semasa
Sempadan kawasan JKKK sentiasa berubah berdasarkan keadaan
politik semasa dan kerajaan yang memerintah. Bagi Negeri Pulau
Pinang, tafsiran kawasan JKKK adalah berbeza dan kawasan JKKK
yang baharu termasuk taman perumahan sebagai sebahagian
kawasan JKKK
G. Penamaan Yang
Tidak Seragam
Dikenalpasti bahawa terdapat beberapa penamaan yang tidak
seragam di antara maklumat-maklumat dari segi ejaan nama
kampung di dalam sistem dengan yang sedia ada di tapak.
H. Kurang Jelas
Dalam
Menentukan Jenis
/ Kategori
Kampung Di dalam
Merangka Dasar Di
Dalam Rancangan
Pemajuan
Ciri-ciri dan kategori kampung mengikut jenis perlu diperincikan bagi
memudahkan pengkelasan dibuat.
13
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
4.0 MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengemaskini maklumat dan
data sempadan kampung yang sedia ada serta mewujudkan satu
perancangan dan penyelarasan yang menyeluruh dan efisien
bagi kampung di Negeri Pulau Pinang.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
a) Menetapkan / mengemaskini sempadan-sempadan
kampung di Negeri Pulau Pinang berdasarkan kepada
kriteria-kriteria yang dipersetujui oleh semua pihak.
b) Menentukan sempadan kampung berdasarkan kepada
keadaan semasa, zoning dan jenis pemilikan.
c) Mengenalpasti kategori dan bilangan kampung yang
terdapat di Negeri Pulau Pinang yang perlu dikekalkan.
d) Mengenalpasti kampung yang boleh diiktiraf sebagai
kampung warisan oleh badan-badan tertentu.
e) Mewujudkan satu pangkalan data profil kampung yang
komprehensif dan menjadi rujukan utama kepada agensi-
agensi yang terlibat.
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian bagi pengemaskinian persempadanan kampung-kampung
di Negeri Pulau Pinang akan dijalankan berdasarkan kepada skop
berikut:
14
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.1 Kawasan Kajian
Kawasan kajian bagi pengemaskinian sempadan kampung-
kampung melibatkan seluruh Negeri Pulau Pinang yang terdiri
daripada lima buah daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang
Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.
Rujuk rajah 6.1 sehingga 6.5
6.2 Pengumpulan Data dan Penyiasatan Tapak
Kajian ini melibatkan pengumpulan data dan juga penyiasatan
tapak dimana pengumpulan data melibatkan soal kaji selidik
manakala penyiasatan tapak akan melawat kawasan kampung.
6.2.1 Pengumpulan Data
Bagi tujuan pengumpulan data, kajian ini melibatkan
penggunaan borang soal selidik yang terperinci akan
melibatkan semua daerah bagi semua kampung-kampung
yang terdapat di Negeri Pulau Pinang disamping
pengumpulan data sekunder dan primer serta kuantitatif.
6.2.2 Penyiasatan Tapak
Bagi tujuan penyiasatan tapak, kaedah lawatan tapak
akan dilaksanakan di semua daerah bagi memastikan
persempadanan kampung adalah tepat serta mendapat
maklumat terperinci mengenai keadaan semasa kampung-
kampung berkenaan. Lawatan tapak akan dilakukan
bersama-sama dengan Pejabat Daerah dan Tanah bagi
setiap daerah di Negeri Pulau Pinang.
15
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.3 Struktur Kajian
Kajian ini terdiri daripada pasukan teras, pasukan teknikal,
Jawatankuasa PEMANDU, Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
dan pasukan perunding yang akan melaksanakan, menilai dan
memberi keputusan terhadap kajian ini.
6.3.1 Pasukan Teras
Penubuhan pasukan ini adalah bertujuan untuk memastikan
penyelarasan data geospatial bagi sempadan kampung
dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Timbalan
Pengarah PLANMalaysia@Pulau Pinang (Jabatan Perancang
Bandar Dan Desa Pulau Pinang) dan dianggotai oleh agensi
berikut yang bertindak sebagai kumpulan kerja iaitu:
a) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
b) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
c) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
d) Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
e) Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
f) MBPP
g) MPSP
h) PLANMalaysia@Pulau Pinang (Urusetia)
16
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Berikut merupakan antara aspek penyelarasan yang akan
dilaksanakan bersama:
a) Mengadakan perbincangan penyelarasan secara
berkala
b) Menyelaras pembangunan data geospatial sempadan
kampung seperti:
i. Mengenalpasti data sempadan kampung daripada
sumber-sumber sedia ada di agensi-agensi kerajaan
persekutuan dan negeri.
ii. Memperoleh, mendapatkan dan mengumpul data
sempadan kampung daripada sumber-sumber sedia
ada di agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan
Negeri.
iii. Membuat semakan terhadap data sempadan
kampung.
iv. Membantu di dalam aktiviti perkongsian dan
penyebaran data sempadan kampung.
c) Menyelaras kriteria-kriteria penentuan sempadan
kampung seperti:
i. Penentuan berdasarkan garisan sempadan lot-lot
tanah.
ii. Penentuan berdasarkan pewartaan kawasan
perkampungan.
iii. Penentuan berdasarkan sempadan ciri-ciri
semulajadi.
iv. penentuan berdasarkan kawasan yang diusahakan
penduduk.
17
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.3.2 Jawatankuasa Teknikal
Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk memastikan
maklumat dan data yang diperolehi di terjemahkan
dengan baik serta menyemak dan memperakukan di
peringkat Laporan Awal. Jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab memperakukan Laporan Akhir sebelum
dibentang ke peringkat Jawatankuasa PEMANDU dan JPN.
Pasukan ini akan dipengerusikan oleh Pengarah
PLANMalaysia@Pulau Pinang (JabatanPerancang Bandar
Dan Desa) dan Bahagian Rancangan Pemajuan dan Projek
Khas, PMPP akan bertindak sebagai urusetia. Keanggotaan
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
a) Pengarah PLANMalaysia@Pulau Pinang
b) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
c) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
d) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
e) Pegawai Daerah dan Tanah Timur Laut
f) Pegawai Daerah dan Tanah Barat Daya
g) Datuk Bandar MBPP
h) Yang Dipertua MPSP
i) Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
j) PEGIS
k) Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia
18
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.3.3 Jawatankuasa PEMANDU
Merupakan satu jawatankuasa yang akan menilai intipati
kandungan serta memperakukan Laporan Akhir sebelum
dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri
(JPN). Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri. Manakala PLANMalaysia@Pulau Pinang
akan bertindak sebagai Setiausaha jawatankuasa dan
dianggotai oleh agensi berikut :
a) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
b) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
c) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
d) Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
e) Pegawai Daerah dan Tanah Timur Laut
f) Pegawai Daerah dan Tanah Barat Daya
g) PEGIS
6.3.4 Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
JPN ditubuhkan bagi setiap negeri di Semanjung Malaysia
sebagaimana yang diperuntukan di bawah Subseksyen 4(1).
Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (AKTA 172).
Dalam konteks penyediaan Kajian Persempadanan
Kampung-kampung Di Negeri Pulau Pinang. JPN
bertanggungjawab untuk memperaku dan meluluskan
kajian ini selaras dengan Rancangan Pemajuan Nasional di
samping lain-lain Dasar Negeri dan Perseketuan yang
19
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
sedang digunapakai dan mengambilkira syor-syor yang
diputuskan di peringkat Jawatankuasa PEMANDU. Berikut
merupakan ahli-ahli nagi Jawatankuasa JPN:
sedang digunapakai dan mengambilkira syor-syor yang
diputuskan di peringkat Jawatankuasa PEMANDU. Berikut
merupakan ahli-ahli bagi Jawatankuasa JPN:
a) Y.A.B Ketua Menteri - Pengerusi
b) YB. Timbalan Ketua Menteri 1 - Timbalan Pengerusi
c) YB. Setiausaha Kerajaan Negeri
d) YB. Pengerusi J/K MMK Perancangan Ekonomi,
Pendidikan, Pendidikan Modal Insan Dan Sains,
Teknologi & Inovasi
e) YB. Pengerusi J/K MMK Perumahan, Kerajaan
Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa
f) YB. Pengerusi J/K MMK Kebajikan, Masyarakat
Penyayang dan Alam Sekitar.
g) YB. Pengerusi J/K MMK Pertanian & Industri Asas Tani,
Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan.
h) YB. Pengerusi J/K MMK Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan
Banjir
i) YB. Pengerusi J/K Pedagangan Antarabangsa Dan
Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Dan
Pembangunan Keusahawanan
j) YB. Pengerusi J/K MMK Pembangunan Pelancongan,
Warisan, Kebudayaan dan Kesenian
k) YB. Pengerusi J/K MMK Belia & Sukan
l) YB. Penasihat Undang-undang Negeri
m) YB. Pegawai Kewangan Negeri
20
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
n) Pengarah Bahagian Perancang Eknomi Negeri
o) Datuk Bandar MBPP
p) Yang Di-Pertua MPSP
q) Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri
r) Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri
s) Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri
t) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri
u) Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
v) Pengarah PLANMalaysia@Pulau Pinang - Setiausaha
6.3.5 Pasukan Perunding
Pasukan perunding merupakan Perancang Bandar yang
dilantik dan akan menjalankan kajian mengikut skop kajian
yang telah ditetapkan sehingga Pengemaskinian
Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
siap sepenuhnya. Pihak perunding juga perlu mengambil kira
aspek lain yang berkaitan dari semasa ke semasa sepanjang
proses perundingan diadakan di antara pihak
berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan.
Berikut merupakan perkara yang perlu dilaksanakan oleh
perunding:
a) Menghadiri perbincangan secara berkala
b) Menyediakan data geospatial
c) Menyediakan laporan-laporan berkaitan
21
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.4 Hasil / Output Kajian
6.4.1 Pengemaskinian Maklumat POI dan Plot Data
Sempadan Kampung
Data-data yang diperolehi akan diplot dan dikemaskini
dalam bentuk spatial iaitu dengan menggunakan sistem
GIS. Data dan maklumat yang diperolehi akan menjadi asas
kepada penambahbaikan sempadan kampung yang sedia
ada serta dapat melakukan analisis dengan lebih tepat.
Selain itu juga, ianya dapat menyemak, menyelaras dan
migrasi data geospatial sempadan kampung dari segi:
i. Sistem rujukan koordinat yang seragam iaitu Datum:
GDM2000
ii. Format data yang seragam iaitu format .shp /
Geodatabase
iii. Pemadanan Geoname
iv. Pemakaian MS1759
Jadual 6.1: Medan Atribut Data Sempadan Kampung
Medan Atribut Contoh
Nama Kampung, [Name (NAM)] Parit Maklumi
Keluasan [Area Measured (km²) (ARK)], 33.25 km²
Jenis Kampung, [Kampung Coverage
Type (KCT)]
Tradisi
Accuracy Category (ACC) Tidak berkaitan
Status [Boundary Status Type (BDS)] Berpenduduk
22
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.4.2 Penentuan Sempadan Pentadbiran Kampung
(Mengikut Keperluan)
Berdasarkan kepada hasil penyelarasan maklumat
kampung yang diperolehi, maka penentuan sempadan
kampung akan dilaksana jika diperlukan menerusi:
a) Mengenalpasti pihak yang menentukan sempadan
kampung seperti penghulu, pengerusi JKKK, Ketua
Kampung dan sebagainya.
b) Mengadakan bengkel penentuan sempadan
kampung sama ada menerusi peta yang dicetak
atau secara digital menggunakan aplikasi GIS.
Bengkel akan diadakan secara berasingan mengikut
Daerah.
c) Data sempadan kampung akan disediakan secara
berasingan mengikut jenis kampung seperti sempadan
kampung tradisi, JKKK, Qaryah Masjid dan sebagainya.
d) Penentuan garis sempadan kampung boleh
dilaksanakan menerusi penentuan di kajian lapangan
dan bantuan daripada agensi teknikal kerajaan.
Hasil daripada penentuan sempadan kampung tersebut,
data sempadan kampung setiap daerah perlu disahkan
oleh Pejabat Daerah Tanah dan Pihak Berkuasa Negeri
berdasarkan kepada Rancangan Tempatan yang telah
diwartakan.
23
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
6.4.3 Penyimpanan Data Geospatial Sempadan Kampung
Data-data sempadan kampung yang telah disahkan, akan
disimpan di dalam pangkalan data PLANMalaysia@Pulau
Pinang yang 'seamless' seluruh negeri. Data-data ini akan
diserahkan juga kepada pihak PEGIS untuk diintegrasikan
dengan semua.
Bagi membolehkan proses integrasi berjalan lancar,
dicadangkan diwujudkan satu medan atribut khas untuk
setiap kampung, sebagai contoh dinamakan sebagai Kod
Unik Kampung. Penghasilan kod ini, boleh dijana menerusi
gabungan dari kod-kod Negeri, Daerah, Nama Kampung
dan Jenis Kampung seperti cadangan di Jadual 6.2.
24
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Jadual 6.2: Cadangan Kod Unik Kampung
Medan Atribut Contoh
Negeri Pulau Pinang
Kod Negeri 07
Daerah SPU
Kod Daerah 01
Gunatanah Pembangunan
Status Tanah First Grade
Pemilikan Syarikat
Zoning Dalam RSN Perumahan
Zoning Dalam RT Kampung
Jenis Kampung Tradisi
Kod Jenis Kampung 01
Nama Kampung Lahar Kepar
Kod Kampung 007
Kod Unik Kampung 010701007
6.4.4 Laporan-laporan yang akan dihasilkan
Hasil melalui kajian yang akan dilaksanakan adalah
seperti berikut:
i. Laporan Awal
a) Laporan ini akan menjelaskan mengenai semua
data yang telah dikumpul dan dikemaskini.
b) Hasil analisis sediada data yang telah dikumpul
c) Membentangkan penemuan, isu dan masalah
yang telah dikenalpasti dan disokong oleh pelan
dan foto.
25
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
ii. Laporan Akhir
a) Laporan akhir merupakan satu laporan yang
lengkap mengenai profil kampung serta
sempadan kampung yang baharu.
b) Laporan ini turut menunjukkan cadangan-
cadangan yang praktikal serta dapat
digunapkai oleh semua agensi yang terlibat.
c) Mengenalpasti kampung-kampung yang boleh
dikekalkan dan disenaraikan sebagai kampung
warisan.
d) Laporan akan disediakan dalam bentuk
'hardcopy' sebanyak 54 salinan dan 'softcopy'
untuk tujuan semakan dan dikemaskini.
iii. Pangkalan Data
Semua maklumat atau data yang dikumpul
sepanjang kajian hendaklah diserah balik
kepada PLANMalaysia@Pulau Pinang (Jabatan
Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau
Pinang) dan menjadi hakmilik Kerajaan
Negeri.
26
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Rajah 6.1: Pelan Sempadan Kampung Daerah Seberang Perai Utara
27
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Rajah 6.2: Pelan Sempadan Kampung Daerah Seberang Perai Tengah
28
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Rajah 6.3: Pelan Sempadan Kampung Daerah Seberang Perai Selatan
29
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Rajah 6.4: Pelan Sempadan kampung Daerah Timor Laut
30
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
Rajah 6.5: Pelan Sempadan Kampung Daerah Barat Daya
31
Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung-kampung Negeri Pulau Pinang
7.0 TEMPOH KAJIAN
Kajian Persempadanan kampung-kampung di seluruh
Negeri Pulau Pinang akan dilaksanakan selama 10 bulan
bermula dari November 2018 sehingga September 2019.
Lampiran A menunjukkan Jadual Program Kerja pelaksanaan
Kajian Persempadanan Kampung-Kampung di Negeri Pulau
Pinang.
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
FASA 1 - PERLANTIKAN PERUNDING
1 Penyediaan Asas Terma Rujukan (TOR)
dan Kontrak Perjanjian
2 Surat Kelulusan Kepada Jabatan Kewangan
Negeri Untuk Lantikan Perunding
FASA 2 - PENYEDIAAN LAPORAN AWAL
1 Kerja-kerja Awalan, Kajian Lapangan dan
Pengumpulan Data Untuk Penyediaan
Draf Laporan Awal
2 Bengkel dan Pindaan
3 Serahan Draf Laporan Awal
4 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal
(PerakuanDraf Laporan Awal)
5 Laporan Awal
FASA 3 - PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR
1 Penyediaan Draf Laporan Akhir
2 Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU
(Perakuan Draf Laporan Akhir)
3 Bengkel dan Pindaan
4 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri
(Kelulusan Draf Laporan Akhir)
FASA 4 - PENYERAHAN LAPORAN AKHIR & DATA GIS
1 Serahan Laporan Akhir
2 Serahan Data GIS
Bil Julai Ogos Sept Oct
Tahun 2018
Mei JuneNov Dis Jan Feb March
JADUAL PROGRAM KERJA KAJIAN PENGEMASKINIAN PERSEMPADANAN KAMPUNG NEGERI PULAU PINANG
Tahun 2019
Sept Oct NovJulai OgosAprilPerkara