87
Senarai Pedoman Pilihan Kejadian Nabi Adam A.S. Rasulullah....Kekasih Allah. Kasih Sayang Rasulullah Hikmat Berselawat Kepada Nabi Hikmat dan Rahsia Al-Quran Kolam Al-Kauthar Rasulullah Kejadian Luarbiasa Kelahiran Nabi Peristiwa Israk dan Mikraj Malaikat Jibrail A.S. Bila Jibrail Melihat Syurga Lapan Pintu Tanda Wahyu Terakhir Rasulullah Rasulullah Pemegang Syafaat Kemarahan Rasulullah Rasulullah Bertaubat Rasulullah Di hari Kebangkitan Allah Menolak Doa Nabi Kisah Rasulullah Kisah Rasulullah Dengan Badwi Kisah Rasulullah Dengan Yahudi Dialog Syaitan Dengan Nabi Musa KEJADIAN NABI ADAM A.S Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata

Senarai Pedoman Pilihan kisah kisah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Senarai Pedoman Pilihan

Kejadian Nabi Adam A.S. Rasulullah....Kekasih Allah. Kasih Sayang Rasulullah Hikmat Berselawat Kepada Nabi Hikmat dan Rahsia Al-Quran Kolam Al-Kauthar Rasulullah Kejadian Luarbiasa Kelahiran Nabi Peristiwa Israk dan Mikraj Malaikat Jibrail A.S. Bila Jibrail Melihat Syurga Lapan Pintu Tanda Wahyu Terakhir Rasulullah Rasulullah Pemegang Syafaat Kemarahan Rasulullah Rasulullah Bertaubat Rasulullah Di hari Kebangkitan Allah Menolak Doa Nabi Kisah Rasulullah Kisah Rasulullah Dengan Badwi Kisah Rasulullah Dengan Yahudi Dialog Syaitan Dengan Nabi Musa

KEJADIAN NABI ADAM A.S

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. 

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. 

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang

Page 2: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. 

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya. 

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah(Babylon) 10. Tanah India 11. Tanah Syurga 12. Tanah Tha'if 

Kata Ibnu Abbas : 

Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama

manusia. Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk

menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan

sebagainya. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan

kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya : 

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat". 

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut". 

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah". 

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 

Page 3: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. 

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. 

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

Dijadikan pula lima buah pancaindera : 

1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. 

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. 

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah". 

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II) 

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. 

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama

Page 4: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

 

AIRMATA RASULULLAH 

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman

Page 5: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

KASIH SAYANG RASULLAH S.A.W

Kita dah biasa dengar kisah Rasulullah SAW yg disaat akhir kematiannya bertanyakan kpd Jibrail ttg umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata yg umat Muhammad SAW akan dihisab dahulu dr umat Nabi lain. Dan kalimat akhir yg keluar dr mulut Nabi adalah "umatku, umatku,umatku"

Ini menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah SAW dgn umat-umatnya...bagaimana dgn kita? Adakah kita sayangkan Nabi Muhammad SAW?

Berikut beberapa kisah di alam akhirat...di mana Rasulullah SAW masih lagi utamakan dan sayangkan umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di PM begitu lama dgn segala kepayahan barulah manusia teringat nak minta tolong dgn Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah dgn Nabi Adam a.s tapi Nabi Adam a.s tak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dgn Nabi Nuh a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi Nuh a.s pun tak mampu.

Mereka berjumpa pula dgn Nabi Ibrahim a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi Musa a.s pun tak mampu.

Page 6: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa a.s pun tak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dgn Nabi Muhammad SAW .

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dgn perjalanan seribu tahun .Mereka berkata " Wahai NAbi Muhammad , engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para nabi & rasul, berilah pertopongan kepada kami agar kami segera di hisab" Jawab Nabi Muhammad SAW, "Aku akan tolong kamu semua"

Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman: "Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu".

Rasulullah SAW menjawab : "Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba -MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keaddan terhina & terseksa sekali"

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke Titian yg terentang di atas Neraka Jahannam. Keadaan Titian itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Tidak ada sorang pun terlepas drp melintasi Titian itu. Panjang Titian itu sejauh perjalanan 3000tahun, 1000 thn naik keatas, 1000 thn mendatar dan 1000 thn menurun. (1 thn di akhirat =365 ribu tahn di dunia). Mereka yg lalu diatasnya berada dlm keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yg mengucapkan kalimah :

"Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku"

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka hawiah, neraka jahim, neraka saqar, neraka ladza, neraka hutamah , neraka sa'ir & neraka jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yg sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. BIla Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka jahanam utk umat Rasulullah SAW yg sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda "Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?

Jibrail menjawab"Ya, iaitu mereka yg lakukan dosa besar dgn sengaja spt minum arak,, judi, zina,riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dll"

Rasulullah SAW pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

HIKMAT BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

 MALAIKAT JAMIN MELINDUNGI ORANG BERSELAWAT…

APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Page 7: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi.

"Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

"Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain.

"Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

"Aku terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

"Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

"Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

"Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."

"Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

"Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

"Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

"Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.

Page 8: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

"Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"Aku ini Muhammad," jawabnya.

"Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya.

"Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

"Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

"Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

"Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

Fadilat berselawat ke atas Nabi :

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

HIKMAT DAN RAHSIA AL-QURAN

Page 9: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

BISMILLAH (Dengan nama Allah)Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. 

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. 

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca

Page 10: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. 

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya. 

SURAH AR-RA'D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh. 

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. 

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

Page 11: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 

SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinyaakan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani. 

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA' (Saba')

Page 12: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. 

SURAH FAATHIR (Pencipta)Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." 

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. 

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. 

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. 

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

KOLAM AL-KAUTHAR KHUSUS UNTUK RASULULLAH S.A.W

ALLAH menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang melaksanakan perintah-Nya dengan penuh ketakwaan, keimanan, tulus dan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Page 13: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Kebahagiaan dan kenikmatan syurga memang sukar diterangkan. Namun, Rasulullah SAW ada menceritakannya dalam hadis Baginda.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga: "Wahai ahli syurga!

Mendengarkan yang demikian, mereka menjawab: "Kami sentiasa menyahut seruan-Mu ya Tuhan kami! Dan sentiasa memuliakan-Mu, sedangkan segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu!

"Tuhan berfirman lagi: "Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat syurga yang ada ini?"

Mereka menjawab: "Mengapa pula kami tidak berpuas hati ya Tuhan kami, sedang Engkau telah mengurniakan kami dengan pemberian-pemberian yang tidak pernah Engkau berikan kepada sesiapa pun daripada makhluk-makhluk yang Engkau jadikan?'

Mendengarkan itu, Tuhan berfirman: "Mahukah Aku berikan kepada kamu yang lebih baik daripada itu?" Bagi menjawab pertanyaan itu mereka pula bertanya: "Apa dia yang lebih baik daripada itu?"

"Allah berfirman: "Aku limpahkan kepada kamu keredaan-Ku, maka dengan yang demikian Aku tidak murka kepada kamu sesudah itu selama-lamanya." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Imam Ahmad).

Antara perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercaya dan diakui benarnya ialah di sana ada kolam air bagi setiap nabi untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, pialanya banyaktidak terhitung.

Nabi Muhammad akan berada dekat kolam itu pada Hari Kiamat menunggu sesiapa antara umatnya yang datang minum daripada airnya.

Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan berasa haus dahaga selama-lamanya.

Ada pun minuman yang ada dalam syurga, maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersuka ria. 

Perkara sedemikian kerana: "Sesungguhnya engkau - wahai penduduk syurga - tidak akan berasa haus dahaga dalamnya." (Maksud ayat 119, surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada tidak baik, selepas Nabi menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya. Malah, orang yang disebutkan itu disekat daripada sampai ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.

Kolam itu dinamakan ‘Kolam al-Kauthar’ kerana airnya dari sebatang sungai di syurga yang bernama al-Kauthar yang dikurniakan Tuhan, khusus kepada Nabi Muhammad. Sungai itulah yang memenuhi kolam yang disebutkan itu melalui dua saluran emas dan perak.

Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi.

Hakikat seperti yang disebutkan itu terkandung dalam hadis berikut:

Daripada Anas, katanya, Rasulullah bersabda: "Dalam masa aku sedang berjalan di syurga (pada malam Mikraj), tiba-tiba aku bertembung dengan sebatang sungai yang ada pada kedua-dua tebingnya kubah-kubah dari mutiara yang dironggakan. Aku bertanya: 

"Sungai apa ini wahai Jibril?' Jibril menjawab: "Ini ialah sungai al-Kauthar yang Tuhanmu

Page 14: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

kurniakan kepadamu..." - (Hadis riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Daripada Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah bersabda: "Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas; aliran airnya di atas mutiara dan yakut; bau tanah di dasarnya lebih harum daripada kasturi; dan airnya lebih manis daripada air madu; dan lebih putih daripada salji." - (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Daripada Aisyah, katanya: "Aku ada mendengar Rasulullah bersabda ketika Baginda berada antara sahabatnya: 

"Sesungguhnya aku akan berada di kolamku, menunggu siapa antara kamu datang hendak minum daripada kolamku itu. 

"Apabila datangnya orang itu, maka demi Allah! sesungguhnya ada orang yang disekat-sekat daripada sampai kepadaku, lalu aku merayu dengan berkata: "Ya Tuhanku! Mereka daripada orangku dan daripada umatku!

"Maka, Tuhan berfirman: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sesudah engkau wafat - mereka sentiasa berbalik kepada pegangan dan amal perbuatan mereka yang buku."

"Pada satu riwayat: "Maka aku pun berkata: Jauhlah, jauhlah daripada rahmat Allah, sesiapa yang mengubah ajaranku sesudah aku menerangkannya." - (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Zar, katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah! Apa keadaan piala-piala kolam al-Kauthar itu?

"Rasulullah menjawab: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Sesungguhnya bilangan pialanya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit yang tetap dan yang beredar, pada malam yang gelap gelita, dan yang bersih cuacanya.

"Piala itu adalah piala syurga; sesiapa yang minum dari piala itu tidak akan berasa dahaga selama-lamanya.

"Dua saluran dari syurga menyalurkan air ke dalam kolam itu...

"Pada satu riwayat, Rasulullah ditanya mengenai air kolam itu, lalu Baginda menjawab: 

"Airnya lebih putih daripada air susu, dan lebih manis daripada air madu; dua saluran dari syurga menyalur serta menambah air ke dalamnya, satu daripada emas dan yang satu lagi daripada perak." - (Hadis riwayat Muslim).

KEJADIAN LUAR BIASA SUSULI KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

KELAHIRAN Nabi Muhammad SAW, sudah diketahui Nabi Isa sebelum Baginda dikandung ibunya melalui wahyu daripada Allah bahawa akan lahir seorang rasul ke dunia dan dialah nabi terakhir.

Pada saat kelahiran Muhammad, keadaan di sekeliling amat luar biasa. Suasana persekitaran sungguh tenang dan indah.

Page 15: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.

Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak. 

Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan, Muhammad pun dilahirkan.

Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali. 

Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.

“Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.

Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.

“Luar biasa anak ini,” ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?” tanya Aminah.

Jawab bidan: “Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.

Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.

Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.

Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba membiak dengan banyaknya.

Page 16: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

DIDATANGI MALAIKAT JIBRAIL

Pada malam tersebut, Rasulullah s.a.w sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama-sama bapa saudaranya.  Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.  Tiba-tiba datang Malaikat Jibrail bersama Malaikat Mikail serta Malaikat-malaikat lainnya.  Jibrail memerintahkan Malaikat-malaikat lain mengangkat Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di mana di situ Jibrail telah membelah dada Rasulullah s.a.w sehingga ke bawah pusatnya.

HATI RASULULLAH DISUCI

Setelah dibelah dada Rasulullah s.a.w, Jibrail pun memerintahkan Malaikat Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati baginda s.a.w supaya luas dadanya.  Selepas itu, ia pun mengeluarkan jantung baginda untuk dibasahi sebanyak 3 kali dengan menggunakan air zam-zam tersebut.  Darah hitam yang terdapat dalam dada Rasulullah s.a.w pun dikeluarkan.  Darah tersebut adalah sebahagian daripada syaitan.

Setelah itu, Jibrail menuangkan satu batil dari emas yang penuh dengan hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w hingga penuhlah dada baginda dengan hikmat, ilmu, kenyakinan dan keislaman yang sejati.  Kemudian, setelah selesai semuanya, dada itupun ditutp kembali.  Sesungguhnya semua proses ini tidak menimbulkan sebarang kesakitan bagi pihak Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya telah termeterailah baginda di dua belikatnya dengan Khatam An-Nubuwah.

MENUNGGANG BURAQ

Kemudian, didatangilah Buraq dari Syurga yang berpelana dan bertali.  Buraq ialah seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himar dan lebih kecil daripada barghal, mempunyai empat kaki dan pantas berjalan.  Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama sekelip mata memandang.  Apabila ia hendak menaiki bukit, kedua telinganya akan bergerak-gerak dan kedua-dua kaki belakangnya akan memanjang dan apabila ia turun, kedua-dua kaki di hadapannya akan memanjang.  Ia juga mempunyai dua sayap.

Ketika mula-mula Rasulullah s.a.w hendak menunggang Buraq, ia meliarkan diri dan memayahkan tunggangan Rasulullah s.a.w terhadapnya.  Lalu, Jibrail pun meletakkan tangannya ke leher Buraq seraya berkata, “Tidakkah engkau malu wahai Buraq, demi ALLAH tiada seorang pun menunggang engkau yang terlebih mulia di sisi ALLAH daripadanya”.

Apabila mendengar kata-kata Jibrail itu, Buraq pun berhenti bergerak-gerak serta merendahkan dirinya hingga naiklah Rasulullah s.a.w ke atas belakangnya.

 PERJALANAN RASULULLAH

Tidak berapa lama Rasulullah s.a.w menunggang Buraq, sampailah baginda dan Jibrail ke suatu dusun yang banyak pokok kurma.  Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w turun di situ dan solat dua rakaat.  Apabila selesai, Jibrail bertanya, “Adakah engkau tahu tempat engkau solat tadi?”

Page 17: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

 Jawab baginda, “Tidak tahu”.

Jibrail pun menerangkan bahawa tempat itu ialah Tai’bah iaitu Madinah Al-Munawarah.  Perjalanan itu pun diteruskan sampailah mereka ke suatu tempat.  Seperti biasa Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w solat dua rakaat.  Rasulullah s.a.w pun menurut suruhan Jibrail itu dan apabila selesai, Rasulullah s.a.w menunggang Buraq kembali.  Jibrail pun bertanya kepada baginda adakah baginda tahu tempat berkenaan.  Seperti tadi juga, Rasulullah s.a.w menjawab tidak tahu.  Kemudian Jibrail pun menerangkan bahawa itulah Baitul Lahm iaitu tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

 BERTEMBUNG DENGAN AFRIT

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat Afrit daripada bangsa Jin.  Ia membawa cembung api menyebabkan mata Rasulullah s.a.w sentiasa berpaling ke arahnya.  Berkata Jibrail, “Adakah engkau mahu aku ajarkan kalimah untuk menghalau Afrit tersebut?”

“Ya” jawab Rasulullah s.a.w.  Jibrail pun mengajarkan Rasulullah s.a.w kalimah yang berikut :

“Aku berlindung dengan wajah ALLAH dan kalimah-Nya yang sempurna, yang kebaikan dan kejahatan tidak mengatasinya daripada kejahatan yang turun dan naik ke langit, dan dari kejahatan apa yang diciptakan di bumi juga dimusnahkan, dan dari kejahatan malapetaka malam dan siang melainkan yang datang dengan membawa kebaikan, wahai TUHAN Yang Rahman”.

Apabila kalimah ini dibaca, padamlah cembung api Afrit dan rebahlah ia ke atas mukanya.  Tatkala selesai Rasulullah s.a.w membaca, tersungkurlah Afrit.

BERJUMPA KAUM BERHUMA

Setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan beberapa kaum yang berhuma setiap hari dan mengetam pada hari yang sama.  Setiap kali mengetam ia kembali seperti asal dan begitulah seterusnya.  Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail, “Apa ini wahai Jibrail?”

Jawab Jibrail, “Inilah di antara umat engkau yang berperang di jalan ALLAH, digandakan ALLAH TAALA bagi mereka dengan kebajikan yang 1 kepada 700 kali ganda atau lebih banyak lagi seperti firman ALLAH :

“Dan apa yang kamu nafkahkan daripada sesuatu maka diganti dengan sebaik-baik yang memberi rezeki”.

TERCIUM BAU HARUM

Dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w tercium bau yang sangat harum.  Lalu baginda bertanya kepada Jibrail apakah sebenarnya  bau tersebut.  Kata Jibrail, “Inilah bau Masitah yakni perempuan yang menyikat rambut anak perempuan Firaun”.

Pada suatu hari sedang Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat yang digunakannya itu jatuh dari tangannya lalu tercetuslah kata-kata “Dengan nama ALLAH binasalah Firaun”, dari mulutnya.

Bertanyalah anak perempuan Firaun, “Adakah bagi kamu TUHAN lain selain bapaku?”.  “Bahkan, sesungguhnya itulah TUHAN engkau dan TUHAN bapa engkau”, sahut Masitah.

Bertanya anak Firaun itu lagi, “Adakah engkau reda aku beritahu tentang hal ini kepada bapaku?”

Page 18: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

“Ya”, jawab Masitah.

Pergilah anak Firaun berjumpa dengan bapanya untuk mengadukan hal tersebut.  Masitahpun diperintahkan untuk mengadap Firaun.

“Adakah tuhan yang lain selain daripadaku?” tanya Firaun dengan marah.

Tanpa gentar Masitah menjawab, “Ya, sesungguhnya ALLAH itulah TUHAN-ku dan TUHAN engkau”.

Firaun menjadi amat marah lantas memerintahkan supaya dibawa suami Masitah dan kedua anaknya mengadap.  Salah seorang daripada anaknya masih lagi kecil dan masih menyusu.  Kemudian Firaun memerintahkan supaya Masitah dan suaminya kembali kepada agama yang asal iaitu mengakui dialah tuhan.  Tetapi mereka enggan.  Firaun berasa amat tercabar dengan pendirian Masitah dan suaminya itu, lantas dia mengancam hendak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Masitah sekiranya mereka masih berdegil.  Dengan hati yang tenang Masitah menjelaskan, “Kebajikan kamu bagi kami jika engkau membunuh kami dan sekiranya engkau membunuh kali kuburkan kami dalam satu lubang kubur”.

Kata Firaun, “Bagi kamu apa yang kamu tuntut itu sebab ada kebajikan kamu bagi kami”.

Firaun pun memerintahkan air dijerang di dalam sebuah kawah tembaga yang besar.  Setelah air mendidih, suami Masitah pun dicampakkan ke dalam kawah tersebut.  Tatkala hendak dicampakkan anaknya yang masih kecil itu, Masitah merayu supaya anaknya itu dikasihani.  Tiba-tiba dengan izin ALLAH anak yang masih kecil itu berkata; “Ibu berada di atas agama yang benar”.

Dengan itu tamatlah riwayat Masitah, suaminya dan dua anaknya yang pada pandangan Firaun sebagai celaka tetapi sebenarnya mereka berbahagia.

KAUM YANG MEMECAHKAN KEPALA

Perjalanan seterusnya mempertemukan Rasulullah s.a.w dengan beberap kaum yang memecahkan kepala mereka sendiri.  Setiap kali kepala mereka telah pecah, ia kembali seperti sedia kala.  Begitulah berulang-ulang kali.  Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w berasa hairan lantas bertanya kepada Jibrail.  Lalu Jibrail menerangkan bahawa itulah sebahagian daripada umat baginda yang memberatkan kepala mereka untuk menunaikan atau beribadat kepada ALLAH.

KAUM YANG MEMAKAN ZAKUM

Dalam perjalanan seterusnya Rasulullah s.a.w terlihat pula beberapa kaum yang berbalut kemaluan hadapan dan belakang dengan hanya sehelai sapu tangan.  Mereka dihalau seperti binatang dihalau ke padang sambil memakan zakum (batu dan bara api Neraka Jahannam).

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Bahawasanya itulah sebahagian di kalangan umat engkau yang tiada mengeluarkan zakat harta mereka seperti firman ALLAH :

“Kami tidak menzalimi mereka melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri”.

KAUM YANG MEMAKAN DAGING MENTAH

Kemudian Rasulullah s.a.w bersama Jibrail bertembung pula dengan sebahagian kaum yang dihidangkan daging yang telah dimasak serta baik di dalam bekas perak dan disebelahnya pula terhidang daging yang mentah lagi busuk.  Tetapi yang menghairankan, mereka memilih untuk makan daging yang mentah lagi busuk itu.  Segera Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail.  Jibrail pun menerangkan bahawa mereka itu adalah sebahagian daripada umat

Page 19: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

baginda s.a.w, lelaki serta perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal tetapi ditinggalkan.  Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za’niah (pelacur).

DURI DI JALANAN

Dalam perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu yang berduri di jalan-jalan dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak bajunya.  Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.

Jawab Jibrail, “Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan sebagainya”.  Lalu Jibrail membaca firman ALLAH :"Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (menganggu) orang lain”.

BERENANG DALAM LAUTAN DARAH

Ketika Rasulullah s.a.w bersama Jibrail meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke suatu tempat di mana baginda terlihat seorang lelaki yang berenang di dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.

Rasulullah s.a.w pun bertanya apakah sebenarnya kejadian itu.  Jibrail pun menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat baginda yang memakan riba.

MENGHIMPUN SEBERKAS KAYU

Kemudian, Rasulullah s.a.w berjumpa pula dengan seorang lelaki yang menghimpunkan beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin bertambah pula kayu tersebut.  Semakin tidak terdaya semakin kayu-kayu itu ditambahnya dan begitulah seterusnya.

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail lantas Jibrail menerangkan bahawa itulah seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk dia melaksanakannya namun masih juga dia hendak menerima amanah lain.

KAUM YANG MENGGUNTING LIDAH

Seterusnya sampailah mereka ke suatu tempat di mana terdapat beberapa kaum yang kerjanya menggunting lidah dan bibir mereka sendiri.  Setiap kali lidah dan bibir mereka putus, ia pulih seperti sediakala dan mereka menggunting kembali dan begitulah seterusnya berulang-ulang kali.

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Inilah diumpamakan seseorang yang mengajar manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan itu”.

KAUM YANG MENGGARU MUKA

Kemudian Rasulullah s.a.w bersama Jibrail terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai kuku tembaga yang tajam.  Mereka mengaru-garu muka serta badan mereka sehingga tersiatlah daging dan bercucuran darah.

Segera Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Inilah seumpama mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain”.

LEMBU YANG KELUAR DARI LUBANG SEMPIT

Page 20: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Setelah itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w ternampak satu lubang yang kecil, tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan ia cuba hendak masuk samula ke dalam lubang tersebut tetapi tidak berjaya.

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Itulah umpama seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai oleh ALLAH, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya”.

RASULULLAH DITEGUR OLEH PIHAK KANAN DAN KIRI

Maka Rasulullah s.a.w berserta Jibrail pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba Rasulullah s.a.w ditegur oleh pihak kanan dengan katanya, “Wahai Muhammad, pandanglah aku.  Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau”.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan itu.  Lalu Jibrail pun menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika baginda menjawab tadi, nescaya ramailah di kalangan umat baginda yang menjadi Yahudi.

Selepas itu Rasulullah s.a.w pun ditegur oleh pihak kiri tetapi baginda masih tidak menyahut.  Berkata Jibrail, “Itulah seruan Nasrani dan jika engkau menjawab seruan tadi tu, wahai Muhammad nescaya ramailah di kalangan umat engkau yang menjadi Nasrani”.

RASULULLAH DISERU PEREMPUAN BERHIAS SERTA SEORANG TUA

Tidak lama selepas itu, Rasulullah s.a.w pun diseru oleh seorang perempuan yang memakai perhiasan yang cantik.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan itu.  Lalu Jibrail pun menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w bahawa jika baginda menjawab panggilan itu nescaya ramailah di kalangan umatnya yang mementingkan dunia daripada Akhirat.

Setelah itu, Rasulullah s.a.w diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada mereka berdua.  Berkata Jibrail, “Teruskan perjalananmu wahai Muhammad.  Sesungguhnya itu adalah musuh ALLAH (Iblis).

Lalu mereka pun meneruskan perjalanan.  Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang perempuan tua di tepi jalan.  Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w, Jibrail pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur dunia.  Tiada tinggal lagi melainkan umur perempuan tua tersebut.

SETIBA RASULULLAH DI BAITUL-MAQDIS

Dalam masa yang begitu singkat, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail di Baitul-Maqdis.  Kemudian baginda pun turun daru Buraq tunggangannya dan Jibrail menuntun Buraq tersebut menuju ke masjid.  Selepas Jibrail menambat Buraq, mereka berdua pun masuklah ke masjid lantas solat sunat tahiyatul masjid sebanyak 2 rakaat.  Apabila selesai ternampaklah Rasulullah s.a.w ramainya manusia memenuhi masjid tersebut.

RASULULLAH IMAM SEGALA PARA NABI

Tatkala Jibrail azan turunlah Malaikat dari langit dan berhimpunlah segala para Nabi serta Mursalin.  Kemudian Jibrail pun iqamat.  Berdirilah para jemaah yang memenuhi masjid tersebut lalu mereka pun mencari-cari siapakah yang akan menjadi imam.  Jibrail menarik tangan Rasulullah s.a.w sampai ke mihrab.  Solatlah Rasulullah s.a.w bersama jemaah yang ramai di belakangnya.

Setelah selesai solat, Jibrail bertanya kepada Rasullah s.a.w, “Adakah engkau tahu siapakah yang solat di belakang engkau seketika tadi?”  Rasulullah s.a.w menjawab , “Tidak tahu”.  Jibrail pun menerangkan bahawa itulah para roh segala nabi dan Mursalin yang diwahyukan ALLAH.  Rasulullah s.a.w pun memuji ALLAH dengan pujian berikut :

Page 21: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

“Segala puji bagi ALLAH TUHAN yang mengutusku, yang memberi rahmat bagi sekalian alam yang lengkap bagi setiap manusia.  Berita yang menggembirakan serta yang menakutkan dan menurunkanku kitab suci Al-Quran yang di dalamnya mengatakan setiap sesuatu dan menjadikan umatku itu umat yang dikeluarkan baginya segala manusia serta menjadikan umatku itu umat yang terpilih.  Dan menjadikan umatku itu umat yang permulaan takdirnya dan umat yang terakhir.  Dan meluaskan dadaku dan membuangkan daripadaku dosa-dosaku dan diangkatkan bagiku sebutanku dan menjadikanku permulaan dan kesudahan”.

Setelah selesai Rasulullah s.a.w memuji ALLAH. Berkatalah Nabi Ibrahim a.s, “Inilah kelebihanmu wahai Muhammad”.

RASULULLAH TERASA DAHAGA

Setelah melalui beberapa keadaan, Rasulullah s.a.w terasa dahaga lantas Jibrail pun membawakan 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu.  Rasulullah s.a.w memilih susu untuk diminum.

Maka Jibrail membenarkan pilihan Rasulullah s.a.w sambil berkata, “Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan sedikit”.

RASULULLAH DIDATANGI BIDADARI

Seketika Rasulullah s.a.w dipandang oleh bidadari dari langit.  Maka setiap bidadari memohon kepada ALLAH S.W.T untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.  Lalu ALLAH pun mengizinkan mereka untuk turun dari Syurga bersama Malaikat.  Sampai sahaja kepada Rasulullah s.a.w, mereka pun solat di belakang Rasulullah s.a.w.  Setelah itu mereka duduk di dinding Baitul-Maqdis dan Rasulullah s.a.w pun mengucapkan salam kepada mereka.  Mereka pun menjawab salam baginda.

“Siapakah kamu semua?”

Lantas mereka pun menjawab, “Kami adalah daripada kalangan orang-orang yang baik dan elok yakni bidadari yang merupakan beberapa isteri bagi kaum yang suci daripada dosa mereka dan mereka itu kekal di situ dan tidak binasa”.

Tersebut dalam hadis, bidadari dijadikan ALLAH daripada za’faran (sejenis pohon) dan ada satu lagi riwayat mengatakan bidadari dijadikan daripada tasbih Malaikat atau titik air sayap Jibrail tatkala ia keluar dari sungai Syurga.

RASULULLAH TIBA DI MIKRAJ

Akhirnya, dalam perjalanan itu, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail ke Mikraj.  Mikraj adalah tangga yang sangat elok, anak-anak tangganya terbuat daripada emas dan perak yang dikeluarkan dari Syurga Firdaus yang bertahtakan permata yang indah.  Di kiri dan kanan tangga ini ada beberapa Malaikat.  Setiap tangga ke tangga yang lain ialah sejauh 500 tahun perjalanan seperti antara langit dengan bumi dan perjalanan anatar satu langit dengan langit yang di atasnya ialah sejauh 500 tahun perjalanan juga.

Kemudian Rasulullah s.a.w diangkat ke langit pertama, kedua dan demikianlah seterusnya.  Tebal setiap langit ialah 500 tahun perjalanan juga.

RASULULLAH MENAIKI LANGIT PERTAMA

Setelah itu Jibrail pun mendirikan tangga tersebut lalu naiklah mereka berdua ke atas langit yang pertama.  Maka terangkatlah mereka berdua naik ke atas sambil diikuti oleh SKHRAH (batu Baitul-Maqdis tempat berpijak untuk memulakan Mikraj).  Jibrail pun memerintahkan

Page 22: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

SKHRAH berhenti, lalu berhenti ia di situ, tergantung antara langit dengan bumi tanpa tali sehinggalah hari Kiamat.

Setelah beberapa lama, tatkala seorang perempuan hamil melintasi di bawahnya dan terlihat SKHRAH, dia berasa terkejut hingga gugurlah kandungannya.  Oleh itu, telah diciptakan ALLAH di bawahnya sesuatu yang dapat melindunginya daripada dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi di bawahnya.

MENAIKI LANGIT DUNIA

Setelah itu, naiklah mereka hingga ke Langit Dunia iaitu di pintu yang dinamakan Babul Hafazah.  Pintu ini dijaga oleh Malaikat bernama Ismail.  Sesungguhnya Malaikat Ismail tidak akan berganjak dari tempatnya melainkan hari wafat Rasulullah s.a.w.  Di bawah jagaannya ada 70,000 Malaikat pula.

Jibrail pun meminta supaya Malaikat Ismail membuka pintu tersebut.

“Siapa engkau?” tanya Malaikat Ismail.

“Aku Jibrail”.

“Siapa bersamamu?”

“Aku bersama Muhammad yang telah diutuskan,” sahut Jibrail.

Lantas pintu itu pun terbuka sambil Malaikat Ismail berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Telah engkau dapat keluasan dan engkaulah ahlinya yang dipanjangkan ALLAH daripada saudara dan daripada khalifah ALLAH.  Maka engkaulah sebaik-baik khalifah dan yang didatangi itu”.

RASULULLAH BERJUMPA NABI ADAM

Masuklah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail melalui pintu yang telah terbuka itu dan bertemulah baginda dengan nabi Adam a.s.  Rasulullah mendapati apabila Nabi Adam (baginda belum mengenali Nabi Adam pada waktu ini) melihat roh-roh zuriatnya yang Mukmin dia berkata, “Inilah roh yang baik dan nafsu yang dijadikan daripada ali’in (takwa)”.  Apabila dia melihat roh-roh zuriatnya yang kafir, berkatalah dia, “Inilah roh jahat dan nafsu jahat yang dijadikan daripada sijjin (api Neraka)”.

Di sebelah kanan Nabi Adam terdapat beberapa manusia serta satu pintu di mana keluarlah bau yang sangat harum dari situ.  Di sebelah kirinya pula terdapat beberapa manusia serta satu pintu yang keluar darinya bau yang amat busuk.  Apabila Nabi Adam melihat ke sebelah kanan, dia berasa gembira dan senyum tetapi apabila dia menoleh ke sebelah kiri, dia berasa kecewa dan bersedih.

Rasulullah s.a.w memberi salam kepada lelaki itu, salamnya dijawab kemudian dia berkata, “Selamat datang anda orang soleh dan nabi yang soleh.  Baginda pun bertanya kepada Jibrail perihal lelaki tersebut.  Jibrail pun menerangkan, “Bahawasanya itulah bapa kamu iaitu Adam.  Yang kanannya itu ialah beberapa manusia daripada zuriatnya yang terdiri daripada ahli-ahli Syurga manakala disebelah kirinya pula ialah zuriatnya yang menjadi ahli Neraka.

Dia menoleh ke kanan dan berasa gembira lantas senyum kerana zuriatnya itu memasuki Syurga dan apabila dia menoleh ke kiri, dia berasa sedih serta kecewa kerana melihat zuriatnya memasuki Neraka.  Adapun pintu yang terkeluar bau harum itu ialah Pintu Syurga dan pintu yang terkeluar bau busuk itu ialah Pintu Neraka”.

NAIK LANGIT YANG KEDUA

Page 23: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Kemudian, mereka pun naik lagi hingga ke Langit Kedua di mana ia diciptakan pintunya daripada batu yang putih.  Jibrail pun menuntut agar Malaikat penjaga pintu membuka pintunya.  Bertanyalah Malaikat penjaga Langit Kedua itu seperti mana Malaikat yang menjaga pintu Langit Pertama dahulu.  Jibrail pun memperkenalkan dirinya dan siapa bersamanya sebagaimana sebelumnya dan demikianlah pada setiap langit sehingga ke langit ketujuh.

BERTEMU NABI ISA & NABI YAHAYA DI LANGIT KEDUA

Apabila Pintu Langit Kedua terbuka, masuklah Rasulullah s.a.w ke dalamnya dan didapatinya ada dua orang seperti bersaudara iaitu Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahaya bin Zakaria a.s.   Keadaan mereka berdua hampir serupa pada pakaian dan rambut.  Bersama-sama keduanya adalah kaum masing-masing.

Rasulullah s.a.w pun memberi salam dan salam baginda dijawab oleh keduanya.

Berkatalah mereka, “Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Mereka berdua yang mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.

BERTEMU NABI YUSUF DI LANGIT KETIGA

Setelah itu, Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketiga di mana diciptakan pintunya daripada besi.  Setelah berlaku dialog seperti pada Pintu-pintu Langit Pertama, Kedua, maka dibukalah Pintu Langit Ketiga.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w memasukinya, bertemulah baginda dengan Nabi Yusuf a.s bersama kaumnya.  Rasulullah s.a.w pun memberi salam terhadap Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf menjawab salam baginda, lantas berkata, “Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Yusuf juga mendoakan Rasulullah s.a.w dengan kebajikan.

Sesungguhnya Nabi Yusuf dijadikan oleh ALLAH dengan keelokan rupa paras seperti bulan dipagari bintang.

BERTEMU NABI IDRIS DI LANGIT KEEMPAT

Dari situ Rasulullah s.a.w bersama Jibrail naik lagi hingga sampai ke Langit Keempat yang pintunya dijadikan daripada tembaga.

Setelah pintunya terbuka, bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Nabi Idris a.s.  Rasulullah s.a.w memberikan salam lalu dijawab oleh Nabi Idris salam Rasulullah s.a.w. itu lantas mengucapkan, “Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Idris juga mendoakan Rasulullah s.a.w dengan kebahagiaan.

Adalah Nabi Idris bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh.  Nabi Idris tiada akan mati pada tiupan sangkakala kerana dia sudah mati dahulu kemudian dihidupkan semula sampai sekarang.  Dia tidak dibinasakan seperti Arasy, Kursi, Luh Mahfuz, Qalam, Syurga, Neraka dan roh.  Hal ini termaktub dalam Al-Quran seperti firman ALLAH :

“Setiap yang di atas bumi binasa.  Setiap sesuatu binasa melainkan wajah-NYA”.

Seperti juga dengan Nabi Isa, dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh kerana dia belum mati lagi dan akan turun ke dunia pada akhir zaman dan kemudian dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w di Madinah.

BERTEMU NABI HARUN DI LANGIT KELIMA

Langit Kelima pintunya daripada perak.  Masuk sahaja melalui pintu langit ini, Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang mempunyai janggut berwarna putih dan hitam yang panjang

Page 24: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

hampir sampai ke pusat.  Lelaki itu dikelilingi oleh beberapa kaum daripada Bani Israel yang asyik mendengar cerita daripadanya tentang khabar-khabar yang dahulu dari umatnya.

Rasulullah s.a.w pun memberi salam lantas dijawab salam baginda.  “Siapakah ini?” tanya Rasulullah s.a.w kepada Jibrail.

“Inilah Harun yang dikasihi oleh segala kaumnya,” terang Jibrail.

BERTEMU NABI MUSA DI LANGIT KEENAM

Kedua-duanya kemudian naik lagi hingga sampai ke Langit Keenam yang pintunya daripada emas.  Jibrail pun menuntut agar dibuka pintu langitnya.  Setelah pintu dibuka, Rasulullah s.a.w dan Jibrail pun masuk ke dalam.  Nampaklah oleh baginda beberapa orang Anbiya (Nabi-Nabi) berbaris di kiri dan kanan.  Rasulullah s.a.w pun berjalan berjumpa dengan mereka seorang demi seorang.  Ada di antara Anbiya itu bersama kaum masing-masing dan ada yang bersendirian sahaja.

Kemudian Rasulullah s.a.w berjumpa dengan kumpulan manusia yang amat ramai.

“Siapakah ini wahai Jibrail?” tanya Rasulullah s.a.w.

“Inilah Musa dan bersamanya semua kaumnya”, jawab Jibrail.  “Angkatlah kepala engkau”.

Rasulullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya.  Tiba-tiba didapatinya kelompok hitam yang amat banyak memenuhi tepi langit daripada pihak ini dan pihak itu.

Jibrail pun berkata, “Inilah umat engkau di mana 70,000 orang memasuki Syurga tanpa hisab dan apabila engkau minta tambah lagi, maka ditambahi pula tiap-tiap satu daripadanya 70,000 orang yang lain pula”.

Apabila berlalu Rasulullah s.a.w dari situ, bertemulah dia dengan Nabi Musa a.s, iaitu seorang lelaki yang mempunyai kulit yang berwarna merah dan tinggi tubuhnya.  Baginda pun mengucapkan salam terhadapnya dan Nabi Musamenjawab salam baginda, lalu berkata, “Selamat datang saudaraku yang soleh dan Nabi yang soleh”.

Nabi Musa a.s pun mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.  Kemudian dia berkata, “Telah menyangka seluruh Bani Israil bahawasanya aku terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada manusia ini (yakni Muhammad s.a.w) tetapi rupanya dia terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada aku”.

Setelah Rasulullah s.a.w berlalu, Nabi Musa pun menangis.  Apabila ditanya apa yang menyebabkannya menangis, maka jawabnya, “Aku menangis disebabkan aku hilang pahala kerana umatku sedikit sahaja yang beriman dan Muhammad s.a.w dibangkitkan kemudian daripada aku dan umatku.  Umatku (Bani Israil) menyangka bahawasanya aku terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada segala anak Adam sedangkan ini seorang lelaki dari anak Adam yang terkemudian daripadaku, di dunia di Akhirat umatnya lebih banyak daripada umatku”.

BERTEMU NABI IBRAHIM DI LANGIT KETUJUH

Maka Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketujuh yang pintunya diciptakan daripada yakut merah.  Selepas pintu Langit Ketujuh dibuka dan masuk Rasulullah s.a.w dan Jibrail ke dalamnya, ternampaklah dia akan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur dan di sekitarnya ada beberapa orang daripada kaumnya.

Rasulullah s.a.w pun memberi salam lantas dijawab oleh Nabi Ibrahim lalu berkata, “Selamat datang anakku yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Ibrahim pun mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.  Kemudian dia berkata lagi, “Anakku, bahawasanya engkau akan berjumpa

Page 25: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

TUHAN engkau pada malam ini dan bahawasanya umatmu adalah umat terpailih lagi umat yang terakhir dan terlebih daif, maka jika engkau kuasa dan berhajat pada TUHAN-mu pada umat kamu, maka mohonlah.  Wahai Muhammad, suruh umatmu memperbanyak tanaman di Syurga di mana tanahnya sangat baik lagi luas tempatnya”.

Rasulullah s.a.w pun bertanya, “Apakah tanaman itu?”

Ucaplah :  ”Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa ALLAH”

Pada satu riwayat yang lain, berkata Nabi Ibrahim a.s, “Khabarkan wahai Muhammad kepada mereka (umatmu) itu bahawasanya Syurga itu sangat baik tanamannya dan sangat tawar airnya dan tanamannya itu ialah dengan 5 kalimah.  Tiap-tiap satu kalimah apabila diucapkan, maka tumbuhlah satu pohon kayu di dalam Syurga iaitu kalimah :

“Maha Suci ALLAH dan segala puji untuk ALLAH dan tiada TUHAN melainkan ALLAH dan ALLAH Maha Besar”.

BERTEMU KAUM YANG MANDI DI SUNGAI

Kemudian Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum yang muka mereka itu seumpama kertas (berwarna putih) dan ada beberapa kaum yang muka mereka berwarna putih tetapi berubah sedikit (kurang putih).  Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk ke dalam sungai dan mandi di dalamnya.  Apabila mereka keluar dari dalam sungai itu wajah mereka telah berubah iaitu bersih sedikit daripada yang asal.  Kemudian mereka masuk ke dalam sungai yang kedua di mana apabila mereka keluar dari situ, wajah mereka bertambah bersih dan putih.  Kemudian mereka masuk pula ke sungai yang ketiga dan mandi di dalamnya, tiba-yiba berubahlah muka mereka menjadi semakin putih dan semakin bersih.

Bertanyalah Rasulullah s.a.w, “Siapakah itu wahai Jibrail?”

Jawab Jibrail, “Adapun muka mereka yang berwarna putih itu ialah mereka yang tidak mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan membuat maksiat.  Dan adapun muka mereka yang bersih sedikit itu adalah mereka yang menyempurnakan amalan yang soleh dengan bercampur kejahatan tetapi akhirnya mereka bertaubat, lalu taubat mereka diterima oleh ALLAH TAALA.  Adapun sungai yang pertama ialah keampunan ALLAH dan kedua Nikmat ALLAH dan ketiga, kemudian Jibrail pun memberitahu Rasulullah s.a.w dengan berkata, “Inilah tempat engkau dan tempat umat engkau”.

MEMASUKI BAITUL-MAKMUR

Di dalam satu riwayat lain mengatakan bahawa dalam perjalanannya itu, Rasulullah s.a.w terlihat umatnya terbahagi kepada 2 kumpulan.  Satu kumpulan daripada mereka memakai selendang berwarna putih dan satu bahagian lagi memakai selendang berwarna kelabu.  Apabila Rasulullah s.a.w memasuki Baitul-Makmur baginda diikuti oleh mereka yang memakai selendang berwarna putih kemudian diikuti mereka yang memakai selendang berwarna kelabu dan mereka beroleh kebajikan.

Rasulullah s.a.w pun menunaikan solat bersertanya segala Mukmin itu.  Sejak dari itu Baitul-Makmur dipenuhi oleh 70,000 Malaikat setiap hari dan tiada ia keluar lagi hingga Hari Kiamat.  Baitul-Makmur itu terletak pada langit yang ketujuh di bawah Syurga dan berkebetulan setentang dengan Kaabah di bumi.  Jikalau dijatuhkan batu dari Baitul-Makmur, nescaya batu itu akan jatuh di atas Kaabah.  Selepas menunaikan solat, Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ sambil diikuti oleh mereka yang mengikuti baginda sejak tadi.

POKOK DAN SUNGAI DI SYURGA

Page 26: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Kemudian Jibrail membawa 3 bejana berisi air yang berlainan kepada Rasulullah s.a.w.  Baginda memilih bejana yang berisi susu untuk diminum.  Maka pilihan itu oleh Jibrail mengakui dengan katanya, “Engkau telah memilih asal kejadian engkau serta uamt engkau”.

Lalu mereka berdua pun diangkat ke Sidaratul Muntaha dan di sinilah kawasan terakhir yang dibenarkan sesuatu yang datang dari pihak bumi.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat sebatang pokok kayu yang mana daripada batangnya keluarlah 4 batang sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar), satu sungai yang airnya berupa susu yang tiada berubah rasa, satu sungai yang airnya berupa arak yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada madu yang jernih.  Besar dan tingginya pokok tersebut kira-kira 70 tahun larian kuda tanpa henti-henti.  Bentuk buahnya seumpama air dan bentuk daunnya seperti telinga gajah tetapi lebatnya boleh menutupi seluruh manusia yang ada di bumi.

Pada satu riwayat ada mengatakan sesungguhnya satu daun daripada pokok berkenaan boleh menutupi  seluruh makhluk yang wujud.  Bagi setiap daun ada Malaikat yang mengucapkan tasbih kepada ALLAH TAALA.  Tatkala Malaikat bertasbih, berubah-ubahlah warna daun tersebut dan akhirnya ia menjadi yakut dan zabarjad.

Di ranting pokok itu ada beberapa ekor belalang yang diciptakan daripada emas.

Sesungguhnya 4 batang sungai tadi adalah terdiri daripada 2 batang sungai yang tersembunyi dan 2 batang sungai yang nyata.

Bertanya Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Wahai Jibrail, sungai apakah ini?”

Jawab Jibrail, “Sungai yang tersembunyi ini ialah sungai yang ada di dalamnya Syurga iaitu sungai yang bernama Salsabil dan Zanjabila.  Dan sungai yang nyata itu ialah Sungai Nil dan Sungai Furat”.

MELIHAT RUPA JIBRAIL YANG SEBENAR

Rasulullah s.a.w diperlihatkan rupa Malaikat Jibrail yang sebenar di Sidratul Muntaha itu.  Malaikat Jibrail mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap besarnya kira-kira memenuhi alam ini.  Sayap-sayap itu dipenuhi dengan dar (permata besar-besar) dan yakut.

MEMASUKI SYURGA

Setelah itu Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun memasuki Syurga dan Rasulullah s.a.w melihat di dalamnya sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.  Sesungguhnya Syurga itu ada 8 jenis :

Jannatul Firdaus

Syurga tempat para anbiya’, para syuhada dan para solehin.  Ia paling afdal dan paling tinggi.

Jannatul Adnan - Syurga yang diciptakan daripada qasbul jannah.

Jannatul Khuld - Syurga yang diciptakan daripada marjan.

Jannatul Naim - Syurga yang diciptakan daripada perak.

Jannatul Makwa - Syurga yang diciptakan daripada zabarjad yang hijau.

Jannatul Salam - Syurga yang diciptakan daripada yakut merah.

Page 27: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Jannatul Jalal - Syurga yang diciptakan daripada lu’lu yang putih.

Jannatul Maqamu Wal-Qarar - Syurga yang diciptakan daripada kasturi yang harum.

KELEBIHAN ORANG MEMBERI HUTANG

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w ternampak beberapa buah kubah lu’lu’ yang tergangga dan baginda terlihat di pintu Syurga itu tertulis ayat “SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA”.  Rasulullah s.a.w berasa hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada sedekah, lantas baginda pun bertanya kepada Jibrail.

Kata Jibrail, “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudahpun mempunyai barang tersebut sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat.

Kemudian baginda berjumpa dengan sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih.  Di situ terdapat juga buah delima dan segala macam buah kayu.  Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni Syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seumpama unta.

TELAGA AL-KAUSAR

Rasulullah s.a.w terlihat pula telaga Al-Kausar.  Di dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yaqut dan zabarjad.  Di tepinya terdapat lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah s.a.w.  Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum.  Kemudian keluarlah Rasulullah s.a.w dari Syurga itu.

MELIHAT NERAKA

Kemudian Rasulullah s.a.w pun diperlihatkan keadaan Neraka.  Di dalamnya terdapat ghadaballah (kemarahan ALLAH) terhadap musuh-NYA dan yang ingkar akan perintah-NYA.  Jikalau dijatuhkan batu atau besi ke dalam Neraka tersebut nescaya hancur leburlah ia di dalamnya.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum memakan bangkai.  Bertanya baginda kepada Jibrail, “Siapa ini, wahai Jibrail?”

Jawab Jibrail, “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat”.

Baginda juga dapat melihat Malaikat Malik penjaga pintu Neraka lalu ia memberi salam kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w menjawab salam Malik.  Ia Malaikat yang boleh diketahui akan kemarahannya melalui mukanya yang sangat masam.  Sesungguhnya Neraka itu terletak di bawah 7 petala bumi.  Ia mempunyai 7 jenis iaitu:

Neraka Jahannam Neraka Lazha Neraka Khutamah Neraka Saeir Neraka Saqar Neraka Jahim Neraka Hawiyah

BERPISAH DENGAN JIBRAIL

Page 28: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Kemudian Rasulullah s.a.w diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan.  Jibrail tertinggal lalu Rasulullah s.a.w berhenti menunggu.  Di sini Jibrail pun memasukkan baginda ke dalam nur sambil berkata, “Engkau dan TUHAN engkau sahaja”.

Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jibrail, “Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?”.

Berkata Jibrail, “Inilah sahaja tempatku, jikalau aku melintasi kawasan ini nescaya terbakarlah aku dengan nur”.

PERJALANAN UNTUK BERTEMU ALLAH

Rasulullah s.a.w pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz.  Di situ Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur Arasy.

Bertanya Rasulullah s.a.w, “Siapa ini? Adakah Malaikat?”.

“Tidak,” jawab lelaki tersebut.

”Adakah Nabi?” soal Rasulullah s.a.w lagi.

“Tidak.  Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama ALLAH yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua ibubapaku”.

Pada satu riwayat, tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke sini, hatinya gundah gulana.  Selepas itu baginda terdengar seperti suara Saidina Abu Bakar memanggilnya, katanya, “Berhenti wahai Muhammad, sesungguhnya TUHAN berselawat kepadamu”.

Rasulullah s.a.w berasa hairan bagaimana Abu Bakar mendahuluinya.  Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya tatkala munajat kepada ALLAH.

Maka firman ALLAH, “Adalah Abu Bakar itu teladanmu dan rapat kepadamu dan aku jadikan suara Malaikat yang menyerupai suara Abu Bakar supaya hilang rasa gundah gulana di hatimu dan adapun selawat-KU ialah seperti firman-KU :

“Sesungguhnya AKU dan Malaikat berselawat kepada Nabi, oleh itu wahai orang yang beriman berselawatlah kepadanya dan sejahterakan ianya”.

MENEMUI ALLAH RABUL JALIL

Kemudian Rasulullah s.a.w diangkatkan ke hadrat Al-Qudsi.  Di sini Rasulullah s.a.w dapat melihat ALLAH dengan tiada apa-apa perantaraan pun, iaitu dengan matanya sendiri.  Tiada seorang pun dari para Nabi ataupun Mursalin melihat ALLAH sebelum ini.  Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ALLAH, baginda terus sujud menyembah-NYA.

Berfirman ALLAH, “Wahai Muhammad”.

Jawab Rasulullah s.a.w, “Labbaika”.

Firman ALLAH lagi, “Angkat kepalamu, mohonlah apa yang engkau hendak AKU berikan kepadamu”.

Rasulullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya dengan berkata, “Wahai TUHAN, bahawasanya ENGKAU telah melantik Ibrahim sebagai Khalil dan ENGKAU berinya kerajaan

Page 29: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

yang amat besar dan ENGKAU berkata-kata terus dengan Musa dan ENGKAU berikan Daud kerajaan yang amat besar dan ENGKAU permudahkannya untuk melembutkan besi dan ENGKAU mudahkan baginya kuasai bukit.  ENGKAU berikan Sulaiman kerajaan yang amat besar dan ENGKAU permudahkan baginya jin dan manusia dan syaitan bekerja dengannya ketika dia kehendaki, dan ENGKAU mudahkan baginya angin dan ENGKAU berikannya kerajaan yang tiada seorang pun boleh memiliki selepasnya.  ENGKAU ajarkan Isa dengan Taurat dan Injil dan ENGKAU berikannya boleh merawat orang yang buta, sopak dan menghidupkan orang yang telah mati dengan izin ENGKAU dan ENGKAU peliharanya serta ibunya dari syaitan yang direjam.  Maka syaitan tidak mampu menyesatkan mereka berdua”.

ALLAH berfirman, “Sesungguhnya AKU angkatkan engkau sebagai Habib (kekasih) dan AKU utuskan engkau untuk menusia seluruhnya supaya mengkhabarkan berita gembira dan memberi peringatan.  AKU telah luaskan dadamu dan AKU buangkan daripadamu dosamu dan AKU angkatkan untukmu zikirmu.  AKU jadikan umatmu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia dan AKU jadikan umatmu itu sederhana.  Dan AKU jadikan umatmu orang yang pertama dan orang yang terakhir dan AKU jadikan umatmu itu tiada sah khutbah dan solat sehingga mereka itu berikrar bahawasanya engkau hamba-KU dan pesuruh-KU.  Dan AKU jadikan daripada umatmu beberapa kaum yang mana hati mereka berpaut di dalam hati mereka.

AKU telah jadikan engkau Nabi yang mula-mula dibicarakan pada hari Kiamat.  Dan AKU berikan engkau 7 ayat yang diulang-ulang bacaannya di dalam solat iaitu Surah Al-Fatihah yang ianya AKU beri kepada para Nabi sebelum engkau.  AKU berikan engkau penutup Surat Al-Baqarah harta yang bernilai di bawah Arasy ianya tiada AKU beri kepada para Nabi sebelummu dan AKU berikan engkau dengan 8 saham berharga iaitu Islam, Hijrah, sedekah, menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar, dijadikan engkau pembuka dan penutup, diberikan engkau panji-panji kepujian maka Adam dan lainnya berada di bawah panji-panji engkau.  Dan sesungguhnya pada hari AKU menjadikan 7 petala langit dan bumi, AKU telah fardukan ke atasmu dan umatmu 50 waktu solat maka dirikanlah ia”.

Selesai bermunajat kepada ALLAH, Rasulullah s.a.w pun kembali mendapatkan Jibrail.  Lalu Jibrail pun memimpin tangan Rasulullah s.a.w untuk turun.  Kemudian mereka berdua bertemu Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ibrahim tidak berkata apa-apa.

BERDIALOG DENGAN NABI MUSA

Apabila sampai kepada Nabi Musa, bertanyalah beliau kepada Rasulullah s.a.w, “Apakah yang diperlakukan terhadapmu wahai Muhammad dan apa yang difardukan ke atas kamu dan umatmu?”.

Jawab Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya ALLAH telah memfardukan ke atasku serta umatku dengan 50 waktu solat sehari semalam”.

Berkata Nabi Musa, “Kembalilah engkau wahai Muhammad kepada TUHAN-mu dan pohonkan keringanan untuk kamu dan umatmu, bahawasanya umat kamu tidak mampu untuk menunaikannya.  Sesungguhnya Bani Israel yang gagah tidak mampu melakukan amalan yang lebih sedikit dari itu, sedangkan umatmu lemah tubuh badan, lemah hatinya, mana mungkin mereka mampu melaksanakan tugas seberat itu”.

Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa itu, Rasulullah s.a.w pun memandang Jibrail.  Jibrail mengisyaratkan supaya Rasulullah s.a.w pergi kembali ke Sidratul Muntaha untuk menemui ALLAH untuk diringankan apa yang telah difardukan.

Awan yang telah tertutup dahulu kembali terbuka.  Tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke hadrat Al-Quds, baginda sujud kepada ALLAH dengan katanya, “Wahai TUHAN-ku, ringankan terhadap umatku apa yang diperintahkan-MU.  Sesungguhnya umatku adalah terlalu daif”.

Firman ALLAH, “Sesungguhnya telah KU-kurangkan untuk umatmu itu 5 waktu solat”.

Page 30: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

BERULANG-ALIK ANTARA NABI MUSA DENGAN ALLAH

Rasulullah s.a.w pun turun dan terbukalah awan.  Beliau kembali menemui Nabu Musa dan mengkhabarkan dengan katanya, “Sesungguhnya ALLAH telah mengurangkan untukku 5 waktu solat”.

Berkata Nabi Musa lagi, “Wahai Muhammad, kembalilah engkau kepada TUHAN-mu dan mohonlah keringanan lagi.  Bahawasanya umatmu tidak berkuasa untuk menunaikannya”.

Kembalilah Rasulullah s.a.w kepada ALLAH.  Lalu dikurangkan lagi 5 waktu solat, dan begitulah Rasulullah s.a.w berulang-alik antara Nabi Musa dan ALLAH.  Setiap kali baginda bermunajat dengan ALLAH, ALLAH kurangkan 5 waktu solat sehinggalah tinggal 5 kali sahaja sehari semalam.

Firman ALLAH, “Telah AKU jadikan solat 5 waktu itu pahalanya sama dengan 50 solat itu, tiap-tiap satu solat dinilai dengan 10 dan tiada lagi pertukaran arahan-KU dan tiada juga berubah suratan-KU.  Sesiapa yang bercita-cita untuk membuat kebajikan kemudian dia melaksanakannya akan dituliskan 10 kebajikan.  Dan sesiapa bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tiada mengerjakannya maka tiada dituliskan kejahatannya dan jika dia melakukannya maka dituliskan untuknya satu kejahatan sahaja”.

ALLAH MEMFARDUKAN 5 WAKTU SOLAT

Setelah itu turunlah Rasulullah s.a.w dan mengkhabarkan tentang pengurangan 5 waktu solat kepada Nabi Musa.  Berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kamu kepada TUHAN-mu wahai Muhammad, mohonlah keringanan sekali lagi dan sesungguhnya umatmu tiada kuasa untuk melaksanakannya”.

Jawab Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku telah berulang-alik kepada TUHAN-ku beberapa kali hingga aku terasa malu terhadap TUHAN-ku dan tetap aku laksanakanperintah-NYA ini”.

Tatkala itu terdengarlah seruan, “Telah AKU laksanakan yang KU-fardukan dan AKU ringankan untuk hamba-KU”.

TURUN SEMULA KE BUMI

Berkata Nabi Musa a.s, “Turunlah engkau wahai Muhammad dengan nama ALLAH”.

Rasulullah s.a.w pun turun bersama Jibrail lalu melintasi beberapa jemaah Malaikat dan mereka tiada berkata apa-apa melainkan satu pesanan, “Biasakan olehmu wahai Muhammad dengan berbekam dan suruhlah umatmu berbekam”.

Apabila melalui Langit Dunia berkata Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Telah aku lalui isi langit dan tatkala aku memberi salam, semua mereka menjawab salam, memuliakan dan tertawa gembira melainkan seorang tiada aku lihat ia ketawa”.

Kata Jibrail, “Wahai Muhammad, itulah Malik yang menunggu Neraka, dia sejak dijadikan ALLAH tidak tertawa.  Jikalau engkau tertawa terhadap seseorang nescaya dia akan tertawa terhadap engkau”.

Apabila sampai di Langit Dunia, tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat debu dan asap serta terdengar suara mersik.  Bertanyalah baginda kepada Jibrail apakah gerangannya.  Menurut Jibrail, itulah syaitan yang menutup mata manusia (anak adam) sehingga mereka itu tidak mampu berfikir apa yang ada dalam alam malakut langit dan bumi.  Dan jika tidak dilakukan begitu nescaya manusia dapat melihat keajaiban-keajaibannya.

MENINGGALKAN BAITUL-MAQDIS

Page 31: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Sesampainya mereka berdua ke Baitul-Maqdis, Rasulullah s.a.w pun menunggang Buraq yang tertambat itu menuju ke arah Makkah.  Dalam perjalanan itu, baginda melintasi beberapa ekor unta kepunyaan orang Quraisy yang datang dari Syam.  Di antara unta-unta itu terdapat seekor mempunyai 2 karung di atas badannya, karung-karung itu berwarna putih dan hitam.  Apabila Rasulullah s.a.w kebetulan menuju ke arahnya, terkejutlah unta-unta tersebut dan lari berkeliling-keliling hingga salah seekor daripadanya patah kaki jatuh lalu ditinggalkan di situ oleh pemiliknya.

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah s.a.w terlihat sekumpulan unta dan salah seekor daripadanya tersesat.  Rasulullah s.a.w menontonnya hingga terhimpun kembali dalam kumpulannya.  Rasulullah s.a.w pun memberi salam kepada mereka dan mereka mengenali suara baginda tapi ada juga yang tak percaya.  Kemudian baginda mengambil semangkuk yang berisi air, maka baginda minum air itu.

SAMPAI KE MAKKAH

Apabila sampai ke Makkah berkata Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya kaumku tiada mempercayaiku tentang peristiwa ini apabila aku ceritakan kepada mereka nanti”.

Jawab Jibrail, “Sesungguhnya sahabatmu Abu Bakar akan membenarkan”.

Rasulullah s.a.w sampai di Makkah sebelum waktu Subuh.  Setelah baginda turun maka terangkatlah Buraq ke langit dan terus ke Syurga.  Dan setelah waktu Subuh, baginda pun keluar dari rumah sambil berfikir sendiri terhadap apa yang dialaminya dan berasa bimbang tentang penerimaan kaumnya kerana peristiwa itu amat luar biasa dan menyalahi adat pada fikiran manusia.

Dalam waktu itu, datanglah Abu Jahal, lantas bertanya, “Apakah kamu ada apa-apa berita?”.

“Ya”, jawab Rasulullah s.a.w.

“Apakah ia?” tanya Abu Jahal lagi.

“Aku telah diperjalankan pada malam tadi ke Baitul-Maqdis”.

“Apa? Kamu diperjalankan ke Baitul-Maqdis dalam tempoh satu malam?  Apakah engkau mahu aku khabarkan berita ini kepada kaummu?”

“Bahkan aku akan khabarkan apa yang aku khabarkan kepadamu ini” jawab Rasulullah s.a.w.

Abu Jahal pun menyeru dengan suara yang lantang, “Wahai Bani Kaab dan Bani Lua, berhimpunlah kamu semua kepadaku”.

Apabila telah berkumpul semua orang, berkatalah Abu Jahal kepada Rasulullah s.a.w, “Khabarkanlah kepada kaummu seperti yang engkau khabarkan kepadaku, wahai Muhammad”.

Berkatalah Rasulullah s.a.w, “Bahawasanya aku telah diperjalankan pada malam tadi”.

“Ke mana?” tanya kaumnya.

“Ke Baitul-Maqdis” jawab Rasulullah s.a.w.

“Apa! Kamu diperjalankan dalam masa yang singkat itu?”

“Ya” jawab Rasulullah s.a.w.

Page 32: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Gemparlah mereka dan saling bertanya-tanya sesama sendiri.  Ada setengah-setengahnya menepuk dahi.

ABU BAKAR MEMBENARKAN RASULULLAH S.A.W

Dalam suasana riuh rendah kerana orang ramai mempertikaikan pengakuan Rasulullah s.a.w itu, beberapa orang daripada kaum musyrikin Quraisy pergi berjumpa Abu Bakar.

“Wahai Abu Bakar, bahawa sahabatnu Muhammad telah mengatakan dia telah datang dari Baitul-Maqdis dalam satu malam”.

“Adakah dia berkata demikian?” tanya Abu Bakar.

“Ya benar” sahut mereka.

Pantas Abu Bakar mengatakan dia mempercayai tanpa ragu-ragu.  Dia segera pergi untuk menemui Rasulullah s.a.w.

Sementara itu, di tempat orang ramai tadi, ada seorang yang bernama Mata’am Ibn Ad’y yang mendustakan pengkhabaran Rasulullah s.a.w dengan katanya, “Wahai Muhammad, setiap pekerjaan kamu dahulu mudah difahami, lain pula sekarang (tidak masuk akal).  Sesungguhnya aku bersaksi bahawa perkataan engkau adalah dusta kerana berlari unta untuk pergi ke Baitul-Maqdis mengambil masa sebulan lamanya.  Tetapi engkau mendakwa pergi ke Baitul-Maqdis dalam masa satu malam sahaja”.

Mendengar kata-kata itu Abu Bakar dengan marah berkata, “Hei Mata’am, mengapa engkau memperkatakan sejahat-jahat perkataan terhadap anak saudara engkau dengan perkataan dusta.  Demi ALLAH, aku bersaksi dialah yang sebenarnya”.

Peristiwa itulah Abu Bakar digelar as-Siddiq yang bermaksud orang yang membenarkan, sedangkan namanya yang sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah dan gelarannya Atiq.

Mereka yang pernah ke Baitul-Maqdis cuba menguji Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Rasulullah s.a.w, ceritakanlah kepada kami tentang rupa Baitul-Maqdis, apakah binaannya daripada batu-batan atau lainnya, berapa pula panjang serta tingginya dan berapa pula hampirnya dengan bukit”.

Rasulullah s.a.w cuba hendak menceritakan keadaan Baitul-Maqdis.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak ingat secara jelas.  Kerana itu, Rasulullah s.a.w didatangi Jibrail a.s lalu Jibrail a.s pun mendatangkan gambaran Baitul-Maqdis di hadapan mata baginda.  Sesungguhnya Jibrail telah menyingkap hijab seolah-olah Baitul-Maqdis di hadapan Rasulullah s.a.w.

Berdasarkan itu Rasulullah menceritakan apa yang ditanya itu dengan tepat.  Namun mereka masih ingkar.  Kemudian Rasulullah s.a.w diminta menceritakan berapa ekor unta yang mambawa dagangan dari Syam dan dari manakah khalifah mereka.  Lalu Rasulullah s.a.w pun menyatakan yang dia bertemu dengan seekor unta yang sesat.  Kehilangan seekor unta itu akhirnya dijumpai semula.  Kemudian Rasulullah s.a.w menyatakan lagi kepada mereka memiliki berwarna merah badannya dan kakinya patah.  Setelah mendengar dengan penuh minat mereka membenarkan berita tersebut.

Rasulullah s.a.w seterusnya menceritakan lagi bahawa di antara mereka ada satu qadah (bekas) yang berisi air tetapi airnya telah diminumnya.  Mendengar cerita itu, salah seorang dari mereka mencelah dengan katanya, “Demi ALLAH sesungguhnya bekas itu memang berisi air, ianya tidak tumpah tetapi tiba-tiba sahaja tiada lagi didapati air di dalamnya”.

Setelah Rasulullah s.a.w menjelaskan semuanya maka tiadalah ruang untuk mereka mendustakan baginda.  Tapi mereka masih berdegil, malah mereka menuduh pula Rasulullah

Page 33: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

s.a.w melakukan sihir.  Walaupun di antara mereka ada yang mempercayai kata-kat Rasulullah s.a.w, tetapi tidak kurang pula yang murtad dari Islam kerana sikap munafik mereka.  Dan ada juga sesetengah dari mereka bersikap tunggu dan lihat dan sesetengahnya bersikap taraddud (berbolak balik) di dalam hati.  Dengan ini turunlah firman ALLAH :

“Dan tiada KAMI jadikan apa yang engkau lihat, yang KAMI memperlihatkan kepada kamu wahai Muhammad melainkan ianya fitnah bagi segala manusia”

Kata Ibn Abbas a.s, adalah nyata daripada ayat ini bahawasanya Israk dan Mikraj itu berlaku terhadap Rasulullah s.a.w secara jasad dan roh.

MALAIKAT JIBRAIL A.S.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemahdan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud

Page 34: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada se persepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatMuhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat

(yang lima waktu). Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

BILA JIBRAIL MELIHAT SYURGA

Apabila Allah SWT siap mencipta syurga dan mengisinya dengan pelbagai kenikmatan sebagai ganjaran kepada umat yang melakukan amal soleh serta menyempurnakan syariat-Nya maka Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail a.s melihat syurga ciptaan-Nya.

Allah SWT :

“Wahai Jibrail, Aku telah menciptakan Syurga sebagai tempat  untuk umat yang menyempurnakan syariat-Ku, pergilah engkau saksikan Syurga ciptaan-Ku itu”.

Malaikat Jibrail patuh dengan perintah Allah SWT dan setelah menyaksikan ciptaan agung itu, ia kembali mengadap Allah SWT dan berkata :

“Demi kemuliaan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, barang siapa yang menyaksikan Syurga ciptaan-Mu itu nescaya mereka akan berusaha dengan apa jua sekalipun untuk menjadi ahlinya”.

Allah SWT :

“Kenapa engkau berkata demikian?”.

Jibrail a.s :

 “Sesungguhnya Syurga itu penuh dengan aneka kesenangan, kelazatan, kegembiraan, kemewahan dan pelbagai nikmat.  Jika umat-Mu mengetahui isi sebenarnya Syurga itu pasti mereka tidak menginginkan lagi dunia yang fana ini, mereka pasti sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai Syurga itu”.

Page 35: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Allah SWT :

“Baiklah”.  Kemudian Allah selubungi Syurga itu dengan berbagai bentuk ujian.  Allah letakkan bermacam-macam dugaan seperti sembahyang, puasa, jihad, haji, amal kebajikan dan berbagai lagi syarat untuk memasuki Syurga.  “Wahai Jibrail, pergilah engkau sekali lagi saksikan Syurga itu”.

Jibrail patuh dan setelah melihat ujian-ujian yang Allah sediakan kepada setiap umat untuk memasuki Syurga itu ia kembali mengadap Allah SWT seraya berkata :

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, kali ini aku khuatir tidak ada seorang pun umat-Mu dapat memasuki Syurga itu”.

Allah SWT :

“Kenapa demikian?”.

Jibrail a.s :

“Sebab ramai umat-Mu tidak mampu melepasi ujian yang disediakan itu”.

Kemudian Allah SWT menciptakan pula Neraka Jahanam.  Sekali lagi Allah perintahkan Jibrail melihat rupa Neraka yang disediakan untuk umat yang ingkar suruhan serta lalai dari melakukan syariat Allah.

Allah SWT :

“Wahai Jibrail, Aku telah ciptakan Neraka Jahanam sebagai tempat untuk umat yang ingkar dan lalai daripada beribadat kepada-Ku.  Pergilah engkau saksikan Neraka ciptaan itu”.  Setelah Jibrail menyaksikan sendiri bertapa azab dan deritanya sebagai isi Neraka, lantas ia kembali mengadap Allah dengan wajah takut.

 Jibrail a.s :

“Ya Allah, demi kekuasaan-Mu, barang siapa yang mendengar namanya yang amat dahsyat itu, aku yakin tidak ada seorang pun umat-Mu yang berani menghampirinya”.  Maka Allah selubungi Neraka itu dengan berbagai bentuk ujian seperti hiburan, zina, maksiat dan mabuk, yang mempunyai kuasa bersikap kasar, zalim, angkuh serta menindas.

Allah SWT :

“Wahai Jibrail, aku telah siap mencipta Neraka Jahanam, pergilah engkau lihat sendiri rupa Neraka itu”.  Jibrail patuh dan setelah melihatnya ia kembali mengadap Allah dengan wajah yang pucat.

Jibrail a.s :

“Ya Allah Yang Maha Perkasa, kali ini aku khuatir tidak ada seorang pun umat-Mu yang terselamat daripadanya”.

Allah SWT :

“Kenapa pula demikian?”.

Jibrail a.s :

Page 36: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

“Ujian-Mu terlalu berat.  Semua dugaan yang Engkau sediakan adalah kegemaran sebahagian besar umat di dunia”.

LAPAN PINTU

DARI Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa lupa selawat untukku maka dia telah lupa jalan ke syurga".

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata.

Pintu pertama tertulis:"Laa ilaaha illallahu Muhammadur rasulullahi", ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah. 

Kedua, pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat yang mereka itu yang menyempurnakan solat dan wuduknya (yang amat beramat-amati tentang sunat dan wajib serta adap-adapnya).

Ketiga, pintu masuk untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Keempat; pintu masuk untuk orang-orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Kelima; pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu-syahwatnya.

Keenam; pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Ketujuh; pintu masuk untuk para pejuang.

Kelapan; pintu masuk untuk orang yang memejamkan indera penglihatannya dari segala macam haram, orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan, berbuat baik kepada kedua orang tua dan menjalinkan silaturahim serta perbuatan-perbuatan baik lainnya."

(Daqa'iqul Akhbari)

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN SEORANG YAHUDI

Ali bin Abi Talib r.a berkata “ Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: “Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang telah diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab”

Page 37: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Lalu Rasullallah saw bersabda, “Silakan bertanya” 

Berkata orang Yahudi, “Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu”

Sabda Rasullallah saw, “Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka Allah pasti akan mengkabulkan permintaanya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir”

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullallah saw, lalu mereka berkata, “Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang?”

Rasullallah saw bersabda, “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Kiamat”

Sabda Rasullallah lagi, “Manakala sembahyang Asar adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buih khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.”

Selepas itu Rasullallah saw membaca ayat yang bermaksud, “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan”

Sabda Rasullallah saw, “Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath”

Sabda Rasullallah saw seterusnya, “Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :

1. Dibebaskan daripada api neraka. 2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullallah saw, maka mereka berkata,

“ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad saw. Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?”

Sabda Rasullallah saw, “ Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s berlapar selema 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya”

Kata orang Yahudi lagi, “ Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu”

Page 38: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Sabda Rasullallah saw, “ Semoga hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan di berikan oleh Allah SWT 7 perkara : 

1.      Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya 

2.      Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram.)

3.      Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4.      Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

5.      Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengngerikan)

6.      Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberangi Titian Sirath.

7.      Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi lagi, “Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi”

Sabda Rasullallah saw, “Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari Kiamat).

Kata orang Yahudi, “ Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengaku dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulallah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah)”

Sedikit peringatan untuk kita semua:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (Surah Al-Baqarah: Ayat 286

TANDA WAHYU RASULLULLAH YG TERAKHIR

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan wida'. 

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. 

Page 39: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:  "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." 

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma." 

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. 

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:  "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda." 

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. 

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." 

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis. 

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. 

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian

Page 40: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:  "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat." 

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut." 

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." 

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. 

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." 

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. 

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari

Page 41: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." 

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir  sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku." 

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati." 

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. 

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. 

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan

Page 42: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah. 

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." 

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku." 

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." 

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. 

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia." 

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." 

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud:

Page 43: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." 

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" 

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

 

HANYA RASULULLAH S.A.W PEMEGANG SYAFAAT

HANYA Nabi Muhammad SAW diberi keistimewaan mengemukakan syafaat (pertolongan memohon) kepada Allah supaya mahkamah perbicaraan dibuka oleh Allah, sedangkan rasul lain tidak sanggup berbuat demikian. Kesanggupan dan kejayaan itu kerana Baginda ialah penghulu kepada sekalian anak Adam pada hari kiamat.

Di tangan Rasulullah terletaknya ‘panji-panji kepujian’. Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu, daripada Nabi Adam kepada nabi lain, melainkan berada di bawah panji-panji Baginda.

Firman Allah bermaksud: “Semoga tetaplah harapanmu (wahai Muhammad) bahawa Tuhan yang mendidikmu akan mengangkatmu ke satu darjat yang terpuji.” (Surah al-Isra’, ayat 79)

Darjat itu adalah kesanggupan Baginda dan kejayaannya meringankan keadaan huru-hara Padang Mahsyar dan penderitaan lama menunggu perbicaraan yang dijalankan oleh Tuhan yang Maha Adil.

Bagindalah nabi yang mula-mula mengemukakan syafaat dan yang mula-mula diterima syafaatnya pada hari kiamat. Perkara itu diterangkan oleh Rasulullah dalam hadis berikut:

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Aku penghulu anak-anak Adam pada hari kiamat; dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah, di tanganku panji-panji kepujian; pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah, tidak ada seorang nabi pada hari itu – mulai daripada Nabi Adam hingga kepada nabi lain melainkan semuanya di bawah panji-panjiku; dan akulah orang yang mula-mula terbelah bumi untuk

Page 44: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

bangkit keluar daripadanya, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah.”

Sabda Baginda lagi: “Kemudian manusia gempar dan haru-biru sebanyak tiga kali, lalu mereka pergi menemui Nabi Adam...”

“Akhirnya, mereka datang menemuiku, lalu aku pun pergi membawa mereka bersama... kemudian aku terus membenamkan mukaku lalu sujud, maka Allah memberi ilham kepadaku untuk memujinya dengan satu cara ucapan puji-pujian.

“Setelah itu dikatakan kepadaku: Angkatlah kepalamu dan mintalah supaya engkau diberi hajatmu dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu dan katakanlah apa saja supaya diperkenan kata-katamu.”

Kemudian Rasulullah menerangkan: “Dan itulah dia pangkat Al-Maqam-Al-Mahmud yang Allah menyatakan dengan firman-Nya “Semoga tetaplah harapanmu (wahai Muhammad) bahawa Tuhan yang mendidikmu akan mengangkamu ke satu darjat yang terpuji).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad bersabda: “...Ketahuilah! aku adalah kekasih Allah, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah; dan aku pembawa panji-panji kepujian pada hari kiamat, dalam pada itu, pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah; dan akulah orang yang mula-mula mengemukakan syafaat, juga yang mula-mula dikabulkan syafaatnya pada hari kiamat, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah...” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Nabi Muhammad menerangkan dalam hadis di atas bahawa ketika manusia menderita kedahsyatan huru-hara hari kiamat, mereka mendapatkan bapa manusia, Nabi Adam lalu memohon kepadanya supaya menggunakan pengaruhnya melepaskan mereka daripada penderitaan itu. Nabi Adam menyatakan bahawa Baginda tidak sanggup berbuat demikian.

Mereka kemudian memohon pula pertolongan nabi lain yang juga tidak sanggup menolong mereka. Akhirnya, mereka memohon kepada Nabi Muhammad. Lalu, Baginda mengemukakan syafaat, yang dengan sebabnya, Allah menjalankan perbicaraan menghakimi manusia. Maka, pada waktu itu Allah mengangkat Nabi Muhammad ke darjat yang disebut dengan nama ‘Maqam Mahmud’ iaitu darjat kebesaran yang dipuji oleh semua makhluk yang ada di Padang Mahsyar.

Daripada Ibn Umar, katanya: “Aku ada mendengar Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya matahari akan dekat ke atas kepala manusia hingga air peluh sampai ke paras separuh telinga, maka dalam masa mereka berkeadaan demikian, mereka meminta pertolongan Nabi Adam, lalu Baginda menolak dengan berkata: ‘Aku bukanlah orang untuk itu.’

“Kemudian, mereka meminta pertolongan Nabi Musa, maka Baginda juga menjawab demikian.

“Mereka kemudian meminta pertolongan Nabi Muhammad, lalu Baginda mengemukakan syafaatnya. Selepas itu, Allah membuka perbicaraan untuk menghakimi khalayak yang ramai itu... Maka, pada waktu itulah Allah mengangkatnya (Muhammad) ke martabat Maqam Mahmud yang dipuji oleh semua makhluk yang ada di padang Mahsyar.” (Hadis riwayat Bukhari, Ibn Jarir dan Ibn Marduwaih)

Page 45: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

KEMARAHAN RASULULLAH S.A.W

SEORANG Badwi datang menjual ternakannya di Mekah. Abu Jahal yang melihatnya, kononnya bersedia membeli ternakan Badwi itu. Abu Jahal pun menyuruhnya menghalau ternakannya itu ke kandang milik Abu Jahal. Dia berjanji membayar pada keesokan harinya. Badwi itu datang semula menemui Abu Jahal keesokan harinya tetapi Abu Jahal berjanji hendak membayarnya pada hari yang lain pula. Setiap kali Badwi itu datang, Abu Jahal terus menangguhkan pembayarannya sehingga dia terpaksa tinggal di Mekah beberapa hari lamanya.

Dia cuba melaporkan perkara ini kepada para pemimpin Quraisy yang lain tetapi tidak seorang pun yang mahu menolongnya. Akhirnya setelah merasa berputus asa, Badwi itu masuk ke Masjidilharam. Sekali lagi dia bertemu dengan pemimpin Quraisy dan meminta bantuan mereka untuk mendapatkan wang daripada Abu Jahal. Salah seorang pemimpin Quraisy yang ada di situ menasihatkannya supaya meminta tolong kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang duduk dekat Kaabah.

Sebenarnya tujuan pemimpin Quraisy ini hendak mempermainkan Rasulullah, kerana semua orang tahu Abu Jahal sangat sombong dan benci kepada Rasulullah. Oleh itu mustahil Rasulullah boleh meminta wang daripada Abu Jahal. Badwi ini pula tidak tahu apakah yang sebenarnya terjadi antara Rasulullah dengan Abu Jahal.

Dia pun pergi menemui Rasulullah dan melaporkan perkara itu kepada Baginda.

Selepas berbicara dengan Badwi itu, Rasulullah terus berdiri dan diajaknya Badwi itu mengikutinya. Mereka berdua menuju ke rumah Abu Jahal. 

Sampai di rumah Abu Jahal, Rasulullah mengetuk pintu rumahnya dan dipanggilnya Abu Jahal dengan suara kuat.

Abu Jahal segera membuka pintu dan Rasulullah segera memegang leher baju Abu Jahal sambil berkata, ``Jelaskan sekarang juga hutang anda kepada orang ini!''

Pada masa itu tubuh Abu Jahal gementar dan mukanya nampak ketakutan. Abu Jahal menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh Rasulullah. 

``Baiklah aku akan jelaskan sekarang,'' katanya. Abu Jahal pun masuk ke dalam biliknya dan keluar dengan pundi-pundi berisi wang yang diserahkan kepada Rasulullah, dan Baginda pun menyerahkan wang itu kepada Badwi tadi.

Kemudian Rasulullah kembali lagi ke masjid bersama Badwi itu. Dengan hati gembira Badwi itu menceritakan kepada mereka yang berada di masjid. Sementara itu Rasulullah kembali bertafakur berhampiran Kaabah. Tidak lama kemudian Abu Jahal pun datang ke masjid dan mereka yang ada di masjid itu pun bertanya kepadanya tentang kebenaran cerita Badwi itu. Abu Jahal menyatakan bahawa ketika namanya dipanggil Rasulullah, jiwanya sudah mulai berasa takut. Setelah pintu rumah dibukanya, dilihatnya di belakang Rasulullah seekor ular yang sangat besar dan menakutkan. Lantaran takut dia tidak dapat membantah apa yang diminta oleh Rasulullah.

Di sini dapat diambil iktibar bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. tidak merasa takut kepada Abu Jahal setelah menerima segala caciannya. Tetapi Baginda marah ketika menerima aduan bahawa Abu Jahal menzalimi orang yang lemah.

Page 46: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

RASULULLAH S.A.W BERTAUBAT 100 KALI SEHARI

TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka pintu taubat serta-merta ditutup.

As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal.

Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis riwayat Muslim).

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. 

Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu. Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu dengan berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Al-Hakim pula berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Dan Allah menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.

Page 47: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Allah berfirman maksudnya: “...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.

Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.

Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

RASULULLAH S.A.W DI HARI KEBANGKITAN

DARI Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”     

Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Page 48: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cubameronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di

Page 49: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!”   Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana

Page 50: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang  untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Page 51: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Rasulullah SAW Membela Umatnya

Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?”   Maka,  matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”

Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”

Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”

Page 52: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.

Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”

Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”

“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”

Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. ( Abasa: 37)

Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di  atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”

Page 53: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”

Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”

Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 

1.  Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2.  Kumpulan pemuda. 3.  Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”

Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”

Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

Page 54: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi: 

“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan  dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat

Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Page 55: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”

Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.”  Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:  “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

Page 56: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

ALLAH MENOLAK 1 DARI 3 DOA RASULLULLAH

 'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit.

Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

KISAH RASULULLAH S.A.W

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan

Page 57: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. 

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman. 

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui. 

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah. 

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan. 

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya. 

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7) 

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan. 

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan

Page 58: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia. 

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab. 

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad. 

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku. 

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda

Page 59: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud: 

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya" 

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan. 

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda. 

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda. 

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah. 

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan. 

Page 60: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud: 

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH

 Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan

Page 61: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat." 

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di

Page 62: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. 

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba" 

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman" 

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan

Page 63: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saiyidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saiyidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saiyidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang

Page 64: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya" 

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' ".

DIALOG NABI MUSA DENGAN SYAITAN

Usaha-usaha syaitan untuk menjerumuskan manusia ke kancah maksiat dan dosa, kemudian ke Neraka merupakan usaha yang tidak kesudahan selagi manusia hidup di muka bumi ini.  Pendek kata, syaitan adalah makhluk Tuhan yang paling jahat.  Hidupnya hanyalah untuk merosak dan menjahanamkan manusia semata-mata.  Justeru itu, Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata, maka jadikanlah ia sebagai musuh.  Firman Allah SWT yang bermaksud :

Page 65: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh.  Sesungguhnya ia hanya mengajak golongannya supaya menjadi ahli Neraka”. (Surah Fatir, ayat 6)

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah Al-A’raaf, Ayat 27).

Itu adalah beberapa pesanan dan peringatan Allah SWT kepada manusia supaya berhati-hati agar tidak dapat diperdaya oleh syaitan.  Manakala di pihak syaitan pula, mereka tidak ragu-ragu memecahkan rahsia peribadi mereka kepada Rasul-rasul tentang cara syaitan mempergaruhi dan memenangi hati umat manusia untuk menambahkan lagi bilangan pengikut-pengikutnya ke Neraka.

Tujuan syaitan mendedahkan rahsianya di samping mendedahkan kelemahan manusia bukan didorong oleh rasa keikhlasannya untuk memberi peringatan dan pesanan kepada manusia supaya berhati-hati dalam menghadapi godaannya tetapi merupakan manifestasi tentang ketakburan, kesombongan dan kemegahannya bahawa meskipun semua itu diketahui oleh anak Adam namun dengan kekuasaan dan kepintarannya, di samping kelemahan dan kekurangan diri manusia, syaitan akan dapat menguasai dan melawan manusia kecuali manusia yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT sahaja.

Untuk mengetahui perkara itu dengan lebih jauh, mari kita ikuti dialog Nabi Musa a.s dengan syaitan yang menunjukkan syaitan mendedahkan caranya untuk memerangkap manusia.

Syaitan :

Hai Musa! Engkaulah yang telah dipilih Allah untuk membawa risalah-risalah-Nya dan engkaulah yang diajak-Nya berkata-kata dengan sebenarnya dan aku salah satu makhluk Allah yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat.  Maka mohonkanlah kepada Tuhanku supaya diberi taubat kepadaku.  Maka Nabi Musa a.s segera memohon kepada Allah, lantas mendapat jawapan :

Allah SWT :

Hai Musa! Aku telah perkenankan permintaanmu.  Lantas Nabi Musa a.s menemui syaitan dan berkata kepadanya :

Nabi Musa a.s :

Engkau telah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Adam dan akan diberi taubat ke atasmu!  Mendengar nama Adam itu, syaitan tiba-tiba bersikap takbur dan marah.

Syaitan :

Aku tidak mahu sujud kepada Adam waktu hidupnya, apakah pula sekarang aku diminta sujud kepadanya sesudah matinya? Katanya lagi dengan rasa marah dan penuh sombong.  Hai Musa! Sesungguhnya sekarang engkau berhak mendapatkan balasan daripadaku kerana engkau telah memohon syafaat kepada Allah buat keampunanku.  Ingatlah kepadaku terhadap 3 perkara, nescaya tidak akan membuatkan perlaksanaannya.

PERTAMA, ingatlah daku pada waktu engkau sedang marah kerana aku akan datang membawa bisikan ke dalam hatimuk dan ketika itu aku berada dalam tubuhmu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

KEDUA, ingatlah kepadaku pada waktu engkau sedang bertempur di medanperang menghadapi musuhmu kerana aku akan datang kepada manusia yang sedang bertempur

Page 66: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

di medan perang dan aku impikan kepadanya akan anak-anak isterinya dan keluarganya supaya lari bersama mereka secara teratur.

KETIGA, berhati-hatilah ketika engkau sedang duduk dengan perempuan yang bukan muhrimmu kerana aku akan datang membawa perutusannya kepadamu dan perutusanmu kepadanya.

Suatu ketika pula, mengikut Abdul Rahman Zoyad, sewaktu Nabi Musa berada di tempat duduknya, tiba-tiba datang syaitan dengan memakai tudung kepala yang dicelup dengan bermacam-macam warna.  Sampai dekat kepada Nabi Musa a.s, dibukanya tutup kepala itu dan ditaruhnya.

Syaitan :

Assalamualaikum, ya Musa.

Nabi Musa :

Waalaikumussalam, siapakah engkau?

Syaitan :

Aku ini syaitan.

Nabi Musa :

Kalau begitu semoga Allah tidak hidupkan engkau! Apakah tujuanmu datang kepadaku?

Syaitan :

Kedatanganku ini ialah untuk memberi salam kepadamu, melihatkan kedudukanmu dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.

Nabi Musa :

Apakah itu yang engkau pakai sebagai penutup kepala?

Syaitan :

Dengan ini aku akan menangkap dan menawan segala hati manusia.

Nabi Musa :

Kalau begitu apa yang engkau lakukan kepada manusia sehingga engkau dapat memperdayakannya?

Syaitan :

Apabila manusia merasai takjub (terpesona) terhadap dirinya.  Manusia merasa banyak amal baiknya dan ia lupa akan dosanya dan aku pun hendak memperingatkan engkau terhadap 3 perkara.

PERTAMA, jangan sekali-kali engkau bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal sama sekali bagimu.  Kerana sesungguhnya tidaklah bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku fitnah ia dengan perempuan itu.

Page 67: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

KEDUA, janganlah engkau sekali-kali berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan yang hendak dilakukannya kerana sesungguhnya tidaklah seorang berjanji kepada Allah melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku menghalanginya antara dia dan antara penunaian janjinya itu.

KETIGA, jangan sekali-kali engkau mengeluarkan sedekah yang engkau hendak melaksanakannya kerana sesungguhnya tidaklah seorang lelaki yang hendak mengeluarkan sedekah dan hendak dilaksanakannya itu melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku menghalangi antaranya dan antara yang mengeluarkannya.  Kemudian syaitan pergi dan berkata “Celakalah manusia terhadap 3 perkara itu”.

Dengan itu tahulah Nabi Musa a.s tentang apa yang harus manusia berhati-hati.  Secara umumnya, dapatlah disimpulkan tujuan syaitan itu :

PERTAMA : Jika seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan bukan muhrimnya, maka syaitan akan menjadi orang ketiga untuk memfitnah agar kedua-duanya melakukan perbuatan hina dan curang.

KEDUA : Jika seorang itu berjanji kepada Allah akan melakukan kebaikan, maka syaitan akan menghalangnya berbuat demikian.

KETIGA : Jika seorang itu hendak mengeluarkan sedekah, maka syaitan akan menghalangnya berbuat demikian.

Itulah di antara rahsia yang didedahkan oleh syaitan kepada Nabi Musa a.s dan ia akan sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan manusia.

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN SEORANG BADWI

PADA suatu masa, ketika Nabi Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Orang ituberasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”

 “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulullah SAW. “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab badwi itu. Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini Nabi Muhammad?” “Ya,” jawab Nabi SAW. Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah SAW. Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab

Page 68: Senarai Pedoman Pilihan kisah  kisah

badwi itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya.

Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.” Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, dia berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.”

 Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.” Orang Arab badwi berkata lagi, “Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.” Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu , penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.