4
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) 1. Bidang Tugas 1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan. 1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 1.3Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah. 1.4Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas. 1.5Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 2. Senarai Tugas 2.1 Pembangunan Diri Murid 2.1.1 Disiplin a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. b. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. c. Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. d. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku. e. Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.doc

  • Upload
    vsend

  • View
    843

  • Download
    50

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.doc

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1. Bidang Tugas

1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru

Penolong Kanan.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan

kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa,

perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.

1.4 Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.

1.5 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan

sekolah.

2. Senarai Tugas

2.1 Pembangunan Diri Murid

2.1.1 Disiplin

a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.

b. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

c. Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

d. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar

peraturan tatatertib dan salahlaku.

e. Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling

bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.

b. Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta

menyediakan laporan yang diperlukan.

c. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

d. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid

baru.

2.1.3 Program Pelindungan Murid

Page 2: SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.doc

a. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah

dan program lain di peringkat sekolah.

b. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di

sekolah dilaksanakan.

2.1.4 Kesihatan

a. Mengurus kemudahan rawatan murid.

B. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan

sempurna.

C. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.

D. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.

E. Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku

teks.

B. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.

C. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku

teks.

2.1.6 Biasiswa dan Bantuan

a. Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.

b. Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.

c. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

a. Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan,

keceriaan dan keindahan sekolah.

3. Pengurusan

3.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.

3.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.

3.3 Menguruskan pertukaran murid.

3.4 Menyemak buku kedatangan harian murid.

Page 3: SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.doc

3.5 Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti

sekolah.

3.6 Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.

3.7 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

3.8 Membantu merancang Takwim Sekolah.

4. Pembangunan Organisasi

4.1 Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.

4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri

5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).

5.4 Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.

5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya.

5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion

keguruan.

6. Tugas-tugas lain

6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari

semasa ke semasa.

6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh

Pengetua dari semasa ke semasa.