39
SENI ARCA SITI NORLIDA BINTI YAZID

SENI ARCA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PSV Apresiasi seni

Citation preview

Page 1: SENI ARCA

SENI ARCA

SITI NORLIDA BINTI YAZID

Page 2: SENI ARCA

Pengenalan

Page 3: SENI ARCA

• Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dihayati nilai estetiknya.

• Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri- ciri tiga dimensinya.

• Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Page 4: SENI ARCA

Jenis Bentuk Arca

Page 5: SENI ARCA

• Terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.

• Arca bentuk berfungsi boleh digunakan disamping memaparkan ciri- ciri estetikanya.

• Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya.

Page 6: SENI ARCA

Sejarah Arca

Page 7: SENI ARCA

• Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat.

• Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignasian dan Magladenia pada kira- kira tahun 8000 S.M.

• Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan- bahan yang berlainan.

Page 8: SENI ARCA

• Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.

• Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah.

Page 9: SENI ARCA

• Pergarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898-1986) dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (1901-1966).

• Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan dan ruang- ruang yang sering dikunjungi orang ramai.

Page 10: SENI ARCA

• Selepas perang dunia kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada plastik, nilon, fabrik, dan bahan buangan lain.

• Disamping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj dan sebagainya turut digunakan.

• Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.

Page 11: SENI ARCA

• Arca instalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu kerana arca jenus ini dicipta khas buat smentara waktu bagi tapak tertentu dalam sesuatu pameran.

• Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah serius masa kini.

Page 12: SENI ARCA

Sejarah Arca

di Malaysia

Page 13: SENI ARCA

• Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.

• Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.

• Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kiang Seng dan lain-lain.

• Mad Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu dan lain- lain merupakan generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya- karya arca.

Page 14: SENI ARCA

• Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia.

• Enam buah karya arca di sini merupakan hasil kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand. Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulangtahun ke 20 penubuhan Asean.

Page 15: SENI ARCA

Bentuk Pembinaan

Arca

Page 16: SENI ARCA

Bahan dan alatKayu, logam, batu, simen, bongkah- bongkah,

plaster Paris atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik serta alat untuk memoyong dan memateri.

TeknikBahagian yang berasingan dicantumkan menjadi

satu bentuk yang menarik.

1. Arca Asemblaj

Page 17: SENI ARCA

Tajuk : Bicycle wheelPengkarya : Marcel duchamp

Tahun : 1887- 1968Tempat : Perancis

Analisis

Bahan : Kutipan bahan – roda basikal dan bangku

tinggiTeknik : Asemblaj

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk

dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan,

harmoni dan imbangan

Page 18: SENI ARCA

Tajuk : Barong- barongPengarca : Jerusalino V. Aroas

Analisis

Bahan : Keluli bebas hakis, kayu dan kaca

Teknik : AsemblajSifat imej : Simbolik

Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang

Prinsip rekaan : Penegasan, harmoni, kesatuan dan

imbangan

Page 19: SENI ARCA

Bahan dan alatBlok kayu, plaster Paris, batu marmar, batu granit,

batu kapur dan sebagainya. Alat terdiri daripada pahat, pemukul, kapak, gergaji, alat pengukir, pengikis dan gogal untuk perlindungan mata (khas untuk membuat arca batu)

TeknikBahagian- bahagian yang berlebihan daripada blok

bahan yang diukir dan dibuangkan sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, jalinan dan bentuk yang tinggal.

2. Arca Luakan

Page 20: SENI ARCA

Tajuk : Menuju KeamananPengarca : Han Sai Por

Analisis

Bahan : Batu marmar dan konkrit

Teknik : AsemblajSifat imej : Simbolik

Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang

Prinsip rekaan : Penegasan, kepelbagaian dan imbangan

Page 21: SENI ARCA

Tajuk : Reclining FigurePengkarya : Henry Moore

Tahun : 1939Tempat : Detroit Institute of

Arts

Analisis

Bahan : KayuTeknik : Luakan

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Bentuk, ruang

dan jalinanPrinsip rekaan : Harmoni

dan imbangan

Page 22: SENI ARCA

Bahan dan alatBatu- bata, kepingan besi dan bongkah kayu.

Teknik Bahan dicantumkan secara sistematik untuk

mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan struktur jentera.

3. Arca Binaan

Page 23: SENI ARCA

Tajuk : KemajuanPengarca : Itthi Khong Khakul

Analisis

Bahan : Paip keluliTeknik : Binaan

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Bentuk, ruang dan

garisan.Prinsip rekaan : Pergerakan, kepelbagaian dan imbangan

Page 24: SENI ARCA

Tajuk : Monument to the Third International

Arcawan : Vladimir TatlinTahun : 1919- 1920

Analisis

Bahan : kayu, besi dan kacaTeknik : Binaan

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Bentuk, ruang, garisan

dan jalinanPrinsip rekaan : Pergerakan, kepelbagaian dan imbangan

Page 25: SENI ARCA

Bahan dan alatBahan cair yang boleh dikeraskan. Contohnya,

plastik, logam, simen, tanah liat, plaster Paris dan sebagainya.

TeknikBahan cecair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu – boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang besar.

4. Arca Acuan

Page 26: SENI ARCA

UNKNOWN

Page 27: SENI ARCA

Bahan dan alatBesi dawai, kepingan logam, kadbod dan sebarang

bahan yang ringan.

TeknikBahagian arca dicantumkan pada sendi untuk

membolehkannya bergerak, berputar atau berombak.Mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika Syarikat.

5. Arca Mobail

Page 28: SENI ARCA

Tajuk : Horizontal SpinesPengarca : Alexander

CalderBahan : Logam halus dan

wayarTahun :1942

Analisis

Bahan : Wayar dan logam halus

Teknik : Mobil/ bergerak/ kinetik

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk

dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan,

harmoni dan imbangan

Page 29: SENI ARCA

Bahan dan alatPelbagai jenis bahan (biasanya bahan kutipan)

boleh digunakan.

TeknikBahan kutipan dicantumkan secara kasar.Boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan.

6. Arca Stabail

Page 30: SENI ARCA

Tajuk : RimbaPengarca : Anthony Lau

Tahun : 1967

Analisis

Bahan : Batang besiTeknik : Stabil

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk dan

ruangPrinsip rekaan : Pergerakan, imbangan dan kepelbagaian.

Page 31: SENI ARCA

Tajuk : Homage New York : A self destroying work of art

Pengarca : Jean TinguelyTahun : 1960

Tempat : Taman Muzium Seni Moden New York

Analisis

Bahan : Logam, kain, pita, kayu dan tayar getahTeknik : Stabil

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk

dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan

dan kepelbagaian.

Page 32: SENI ARCA

Bahan/ alatKepingan kayu, plaster Paris, batu dan sebagainya.Alat yang terdiri daripada pahat, penukul, alat

pengukir, pengikis dan sebagainya.

TeknikBentuk tiga dimensi tersembul keluar dari

permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat ke dalam – hasil kombinasi ciri- ciri catan dan arca.

7. Arca Timbulan

Page 33: SENI ARCA

Tajuk : Still Life With Musical Instruments

Pengarca : Jacques LipchitzTahun : 1918

Analisis

Bahan : Batu (diukir)Teknik : Timbulan

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk,

jalinan dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan,

pergerakan dan kepelbagaian.

Page 34: SENI ARCA

UNKNOWN

Analisis

Bahan : Kayu (diukir)Teknik : Timbulan

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk,

jalinan dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan,

pergerakan, dan kepelbagaian.

Page 35: SENI ARCA

Bahan/ alatPapan, pelekat, cat dan sebagainya.Alat yang terdiri daripada gergaji, penukul, paku

dan sebagainya.

TeknikTeknik gergaji, paku, pahat, lekat, tampal dan cat

secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tenggelam, hasil penyatuan catan dengan arca.

8. Arca Dinding

Page 36: SENI ARCA

Pengarca : Matteo Pugliese

Analisis

Bahan : GangsaTeknik : Arca dinding ukiran

gangsaSifat imej : Realistik

Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang

Prinsip rekaan : Penegasan, pergerakan, kesatuan dan

imbangan.

Page 37: SENI ARCA

Bahan/ alatPelbagai jenis bahan boleh digunakan. Alat yang

diperlukan megikut jenis pilihan bahan.

TeknikBahagian- bahagian berasingan dicantum,

dipasang atau disusun menjadi satu.Kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana

mementingkan ruang di tapak pameran.

9. Arca Instalasi (Pemasangan)

Page 38: SENI ARCA

Tajuk : Icons and precious earthPengarca : Yeoh Jin Leng

Tahun : 1991Tempat : Balai Seni Lukis

Negara

Analisis

Bahan : SeramikTeknik : Instalasi

Sifat imej : SimbolikUnsur seni : Garisan, bentuk, jalinan,

warna dan ruangPrinsip rekaan : Penegasan,

pergerakan dan kepelbagaian.

Page 39: SENI ARCA

Rujukan• Buku

– Kathleen Chee, FOKUS e- masteri SPM ; Pendidikan Seni Visual (2004). Penerbitan Pelangi, Selangor Darul Ehsan.

• Internet

– http://artblart.com/tag/alexander-calder-13-spines/– http://artblart.com/tag/alexander-calder-13-spines/– http://cjannah.blogspot.com/2013_01_01_archive.html– http://en.wikipedia.org/wiki/The_Thinker– http://goodenei.com/2010/02/16/yeoh-jin-leng/– http://labouscarle.wordpress.com/2012/02/25/jean-tinguely/– http://www.thisiscolossal.com/2012/01/figurative-sculptures-by-m

atteo-pugliese/