8
8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 1/8 SENI BINA DAN UKIRAN Seni bina merupakan satu lagi cabang kesenian yang boleh kita lihat untuk mengkaji  bagaimana perkembangan sesebuah tamadun diukur dari sudut fizikalnya. Seni bina boleh memperlihatkan kepada kita akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah untuk membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri.  4.1 PENGARUH DARI TAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni  binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol).  Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang  berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al- Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam

Seni Bina Dan Ukiran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 1/8

SENI BINA DAN UKIRAN

Seni bina merupakan satu lagi cabang kesenian yang boleh kita lihat untuk mengkaji

  bagaimana perkembangan sesebuah tamadun diukur dari sudut fizikalnya. Seni bina boleh

memperlihatkan kepada kita akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun

itu diolah untuk membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri. 

4.1 PENGARUH DARI TAMADUN ISLAM 

Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni

  binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil

daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan

Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol). 

Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan

Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat

kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina

Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran

merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang

 berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-

Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur 

tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu

adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini

disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam

Page 2: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 2/8

yang memerintah , kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun

1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era

kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra di

  puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the

artistic genius of Muslim Spain. 

SENI TARI DAN ALAT MUZIK  

3.1 PENGARUH DARI TAMADUN ISLAM 

Antara kesenian masyarakat Melayu yang paling popular ialah seni tari dan alat muzik.

Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha. Apabila

Islam datang ke Nusantara, Islam memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang

mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Contoh persembahan yang

diadaptasikan ialah seperti hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya

dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan rebana dan gong (Abdul Kadir 

1988). 

3.1.1CONTOH-CONTOH KESENIAN

R odat 

R odat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat

dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan

kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas. R odat juga dipercayai lahir bersama-

sama nazam, maulud, berzanji, zapin, hasiddah, nasyid dan berhadrah. 

2) Hadrah 

Page 3: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 3/8

Hadrah berasal dari negara Timur  Tengah. Hadrah merupakan paluan gendang

 bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama,

 pujian untuk pengantin dan sebagainya 

Ghazal 

Muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar 

abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih.

Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain

termasuklah Malaysia. Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama

dalam majlis-majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara.

Dabus 

Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir 

memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa. Dabus berasal

dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari

semasa menari.

Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-18 orang yang dibahagikan

kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik 

dabus ialah rebana dan sebiji gong. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan.

Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada

 permulaan persembahan. 

 Nobat 

Muzik nobat juga berasal dari istana kerajaan negara-negara Islam di Timur  Tengah.

Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan Malik Ul-Salih

atau dikenali juga sebagai Merah Silu.

Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan

memainkan peranan penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka. Nobat kini

Page 4: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 4/8

menjadi muzik istiadat di istana-istana di Tanah Melayu dan masih di kekalkan hingga ke

hari ini (Abdul Kadir 1988) 

3.1.2 CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK  

1.  Serunai 

Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan

dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama,  sunray di

Parsi,  zurna di Turki, mizmar  di negeri Arab,  gaita di Algeria dan Morocco,  zuqra di

Tripolis dan Tunisia dan  syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai

Melayu dikenali sebagai  senayi dalam bahasa Sanskrit dan ada kaitan dengan

nagashuaram di India Selatan.

2.  R ebab 

Alat muzik rebab dipercayai berasal dari daerah Kuristan, Iran Utara yang terdapat di

seluruh Asia Tenggara. R ebab dikatakan wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w

dan dimainkan oleh R aja Sulaiman dan dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi . R ebab

 bertali dua didapati di Indonesia dan dikenali sebagaitro khmer (tro u) di Kampuchea.

Alat yang sama dengan rebab di Thai ialah so  sam sai yang bertali tiga dan dua variasinya

ialah so u so duang dan yang tali penggeseknya melalui di antara tali alat ini.

3.  Gendang 

Gendang yang berbentuk bujur, berbentuk tong, geduk, gedombak dan rebana.

Gendang bujur menyerupai gendang mridanga dan gendang Mesir dikenali sebagai

gendang di Indonesia dan Malaysia, klong khaek  di negara Thai dan   sam phu di

Page 5: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 5/8

Kampuchea.Gendang yang berbentuk tong dikatakan berasal dari Duhul, Parsi yang

dikenali sebagai klong that di negara Thai dan skor thom di Kampuchea.

Gedombak  

Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di

Kampuchea sebagai titik skor . Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu

sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam. 

KALIGRAFI DAN KESUSASTERAAN 

PENGARUH DARI TAMADUN ISLAM 

2.1.1 KALIGRAFI 

Kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah

tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke

seluruh pelusuk dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang

 berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di

dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ke tujuh. 

Seni kesusasteraan Islam dikatakan berkembang ke alam Melayu pada abad ke-14.

Hal ini, sejajar dengan perkembangan agama Islam itu sendiri yang semakin diiktiraf sebagai

agama universal. Seni khat juga telah sampai ke Tanah Melayu serentak dengan kedatangan

islam di rantau ini. Sumbangan yang besar ke alam melayu kerana sebelum ini mereka buta

huruf dan tidak mempunyai tulisan. Tulisan yang diperkenalkan oleh islam di rantau ini

dikenali sebagai tulisan jawi. Pada zaman kegemilangan kerajaan melayu islam diseluruh

alam melayu , seni khat di abadikan di atas duit syiling. 

Selain itu cokmar, cop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di

Malaysia juga di ukir dengan ayat ± ayat al-quran. Juga diabadikan di diatas tenunan songket

untuk memperolehi perlindungan daripada Allah. Pameran seni khat diadakan di pusat islam ,

 jabatan perdana menteri dan lain-lain. Ini adalah salah satu medium untuk penghayatan dan

Page 6: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 6/8

 penghargaan terhadap seni khat dan ukiran islam. Pengaruh Islam dalam seni Khat di jumpai

 pada batu nisan dan ukiran kayu. Terdapat juga tulisan khat Arab pada bilah mata keris.

Kemunculan tulisan jawi ( ) adalah berkait rapat dengan kedatangan

agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf 

Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah

tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. 

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah

  berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka,

Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia

adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M

manakala tulisan R umi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini

menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan R umi.

2.1.2. KESUSASTERAAN 

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab menyanjung dan

memandang tinggi para penyair-penyair berbakat. Pesta dan jamuan besar-besaran dengan

menyembelih binatang-binatang ternakkan dan di iringi oleh tarian dan nyanyian wanita-

wanita sering diadakan khas untuk para penyair tersebut. Antara penyair yang terkenal pada

zaman itu ialah Hassan bin Thabit, Hatim al-Tai, Al-A¶sya, Muhalhil bin rabiah, Zuheir bin

Abi Salma, Tarfah bin Al-Abd, Al-Qatami, Al-Hutaiah dan lain-lain lagi. Kedudukan yang

terhormat tersebut terjadi kerana mereka adalah juru cakap kabilahnya. Peranan penyair itu

ialah meninggikan kabilahnya sambil merendahkan kabilah lain. Mereka juga merupakan

 jurnalis dan sejarawan. Tema syair Arab zaman jahiliah ini selalunya berkisar kepada kisah-

kisah kaum mereka atau keadaan sekitar. Bahasa yang digunakan dalam syair-syair tersebut

ialah bahasa Arab Quraisy.

Page 7: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 7/8

Bagi meningkatkan mutu syair, diadakan pertandingan menggubah syair pada musim

haji terutama di pasar Ukkaz. Mereka mengambil kesempatan pada musim haji kerana pada

masa itulah Mekah menjadi tumpuan orang mengerjakan haji. Syair-syair yang menang

digantung di Kaabah dan ditulis dengan warna emas untuk tatapan masyarakat.

PENGENALAN 

Kesenian merupakan satu di antara pencapaian fizikal yang boleh kita lihat dalam mengukur 

 perkembangan sesebuah peradaban. Kesenian menjadi simbol atau identiti sesebuah tamadun

untuk menonjolkan imej mereka dalam memperlihatkan hasil-hasil kreatif masyarakat

tamadun itu sendiri dalam erti kata cuba menjadi µlain dari yang lain¶. Secara umumnya, seni

 boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan

 pancaindera. 

Kesenian bukan sahaja memperlihatkan ciri-ciri unggul seperti seni muzik, tarian dan

lain-lain malah sesetengah tamadun mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri seperti cara

makan , pergaulan dan lain-lain. Perbezaan inilah menyumbang kepada tingginya sesebuah

tamadun itu daripada yang lain. Tetapi untuk tugasan kali ini , kami hanya menumpukan

  beberapa ciri-ciri yang kami anggap utama dalam mengetengahkan bagaimana pengaruh

kesenian dari tamadun seperti Tamadun Islam , Tamadun Cina dan India cuba diketengahkan

untuk diperlihatkan keunikannya yang tersendiri.

Untuk itu , kami gariskan di sini tiga pembahagian , pertama seni penulisan dan

kaligrafi yang merangkumi jenis tulisan dan contoh-contohnya, kedua seni muzik yang

merangkumi seni tari dan alatan muzik dan yang terakhir aspek seni bina dan ukiran yang

menyentuh berkenaan kemajuan infrastruktur dan ilmu ukiran. 

Page 8: Seni Bina Dan Ukiran

8/9/2019 Seni Bina Dan Ukiran

http://slidepdf.com/reader/full/seni-bina-dan-ukiran 8/8

Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu  nisan, masjid dan  

perhiasan-perhiasannya. Batu  nisan  merupakan karya seni Islam  yang pertama sekali masuk ke nusantara.

Contohnya yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang 

dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan  makam-makam  yang dijumpai ini terdapat  tulisan  yang dipahat 

daripada  ayat  al-Quran serta  a jaran Islam  yang  menekankan  tentang  hukum dan  tasawuf . Misalnya pada 

prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, 

Surah Yunus ayat 62 serta  nasihat bercorak kesuf ian. Dari segi coraknya, batu   nisan  tersebut disamping 

menerima pengaruh  asing, juga  memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu  nisan 

Maulana Malik Ibrahim  yang dibawa dari G. Jeram  mempunyai bentuk seperti kepala  terbalik yang 

menun jukkan adanya pengaruh Parsi. 

Selain batu  nisan,  masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menun jukkan corak dari abad 14 hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. 

Sesusasteraann dimulakjan dengan cara lisan kemudian dia jarkan pula tulisan huruf  arab (jawi), dan mulalah 

ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang berkaitan dengan ugama. Contohnya, seperti kitab-

kitab risalat Dua Kalimah shahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebaga inya 

lagi. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah Nabi, kitab f ekah, taf sir al-Quran, hikayat 

Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan islam menyebabkan kesusasteraan masyarakat 

peribumi semakin berkembang. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke

hari ini. Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal dan mutunya 

masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.

pandangan islam tntg ksenian mn jlaskan bahawa kesenian adalah sebahagian drpd kbudayaan yg 

dicetuskan oleh sesuatu klompok mnusia sperti sni mlalui pndngaran spt muzik,deklamasi

puisi,prosa,seni suara dsbg.......