65
Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia menjadi dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif subjektif kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi penghargaan dan fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta dinamik walau apapun yang diambil kira. Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik. Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama. Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran. Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971) Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi keperluan psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan oleh matlamat perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang membezakan niat atau keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat khusus kepada sangat umum. Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat adalah termasuk dalam keperluan yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat meramalkan kekuatan seseorang dengan lebih tepat. Manakala niat atau keperluan yang lebih umum atau luas pula menyebabkan ramalan perlakuan seseorang itu menjadi kurang tepat. Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :

Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni

Citation preview

Page 1: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia

menjadi dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif

subjektif kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi

penghargaan dan fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta

dinamik walau apapun yang diambil kira.

Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada

pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah

mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik.

Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.

Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial

kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah

keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran

yang sesuai dan mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan

objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971)

Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi

keperluan psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan

oleh matlamat perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang

membezakan niat atau keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat

khusus kepada sangat umum. Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat

adalah termasuk dalam keperluan yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat

meramalkan kekuatan seseorang dengan lebih tepat. Manakala niat atau keperluan

yang lebih umum atau luas pula menyebabkan ramalan perlakuan seseorang itu menjadi

kurang tepat.

Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :

• Terdapat aliran tingkah laku yang terarah ke arah matlamat yang sama. Contohnya,

seseorang itu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan perhatian orang lain agar

mengambil berat terhadap dirinya. Perlakuan berkenaan dikenali sebagai keperluan

Page 2: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

berkemungkinan. Istilah ini merujuk kepada kekuatan potensi, oleh itu kemungkinan

mereka akan menggunakannya dalam situasi tertentu.

• Jangkaan perlakuan tertentu akan memandu ke arah kepuasan atau matlamat nilai

seseorang. Individu mungkin belajar banyak cara untuk mendapatkan perhatian orang

lain kepada dirinya. Kanak kanak mungkin mempunyai jangkaan yang kecil bahawa

mereka akan mencapai kearah kepuasan seperti bayi menangis maka ia 

diberi perhatian dan pertolongan. Pada keadaan biasa dalam jangkaan perlakuannya

seseorang itu belajar untuk mencapai kepuasan tertentu dan akan memandunya ke arah

mencapai kepuasan yang di kenali sebagai freedom of movement. 

• Keperluan nilai yang dihubungkan dengan matlamat dirinya. Oleh itu, peringkat di

mana seseorang individu mengutamakan satu aliran kepuasan kepada sesuatu yang

lain. Contohnya, melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan penghargaan atau

kerana memerlukan cinta dan kasih sayang. Satu aspek lagi yang penting dalam teori

pembelajaran sosial ini ialah pemberatan yang di beri kepada situasi psikologi individu

iaitu dalam memahami dan meramalkan perlakuannya. Reaksi individu terhadap

sesuatu situasi itu berbeza bergantung kepada pengalamannya masa lalu.

Rotter (1971) mengemukakan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran

sosial dalam meramalkan perlakuan individu iaitu :

• Perhargaan – kedudukan ( recognition – status )

Keperluan membuat sesuatu dengan baik untuk menimbangkan kebolehan, baik atau

lebih baik daripada orang lain di sekolah, pekerjaan, profesyen, sukan, kedudukan

sosial, keserlahan fizikal, atau bermain iaitu keperluan untuk mendapat jawatan yang

tinggi dalam nilai sosial yang bersaing.

• Kekuasaan ( dominance)

Keperluan kepada mengawal gerakan orang lain, termasuk keluarga dan rakan rakan.

Memerlukan kepada keadaan berkuasa untuk membolehkan orang lain mengikut idea

dan kehendak seorang.

Page 3: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

• Merdeka ( independence)

Keperluan kepada membuat keputusannya seorang, bergantung kepada diri seorang,

mengembangkan kemahiran yang perlu untuk mendapatkan kepuasan dan mencapai

matlamat tanpa bantuan orang lain.

• Perlindungan dari dijajahi ( rotection – dependency)

Keperluan kepada orang lain untuk melindungi kekecewaannya, menyediakan

perlindungan dan keselamatan dan membantu mendapatkan matlamat matlamat lain.

• Cinta dan kasih sayang ( love and affection ) 

Keperluan bagi dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dengan menyampaikan

salamnya yang mesra, minat, perhatian dan doa.

• Keselesaan fizikal ( physical comfort)

Keperluan kepada kepuasan fizikal yang menjadi hubungan dengan keselamatan dan

kebaikan, mengelakkan kesakitan dan perlu kepada keselesaan tubuh badan.

Model pembelajaran sosial mempunyai impak yang mendalam terhadap amalan

pendidikan seni visual. Model ini banyak diaplikasikan oleh para pendidik dalam

membuat kajian dalam bidang pendidikan pelajar. Proses pembelajaran berasaskan

pemikiran juga meliputi proses pembelajaran sosial. model pembelajaran ini membawa

kepada sikap dan persepsi yang positif terhadap pembelajaran pendidikan seni visual.

Melibatkan pembelajaran dalam memperolehi dan menyepadukan ilmu. Melibatkan

pemikiran dalam perluasan dan perhalusan ilmu pendidikan seni visual. Melibatkan

enggunakan ilmu dengan penuh bermakna; dan melahirkan perlakuan minda yang

produktif. 

Teori Perkembangan Erikson

Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap

peringkat perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur

Page 4: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

positif 

dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian

psikologikal secara berterusan.

Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat yang tertentu mempunyai ciri-ciri 

yang khusus. Teori yang dikemukan oleh Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan 

Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi

manusia. Peringkat tersebut bermula pada peringkat bayi hingga peringkat tua.

Peringkat Bayi

Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan 0 hingga 1 tahun. Konflik yang berlaku pada

peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kepercayaan Lawan Tidak Kepercayaan. Rasa

kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat. Titik

permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan seseorang

kanak-kanak itu tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan. Rasa

ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang

negatif.

Peringkat awal kanak-kanak

Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun.

Kanak-kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat

keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan

membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya

usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu

apabila tidak dibei kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada

diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada disekeliling mereka. Mereka

juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain.

Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan

Malu/Ragu.

Page 5: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Peringkat awal kanak-kanak tadika

Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkunagn umur 3 hingga 6

tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan

serba salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak

lansung. Oleh itu kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang

tepat atau yang salah.

Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka

melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya,

mereka akan membina dengan sendirinya sikap negative apabila mereka berasa serba

salah.

Peringkat kanak-kanak

Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat

ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada

matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan

kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya

sudah menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka.

Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.

Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif

sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk

peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap

tugasan yang sudah disempurnakan. 

Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara

munasabah oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan

mewarnai diri mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik

Kerajinan Lawan Rendah Diri.

Peringkat remaja

Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun.

Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan

Page 6: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

kekeliruan identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan

menilai diri sendiri. Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan

situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan

menghadapi krisis identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu

sensitif dengan perubahan fizikal badan mereka. Tubuh badan mereka adalah

sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja.

Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep

kendiri yang negatif.

Kecerdasan emosi 

Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti

oleh E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan

mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan

memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan

konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu

kebolehan memahami dan mengaitkan dengan orang lain.

Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami dan

mengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan

dengan baik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliau

memasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori

pelbagai kecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial.

Beliau mendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan

interpersonal adalah kemampuan memahami orang lain.

Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimana

mereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli

politik, guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya,

semuanya ini adalah individu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang

tinggi. Kecerdasan intrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah

keupayaan membina dan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya

bagi menjalani kehidupan yang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan

kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima

Page 7: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

domain utama iaitu : 

a. mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui dan

memahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuatu

rangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.

b. Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang

menguasai diri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa

lama emosi itu menguasai diri kita.

c. Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaan

berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.

d. Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu

kemudian baru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi

menggelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan)

mencurahkan emosi mereka.

e. Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupaya

mengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat

di bentuk.

Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah penting, terutamanya bagi kita yang

sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kita tidak boleh membenarkan diri terperangkap

dengan emosi negative seperti marah, benci, sedih, takut akan perubahan, iri hati dan

lain lain.

Goleman (1995) menegaskan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan

kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih

penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi

kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta

hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian

meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk

aspek kesihatan dan sosial.

Kejayaan diri dalam pekerjaan perlu juga diimbangi dengan aspek emosi. Seterusnya

beliau mengatakan setiap individu perlu meningkatkan kemahiran emosi dan

menyatakan terdapat ramai individu yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang

tinggi tidak berjaya kerana mereka mempunyai masalah kemahiran berhubung dengan

orang lain.dalam kajiannya, beliau mendapati kekurangan kecerdasan emosi mendorong

kepada perhubungan perkahwinan yang lemah dan perhubungan kerja yang tidak

Page 8: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

produktif.

Perbezaan antara EQ dan IQ 

IQ adalah jenis kecerdasan yang dipercayai wujud daripada faktor keturunan atau

baka.manakala EQ pula adalah jenis kecerdasan yang boleh dipelajari. EQ juga boleh di

lihat daripada aspek keturunan juga faktor lain yang menyumbang perkembangan EQ

seperti pendidikan, keluarga dan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi EQ

seseorang. kecerdasan ini sangat berpengaruh terhadap reaksi seseorang apabila

menghadapi masalah dan cabaran dalam kehidupan.

Kepentingan EQ 

EQ adalah kecerdasan sosial yang amat penting bagi mendidik manusia menjadi insan

yang seimbang.melalui kecerdasan emosi seseorang itu akan menjadi lebih berjaya

dalam hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat

mengukur kecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses

pendidikan yang sempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun

bagi membentuk insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima

domain yang saling berhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi

sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan

hubungan.

EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberi

peluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi

yang sesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan

emosi yang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang

mempunyai IQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya

dan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi

yang dididik oleh kognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu

mendidik manusia menjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah

pendidikan yang lebih sempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosi 

Penyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukur

Page 9: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

konsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan

psikologikal dan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi

digunakan.Antara kajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi

dengan fenomena lain adalah seperti kajian yang dilakukan mengenai

kepimpinan,pencapaian kumpulan, pencapaian individu, perubahan sosial atau

interpersonal serta perubahan pengurusan.

Pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan

kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi

kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan

mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan

memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan

fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk

mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu

masyarakat hidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat

kerja.Ini kerana kecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara

berkesan, empati dan menghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian

penilaian kendiri dan perhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah

mendengar yang aktif dan empati.

Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehan

istimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga

16 tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggi

berbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian

dan pengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak

kanak mempengaruhi tahap sosial mereka.

Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi

dan perubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3

aspek perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan

individu serta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan

pengurusan bebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi.

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan

Page 10: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi

kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan

dan pentafsiran. 

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang

pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik

minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,

aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.

Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka

dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

Kategori stail belajar Gregore (1979)

1) pelajar concrete sequential

pelajar kategori ini suka kepada kerja kerja praktikal di dalam kelas. Mereka lebih

berkebolehan menggunakan kemahiran tangan dalam mendapatkan pengalaman

belajar. Mereka juga menyukai lawatan dan kerja kerja projek dan suka untuk melihat

hasil kejayaan atas usaha mereka. Oleh kerana mereka mengambil berat terhadap tugas

dan tanggungjawab, mereka berkebolehan dalam kerja berbentuk struktur misalnya

menyusun jadual dengan kemas.

Bagi kumpulan ini, guru perlu merancang lebih banyak latihan amali, projek yang

memerlukan penyelidikan luar, lawatan dan aktiviti aktiviti lain yang memberi peluang

kepada pelajar untuk ‘ belajar dan mengalami ‘ . Guru boleh juga mengarahkan pelajar

merancang sendiri program mereka serta menyusun jadual untuk seluruh kursus.

2) Pelajar abstract sequential 

Pelajar kategori ini suka kepada penggunaan simbol, idea dan konsep dalam

pembelajaran. Mereka berkebolehan menganalisis, menilai dan memberikan bukti bukti

yang bernas dalam jawapan mereka. Berkebolehan membuat penyelidikan sendiri

melalui pembacaan persekitaran.

Teknik penyampaian yang sesuai ialah dengan memberikan soalan soalan yang

Page 11: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

mencabar pemikiran mereka. Perbanyakkan latihan latihan penyelidikan melalui

pembacaan dan perpustakaan. Biasanya pelajar kategori ini mempunyai pengetahuan

am yang luas. Oleh itu, beri mereka rangsangan melalui aktiviti debat dan

perbincangan.

3) Pelajar abstract random

Pelajar kategori ini suka kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan aktiviti kumpulan.

Mereka juga suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dalam kelas dan membantu

guru serta kawan kawan. Sesuai dengan kehalusan jiwa yang mereka perolehi, oleh itu

mereka berkebolehan dalam bidang seni dan hal hal kemanusiaan.

Gerakerja kumpulan sangat sesuai untuk pelajar dalam kategori ini. Guru mungkin

boleh memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan bukan sahaja untuk kerja kerja

dalam bilik engajaran dengan bantuan video , pita rakaman, gambar gambar dan carta.

4) Pelajar concrete random 

Pelajar dalam kategori ini bersifat praktikal dan realistik tetapi menggambarkan dalam

bentuk kreatif. Mereka adalah pelajar yang aktif dan mempunyai daya penarik,

menyenangkan dan bersifat terbuka. Berkebolehan menyelesaikan masalah dan

berminat membuat percubaan baru serta selalu bertanya ‘ mengapa ‘?

Latihan amali dan penyelidikan luar bilik darjah merupakan aktiviti aktiviti yang sesuai

untuk kategori ini. Pelbagai teknik mengajar, penggunaan alat alat bantu mengajar dan

hidupkan suasana kelas dengan hubungan yang mesra. Oleh kerana pelajar dalam

kategori ini suka membuat satu satu percubaan baru, guru boleh memperbanyakkan

tugasan untuk mereka.

Kesimpulan 

Kesemua teori-teori seperti di atas ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah

dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni. Teori pembelajaran sosial telah dimajukan

oleh Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran

sosial dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di

dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson.

Page 12: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori ini

menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk

membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia

wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat

mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses

pengajaran dan pembelajaran. 

Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan

emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam

pewujudan penghasilan sesebuah karya”. Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku

dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan,

berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita. Kategori stail

belajar Gregore (1979) mengenal pasti pelajar dan membolehkan guru mengatur

strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan minat pelajar. Kekuatan

pendekatan dan amalan stail pembelajaran Gregore ialah guru sentiasa peka dengan

kebolehan pelajar. Pelajar pula dapat mempamerkan jati diri. Pengawalan dan

pengawasan tingkah laku di kala proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan

berkesan.

Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik di

antara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan

bertambah baik hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai

pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru

tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama

dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan kerajinan, membuat tugasan

mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga tatasusila.

Pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan

tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami

bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan

kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui

teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya

luas, aktivitinya bebas tetapi terancang.

Page 13: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Bibliografi

• Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Herbert Read, ‘Education through Art’ Faber and faber, 1956

• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,

“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• Sharifah Md Nor, “Keberkesanan sekolah, satu perspektif sosiologi’ UPM, 2000.

• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   3 : 3 0 A M   3 C O M M E N T S :  

T H U R S D A Y , J A N U A R Y 2 2 , 2 0 0 9

P&P

Masa : 320 minit 

Empat kali P&P

Sasaran : Tingkatan Dua

Matapelajaran : Pendidikan seni visual

Topik : Rupa

Subtopik : figura (kadar banding)

Page 14: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Kecerdasan

Diharapkan : Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Kinestatik

KecerdasanVisual/Spatial

Kecerdasan Logik- Mate

Dimensi

Pembelajaran 

Sikap dan pengertian tentang pembelajaran

Menerokai ilmu pengetahuan formalistik dan kadar banding.

Menimba ilmu pengetahuan anatomi dan persekitaran dengan pemerhatian, taakulan,

kiraan, ketekunan serta pemahaman secara mendalam

Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dalam hidup

Aktiviti : Minggu Pertama

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bilik Alat Pandang Dengar (APD).

Pelajar menonton rakaman permainan bola sepak dan Iklan 

Hari Merdeka tajaan Petronas.

(10 minit)

Pelajar mengulas media, warna, gerakan aksi, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri,

Page 15: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.

Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.

(10 minit)

Guru mengulas dan menerangkan rupa figura dan kadar banding manusia kepada

pelajar. Guru mengambil contoh model benar dan ilusi. Pelajar mendengar dengan teliti

dan menggabung jalinkan kaedah kadar banding manusia kemudian berinteraksi

mengenai aksi-aksi pergerakan dalam sukan dan babak-babak yang terdapat di dalam

Iklan.

(20 minit)

Guru memberi gambar rajah kadar banding untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa,

kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai aksi.

Pelajar menyalin nota.

(20 minit)

Pelajar melakonkan semula aksi aksi pergerakan. Guru merakam pergerakan pelajar

dengan kamera digital.

Soalan soalan berbentuk pemahaman diajukan kepada pelajar sebagai penilaian asas.

(20 minit)

Aktiviti : Minggu Kedua.

Guru menyiarkan semula cetakan rakaman kamera minggu lepas dan memetik

pandangan pelajar hari itu tentang figura dan kadar banding.

Guru mengulangkaji pelajaran minggu lepas, memberi pelajar soalan-soalan informal

dan bemberi pengayaan.

(10 minit)

Pelajar mengeluarkan majalah, memilih figura yang kadarbanding yang betul mengikut

apa yang telah dipelajari. Pelajar menggunting figura dengan pelbagai aksi-aksi

pergerakan. Pelajar diminta berhati hati dan teliti. Sekurang-kurangnya tiga bentuk

figura pelbagai aksi ini di tampal di kertas lukisan.

(15 minit) 

Page 16: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Figura figura ini dibuat rangkanya menggunakan marker pen atau garisan yang tebal

pelbagai warna yang kontras. Menggunakan garisan melintang sebagai panduan,

Rangka-rangka dipindahkan sebanyak tiga kali untuk satu figura tanpa kesilapan kadar

banding.

(40 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.

Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.

(15 minit)

Aktiviti : Minggu Ketiga

Hasil minggu lepas dipamerkan. Guru menerangkan aspek-aspek biologi, kesihatan dan

kegiatan seharian yang sehat kepada pelajar. Guru memberi contoh contoh karya tokoh

tokoh pelukis di dalam dan di luar negeri sebagai sejarah dan penghargaan. Aspek

aspek formal dalam lukisan ditekankan.

(15 minit)

Pelajar menggunting enam (6) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%.

Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri.

Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah

pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua

bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini salinan

semula berbentuk rupa.

(50 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.

Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.

(15 minit)

Page 17: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Aktiviti : Minggu Keempat

Rakaman sukan dan iklan ditayangkan lagi kepada pelajar. Guru menerangkan aspek

budaya dan sosial di Malaysia kepada pelajar sambil mengambil contoh contoh karya-

karya pelukis yang berilhamkan budaya dan sosial. Aspek-aspek formal dan kadar

banding diberi penekanan.

(15minit)

Pelajar menggunting dua (2) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%.

Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri.

Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah

pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua

bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini figura

dilukis secara terperinci dengan melukis semula pancaindera dan jari. Figura mesti

berpakaian.

(30 minit)

Pelajar mewarnakan figura mengikut warna asal pada gambar. Pelajar harus teliti dan

penuh kesabaran sambil menjaga kebersihan.

(20 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.

Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai, warna yang

berpadanan.

(15 minit)

Tamat

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   5 : 2 0 P M   N O C O M M E N T S :  

M O N D A Y , D E C E M B E R 8 , 2 0 0 8

Page 18: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Bagaimana Dapat Meningkatkan Lagi Inovasi Di dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Pengajaran Secara Individu Dan Berkumpulan.

Mengikut Warner (1981 ) dan Fullan ( 1982 ), “ realiti di sekolah dan bilik darjah

memerlukan pendekatan yang lebih terbuka terhadap konsep implementasi sebagai

proses perubahan dan bukan perubahan semata-mata” Pendapat ini selari dengan arus

globalisasi dan desakan keperluan negara, untuk melahirkan pelajar yang kendiri dan

kreatif memerlukan paradigma baru kurikulum sesuai dengan keadaan semasa. 

Sharifah Md.Nor ( 2002 ), menyatakan “ Matlamat pembelajaran sekolah bestari, ialah

supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja

sekadar mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam perancangan sekolah bestari,

kurikulum menekankan penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk pengalaman

dan proses pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar bekerjasama antara

satu sama lain “. 

Oleh itu kurikulum, guru dan pelajar harus bersedia menongkah cabaran baru ini.

Budaya sentiasa belajar menjadi teras di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sesuai dengan saranan penulis, pengulas mendapati ianya menuju kepada kurikulum

bestari.

Sama ada secara individu atau kumpulan, telah dikenalpasti sebagai antara faktor-

faktor yang dapat menguruskan penyelesaian masalah atau kreativiti personal dengan

cara yang tersendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini meliputi tahap kualiti

sesuatu kumpulan, kreativiti yang dibantu, sifat tingkah laku individu, kebolehan

kognitif yang istimewa, motivasi kendiri, orientasi terhadap kemungkinan, kepelbagaian

pengetahuan, pakar di dalam sesuatu bidang, kemahiran sosial, bijaksana dan kejahilan.

(Theresa Amabile 1988)

Page 19: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Walaupun faktor individu dan ikhtiar adalah penting kepada pelajar, persekitaran sosial

juga memainkan peranan dalam meninggikan nilai inovasi terhadap proses

kreativitinya. Persekitaran yang menggalakkan kreativiti di dalam menjana inovasi

kepada para pelajar antaranya ialah pemberian kebebasan, pengurusan tugasan yang

baik, sumber yang mencukupi, galakan, masa yang mencukupi, karektor organisasi

yang khusus, pengiktirafan, keperluan cabaran dan tekanan.

Pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu mekanisme untuk mempertimbangkan

idea idea baru seperti iklim di bilik darjah menerusi kerjasama dan usahasama daripada

semua peringkat dan bahagian, di mana setiap hasil inovasi ini akan dihargai dan

kegagalan bukan suatu takdir . Kualiti persekitaran tidak akan menyumbangkan kepada

proses inovasi apabila ia terlalu banyak karektoristik , sekatan , desakan , kurang

minat , kelemahan pengurusan tugas , penilaian , kekurangan sumber , iklim bilik

darjah yang kurang mendapat kerjasama dan usahasama dari semua peringkat dan

bahagian , dan terlalu memberi penekanan terhadap status quo . 

Di dalam aspek persekitaran, faktor sosial lebih memainkan peranan daripada

karetoristik personal yang dipengaruhi oleh guru yang kebiasaannya menentukan

karektor organisasi secara individu atau berkumpulan . Brown (1989) dan Harington

(1990) berpendapat organisasi kreativiti sebagai kombinasi proses kreativiti , produk

kreatif , individu kreatif , suasana kreatif dan bagaimana komponen komponen ini

berhubung antara satu sama lain . Kreativiti individu berkait rapat dengan fungsi

sesuatu keadaan yang sebelumnya (contohnya peneguhan sejarah biografi yang

berubah ) gaya kognitif dan kebolehan (pemikiran yang bercapah , pengaliran idea yang

berterusan ) faktor personaliti (kepuasan diri, pengawalan yang tepat), pengetahuan

yang relevan, motivasi, pengaruh sosial ( fasiliti sosial , ganjaran sosial ) dan pengaruh

keadaan ( persekitaran fizikal , desakan tugas dan masa ) . 

Ini bermaksud bahawa guru dan pentadbir yang ingin menggalakkan inovasi tidak boleh

menafikan pengalaman , gaya kognitif , kebolehan atau personaliti pelajar tetapi boleh

mempengaruhi pengetahuan motivasi dan sosial . Pendidik seni perlu memikirkan dan

memilih pelajar yang mempunyai latar belakang tertentu , kognitif , kebolehan dan

profil personaliti mengikut kecenderungan masing masing . 

Page 20: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi,

Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global.

Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi

dalaman pada seseorang audien. 

Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima

kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan

tekun kepada gurunya. Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya

bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar

asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh

bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan. 

Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini

menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap

yang dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu

kajian

kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif,

pemikir dan

menjadi inovator.

King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci .

Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama ,

perpaduan , ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan

keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang . 

Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini

menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik

berkumpulan seperti ‘brainstorming’ dan ‘mind mapping’.

Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit

Page 21: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

di dalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan

kumpulan menurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan

penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah

ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu

tentang kemahiran penyelesaian masalah. 

Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan

penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).

Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukaf idea, pengesahan pertentangan,

simulasi penyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran

ekstrinsik.

Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat

apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu

kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal. Para

sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan

kemahiran berfikir berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari

segi kualiti dan kuantiti ‘output’ kreatif.

Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah

individu yang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi

pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan,

karaktoristik dan proses. 

Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran

yang relevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau

menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan

kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi.

Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar

dan inovasi berkumpulan. Seseorang guru perlu mencari kemahiran dalam tugas,

kemahiran kreativiti dan motivasi intrinsik di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Faktor persekitaran dapat menyokong pelajar menjadi lebih inovatif. 

Page 22: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Nonaka (1991) memberikan 4 asas mencipta pengetahuan : menukarkan pengetahuan

‘tacit’ kepada pengetahuan’tacit’(sosialisasi) , eksplisit kepada eksplisit (kombinasi) ,

‘tacit’ kepada eksplisit (luaran) dan eksplisit kepada ‘tacit’ (dalaman).

Proses mencipta bermula dengan menyatukan perkara yang kontra dan idea melalui

metafora . Kemudian menyelesaikan kontra ini melalui analogi . Akhirnya mengilap

konsep penciptaan membentuknya sebagai model yang menjadikan pengetahuan

diwujudkan .

Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan

ilmu . Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama

seperti kreativiti. Pengetahuan ‘tacit’ bersifat personal , sukar di’formal’kan , subjektif ,

ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan

emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.

Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi

inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang

memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Guru sebagai

penyalur maklumat kurikulum memalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan

pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang

dan kemahiran . 

Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan

membawa pelajar Pendidikan Seni merentasi disiplin lain. Pendekatan yamg pelbagai

dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. Guru

pula menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi

kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif . 

Dengan cara ini, pelajar, secara individu atau berkumpulan akan mempunyai fungsi dan

proses tersendiri di dalam menjana inovasi . Dengan ini dapat dinyatakan bahawa wujud

kebarangkalian untuk mereka bentuk (design) struktur individu atau berkumpulan

bersama prosesnya dalam menjana dan meningkatkan inovatif .

Page 23: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Rujukan

Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001

Amabile , Teresa M 1988. “A Model o Creativity and Innovation in Organizations,”

Research in organizational Behavior , Vol. 10:

Basadur, M., G.B. Graen and T.A.Scandura. 1986. “Training effects on Attitudes Toward

Divergent Thinking among Manufacturing Engineers.” Journal of Applied Psychology .

Vol.71(4):

Brown , R.T. 1989. “ Creativity : What Are We to Measure?” In J.A.Glover, R.R.Ronning ,

C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York : 

Plenum Press . \

Cummings, L .1965. “Organizational Climates for Creativity.”Journal of the Academy of

Management. 8\

Nonaka, I. 1991. “ The Knowledge – Creating Company ,” HBR,Nov-Dec: 

Sharifah Md. Nor, ( 2000 ) “ Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi “

Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,

“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

Kesenian, UPSI, 2000.

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   6 : 5 5 P M   N O C O M M E N T S :  

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara r

Page 24: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah

berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu

alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar

Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah

kaedah berikut ;-

1. Kurikulum yang sama

Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan

perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum

yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa

mengira bahasa pengantarnya.

Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata

pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada

Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat

toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang

bersatu padu.

2. Peperiksaan yang seragam 

Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk

membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid

murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun

1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi

semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

3. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama 

Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di

semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat

peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil

telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan

dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan

seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

4. Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan

Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah.

Page 25: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit

beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di

dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan

generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatupadu.

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   6 : 4 9 P M   N O C O M M E N T S :  

S A T U R D A Y , J U N E 7 , 2 0 0 8

Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Pengenalan

Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana terdapat dua

puluh orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar junior sehingga

merosakkan buah pinggangnya. Tidak lama kemudian lima orang pelajar dari sekolah

berasrama penuh cuba mencederakan guru mereka dengan senjata yang berbahaya.

Tanpa kita sedari, ini hanya secubit cerita benar yang mendapat paparan umum,

sedangkan banyak lagi permasalahan yang tidak terungkai atau disembunyikan dari

pihak berkuasa kerana ingin menjaga nama baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi

tanda tanya ialah pelajar-pelajar semakin bersikap liar, keras kepala, biadap sedangkan

mereka di dalam sempadan sekolah. Di manakah kerapuhan pendidkan yang telah kita

bina kini? Adalah tidak adil sekiranya kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum,

guru atau mahupun pelajar sendiri. Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar

demi menyelesaikan masalah sebelum memusnahkan nilai hidup generasi akan datang.

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum kita yang

mana lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan inilah yang diambil

kira dalam mengukur dan menilai seseorang. Pelajar hanya dilihat dari sudut

kepintaran sahaja, sedangkan kepintaran itu boleh diasah. Jika diberi latihan dan

praktikal yang banyak seperti latih tubi serta pendekatan penghafalan pelajar pasti

mampu mendapat pencapaian yang baik. 

Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat

bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya ia tidak

membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat dan budayanya. Kini sampai

masanya kita harus menekankan lagi aspek aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan

Page 26: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

nilai-nilai yang baik seperti yang diikrarkan dalam Rukun Negara.. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia...”

Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir kesemua displin),

rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan, riadah dan ilmu kesihatan).

Ini bermakna domain emosi harus diberi pemberatan yang sama seperti intelek, rohani

dan jasmani. 

Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi, kaunselor

hanya merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong pelajar-pelajar

menyelesaikan masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri tidak mengenal pasti masalah

mereka sendiri. Dari aspek psikologi, emosi dapat memainkan peranan yang penting

kerana emosi jualah yang selalu menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak

terkawal.

Definisi Kurikulum.

Menurut kamus Oxford Advance Learners “ also called curricula : The subject included

in a course of study or taught at a particular school, college...

Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ; Kurikulum

merupakan susunan matapelajaran.

Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) “ Kurikulum berhubung dengan nature

manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak membebaskan akal

dan 

membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang kurikulum

Page 27: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira.

Kurikulum juga mestilah termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik

“.

Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu yang boleh

diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan individu mestilah ditegaskan,

bukannya kepuasan yang sama bagi semua murid.

Psikologi.

Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan perkatan

Greek iaitu Psiko dan Logi. 

Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap minda dan

bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi ialah kajian terhadap

tabiat minda, manusia dan haiwan.

Kecerdasan Emosi.

Mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan

untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan

menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan

dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk

memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai

penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “. Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer &

Salovey sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh

Goleman (1995).

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan

deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi

kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan

dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 ) 

Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di

Page 28: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh

pemusatan – perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina.

Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai

kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi

yang mengawal diri pelajar.

Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.

Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan

dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka

(a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi pengajian

tinggi,

(b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang

kerjaya.

Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat Mayer &

Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual

dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti,

melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta

meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan

perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan

pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan

dan pertumbuhan intelek ’.

Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu menekankan aspek

emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual antaranya ialah ;

1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam

pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang

berkesan ;

2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang

merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam peningkatan mutu barangan ,

industri dan kualiti kehidupan secara menyeluruh ;

Page 29: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;

4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan meneliti secara

kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non –verbal ;

5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;

6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan , mengambil

risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;

7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan teknologi

serta kaedah seni dalam penyataan seni visual ;

8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan lukisan serta

karya seni visual yang lain ;

Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak dihuraikan

terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni

Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu, hanya 28 waktu

untuk bahagian ini dan emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti

dan ekspresi. 

Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai dengan

kajian psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan seni visual yang lain.

Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian menyeluruh di samping menampung

kekurangan modul-modul disiplin lain dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi

akan datang.

Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan

emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam

pewujudan penghasilan sesebuah karya”.

Page 30: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan

sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi

khazanah peradaban negara kita.

Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.

Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan

masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap,

nilai, tabiat keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti

kecenderungan dan kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir

secara kritis ; Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang

dan menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan

individu di dalam kumpulan dan masyarakat.

Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap

perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga

enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ;

Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya

tampak yang tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang

berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat

warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering

berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai

cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti

ketika berada di tasik yang tenang di waktu senja yang sepi..

Judith Peck (2003) ‘ Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam

memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang

keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di

dalam menambahkan kualiti kehidupan ‘.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang

pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik

minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,

Page 31: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.

Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka

dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

Latarbelakang Terapi Seni.

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi

dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great

Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari

di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi

karier kategori profesional. 

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan

psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan

dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan

yang amat 

berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru

lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya

dilantik 

sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai

kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran

mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital

hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf

Siswazah menjawat 

perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari

ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-

kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak

yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang 

tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih

pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen

Seld 

Page 32: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.

Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni

dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar. 

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa

menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau

menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual

merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi

pemangkin sahsiah manusia.

Matlamat Terapi Seni

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan

dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.

Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru

dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist

within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts,

while facililitating their ability to implement change.

Objektif Terapi Seni

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan

kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan,

gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat

membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap

orang yang memerlukan pertolongan.

Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas

yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau

kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar 

Page 33: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam

menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi

batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual

pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan

emosi 

dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan

pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian

lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian

yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan

pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan,

mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan

yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza

samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama

menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut

daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan

pembangunan negara 

kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya

cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap

di samping kestabilan emosi.

Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan

nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar. 

Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan

datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang

berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih

mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi seni yang sistematik

dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi

emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan

tersirat. 

Page 34: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi

ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia

sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan

menakutkannya. 

Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis

dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. Ini adalah kerana emosi insan

yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja 

mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka,

dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.

Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas

mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas

kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum

Pendidikan seni Visual. 

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan ini akan menjadikan peranan para

pendidik lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum bersepadu bagi

melahirkan masyarakat madani di samping memartabatkan mata pelajaran Pendidikan 

Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang besar

terhadap sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolah-sekolah. 

Pendekatan Terapi seni Dalam Pendidikan Seni Visual

Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan pendekatan Nilai Terapeutik.

Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan hubungan pelajar

dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan perkara-perkara berikut;

i. Pelajar dan Nilai Terapeutik

ii. Guru dan Pelajar

iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik

Page 35: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

iv. Pengurusan Kurikulum

v. Model Terapi Seni dalam perancangan

vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan

Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni Visual,

beberapa keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat berhubung

rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, soalselidik

berhubung maklumat murid, persepsi guru dan penggubal kurikulum dalam Pendidikan

Seni Visual serta pemerhatian terhadap aktiviti seni yang dijalankan di dalam bilik

darjah.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang menggabungjalinkan

Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya diaplikasi dalam bentuk perancangan

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap

dalam penerimaan dan pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk. 

Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika guru-guru

melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni dalam membentuk

kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan murid-

murid tersebut dan meningkatkan kepercayan kendiri di samping sebagai panduan bagi

pembentukan kurikulum yang lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini

ditunjukkan dalam Rajah B.

(sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)

Rajah B : Cadangan Pendekatan

Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Pendidikan

Seni Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di samping itu, cadangan ini

akan terus memelihara dan mengekalkan kualiti kurikulum Pendidikan Seni Visual yang

sedia ada. Atas alasan ini, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara

khususnya kerana kekuatan seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat

memberikan suatu pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid

dalam mewarnakan masa depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif.

Cadangan ini juga diharapkan dapat merintis jalan bagi pembentukan kurikulum

Pendidikan Seni Visual yang mapan dan dapat diterapkan di kalangan murid-murid

Page 36: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama berkaitan

dengan :

i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kesedaran

nilai terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal kurikulum.

ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap murid-murid?.

iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menerapkan

kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.

iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika yang

bermakna dalam melaksanakan Terapi Seni.

Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat sejauhmana

keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia dapat dilakukan. 

Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut diterapkan oleh

guru juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu mekanisme yang mapan.

Dari situ, penggubal kurikulum akan mengutarakan kaedah melalui pendekatan Nilai

Terapeutik sebagai langkah untuk membantu memantau 

perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan seni Visual

ini.

Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang baik akan

mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelbagai

masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan sahsiah rakyatnya. Semuanya

memerlukan perancangan yang rapi bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang

mampan.

Page 37: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan setiap

komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan oleh guru sama ada

di dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan dalam rajah ( guru-murid

kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan murid-impak-sistem pendidikan-pengawalan-

murid ) yang jelas terarah.

Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan Seni Visual

di sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid melalui aktiviti seni yang

dijalankan. Memandangkan Terapi Seni merupakan satu instrumen mengkaji dan 

mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah bertepatan Terapi

Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.

Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau Jasmani,

Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu terapi seni merupakan

satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan Visual yang dapat membantu demi

mencapaikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud membantu pelajar

untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan intelektual, emosi yang jelas 

dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan dalam

membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah. Pelajar yang

bermasalah dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum terlambat . 

Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar 

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa

mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal

keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan

untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka

di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) 

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk

meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai

kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk

Page 38: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

mencipta idea baru 

yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).

( Eve C .Jarboe, 2002 )

“Art products produced by a student during treatment can be used in much the same

manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the

primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form

an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Robins, 1987 ). 

( Eve C .Jarboe, 2002 )

Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan

memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas,

bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan

kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau

kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah

pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar. 

Kesimpulan

Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu, intelek dan

pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi tempat yang paling

selamat. 

Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri atau

pengacau. Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh keluarga

sendiri. 

Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi seni

semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di

dalam kelas. Penambahan Terapi Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan

dari mengeluarkan belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas. 

Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output

tanpa melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik dan

memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang

Page 39: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

permasalahan khususnya dalam emosi. Terapi Seni akan menjadi satu cabang disiplin

yang bernilai kepada negara dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.

Bibliografi

• Ainon dan Abd Hassan, “ Mendorong Diri Sendiri “, PTS Pub & Distributors, 2002.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 . 

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New

Horizons for Learning, 2002.

• Hj. Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors,

2001

• Howard Gardner, “Interview with Howard Gardner”, NEA Today Online, March 1999.

• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu

• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,

“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia,

2002.

• Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan

Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

• Thomas Armstrong, “ Sparkling Creativity in Your Child “ Meredith Corp, 1993.

• Thomas Armstrong, “ Little geniuses “ Meredith Corp, 1993.

Page 40: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

Lampiran

Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan cita cita dan

wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para pemimpin masa lalu , serta yang

terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan ini ialah untuk memastikan agenda

pembangunan serta kestabilan negara akan mempunyai kelangsungan dangan

menjanjikan kemewahan terhadap negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga

adalah aset negara yang memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli

masyarakat yang bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.

Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang bersepadu

haruslah seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita cita sebuah negara

maju seperti yang digarapkan melalui wawasan 2020.Adalah menjadi satu tragedi

apabila masyarakat mencapai kemewahan namun hilang sopan santun , dan nilai nilai

kemanusiaan yang murni. Di sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan

menyumbang ke arah kemunduran sesebuah negara.

“ kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia tidaklah

harus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata . Negara kita mestilah

menjadi negara maju dari segala seginya. Kita hendaklah mencapai kemajuan

sepenuhnya dari segi perpaduan negara , dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi ,

keadilan sosial , kestabilan politik , sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai

sosial dan kerohanian , selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa

sendiri.” 

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, “ Malaysia Melangkah Ke Hadapan “

KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   8 : 1 7 A M   N O C O M M E N T S :  

Page 41: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Satu Kajian Analisis Permasalahan; Dan Cadangan Kepada Perlaksanaan Penyelesaian Masalah.

1. Pengenalan

Bunyi loceng, menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual

baru sahaja tamat. Tajuk hari itu ialah kajian menghasilkan corak dari pelbagai garisan

dan warna menggunakan grid tidak formal. Objektif pengajaran berteraskan sukatan

pelajaran, manakala aktiviti pembelajarannya sistematik serta melibatkan pelajar dalam

perancangan pelajaran.

2. Pengajaran dan Pembelajaran

Di akhir pengajaran, lapan pelajar menyiapkan tugasan garisan dan mewarna dengan

berjaya. Enam pelajar pula, sudah hampir 80 peratus siap dengan menggunakan

kombinasi warna yang halus dan pemilihan garisan yang sesuai. Sepuluh lagi pelajar

berusaha menyiapkan tugasan hari itu dengan memilih garisan dan warna asas,

menggolongkan mereka di Peringkat Skematik oleh Victor Lowenfeld (1947) di dalam

teorinya skema perkembangan tampak kanak-kanak atau peringkat perkembangam

artistik. Sebelas pelajar merasakan tugasan itu perlu diselesaikan dan ‘asal siap’.

Manakala pelajar yang selebihnya dari empat puluh orang ini, terkial-kial dan mencari-

cari ‘ilham mewarna’ atau ‘jalan mudah’ menyelesaikan tugasan mewarna hari itu.

Catatan: 87.5% pelajar dapat menyiapkan tugasan.

12.5% lagi diharap dapat menyiapkankan tugasan 

dan menghantarnya esok.

Kaedah begini suatu klise dan memerlukan satu suntikan demi mengatasi kekangan

yang dihadapi baik kepada guru atau pelajar, sepanjang berlakunya proses P&P. 

3. Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 42: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Pendidik Seni Visual kelas Tingkatan Satu ini, tersuratnya telah berjaya dalam P&P hari

itu. Tetapi, sebenarnya hanya lapan pelajar sahaja yang mendapat ilmu dengan

berkesan. Selebihnya merupakan pelajar pelajar yang tidak efektif, lambat menerima

maklumat dan perlukan lagi ransangan. Sebagai penyalur maklumat, tugas pendidik

bukan setakat mengajar, tetapi sebagai agen sosial intelektual yang inovatif. 

Apabila kita mengajar teori warna ia merupakan suatu penggabung jalinan pendidikan

dengan kehidupan seharian pelajar sepanjang hayat. Pendidikan seni

memperkembangkan kreativiti, tanggapan, penterjemahan dan kecerdasan analitik

insan. Mengajar pendidikan seni adalah lebih daripada mengajar pelajar melukis dan

mewarna pemandangan yang indah atau melahirkan kemerduan dari bunyian. (Deborah

D. West,2000, pg.176-178).

Pelajar seharusnya bergembira melalui proses kemahiran dan dapat menceritakan pula

yang tersirat dan tersurat di dalam karyanya seperti menurut Panofsky dalam History of

Tradition; Terdapat tiga tahap kupasan boleh mencari makna dalam sesuatu karya. 

1. Pertama ‘Primary atau natural subject matter’ yang mengajak kita mengenal rupa

dan bentuk di atas permukaan karya serta mampu menamakannya. 

2. Kedua ‘Secondary’ atau conventional subject matter’ yang membuat kita berusaha

mengenal apakah sesuatu perbuatan dan maksudnya, perbuatan atau ekspresi menerusi

objek dan acara yang mendukung tema, konsep dan cerita.. 

3. Ketiga ‘Intrinsic meaning’ yang lebih dekat makna-makna dalaman, misalnya aspek

simbolik keagamaan dan kebudayaan. 

(Mohd. Zaihidee Hj Arshad, 2000)

Seharusnya, walaupun pelajar hanya menghasilkan corak, tdak salah menguatkan lagi

aspek formal dan ikonografi di dalam karya tersebut. Pelajar akan lebih matang, kreatif,

tekun, mempunyai tanggapan kendiri, dapat menterjemahkan karya dengan bahasa

Page 43: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

naluri tersendiri sekaligus menggalakkan proses kecerdasan yang berterusan.

Kesan pendidikan berlaku sebaik sahaja permulaan proses pengajaran dan

pembelajaran. Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran era terkini perlukan

pembaharuan; iaitu satu langkah inovasi lahir dari fikiran yang kreatif . “To explain

innovation, we need a new theory of organizational knowledge creation... the

cornerstone of our epistemology is the distinction between tacit and explicit

knowledge... the key to knowledge creation lies in the mobilization and conversion of

tacit knowledge.” Ikujiro Nonaka and Hirotaka Takeuchi(1995) 

Inovasi menjadi pemangkin kepada cabaran baru di dalam pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran pendidikan seni. Mengikut Edment Felment “seni

berkaitan dengan sosio politik. Bunyi dan visual digunakan masyarakat

dunia(universal).Ia merupakan paduan isi dan bentuk”. Mc Luhen and Fiore “Seni

tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri

sehalusnya. 

“Seni Nilai Asas perasaan manusia”manakala manusia ialah objek seni. Mengikut

persepsi warna warna asas ada tiga tetapi menjadi beribu warna bila dicampur. Aluyah

Al Sagof. 

Bygots menyatakan setiap warna mengandungi pengaruh berbeza antara manusia.

Contohnya Biru memberi kesan tenang. Kuning memberi kesan gembira. Merah

membawa kesan Tidak tenang.Warna boleh berperanan sebagai imej simbol dalam 

menyokong dan menguatkan isi sesuatu isi. Garisan pula boleh berperanan seperti yang

dijumpai Reed pada 1984- Sistem tampak manusia menyebabkan objek yang dilihat

dekat terbayang besar dari objek yang dilihat lebih jauh. Kualiti garisan memberi kesan

ilusi dalam seni tampak dan memberi impak yang hebat. Kepelbagaian jenis garisan

juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon

Page 44: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

komunikasi yang cekap dan bermesej.

Inovasi menjadi keperluan atas desakan 3 aspek ini; 

1. Keperluan disebabkan pengajaran

2. Persekitaran dalam pembelajaran

3. Pelajar.

Aspek aspek ini menolong para pendidik membuat penilaian bagaimana harus memilih

inovasi yang berasaskan tajuk, persekitaran pelajar dan latarbelakang pelajar itu

sendiri. Pelajar merupakan klien utama dan setiap proses P & P seharusnya

berpandukan informasi kecerdasan pelajar. 

“Saya tidak menyokong ujian yang direka untuk mengukur kecerdasan manusia, kerana

secara berterus terang saya tidak kisah kecerdasan apa atau taraf kecerdasan manusia.

Saya mengambil berat tentang mereka boleh menyumbangkan perkara yang bernilai

dalam budaya kita... (Howard Gardner, pg 2)

Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan Howard Gardner ( 1983 ) mempunyai lapan

kecerdasan yang perlu diperkembangakan di kalangan pelajar.

1. Bahasa

2. Logik-Matematik

3. Ruang (spatial)

4. Muzik

5. Kinestatik

6. Interpersonal

7. Intrapersonal

8. Naturalis

4. Cadangan Perlaksanaan Penyelesaian.

Page 45: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Sebelum memulakan proses inovasi dalam pengajajaran pendidik harus

menerokai idea P&P berdasarkan tajuk yang sesuai bagi pembelajaran pelajar.

Mengikut James Webb Young, “Idea adalah lebih kurang satu kombinasi elemen baru

dan lama. Oleh itu kaedah yang lama masih boleh dipraktikkan sesuai dengan

pengenalan kombinasi kaedah P&P yang baru.

Kombinasi baru dan lama ini menjadikan satu pertemuan yang lebih meyakinkan

sepertimana pendapat Robert Frost: “Apakah idea? Jikalau anda mengingati, hanya satu

ingin saya sampaikan. Ingatlah! idea ialah satu pencapaian hebat sebuah persatuan.”

Proses P&P akan menjadi lebih bertenaga dan mencabar apabila idea baru ini

diperkenalkan. 

Untuk menghasilkan satu inovasi baru, perlukah dilakukan secara bersendirian atau

berkumpulan? Menurut Edward de Bono (Article: Serious Creativity, Pg 1)

“Brainstorming diasaskan oleh Alex Osborne... kumpulan ini sentiasa mencari jalan

keluar, idea yang aneh dan sering kali tertinggal idea yang mudah dan praktikal di

depan mata... saya juga ingin memberi pandangan bahawa kreativiti tidak semestinya

berlaku dalam aktiviti berkumpulan. Teknik kreativiti boleh dikuasai oleh individu

dengan bertindak bersendirian.”

5. Aspek Berfikir dan Penyelesaian Masalah.

Metakognitif ( Monitoring Own Thinking)

Bagaimanapun menjadi suatu yang relevan mengambil kira kecekapan inovasi yang

ingin kita capai berpandukan teknik teknik penyelesaian masalah.

Menurut Brown(1978) kemahiran metakognitif merupakan kemahiran eksekutif

digunakan untuk mengawal proses pengetahuan sesaorang. Brown mengenalpasti lima

Page 46: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

proses metakognitif:

1. Merancang pergerakan melaksanakan strategi

2. Mengawasi keberkesanan setiap langkah langkah dalam suatu strategi

3. Menguji strategi semasa melaksanakannya

4. Menyemak semula strategi mengikut keperluan

5. Menilai semula strategi bagi memutuskan keberkesanannya.

Manakala Bransford dan Stein (1984) mengenalpasti lima komponen mewakili akronim

IDEAL 

1. Identify

2. Define

3. Explore

4. Act

5. Look and Learn

Geoffrey Petty menyenaraikan enam fasa proses memaksimakan kreativiti: 

1. Inspiration

2. Clarification

3. Distillation

4. Perspiration

5. Evaluation

6. Incubation

Teknik teknik ini diharap dapat membantu proses perkembangan inovasi berasaskan

kreativiti, menghasilkan refleksi, pengayaan dan kesesuaian dalam proses P & P.

Pendidik berusaha meneroka kreativiti yang membawanya melihat sesuatu itu dari

pelbagai sudut yang berbeza, mencabar yang lazim, mencari penyelesaian yang baik

sehingga dapat membuat percubaan yang menyakinkan.

Page 47: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

6. Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Inovasi.

1. Matlamat yang jelas. 

Mencapai matlamat dan objektif . 

2. Mengenalpasti Jurang halangan.

Mampu mengatasi kekangan dan halangan.

3. Keutamaan. 

Menyedari keutamaan mengikut kepentingannya. Hasilnya mestilah bernilai dan

bersifat mulia untuk pelajar dan masyarakat.

4. Keperluan. 

Hasilnya mestilah melibatkan proses intelektual, kemahiran interpersonal

Atau kemahiran intrapersonal.

7. Cadangan inovasi.

Kelip Kelip di Inderaloka.

Masa : 80 minit 

(Dua kali pengajaran dan pembelajaran)

Sasaran : Tingkatan Satu

Matapelajaran : Pendidikan seni visual

Topik : Warna

Subtopik : Corak grid tidak formal

Kecerdasan

Page 48: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Diharapkan : Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan Kinestatik

Kecerdasan Visual/Spatial

Dimensi 

Pembelajaran : Sikap dan pengertian tentang pembelajaran

Memperolehi cantuman ilmu pengetahuan

Menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam

Makna ilmu pengetahuan dalam hidup

Aktiviti : Minggu Pertama

Pelajar diperkenalkan dengan konsep “Pop art”

dan seni abstrak. Guru memberi contoh karya karya 

pelukis menekankan falsafah dan tema konsep itu.

Pelajar diminta membawa lampu suluh dan plastik warna yang pelbagai.Di dalam bilik

gelap, dua jenis irama muzik perlahan dan moderate diperdengakkan satu persatu.

Pelajar mereka tarian dalam kumpulan masing masing. Semasa menari lampu suluh

dinyalakan dan mengikut rentak tarian seluruh kelas menjadi warna warni. Kumpulan

lain mengumpul data warna dan gerakan lampu.

Lampu suluh dinyalakan dan dimatikan mengikut nada muzik.

Pelajar diminta mengulas media, warna, gerakan tarian, 

muzik, tema, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri, kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu

yang didapati hari itu.

Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.

Minggu Kedua.

Guru menyiarkan semula tayangan rakaman minggu lepas dan memetik pandangan

pelajar hari itu. 

Guru menerangkan aspek warna dan grid tidak formal.

Page 49: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Pelajar diminta membuat analogi hasil dari minggu lepas untuk mereka corak yang

sesuai mengikut tema. Sessi ‘brain storming’ diadakan.

Di dalam kumpulan pelajar dalam proses ‘incubation’ menggunakan kaedah ‘mind

mapping’ berbincang tentang tema, motif dan prinsip rekaan. Muzik minggu lepas

dimainkan semula sebagai inspirasi dan motivasi. 

Pada proses ‘illumination’, guru membantu dan menggalakkan pelajar dan sentiasa

mengimbas hasil pengetahuan minggu lepas. 

Proses ‘verification’ meminta pelajar membuat keputan sendiri. Dari gerak kerja

kumpulan ini, dibahagikan kepada individu untuk memperkembangkannya sebagai hasil

kerja akhir dan menghasilkan karya.

8. Kesimpulan.

Robert Mac Pherson Pelukis berdasarkan installation, terpengaruh dengan buku Rene

Bloks Biennale “Art is Easy” dan pencipta lagu Giuseppe Chiari’s L’arte dere diventare

facile dengan statemen “All music is the same’. “Pejamkan mata dan berfikir. Biar

fikiran berturutan pada yang lain, pejamkan mata dan dengarlah suara, perbualan yang

menunjukkan memori tampak”.

Dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan corak garisan dan warna, pendidik

tidak seharusnya terikat dengan cara konvensional. Seandainya Edward de Bono

mempunyai ikon topi yang berwarna warni, guru pendidikan seni visual sepatutnya

lebih berani memperkenalkan inovasi pengajaran dengan elemen baru.

Kandisky Wassily percaya bahawa catan boleh membina tenaga yang sama seperti

muzik lalu ia melukis catan “Improrisation No 13” di mana bentuknya dapat dilihat dan

Page 50: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

seperti mimpi dan warnanya bergetar mempunyai efek kepada penghayat sama seperti

muzik kepada pendengar. Beliau mengenalkan skima pengasingan warna yang mudah

dan memberikan warna proses kualiti kerohanian.

Daripada dua orang cendiakawan yang berbeza bidang ini berjaya menyampaikan

matlamat mereka. Walaupun matlamat mereka berbeza, tetapi sasaran dan instrumen

mereka sama. Sasaran mereka manusia yang pelbagai kecerdasannya dan instrumen

mereka ialah warna. 

Sebagai seorang pendidik seni visual kita mempunyai kelebihan. Pengajaran mencorak

dari pelbagai jenis garisan dan warna boleh berdasarkan audio. Pemilihan warna

mengikut not-not lagu dan pemilihan garisan mengikut haluan persembahan lagu. P & P

ini bukan sahaja mendidik tetapi mengaktifkan tindak balas hemisfera kanan dan kiri

pelajar. 

Inovasi mengajar kita berfikir secara kreatif, menjana idea, mencipta analogi

memperkembangkan kecerdasan, kemahiran dan minat. Diharap dengan cadangan ini

dapat memberi laluan dan penerokaan sebuah pengajaran yang bukan hanya terletak di

bahu pemahaman. Satu harapan saya ialah guru dan pelajar dapat bersama belajar

menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang sedar atau tidak

dijangka daripada cuma menghafal fakta.

P O S T E D B Y   L . Y .   A T   8 : 1 3 A M   N O C O M M E N T S :  

Ulasan

Pengenalan

Persoalan utama penulis, merujuk kepada kerisauan perkembangan tanggapan

masyarakat terhadap pendidikan seni iaitu ;

1. Adakah pendidikan seni penting untuk kanak-kanak?

Agak mendukacitakan penulis meneliti senario yang tidak kunjung padam, walaupun

berada di negara maju pada era mellinium, tanggapan negatif ini masih lagi jadi igauan.

1. Pendidikan seni dapat menjanakan lagi disiplin pendidikan yang lain. Bermaksud

Page 51: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Pendidikan seni merentasi kurikulum.

2. Guru seni mesti mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran ini menjadi

kemestian sebagai model yang berjaya.

3. Penilaian dalam Pendidikan seni penting bagi mengukur pencapaian pelajar. 

Kepentingan dan kelebihan disiplin Pendidikan Seni mengatasi aspek aspek formaliti

disiplin pendidikan lain yang terdapat dalam kurikulum. Rangkuman ini adalah

kesepaduan yang juga tidak terdapat di dalam disiplin pendidikan yang lain.

Kesepaduan ini memberi tenaga kepada para pelajar menggabungjalinkanya di dalam

kehidupan seharian;

1. Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni menggunakan pelbagai

peralatan dan bahan yang berbeza yang tidak sama dengan disiplin lain.

2. Pendididkan Seni mengajar asas, prinsip, apresiasi, sejarah dan produksi suatu karya.

3. Tiga dalam satu iaitu; mengajar pendidikan seni, cara-cara berfikir dan inovasi.

4. Menggalakkan dan meningkatkan dengan optimum sekurang kurangnya tiga ciri 

kepelbagaian kecerdasan kepada pelajar melalui pendidikan seni dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi,

Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global.

Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi

dalaman pada seseorang audien. Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan

futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan

pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya.Apabila seorang guru itu

mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu

menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta

pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam

menilai dan membuat keputusan. Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang

bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan

sehariannya apabila setiap yang dipelajarai berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan

seharian secara berterusan. 

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu

Page 52: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

kajian

kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif,

pemikir dan

menjadi inovator.

Pelajar pendidikan seni mempelajari sejarah dan penghargaan, mengenali tokoh tokoh

karyawan dalam usaha mencantumkan kepercayaan dan idea dalam memahami asas

kebudayaan manusia. 

Melahirkan ramai siswazah yang kreatif dan pelajar berpandangan jauh. Kreativiti

mereka tidak terhad dan bersifat kontemporari. Mereka memahami keperluan hari ini

dan masa hadapan. Bersedia memikul tanggung jawab sebagai agen sosial.

Mempelajari, mengetahui dan menganalisis bahawa lukisan dan catan adalah produk

seni melalui kesatuan berfikir, kreativiti dan inovasi.

Proses kreativiti mengubah masa depan berfikir,belajar dan kemahiran penyelesaian

masalah. Ini menjadikan pelajar dapat memilih keperluan, mengetahui kehendak dan

menilai kepentingan serta mengatasi permasalahan dalam kehiduan seharian yang

berterusan. Kekuatan manusia bukan sahaja terletak kepada fizikal, tetapi kepada

optimal mindanya. Inovasi dalam artikel ini menekankan aspek kepentingan kemahiran

berfikir pelajar yang dididik untuk berfikir. Mereka akan menjadi lebih berjaya daripada

pelajar yang mementingkan IQ yang tinggi.

Guru pendidik seni mempunyai keistimewaan dan kekuatan melahirkan pelajar

berpotensi menjadi seorang yang berilmu , sensitif , kreatif dan berjaya pada masa

depannya.Wujudnya masyarakat yang berjaya pada masa hadapan bergantung kepada

sumbangan mereka dan bukan kepada pengetahuan mereka. Perantara inilah yang

terdapat di dalam kurikulum disiplin Pendidikan seni.Penulis begitu yakin dan

bergantung harap kepada guru-guru untuk bersedia menambah ilmu demi

merealisasikan objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Inovasi begini

menjadi keperluan dan komponen dalam membina intelektual dan keseluruhan

perkembangan kanak-kanak.

http://sabtuyangindah.blogspot.my/

by. L.Y

Page 53: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Sihat Dengan Terapi SeniSENI tidak harus selalu dikaitkan dengan seniman seperti penari, pelukis, atau penyanyi. Seni bersifat universal dan boleh digunakan oleh siapa saja termasuk Anda. Tidak hanya untuk memuaskan mata dan menyenangkan telinga, seni juga bisa menjadi ubat. Terapi seni atau yang dikenal dengan art therapy, boleh membantu Anda mengatasi trauma serta masalah tekanan mental lainnya. Seni merupakan hal yang menyenangkan dan menenangkan dan merupakan pereda stres yang hebat.Jika Anda menderita trauma mental atau gangguan emosi, terapi seni ini bisa menjadi pilihan Anda. Terapi ini didasarkan pada keyakinan bahwa proses kreatif seperti menggambar, melukis, atau membuat kerajian lainnya bersifat menyembuhkan dan menguatkan kehidupan. Bagi beberapa orang, trauma psikologis boleh sangat sulit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kerana itu, terapi seni bisa menjadi sarana untuk menggambarkan emosi dan perasaan tersakiti yang terlalu menyakitkan jika diungkapkan dengan kata-kata.

Dengan mengikuti terapi ini, Anda akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi Anda melalui karya seni. Gambaran ini bisa dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat atau kreasi karya seni dari tanah liat. Selanjutnya, terapis akan mengajak Anda untuk mendiskusikan karya ciptaan Anda. Melalui proses ini, Anda akan diajak terbuka mengenai segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam Anda. Melalui analisis ini, Anda bisa menggali perasaan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang membangun dan tidak menakutkan bagi Anda.

Manfaat terapi ini sendiri telah dibuktikan secara ilmiah. Sebuah studi dari University of Granada di Spanyol membuktikan kalau terapi ini bisa membantu mengatasi gangguan mental. Elizaberta Perez, salah seorang peneliti, mengikuti perkembangan 20 pesakit penderita gangguan mental akut dari Therapeutic Community of the Northern Area of the Virgen de las Nieves Hospital of Granada selama lebih dari 1 tahun. Pasien tersebut secara sukarela mengikuti terapi seni selama 2 hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, Edvard Munch, Vincent Van Gogh, serta menambah pandangan mereka juga.

Page 54: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Para pesakit menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan, serta emosi dari hati dan pikiran mereka. Selama proses ini, menurut Perez, para pasien bisa mengungkapkan perasaan dan emosi-emosi mereka. Dengan begitu, mereka bisa menghilangkan perasaan yang tidak mereka inginkan dan menyesuaikan dengan apa yang sebenarnya mereka inginkan.

Berikut beberapa manfaat positif dari terapi seni:Penyembuhan peribadi. Terapi seni bisa membantu Anda memahami perasaan pribadi Anda dengan mengenali dan mengatasi kemarahan, kekesalan dan emosi-emosi lainnya. Ini khususnya akan sangat membantu selama atau setelah mengalami insiden atau penyakit yang meninggalkan trauma. Terapi ini boleh membantu Anda menyegarkan kembali semangat Anda.

Pencapaian peribadi. Menciptakan sebuah karya seni boleh membangun rasa percaya diri dan memelihara rasa cinta dan menghargai diri sendiri.

Menguatkan. Terapi seni bisa membantu Anda menggambarkan emosi dan ketakutan yang tidak bisa Anda ungkapkan dengan kata-kata. Dengan cara ini, Anda lebih mampu mengawal perasaan-perasaan Anda.

Menenangkan dan meredakan stres. Stres kronik boleh membahayakan baik tubuh mahupun fikiran. Terapi seni bisa digunakan sebagai penanganan tunggal atau dipadukan dengan teknik penenang lainnya untuk meredakan stres dan kecemasan.Meredakan sakit. Terapi seni juga bisa membantu Anda mengatasi rasa sakit. Terapi ini bisa digunakan sebagai terapi pelengkap untuk mengubati pesakit.

Terapi seni untuk anakTidak hanya membantu masalah mental orang dewasa, terapi ini juga bisa membantu anak-anak yang kekurangan kata untuk mengekspresikan diri mereka sepenuhnya. Anak-anak pada dasarnya sangat kreatif dan artistik. Mereka bisa dengan mudah menggambarkan perasaan dan emosi mereka melalui kreasi karya seni.

Dalam hal ini, terapi seni bisa digunakan sebagai alat komunikasi, lebih dari sekedar berbicara verbal. Anak-anak juga lebih mudah mengekspresikan kejadian-kejadian yang meninggalkan trauma melalui kreatif seni daripada menggunakan kata-kata. Melalui seni, kejadian traumatik yang sudah tersimpan di alam bawah sadar juga bisa kembali terangkat ke permukaan. Jika emosi sudah dilepaskan, maka proses pemulihan akan lebih cepat.

Page 55: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Terapi pasir atasi murungKehalusan pasir yang mempunyai tekstur yang semula jadi dapat memberi inspirasi kepada remaja untuk meluahkan perasaan.

TERAPI pasir merupakan pendekatan berkesan bagi melakar emosi remaja.

MASALAH remaja yang gemar menyembunyikan dirinya di dalam bilik atau murung akibat ditinggalkan kekasih, gagal dalam peperiksaan, dirogol, didera ataupun dianiaya golongan yang tidak berperikemanusiaan boleh diatasi menerusi kaedah terapi pasir semula jadi.Menariknya, remaja berkenaan akan ditempatkan di sebuah bilik Terapi Permainan Pasir dengan dikelilingi pelbagai miniatur mainan.Antaranya ialah patung manusia yang sedang beraksi, binatang, replika bangunan, hidupan laut, tumbuh-tumbuhan, kartun, batu dan sebagainya.Sama ada ditinggalkan berseorangan ataupun ditemani seorang kaunselor, remaja tersebut akan menyusun ke semua barangan mainan yang dipilihnya itu di atas sedulang pasir laut. 

Page 56: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan mereka ketika itu. Kebiasaannya, mereka lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil.Seperti kembali ke zaman kanak-kanak, bermain pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.Kehalusan pasir daripada hasil bumi yang semula jadi memberi inspirasi sebenar kepada remaja untuk meluahkan perasaan. Biarpun malu untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa, rakan-rakan mahupun orang yang paling dekat dengan mereka, pasir adalah tempat sesuai untuk mereka melukis segala perasaan yang terbuku di dalam hati selama ini.Menurut kaunselor P.S The Children, Maznah Ibrahim, terapi ini dapat meluahkan emosi yang terpendam, tingkah laku, pemikiran dan keinginan yang masih terkubur menerusi aplikasi susunan mainan.P.S The Children adalah sebuah Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur.Maznah berkata, pusat tersebut mula memperkenalkan terapi mainan sejak beberapa

tahun lalu.Dengan kaedah yang diperkenalkan itu, mereka mendapati terapi pasir adalah sebahagian daripada medium perantaraan individu bermasalah dan kaunselor."Menariknya mengenai terapi mainan ini, ia menggunakan satu bentuk komunikasi yang pelbagai, kreatif dan berunsur seni untuk mengesan dan merawat masalah psikologi serta emosi dalam kalangan remaja."Apabila mereka enggan atau menghadapi kesukaran untuk mengekspresi dan mengenali potensi diri, kaedah ini dapat membantu melegakan apa yang dirasai."Memandangkan remaja begitu payah meluahkan perasaan mereka, kaedah ini diharap dapat membantu mereka memahami diri masing-masing dengan lebih jelas dan mula meletakkan kepercayaan kepada pendengarnya iaitu kaunselor," ujarnya. Medium yang digunakan ini adalah perkataan yang membawa erti yang tersirat sekali gus memberi kesan kepada perspekstif emosi remaja tersebut.

Kata Maznah lagi, patung-patung yang disusun di atas rak telah dibahagikan mengikut fungsi masing-masing dan boleh mewakili perasaan dalam dan luaran serta menjadi simbol keperibadian mereka.

Page 57: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

Selain terapi mainan seperti boneka, tanah liat, muzik, lukisan dan pergerakan, terapi pasir juga berkesan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa sama ada di sekolah, hospital, agensi-agensi kebajikan mahupun diamalkan dalam kaunseling peribadi. Menjelaskan keberkesanan terapi pasir katanya, terapi ini sesuai diaplikasikan kepada remaja bermasalah di peringkat awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih kompleks. Ditanya apakah prosedur permulaan sesi terapi pasir terhadap seorang remaja, Maznah menjelaskan, beberapa kertas soalan atau Strenghts & Difficulties Questionnaire (SDQ) akan diberikan kepada ibu bapa, remaja dan guru-guru."Mereka ditugaskan menilai tingkah laku, emosi, hubungan, dan perwatakan remaja tersebut. 

Kemudian, berdasarkan pernilaian yang dibuat, ia akan menentukan sama ada remaja tersebut harus mengikuti sesi terapi ataupun tidak. "Sekiranya masalah yang dihadapi itu serius, dia perlu menjalani terapi pasir oleh seorang kaunselor."Setiap satu sesi mengambil masa selama 45 minit, bergantung pada kemahuan dan perubahan yang ditonjolkan remaja berkenaan," jelasnya.Menurutnya, setiap remaja mempunyai kemampuan memperbaiki diri mereka sendiri dan kita perlu memberi peluang kepada mereka untuk berubah. Tanpa bantuan dan sokongan yang diberikan, maka musnahlah kehidupan remaja tersebut.

Permainan pasir bantu kanak-kanak luahkan perasaan marah

SETIAP patung yang dipilih remaja

menghuraikan maklumat yang tersirat.

Page 58: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula. Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.

Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk, memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.

Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti yang dihadapi oleh golongan dewasa. Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.

Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini meluahkan perasaan mereka. 

“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.

Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka. 

“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi lebih rileks,” katanya. Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi

PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan. – Gambar hiasan

Page 59: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti

simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.

“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan kanak-kanak tersebut,” katanya. 

Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.

“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya. Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya melepasi jangkaan.

Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak pandai melukis. “Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukiskerapkali gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya. Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat keputusan.

“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya. – SHANIKA ABDULLATIBPosted by bimbingan&kaunselingsklereh at 11:06 

http://terapikaunselingsklereh.blogspot.my/2011_08_01_archive.html

SATURDAY 72 /8 /2011

PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat

menggambarkan perasaan mereka.

Page 60: Seni Dan Sains Adalah Satu Polariti Yang Ekstrim Dari Subjektif Kepada Objektiviti