19
1. SENI HALUS TAJUK : LUKISAN Objektif : Pada akhir P&P, pelajar dapat: 1. menghasilkan semula lukisan di bawah dengan teknik-teknik yang betul. TEKNIK TITIK TEKNIK GOSOK TEKNIK GORESAN TEKNIK GARISAN ZIG- ZAG (B3D1E1, B3D2E1)

Seni Halus (Lukisan N Catan)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv

Citation preview

1. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :Pada akhir P&P, pelajar dapat:1. menghasilkan semula lukisan di bawah dengan teknik-teknik yang betul.

TEKNIK TITIKTEKNIK GOSOK

TEKNIK GORESAN TEKNIK GARISAN ZIG-ZAG

(B3D1E1, B3D2E1)

2. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :Pada akhir P&P, pelajar dapat:1. Hasilkan lukisan di bawah dengan menggunakan dua media yang sesuai.

(B3D1E1, B3D2E1)

3. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :Pada akhir P&P, pelajar dapat:3. menghasilkan semula lukisan di bawah dengan mengaplikasi Asas Senireka berdasarkan lakaran idea dengan memberi penekanan kepada kadar banding, hubung kait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

Aktiviti : 1. Pelajar dikehendaki meniru dan melukis semula gambar tersebut menggunakan pensil.

Berdasarkan gambar di bawah, hasilkan sebuah lukisan melalui proses peniruan semula dengan memberi penekanan kepada kadar banding, hubung kait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

(B4D1E1, B4D2E1, B4D3E1, B4D3E2)

4. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :Pada akhir P&P, pelajar dapat:1. Meneroka dan menggunakan media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan karya seni halus.

Aktiviti : 1. Pelajar dikehendaki mengamati, meneroka dan mengenalpasti lukisan untuk memilih media yang bersesuaian seperti media pensil warna, crayon, soft pastel atau pen dan memilih teknik lukisan yang betul seperti lakaran, titik, garisan selari, garisan menyilang, gosokan, lorekan atau campuran.2. Gunakan media yang sesuai dan teknik yang betul.

Berdasarkan gambar di bawah, anda dikehendaki melukis semula gambar tersebut dan mengenalpasti media dan teknik lukisan yang anda ingin gunakan untuk menghasilkan karya seni halus.

(B4D1E1, B4D2E1, B4D3E1, B4D3E2)

5. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :Pada akhir P&P, pelajar dapat:1. Mempamerkan hasil karya dan mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa menghasilkan karya lukisan.

Aktiviti : 1. Pelajar mempamerkan dan bercerita tentang karya lukisan yang dihasilkan dengan baik.

Berdasarkan karya lukisan yang dihasilkan pada (B4D2E1), anda diminta mempamerkan dan bercerita tentang karya tersebut secara ringkas.

(B4D1E1, B4D2E1, B4D3E1, B4D3E2)

6. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:Menghasilkan karya lukisan The Starry Night hasil karya Van Gogh menggunakan 2 media kering.Penghasilan lukisan perlu menekankan jalinan pada karya.

Instrumen

The Starry Night hasil karya Van Gogh

(B4D1E1, B4D2E1, B4D3E1, B4D3E2)

7. SENI HALUSTAJUK : LUKISAN

Objektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:Hasilkan sebuah bingkai gambar dengan lukisan motif bunga lili. penerapan unsur seni jalinan dan warna perlu dalam penghasilan lukisan. Bingkai gambar anda hendaklah mempunyai kadar banding, perspektif dan imbangan.

Instrumen

Gubahan bunga lili

(B5D1E1, B5D2E1, B5D3E1, B5D3E2, B5D4E1)

B5D1E1 Pelajar dapat aplikasi unsur seni, rupa, garisan, warna, ruang, jalinan dan bentuk pada motif bunga. Pelajar dapat aplikasi prinsip seni, imbangan, kontra dan lain-lain pada bingkai.

CONTOH:

foto

B5D2E1

Media pensil, pen, krayon, charcoal dan soft pastel. Lorek, gores, titik dan lain-lain. Lakaran idea dan susun atur. Lakaran bingkai.

B5D3E1

Pelajar menghasilkan lukisan mengikut langkah-langkah secara sistematik dan baik. Contoh: Langkah 1 Pilih objek yang sesuai dan menarik.

Langkah 2Tentukan sudut pandangan, mengambil kira komposisi, perspektif, ton, bentuk,Ruang dan bayangan.

Langkah 3Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas.

Langkah 4Lukis lakaran kasar objek.

Langkah 5Lakarkan garisan objek. Lakaran ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya.

Langkah 6Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta bayangan.

Langkah 7Peringkat menyempurnakan objek yang dilukis. Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang baik dan lebih berkesan.

Langkah 8Menggunakan bahan pemati warna (fixative).

Langkah 9Lengkapkan dengan pembingkai dengan kertas keras.

B5D3E2 Dalam proses penghasilan, pelajar menghargai alam ciptaan tuhan dengan menjaga dan tidak mencacatkan subjek matter yang diberi. Penambahan unsur-unsur alam lain seperti serangga dan sebagainya.

B5D4E1 Mempamerkan dan menerangkan karyanya.

8. SENI HALUSTAJUK : LUKISANObjektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:Menghasilkan lukisan dasar laut pada pinggan polistrin menggunakan media campuran. Lukisan perlu menekankan prinsip imbangan.

Contoh

(B5D1E1, B5D2E1, B5D3E1, B5D3E2, B5D4E1)

9. SENI HALUSTAJUK : CATANObjektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:Menghasilkan catan yang menggambarkan beberapa ekor ayam di halaman rumah. Catan hendaklah menekankan prinsip imbangan dan mempunyai perspektif. Catan perlu menggunakan media cat air

Contoh

(B5D1E2, B5D2E2, B5D3E2, B5D3E2, B5D4E2)

9. SENI HALUSTAJUK : CATANObjektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:Menghasilkan catan yang menggambarkan objek still life. Catan hendaklah menekankan komposisi dan mempunyai perspektif. Catan perlu menggunakan media poster

Instrumen:

(B5D1E2, B5D2E2, B5D3E2, B5D3E2, B5D4E2)

10. SENI HALUSTAJUK : Catan Cat Air - Teknik Mewarna Buah-buahan .Objektif :

Pada akhir P&P pelajar akan dapat:- menghasilkan karya seni halus yang kreatif.- mengaplikasi Asas Seni Reka dalam karya.

EVIDENS:

Langkah 1

- membuat lakaran dengan pensel di atas kertas berdasarkan idea serta tema dan tajuk.

- Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

Langkah 2

- Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

Langkah 3

Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

Langkah 4

- Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

Langkah 5

- Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.

- Perkemaskan kesan jalinan.

- Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.

BAND 6B3D1E2.

B6D2E2

TAJUK:Seni Halus Catan Cat Air - Teknik Mewarna Buah-buahan .DESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat: mengaplikasikan media dan teknik dalam catan.

EVIDENS:

Media:- Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.- Pengilat: gam arab.- Bahantara: air- Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal. - Teknik basah atas kering digunakan.

Teknik Basah Atas kering

Cat Air dicairkan dan disapukan ke atas permukaan kertas atau lapisan warna kering untuk kesan lutsinar. Cat air perlu dibancuh dengan air yang banyak untuk menimbulkan kesan basah.

BAND 6B3D2E2B6D5E2TAJUK:Seni Halus Catan Cat Air - Teknik Mewarna Buah-buahan .DESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat: Menjadi pembimbing rakan sebaya membuat apresiasi karya.

EVIDENS:

1. Pelajar dapat membantu rakan dengan memberi penerangan tentang cara dan teknik melukis dan mewarna yang betul. 2. Pelajar dapat membimbing rakan dengan membuat ton warna yang menarik dan kreatif.3. Pelajar boleh membuat apresiasi dalam catan.

IramaGarisan-garisan yang disusun dengan teliti mampu menghasilkan irama dalam karya.* Garisan-garisan pada straw dan bakul.

KomposisiSusunan bentuk dalam sesuatu ruang.* buah tembikai disudut paling belakang, buah-buah yang lebih kecil disusun di bahagian hadapan.* komposisi buah-buahan adalah imbangan simeteri.

SapuanSapuan warna dimulakan dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap.

WarnaWarna Terang* kemarahan atau kegembiraan.Warna Lembut* ketenangan dan keamanan

SubjekCatan dihasilkan secara realistik.

BAND 6

B3D1E1

TAJUK:Seni Halus Lukisan Oil Pastel Teknik Mewarna Alat Pertukangan

DESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat:- menghasilkan lukisan yang kreatif.- mengaplikasi Asas Seni Reka dalam lukisan.

EVIDENS:

Langkah 1

Lukis lakaran kasar objek berdasarkan idea dan tema yang diberi. Pemilihan warna yang sesuai untuk digunakan.

Langkah 2

Warnakan terlebih dahulu objek di ruang belakang.

Langkah 3

Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat.

Langkah 4

warna bahagian latar dengan menggunakan warna yang lebih lembut.

Langkah 5

- Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.

- Perkemaskan kesan jalinan.

- Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.

BAND 6B3D1E1

BAND 6

B3D2E1

TAJUK:Seni Halus Lukisan Oil Pastel Teknik Mewarna Alat Pertukangan .DESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat: mengaplikasikan media dan teknik dalam lukisan.

EVIDENS:

Media

Oil Pastel.Pelajar dapat menguasai penggunaan oil pastel dengan menghasilkan ton warna yang menarik.

- Liquid Paper Pelajar menggunakan liquid paper pada akhir penghasilan karya bagi menimbulkan kesan garisan pada ruang belakang.

Teknik Campuran.

- Pelajar menggabungkan teknik tonal iaitu penggunaan oil pastel dan unsure seni garisan dalam lukisan yang dihasilkan.

BAND 6B3D2E1

BAND 6

B6D3E1

TAJUK:Seni Halus Lukisan Oil Pastel Teknik Mewarna Alat PertukanganDESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat: - mempamer dan membuat apresiasi karya.

EVIDENS:

4. Catan dibingkaikan dan dipamerkan.5. Pelajar membuat apresiasi dalam catan.

IramaGarisan-garisan yang disusun dengan teliti mampu menghasilkan irama dalam karya.

KomposisiSusunan bentuk dalam sesuatu ruang.

WarnaWarna Terang* kemarahan atau kegembiraan.Warna Lembut* ketenangan dan keamanan

SubjekCatan dihasilkan secara realistik.BAND 6

B6D4E1

TAJUK:Seni Halus Lukisan Oil Pastel Teknik Mewarna Alat PertukanganDESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat: menyediakan portfolio hasil karya.

EVIDENS:

1.Pelajar boleh membukukan proses-proses penghasilan karya dengan cara mengambil gambar dan sebagainya.

2.Pengetahuan asas sebelum melukis dicatatkan. Contoh ; Nisbah Keemasan serta Memahami Kesan Cahaya, Bayang dan Bentuk.

BAND 6

B6D5E1

TAJUK:Seni Halus Lukisan Oil Pastel Teknik Mewarna Alat PertukanganDESKRIPTOR:Pada akhir P&P, pelajar akan dapat:- mengamalkan nilai-nilai yang baik semasa proses penghasilan karya.

EVIDENS:

1. Pelajar dapat membantu rakan dengan memberi penerangan tentang cara dan teknik melukis dan mewarna yang betul. 2. Pelajar dapat membimbing rakan dengan membuat ton warna yang menarik dan kreatif.3. Pelajar menjaga kebersihan diri dan tempat pembelajaran.4. Kekemasan diberi penekanan kepada penggunaan oil pastel dan karya yang dibingkaikan.