Seni Kreatif Dalam Matematik

Embed Size (px)

Citation preview

SENI KREATIF DALAM MATEMATIKPUISI MATEMATIK Contoh Puisi Dalam Matematik:

Tajuk puisi : Disember

Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu, Di sinilah bermula dua belas bulan itu,Januari, Febuari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi. September, Oktober, November dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?

Berapa banyaknya saat dalam seminit? Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.

Berapa banyaknya minit dalam satu jam? Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.

Berapa banyaknya jam dalam satu hari? Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.

Berapa banyaknya hari dalan satu minggu? Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Rumusan

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.

Penggunaan Disember adalah kerana kebanyakkan kanak- kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain.Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan sebagainya.

MUZIK DALAM MATEMATIK

Muzik merupakan salah satu daripada cabang seni. Adakah muzik dan matematik saling berkait antara satu sama lain? Terdapat banyak perbincangan yang boleh mengaitkan hubungan antara matematik dan muzik. Kebanyakkannya merangkumi spekulasi yang hanya menekankan kaitan antara dua bidang ini secara umum dan luaran sahaja. Hubungan di antara matematik dan muzik boleh difahami tetapi pemahaman matematik itu sendiri adalah penting, kita harus menyedari bahawa angka dan matematik bukanlah sesuatu yang tidak bernyawa dan dingin. Muzik yang juga merupakan penjelmaan yang ketara dari angka, menyerlahkan keindahan dan perasaan (emosi) dalam dunia matematik. Kedua-dua bidang berkongsi pelbagai ciri-ciri yang sinonim. Oleh itu, matematik dan muzik mempunyai intelektual, spiritual dan asas yang kukuh.

Apabila kita membuat atau menyelesaikan permasalahan matematik, orang disekitar, tempat dan aktiviti merupakan satu gangguan. Berlainan pula dengan muzik, apabila kita terlibat dengan keindahan muzik dan teori-teorinya secara metamatik kita mungkin berada di sebuah pesta dan bersuka ria. Ini adalah bercanggahan dengan aktiviti dimana kita hanya menumpukan kepada matematik sahaja (dunia luar merupakan gangguan). Kita boleh berkongsi keindahan matematik dengan ahli matematik sahaja tetapi kita boleh berkongsi muzik dengan sesiapa sahaja. Sekiranya kita membuat kajian di sekitar kita, masyarakat akan hanya mengaitkan matematik dengan kalkulator dan angka sahaja di mana semuanya berbentuk aritmatik sahaja. Matematik adalah pemikiran kritis. Matematik adalah penyelesaian masalah. Matematik adalah bagaimana kita bekerja dengan kaedah yang telah sedia ada, diketahui dan memahami apa yang belum dipelajari. Walaupun matematik sentiasa dikaitkan dengan teori dan fakta semata-mata hanya yang benar-benar menyelaminya sahaja yang memahami keindahan dan keajaibannya

Pemuzik mempunyai kemahiran yang tinggi dalam matematik?

Dalam muzik, setiap not mewakili frekuensi yang berbeza. Tetapi dimanakh penggunaan matematik itu diaplikasikan? Ini mungkin persoalan yang timbul diminda pembaca. Diketahui frekuensi ialah pengukuran tempoh dalam sesaat. Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Nada setiap lagu boleh menjadi rancak, lambat dan sebagainya. Ini bermakna pemuzik mempunyai pengetahuan yang baik! Gabungan not-not yang digubah menghasilkan lagu yang indah dan kadangkala membuai perasaan. Berikut merupakan contoh not-not yang digunakan dalam menggubah sesebuah lagu.

Jenis NotFrekuensi, 1/T (Hz)

Not yang dihasilkan berdasarkan frekuensi yang berbeza

Contoh:A = 440.00

Bb = 440.00 x (12 x 2)

= 466.16 Hz.

A440.00

Bb466.16

C523.25

C#554.36

D587.32

Eb622.25

E659.25

F698.46

F#739.99

G783.99

Ab830.60

Jadual menunjukkan not-not yang digunakan dalam bidang muzik

Maka jelas di sini, nahawa matematik mempunyai hubungan dengan kesenian, iaitu seni muzik. Pentafsiran mengenainya sangat mengkagumkan! Tidak dinyatakan disini, semua ahli muzik atau pemuzik mempunyai kemahiran matematik yang tinggi berbanding mereka yang tidak berkecimpung dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana penggunaan konsep matematik yang tersirat dalam muzik menyebabkan sesetengah daripada mereka hanya menghasilkan muzik tanpa mengetahui aplikasi matematik terhadapnya. Justeru diharap pembaca Dunia Matematik mendapat manfaat daripada artikel ini dan cuba menggunakan konsep matematik di sekolah dalam bidang seni yang lain.

CONTOH LAGU MATEMATIK:

BELAJAR MATEMATIKMengapa adik-adik bersusah hatiBelajar matematik seronok sekaliNombor, tambah dan tolak, darab dan bahagiKalau selalu mencuba, mudah sekali.

Fikir dan terus fikir jangan kau berhentiPandailah matematik pandai kau mengiraAyuhlah adik-adik belajar matematikKalau tekun berusaha nanti kau berjaya

Belajar matematik dengan gembiraFahamilah asasnya nanti tak lupaCuba berulang kali gunakan mindaPandailah matematik banyak faedahnya

Lagu/lirik: Kam Rudin Hj. A. SamahLAGU BONGKAH

Mengenal sifat-sifat bongkah

Kamilah bongkah pelbagai rupa Ada yang bulat permukaan rataKubus, kuboid, Sfera, kon, piramid, silinderBersisi tegak melengkung pun ada.

Bersisi empat sama kubus namanya Berbucu lapan duabelas sisinya Enam permukaan yang sama rata Buahlah dadu itulah contohnya.

Kuboidlah pula segiempat tepatIbarat kotak tiada bezanyaBersifat sama kubus bersaudaraCuma panjang sisi saja yang berbeza

Beralih pula kepada sfera Tidak bersisi tiada bucunya Satu permukaan itulah sahaja Seperti bola bumilah contohnya

Piramid pula dua bentuknyaTapak segiempat tepatdan juga samaBerlima bucu juga permukaanKedua-duanya bersisi lapan

Tin minuman boleh diibaratkan Dua sisinya tiga permukaan Silinder pula mengambil giliran Tidak berbucu dan bersempadan

Bongkah terakhir kon dikenaliMerata tempat aiskrim diisiSatulah bucu dan satulah sisiDua permukaan boleh didapatiCERITA DALAM MATEMATIK

Contoh Cerita Dalam Matematik :Ratu Lebah Yang TamakDi atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari.

Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang madu yang banyak untuk ratu.4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu.Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang banyak.Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu. Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.5 ekor Lebah : Baik tuanku!Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu penuh.Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang nanti.Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh : AinismairaPengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

SENI DRAMA DALAM MATEMATIK

Contoh Drama Matematik :

Matematik & Drama dalam BM/BI

Persembahan Kotak Otak malam itu memang stail teater seperti persembahan anti-dadah oleh kumpulan The Fallen Leaves semasa di UM bulan Oktober 2008.Mengisahkan pengalaman dan perjalanan sekumpulan anak-anak muda Malaysia dalam program arts & cultural exchange di UK selama 3 minggu.Prop hanya sebuah kotak dan benda-benda yang menjadi simbol kepada setiap karakter yang dimainkan.Kostum yang dipakai pula dimanipulasikan mengikut cerita.Dan mereka juga naik tren ramai-ramai.Dan sudah pasti semuanya mime.

Pak Akin pergi tonton sebab hendak cari seberapa banyak pendedahan yang boleh.Melalui persembahan dari kumpulan lain.(Selain daripada dapat cuci mata ha ha)[(Dan memang senang nak cuci mata kat mana-mana show pun ha ha)]

***

Dah lama Pak Akin tak dicabar oleh Matematik.Selepas selesai Matematik Kejuruteraan yang ke-6 di UTP, Pak Akin tidak bertemu lagi dengan Matematik setakat ini. (OK lah.. Gua ada jumpa Matematik jugak di tempat kerja)Yang ada hanya differential equations.Tambah tolak darab bahagi pula hanya dilakukan dengan 100% kiraan kalkulator saintifik.Matematik adalah passion.Tadika-Darjah 1-2-3-4-5-6-Tingkatan 1-2-3-4-5-Tahun asas-1-2-3-sekarangA-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A(D)-A-A-A-B

Bagi Pak Akin,Matematik dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.Sebab yang penting dalam Matematik adalah nombor-nombor, simbol-simbol.(Dan juga otak kiri)

Bagi Pak Akin,Teater dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.Sebab yang penting dalam teater adalah sub-teksnya (dan banyak lagi).(Dan juga otak kanan)

Disediakan Oleh :

Muhamad Khairi Bin Abdul Rahman dan Rahshidi Bin Ramli

Kelas MTE-C

Program PPG Ambilan Jun 2011